TERHAD
PENERAPAN NILAI-NILAI KEPIMPINAN ISLAM
DI DALAM PENTADBIRAN
PENDAHULUAN
AM
1. Pembangunan adalah merujuk kepada perubahan daripada satu keadaan
kepada satu keadaan yang lebih baik, peningkatan kualiti hidup dan
pembaharuan dalam kemajuan hidup.
2. Malaysia sememangnya merupakan sebuah negara Islam yang sedang
membangun dan sering mendapat perhatian dunia. Ini tidak lain kerana
pembangunan ekonomi dan kestabilan politiknya sekalipun penduduknya terdiri
dari pelbagai kaum, bangsa dan agama. Keharuman negara ini terserlah apabila
ia berjaya menjadi contoh dalam memajukan Islam dan memperbaiki taraf hidup
rakyatnya yang beragama Islam tanpa menyekat kebebasan beragama bagi
penganut-penganut agama lain dan tanpa menindas mana-mana kaum di negara
ini.
3. Negara ini sedang berusaha gigih ke arah mengujudkan sebuah
masyarakat maju beridentitikan nilai-nilai Islam. Ini berasaskan kepada
kesedaran betapa pembangunan fizikal atau material tanpa disertai dengan
pembangunan rohani lambat laun akan menjerumuskan negara ke jurang
kehancuran lantaran sikap negatif dan salah laku masyarakatnya. Dalam ertikata
lain, rakyat di negara ini akan diacu mengikut acuan Islam dan nilai-nilai murni
sejagat serta pembangunan yang akan ditempa nanti tidak akan terpisah dari
dasar-dasar yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah. Pendek kata,
pembangunan fizikal dan ekonomi dalam menempuh alaf baru adalah seiringan
dengan pembangunan rohani dan spiritual rakyat dan pemimpinnya.
1TERHAD
TERHAD
PENGENALAN
4. Pembangunan yang memberi perubahan satu keadaan kepada satu
keadaan yang lebih baik merupakan satu keperluan yang dicari-cari oleh
manusia. Namun demikian pembangunan yang dicari dan ingin digerakkan
semestinya tidak boleh bertentangan dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah As-Sajdah ayat 7-9 bermaksud:
'Dan Allah memulakan kejadian manusia daripada tanah kemudian Dia
menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani), kemudian dia
menyempurnakan kejadian manusia itu lalu meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh
(ciptaan)-Nya'.
5. Ayat ini menjelaskan bahawa manusia dijadikan dari dua unsur iaitu jasad
dan roh maka dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan kehidupan manusia
hendaklah merangkumi kedua-dua aspek iaitu aspek jasmani (fizikal) dan aspek
rohani (spiritual) iaitu bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Kedua-dua
aspek pembangunan tersebut hendaklah seiring dan seimbang tanpa
melebihkan atau mengurangkan salah satu daripadanya.
6. Pembangunan jasmani atau fizikal adalah merangkumi pembangunan
aspek-aspek yang diperlukan oleh jasad manusia iaitu tempat tinggal, peralatan,
kesihatan, alat-alat komunikasi, pengangkutan dan sebagainya.
7. Manakala pembangunan dari aspek rohani pula merangkumi
pembangunan mental, jiwa, sikap dan emosi dalam diri manusia itu sendiri.
Pembangunan mental bermaksud mengisinya dengan ilmu pengetahuan yang
bermanfaat kepada diri, manusia dan alam seluruhnya. Pembangunan jiwa pula
bermaksud menanamkan rasa keimanan kepada Allah Tuhan Yang Esa,
malaikat, para rasul, kitab-kitab, hari akhirat dan qadha’ dan qadar.
2TERHAD
TERHAD
8. Pembangunan sikap bermaksud mengasuh diri manusia sikap-sikap
positif dan membina serta mengikis sikap yang negatif. Manakala pembangunan
emosi pula bermaksud menjadikan manusia sebagai seorang yang matang dan
mampu mengawal diri berasaskan ilmu dan pengalaman dalam menghadapi
satu-satu kejadian atau peristiwa.
SKOP PERBINCANGAN
9. Bagi kemunduran umat islam dan sejauh mana kesannya, maka skop
perbincangan ini di bahagikan seperti berikut :
a. Tujuan.
b. Falsafah pembangunan islam.
c. Matlamat pembanguna islam.
d. Islam dan pembangunan.
e. Pembangunan islam di malaysia.
TUJUAN
10.
FALSAFAH PEMBANGUNAN ISLAM
11. Maksud falsafah dalam konteks pembangunan di sini ialah pendorong,
cara dan halatuju satu-satu pembangunan itu dilakukan. Falsafah pembangunan
Islam didirikan atas asas yang penting iaitu tauhid, rububiah (ketuhanan),
khalifah dan al-Falah (kejayaan).
a. Tauhid. Maksud falsafah tauhid di sini ialah menyakini
bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang wajib
disembah dan dipatuhi segala suruhan dan larangan-Nya. Hanya
ajaran dan panduan-Nya sahaja yang boleh menjamin
kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat.
3TERHAD
TERHAD
Ketepatan pembangunan dengan falsafah tauhid amat penting
dalam menjamin keserasian pembangunan tersebut dengan fitrah
kejadian manusia yang dibekalkan dengan ajaran Tuhannya.
b. Rububiah (Ketuhanan). Rububiah memberi erti bahawa
Allah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbir manusia dan
alam seluruhnya. Tiada sesiapapun dari kalangan manusia dan
makhluk lain yang dapat menyaingi, mengatasi dan mengubah
kawalan dan pentadbiran Allah s.w.t. itu. Peraturan-peraturan inilah
apa yang dinamakan sebagai ‘sunnah alam’ seperti bukit bukau
dan gunung ganang sebagai pasak bumi, hujan dan sungai
sebagai bekalan air, lelaki dan perempuan saling memerlukan dan
sebagainya. Oleh itu, pembangunan yang menyalahi peraturan ini
akan mengalami kegagalan dan kekacauan hidup.
c. Khalifah. Falsafah manusia sebagai khalifah merupakan
penggerak kepada manusia itu sendiri untuk melaksana dan
mencorakkan pembangunan yang memenuhi keperluan manusia
selari dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Firman
Allah yang bermaksud:
'Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada sekalian malaikat:
'Sesungguhnya Allah akan jadikan di atas muka bumi ini khalifah'.
(Al-Baqarah: 30)
Manusia sebagai khalifah bermaksud menjadi wakil yang dilantik
oleh Allah dalam mentadbir dan membangunkan muka bumi iaitu
agen utama pembangunan muka bumi.
d. Al-Falah (Kejayaan). Maksud al-Falah ini ialah
kejayaan manusia menjalani kehidupan secara lancar dan harmoni
tanpa digugat sebarang kerosakan atau kesempitan dan kejayaan
4TERHAD
TERHAD
mencapai kesejahteraan dan keselamatan di akhirat. Inilah yang
dimaksudkan dalam firmah Allah s.w.t.:
'Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagaian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan
habuanmu dari (kenikmatan) di dunia'.(Al-Qasas: 77)
Oleh itu, sebarang pembangunan yang dilakukan mestilah
memenuhi maksud al-Falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat.
