Transcript
Page 1: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Psikologi personel merupakan satu bidang yang berkait rapat dengan situasi di alam pekerjaan.

Di mana maksud Psikologi itu sendiri adalah hasil gabungan dua perkataan Latin iaitu Psyche

dan Logy. Psyche bermaksud jiwa atau roh manakala Logy bermaksud kajian tentang sesuatu

perkara. Hasil daripada gabungan dua perkataan ini dapatlah dirumuskan bahawa Psikologi

adalah kajian yang berkaitan dengan tingkah laku manusia yang meliputi mental, jiwa, rohani,

ingatan dan pemikiran seseorang.

Personel pula bermaksud kakitangan yang berasal dari perkataan Bahasa Inggeris; personnel.

Psikologi Personel secara umumnya membincangkan tentang pengurusan serta proses/kaedah

yang terlibat di alam pekerjaan.

1

Page 2: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial

yang telah dikuatkuasakan di bawah Undang-Undang Malaysia. Pada tahun 1991, Akta

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah diwujudkan iaitu Akta 452 yang menyediakan faedah

persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh

dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para

majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk

mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Ahli yang menyertai KWSP ialah Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor

Awam. Statistik terbaru juga telah menyatakan bahawa sehingga Jun 2012, KWSP mempunyai

seramai 13.35 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.33 juta

manakala bilangan majikan aktif pula adalah seramai 496,939 orang. Setiap caruman adalah

wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada

caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar

caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan yang diterima. Pekerja yang menerima

upah/gaji bulanan RM 5,000 dan ke bawah akan dikenakan caruman pekerja sebanyak 11%

dipotong daripada gaji bulanan mereka manakala caruman untuk majikan pula sebanyak 13%.

Bagi pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM 5,000 caruman perkeja akan dikenakan

kekal 11% dan hanya 12% dikenakan bagi caruman oleh majikan.

Hasil daripada caruman bulanan ahli, KWSP telah mengambil inisiatif dengan melaburkan hasil

caruman melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan

pendapatan. Antara agensi yang dilabur ialah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran

Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

2

Page 3: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Sebagai langkah untuk membentuk satu agensi yang menjaga hak kebajikan kewangan pekerja

maka satu visi telah dicipta bagi menjamin KWSP tidak lari dari landasan yang sepatutnya. Visi

KWSP ialah menjadi organisasi keselamatan sosial yang bertaraf dunia yang menyediakan

simpanan persaraan yang terbaik bagi rakyat Malaysia. Bagi penggunaan untuk jangka masa

panjang, KWSP telah mewujudkan suatu misi bagi menjadikan ia sebagai satu usaha yang akan

dicapai iaitu menyediakan Skim Simpanan Persaraan yang terbaik.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menghasilkan Piagam Pelanggan bagi menghasilkan

perkhidmatan yang baik kepada para pelanggan antaranya ialah masa menunggu bagi

mendapatkan perkhidmatan di kaunter. KWSP telah menjanjikan bahawa waktu bukan puncak,

perkhidmatannya kepada ahli/majikan akan diberi dalam tempoh 8 minit selepas mengambil

nombor giliran manakala bagi waktu puncak pula KWSP memberi perkhidmatan kepada

ahli/majikan dalam tempoh 15 minit selepas mengambil nombor giliran.

Bagi perkhidmatan untuk mendaftar yang dilakukan oleh ahli dan majikan, permohonan mereka

akan diterima dalam tempoh satu hari bekerja sekiranya permohonan tersebut lengkap. KWSP

juga menjamin bahawa mereka akan menjawab panggilan telefon dalam tempoh 10 saat dan

akan menjawab surat atau pun E-mel pelanggan dalam tempoh yang pantas sekiranya tiada

masalah gangguan teknikal berlaku. KWSP juga akan memproses permohonan pengeluaran

umur 50/55 tahun serta memproses permohonan pengeluaran perumahan yang lengkap dan

membuat pembayaran tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh terima.

3

Page 4: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pemohon yang telah membuat bayaran caruman yang lengkap akan mendapat resit bayaran

selewat-lewatnya dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh bayaran diterima. Resit berkenaan

akan dijadikan bukti sebagai pemohon telah membuat pembayaran caruman yang lengkap.

