Transcript

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

108

Kumpulan Utama 3:

JURUTEKNIK DAN PROFESIONAL

BERSEKUTU Juruteknik dan profesional bersekutu biasanya melakukan tugas teknikal dan tugas yang berkaitan dengan penyelidikan dan pengaplikasian konsep sains atau seni dan kaedah operasi, dan peraturan kerajaan atau perniagaan serta mengajar pada suatu peringkat pendidikan tertentu. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran pada tahap kemahiran yang ketiga. Kumpulan utama ini mengandungi kumpulan sub-utama yang berikut: 31 PROFESIONAL BERSEKUTU SAINS DAN KEJURUTERAAN 32 PROFESIONAL BERSEKUTU KESIHATAN 33 PROFESIONAL BERSEKUTU PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN 34 PROFESIONAL BERSEKUTU UNDANG-UNDANG, SOSIAL, KEBUDAYAAN, DAN

YANG BERKAITAN 35 JURUTEKNIK MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 31 PROFESIONAL BERSEKUTU SAINS DAN KEJURUTERAAN Profesional bersekutu sains dan kejuruteraan menjalankan tugas teknikal yang berhubung dengan penyelidikan dan pengaplikasian konsep dan kaedah operasi dalam bidang sains fizik serta bidang pengkomputeran dan kejuruteraan, atau mereka mengawal dan mengendalikan kelengkapan teknikal, memandu pesawat, mengemudi kapal, dan menyiasat aspek keselamatan, dalam proses pembuatan atau proses dan produk yang lain. Kumpulan sub-utama ini mengandungi kumpulan kecil yang berikut: 311 JURUTEKNIK SAINS FIZIK DAN KEJURUTERAAN 312 PENYELIA PERLOMBONGAN, PEMBUATAN DAN PEMBINAAN 313 JURUTEKNIK KAWALAN PROSES 314 JURUTEKNIK SAINS HAYAT DAN PROFESIONAL BERSEKUTU YANG BERKAITAN 315 JURUTEKNIK KAPAL, PESAWAT, DAN KERETAPI 316 PROFESIONAL BERSEKUTU SAINS NUKLEAR 311 JURUTEKNIK SAINS FIZIK DAN KEJURUTERAAN Juruteknik sains fizik dan kejuruteraan menjalankan tugas teknikal yang berkaitan dengan penyelidikan dan pengaplikasian praktik konsep, prinsip, dan kaedah operasi berhubung dengan sains fizik termasuk bidang seperti kejuruteraan, lukisan teknikal, atau kecekapan ekonomi dalam proses pengeluaran.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

109

3111 JURUTEKNIK SAINS KIMIA DAN FIZIK Juruteknik sains kimia dan fizik, biasanya di bawah arahan dan penyeliaan ahli fizik, ahli kimia, ahli meteorologi, ahli geologi, dan ahli sains yang berkaitan, menjalankan tugas teknikal yang berhubung dengan penyelidikan dalam bidang kimia, geologi, geofizik, meteorologi, dan astronomi serta pembangunan dan pengaplikasian praktik hasil penyelidikan dalam bidang perindustrian, perubatan, ketenteraan, dan pengaplikasian praktik yang lain. Tugas merangkumi:

mengumpul sampel serta menyediakan bahan dan kelengkapan ujikaji, ujian, dan analisis;

membuat pemerhatian, merekod, mengekod keadaan cuaca dan menghantar laporan cuaca serta menyelenggara kelengkapan mengkaji cuaca;

membantu mereka bentuk dan menjalankan uji kaji, ujian, dan analisis; membuat pemerhatian, pengiraan/pengukuran, merekodkan dan memplot maklumat

serta mungkin membantu menyediakan laporan dan dokumen teknikal untuk diterbitkan;

menyusun dan menyimpan data yang sesuai; menyediakan anggaran kuantiti serta kos bagi bahan dan buruh yang diperlukan bagi

projek yang ditetapkan; mengaplikasikan pengetahuan teknikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan

masalah yang timbul semasa menjalankan tugas; menyelia atau menyelenggara dan membaik pulih kelengkapan penyelidikan; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31111 Juruteknik, sains fizik 31112 Penolong pegawai kaji cuaca C27 31113 Pembantu kaji cuaca C17 31114 Juruteknik, tanah 31115 Juruteknik, meteorologi 31116 Pembantu makmal, geologi 31117 Konduktor, penyelidikan makmal estet/ladang 31118 Pembantu makmal C17

3112 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN AWAM Juruteknik kejuruteraan awam menjalankan tugas teknikal dalam penyelidikan, reka bentuk, pembinaan, operasi penyelenggaraan, dan pembaikpulihan bangunan dalam kejuruteraan awam serta struktur lain seperti sistem bekalan air dan rawatan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan, dan lapangan terbang. Tugas merangkumi:

menjalankan atau membantu dalam ujian ke atas tanah dan bahan binaan yang dilakukan di lapangan atau di makmal;

memberi bantuan teknikal berhubung dengan pembinaan bangunan dan struktur lain serta kaji ukur atau penyelidikan laporan kaji ukur;

memastikan pematuhan spesifikasi reka bentuk, perundangan dan peraturan yang berkaitan, dan memastikan standard bagi bahan dan kerja yang diperlukan;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

110

mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan prinsip dan amalan pembinaan dan kejuruteraan awam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul;

membantu menyediakan anggaran kuantiti serta kos bagi bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek, menurut spesifikasi yang ditetapkan;

mengelolakan penyelenggaraan dan pembaikpulihan; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31121 Juruteknik, kejuruteraan/awam 31122 Pembantu teknik seni bina J29 31123 Pembantu teknik awam J29 31124 Juruteknik awam J17 31125 Juruteknik seni bina J17

3113 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN ELEKTRIK Juruteknik kejuruteraan elektrik menjalankan tugas teknikal di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik yang menyumbang kepada reka bentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikpulihan sistem dan kelengkapan elektrik. Tugas merangkumi:

membantu kerja penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan sistem, kelengkapan, dan kemudahan elektrik serta menguji prototaip;

membantu menyediakan reka bentuk dan susun atur pemasangan dan litar elektrik; menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan

bagi pembuatan dan pemasangan; membantu penyeliaan teknikal bagi pembuatan, pemasangan, penggunaan,

penyelenggaraan, dan pembaikpulihan sistem dan kelengkapan elektrik; mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan teori dan amalan

kejuruteraan elektrik bagi mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31131 Juruteknik, kejuruteraan/elektrik 31132 Pembantu kejuruteraan, elektrik (sistem voltan tinggi) 31133 Juruteknik, kejuruteraan/elektrik (transmisi kuasa elektrik) 31134 Penganggar, kejuruteraan/elektrik 31135 Pembantu teknik elektrik J29 31136 Juruteknik elektrik J17

3114 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN ELEKTRONIK Juruteknik kejuruteraan elektronik, biasanya di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektronik, menjalankan tugas teknikal berhubung dengan penyelidikan kejuruteraan elektronik serta reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan kelengkapan elektronik dan sistem elektromekanik.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

111

Tugas merangkumi:

membantu kerja penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan kelengkapan elektronik;

membantu menyediakan reka bentuk dan susun atur litar elektronik; menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan

bagi pembuatan dan pemasangan kelengkapan elektronik; membantu penyeliaan teknikalal pembuatan, penggunaan, penyelenggaraan serta

pembaikpulihan sistem kelengkapan elektronik untuk memastikan prestasi mematuhi spesifikasi dan peraturan yang memuaskan;

mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan prinsip dan amalan kejuruteraan elektronik dan telekomunikasi untuk mengarah, mengesan, dan membetulkan kecacatan atau kerosakan;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31141 Juruteknik, kejuruteraan/elektronik 31142 Penganggar, kejuruteraan/elektronik 31143 Pembantu teknik elektronik J29 31144 Juruteknik elektronik J17

3115 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN MEKANIKAL Juruteknik kejuruteraan mekanikal menjalankan tugas teknikal, biasanya di bawah arahan dan penyeliaan juruteknik mekanik yang menyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik. Tugas merangkumi:

membantu kerja penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan perkakas mesin, enjin kenderaan, pesawat, pemasangan pemanasan, pengalihudaraan, dan penyejukan serta loji dan kelengkapan lain yang berfungsi secara mekanik;

mereka bentuk dan menyediakan susun atur pemasangan mesin; menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan

bagi pembuatan dan pemasangan; membantu kerja penyeliaan teknikal bagi pembuatan, penggunaan, penyelenggaraan,

dan pembaikpulihan loji dan enjin mekanik; mengaplikasikan pengetahuan teknikal berkenaan dengan jentera serta prinsip dan

amalan kejuruteraan mekanik supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

membantu kerja pembangunan serta pemantauan pelaksanaan standard dan prosedur keselamatan bagi kerja kaji ukur marin berhubung dengan badan, kelengkapan dan kargo kapal;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31151 Juruteknik, kejuruteraan/mekanikal 31152 Pembantu teknik mekanikal J29 31153 Juruteknik mekanikal J17 31154 Ketua dok, dok kering 31155 Pembantu kejuruteraan, marin

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

112

31156 Juruteknik, kejuruteraan/mekanikal (pembinaan kapal) 31157 Pembantu teknik kapal terbang A29 31158 Juruteknik, hos hidraulik

3116 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN KIMIA Juruteknik kejuruteraan kimia menjalankan tugas teknikal, biasanya di bawah arahan dan penyeliaan jurutera kimia yang menyumbang kepada pembangunan proses, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan loji kimia. Tugas merangkumi:

membantu kerja penyelidikan untuk membangunkan proses dan loji pembuatan yang baru atau yang lebih baik bagi transformasi bahan secara kimia atau fizik pada skala komersil;

mereka bentuk dan menyediakan susun atur loji kimia mengikut spesifikasi yang ditetapkan;

menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan loji;

memberi khidmat penyeliaan teknikal bagi pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan loji kimia untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan;

mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan prinsip dan amalan kejuruteraan kimia supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31161 Juruteknik, kejuruteraan/kimia 31162 Pembantu kejuruteraan, kimia (petroleum) 31163 Juruanalisis teras (petroleum dan gas asli) 31164 Penganggar, kejuruteraan/kimia 31165 Penolong pegawai kimia bumi C27

3117 JURUTEKNIK PERLOMBONGAN DAN KAJI LOGAM Juruteknik perlombongan dan kaji logam menjalankan tugas teknikal, biasanya di bawah arahan dan penyeliaan jurutera perlombongan dan jurutera kaji logam yang menyumbang ke arah penambahbaikan pembangunan serta kawalan proses pengekstrakan galian logam dan bukan logam dari bumi untuk diproses dengan lebih lanjut. Tugas merangkumi:

membantu kerja penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan sifat logam dan aloi yang baru atau kaedah yang lebih baik dalam pengekstrakan mineral pepejal, minyak, dan gas asli serta untuk mengangkut dan menyimpan minyak dan gas asli, atau menguji prototaip;

membantu dalam kaji selidik geologi dan topografi serta dalam reka bentuk sistem pengekstrakan dan pengangkutan minyak, gas asli, dan bijih serta loji pemprosesan dan penapisan galian dan logam;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

113

menyediakan anggaran kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi projek dan loji, dan pengangkutan galian, minyak, dan gas asli, serta untuk pemprosesan dan penapisan galian;

membantu kerja penyeliaan teknikal pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji, pengangkutan dan pemasangan, penyimpanan serta pemprosesan bijih galian, minyak, dan gas asli untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan;

mengaplikasikan pengetahuan perlombongan, pengekstrakan, pengangkutan dan penyimpanan minyak dan gas asli serta prinsip dan amalan kaji logam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31171 Pembantu makmal, kaji logam 31172 Pembantu kaji logam, fizik 31173 Juruteknik, kejuruteraan/perlombongan 31174 Juruteknik, pengekstrakan petroleum gas semula jadi 31175 Penolong pegawai galian C27 31176 Pembantu galian C17

3118 PELUKIS PELAN Pelukis pelan menyediakan lukisan, peta dan ilustrasi teknikal daripada lakaran, ukuran dan data lain serta menyalin lukisan ke atas plat cetak. Tugas merangkumi:

menyediakan lukisan kerja arkitek dan pereka bentuk daripada lakaran serta spesifikasi bagi pembuatan dan pemasangan jentera dan peralatan atau bagi pembinaan bangunan, empangan, jambatan, jalan raya, dan projek kejuruteraan awam yang lain;

mengendalikan kelengkapan lukisan dengan menggunakan komputer untuk mencipta, mengubah, dan menghasilkan salinan cetak dan digital bagi lukisan kerja;

mengendalikan meja digital atau kelengkapan yang seumpamanya untuk memindahkan salinan cetak lukisan kerja, peta, dan keluk lain ke dalam bentuk digital;

mengambil data topografi dalam bentuk analog atau digital dengan menggunakan alat stereo untuk menyediakan dan mengubah peta topografi, hidrografi, utiliti, dan peta tematik lain;

menyedia dan menyemak ilustrasi untuk digunakan sebagai rujukan, brosur, dan manual teknikal berkaitan dengan pemasangan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan jentera dan kelengkapan lain;

menyalin lukisan ke atas batu atau plat logam untuk dicetak; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31181 Pelukis pelan 31182 Pelukis pelan J17 31183 Juruteknik landskap J17 31184 Penolong arkitek landskap J29 31185 Penolong pegawai senibina J29 31186 Penolong pegawai rancangan tanah G27 31187 Penolong pegawai perancang bandar dan desa J29

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

114

31188 Juruteknik perancang bandar dan desa J17 3119 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN SAINS FIZIK DAN KEJURUTERAAN YANG TIDAK

DIKELASKAN DI MANA-MANA Kumpulan unit ini meliputi juruteknik sains fizik dan kejuruteraan yang tidak dikelaskan di mana-mana Kumpulan Kecil 311: Juruteknik Sains Fizik dan Kejuruteraan. Sebagai contoh, di sini perlu dikelaskan mereka yang membantu jurutera dalam hal kejuruteraan pengeluaran, kajian masa dan gerakan, atau menyediakan anggaran kos dan senarai kuantiti termasuk kegiatan dalam aktiviti mineral dan geosains. Tugas merangkumi:

mengumpulkan data dan memberi bantuan teknikal berhubung dengan kaedah perancangan dan pengeluaran, penggunaan personel, bahan dan kelengkapan yang cekap, selamat, dan menjimatkan, kaedah kerja dan urutan operasi dan penyeliaan pelaksanaannya, aspek masa dan gerakan dalam pengelolaan kerja serta susun atur loji atau pertubuhan yang cekap;

mengenal pasti bahaya yang mungkin berlaku dan memperkenalkan prosedur dan peranti keselamatan;

mengumpulkan data dan memberi bantuan teknikal berkaitan dengan penyediaan dan pengawasan anggaran kos dan senarai kuantiti bagi projek pembinaan dan seni bina;

mengaktifkan robot perindustrian, memprogram atau memprogram semula robot untuk fungsi yang tertentu, mengawal operasinya serta menyediakan penyelenggaraan asas dan pelarasan sewaktu bekerja;

menterjemahkan lukisan kerja arkitek daripada lakaran dan spesifikasi bagi pembuatan serta pemasangan jentera dan kelengkapan atau bagi pembinaan bangunan, empangan, jambatan, jalan raya, dan projek kejuruteraan awam yang lain untuk dilakukan oleh pelukis pelan;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31191 Juruteknik, CAD/CAM 31192 Penolong juruukur bahan J29 31193 Pembantu teknik ukur bahan J29 31194 Pembantu kaji bumi C17 31195 Pembantu teknik ukur J29 31196 Pembantu teknik ukur bangunan J29 31197 Juruteknik ukur bahan J17 31198 Juruteknik ukur J17