Pengabaian salah satu dari al-Falah tersebut merupakan satu
penyimpangan dari hakikat dan falsafah pembangunan Islam.
MATLAMAT PEMBANGUNAN ISLAM
12. Matlamat atau objektif pembangunan Islam adalah seperti berikut:
a. Pembangunan Sumber Manusia. Manusia
merupakan agen pembangunan yang utama di muka bumi ini.
Berjaya atau tidak pembangunan di dunia adalah bergantung
kepada manusia. Oleh kerana itu, pembangunan sumber manusia
menjadi fokus utama pembangunan Islam. Sumber manusia
menjadi penentu dan kayu ukur kepada keupayaan satu-satu
pembangunan yang dibina.
Dengan itu maka pembangunan Islam mesti menyediakan tenaga
manusia dan barisan pelapis yang mencukupi untuk melaksanakan
pembangunan yang cemerlang. Oleh sebab itulah maka dalam
pembangunan Islam apa yang paling terserlah sekali ialah sistem
latihan dan strategi penyediaan keupayaan manusia yang tersusun
dan terancang dari aspek rohani dan jasmani.
b. Peningkatan Kualiti Hidup. Objektif pembangunan
Islam yang seterusnya ialah meningkatkan kualiti hidup manusia
yang mencakupi pelbagai aspek seperti peningkatan kualiti diri dari
segi moral, akhlak dan sikap serta peningkatan kualiti keperluan
5TERHAD
TERHAD
hidup seperti ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Peningkatan
kualiti hidup masyarakat dalam pembangunan sesebuah negara
datangnya dari usaha setiap pihak iaitu bermula dari individu,
keluarga dan masyarakat sehinggalah kepada pihak berkuasa yang
memerintah.
c. Memanfaatkan Pengeluaran Yang Berguna.
Memaksimumkan pengembangan pengeluaran yang bermanfaat
merupakan objektif pembangunan Islam yang penting. Ini selaras
dengan fimran Allah yang menjelaskan bahawa seluruh kejadian
yang terdapat di alam ini adalah untuk dipergunakan dan untuk
kemudahan manusia menjalani kehidupan. Firman Allah
yangbermaksud:
'Dan Dialah yang menjadikan bagi kamu seluruh kejadian di bumi
ini'.(Al-Baqarah: 29)
Pengeluaran yang bermanfaat sama ada hasil galian, hasil
tanaman atau hasil industri merupakan salah satu ciri keistimewaan
bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi satu tuntutan
Islam. Pembangunan yang mensia-siakan aset pengeluaran
negara atau dibolot dan dieksploitasi oleh kuasa asing adalah lari
dari matlamat pembangunan Islam.
ISLAM DAN PEMBANGUNAN
13. Islam tidak menghalang umatnya mengejar pembangunan asalkan cara
pembangunan itu dicapai, diurus, ditadbir dan dimanfaatkan adalah tidak
melampaui batas-batas hukum yang dibenarkan. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:
'Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara
kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu
kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda
6TERHAD
TERHAD
orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa padahal kamu mengetahui'.(Al-
Baqarah: 188)
14. Umat Islam perlu mencapai kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai
aspek dengan niat untuk memperlihatkan keceriaan ummah dari segi fizikal,
kerohanian, kesatuan, keselamatan, kebebasan, keterbukaan, ketenteraman,
kebijaksanaan, kesihatan dan perpaduan.
Dengan demikian akan terbukti betapa Islam adalah satu-satunya panduan hidup
yang mampu memberi dan menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di
akhirat. Akan tertolaklah tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam
kononnya Islam adalah agama yang menolak kemajuan dan hanya sesuai untuk
mereka yang berputus asa dan bebal sahaja.
Dalam pada itu, Islam tidak mahu pembangunan dan kemajuan yang palsu yang
dibina atas asas yang rapuh iaitu kerakusan mengaut kekayaan peribadi,
menindas, mengugut, rasuah, menipu, tamakkan kuasa atau mencetuskan
permusuhan di kalangan rakyat.
Islam telah menggariskan sifat-sifat, keperibadian, budaya, imej dan sistem nilai
yang perlu disemai, diamal dan dihayati oleh semua agen-agen pembangunan
sama ada dalam merancang, menilai atau meluluskan satu-satu projek yang
hendak dilaksanakan dalam sesebuah negara. Mereka semua tidak sewajarnya
mengutamakan aspek material dan keuntungan semata-mata sehingga
mengabaikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan manusia dan makhluk
seluruhnya. Ini penting bagi mengelakkan sebarang pembaziran, kecelakaan,
pencemaran udara dan air serta pengondolan gunung dan pencerobohan hutan.
Pembangunan sewajarnya mendatangkan kemakmuran dan kesejahteraan
kepada semua dan tidak pula menimbulkan apa-apa kerosakan, kerugian dan
kebinasaan kepada mana-mana makhluk baik di daratan, lautan dan udara. Allah
s.w.t. telah memberi ingatan kepada manusia bahawa apa jua kerosakan di
muka bumi adalah angkara dari perilaku manusia itu sendiri di mana Allah tidak
7TERHAD
TERHAD
menjadikan sesuatu itu melainkan ada rukun sebab dan musabab yang
mencetuskan natijah tersebut. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
'Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan
manusia supaya Allah merasakan kepada manusia sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)'.
(Surah Ar-Rum : 4 Firman-Nya lagi yang bermaksud:
'Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah dan apa saja bencana
yang menimpamu maka dari (kesalahan) dirimu sendiri'.
(An-Nisaa’: 79)
Oleh itu, apa jua bentuk pembangunan seperti bangunan, peralatan, jentera, alat
komunikasi, pengangkutan dan kenderaan yang dicipta hendaklah tidak
menimbulkan kesan sampingan yang lebih mendatangkan bahaya daripada
faedah kepada manusia dan makhluk yang lain. Dengan erti kata lain, ianya tidak
‘mesra’ alam. Di dalam kaedah Islam sekiranya sesuatu perkara yang hendak
dilaksanakan itu jelas akan mencetuskan banyak keburukan dari kebaikannya
maka rancangan tersebut perlulah dibatalkan.
Dalam pada itu, Islam memberikan jalan keluar dari kesempitan terutama pada
saat yang kritis sehingga tidak diwajibkan menjalankan kewajipan yang telah
ditetapkan dan diperbolehkan melanggar sesuatu ketentuan agama dalam
keadaan kesempitan itu. Hal ini dijelaskan di dalam kaedah usul fiqh: 'Keadaan
darurat itu membolehkan yang diharamkan'. Ini kerana terkadang manusia tidak
dapat melaksanakan apa yang diperintahkan Islam dalam keadaan sempit
(darurat) kerana jika dikerjakan juga akan terjadilah suatu kemaksiatan yang
lebih besar lagi.