Selepas pembayaran caruman telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, pihak KWSP akan

mengkreditkan bayaran caruman yang lengkap ke dalam akaun ahli dalam tempoh 21 hari

bekerja dari tarikh yang diterima. Setelah akaun ahli sudah dikemaskini, maka mereka akan

menghantar penyata tahunan ahli kepada ahli yang aktif dalam tempoh 30 hari dari tarikh dividen

diisytiharkan dan sebagai maklumat tambahan, penyata tahunan ahli boleh diperoleh dari

saluran-saluran yang telah disediakan iaitu perkhidmatan i-Akaun, Kios serta kaunter cawangan

KWSP yang berdekatan.

4

Page 5: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

5

Page 6: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Seksyen 1: Tajuk ringkas dan mula berkuat kuasa

Seksyen 2: Tafsiran

Seksyen 3: Penubuhan Lembaga

Seksyen 4: Keahlian Lembaga

Seksyen 5: Ahli-ahli silih ganti

Seksyen 6: Tempoh jawatan

Seksyen 7: Perletakan jawatan & pembatalan

Seksyen 8: Pengosongan jawatan

Seksyen 9: Pengerusi & 6 orang ahli lain membentuk kuorum Lembaga

Seksyen 10: Pengerusi mempunyai undi pemutus

Seksyen 11: Kuasa Menteri untuk memberi arahan

Seksyen 12: Tugas untuk mengemukakan maklumat kepada Menteri

Seksyen 13: Pengesahan meterai

Seksyen 14: Kuasa-kuasa & tugas-tugas Lembaga

Seksyen 15: Rizab am & lain-lain akaun rizab

Seksyen 16: Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa

Seksyen 17: Kuasa untuk memberi pinjaman & membuat pendahuluan kepada pegawai &

perkhidmatannya

Seksyen 18: Penubuhan & keahlian Panel

Seksyen 19: Pengosongan jawatan

Seksyen 20: Kuprum & Perjalanan Prosiding

6

Page 7: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Seksyen 21: Pengerusi Panel Pelaburan mempunyai undi pemutus

Seksyen 22: Ketidaklayakan daripada keahlian Lembaga & Panel Pelaburan

Seksyen 23: Pendedahan kepentingan

Seksyen 24: Penubuhan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Seksyen 25: Lembaga hendaklah menjadi pemegang amanah Kumpulan Wang

Seksyen 26: Kuasa Lembaga untuk melabur

Seksyen 26A: Kuasa Lembaga untuk melabur dalam syarikat yang diluluskan

Seksyen 26B: Lembaga melabur dalam sekuriti kerajaan

Seksyen 26C: Kuasa Lembaga untuk menubuhkan perbadanan @ syarikat

Seksyen 27: Pengisytiharan dividen

Seksyen 28: Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan

Seksyen 29: Pengauditan akaun-akaun tahunan Kumpulan Wang

Seksyen 29A: Pelaburan oleh ahli Kumpulan Wang

Seksyen 30: Pelantikan ketua pegawai eksekutif, pegawai & pekhidmat Lembaga

Seksyen 31: Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib

Seksyen 32: Pengenaan surcaj

Seksyen 33: Penubuhan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawai-pegawai

dan pekhidmat Lembaga

Seksyen 33A: Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawai

dan pekhidmat Lembaga

Seksyen 34: Pelantikan Pemeriksa-Pemeriksa, kuasa-kuasa, fungsi-fungsi & tugas-tugas mereka

Seksyen 35: Kuasa-kuasa untuk memasuki, memeriksa & menggeledah

7

Page 8: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Seksyen 36: Menghalang perjalanan kuasa-kuasa Pemeriksa

Seksyen 37: Kuasa untuk menyoal periksa orang-orang

8

Page 9: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Setiap ahli KWSP mengikut peruntukan Akta KWSP ialah seseorang yang mempunyai akaun

dan simpanan dengan kumpulan wang. Ahli KWSP ialah pekerja di sektor swasta, pekerja tidak

berpencen di sektor awam dan mereka yang telah memilih untuk mencarum. Ahli juga

merupakan seorang pekerja yang telah diambil bekerja oleh majikan di bawah satu kontrak

perkhidmatan atau perantisan.