312 PENYELIA PERLOMBONGAN, PEMBUATAN, DAN PEMBINAAN Penyelia perlombongan, pembuatan dan pembinaan melaksanakan gabungan beberapa tugas; terlibat dalam pelbagai pekerjaan dalam aktiviti perlombongan, pembuatan, dan pembinaan. Mereka juga turut menguruskan pengeluaran secara rutin, tanpa membuat keputusan strategi; mereka juga membantu pengendali sekiranya berlaku kecemasan dan sebahagiannya melaksanakan kerja teknikal. Dalam kategori ini, hanya pekerjaan ini sahaja yang tidak boleh dikodkan sebagai pengurus, kerana masih ada sekurang-kurangnya satu tahap antara mereka dengan pengurusan, dan tidak boleh juga dikodkan sebagai operator kerana masih ada sekurang-kurangnya satu tahap antara mereka dengan operator.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

115

3121 PENYELIA PERLOMBONGAN Penyelia perlombongan menyelia aktiviti pengeluaran bagi pekerja yang terlibat dalam pelbagai pekerjaan dalam perlombongan dan kuari secara rutin tanpa membuat keputusan strategi. Mereka memastikan arahan pihak pengurusan dilaksanakan dan dikendalikan serta menguruskan hal personel dan kewangan. Tugas merangkumi:

menghadiri perhimpunan harian untuk mengesahkan rekod kedatangan dan mengeluarkan arahan kerja;

menerima, merekodkan, dan menghantar hasil; memeriksa, menyelenggara, dan menyimpan rekod tersebut seperti yang dikehendaki

oleh pihak pengurusan di bawah kawasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya dan memastikan semua kerja dilaksanakan menurut arahan;

membuat tuntutan, mengeluarkan, dan merekodkan bahan yang perlu untuk operasi; menyelesaikan ketidakpuasan hati pekerja; menyediakan senarai gaji bulanan atau menyediakan angka muktamad untuk

menghitung senarai gaji dan membantu menguruskan pembayaran pendahuluan dan upah kepada pekerja;

merancang dan menganggar kos pengeluaran dan mengemukakan laporan kemajuan berkala;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31211 Penyelia, perlombongan 3122 PENYELIA PEMBUATAN Penyelia pembuatan menyelia aktiviti pengeluaran bagi pekerja yang terlibat dalam pelbagai pekerjaan yang berkaitan dengan kilang papan, makanan, penyelenggaraan, dan dandang secara rutin tanpa membuat keputusan strategi. Mereka memastikan arahan pihak pengurusan dilaksanakan serta menguruskan hal personel dan kewangan. Tugas merangkumi:

menghadiri perhimpunan harian untuk mengesahkan rekod kedatangan dan mengeluarkan arahan kerja;

menerima, merekodkan, dan menghantar hasil; memeriksa, menyelenggara, dan menyimpan rekod tersebut seperti yang dikehendaki

oleh pihak pengurusan, berkaitan dengan tanggungjawabnya dan memastikan semua kerja dilaksanakan menurut arahan;

membuat tuntutan, mengeluarkan, dan merekodkan bahan yang perlu untuk operasi; menyelesaikan ketidakpuasan hati pekerja; menyediakan senarai gaji bulanan atau menyediakan angka muktamad untuk

menghitung senarai gaji dan membantu penguruskan pembayaran pendahuluan dan upah kepada pekerja;

merancang dan menganggar kos pengeluaran dan mengemukakan laporan kemajuan berkala;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

116

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31221 Penyelia, pengkompaunan 31222 Penyelia, pemotong 31223 Juruteknik, penyelenggaraan 31224 Juruteknik, gudang 31225 Penyelia, kilang papan 31226 Penyelia, chief hookman 31227 Penyelia, pengendali dandang 31228 Juruteknik, kawalan kualiti

3123 PENYELIA PEMBINAAN Penyelia pembinaan menyelaras, menyelia, dan menyusun jadual aktiviti pekerja yang terlibat dalam pembinaan serta membaik pulih bangunan dan struktur. Tugas merangkumi:

membaca spesifikasi untuk menentukan keperluan pembinaan dan merancang prosedur;

menyusun dan menyelaraskan bahan dan pekerja yang diperlukan untuk melengkapkan kerja;

memantau dan memeriksa kemajuan kerja; memeriksa kelengkapan dan tapak pembinaan untuk memastikan keperluan kesihatan

dan keselamatan dipatuhi; menyelia tapak pembinaan dan menyelaraskan kerja dengan projek pembinaan lain; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31231 Penyelia, operasi 31232 Penyelia, pembinaan

3129 PENYELIA LAIN YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA Kumpulan unit ini merangkumi penyelia yang tidak dikelaskan di mana-mana dalam Kumpulan Kecil 312: Penyelia Perlombongan, Pembuatan, dan Pembinaan. Sebagai contoh di sini seharusnya dikelaskan mereka yang menyelia kerja am, logistik, kemudahan dan hal alam sekitar. Tugas merangkumi:

menghadiri perhimpunan harian untuk mengesahkan rekod kedatangan dan mengeluarkan arahan kerja;

menerima, merekod, dan menghantar hasil; memeriksa, menyelenggara, dan menyimpan rekod tersebut seperti yang dikehendaki

oleh pihak pengurusan, di bawah kawasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya dan memastikan semua kerja dilaksanakan menurut arahan;

membuat tuntutan, mengeluarkan, dan merekodkan bahan yang perlu untuk operasi; menyelesaikan ketidakpuasan hati pekerja; menyediakan senarai gaji bulanan atau menyediakan angka muktamad untuk

menghitung senarai gaji dan membantu menguruskan pembayaran pendahuluan dan upah kepada pekerja;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

117

merancang dan menganggar kos pengeluaran dan mengemukakan laporan kemajuan berkala;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31291 Penyelia, alam sekitar 31292 Penyelia, kemudahan

31293 Penyelia, am 31294 Penyelia, logistik

313 JURUTEKNIK KAWALAN PROSES Juruteknik kawalan proses melaksanakan fungsi yang berkaitan dengan penghasilan kuasa, rawatan air, pemprosesan kimia, pemprosesan makanan dan operasi petroleum. Penjawat ini akan bekerja rapat dengan Jurutera Proses dan Projek dan akan membantu melaksanakan projek utama serta membangunkan kaedah dan prosedur untuk mengawal atau mengubah suai proses pembuatan untuk menambah baik produktiviti, kualiti, dan keselamatan. 3131 OPERATOR LOJI PENJANA KUASA Operator loji penjana kuasa mengendalikan dan mengawasi jentera dan kelengkapan yang menjana elektrik atau kuasa lain dan mengawal pengagihannya. Tugas merangkumi:

mengendalikan dan mengawasi loji penjana kuasa stim pembakaran batu arang, minyak, atau gas asli;

mengendalikan dan mengawasi stesen penjana kuasa hidroelektrik; mengawal bekalan kuasa dan pengagihan elektrik dari stesen jana kuasa; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31311 Penghantar muatan, kuasa elektrik 31312 Operator, papan suis elektrik 31313 Operator, stesen hidroelektrik 31314 Operator, loji penjanaan kuasa 31315 Operator, turbin

3132 OPERATOR LOJI PENUNU DAN PERAWATAN AIR Operator loji penunu dan perawatan air mengawasi pelbagai jenis loji seperti loji penunu, loji perawatan air, loji kumbahan, pemampat udara dan gas, stesen pam, dan sistem penyejukan atau pemanasan, dan pengalihudaraan. Tugas merangkumi:

mengendalikan dan mengawasi jentera dan peralatan loji penunu pembakar sampah atau bahan buangan lain;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

118

mengendalikan dan mengawasi jentera dan peralatan untuk menulenkan dan menjernihkan air untuk keperluan atau kegunaan manusia dan kemudiannya dikembalikan kepada sistem air asli;

mengendalikan dan mengawasi jentera dan peralatan yang mengawal atur pembersihan dan pembuangan kumbahan dan buangan;

mengendalikan dan mengawasi pemampat udara dan gas; mengendalikan dan mengawasi stesen pam untuk memindahkan cecair, gas, bahan

separa cecair dan bahan serbuk dari satu tempat ke tempat yang lain; mengendalikan dan mengawasi sistem penyejukan untuk penyimpanan sejuk atau

beku, atau proses perindustrian; mengendalikan dan mengawasi sistem pemanasan dan pengalihudaraan; mengendalikan peralatan untuk membuat blok ais; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31321 Operator, enjin pegun 31322 Operator, pemampat 31323 Operator, loji insinerator 31324 Operator, stesen pengepaman 31325 Operator, kelengkapan pemanasan dan pengalihudaraan 31326 Operator, sistem penyejukan 31327 Operator, loji R3 31328 Operator, loji rawatan air

3133 PENGAWAL LOJI PEMPROSESAN KIMIA Pengawal loji pemprosesan kimia mengendalikan dan memantau loji kimia, melaraskan dan menyelenggara unit pemprosesan dan kelengkapan yang menyuling, menuras, mengasingkan, memanaskan, atau menapis bahan kimia. Tugas merangkumi:

mengendalikan panel kawalan elektronik atau berkomputer dari bilik kawalan pusat untuk memantau dan mengoptimumkan proses fizik dan kimia bagi beberapa unit pemprosesan;

melaraskan peralatan, injap, pam, kelengkapan kawalan dan proses; mengawal persediaan, mengukur dan memasukkan bahan mentah dan agen

pemprosesan seperti pemangkin dan bahantara penapis ke dalam loji; mengawal proses menghidup dan mematikan peralatan, menyelesaikan masalah

kerosakan, dan memantau proses peralatan luar; mengesahkan peralatan tidak rosak, melaksanakan ujian operasi rutin, dan mengatur

penyelenggaraan; menganalisis sampel produk, melaksanakan ujian, merekodkan data, dan menulis log

pengeluaran; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31331 Penyelia, loji

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

119

3134 OPERATOR LOJI PENAPISAN PETROLEUM DAN GAS ASLI Operator loji penapisan petroleum dan gas asli mengendalikan dan mengawasi loji yang menapis, menyuling, dan mengolah petroleum, produk berasaskan petroleum, dan produk sampingan atau gas asli. Tugas merangkumi:

mengendalikan dan mengawasi loji yang mengeluarkan sulfur daripada petroleum serta produk berasaskan petroleum dan produk sampingan;

mengendalikan dan mengawasi peralatan memproses karbida dan air kepada gas asetilena;

mengendalikan dan mengawasi peralatan untuk mencairkan dan memampatkan gas klorin;

mengendalikan dan mengawasi peralatan untuk mendapatkan oksigen dan nitrogen daripada udara untuk kegunaan perindustrian dan terapeutik;

mengendalikan dan mengawasi loji tempat sulingan tekanan dan gas yang tidak termeluwap dirawat;

mengendalikan turas tekan untuk mengasingkan minyak sulingan parafin daripada lilin parafin;

mengendalikan dan mengawasi pam yang mengedarkan produk petroleum atau air dan larutan kimia melalui loji penapisan;

mengendalikan dan mengawasi panel kawalan di loji penapisan petroleum; mengendalikan dan mengawasi radas penyulingan yang menyuling atau menapis

produk petroleum; mengendalikan dan mengawasi mesin yang mengadun petrol dengan bahan kimia dan

bahan tambah yang lain; mengendalikan dan mengawasi mesin yang menapis atau merawat gas asli; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31341 Tukang pam (penapisan petroleum) 31342 Tukang penyuling (penapisan petroleum) 31343 Pengawal (penapisan petroleum) 31344 Operator penyahsulfur, penapisan petroleum 31345 Operator, loji parafin 31346 Pengadun (penapisan petroleum) 31347 Operator, pengolahan/penapisan petroleum dan gas asli 31348 Operator, stesen pengepam/petroleum dan gas asli lain

3135 PENGAWAL PROSES PENGELUARAN LOGAM Pengawal proses pengeluaran logam mengendalikan dan memantau aktiviti pekerja yang terlibat dalam kilang penggelek untuk menggelek logam, atau relau untuk melebur atau memanaskan semula logam, atau mesin untuk menuang logam. Tugas merangkumi:

mengendalikan dan mengawasi relau untuk meleburkan logam ferus dan bukan ferus untuk menghasilkan tuangan;

mengendali dan mengawasi relau untuk memanaskan semula bahan logam sebelum ditempa, ditekan dengan menggunakan kuasa, digelek, atau untuk pemprosesan selanjutnya;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

120

mengendalikan dan mengawasi mesin penggelek untuk membentuk keluli panas atau sejuk kepada beberapa bentuk untuk pemprosesan selanjutnya, atau kepada bentuk akhir;

mengendalikan dan mengawasi mesin penggelek untuk menjadikan atau membentuk logam bukan ferus panas atau sejuk kepada bentuk yang ditentukan seperti plat, kepingan, atau kerajang;

mengendalikan dan mengawasi gulungan keluli untuk membentuk tiub dan paip tanpa kelim daripada bilet yang telah ditebuk secara membujur;

menuang logam lebur ke dalam acuan serta mengendalikan dan mengawasi mesin tuang;

mengendalikan mesin penggelek selanjar di mana keluli panas dimasukkan melalui beberapa siri penggelek (tegak) untuk menghasilkan plat atau kepingan siap dalam satu operasi yang berterusan;

mengendalikan mesin penggelek untuk menjadikan atau membentuk logam bukan ferus panas atau sejuk kepada plat, kepingan, kerajang, dawai, atau rod yang ditentukan dimensinya;

mengawal alat kawalan mesin penggelek mengikut isyarat daripada penggelek; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31351 Pengawal, mesin penggelek, logam 3139 JURUTEKNIK KAWALAN PROSES YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA Kumpulan unit ini merangkumi juruteknik kawalan proses di luar skop Kumpulan Kecil 313: Juruteknik Kawalan Proses. Tugas merangkumi:

menghadiri perhimpunan harian untuk mengesahkan rekod kedatangan dan mengeluarkan arahan kerja;

memeriksa, menyelenggara, dan menyimpan rekod seperti yang dikehendaki oleh pihak pengurusan, di bawah kawasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya dan memastikan semua kerja dilaksanakan menurut arahan;

membuat tuntutan, mengeluarkan, dan merekodkan bahan yang perlu untuk operasi; merancang dan menganggar kos pengeluaran dan mengemukakan laporan kemajuan

berkala; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31391 Penolong pegawai teknologi makanan C27 31392 Penolong pegawai penyediaan makanan C27 31393 Juruteknik, pemprosesan makanan

314 JURUTEKNIK SAINS HAYAT DAN PROFESIONAL BERSEKUTU YANG BERKAITAN Juruteknik sains hayat dan professional bersekutu yang berkaitan menjalankan pelbagai tugas teknikal untuk menyokong profesional sains hayat dalam penyelidikan, perkembangan, pengurusan, kerja pemuliharaan dan perlindungan, dalam bidang seperti biologi, botani, zoologi, bioteknologi dan biokimia, dan dalam pertanian, perikanan, dan perhutanan.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