Kelonggaran (rukhsah) dalam Islam ini membuka jalan kepada mencapai tingkat
pembangunan, kesempurnaan dan kecemerlangan sesuai dengan kemampuan
dan fitrah manusia itu sendiri dipelbagai zaman, masa dan di sebarang tempat.
8TERHAD
TERHAD
Pembangunan Islam Di Malaysia
Pembangunan Islam di Malaysia kini jelas terbukti jika dibandingkan
perkembangannya sekarang dengan kedudukan Islam pada zaman awal
pertumbuhannya di Nusantara iaitu abad kedua belas yang lampau dan
kedudukannya di awal kemerdekaan negara. Islam bukan sahaja telah mendapat
tempat dalam dasar pentadbiran negara malahan semua arah tuju dasar negara
dan proses pembangunannya secara beransur-ansur dipandu ke arah sasaran
yang bertaut dengan nilai-nilai Islam sejagat. Apa yang lebih menariknya,
kebanyakan dasar, strategi dan pelaksanaan pembangunannya tidak semua
dilabelkan dengan perkataan ‘Islam’ tetapi maksud dan terasnya adalah
berasaskan ajaran Islam berpandukan al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijmak Ulama’
Islam Sebagai Agama Rasmi Negara
Perlembagaan negara telah menerima Islam sebagai agama rasmi negara
manakala penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka selama
mana mereka tidak menggugat dan meracuni akidah umat Islam di negara ini.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah
agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Oleh kerana perkataan ‘Islam’ dan bukan ‘ugama Islam’ yang digunakan di
Perkara 3 maka bolehlah dihujahkan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah
Islam sebagai cara hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din. Perkara
11(1) Perlembagaan memperuntukkan 'Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti
dan mengamalkan ugamanya, dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan
ugamanya'. Peruntukan ini jelas memberi hak orang-orang Islam menganut dan
mengamalkan ajaran Islam iaitu Islam sebagai cara hidup mereka.
Fasal (4) menjamin dan memelihara akidah umat Islam daripada digugat oleh
dakyah-dakyah agama lain di mana ia menyebutkan bahawa undang-undang
boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad
atau kepercayaan agama terhadap orang-orang Islam.
9TERHAD
TERHAD
Demikianlah betapa Islam mendapat kedudukan yang tertinggi di negara ini.
sebagai agama Persekutuan dan akidah umat Islam dipelihara dan dijamin di
bawah Perlembagaan dan undang-undang dari terjebak kepada dakyah agama-
agama lain.
Penggubal Dasar Bagi Hal Ehwal Islam
Atas kesedaran yang tinggi kepada perlunya satu badan bagi menggubal dasar
dan menyelaras pembangunan dan kemajuan hal ehwal Islam di Malaysia maka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju menubuhkan Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada 17 Oktober, 1968. Seterusnya
Kerajaan menubuhkan Urusetia kepada MKI ini iaitu Bahagian Ugama di Jabatan
Perdana Menteri kemudian ditukar nama kepada Bahagian Hal Ehwal Islam
(BAHEIS) dan kini setelah dinaikkan taraf dikenali sebagai Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa pada 1 Januari, 1997.
Selain menjadi urusetia kepada MKI, JAKIM juga diberi mandat oleh kerajaan
untuk menjadi Urusetia kepada badan-badan penyelaras membuat dasar
mengenai hal ehwal agama Islam peringkat kebangsaan yang ditubuhkan
kemudian, antaranya Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam, Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan, Persidangan Pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia,
Persidangan Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia, Badan
Perunding Islam dan banyak lagi.
Kesungguhan kerajaan dalam membawa pembangunan dan kemajuan Islam di
Malaysia amat terserlah memandangkan kebanyakan anggota badan-badan
penyelaras dan penggubal dasar mengenai hal ehwal Islam itu terdiri daripada
para Mufti, Menteri-Menteri Besar, Pengerusi dan Pengarah Jabatan/Majlis
Agama Islam Negeri-Negeri, pakar akademik dan cendekiawan Islam dari
pelbagai disiplin ilmu, para alim ulama’ dan tokoh-tokoh Islam.
10TERHAD
TERHAD
Perundangan Islam
Sejarah perundangan dengan jelas membuktikan bahawa undang-undang Islam
telah mantap dan dilaksanakan dalam pemerintahan Kerajaan Melayu sebelum
kedatangan Inggeris. Terdapat bukti yang jelas menunjukkan undang-undang
telah dikanunkan dengan cara teratur bagi pemakaian dan panduan kerajaan
Melayu ketika itu seperti ‘Hukum Kanun Melaka’, ‘Undang-Undang Pahang’ dan
‘Undang-Undang Kedah’. Beberapa bahagian kanun tersebut adalah petikan
daripada hukum fiqh Mazhab Syafie.
Selepas kedatangan Inggeris khususnya dengan penerimaan Sistem Residen,
secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit prinsip undang-undang Inggeris
dimasukkan ke dalam sistem pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
Akhirnya beberapa undang-undang seperti Kanun Keseksaan, Enakmen
Keterangan dan Kanun Acara Jenayah telah diperundangkan di mana Undang-
Undang Islam dalam bidang berkenaan tidak lagi berkuasa.
Berikutan dengan itu, perundangan Islam pun mula diperbuat dalam bentuk
Enakmen dan Ordinan bagi mendapatkan penguatkuasaan undang-undang.
Keadaan ini meletakkan kedudukan undang-undang Islam sama dengan
bahagian undang-undang lain yang perlu dikanunkan. Cara ini telah diikuti
hingga ke hari ini sepertimana yang diperjelaskan dalam Perlembagaan Negara.
Ini didapati dalam Jadual Ke-Sembilan Senarai Negeri.
Penyelarasan Undang-Undang Islam
Memandangkan Islam di bawah bidang kuasa negeri dan Sultan sebagai Ketua
Agama Islam (bagi negeri-negeri yang beraja) maka tidak dapat dielakkan
berlakunya ketidakseragaman undang-undang Islam antara negeri-negeri.
Usaha-usaha untuk mengadakan undang-undang Islam yang selaras dan
seragam di seluruh Malaysia telah bermula sejak sekian lama dan beberapa
usaha telah diambil bagi maksud tersebut. JAKIM melalui Jawatankuasa
Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil telah banyak membantu menggubal
11TERHAD
TERHAD
undang-undang Islam yang disediakan sebagai ‘model’ untuk diterima pakai oleh
negeri-negeri.
Usaha terbaru ialah JAKIM telah mengemukakan suatu cadangan supaya
penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam negeri-negeri dibuat
melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Cadangan atas nama Kerajaan Pusat
tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-176 pada 1
Ogos, 1997 yang lalu. Ekoran persetujuan itu, JAKIM dengan kerjasama Jabatan
Peguam Negara telah membuat kajian terperinci ke atas enam undang-undang
utama negeri-negeri iaitu Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam, Undang-
Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Kesalahan Syariah, Undang-Undang
Keterangan Mahkamah Syariah, Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah dan
Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah.