Bagi ahli yang ingin menyertai untuk mencarum perlu mempunyai kontrak perkhidmatan yang

merupakan syarat-syarat perkhidmatan yang menerangkan perhubungan di antara majikan dan

pekerja. Perkhidmatan yang telah dibuat tidak boleh diganti oleh orang lain dan kontrak

perkhidmatan yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak merangkumi kontrak secara

bertulis, lisan dan yang dinyatakan scara jelas atau tersirat.

9

Page 10: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Majikan merupakan seorang yang mengambil seseorang untuk bekerja dengan membuat kontrak

perkhidmatan atau perantisan. Majikan boleh dianggap sebagai pengurus, ejen atau orang yang

bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang pekerja dan merupakan

mana-mana kumpulan orang sama ada tidak berkanun mahupun badan berkanun.

Setiap upah yang telah diberi oleh majikan kepada pekerjanya akan diambil 11% oleh KWSP

sebagai caruman dan ia boleh dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya. Antara

bayaran yang dikenakan caruman KWSP ialah :

Gaji

Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan

Bonus

Elaun

Komisen

Insentif

Tunggakan upah

Upah bagi cuti bersalin

Upah bagi cuti belajar

Upah bagi cuti separuh gaji

Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya

Manakala caruman yang dikecualikan oleh KWSP daripada ahlinya membuat pembayaran ialah :

10

Page 11: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Caj perkhidmatan

Bayaran kerja lebih masa

Ganjaran

Faedah persaraan

Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan

Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan

Bayaran sebagai ganti notis penamatan perkhidmatan

Yuran Pengarah

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku pemindahan faedah persaraan, majikan boleh

mengubahnya dengan persetujuan pekerjanya dan membuat pemindahan ke dalam akaun KWSP

pekerja apa-apa wang dari skim atau rancangan persaraan yang berhubung dengan pekerja

tersebut. Permindahan tersebut boleh dibuat melalui borang KWSP 16F.

11

Page 12: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja banyak memberi faedah demi jangka masa panjang untuk

ahlinya, Perkhidmatannya yang efisien itu, bukan hanya sekadar untuk menjaga wang ahlinya

sebaliknya ia melabur kepada beberapa agensi dan hasil pulangannya itu dikira secara telus lalu

diberi dividen kepada para ahlinya sebagai kelebihan ahli menyertai KWSP ini. Berikut adalah

rekod tahun bersama peratusan dividen yang telah diperolehi semenjak KWSP ini ditubuhkan.

Tahun

Peratus

 1996 7.70

1997 - 1998 6.70

 1999 6.84

2000 6.00

12

Tahun Peratus

1952 - 1959 2.50

1960 - 1962 4.00

1963 5.00

1964 5.25

1965 - 1967 5.50

1968 - 1970 5.75

1971 5.80

1972 - 1973 5.85

1974 - 1975 6.60

1976 - 1978 7.00

 1979 7.25

1980 - 1982 8.00

1983 - 1987 8.50

1988 - 1994 8.00

 1995 7.50

Page 13: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

2001 5.00

2002 4.25

 2003 4.50

2004 4.75

2005 5.00

2006 5.15

 2007 5.80

2008 4.50

2009 5.65

2010 5.80

2011 6.00

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah kewujudan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ini banyak

memberi manfaat kepada para ahlinya demi masa jangka yang panjang. Ini kerana setiap pekerja

pasti akan berakhirnya kontrak perkhidmatan bersama majikan dan bagi menjamin kehidupan

manusia yang memerlukan wang sebagai sumber untuk menunaikan atau memuaskan sesuatu

kehendak maka perkhidmatan KWSP ini telah memberi peluang kepada ahlinya untuk menerima

wang pencen yang berterusan bagi menampung keperluan hidup apabila sudah tidak bekerja lagi.

Perkhidmatan KWSP ini juga memberi pelbagai faedah dengan adanya dividen yang diumumkan

setiap tahun dan telah terbukti semakin majunya serta kukuhnya ekonomi negara maka dividen

yang bakal diperolehi oleh ahlinya adalah tinggi.

13

Page 14: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

1) Kamus Dewan, 2005, Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

3) Pamplet Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

2) Internet:

Google

Yahoo

http://www.kwsp.gov.my

http://mykamusdewan.com/englishmelayu

14


Recommended