121

3141 JURUTEKNIK SAINS HAYAT (TIDAK TERMASUK PERUBATAN) Juruteknik sains hayat (kecuali perubatan) menyediakan sokongan teknikal kepada profesional sains hayat yang menjalankan penyelidikan, analisis, dan ujian organisma hidup, serta pembangunan dan aplikasi produk dan proses yang dihasilkan daripada penyelidikan dalam bidang seperti pertanian, pengurusan sumber semula jadi, perlindungan alam sekitar, biologi tumbuhan dan haiwan, mikrobiologi, serta biologi sel dan molekul. Tugas merangkumi:

membantu mereka bentuk, membuat persiapan, dan menjalankan uji kaji; menetapkan, menentukur, mengendali, serta menyelenggara instrumen dan

kelengkapan makmal; mengumpulkan dan menyediakan spesimen dan sampel, larutan kimia, dan slaid

serta membiakkan kultur untuk digunakan dalam uji kaji; melaksanakan ujian lapangan dan makmal yang rutin; memantau uji kaji untuk memastikan pematuhan untuk membetulkan prosedur

kawalan kualiti makmal dan garis panduan kesihatan dan keselamatan; membuat pemerhatian terhadap ujian, dan menganalisis, menghitung, merekodkan,

dan melaporkan keputusan ujian dengan menggunakan kaedah saintifik yang sesuai;

mengawet, mengelas, dan mengkatalog spesimen dan sampel; menyimpan log terperinci bagi kerja yang telah dilaksanakan; menggunakan komputer untuk membangunkan model dan menganalisis data; menggunakan kelengkapan kompleks dan berkuasa tinggi untuk melaksanakan

kerja; mengambil bahagian dalam penyelidikan, pembangunan, serta pembuatan produk

dan proses; memesan dan menyimpan stok bekalan makmal; menyelenggara pangkalan data yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31411 Juruteknik, biologi 31412 Juruteknik, entomologi 31413 Juruteknik, botani 31414 Juruteknik, pembiakbakaan buatan 31415 Juruteknik, zoologi 31416 Taksidermis 31417 Penolong pegawai hidupan liar G27

3142 JURUTEKNIK PERTANIAN Juruteknik pertanian menjalankan tugas teknikal yang berhubung dengan penyelidikan dalam bidang agronomi serta pembangunan aplikasi hasil penyelidikan dalam bidang pertanian. Tugas merangkumi:

menyediakan dan mengumpulkan spesimen, bahan, dan kelengkapan untuk uji kaji, ujian, dan analisis;

mengelolakan penyelenggaraan dan pembaikpulihan mesin dan peralatan ladang; bertanggungjawab terhadap kualiti produk;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

122

membantu dan menjalankan uji kaji, ujian, dan analisis serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan dengan menggunakan kelengkapan dan peralatan makmal;

menganalisis sampel bijih benih bagi menentukan kadar kualiti, ketulenan, dan percambahannya;

mengumpulkan data dan menganggarkan kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek;

menguruskan penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan penyelidikan; mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan sains untuk mengenal pasti

dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31421 Juruteknik, agronomi 31422 Juruteknik, penyelidikan tanaman 31423 Juruteknik, sains tanah 31424 Juruteknik, florikultur 31425 Konduktor, luar dan kilang/ladang kelapa sawit 31426 Penolong pegawai pertanian G27

3143 JURUTEKNIK PERHUTANAN Juruteknik perhutanan melaksanakan tugas teknikal yang berhubung dengan penyelidikan dalam perhutanan serta pembangunan aplikasi hasil penyelidikan dalam bidang pertanian. Tugas merangkumi:

menyediakan dan mengumpulkan spesimen, bahan, dan kelengkapan untuk uji kaji, ujian, dan analisis;

membantu dan menjalankan uji kaji, ujian, dan analisis serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan dengan menggunakan kelengkapan dan peralatan makmal;

menganalisis sampel bijih benih bagi menentukan perkadaran kualiti, ketulenan, dan percambahan;

mengumpulkan data dan menganggarkan kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek;

menguruskan penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan penyelidikan; mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan sains untuk mengenal pasti

dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31431 Juruteknik, arborikultur 31432 Penolong pemelihara hutan G27

3144 JURUTEKNIK PERIKANAN Juruteknik perikanan melaksanakan tugas teknikal yang berhubung dengan penyelidikan perikanan serta pembangunan aplikasi hasil penyelidikan dalam bidang perikanan.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

123

Tugas merangkumi:

menyediakan dan mengumpulkan spesimen, bahan, dan kelengkapan untuk uji kaji, ujian, dan analisis;

membantu dan menjalankan uji kaji, ujian, dan analisis serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan dengan menggunakan kelengkapan dan peralatan makmal;

menganalisis sampel ikan untuk menentukan kualiti; mengumpulkan data dan menganggarkan kuantiti serta kos bahan dan buruh yang

diperlukan untuk projek; menguruskan penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan penyelidikan; mengaplikasi pengetahuan tentang prinsip dan amalan sains untuk mengenal pasti dan

menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja; membantu dalam penyediaan dan penambahan pekerja untuk membersihkan,

memeriksa dan memperbaiki peralatan; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31441 Penolong pegawai perikanan G27 31442 Juruteknik, penetasan/udang

315 JURUTEKNIK KAPAL, PESAWAT, DAN KERETAPI Juruteknik kapal, pesawat, dan keretapi menyelia operasi perkhidmatan pengangkutan darat, udara, dan air. 3151 JURUTEKNIK TRAFIK UDARA Juruteknik trafik udara membaik pulih, memperbaiki, memeriksa, menguji, dan menservis enjin pesawat udara dan kelengkapan mekanik pesawat yang lain di lapangan terbang. Tugas merangkumi:

menservis, membaik pulih, dan memperbaiki enjin pesawat udara, seperti jet, enjin turbo dan omboh serta kelengkapan mekanik pesawat yang lain;

menguji enjin dengan menggunakan kelengkapan ujian; memeriksa enjin untuk mengesan silinder retak, kebocoran minyak, dan kerosakan lain; merujuk manual pengilang dan manual penyelenggaraan pesawat untuk memastikan

spesifikasi dan kemungkinan baik pulih atau untuk menggantikan bahagian yang rosak; membaik pulih, memasang, dan menggantikan bahagian enjin; mengeluarkan enjin dari pesawat untuk diperbaiki dan memasang gantian; memeriksa, menservis, dan membaik pulih sistem pneumatik dan hidraulik; melaksanakan kewajipan lain untuk menservis pesawat, termasuk kotak engkol

pancuran, membersihkan skrin, menggris bahagian yang bergerak, dan memeriksa brek;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31511 Juruteknik, keselamatan trafik udara 31512 Penolong pegawai, kawalan trafik udara A29

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

124

3152 JURUTEKNIK KAPAL/MARIN Juruteknik kapal/marin membaik pulih atau menservis enjin marin di bengkel atau di atas kapal. Tugas merangkumi:

menyelia atau membaik pulih dan menservis enjin stim, petrol, diesel, dan enjin marin; memeriksa enjin untuk mencari kerosakan dengan menggunakan pelbagai alat dan

perkakas; menyahpasang sebahagian atau seluruh enjin untuk menggantikan atau membetulkan

bahagian yang haus dan rosak; menghidupkan enjin dan memerhatikan prestasinya dengan mengambil bacaan meter

seperti suhu, paras bahan bakar, dan tekanan minyak serta membuat pelarasan yang perlu untuk prestasi yang optimum;

memeriksa, melaras, dan melincirkan enjin secara berkala untuk memastikan enjin dalam keadaan baik;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31521 Pengawal tambatan 31522 Juragan, perahu layar 31523 Penyelia trafik (kapal kargo) 31524 Penolong pegawai laut A29 31525 Juruteknik, enjin (bot)

3153 JURUTEKNIK KERETAPI/LOKOMOTIF Juruteknik kereta api/lokomotif menservis dan membaik pulih enjin lokomotif. Tugas merangkumi:

menservis atau membaik pulih jenis petrol, diesel, dan enjin lokomotif jenis lain; memeriksa enjin untuk mengesan kerosakan dengan menggunakan alat dan perkakas; menyahpasang sebahagian atau seluruh enjin untuk menggantikan atau membetulkan

bahagian yang haus dan rosak; memeriksa, melaras, dan melincirkan enjin secara berkala untuk memastikan enjin

dalam keadaan baik; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31531 Penyelia, perkhidmatan kereta api 31532 Penyelia, kereta api LRT 31533 Inspektor, kereta api

3159 JURUTEKNIK PENGANGKUTAN YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA Kumpulan unit ini merangkumi juruteknik pengangkutan di luar skop Kumpulan Kecil 315: Kapal, Pesawat dan Juruteknik Kereta api.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

125

Tugas merangkumi:

menyelia dan menyelaraskan satu atau lebih aktiviti perkhidmatan bagi jabatan trafik; mengarahkan dan menyeliakan aktiviti konduktor dan pemandu bas dalam lingkungan

kawasan geografi yang terhad; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31591 Ketua stesen 31592 Penyelia perkhidmatan pengangkutan jalan

316 PROFESIONAL BERSEKUTU SAINS NUKLEAR Profesional bersekutu sains nuklear membantu ahli sains dalam aktiviti makmal dan pengeluaran dengan melaksanakan tugas teknikal yang melibatkan fizik nuklear, terutamanya dalam operasi, penyelenggaraan, pengeluaran, dan aktiviti sokongan kawalan kualiti. 3160 PROFESIONAL BERSEKUTU PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NUKLEAR Profesional penyelidikan dan pembangunan nuklear mengumpul dan menguji sampel ujian untuk memantau keputusan uji kaji nuklear serta pencemaran kepada manusia, kemudahan, dan alam sekitar. Tugas merangkumi:

membantu ahli sains untuk mengendalikan membangunkan konsep, teknologi, dan strategi baru untuk menambah baik teknologi nuklear;

mengendalikan kelengkapan yang digunakan untuk pelepasan, kawalan, dan penggunaan tenaga nuklear untuk membantu ahli sains di makmal dan dalam aktiviti pengeluaran;

menyediakan dan menghantar cadangan dan persembahan bertulis dan lisan; mereka bentuk, menyelaras, dan mengawal aspek teknikal sesuatu projek; menganalisis keputusan ujian; menulis keputusan projek dan menyertai persatuan teknikal melalui penerbitan kertas

teknikal dan mesyuarat persatuan; membasuh, mencuci, dan mengeringkan radas dan kelengkapan selepas digunakan

dan menyimpannya dalam keadaan kerja yang sesuai; memastikan bahan dan larutan kimia yang diperlukan tersedia dan mengisi semula stok

dengan mendapatkannya dari stor/kedai; menjaga makmal agar berada dalam keadaan bersih dan kemas; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

31601 Penolong pegawai sains C27 32 PROFESIONAL BERSEKUTU KESIHATAN Profesional bersekutu kesihatan menjalankan tugas teknikal yang berkaitan dengan penyelidikan dan aplikasi praktikal bagi konsep, teori, prinsip, dan kaedah operasi dalam bidang perubatan, perubatan veterinar, pergigian, farmasi, sanitasi, kejururawatan, perbidanan, perubatan tradisional, dan rawatan secara perbomohan serta disiplin yang berkaitan.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

126

Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 321 JURUTEKNIK PERUBATAN DAN FARMASEUTIKAL 322 PROFESIONAL BERSEKUTU KEJURURAWATAN DAN PERBIDANAN 323 PROFESIONAL BERSEKUTU PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 324 JURUTEKNIK DAN PEMBANTU VETERINAR 325 PROFESIONAL BERSEKUTU KESIHATAN LAIN 321 JURUTEKNIK PERUBATAN DAN FARMASEUTIKAL Juruteknik perubatan dan farmaseutikal melaksanakan tugas teknikal yang biasanya di bawah arahan dan penyeliaan pelbagai pakar perubatan termasuk menyediakan perkhidmatan teknikal, perubatan, dan kesihatan untuk membantu pakar perubatan dalam mendiagnos penyakit dan memberi rawatan kepada pesakit: melaksanakan kerja rutin makmal; membuat campuran untuk menentukan formula atau menyebatikan produk farmaseutikal menurut set formula atau arahan. 3211 JURUTEKNIK KELENGKAPAN PENGIMEJAN PERUBATAN DAN TERAPEUTIK Juruteknik kelengkapan pengimejan perubatan dan terapeutik menyusun dan menetapkan pelbagai peralatan dan radas di dalam makmal klinikal. Tugas merangkumi:

mengendalikan peralatan radiografi termasuk mengambil gambar x-ray, menjalankan prosedur radiologi menggunakan peralatan umum X-ray dan juga mesin skan MRI dan CT sama ada yang dijalankan di wad, teater pembedahan serta bahagian kasualti/kemalangan yang menggunakan alat X-ray bergerak;

penyediaan media kontras yang diberikan kepada pesakit yang terlibat dalam pemeriksaan khas radiologi dan menguruskan pesakit semasa prosedur x-ray dijalankan;

memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang effisien, memastikan prosedur perlindungan radiasi di laksanakan mengikut standard piawaian yang ditetapkan;

menetapkan posisi radas dan peralatan yang diperlukan serta membuat sambungan elektrik yang perlu;

menyelenggara makmal agar berada dalam keadaan bersih dan kemas; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32111 Juru x-ray U29 3212 JURUTEKNIK MAKMAL PERUBATAN DAN PATOLOGI Juruteknik makmal perubatan dan patologi menjalankan tugas teknikal, biasanya di bawah arahan dan penyeliaan ahli patologi perubatan yang menyumbang kepada pengetahuan penyelidikan saintifik dalam bidang sains perubatan dan untuk membangunkan pengaplikasian hasil penyelidikan dalam bidang kesihatan awam, dan aplikasi praktikal yang lain. Tugas merangkumi:

menyediakan dan mengumpulkan spesimen, bahan, dan kelengkapan serta menghidupkan kultur mikroorganisma untuk ujian, analisis, dan uji kaji;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

127

menyediakan dan mengumpulkan spesimen bendalir dan tisu badan pesakit dan menilai keputusan untuk mengenal pasti jenis, tahap penularan, dan punca jangkitan;

membantu dan menjalankan uji kaji, ujian, dan analisis serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan makmal;

mengumpulkan data dan menganggarkan kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek;

menguruskan penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan penyelidikan; mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal

pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32121 Juruteknik, anatomi 32122 Juruteknik, sains perubatan 32123 Pembantu, parasitologi 32124 Juruteknologi makmal perubatan U29 32125 Juruteknik perubatan U19 32126 Penolong pegawai perubatan U29

3213 JURUTEKNIK DAN PEMBANTU FARMASEUTIKAL Juruteknik dan pembantu farmaseutikal mendispens dan menyediakan ubat-ubatan, losen, dan campuran di bawah bimbingan ahli farmasi di farmasi, hospital, atau dispensari. Tugas merangkumi:

menyediakan ubat-ubatan dan sebatian farmaseutikal yang lain di bawah bimbingan ahli farmasi;

mendispens ubat-ubatan dan drug serta memberi arahan bertulis dan lisan tentang penggunaannya seperti yang ditentukan oleh doktor perubatan, pakar veterinar atau pekerja lain yang diberi kuasa yang lain;

membersihkan dan menyediakan kelengkapan dan bekas yang digunakan untuk menyediakan dan mendispens ubat dan sebatian farmaseutikal;

menjalankan ujian makmal yang rutin untuk mengenal pasti ciri-ciri produk farmaseutikal;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32131 Pembantu, farmaseutikal 32132 Pembantu makmal, farmaseutikal 32133 Pembantu farmasi U29

3214 JURUTEKNIK PERUBATAN DAN PROSTETIK PERGIGIAN Juruteknik perubatan dan prostetik pergigian membuat gigi palsu separa atau penuh, inlai, titian gigi, dan korona daripada vulkanit logam atau plat komposisi lain daripada lilin atau cetakan plaster yang diambil oleh pakar bedah pergigian.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

128

Tugas merangkumi:

membuat dedulang cetakan khas seperti yang ditetapkan oleh pakar pergigian dan menyediakan tuangan plaster rahang atas dan bawah daripada cetakan lilin;

membentuk vulkanit logam atau plat plastik untuk gigi palsu dan manetapkan gigi palsu di dalam plat;

memproses gigi palsu di dalam resin akrilik atau logam dan titian gigi menurut cetakan yang diambil;

membentuk gigi porselin dan korona dan membaik pulih atau membuat tambahan pada gigi palsu sedia ada seperti yang diarahkan;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32141 Juruteknologi pergigian U29