Beberapa siri pertemuan telah diadakan antara Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah Bahagian
Undang-Undang JAKIM dengan D.Y.M.M. Sultan Azlan Shah (selaku Penasihat
Undang-Undang Majlis Raja-Raja) bagi membincangkan cadangan penyelarasan
dan penyeragaman undang-undang tersebut. Kini cadangan rang undang-
undang tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan
sebelum dikemukakan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Demikianlah kegigihan kerajaan dalam menyelaras dan menyeragamkan
undang-undang Islam di Malaysia melalui pendekatan yang bijak dan hikmah
iaitu cara rundingan dan perkenan daripada D.Y.M.M. Sultan-Sultan dan Raja-
Raja selaku Ketua Agama Islam Negeri masing-masing. Semoga usaha dan cita-
cita murni kerajaan dalam mengukuhkan Institusi Kehakiman dan Perundangan
Islam di negara ini berjalan dalam keadaan lancar dan harmoni.
Pemurnian Akidah
Sebagaimana yang telah diakui bahawa kesucian akidah umat Islam di Malaysia
terpelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu di bawah Perkara 11(4)
yang melarang sebarang dakyah agama lain kepada umat Islam. Menyedari
12TERHAD
TERHAD
bahawa banyak faktor-faktor lain yang boleh menggugat kesucian akidah orang-
orang Islam maka kerajaan telah menyusun pelbagai program yang berupa
penjelasan, penerangan, kursus dan perbincangan khusus berkenaan perkara-
perkara yang dapat memantapkan iman dan menguatkan keyakinan umat Islam.
Mereka yang baru memeluk Islam diberi kursus-kursus kefahaman dan
penghayatan secara bersiri dan berjadual. Demikian juga kerajaan telah
mengujudkan melalui JAKIM satu Unit Khas berkenaan ajaran sesat bagi
menangani gejala penyelewengan akidah menerusi ajaran-ajaran salah dan
sesat. Penubuhan Panel Kajian Akidah di JAKIM yang dianggotai oleh pakar
akademik dan tokoh Islam banyak membantu JAKIM menangani masalah ini.
Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-negeri juga mewajibkan kepada mana-mana
individu yang ingin mengajar atau berceramah berkenaan agama Islam
mendapatkan Sijil Tauliah Mengajar Agama dari pihak Jabatan/Majlis. Ini adalah
langkah bijak bagi mengawal sebarang anasir-anasir atau pengaruh ajaran sesat
daripada merebak. Mengajar agama tanpa tauliah adalah satu kesalahan di
bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
Dalam pada itu, Jawatankausa Fatwa Kebangsaan tidak pernah teragak-agak
mengeluarkan fatwa tentang penyelewengan satu-satu ajaran sesat sebaik
sahaja dikenalpasti. Sehingga kini, JAKIM sentiasa menganjurkan kursus-kursus
pemurnian akidah kepada bekas-bekas kumpulan ajaran sesat bagi tujuan
memulihkan mereka kembali ke ajaran Islam yang sebenar. Kemuncaknya
kerajaan telah membina Pusat Pemulihan Akidah di Jelebu, Negeri Sembilan
yang menelan belanja RM5 juta. Ia berperanan menyusun program-program
yang dapat menjelaskan segala kekeliruan dan salah faham di kalangan
pengamal dan penganut ajaran sesat agar kembali ke ajaran Islam yang suci
dan lurus.
Pada masa yang sama juga, JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
selama ini telah bekerjasama dalam menapis dan mengharamkan buku-buku
yang mengandungi unsur-unsur penghinaan dan penyelewengan akidah umat
13TERHAD
TERHAD
Islam. Kini JAKIM sedang menyiapkan peringkat akhir draf Undang-Undang
Pemulihan Akidah iaitu undang-undang khusus bagi membendung masalah
pertukaran agama di kalangan masyarakat Islam.
Apa yang penting, kerajaan tidak pernah bersikap sambil lewa dalam hal-hal
yang berkaitan dengan akidah umat Islam. Segala pendekatan dan saluran
digunakan secara bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan hinggalah
ke penguatkuasaan undang-undang semata-mata untuk melihat akidah umat
Islam terpelihara di bumi Malaysia.
Sistem Perbankan Islam
Bagi membuka jalan untuk penubuhan bank Islam di Malaysia, kerajaan telah
meluluskan Akta Bank Islam 1983 yang menggariskan peraturan-peraturan yang
perlu dipatuhi oleh bank Islam dalam operasinya di Malaysia dan kuasa-kuasa
Bank Negara Malaysia dalam menyelia dan mengawal bank Islam. Dalam tahun
yang sama juga kerajaan telah meluluskan Akta Pelaburan Kerajaan 1983 yang
memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengeluarkan sijil pelaburan
berdasarkan prinsip syariah.
Bank Islam pertama beroperasi di Malaysia ialah Bank Islam Malaysia Berhad
pada 1 Mac, 1983 yang menawarkan perkhidmatan sama seperti bank-bank
konvensional cuma ia berdasarkan prinsip-prinsip syariah. Selain itu, ia juga
mempunyai anak-anak syarikat yang menjalankan operasi berdasarkan prinsip
syariah iaitu Syarikat Al-Ijarah Sdn. Bhd. yang menjalankan pemajakan harta
tetap, Syarikat Nominees Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan nomini dan
Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd. yang memberi perlindungan insurans am
dan insurans keluarga.
Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia juga mempunyai objektif jangka
panjang iaitu ingin mewujudkan Sistem Perbankan Islam seiring dengan sistem
bank konvensional. Ini dapat dicapai dengan tiga adunan utama iaitu pertama,
sistem ini mempunyai ahli yang cukup, kedua, perkhidmatan dan produknya
14TERHAD
TERHAD
merangkumi keseluruhan sistem bank dan ketiga, perlu diwujudkan pasaran
antara-bank yang operasinya mengikut prinsip syariah.
Sejajar dengan objektif itu, pada awal tahun 1993 sebanyak 21 produk bank
Islam telah berjaya diwujudkan antaranya al-Wadiah, al-Mudharabah, al-
Musyarakah, al-Murabahah, al-Bai bithaman ajil, Bai’ul-salam, al-Ijarah, al-Bai al-
ta’jiri, al-Wakalah, al-Rahn, al-Qardhul hassan dan al-Kafalah.Pada 4 Mac, 1994
Bank Negara Malaysia telah melancarkan Skim Perbankan Tanpa Faedah
(SPTF) di mana institusi kewangan yang ada dibenarkan dan digalakkan untuk
menawarkan perkhidmatan berasaskan prinsip syariah. Lantas pada penghujung
tahun 1993, Sistem Perbankan Islam di Malaysia telah mengandungi sebuah
bank Islam dan 20 buah institusi kewangan konvensional terdiri dari 10 buah
bank perdagangan, 8 buah syarikat kewangan dan 2 buah bank saudagar yang
menawarkan perkhidmatan dan produk berdasarkan prinsip Islam. Selain itu,
pada 3 Januari, 1994 pasaran wang antara-bank secara Islam telah
dilaksanakan. Sesungguhnya tanpa kesungguhan dan sokongan yang padu dari
pihak kerajaan, Sistem Perbankan Islam di Malaysia tidak akan maju sejauh ini.