3215 JURUTEKNIK ORTHOTIK DAN PROSTETIK Juruteknik orthotik dan prostetik membantu orang kurang supaya memasang siap othopedik dan anggota tiruan (prostesis) yang diperlukan untuk pemulihan mereka. Tugas merangkumi:

memastikan peralatan mengikut padanan dan pesakit mempunyai lingkungan pergerakan yang boleh diterima;

menukang anggota prostetik daripada plastik lembut; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32151 Pegawai osteopati, umum 32152 Juruteknik, ortopedik

322 PROFESIONAL BERSEKUTU KEJURURAWATAN DAN PERBIDANAN Profesional bersekutu kejururawatan dan perbidanan (kecuali pergigian) mengaplikasikan konsep dan prinsip perubatan yang berkaitan dengan menyambut bayi yang baru lahir dan menjaga orang yang sakit, cedera, atau hilang upaya serta ibu dan bayi yang baru lahir. 3221 PROFESIONAL BERSEKUTU KEJURURAWATAN (KECUALI PERGIGIAN) Profesional bersekutu kejururawatan (kecuali pergigian) menyediakan penjagaan kejururawatan kepada orang yang sakit, cedera, dan orang lain yang memerlukan penjagaan yang seumpamanya dan menangani kes kecemasan sewaktu ketiadaan doktor. Tugas merangkumi:

menyediakan penjagaan kejururawatan, rawatan, dan nasihat kepada orang yang sakit, cedera, hilang upaya, dan orang lain yang memerlukan penjagaan yang seumpamanya;

membantu doktor perubatan dalam tugas mereka, memberi ubat dan drug, menggunakan pembalut pembedahan dan memberi jenis rawatan lain di bawah arahan doktor perubatan;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

129

membantu memberi rawatan pertolongan cemas sewaktu kecemasan; membantu menyediakan rawatan fizikal dan psikiatri kepada pesakit mental; membantu menyediakan penyesuaian, perkembangan, dan pendidikan sosial kepada

orang yang cacat akal atau anggota; menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit di rumah mereka; menyediakan perkhidmatan, penjagaan, dan nasihat kejururawatan dalam lingkungan

masyarakat atau tempat kerja; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32211 Jururawat 32212 Jururawat, ortopedik 32213 Jururawat, perindustrian 32214 Jururawat U29 32215 Jururawat Masyarakat U19

3222 PROFESIONAL BERSEKUTU PERBIDANAN Profesional bersekutu perbidanan menyambut atau membantu doktor menyambut kelahiran bayi, menyediakaan penjagaan sebelum dan selepas bersalin serta memberi nasihat kepada ibu bapa berkenaan penjagaan bayi. Tugas merangkumi:

memberi nasihat kepada ibu-ibu mengandung tentang diet, senaman, dan tingkah laku yang sesuai untuk memudahkan kehamilan dan kelahiran bayi serta mengambil tahu keadaan kesihatan secara keseluruhan dan kemajuan mereka;

menyambut kelahiran bayi atau, lebih kerap, membantu doktor menyambut kelahiran bayi;

merawat ibu selepas bersalin dan menyelia pemulihannya, memeriksa kemajuan bayi, dan menasihati ibu bapa berkenaan penjagaan bayi;

mengadakan kelas dan seminar pendidikan kesihatan untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi;

memberi nasihat berkenaan kaedah kawalan kelahiran; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32221 Bidan 323 PROFESIONAL BERSEKUTU PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI Profesional bersekutu perubatan tradisional dan komplementari memberi nasihat tentang cara untuk mengekalkan atau meningkatkan kesihatan serta merawat penyakit mental dan fizikal manusia dengan menggunakan teknik yang digunakan sejak turun-temurun dalam masyarakat, atau dengan kepercayaan agama serta nasihat kerohanian. 3230 PROFESIONAL BERSEKUTU PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI Profesional bersekutu perubatan tradisional dan komplementari merawat penyakit mental dan fizikal manusia dengan herba, akar kayu, dan teknik lain yang digunakan sejak turun-temurun

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

130

dalam masyarakat serta memberi nasihat tentang kaedah untuk mengekalkan atau meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri seseorang. Tugas merangkumi:

memeriksa pesakit, membuat diagnosis serta merawat penyakit dan kecederaan dengan menggunakan herba, akar kayu, dan teknik lain yang digunakan sejak turun-temurun dalam masyarakat;

memberi nasihat kepada masyarakat dan individu tentang diet yang betul dan tingkah laku yang baik untuk mengekalkan atau meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32301 Pengamal perubatan, tradisonal Melayu 32302 Pengamal perubatan, tradisional Cina 32303 Pengamal perubatan, tradisional India (ayurveda) 32304 Pengamal perubatan, tradisional India (homeopati) 32305 Pengamal akupuntur 32306 Pengamal homeopati 32307 Bomoh kampung 32308 Bomoh agama

324 JURUTEKNIK DAN PEMBANTU VETERINAR Juruteknik dan pembantu veterinar menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan, dan rawatan veterinar, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh pakar veterinar, dan mereka membantu pakar veterinar menyediakan bahan dan haiwan untuk pemeriksaan dan rawatan. 3240 JURUTEKNIK DAN PEMBANTU VETERINAR Juruteknik dan pembantu veterinar menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan, dan rawatan veterinar, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh pakar veterinar, dan mereka membantu pakar veterinar menyediakan bahan dan haiwan untuk pemeriksaan dan rawatan. Tugas merangkumi:

memberi nasihat kepada masyarakat dan individu tentang rawatan terhadap haiwan serta penyakit dan kecederaannya;

menjalankan pemeriksaan ke atas haiwan untuk membuat diagnosis atau merujuk kes yang lebih rumit kepada pakar veterinar jika diperlukan;

memberi rawatan kepada haiwan yang sakit atau cedera, terutamanya bagi penyakit dan gangguan biasa;

menyediakan dan menjaga instrumen dan bahan yang digunakan untuk merawat haiwan;

menjalankan tugas teknikal yang berkaitan dengan permanian beradas haiwan; menyediakan haiwan untuk diperiksa atau dirawat dan memegangnya sewaktu dirawat,

jika perlu; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

131

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32401 Pembantu, veterinar 32402 Pembantu, veterinar/permanian beradas 32403 Pemvaksin, veterinar 32404 Penolong pegawai veterinar G27 32405 Pembantu veterinar G17

325 PROFESIONAL BERSEKUTU KESIHATAN LAIN Kumpulan kecil ini meliputi profesional bersekutu kesihatan lain yang terlibat dalam aktiviti kesihatan yang di luar skop kumpulan yang dikelaskan dalam kumpulan kecil 321-324. 3251 PEMBANTU PERGIGIAN DAN AHLI TERAPI Pembantu pergigian dan ahli terapi menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan, dan rawatan pergigian, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh doktor pergigian, dan mereka membantu doktor pergigian menyediakan serta menjaga instrumen dan kelengkapan lain, menyediakan bahan, dan membantu pesakit agar bersedia untuk diperiksa atau dirawat. Tugas merangkumi:

memberi nasihat kepada masyarakat dan individu berkenaan kebersihan pergigian, diet dan langkah pencegahan pergigian yang lain;

menjalankan pemeriksaan pergigian untuk membuat diagnosis dan merujuk kes yang lebih rumit kepada doktor pergigian apabila perlu;

membersihkan gigi, menyediakan lubang dan mengisi tampalan; mencabut gigi dengan bantuan anestetik; menyediakan dan menjaga peralatan dan kelengkapan pergigian; menyediakan bahan pergigian; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32511 Jururawat, pergigian 32512 Pembantu, pergigian 32513 Jururawat pergigian U29

3252 JURUTEKNIK REKOD PERUBATAN DAN MAKLUMAT KESIHATAN Juruteknik rekod perubatan dan maklumat kesihatan menyusun dan menilai keputusan pemeriksaan, laporan x-ray dan ujian makmal, diagnos, dan pelan rawatan untuk memastikan kelengkapan dan ketepatannya. Tugas merangkumi:

memastikan carta perubatan awal pesakit adalah lengkap, semua borang dilengkapkan dan dikenal pasti serta disahkan dengan betul, dan semua maklumat yang perlu telah dimasukkan ke dalam komputer;

menggunakan program komputer untuk menyusun data dalam jadual dan menganalisis data untuk menambah baik penjagaan pesakit, menambah baik kos kawalan,

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

132

menyediakan dokumen untuk digunakan dalam tindakan undang-undang, atau digunakan dalam kajian penyelidikan;

menyelia kerani maklumat kesihatan dan jurutranskripsi; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32521 Juruteknik, rekod perubatan 3253 PEKERJA KESIHATAN MASYARAKAT Pekerja kesihatan masyarakat menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, tugas pencegahan, dan rawatan perubatan, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh doktor perubatan. Mereka bekerja secara berdikari atau dengan bimbingan dan penyeliaan doktor perubatan di institusi atau di luar pejabat sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan awam, dan mungkin terlibat terutamanya dengan penyakit dan gangguan yang biasa menyerang kawasan mereka atau memberi jenis rawatan spesifik yang tertentu. Tugas merangkumi:

memberi nasihat kepada masyarakat dan individu tentang kesihatan, diet, dan langkah perubatan pencegahan yang lain;

menjalankan pemeriksaan perubatan untuk membuat diagnosis penyakit dan/atau merujuk kes yang lebih sukar kepada doktor perubatan apabila perlu;

menentukan ubat dan memberi rawatan untuk penyakit, gangguan, atau kecederaan yang telah didiagnosis;

menjalankan operasi pembedahan yang mudah; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32531 Pembantu makmal, perubatan 32532 Pengajar, klinikal 32533 Pembantu perubatan U29

3254 PAKAR OPTIK PENDISPENSAN Pakar optik pendispensan memberi nasihat tentang pelbagai jenis kanta dan bingkai cermin mata, termasuk nasihat tentang gaya, berat, dan warna. Mereka juga memberi nasihat tentang bagaimana hendak memakai dan menjaga cermin mata dan kanta lekap. Tugas merangkumi:

mentafsir preskripsi optik yang ditulis oleh pakar optometri atau pakar oftalmologi; memberi nasihat kepada pesakit tentang jenis kanta, bingkai, dan penggayaan; memasang kanta lekap dan memberi nasihat tentang penjagaan dan kegunaannya; mengambil ukuran bingkai dan muka untuk memastikan pemasangan dan posisinya

yang betul; memberi nasihat kepada pesakit tentang penggunaan bantuan penglihatan rendah; memberi nasihat kepada pesakit apabila pelarasan atau pembaikpulihan cermin mata

diperlukan; memilih, mengurus, dan memesan pelbagai jenis produk optik;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

133

memesan kanta dari gedung preskripsi; memeriksa kanta semasa diterima untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi yang

diperlukan; melaksanakan pendidikan dan latihan berterusan; mengatur dan menjaga pameran di kedai; berhubung dengan wakil jualan daripada pembekal produk penjagaan penglihatan; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32541 Pakar optik, pendispensan kanta lekap 3255 JURUTEKNIK DAN PEMBANTU JURUPULIH ANGGOTA Juruteknik dan pembantu jurupulih anggota menyediakan perkhidmatan terapeutik perubatan khas untuk memulihkan orang yang tercedera serta orang yang hilang upaya dari segi mental dan fizikal. Tugas merangkumi:

memberi nasihat kepada masyarakat dan individu tentang postur badan yang betul semasa bekerja atau sebaliknya, untuk mengelakkan kecederaan dan rasa tegang serta untuk menguatkan otot;

menjalankan pemeriksaan untuk membuat diagnosis ke atas gangguan tulang, otot, dan bahagian sistem peredaran atau sistem saraf untuk menentukan rawatan yang sewajarnya atau merujuk kepada doktor perubatan, jika perlu;

merawat gangguan tulang, otot, dan bahagian sistem peredaran atau sistem saraf dengan menggunakan kaedah manipulasi serta penggunaan ultra bunyi, haba, laser, atau teknik yang seumpamanya;

mengurut pelanggan untuk meningkatkan peredaran darah, melegakan, atau merangsang urat saraf, memudahkan pembuangan najis, meregangkan tendon yang mengecut dan menghasilkan kesan terapeutik yang lain;

menggunakan rawatan fisioterapi dan teknik yang berkaitan sebagai sebahagian daripada rawatan ke atas orang yang hilang upaya dari segi fizikal atau mental;

menentukan latihan jasmani untuk pemulihan dan/atau pencegahan; mengambil bahagian dalam aktiviti vokasional, pendidikan, atau rekreasi yang

berorientasikan perubatan yang dirancang dan direka bentuk untuk memulihkan orang yang hilang upaya dari segi fizikal dan mental;

menjalankan tugas yang berkaitan. Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32551 Juruelektroterapi 32552 Jurupulih perubatan U29

3256 PEMBANTU PERUBATAN Pembantu perubatan menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan, dan rawatan perubatan, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh doktor perubatan. Mereka bekerja secara berdikari atau dengan bimbingan dan penyeliaan doktor perubatan di institusi atau di luar pejabat sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan awam, dan mungkin terlibat terutamanya dengan penyakit dan gangguan yang biasa menyerang kawasan mereka atau memberi rawatan tertentu.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

134

Tugas merangkumi:

memberi nasihat kepada masyarakat dan individu tentang kesihatan, diet, dan langkah perubatan pencegahan yang lain;

menjalankan pemeriksaan perubatan untuk membuat diagnosis penyakit dan/atau merujuk kes yang lebih sukar kepada doktor perubatan apabila perlu;

menentukan ubat dan memberi rawatan untuk penyakit, gangguan, atau kecederaan yang telah didiagnosis;

menjalankan operasi pembedahan yang mudah; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32561 Operator peralatan radiograf 32562 Operator, peralatan elektrokardiograf 32563 Operator, peralatan elektroensefalograf 32564 Operator sonografi 32565 Operator ultrasonografi

3257 INSPEKTOR DAN SEKUTU KESIHATAN ALAM SEKITAR DAN PEKERJAAN Inspektor dan sekutu kesihatan alam sekitar dan pekerjaan, mewakili kerajaan atau perindustrian dan perusahaan lain, memeriksa tempat kerja atas sebab keselamatan pekerjaan, serta keselamatan proses pengeluaran atau barangan yang dikeluarkan, yang digunakan atau dijual, serta memastikan kaedah dan peraturan kesihatan dan alam sekitar serta standard kualiti dan spesifikasi pengilang dipatuhi. Tugas merangkumi:

memberi nasihat kepada wakil majikan dan pekerja tentang pelaksanaan kaedah dan peraturan kerajaan dan peraturan lain berhubung dengan keselamatan pekerjaan dan persekitaran kerja;

memeriksa tempat kerja untuk memastikan persekitaran kerja, jentera, dan kelengkapan mematuhi kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan lain;

memeriksa tempat kerja dan mendapatkan fakta tentang amalan dan kemalangan di tempat kerja dengan mengadakan temu bual, pemerhatian, dan cara lain untuk menentukan pematuhan kaedah dan peraturan keselamatan;

memeriksa tempat pengeluaran, pemprosesan, pengangkutan, pengendalian, penyimpanan dan jualan produk untuk memastikan kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan lain dipatuhi;

memeriksa produk atau komponen siap untuk memastikan pematuhan spesifikasi dan standard pengilang;

memberi nasihat kepada pengusaha dan orang awam tentang pelaksanaan kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan lain berhubung dengan kebersihan, sanitasi, ketulenan, dan penggredan produk utama, makanan, drug, kosmetik, dan barangan yang seumpamanya;

memberi nasihat kepada pengeluar, operator, dan mereka yang menyelenggara dan membaik pulih pesawat, kereta, dan kenderaan lain tentang pelaksanaan kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan lain berkenaan dengan standard teknikal dan keadaan kenderaan;

memeriksa kenderaan dan tempat yang dibenarkan bagi menyelenggara dan membaiki kenderaan untuk memastikan standard teknik dan peraturan kerajaan serta peraturan lain dipatuhi;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

135

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32571 Inspektor, kesihatan dan keselamatan pekerjaan 32572 Penolong pegawai kesihatan persekitaran U29 32573 Inspektor, kesihatan awam 32574 Penolong pegawai kawalan alam sekitar C27 32575 Inspektor, keselamatan / kenderaan 32576 Penolong pemeriksaan, kilang dan jentera J29 32577 Pemeriksa kereta motor A17

3258 PEKERJA AMBULANS Pekerja ambulans menjaga pesakit yang sakit dan mudah terdedah pada bahaya semasa mengangkut mereka ke hospital dan kemudahan perubatan lain, dan ke rumah mereka.

Tugas merangkumi:

menjawab panggilan telefon dan membantu memberi penjagaan segera yang diperlukan oleh pesakit, sambil memastikan mereka sampai ke hospital dengan cepat dan selamat;

beralih kepada peranan lain dalam perkhidmatan ambulans, seperti bekerja di dalam bilik kawalan;

memberi penjagaan dan rawatan yang sesuai sambil cuba menyelamatkan nyawa pesakit, mencegah keadaan pesakit daripada bertambah buruk dan menggalakkan pemulihan pesakit;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32581 Pekerja ambulans 3259 PROFESIONAL BERSEKUTU KESIHATAN YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-

MANA Kumpulan unit ini meliputi profesional bersekutu kesihatan moden (kecuali kejururawatan) yang tidak dikelaskan di mana-mana Kumpulan Kecil 325: Profesional Bersekutu Kesihatan Moden (kecuali kejururawatan). Tugas merangkumi:

menentukan jenis penyakit atau keadaan yang mengganggu pesakit; merawat penyakit tertentu dengan memberi pesakit dos yang sangat kecil yang

mencetuskan penyakit seumpamanya; menulis spesifikasi bagi anggota palsu atau alat lain dan membantu memasangnya

serta memberi penjelasan tentang penggunaannya; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

32591 Profesional bersekutu kesihatan yang tidak dikelaskan di mana-mana.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

136

33 PROFESIONAL BERSEKUTU PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN Profesional bersekutu perniagaan dan pentadbiran melaksanakan kebanyakan tugas teknikal yang berkaitan dengan aplikasi praktikal pengetahuan yang berkaitan dengan perakaunan kewangan dan hal transaksi, perhitungan matematik, pembangunan sumber manusia, menjual dan membeli instrumen kewangan, tugas kesetiausahaan khas, dan menguatkuasakan atau menggunakan peraturan kerajaan yang berkenaan. Turut dirangkumi adalah pekerja yang menyediakan perkhidmatan perniagaan seperti pelepasan kastam, perancangan persidangan, penempatan kerja, membeli dan menjual hartanah atau komoditi pukal, dan menjadi ejen kepada atlet dan artis. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 331 PROFESIONAL BERSEKUTU KEWANGAN DAN MATEMATIK 332 EJEN DAN BROKER JUALAN DAN PEMBELIAN 333 EJEN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN 334 SETIAUSAHA PENTADBIRAN DAN KHAS 335 PROFESIONAL BERSEKUTU BADAN PENGAWALATURAN 331 PROFESIONAL BERSEKUTU KEWANGAN DAN MATEMATIK Profesional bersekutu kewangan dan matematik meletakkan nilai bagi pelbagai item dan harta, menyelenggara rekod transaksi kewangan, menganalisis maklumat permohonan pinjaman dan memberi keputusan, membeli dan menjual peralatan, dan melaksanakan pengiraan matematik dan pengiraan yang berkaitan. 3311 PENIAGA DAN BROKER SEKURITI DAN KEWANGAN Peniaga dan broker sekuriti dan kewangan membeli dan menjual sekuriti, saham, bon, dan peralatan kewangan yang lain serta berurus niaga dalam pasaran semasa atau pasaran hadapan bursa asing bagi syarikat sendiri atau bagi pihak pelanggan berdasarkan komisen dan mencadangkan transaksi kepada pelanggan atau pengurusan atasan. Tugas merangkumi:

mendapatkan maklumat tentang keadaan kewangan pelanggan dan syarikat pelaburan yang akan dibuat;

menganalisis trend pasaran sekuriti, bon, saham, dan peralatan kewangan yang lain, termasuklah tukaran asing;

memberitahu bakal pelanggan tentang keadaan dan prospek pasaran; memberi nasihat dan mengambil bahagian dalam perundingan syarat-syarat dan

pengurusan pinjaman serta penempatan saham dan bon dalam pasaran kewangan untuk mendapatkan modal bagi pelanggan;

merekodkan serta menghantar arahan pembelian dan penjualan sekuriti, saham, bon, atau peralatan kewangan lain dan tukaran asing untuk serahan masa hadapan atau segera;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33111 Broker, sekuriti 33112 Broker, stok dan saham 33113 Broker, pertukaran asing 33114 Ahli bursa / Jober 33115 Broker, pelaburan

Formatted: Justified, Space Before: 0.3 pt

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt

Formatted: Justified, Space Before: 0 pt

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt, Not Bold

Formatted: Justified, Space Before: 0 pt, Bulleted + Level: 1 + Aligned at: 0.36" + Tab after: 0.61" + Indentat: 0.61"

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt, Norwegian (Bokmål)

Formatted: Justified, Space Before: 0 pt, Bulleted + Level: 1 + Aligned at: 0.36" + Tab after: 0.61" + Indentat: 0.61"

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt

Deleted: ;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

137

3312 PEGAWAI KREDIT DAN PINJAMAN Pegawai kredit dan pinjaman menganalisis dan menilai maklumat kewangan dalam permohonan kredit dan pinjaman dan menentukan untuk meluluskan atau tidak meluluskan permohonan pelanggan bagi kredit atau pinjaman atau menyarankannya untuk diluluskan atau tidak diluluskan oleh pihak pengurusan. Tugas merangkumi:

menemu duga pemohon bagi pinjaman peribadi, gadai janji, pelajar, dan perniagaan; mengemukakan permohonan kredit dan pinjaman kepada pihak pengurusan dengan

menyarankannya untuk diluluskan atau ditolak; atau meluluskan atau menolak permohonan dalam lingkungan had yang dibenarkan untuk memastikan standard kredit institusi dihormati;

menyimpan rekod pembayaran, dan menyediakan surat rutin yang meminta bayaran bagi akaun tertunggak dan memanjangkannya untuk tindakan undang-undang;

menyiapkan dokumen kredit dan pinjaman; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33121 Pegawai, pinjaman

33122 Pengawal kos 3313 PROFESIONAL BERSEKUTU PERAKAUNAN Profesional bersekutu perakaunan menyelenggara rekod lengkap transaksi kewangan sesebuah perusahaan serta mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan dengan transaksi tersebut. Tugas merangkumi:

menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa dengan bimbingan akauntan;

mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan pembayaran, penerimaan, dan transaksi kewangan yang lain;

menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu; menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej perisian komputer

yang standard; memberi bantuan dalam penyediaan unjuran aliran tunai dan belanjawan; menyediakan hasil perakaunan dan hasil lain untuk disampaikan dalam bentuk graf

atau jadual; mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip perakaunan untuk mengenal pasti dan

menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33131 Penolong pegawai, akaun 33132 Penolong juruaudit W27 33133 Penyelia, kewangan 33134 Penolong akauntan W27

Formatted: Justified, Space Before: 0 pt, After: 0 pt, Bulleted + Level: 1+ Aligned at: 0.36" + Tab after: 0.61" + Indent at: 0.61"

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt, Not Bold

Deleted:

Deleted:

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

138

3314 PROFESIONAL BERSEKUTU PERANGKAAN, MATEMATIK, DAN AKTUARI Profesional bersekutu perangkaan, matematik, dan aktuari membantu dalam perancangan untuk mengumpulkan, memproses, dan mengemukakan data matematik, perangkaan, dan aktuari serta melaksanakan operasinya, biasanya bekerja di bawah bimbingan Ahli Matematik dan profesional yang berkaitan atau Perangkawan. Tugas merangkumi:

membantu dalam perancangan dan pelaksanaan pengiraan matematik, aktuari, perangkaan, dan yang berkaitan;

menyediakan anggaran terperinci mengenai kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk kerja bancian perangkaan dan operasi kajian;

menjalankan tugas teknikal yang berkaitan dengan penyediaan, penyelenggaraan, dan penggunaan daftar dan rangka sampel bagi kerja bancian dan operasi kajian;

menjalankan tugas teknikal berhubung dengan pengumpulan data dan operasi kawalan kualiti dalam kerja bancian dan operasi kajian;

menggunakan pakej perisian komputer yang standard untuk membuat pengiraan matematik, aktuari, perangkaan, dan yang berkaitan;

menyediakan keputusan matematik, aktuari, perangkaan, dan keputusan lain dalam bentuk graf atau jadual untuk persembahan;

mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan matematik, aktuari, perangkaan, dan yang berkaitan untuk mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33141 Penolong pegawai perangkaan E27 33142 Pembantu, matematik 33143 Pembantu, aktuari 33144 Pembantu, penyelidik

3315 PENILAI DAN PENTAKSIR KERUGIAN Penilai dan pentaksir kerugian menilai harta dan pelbagai barangan serta menaksir kerugian yang dilindungi oleh polisi insurans, atau menjual benda, harta, dan barangan secara lelong. Tugas merangkumi:

menentukan nilai bahan mentah, hartanah, kelengkapan industri, barang peribadi dan barang isi rumah, karya seni, permata, dan barangan lain untuk dijual atau diinsuranskan;

menaksir tahap kerosakan atau kerugian dan liabiliti syarikat insurans dan penaja jamin bagi kerugian yang dilindungi oleh polisi insurans;

menjual secara lelong berbagai-bagai jenis harta, kereta, komoditi, hasil seni, barang kemas, dan barangan lain;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33151 Jurulelong 33152 Penolong pegawai penaksir W27

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

139

33153 Penilai 33154 Penolong pegawai penilaian W27 33155 Inspektor, tuntutan 33156 Ajuster, insurans 33157 Pentaksir, insurans 33158 Penolong pengawai penyelidik Q27

332 EJEN DAN BROKER JUALAN DAN PEMBELIAN Ejen dan broker jualan dan pembelian menyelenggara rekod transaksi kewangan, membeli dan menjual instrumen kewangan, jenis insurans yang berbeza, hartanah, dan perkhidmatan perniagaan lain, berurusan dengan tukaran asing, bertindak sebagai wakil niaga borong bagi produk dan perkhidmatan teknikal atau bertindak sebagai pembeli bagi pihak organisasi, atau mereka menilai nilai komoditi, hartanah, dan harta lain, dan menjual semua ini melalui jualan lelong atau mengatur, mengurus, dan menyelaraskan pakej lawatan, pameran, dan konvensyen. 3321 WAKIL INSURANS Wakil insurans memberi nasihat dan menjual insurans nyawa, kemalangan, kenderaan, liabiliti, pembiayaan, kebakaran, marin, dan jenis insurans yang lain kepada pelanggan baru dan yang sedia ada. Tugas merangkumi:

menyusun senarai bakal pelanggan daripada buku panduan dan sumber lain serta menghubungi bakal pelanggan untuk menetapkan janji temu;

mendapatkan maklumat yang perlu tentang keadaan pelanggan untuk menentukan jenis insurans yang sesuai dan syarat-syaratnya;

berunding dengan pelanggan untuk menentukan jenis dan kadar risiko untuk mendapatkan insurans, had liputan dan syarat pembayaran;

merundingkan dan mengikat kontrak insurans semula; memberi nasihat, merundingkan syarat serta mengikat kontrak insurans bagi projek,

pemasangan, atau risiko yang besar atau khas; memungut premium dan menyimpan rekod bayaran; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33211 Ejen, insurans 33212 Broker, insurans 33213 Penaja jamin, insurans

3322 WAKIL JUALAN KOMERSIL Wakil jualan komersil menjual pelbagai barangan secara borong termasuk pemasangan, peralatan dan produk teknikal dan perkhidmatan yang berkaitan serta memberi maklumat khusus apabila diperlukan. Tugas merangkumi:

menyusun senarai bakal pelanggan dengan menggunakan buku panduan perdagangan dan sumber lain;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

140

mendapatkan dan mengemaskini pengetahuan tentang produk keluaran majikan dan pesaing serta memahami keadaan pasaran;

mendapatkan pesanan dan menjual barangan kepada peruncit, industri, pemborong, dan perusahaan lain;

menjual kelengkapan teknikal, bekalan dan perkhidmatan yang berkaitan kepada pertubuhan perniagaan atau individu;

memberi maklumat umum dan khusus serta ciri-ciri dan fungsi tentang peralatan yang hendak dijual dan menunjukkan cara penggunaannya kepada bakal pelanggan;

menyebutkan dan merundingkan harga dan syarat kredit, menyempurnakan kontrak, dan merekodkan pesanan;

mengatur penghantaran barangan, pemasangan kelengkapan, dan penyediaan perkhidmatan;

membuat susulan ke atas pelanggan untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang dibeli dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul;

melaporkan jualan yang dibuat dan produk yang boleh dipasarkan kepada pengurusan jualan;

melaporkan reaksi dan keperluan pelanggan kepada pengilang; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33221 Ejen, jualan/kejuruteraan 33222 Penasihat, khidmat lepas jualan 33223 Pencari langganan 33224 Wakil jualan 33225 Jurujual, teknikal 33226 Jurujual, perkhidmatan peniagaan/pengiklanan 33227 Juruanalisis/Eksekutif, penyelidikan pasaran

3323 PEMBELI Pembeli membeli barangan dan perkhidmatan bagi pihak industri, komersil, atau pertubuhan dan organisasi lain. Tugas merangkumi:

merundingkan dan mengikat kontrak untuk pembelian kelengkapan, bahan mentah, produk, dan bekalan bagi loji perindustrian, utiliti, agensi kerajaan, atau pertubuhan lain serta pembelian barang dagangan untuk dijual semula;

mendapatkan maklumat tentang keperluan dan stok serta menentukan kuantiti dan kualiti barangan yang hendak dibeli, kos, tarikh penghantaran, dan syarat kontrak yang lain;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33231 Pembeli 33232 Ejen, pemerolehan

3324 BROKER PERDAGANGAN Broker perdagangan membeli dan menjual komoditi, biasanya secara pukal, di tempat lelong dalam pasaran semasa atau pasaran hadapan, menguruskan prosedur pelepasan kastam serta