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran yang diperkenalkan pada
tahun 1985 adalah sebahagian daripada pelbagai usaha kerajaan untuk
memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat
Malaysia. Dasar ini bermaksud membimbing dan membentuk akhlak yang
berfaedah dalam kehidupan setiap rakyat ke arah ketinggian maruah di samping
menanam nilai-nilai murni ke dalam sistem pentadbiran negara.
Rasional pentadbiran dipilih sebagai komponen utama dasar ini ialah bagi
melicinkan pelaksanaan sesuatu dasar dan atas kesedaran bahawa kejayaan
rancangan-rancangan kerajaan banyak bergantung kepada penjawat-penjawat
perkhidmatan awam. Penghayatan kepada nilai-nilai Islam akan dapat menjamin
kelancaran dan kecekapan jentera kerajaan serta menghindar perbuatan rasuah,
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Nilai-nilai tersebut iaitu amanah,
15TERHAD
TERHAD
bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin,
bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur yang berjumlah sebelas kesemuanya
adalah nilai-nilai Islam yang dipilih memandangkan ia merupakan kunci kejayaan
pentadbiran sesebuah negara.
Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi pada 1
Oktober, 1967 mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memelihara dan
mengawasi sistem nilai masyarakat. Institusi yang dipertanggungjawabkan oleh
kerajaan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa
diberi kuasa utama di bawah undang-undang iaitu Akta Pencegahan Rasuah
1997, Akta Pencegah Rasuah 1961 (Disemak 1971), Ordinan No.22 (Kuasa-
Kuasa Perlu) Dharurat 1970, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982, Kanun
Keseksaan (F.M.S. Cap 45), Kanun Prosedur Jenayah (F.M.S. Cap 6), Akta
Polis 1967 dan Akta Kastam 1967. Besarnya peranan BPR yang diberi mandat
oleh kerajaan dalam memastikan kepentingan awam agar tetap terpelihara,
dikuatkan lagi dengan Ketua Pengarahnya adalah dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang Di Pertuan Agong iaitu di bawah seksyen 3(2) Akta Badan
Pencegah Rasuah.
Bagi memelihara sistem nilai masyarakat juga, kerajaan telah menubuhkan
Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah seksyen 3 Akta Filem (Penapisan)
1952 (disemak tahun 1971). Anggota LPF yang terdiri dari seorang Pengerusi,
seorang Timbalan Pengerusi dan 63 orang ahli di mana semuanya dilantik oleh
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah berperanan melindungi
masyarakat daripada sebarang pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif
menerusi filem.
Sungguhpun penubuhan badan-badan seperti ini oleh kerajaan dibuat tanpa
sebarang label ‘Islam’ namun kewujudan dan peranan yang dimainkan adalah
lahir dari sistem nilai masyarakat Malaysia yang berteraskan Islam.
Pembangunan Masjid
16TERHAD
TERHAD
Masjid ialah tempat umat Islam mengerjakan solat wajib lima waktu secara
berjamaah di samping menjadi tempat beramal. Masjid juga menjadi tumpuan
umat Islam menjalankan pelbagai aktiviti yang berhubung kait dengan
kepentingan dan kemajuan masyarakat Islam. Pentingnya peranan masjid ini,
menjadikan masjid lebih terhormat daripada bangunan lain di bumi Allah ini.
Masjid adalah ‘Rumah Allah’ yang menjadi milik semua orang Islam dan lambang
agama Islam yang suci.
Menyedari akan hakikat inilah maka kerajaan telah berusaha sedaya upaya
memberi peruntukan yang besar bagi memakmur dan mengimarahkan institusi
masjid di Malaysia. Hasilnya masjid-masjid di negara ini adalah jauh lebih baik
berbanding keadaan masjid sebelum merdeka apatah lagi di sekitar Dunia
Melayu-Nusantara dari segi pembinaan, fizikal dan pengimarahan.
Terbinanya Masjid Negara pada 27 Ogos, 1965 merupakan langkah pertama
kerajaan membangunkan institusi masjid dengan menjadikannya sebagai contoh
bagi pentadbiran, pengurusan dan pengimarahan masjid seluruh Malaysia.
Menerusi Program Takmir Masjid, kerajaan membelanja lebih RM5 juta setiap
tahun bagi membantu kerajaan negeri mengadakan kelas-kelas agama dan
kuliah-kuliah pengajian bagi menyediakan peluang kepada umat Islam
mendalami ilmu dan menghayati ajaran Islam. Ini adalah ekoran kejayaan
Rancangan Takmir Masjid Dan Surau yang mula diadakan pada tahun 1986.
Ditambah dengan peruntukan dan aktiviti anjuran Jabatan/Majlis Agama Islam
negeri-negeri maka umat Islam di negara ini di segenap peringkat tidak ada
alasan untuk tidak berpeluang mempelajari dan mendalami ilmu agama.
Usaha yang berterusan tanpa jemu dalam meningkatkan mutu pentadbiran dan
pengurusan masjid dijayakan lagi dengan adanya Pertandingan Masjid Contoh,
Masjid Terbaik, Lanskap Masjid Terbaik dan sebagainya. Peruntukan dan
bantuan kerajaan sentiasa disediakan pada setiap tahun bagi membina masjid,
surau dan ruang solat. Sehingga kini hampir di semua premis kerajaan dan
swasta, sekolah-sekolah, perhentian bas, rumah rehat, hotel, lebuhraya,
lapangan terbang dan tempat-tempat awam telah disediakan kemudahan
17TERHAD
TERHAD
menunaikan solat. Di samping itu juga, kerajaan sentiasa berusaha
meningkatkan taraf dan kedudukan para imam dan kakitangan masjid.
Sememangnya usaha pihak kerajaan dalam membangunkan institusi masjid
bahkan surau perlu disokong demi mengimarah dan memakmurkan ‘Rumah
Allah’ tempat menunaikan solat iaitu tiang kepada agama Islam.
Pendidikan Islam
Dalam perkembangan awal Islam di Malaysia (negeri-negeri Tanah Melayu) dan
daerah Nusantara, Islam disebar melalui usaha pedagang-pedagang dari negara
Arab, India dan China yang tentunya dipengaruhi pelbagai mazhab, budaya dan
pengaruh-pengaruh luar. Islam diajar di istana-istana kemudian di masjid dan
seterusnya di sekolah-sekolah pondok. Kini mata pelajaran agama Islam diajar
secara bersepadu dan seragam di semua peringkat bermula dari sekolah rendah
hinggalah ke maktab dan universiti.