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

141

memastikan insurans, lesen eksport/import, dan urusan rasmi yang lain adalah teratur, memadankan pencari kerja dengan kekosongan serta mewujudkan hubungan perniagaan dan menjual perkhidmatan perniagaan. Tugas merangkumi:

mengukuhkan hubungan antara pembeli dengan penjual komoditi; membincangkan keperluan pembelian dan penjualan bagi pelanggan dan memberi

nasihat yang sewajarnya; menguruskan penerbitan katalog lelongan, menetapkan harga simpanan, menghadiri

lelongan dalam pasaran semasa atau pasaran hadapan dan membuat tawaran bagi pihak pelanggan;

merundingkan pembelian/jualan melalui perjanjian persendirian bagi barangan lelong yang tidak terjual;

mendapatkan tempat bagi kargo serta menentukan dan memungut bayaran kargo daripada pelanggan;

menguruskan prosedur pelepasan kastam bagi urusan eksport atau import; memastikan insurans dan lesen eksport/import serta urusan rasmi yang lain teratur; menandatangani dan mengeluarkan bil muatan kapal; memadankan pencari kerja dengan kekosongan yang diketahui oleh pejabat

penempatan pekerjaan atau memberi nasihat tentang skim latihan; mencarikan pekerja bagi kekosongan jawatan dengan memperoleh komisen daripada

majikan atau pekerja; berbincang dengan perusahaan/organisasi tentang kemahiran yang diperlukan serta ciri

lain pekerja yang akan diambil bekerja; memastikan kontrak pekerjaan memenuhi kehendak undang-undang dan

menandatanganinya; memperoleh maklumat tentang perkhidmatan yang hendak dijual dan keperluan bakal

pembeli; memastikan perkhidmatan perniagaan yang dibeli boleh diperolehi oleh pembeli

mengikut format dan pada masa yang disetujui; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33241 Broker, komoditi 333 EJEN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN Ejen perkhidmatan perniagaan menetapkan kontrak untuk menjual pelbagai perkhidmatan perniagaan seperti ruang pengiklanan dalam media, melaksanakan aktiviti pelepasan kastam, memastikan dokumen yang perlu adalah teratur, memadankan pencari kerja dengan kekosongan yang ada, mencari pekerja untuk majikan, mengatur kontrak untuk atlet, penghibur, dan artis serta untuk penerbitan buku, penerbitan pementasan atau rakaman, persembahan dan jualan muzik, serta merancang dan mengelolakan persidangan dan acara yang seumpamanya. 3331 EJEN PELEPASAN DAN PENGANGKUTAN Ejen pelepasan dan pengangkutan menguruskan prosedur pelepasan dan memastikan bahawa insurans, lesen eksport/import, dan urusan rasmi yang lain teratur. Tugas merangkumi:

menguruskan prosedur pelepasan kastam bagi urusan eksport atau import;

Formatted: Justified, Space Before: 0 pt

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt, Not Bold

Formatted: Justified, Space Before: 0 pt, Bulleted + Level: 1 + Aligned at: 0.36" + Tab after: 0.61" + Indentat: 0.61", Widow/Orphan control

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt, Danish

Deleted:

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

142

memastikan insurans adalah teratur; memastikan insurans dan lesen eksport/import serta urusan rasmi yang lain teratur; menandatangani dan mengeluarkan bil muatan kapal; menyemak dokumen import/eksport untuk menentukan kandungan kargo, dan

mengelaskan barangan dalam kumpulan bayaran dan tarif yang berbeza dengan menggunakan sistem pengekodan tarif;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33311 Ejen, pelepasan dan pengangkutan 33312 Ejen, perkapalan

3332 PERANCANG PERSIDANGAN DAN ACARA Perancang persidangan dan acara menganjurkan dan menyelaraskan perkhidmatan untuk persidangan, acara, majlis, bankuet, dan seminar. Tugas merangkumi:

mempromosi persidangan, konvensyen, dan pameran perdagangan kepada bakal pelanggan;

menjawab pertanyaan berhubung dengan perkhidmatan yang disediakan dan kos bagi bilik dan sewa peralatan, katering, dan perkhidmatan yang berkaitan;

bertemu dengan pelanggan untuk membincangkan keperluan mereka dan menggariskan pilihan untuk memenuhi keperluan tersebut;

mengatur dan menyelaraskan perkhidmatan, seperti kemudahan persidangan, katering, penandaan, pameran, audiovisual dan kelengkapan komputer, penginapan, pengangkutan, dan acara sosial untuk peserta, serta pengaturan logistik untuk penceramah;

menguruskan pendaftaran untuk peserta; merundingkan jenis dan kos perkhidmatan yang akan disediakan adalah dalam

lingkungan bajet; mengawasi kerja yang dilakukan oleh kontraktor dan melaporkan perubahan peraturan

kerja; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33321 Perunding, pameran dan konvensyen 33322 Penganjur, pameran dan konvensyen 33323 Perunding, pelancongan 33324 Penganjur, pelancongan

3333 EJEN DAN KONTRAKTOR PEKERJAAN Ejen dan kontraktor pekerjaan memadankan pencari kerja dengan kekosongan kerja, mencarikan pekerja untuk majikan dan buruh kontrak untuk projek tertentu menurut permintaan perusahaan dan organisasi lain termasuk kerajaan, institusi, atau mencari tempat untuk pencari kerja sama ada memperolehi komisen atau tidak.

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt, Danish

Formatted: Justified, Space Before: 0 pt, After: 0 pt, Bulleted + Level: 1+ Aligned at: 0.36" + Tab after: 0.61" + Indent at: 0.61"

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt, Danish

Formatted: Font: 10 pt, Font color:Black, Danish

Formatted: Justified, Space Before: 0 pt, Bulleted + Level: 1 + Aligned at: 0.36" + Tab after: 0.61" + Indentat: 0.61"

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt

Formatted: Justified, Pattern: Clear(Custom Color(RGB(246,236,226)))

Deleted:

Deleted:

Deleted:

Deleted: (e) performing related tasks;¶

Deleted:

Deleted:

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

143

Tugas merangkumi:

memadankan pencari kerja dengan kekosongan yang diketahui oleh pejabat penempatan pekerjaan atau memberi nasihat tentang skim latihan;

mencarikan pekerja bagi kekosongan jawatan dengan memperoleh komisen daripada majikan atau pekerja;

berbincang dengan perusahaan/organisasi tentang kemahiran yang diperlukan serta ciri lain pekerja yang akan diambil bekerja;

mencari pekerja yang mempunyai kemahiran yang sesuai dan memastikan segala urusan rasmi yang ditetapkan mengikut peraturan dan keperluan negara atau antarabangsa;

memastikan kontrak pekerjaan memenuhi kehendak undang-undang dan menandatanganinya;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33331 Ejen, pekerjaan 33332 Pegawai penempatan pekerjaan

3334 EJEN HARTANAH DAN HARTA Ejen hartanah mengatur penjualan, pembelian, penyewaan dan pajak bagi harta tanah, biasanya bagi pihak pelanggan dan berdasarkan komisen. Tugas merangkumi:

mendapatkan maklumat tentang harta yang hendak dijual atau dipajak, keadaan pemilik dan syarat pemilikan dan keperluan bakal pembeli atau penyewa;

menunjukkan harta yang hendak dijual atau dipajak kepada bakal pembeli atau penyewa dan menerangkan terma penjualan atau syarat sewa atau pajak;

mengatur acara tandatangan perjanjian pajak dan pemindahan hak harta; mengutip sewa dan deposit bagi pihak pemilik dan memeriksa harta sebelum, semasa,

dan selepas penghunian; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33341 Ejen, hartanah 33342 Ejen, harta 33343 Peniaga harta benda (harta) 33344 Perunding (harta)

3339 EJEN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA Kumpulan unit ini merangkumi ejen perkhidmatan perniagaan yang tidak dikelaskan di mana-mana dalam Kumpulan Kecil 333:Ejen Perkhidmatan Perniagaan. Sebagai contoh, di sini haruslah dikelaskan pekerjaan yang mewujudkan perhubungan perniagaan, menjual perkhidmatan perniagaan seperti ruang pengiklanan dalam media, mengatur kontrak untuk persembahan atlet, penghibur, dan artis, serta bagi penerbitan buku, penerbitan pementasan, atau perakaman, persembahan, dan penjualan muzik. Turut dirangkumi adalah mereka yang menjual objek, harta, dan barangan secara lelong.

Formatted: Justified, Pattern: Clear(Custom Color(RGB(246,236,226)))

Formatted: Font: (Default) Arial, 10pt

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

144

Tugas merangkumi:

mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang hendak dijual dan keperluan bakal pembeli;

merundingkan kontrak bagi pihak penjual dan pembeli dan menerangkan terma penjualan dan pembayaran kepada pelanggan;

menandatangani perjanjian bagi pihak penjual atau pembeli dan memastikan kontrak ditepati;

memastikan perkhidmatan perniagaan yang dibeli dapat disediakan kepada pembeli dalam format dan pada masa yang dipersetujui;

menjual secara lelong pelbagai jenis harta, kereta, komoditi, haiwan ternak, barangan seni, barang kemas, dan objek lain;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33391 Ejen, kesusasteraan 33392 Ejen, persembahan muzik 33393 Ejen, sukan 33394 Ejen, teater 33395 Penganjur, sukan

334 SETIAUSAHA PENTADBIRAN DAN KHAS Setiausaha pentadbiran dan khas menyediakan aktiviti sokongan komunikasi organisasi dan dokumentasi dengan menggunakan pengetahuan tentang aktiviti perniagaan organisasi. Mereka memikul tanggungjawab penyeliaan bagi kerani pejabat dalam organisasi. 3341 PENYELIA PEJABAT Penyelia pejabat menyelia dan menyelaraskan aktiviti pekerja dalam Kumpulan Utama 4: Kerani. Tugas merangkumi:

menyelaraskan, menetapkan, dan menyemak kerja kerani yang terlibat dalam tugas berikut: pemprosesan kata, penyimpanan rekod dan pemfailan; pengendalian telefon dan papan suis; kemasukan data; penerbitan berkomputer, dan aktiviti lain yang melibatkan pejabat am dan kemahiran pentadbiran;

pengesahan resit, pembelian, semakan inventori, pengawalan peti besi, urusan penyimpanan hasil;

menetapkan jadual dan prosedur kerja dan menyelaraskan aktiviti dengan unit atau jabatan lain;

menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kerja serta menyediakan dan mengemukakan laporan kemajuan dan laporan lain;

melatih dan mengarahkan kakitangan dalam kerja, prosedur keselamatan, dan dasar syarikat, atau mengatur latihan yang akan disediakan;

menilai prestasi kerja kakitangan dan pematuhan peraturan, dan menyarankan tindakan personel yang wajar;

mengambil, menemu duga, dan memilih kakitangan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33411 Penyelia, akaun

Formatted: Justified, Space Before: 0 pt, Bulleted + Level: 1 + Aligned at: 0.36" + Tab after: 0.61" + Indentat: 0.61", Tabs: 0.39", Left + Not at 0.49"

Formatted: Justified, Space Before: 0 pt, Bulleted + Level: 1 + Aligned at: 0.36" + Tab after: 0.61" + Indentat: 0.61"

Deleted:

Deleted:

Deleted:

Deleted:

Deleted:

Deleted: performing related tasks;¶(f) supervising other workers

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

145

33412 Penyelia, sumber manusia 33413 Pelatih pengurusan 33414 Pentadbir kilang 33415 Penolong pegawai latihan E27 33416 Penolong pegawai tadbir N27 33417 Penolong pegawai tadbir tanah N27 33418 Penyelia rancangan tanah G17

3342 SETIAUSAHA UNDANG-UNDANG Setiausaha undang-undang membantu ketua unit dan anggota kakitangan lain dalam melaksanakan dan menyokong aktiviti komunikasi, dokumentasi, dan penyelarasan pengurusan, di pejabat undang-undang, jabatan undang-undang firma besar dan pejabat kerajaan. Tugas merangkumi:

menyediakan dan memproses dokumen dan kertas undang-undang, seperti surat ikatan, wasiat, afidavit, dan arahan;

menyemak dan membaca pruf dokumen dan surat-menyurat untuk memastikan pematuhan prosedur undang-undang;

menyediakan laporan verbatim bagi prosiding dalam perhimpunan perundangan, mahkamah undang-undang atau tempat lain dengan trengkas atau dengan kaedah lain;

menguruskan mel, menghantar faksimili, atau mengatur penghantaran surat-menyurat undang-undang kepada pelanggan, saksi, dan pegawai mahkamah;

menguruskan dan menjaga dokumen, fail kes, dan perpustakaan undang-undang; menyaring permintaan untuk mesyuarat, serta menyusun dan menguruskan jadual

mesyuarat; membantu menyediakan bajet, memantau perbelanjaan, menggubal kontrak, dan

membeli atau mengambil pesanan; membantu ketua unit dan kakitangan lain berhubung dengan pertanyaan pentadbiran

atau ciri organisasi; menyelia kerja kerani pejabat.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33421 Setiausaha undang-undang 3343 SETIAUSAHA PENTADBIRAN DAN EKSEKUTIF Setiausaha pentadbiran dan eksekutif melaksanakan dan menyokong aktiviti komunikasi, dokumentasi, dan penyelarasan aktiviti pengurusan dalaman unit organisasi untuk membantu ketua unit dan anggota kakitangan lain. Tugas merangkumi:

merangka surat-menyurat dan minit mesyuarat; mendapatkan, mencadangkan, dan memantau tarikh akhir dan tarikh susulan; menyaring permintaan mesyuarat, menyusun jadual, dan mengatur mesyuarat dan

jadual perjalanan ketua unit dan anggota kakitangan lain; membantu menyediakan bajet, memantau perbelanjaan, menggubal kontrak, dan

membeli atau mengambil pesanan; membantu ketua unit dan kakitangan lain berhubung dengan pertanyaan pentadbiran

atau ciri organisasi;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

146

membantu ketua unit mengatur dan menjadi hos majlis keraian bagi pelawat luar atau anggota kakitangan;

berhubung dengan kakitangan lain tentang pelbagai perkara berkaitan dengan operasi organisasi;

menulis dan menjawab surat perniagaan atau teknikal dan surat-menyurat lain yang seumpamanya;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33431 Ketua setiausaha pejabat 33432 Setiausaha eksekutif, pentadbiran kerajaan 33433 Pegawai konsul 33434 Pegawai eksekutif, kerajaan 33435 Pegawai eksekutif, badan berkanun 33436 Bentara mesyuarat N27 33437 Bentara parlimen N11

3344 SETIAUSAHA PERUBATAN Setiausaha perubatan, dengan menggunakan pengetahuan khas dalam istilah dan prosedur perubatan, membantu ketua unit dan anggota kakitangan lain dalam melaksanakan dan menyokong aktiviti komunikasi, dokumentasi, dan aktiviti penyelarasan pengurusan antarabangsa, di pejabat doktor, hospital, klinik perubatan, dan lain-lain tempat perubatan. Tugas merangkumi:

menyusun jadual dan mengesahkan janji temu perubatan dan menyampaikan pesanan untuk kakitangan perubatan dan pesakit;

menyusun, merekodkan dan menyemak carta, laporan, dokumen, dan surat-menyurat perubatan;

menemu duga pesakit untuk melengkapkan borang, dokumen, dan sejarah kes; melengkapkan borang tuntutan insurans dan tuntutan lain; menyelenggara fail dan rekod perubatan serta perpustakaan teknikal; menyediakan penyata kewangan dan prosedur pengebilan; membantu menyediakan bajet, menyediakan penyata kewangan dan prosedur

pengebilan; merangka kontrak dan membeli atau mengambil pesanan; menyelia kerja kerani pejabat.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33441 Setiausaha perubatan 3349 SETIAUSAHA PENTADBIRAN DAN KHAS YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-

MANA Setiausaha pentadbiran dan khas yang tidak dikelaskan di mana-mana memberi bantuan, menggunakan pengetahuan dalam bidang khusus selain undang-undang atau perubatan, kepada ketua unit dan anggota kakitangan lain dalam melaksanakan dan menyokong aktiviti komunikasi, dokumentasi, dan penyelarasan pengurusan dalaman.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