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah banyak memperakukan supaya taraf
pendidikan Islam diperluas dan dipertingkatkan. Pada tahun-tahun 80an, kita
dapati pendidikan Islam telah dijadikan dasar dan tunjang dalam penggubalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) telah mencapai angka 40 buah. Kelas-kelas aliran agama telah dibuka di
lebih 200 buah sekolah Menengah Kebangsaan. Universiti Islam telah Maktab-
Maktab Perguruan.
Kewujudan sekolah berasrama penuh bantuan kerajaan seperti Kolej Islam
Sultan Alam Shah dirancakkan lagi dengan lahirnya kolej-kolej dan Pusat–Pusat
Pengajian Tinggi Islam milik kerajaan negeri dan swasta seperti Kolej Agama
Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada 1980, Kolej Islam Melaka (KIM) pada 1994,
Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) ada 1996, Kolej Universiti Teknologi Islam
(UNITI) pada 1997 dan Jamiah Islamiah Sultan Ismail Petra (JAIPETRA) juga
pada 1997.
18TERHAD
TERHAD
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang ditubuhkan pada 1983 merupakan
mercu pendidikan Islam di Malaysia. Pusat Pengajian Tinggi Islam ini
mengadunkan pelbagai disiplin ilmu dengan kemantapan iman dan kefahaman
Islam yang jelas, luas dan dinamik. Graduannya yang datang dari 73 buah
negara melambangkan betapa mutu pendidikan dan kualiti tenaga pengajarnya
diterima dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Usaha kerajaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia satu pusat destinasi
pendidikan tinggi bertaraf dunia dijayakan lagi dengan tertubuhnya Institut
Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam (ISTAC) pada tahun 1987. Dengan
terdirinya ISTAC maka kehendak pengkaji dan penuntut untuk mendalami ilmu-
ilmu Islam di peringkat tinggi setanding dengan institusi seumpamanya di luar
negara telah tercapai. Tenaga-tenaga akademik ISTAC yang sering
membentangkan kertas-kertas kerja di banyak tempat di serata dunia secara
langsung menaikkan nama negara. Pendek kata, pendidikan Islam di Malaysia
telah berada di puncak kecemerlangannya.
Pengurusan Zakat
Zakat yang merupakan rukun Islam yang keempat tidak pernah diabaikan oleh
kerajaan dalam merancang sistem pungutan, pengurusan dan pengagihan
dengan lebih cekap dan sistematik. Ini kerana zakat adalah antara sumber atau
diwujudkan dan pendidikan Islam diajar di semua Pusat Pengajian Tinggi dan
dana utama bagi Baitulmal dalam menjalankan pelbagai
program dan mendirikan pusat-pusat sosial, kebajikan dan pendidikan khusus
untuk menolong masyarakat Islam di samping mengagihkan kutipan zakat
kepada lapan asnaf (golongan) yang telah ditetapkan oleh syarak.
Maka dengan itu, pada 1 Januari, 1991 Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Kuala
Lumpur telah ditubuhkan bagi mengutip semua jenis zakat terutama zakat harta,
zakat perniagaan, zakat saham dan juga zakat simpanan dan emas. PPZ telah
menjadi satu contoh organisasi kutipan zakat di Malasyia kerana kecekapan dan
keberkesanannya meningkatkan kutipan zakat dari setahun ke setahun dan
19TERHAD
TERHAD
banyak menolong meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk berzakat.
PPZ juga adalah organisasi zakat yang pertama di dunia menggunakan
komputer dalam menjalankan urusan hariannya dan mempunyai tenaga yang
terlatih menjalankan tugas secara profesional dan sistematik.
Lembaga Tabung Haji
Malaysia merupakan negara pertama di dunia Islam yang mengujudkan sistem
pengurusan ibadat haji untuk rakyatnya secara aktif dan sistematik. Lembaga
Tabung Haji (dulu dikenali sebagai Lembaga Urusan Dan Tabung Haji) telah
ditubuhkan pada 1 November, 1962 dan mula beroperasi pada 1 April, 1963.
Penubuhannya selepas 5 tahun kemerdekaan menunjukkan keperihatinan yang
tinggi pihak kerajaan dalam membantu rakyatnya beragama Islam menunaikan
ibadat haji iaitu rukun Islam yang kelima.
Apa yang lebih menariknya, Lembaga Tabung Haji (LTH) bukan setakat memberi
perkhidmatan dan kemudahan menunaikan ibadat haji kepada para
pendepositnya yang kini seramai 3.5 juta dengan simpanan lebih RM6 bilion,
malahan menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan perniagaan. Kini LTH
merupakan satu institusi permodalan dan perkhidmatan gergasi yang memiliki
aset bernilai berbillion ringgit dalam pelbagai sektor seperti perniagaan,
perusahaan, pendidikan, pelaburan dan perkhidmatan.
Kesungguhan kerajaan dalam memantapkan organisasi LTH, merancakkan
operasinya serta menggandakan tabungan dan simpanan umat Islam
ditingkatkan lagi dengan berkuatkuasanya Akta Lembanga Tabung Haji 1995
pada 1 Jun 1995. Beberapa akta baru diubahsuai dari akta yang lama iaitu Akta
Lembaga Urusan Dan Tabung Haji 1969 di mana LTH dapat memantapkan
sistem pengurusannya dengan penstrukturan baru di samping mempertingkatkan
pembangunan sumber manusia, memperluaskan bidang pelaburan,
memaksimumkan pulangan dan keuntungan dari pelbagai aset tanaman modal
dan peningkatan mutu perkhidmatan dan kemudahan.
20TERHAD
TERHAD
Kunjungan pemimpin-pemimpin negara dari Dunia Islam yang memuji serta ingin
mempelajari selok belok operasi dan pengurusan haji di Malaysia telah
meletakkan negara ini di mercu kecemerlangan pembangunan dan kemajuan
Islam khasnya memberi perkhidmatan berkualiti kepada para tetamu Allah,
menaikkan ekonomi umat Islam dan memenuhi tuntutan fardu kifayah umat
Islam di Malaysia.
Program Dakwah Islamiah
Atas kesedaran bahawa tugas manusia diutuskan ke muka bumi ini ialah untuk
menyampaikan risalah Islam sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w. maka kerajaan dengan penuh kesungguhan telah
menggerakkan seluruh jentera kerajaan, mempelbagaikan aktiviti dan program
serta menubuhkan badan-badan dakwah khusus menjalankan tugas-tugas
dakwah dan memastikan risalah Islam ini sampai kepada semua masyarakat
Malaysia sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam. Kerajaan
amat mengambil berat tentang mesej dan kefahaman Islam yang sebenar iaitu
Islam sebagai Ad-Din iaitu satu cara hidup, sederhana, mudah, toleransi, Dalam
menjayakan hasrat yang suci lagi murni ini dan meneruskan tugas para nabi-nabi
dan rasul-rasul, kerajaan menyedia peruntukan yang besar kepada JAKIM bagi
tugas-tugas tersebut. Di samping itu, kerajaan sentiasa memberi kerjasama dan
komitmen yang tinggi kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam
menjalankan program dakwah dengan memberi sokongan dalam pelbagai
bentuk sama ada material, kewangan, nasihat, kepakaran dan sebagainya.
Badan-badan bukan kerajaan seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Badan Dakwah Islamiah Bagi Kawasan Asia Tenggara Dan
Pasifik (RISEAP) dan sebagainya sentiasa diberi sokongan dan berganding bahu
dalam tugas-tugas dakwah.
Bagi masyarakat orang asli, JAKIM sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli Malaysia serta badan-badan sukarela menjalankan program
dakwah sama ada secara lisan atau kerja-kerja kebajikan. JAKIM menerusi
21TERHAD
TERHAD
Penggerak Masyarakat Orang Asli berusaha sedaya upaya menunjukkan contoh
keperibadian muslim dan cara hidup menurut Islam di kalangan mereka.
Bagi memantapkan lagi usaha penjelasan dan kefahaman Islam ini maka
Kerajaan telah menubuhkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 3
Julai 1992 khusus untuk memperbetulkan sebarang salah faham terhadap Islam
dan mengetengahkan konsep dan prinsip Islam yang universal dalam
berhadapan cabaran masa kini.
Di samping itu, JAKIM selaku nadi program dakwah kerajaan, telah
menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan dakwah seperti media
elektronik dan media cetak. Pelbagai program berbentuk keagamaan dan
bimbingan disiarkan menerusi saluran radio dan televisyen. Begitu juga pelbagai
bahan bercetak diterbitkan sama ada berbentuk jualan atau percuma dalam
pelbagai bahasa dan untuk pelbagai golongan. Program-program ceramah
seperti Forum Perdana Hal Ehwal Islam juga diperluaskan dengan lebih
tersusun, terancang dan berkesan. Usaha dakwah yang bersungguh-sungguh
harmoni dan kesejahteraan. dan berterusan ini kini jelas membawa perubahan
kepada masyarakat Islam sehingga timbul kesedaran betapa perlunya kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar serta menghayati cara hidup yang
berteraskan Islam.
Pengukuhan Institusi Keluarga
Keluarga merupakan agen pembangunan kepada sesebuah masyarakat dan
negara. Kukuh dan utuhnya institusi keluarga maka kuat dan majulah
masyarakat dan negara. Berasaskan peri pentingnya pembinaan dan
pengukuhan institusi kekeluargaan bagi mewujudkan kebahagian dan
keharmonian rumahtangga yang merangkumi aspek rohani dan jasmani bagi
menghadapi cabaran zaman dan sesuai dengan Wawasan 2020 maka pada 1
Julai 1992 kerajaan telah melancarkan Program Rumahku Syurgaku. Program
jangka panjang ini bermatlamat melahirkan satu bangsa Malaysia yang bukan
22TERHAD
TERHAD
sekadar maju dari segi pembangunan fizikal tetapi memilki sifat-sifat unggul,
murni dan nilai-nilai terpuji.
Al-Quran menggambarkan bahawa syurga itu merupakan tempat yang penuh
kenikmatan dan keselesaan di mana penghuninya tidak merasa jemu dan bosan
berada di dalamnya. Gambaran yang seumpama inilah yang mahu kita hayati
dalam kehidupan berumahtangga di kalangan masyarakat Islam negara ini.
Dengan mengambil kira institusi keluarga memainkan peranan penting bagi
mencapai matlamat Wawasan 2020 maka sebab itulah kerajaan menjadikan
rumah sebagai tempat bermula segala-galanya.
Memandangkan kebahagiaan rumahtangga bermula dari pemilihan pasangan
yang beriman dan bertaqwa maka pada tahun 1996 kerajaan telah melancarkan
Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam. Modul yang dirangka dengan
kerjasama agensi-agensi kerajaan dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri
adalah bertujuan mewajibkan pasangan Islam yang ingin berkahwin mengikuti
kursus bagi mendalami asas-asas ajaran Islam dan tanggungjawab selaku suami
isteri. Usaha seperti ini diharapkan dapat mengurangkan pergolakan
rumahtangga dan mengelakkan perceraian yang banyak berpunca dari kurang
mendalami ilmu agama.
Penghayatan Al-Quran
Al-Quran yang merupakan kalam Allah dan mukjizat Rasulullah s.a.w. yang
masih wujud sehingga kini sememangnya mengandungi ajaran-ajaran dan
perintah-perintah Allah s.w.t. yang mampu membawa kepada kemurnian peribadi
Islam dan kecemerlangan hidup masyarakat Islam di dunia dan di akhirat.
Berteraskan betapa penghayatan al-Quran perlu ditanam di dalam diri sanubari
umat Islam maka kerajaan menerusi JAKIM telah melancarkan Kelas Al-Quran
Dan Fardu Ain (KAFA) pada tahun 1990 dengan peruntukan RM77 juta setiap
tahun. Program pendidikan celik al-Quran dan fardu ain ini ditanamkan ke dalam
jiwa generasi umat Islam yang berusia 7 hingga 12 tahun. Sehingga kini
sebanyak 29,358 buah kelas KAFA berjaya didirikan dengan tenaga pengajar
23TERHAD
TERHAD
juga seramai 29,358 orang dan bilangan murid-muridnya kini meningkat kepada
998,172 orang. Permintaan penubuhan sekolah baru dan kemasukan pelajar
semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini menggambarkan betapa
kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap cintakan al-Quran telah
semakin bertambah dan mantap hasil dari program KAFA ini.
Bagi menyempurnakan penghayatan Al-Quran ke dalam masyarakat, Kerajaan
telah menubuhkan Darul Quran di Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan bagi
melahirkan para hafiz dari kalangan lelaki dan wanita. Objektif jangka panjang
kerajaan dengan terbinanya Darul Quran yang bernilai RM26 juta ini adalah
untuk membekalkan para hafiz sebagai imam-imam masjid di seluruh negara.