147

Tugas merangkumi:

menyediakan dan memproses dokumen dan kertas kerja; menyemak dan membaca pruf dokumen dan surat-menyurat untuk memastikan

ketepatan; menguruskan mel, menghantar faksimili, atau mengatur penghantaran surat-menyurat

kepada pelanggan; menguruskan dan menyelenggara dokumen dan fail menyaring permintaan untuk

mesyuarat serta menyusun dan menguruskan jadual mesyuarat; membantu menyediakan bajet, memantau perbelanjaan, menggubal kontrak, dan

membeli atau mengambil pesanan; membantu ketua unit dan kakitangan lain berhubung dengan pertanyaan pentadbiran

atau ciri organisasi; menyelia kerja kerani pejabat.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33491 Setiausaha sekolah 335 PROFESIONAL BERSEKUTU BADAN PENGAWALATURAN Profesional bersekutu badan kerajaan pengawalaturan mencegah, menyiasat, dan menyelesaikan kes berkaitan kastam, cukai, faedah sosial, lesen, dan sivil. 3351 INSPEKTOR KASTAM DAN SEMPADAN Inspektor kastam dan sempadan menyiasat dan memeriksa orang, kenderaan pengangkut biasa, barangan, dan dagangan yang tiba di dalam negara atau yang meninggalkan negara atau yang diangkut antara negara untuk mengesan pencabulan undang-undang dan peraturan imigresen dan kastam. Tugas merangkumi:

memeriksa permohonan imigresen, visa, dan pasport serta menemu duga orang untuk menentukan kelayakan untuk masuk, tinggal, dan melancong di dalam negara;

menahan orang yang didapati mencabul undang-undang kastam dan imigresen serta mengatur tindakan undang-undang seperti penghantaran pulang;

mencari dan merampas seludupan atau barangan yang tidak diisytiharkan termasuk dalam kenderaan, pesawat udara, atau bot yang mengandungi barangan seumpamanya;

mentafsir dan menerangkan undang-undang dan peraturan kepada pelancong, bakal pendatang, penghantar muatan pengurus perkapalan, dan pengilang;

mengutip sampel dagangan untuk pemeriksaan, penilaian, atau ujian; memeriksa kargo, bagasi, dan barang peribadi yang memasuki atau meninggalkan

negara. Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33511 Inspektor, sempadan 33512 Pegawai, pemeriksaan pasport 33513 Penolong penguasa kastam W27

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

148

3352 PEGAWAI PERCUKAIAN DAN EKSAIS Pegawai percukaian dan eksais yang bekerja dalam lingkungan Kastam Diraja Malaysia mengaplikasikan perundangan dan memastikan syarikat dan individu membayar jumlah cukai yang betul. Pemeriksa cukai bertanggungjawab mengesan pengelakan cukai dan, dalam kes pertikaian; mereka mewakili Kastam Diraja Malaysia dalam tribunal rayuan bebas. Mereka memberi maklumat dan nasihat kepada individu, pertubuhan perniagaan, dan organisasi tentang pelbagai isu. Tugas merangkumi:

menggunakan perundangan cukai terhadap syarikat, perkongsian, organisasi, dan individu;

memeriksa akaun dan menyelidik latar belakang bahan; menyiasat penipuan; memberi nasihat kepakaran tentang hal percukaian kepada syarikat, perkongsian,

organisasi, dan individu; merundingkan penyelesaian cukai dengan pembayar cukai dan/atau akauntan; mewakili Kastam Diraja Malaysiadi dalam tribunal rayuan bebas dalam kes pertikaian; menyemak kewangan perniagaan untuk mengetahui bagaimana sebenar-benarnya ia

beroperasi; memeriksa rekod yang disimpan dan mengambil kira cara hidup tuan punya atau

pengarah perniagaan; melawat premis perniagaan dan bersemuka dengan orang lain semasa siasatan

dijalankan; menyemak secara terperinci akaun perniagaan untuk memastikan undang-undang

cukai digunakan dengan betul; menyatakan kes secara surat-menyurat, dan secara peribadi, dengan pembayar cukai

atau penasihat profesional, akauntan, atau peguam mereka; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33521 Penolong pegawai, cukai/penganggar 3353 PEGAWAI FAEDAH SOSIAL KERAJAAN Pegawai faedah sosial kerajaan menyiasat operasi faedah sosial. Tugas merangkumi:

menguatkuasakan prosedur peraturan, dan undang-undang yang berkaitan ke atas organisasi sosial;

menyediakan perlindungan keselamatan sosial oleh insurans sosial untuk individu, keluarga, dan masyarakat bagi hak asasi manusia dan keselamatan mereka;

menguatkuasakan prosedur, peraturan, dan undang-undang; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33531 Pegawai, faedah sosial 33532 Pegawai, tuntutan keselamatan sosial

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

149

3354 PEGAWAI PELESENAN KERAJAAN Pegawai pelesenan kerajaan memeriksa permohonan, visa, dan pasport serta menemu duga orang untuk menentukan kelayakan istimewa untuk masuk, menetap dan meneruskan perjalanan. Tugas merangkumi:

mentafsir undang-undang dan menerangkan keputusan kepada orang yang ingin memasuki negara;

menangkap, menahan, atau mengenakan parol terhadap pesalah atau mengatur penghantaran pulang mengikut undang-undang, peraturan dan arahan pejabat;

menulis laporan aktiviti dan keputusan; boleh meronda sempadan dengan berjalan kaki atau menunggang kuda, atau dengan

kapal terbang, kereta, atau bot untuk mengesan dan menangkap orang yang merentasi negara secara haram dan dilantik menjadi Inspektor Ronda Imigresen (kakitangan kerajaan).

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33541 Inspektor, pelesenan 33542 Penolong penguasa imigresen KP27

3355 INSPEKTOR DAN DETEKTIF POLIS Inspektor dan detektif polis menyiasat, mencegah, dan menyelesaikan kes jenayah. Tugas merangkumi:

menyiasat penjenayah yang dituduh atau disyaki mencabuli undang-undang kerajaan persekutuan, negeri, atau tempatan untuk menentukan sama ada bukti mencukupi untuk mencadangkan pendakwaan;

menyediakan dakwaan, maklum balas kepada dakwaan, atau maklumat untuk kes mahkamah menurut prosedur rasmi;

mengambil catatan, menanda, dan mengambil gambar lokasi objek yang ditemui, seperti tapak kaki, trek tayar kenderaan, peluru, dan kesan darah, serta mengambil ukuran kawasan kejadian;

menyediakan serta mengeluarkan waran geledah dan tangkap. Menyekat atau mengepung tempat kejadian dan memeriksa perimeter untuk memastikan seluruh kawasan kejadian dikepung;

mendapatkan bantuan perubatan untuk individu yang tercedera dan mengingatkan petugas perubatan untuk mengambil kenyataan daripada mangsa.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33551 Inspektor, polis 33552 Detektif, polis 33553 Penolong pegawai siasatan KR29

3356 PROFESIONAL BERSEKUTU PERTAHANAN AWAM Profesional bersekutu pertahanan awam menyiasat operasi awam.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

150

Tugas merangkumi:

menguatkuasakan prosedur peraturan, dan undang-undang yang berkaitan; menyiasat penipuan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33561 Inspektor, perkhidmatan awam 33562 Inspektor, pentadbiran kerajaan 33563 Pegawai, suruhanjaya perkhidmatan awam 33564 Penolong pegawai kesatria S27 33565 Pegawai, RELA 33566 Tentera wataniah 33567 Penolong pegawai pertahanan awam KP27 33568 Pegawai perhubungan preman KP19

3359 PROFESIONAL BERSEKUTU BADAN PENGAWALATURAN YANG TIDAK

DIKELASKAN DI MANA-MANA Kumpulan unit ini merangkumi profesional bersekutu badan pengawalaturan terlibat dalam aktiviti pengawalaturan di luar skop pekerjaan yang dikelaskan dalam kumpulan unit 3351 – 3356. Tugas merangkumi:

mentafsir dan menerangkan prosedur peraturan, dan undang-undang yang berkaitan; menyiasat penipuan; menguatkuasakan prosedur, peraturan, dan undang-undang; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

33591 Inspektor, timbang dan sukat 33592 Penolong pegawai pendaftaran KP27 33593 Penolong penguasa penjara KX27 33594 Penolong pegawai penguatkuasa N27 33595 Inspektor, upah 33596 Pegawai pengundian 33597 Penolong penguasa bomba KB29 33598 Penolong pegawai keselamatan KP27

34 PROFESIONAL BERSEKUTU UNDANG-UNDANG, SOSIAL, KEBUDAYAAN, DAN

YANG BERKAITAN Profesional bersekutu undang-undang, sosial, kebudayaan dan yang berkaitan melaksanakan tugas teknikal yang berkaitan dengan penyelidikan dan aplikasi secara praktik mengenai konsep, teori, prinsip, dan kaedah operasi tertentu bagi undang-undang, kerja sosial, keagamaan, sukan, kesenian, kebudayaan, dan kulinari. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 341 PROFESIONAL BERSEKUTU UNDANG-UNDANG, SOSIAL, DAN KEAGAMAAN 342 PROFESIONAL BERSEKUTU KESUKANAN, PERTAHANAN DIRI DAN

KECERGASAN

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

151

343 PROFESIONAL BERSEKUTU KESENIAN, KEBUDAYAAN, DAN KULINARI 341 PROFESIONAL BERSEKUTU UNDANG-UNDANG, SOSIAL, DAN KEAGAMAAN Profesional bersekutu undang-undang, sosial, keagamaan dan yang berkaitan melaksanakan tugas teknikal yang berkaitan dengan penyelidikan dan aplikasi secara praktik mengenai konsep, teori, prinsip, dan kaedah operasi tertentu bagi undang-undang, kerja sosial dan keagamaan. 3411 PROFESIONAL BERSEKUTU UNDANG-UNDANG DAN YANG BERKAITAN Profesional bersekutu undang-undang dan yang berkaitan melakukan kerja undang-undang tetapi bukan peguam berdaftar dan digaji bagi pelbagai organisasi termasuk firma guaman, sektor awam, perniagaan, dan industri. Peranan pembantu peguam boleh melibatkan apa sahaja daripada tahap asas kerja pentadbiran hinggalah kerja kes tahap tinggi. Tugas merangkumi:

melakukan kerja pentadbiran, termasuk mengatur mesyuarat, kerja telefon, pengebilan; merangka dan membaca pruf, termasuk menyusun nota kedatangan, mengambil nota

di mahkamah, membaca pruf dokumen, menulis surat; menyediakan menggabungkan litigasi dan menguruskan fail kes; penyelidikan undang-undang; berhubung dengan pelanggan (peranan yang lebih kanan); mengambil kenyataan saksi; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

34111 Pembantu undang-undang L29 34112 Penolong pegawai syariah LS27 34113 Penolong pegawai hal ehwal Islam S27 34114 Penolong pegawai antidadah S27 34115 Penguasa bekalan air J17

3412 PROFESIONAL BERSEKUTU KERJA SOSIAL Profesional bersekutu kerja sosial memberi bimbingan kepada pelanggan dalam hal-hal sosial dan yang berkaitan untuk membolehkan mereka mendapatkan dan menggunakan sumber bagi mengatasi kesulitan dan mencapai matlamat tertentu. Tugas merangkumi:

mengumpulkan maklumat yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan serta menasihati mereka tentang hak dan tanggungjawab mereka;

menganalisis kedudukan pelanggan dan mengemukakan pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah;

merancang, menilai, menambah baik, dan membangunkan perkhidmatan kebajikan; berusaha untuk mencegah berlakunya masalah remaja atau untuk mencapai matlamat

pemulihan remaja yang bermasalah dengan menganjurkan dan menyelia aktiviti sosial, rekreasi, dan pendidikan di kelab belia, pusat komuniti dan pertubuhan yang seumpamanya atau dengan cara lain;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

152

membantu mencegah penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga dan membantu orang cacat anggota atau akal mendapatkan rawatan yang mencukupi dan meningkatkan kemampuan mereka untuk bergaul dalam masyarakat;

merancang, menguruskan, atau menyediakan perkhidmatan pembantu rumah; menyusun rekod kes dan menyediakan laporan sebagaimana yang diperlukan; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

34121 Pekerja sosial 34122 Penolong pegawai pembangunan masyarakat S27 34123 Penolong pegawai psikologi S27 34124 Penolong pegawai penerangan S27 34125 Penolong pegawai penyelidik sosial N27 34126 Penolong pegawai perhubungan perusahaan S27 34127 Penolong pegawai ehwal ekonomi E27 34128 Penolong pegawai belia dan sukan S27

3413 PROFESIONAL BERSEKUTU KEAGAMAAN Profesional bersekutu keagamaan menjalankan kerja keagamaan, mengabadikan hidup mereka kepada penyembahan tuhan masing-masing atau bertafakur, serta berdakwah dan mengajar agama mengikut kepercayaan agama masing-masing. Tugas merangkumi:

menjalankan kerja keagamaan; hidup dalam masyarakat yang berasingan dan memantau peraturan dan amalan

masing-masing; mengabadikan hidup mereka kepada penyembahan tuhan masing-masing atau

bertafakur; berdakwah dan mengajar agama mengikut kepercayaan agama masing-masing; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

34131 Sami, profesional bersekutu 34132 Biarawati, profesional bersekutu 34133 Pengkhutbah 34134 Bilal

342 PROFESIONAL BERSEKUTU KESUKANAN, PERTAHANAN DIRI DAN

KECERGASAN Profesional bersekutu kesukanan, pertahanan diri dan kecergasan mengambil bahagian atau mengendalikan pertandingan sukan awam, melatih ahli sukan dari segi kemahiran sukan yang mereka ceburi, mengajar dalam pembentukan kecergasan jasmani mereka, dan melaksanakan pelbagai fungsi yang berkaitan.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

153

3421 ATLET DAN AHLI SUKAN Atlet dan ahli sukan mengambil bahagian dalam acara sukan, mengadakan latihan sukan, dan mengawal atur kemajuan acara berkenaan. Tugas merangkumi:

mengambil bahagian dalam acara pertandingan sukan; mengadakan latihan sukan untuk meningkatkan kebolehan dan pengetahuan dalam

bidang sukan tersebut; menganalisis prestasi dan mengenal pasti kelemahan individu atau pasukan; merasmikan acara sukan untuk menguatkuasakan peraturan perlawanan; menggalakkan kemajuan dan pembangunan kemahiran sukan serta mengawasi

penyertaan golongan muda dalam aktiviti sukan; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

34211 Ahli sukan 34212 Atlet

3422 JURULATIH, PENGAJAR, DAN PEGAWAI SUKAN Jurulatih, pengajar, dan pegawai sukan mengambil bahagian dalam acara sukan, mengendalikan latihan sukan, dan mengawal atur kemajuan acara tersebut. Tugas merangkumi:

mengambil bahagian dalam acara pertandingan sukan; mengadakan latihan sukan untuk meningkatkan kebolehan dan pengetahuan dalam

bidang sukan tertentu; menganalisis prestasi dan mengenal pasti kelemahan individu atau pasukan; merasmikan acara sukan untuk menguatkuasakan peraturan perlawanan; menggalakkan kemajuan dan pembangunan kemahiran sukan serta mengawasi

penyertaan golongan muda dalam aktiviti sukan; melatih peserta dalam pembangunan dan penjagaan kecergasan jasmani mereka; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

34221 Pegawai sukan 34222 Jurulatih kawad S17 34223 Pengurus pasukan, sukan/permainan 34224 Jurulatih, silat 34225 Jurulatih, tenis 34226 Jurulatih, tai chi 34227 Jurulatih, renang 34228 Jurulatih, pengajar dan pegawai sukan lain (indoor)