Apa yang lebih menariknya ialah institusi pengajian tinggi dalam bidang tahfiz al-
Quran ini menerusi Diploma Tahfiz Al-Quran telah berjaya menyatupadukan
semua maahad dan madrasah tahfiz al-Quran sama ada milik kerajaan negeri
atau swasta di seluruh Malaysia khususnya dari segi kurikulum dan tempoh pen
Kemuncak usaha penghayatan al-Quran oleh Kerajaan ialah dengan
menganjurkan Musabaqah Tilawah Al-Quran dan Menghafaz Al-Quran Peringkat
Kebangsaan dan juga Peringkat Antarabangsa. Penyertaan peserta dari negara-
negara asing yang semakin bertambah dari tahun ke tahun menunjukkan
sambutan yang menggalakkan dari masyarakat antarabangsa dan betapa
Malaysia mendapat pengiktirafan dan penghormatan tertinggi di persada
antarabangsa. Apa yang lebih penting ialah perjalanan proses pemilihan qari dan
qariah di Malaysia yang melalui peringkat kampung, mukim, daerah, negeri
seterusnya kebangsaan sudah pasti disertai oleh ratusan qari dan qariah yang
baik bacaan dan kefasihannya. Proses yang memakan masa berbulan-bulan ini
sebenarnya telah memenuhkan ruang langit negara Malaysia dengan
kemerduan bacaan ayat-ayat al-Quran. Begitu juga buminya dibasahi dan
disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran. Suasana seperti ini sebenarnya
mendekatkan negara kita dengan keberkatan daripada Allah s.w.t. lantaran
menyuburkan ruang angkasa dan bumi permainya dengan mukjizat al-Quran.
Syiar Islam
24TERHAD
TERHAD
Sejak merdeka, usaha meninggikan syiar Islam telah dilaksanakan dengan gigih
yang bertujuan selain untuk meningkatkan kesedaran keIslaman kepada
masyarakat dan generasi muda Islam, ia juga untuk memperlihatkan kepada
masyarakat bukan Islam di dalam dan luar negara tentang ketinggian dan
kemuliaan Islam dari segi keagamaan, perpaduan, keindahan, kegemilangan
sejarahnya dan pengaruhnya di gugusan Nusantara dan antarabangsa.
Dalam memelihara dan menonjolkan kesenian Islam dan tamadun kegemilangan
umat Islam terdahulu, kerajaan dengan usahasama pihak swasta sedang
mendirikan Muzium Kesenian Islam yang bernilai RM50 juta. Muzium yang bakal
mengumpulkan barangan berkesenian Islam dari seluruh pelosok dunia adalah
merupakan yang pertama seumpamanya dibina di rantau ini. Projek ini adalah
salah satu usaha kerajaan menyebarkan ilmu dan maklumat berkaitan Islam
secara meluas dan berterusan melalui kesenian Islam. Selain menyimpan gajian.
artifak-artifak dan barangan kesenian Islam, ia juga berperanan memelihara dan
membaik pulih serta sebagai pendidik kesenian dan seni bina Islam kepada
generasi Islam alaf baru.
Pelbagai acara sambutan dan perayaan telah diadakan setiap tahun seperti
Majlis Sambutan Ma’al Hijrah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Nuzul Al-Quran,
Israk Mikraj, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Marhaban, Musabaqah Tilawah
Al-Quran, Pertandingan Menghafaz Al-Quran, Pesta Lagu-Lagu Dakwah dan
sebagainya sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Program-program yang mencetuskan kesedaran dan keagungan kepada agama
Islam yang seumpama ini sangat penting terutama bagi perjuangan ummah
memartabatkan Islam di muka bumi ini.
Kerajaan percaya program dan aktiviti seperti ini adalah unsur pendidikan tidak
formal yang sangat penting bagi menimbulkan rasa cinta kepada Allah, kasihkan
Rasulullah s.a.w. dan semangat untuk mematuhi ajaran-ajaran Islam yang
terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah. Kerajaan sememangnya mengakui
bahawa perjuangan membangunkan ummah tidak boleh bergantung kepada
25TERHAD
TERHAD
suatu program tertentu sahaja dan mengharapkan kejayaan dalam tempoh yang
cepat dan pendek malahan proses pembangunan
ummah yang teguh dan kuat memerlukan kerja-kerja yang berterusan dan
bersepadu di samping menggunakan dan memanfaatkan segala saluran dan
alternatif yang ada.
PENUTUP
Sebenarnya selama ini terlalu banyak usaha-usaha kerajaan yang telah dibuat
dan disokong bagi membawa pembangunan kepada umat Islam di Malaysia
seperti penubuhan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Pusat-pusat Rawatan
Bantuan Guaman, Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (SIMPI) dan
sebagainya.
Sesungguhnya masa depan Islam di Malaysia sudah menampakkan cahaya
kecemerlangannya. Rata-rata umat Islam negara ini merasa terjamin dan
berganding bahu dalam meneruskan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan
Islam yang sedang rancak dilaksanakan. Perancangan dan pembangunan Islam
mesti diteruskan dan disambung perjuangannya oleh generasi akan datang. Kita
yakin generasi muda umat ini yang telah kita bekalkan dengan persediaan
jasmani dan rohani yang cukup mampu memartabatkan Islam di bumi Allah ini.
Oleh itu, sokongan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha-
usaha kerajaan ini perlulah wujud di kalangan rakyat dan pemimpin negara.
Sesungguhnya pembangunan dan kemajuan umat tidak akan tercapai tanpa
perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam.Islam, Kolej Kejururawatan Islam,
Perpustakaan Awam Islam, Sijil Pengesahan Halal, Darul Sa’adah, Yayasan-
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam, Biro Bantuan Guaman, Sistem
Maklumat Perkahwinan Islam (SIMPI) dan sebagainya.
Sesungguhnya masa depan Islam di Malaysia sudah menampakkan cahaya
kecemerlangannya. Rata-rata umat Islam negara ini merasa terjamin dan
berganding bahu dalam meneruskan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan
Islam yang sedang rancak dilaksanakan. Perancangan dan pembangunan Islam
26TERHAD
TERHAD
mesti diteruskan dan disambung perjuangannya oleh generasi akan datang. Kita
yakin generasi muda umat ini yang telah kita bekalkan dengan persediaan
jasmani dan rohani yang cukup mampu memartabatkan Islam di bumi Allah ini.
Oleh itu, sokongan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha-
usaha kerajaan ini perlulah wujud di kalangan rakyat dan pemimpin negara.
Sesungguhnya pembangunan dan kemajuan umat tidak akan tercapai tanpa
perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam.
RUJUKAN
1. Azman Che Omar, (2001) Pengurusan di Malaysia dari Persepektif
Islam
27TERHAD
TERHAD
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
2. Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).
Tarikh : 16 August 1999
[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM ]Zakaria Bin Othman[
Hits : 35453
Pengurusan Dalam Islam. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
3. Robiah K. Hamzah P.hd, (2001) Kepimpinan Terbitan PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd Taman Melawati Kuala Lumpur.
4. Mohd. Ismail Zam Zam, (1993) Asas Organisasi dan Kepimpinan
Terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
5. Mustafa Hj. Daud, (1994) Pengurusan Islam. Terbitan Utusan
Publications & Distributions Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
6. Razali Mat Zin, (1996). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Terbitan
Utusan Publications & Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
7. Kamus Dewan, edisi ke-3, (1994). Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur.
8. Sorotan Darat. T 3029 Dis 2000 Jil 2 Bil 36.
28TERHAD