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

154

3423 PENGAJAR KECERGASAN JASMANI DAN REKREASI SERTA KETUA PROGRAM Instruktor kecergasan jasmani dan rekreasi serta ketua program mengambil bahagian dalam acara sukan, mengendalikan latihan sukan, dan mengawal atur kemajuan acara tersebut. Tugas merangkumi:

mengambil bahagian dalam acara pertandingan sukan; mengadakan latihan sukan untuk meningkatkan kebolehan dan pengetahuan dalam

bidang sukan tertentu; menganalisis prestasi dan mengenal pasti kelemahan individu atau pasukan; merasmikan acara sukan untuk menguatkuasakan peraturan perlawanan; menggalakkan kemajuan dan pembangunan kemahiran sukan serta mengawasi

penyertaan golongan muda dalam aktiviti sukan; melatih peserta dalam kemajuan dan penjagaan kecergasan jasmani mereka; memberi latihan kepada peserta dalam permainan catur, biliard, bridge dan permainan

lain; menunggang kuda lumba di gelanggang lumba kuda; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

34231 Pengajar, kecergasan fizikal 34232 Pengajar, biliard 34233 Pengajar, bridge 34234 Pengajar, catur 34235 Joki 34236 Pengajar, pelayaran 34237 Pengajar, tungang kuda 34238 Pemandu aktiviti lasak

343 PROFESIONAL BERSEKUTU KESENIAN, KEBUDAYAAN, DAN KULINARI Profesional Bersekutu Kesenian, Kebudayaan, dan Kulinari mengaplikasikan teknik kesenian dalam reka bentuk produk dan promosi jualan, mengambil gambar, mengendalikan gambar bergerak dan kamera video dan kelengkapan lain untuk merakam dan menyunting imej dan bunyi; dan melaksanakan pelbagai tugas yang berkaitan dalam penyediaan dan memasak makanan. 3431 JURUGAMBAR Jurugambar mengambil gambar, mengendalikan kamera video dan kelengkapan lain untuk merakam dan menyunting imej. Tugas merangkumi:

berunding dengan pelanggan untuk menentukan objektif tugasan fotografi; mengkaji keperluan tugasan dan memilih jenis kamera, filem, dan cahaya; menjalankan kerja di studio atau mengangkut dan memasang kelengkapan di lokasi

tugasan; mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan atau tujuan komersil, industri, atau untuk

kegunaan saintifik serta membuat ilustrasi bagi cerita dan rencana di akhbar, majalah, buku, dan penerbitan lain;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

155

mengambil gambar potret orang atau kumpulan orang; memasang dan mengendalikan kamera wayang gambar bergerak, video, mikroskopik,

dan kamera khas yang lain, termasuk yang digunakan untuk fotografi udara bagi merakam imej;

mengawal kelengkapan untuk menyunting dan mencantum rakaman imej untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta menghasilkan kesan imej khas;

boleh bekerja dengan menggunakan teknologi digital dan memanipulasi hasil imej pada komputer;

mengaplikasikan prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

34311 Jurugambar 34312 Jurugambar, ilustrasi komersil 34313 Jurugambar, berita 34314 Mikrofotografer 34315 Jurugambar, saintifik 34316 Ahli fotografi B27

3432 PEREKA BENTUK DAN JURUHIAS DALAMAN Pereka bentuk dan juruhias dalaman mengaplikasikan teknik seni halus ke atas reka bentuk produk, hiasan dalaman, dan promosi jualan. Tugas merangkumi:

mengenal pasti objektif reka bentuk melalui rundingan bersama pelanggan, menjalankan penyelidikan, dan menganalisis keperluan fungsian atau mengkaji susun atur;

mereka bentuk produk industri dan komersil, termasuk jenis dan gaya pakaian dan perhiasan baru serta berusaha untuk menyelaraskan pertimbangan estetik dengan keperluan teknikal dan keperluan lain;

menyelia pengeluaran produk contoh atau mereka bentuk ilustrasi, mengarahkan pekerja lain membuat model atau corak produk, atau mengarahkan pelukis kemasan atau pelukis susun atur supaya menyusun kerja seni untuk dicetak;

mencipta skim hiasan dalaman dan merancang kemasan untuk rumah kediaman, bangunan awam, kapal, dan tempat lain;

mereka bentuk dan melukis pemandangan pentas; mencipta dan menghasilkan kesan seni untuk kegunaan jendela peragaan dan tempat

pameran/promosi yang lain; mereka bentuk gubahan bunga seperti lingkaran bunga, jambangan bunga, dan korsaj

mengikut pilihan pelanggan, tujuan, acara, dan kebolehgunaan bunga; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

34321 Artis, pereka 34322 Juruhias, pameran 34323 Pereka bentuk, hiasan dalaman 34324 Pereka bentuk, perabot 34325 Juruhias, set wayang gambar

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

156

34326 Pengubah bunga 3433 JURUTEKNIK GALERI, MUZIUM, DAN PERPUSTAKAAN Juruteknik galeri, muzium, dan perpustakaan mendapatkan dan menyimpan dokumen penting dan barang berharga lain untuk penyimpanan dan peragaan kekal. Mereka bekerja untuk muzium, kerajaan, zoo, kolej dan universiti, syarikat, dan institusi lain yang memerlukan pakar untuk memelihara rekod penting. Dokumen dan koleksi boleh merangkumi hasil kerja seni, transkrip mesyuarat, duit syiling dan setem, tumbuhan dan haiwan hidup atau awet, serta objek, bangunan, dan tapak bersejarah. Tugas merangkumi:

membantu pustakawan dalam mendapatkan, menyediakan, dan menguruskan maklumat;

menerangkan, menganalisis, dan memelihara objek berharga serta koleksi untuk kegunaan rujukan penyelidik dan orang awam;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

34331 Penolong pegawai arkib S27 34332 Penolong kurator S27 34333 Penolong pegawai perpustakaan S27 34334 Penolong pegawai penerbitan N27

3434 JURUMASAK Jurumasak biasanya menyelia dan menyelaras kerja tukang masak dan pembantu dapur lain dan menyediakan makanan di hotel besar, restoran, dan pertubuhan lain. Tugas merangkumi:

merancang menu harian, mengambil kira anggaran bilangan tetamu, populariti pelbagai hidangan dan menentukan serta menetapkan proses bagi setiap hidangan;

menyelia penyediaan dan memasak makanan, dan mengarahkan tukang masak seperti yang dikehendaki;

menyediakan hidangan istimewa dan mencipta resipi; menguji makanan yang dimasak dengan merasa atau menghidunya; mendapatkan atau membeli bekalan makanan dan kelengkapan dapur seperti yang

diperlukan dan menyemak kualiti dan kuantitinya; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

34341 Ketua jurumasak 34342 Jurumasak eksekutif

3435 PROFESIONAL BERSEKUTU KESENIAN DAN KEBUDAYAAN LAIN Kumpulan unit ini merangkumi profesional bersekutu kesenian dan kebudayaan lain di luar skop pekerjaan yang dikelaskan dalam kumpulan unit 3431 – 3434.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

157

35 JURUTEKNIK MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Juruteknik maklumat dan komunikasi memberi sokongan untuk pengurusan sehari-hari sistem komputer, sistem komunikasi, dan rangkaian dan melaksanakan tugas teknikal yang berkaitan telekomunikasi, penyiaran imej dan bunyi serta jenis isyarat telekomunikasi lain di darat, laut, atau di dalam pesawat udara. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 351 JURUTEKNIK OPERASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN SOKONGAN PENGGUNA 352 JURUTEKNIK TELEKOMUNIKASI DAN PENYIARAN 351 JURUTEKNIK OPERASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN SOKONGAN PENGGUNA Juruteknik operasi teknologi maklumat dan sokongan pengguna memberi sokongan bagi pengurusan sehari-hari sistem komunikasi, sistem komputer dan rangkaian, dan memberi bantuan teknikal kepada pengguna. 3511 JURUTEKNIK OPERASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Juruteknik operasi teknologi maklumat dan komunikasi membantu pemprosesan sehari-hari, operasi, dan pemantauan sistem teknologi maklumat dan komunikasi, termasuk rangkaian kawasan setempat dan luas (LAN dan WAN), dan perkakasan, perisian, dan kelengkapan komputer yang berkaitan untuk memastikan prestasi optimum, dan mengenal pasti sebarang masalah. Tugas merangkumi:

mengendali dan mengawal kelengkapan persisian komputer dan yang berkaitan; memasukkan arahan, menggunakan terminal komputer, dan mengaktifkan kawalan

pada komputer dan kelengkapan persisian untuk menyepadukan dan mengendalikan peralatan;

memantau sistem bagi kegagalan kelengkapan atau kesilapan dalam prestasi; memaklumi penyelia atau juruteknik penyelenggaraan tentang kerosakan kelengkapan; melayani pesanan ralat program dengan mencari dan menyelesaikan masalah,

memanjangkan masalah tersebut kepada kakitangan lain, atau mematikan program; membaca arahan persediaan untuk menentukan kelengkapan yang hendak digunakan,

tertib penggunaan, bahan seperti cakera dan kertas yang hendak dimuatkan, dan penetapan kawalan;

mendapatkan semula, mengasingkan, dan mengisih output program seperti yang diperlukan, dan menghantar data kepada pengguna tertentu;

memuatkan kelengkapan persisian, seperti alat pencetak, dengan bahan terpilih untuk menjalankan operasi, atau mengawasi pemuatan kelengkapan persisian oleh pengendali kelengkapan persisisan;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

35111 Juruteknik, komputer 35112 Juruteknik, semikonduktor 35113 Pembantu, teknologi maklumat 35113 Juruteknik, sistem maklumat 35114 Juruteknik komputer FT17

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

158

3512 JURUTEKNIK SOKONGAN PENGGUNA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Juruteknik sokongan pengguna teknologi maklumat dan komunikasi memberi bantuan teknikal kepada pengguna, sama ada secara langsung atau melalui telefon, emel, atau kaedah elektronik lain, termasuk mendiagnos dan menyelesaikan isu dan masalah dengan perisian, perkakasan, kelengkapan persisian komputer, rangkaian, pangkalan data, dan Internet serta memberi bimbingan dan sokongan dalam mengatur kedudukan, pemasangan, dan penyelenggaraan sistem. Tugas merangkumi:

menjawab pertanyaan pengguna berhubung dengan operasi perisian dan perkakasan untuk menyelesaikan masalah;

memasukkan arahan dan memerhatikan pemfungsian sistem untuk mengesahkan operasi yang betul dan mengesan ralat;

memasang dan melaksanakan pembaikpulihan kecil terhadap perkakasan, perisian, atau kelengkapan persisian, menurut spesifikasi reka bentuk atau pemasangan;

mengawasi prestasi harian sistem komunikasi dan komputer; mempersiapkan peralatan untuk kegunaan kakitangan, melaksanakan atau

memastikan pemasangan kabel, sistem operasi yang betul, atau perisian yang bersesuaian;

menyelenggara rekod transaksi komunikasi data harian, masalah, dan tindakan pemulihan yang diambil, atau aktiviti pemasangan;

merujuk panduan pengguna, manual teknikal, dan dokumen lain untuk menyelidik dan melaksanakan penyelesaian;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

35121 Juruteknik, meja bantuan 35122 Pembantu, perkhidmatan komputer/pengguna 35123 Penolong pegawai teknologi maklumat F29

3513 JURUTEKNIK RANGKAIAN DAN SISTEM KOMPUTER Juruteknik rangkaian dan sistem komputer menentukan, mengendali, dan menyelenggara sistem rangkaian dan komunikasi data yang lain. Tugas merangkumi:

mengendali, menyelenggara, dan mengesan masalah sistem rangkaian; mengendali dan menyelenggara sistem komunikasi data selain daripada rangkaian; membantu pengguna dengan masalah rangkaian dan komunikasi data; mengenal pasti kawasan yang memerlukan kelengkapan dan perisian yang perlu dinaik

taraf; memasang perkakasan komputer, rangkaian, perisian rangkaian, perisian sistem

operasi, dan perisian aplikasi; melaksanakan tugas menghidupkan dan mematikan sistem termasuk sistem sandaran

dan operasi pemulihan bencana; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

159

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

35131 Juruteknik, rangkaian sokongan 3514 JURUTEKNIK WEB Juruteknik web menyelenggara, memantau, dan menyokong fungsi optimum laman web Internet dan Intranet, perkakasan dan perisian pelayan web. Tugas merangkumi:

memasang, memantau, dan menyokong kebolehpercayaan dan kebolehgunaan laman web Internet dan Intranet atau perkakasan atau perisian pelayan web;

membangunkan dan menyelenggara dokumentasi, dasar, dan arahan serta merekodkan prosedur pengendalian dan log sistem;

membangunkan, menyelaraskan, melaksanakan, dan memantau langkah keselamatan; menganalisis dan membuat cadangan untuk meningkatkan prestasi, termasuk menaik

taraf dan mendapatkan sistem baru; berhubung dengan dan memberi bimbingan kepada pelanggan dan pengguna; mengubahsuai laman web; melaksanakan operasi sokongan kepada pelayan web dan operasi pemulihan; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

35141 Pentadbir, laman web 352 JURUTEKNIK TELEKOMUNIKASI DAN PENYIARAN Juruteknik telekomunikasi dan penyiaran mengawal fungsi teknikal peralatan untuk merakam dan menyunting imej dan bunyi dan untuk menyiarkan imej dan bunyi bagi siaran radio dan televisyen, serta jenis isyarat telekomunikasi lain di darat, laut, atau di dalam pesawat udara, melaksanakan tugas teknikal berhubung dengan penyelidikan kejuruteraan telekomunikasi, serta yang berkaitan dengan reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, pengendalian, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan sistem telekomunikasi. 3521 JURUTEKNIK PENYIARAN DAN AUDIOVISUAL Juruteknik penyiaran dan audiovisual mengawal fungsi teknikal peralatan untuk merakam dan menyunting imej dan bunyi dan untuk menyiarkan imej dan bunyi bagi siaran radio dan televisyen, serta jenis isyarat telekomunikasi lain di darat, laut, atau di dalam pesawat udara. Tugas merangkumi:

mengawal peralatan untuk merakam bunyi; mengawal peralatan untuk menyunting dan mengadun rakaman imej dan bunyi untuk

memastikan kualiti yang memuaskan serta menghasilkan kesan khas imej dan bunyi; mengaplikasi prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya

dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

mengawal sistem penghantaran dan penyiaran serta sistem satelit bagi program radio dan televisyen;

mengawal sistem komunikasi radio, perkhidmatan satelit, dan sistem multipleks di darat, laut, atau di dalam pesawat udara;

MASCO 08 KUMPULAN UTAMA 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu

160

mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan penyiaran, terminal telekomunikasi, dan sistem transmisi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah;

melaksanakan pembaikpulihan peralatan; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

35211 Jurugambar wayang 35212 Penyunting, bunyi 35213 Jurutayang, pawagam 35214 Pegawai, radio kapal 35215 Penolong pegawai makmal filem C27 35216 Juruteknik, peralatan audio dan video

3522 JURUTEKNIK KEJURUTERAAN TELEKOMUNIKASI Juruteknik kejuruteraan telekomunikasi melaksanakan tugas teknikal berhubung dengan penyelidikan kejuruteraan telekomunikasi, serta yang berkaitan dengan reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, pengendalian, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan sistem telekomunikasi. Tugas merangkumi:

menyediakan bantuan teknikal berhubung dengan penyelidikan dan pembangunan kelengkapan telekomunikasi, atau menguji prototaip;

mengkaji bahan teknikal seperti pelan induk dan lakaran untuk menentukan kaedah kerja yang hendak diguna pakai;

menyediakan anggaran terperinci kuantiti dan kos bahan serta buruh yang diperlukan untuk pembuatan dan pemasangan kelengkapan telekomunikasi, menurut spesifikasi yang ditetapkan;

menyediakan penyeliaan teknikal bagi pembuatan, penggunaan, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan sistem telekomunikasi untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan;

mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam prinsip dan amalan kejuruteraan telekomunikasi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas;

menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

35221 Juruteknik, kejuruteraan/telekomunikasi


Recommended