LAPORAN BIG FASA 1 2014
PENGHARGAAN
Pertama sekali, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah berkat dan
kurniaNya, saya mampu untuk mengharungi kesemua aktiviti Program Bina Insan
Guru Fasa 1 dengan baik dan selamat. Tidak dinafikan, saya turut sedar bahawa
wujud banyak pihak yang telah memberikan bantuan kepada saya sama ada
bantuan secara langsung atau tidak langsung dan segala jenis bantuan berkenaan
sememangnya banyak membantu saya dalam memastikan program ini dapat
dijalankan dengan lancar.
Sekalung apresiasi saya tujukan khas kepada Dr.Hj Mohd Aziz Bin Mohd Din
selaku pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan kerana telah
memberi laluan dan kebenaran kepada kami untuk menjalankan aktiviti luar kampus
ini di samping turut memberikan ruang dan peluang kepada kami untuk
menggunakan segala kemudahan institut misalnya bas, khemah, alatan memasak,
bahan makanan dan segala keperluan yang berkaitan bagi melancarkan
kelangsungan program berkenaan.
Selainitu, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan khas kepada Encik
Mohamad Bin Latif, Ketua Unit Kokurikulum danEncikYusoff Bin Awang To selaku
pensyarah penasihat bagi program BinaInsan Guru kerana dengan bantuan, tunjuk
ajar, nasihat, teguran dan bimbingan daripada mereka, program ini dapat
dilaksanakan dengan baik sekali.
Seterusnya, ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada kesemua
mentor yang datang khususnya Puan Zakiah Binti Salleh iaitu pensyarah dan mentor
bagi unit 2PISMP Matematik ambilan Jun 2014 kerana sudi meluangkan masa untuk
membuat kunjungan kepada kami sekaligus menyertai aktiviti kami di tapak
perkhemahan.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya semua pensyarah Jabatan
Kokurikulum serta kedua-dua ibubapa kami kerana turut sama memberikan bantuan
sama ada dari segi tenaga, material, doa dan sebagainya.
PENDAHULUAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu kegiatan luar kelas yang
wajib bagi semua guru pelatih. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan suri teladan kepada masyarakat. Kursus
Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan
kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini merupakan sebuah
program yang dilaksanakan pada awal semester. Ianya melibatkan semua pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam
semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal
diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke
arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Sehubungan itu, aktiviti perkhemahan yang kami jalankan di Pantai Merang,
Setiu ini diharapkan dapat membantu membina jati diri serta sifat bekerjasama
dalam kalangan guru pelatih yang terlibat. Persekitaran luar yang digunakan
berupaya memberikan pendidikan secara kognitif, psikomotor dan efektif yang
bertujuan untuk menghasilkan satu perubahan sikap yang positif yang perlu ada
pada setiap guru dalam era globalisasi ini.
Oleh itu, pembelajaran secara informal ini secara tidak langsung telah pun
merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran-kemahiran asas
dalam penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan. Dalam program ini, guru
pelatih sendiri mengendalikan segala hal berkaitan dengan aktiviti dan para
pensyarah pula akan bertindak sebagai pemudahcara yang akan membantu mana-
mana yang perlu.
PERJALANAN BIG FASA 1
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi akhirnya saya telah berjaya
melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) fasa 1. Program Bina Insan Guru (BIG) ini
telah dilaksanakan di sebuah pantai yang indah panoramanya iaitu di pantai Merang,
Setiu,Terengganu. BIG ini juga mengambil masa selama 4 hari 3 malam dan
program ini sememangnya meninggalkan impak yang positif kepada saya khasnya
dan ahli peserta yang lain amnya. Segala input dan output daripada program ini
akan saya aplikasikannya di dalam kehidupan saya dan juga di dalam profesion
perguruan apabila mengajar kelak, insyaALLAH. Kesemua ahli untuk Program Bina
Insan Guru (BIG) bagi fasa 1 adalah seramai 59 orang yang terdiri dari pelajar dari
unit Pendidikan Sains, Matematik dan juga dari unit Pendidikan Bahasa Inggeris.
Serta dibimbing oleh mentor dan juga pensyarah dari jabatan kokurikulum.
Sepanjang mengikuti BIG ini, banyak cabaran dan dugaan yang telah saya
hadapi. Namum mujurlah saya dapat menghadapi itu semua. Semua halangan dan
dugaan ini mengandungi maksud yang tersirat dan amat berguna sebenarnya.
Setiap aktiviti yang kami lakukan sepanjang program BIG, para pensyarah
pembimbing sentiasa mengawasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat
mencapai matlamat yang diinginkan serta tidak menghadapi sebarang masalah.
Aktiviti yang dijalankan juga memberi kepentingan kepada saya dan rakan-rakan
seperjuangan antaranya adalah berkayak, ’water confident’, kembara dan latihan
dalam kumpulan.
Hari Pertama (19.NOVEMBER.2014)
Kami telah bertolak dari IPG Kampus Sultan Mizan pada pukul 1.30 tengah hari iaitu
selepas tamatnya kertas yang terakhir untuk semester ini peperiksaan pada hari
tersebut. Sebelum bertolak, kami semua dikerahkan untuk mengangkut barang dari
stor ke dalam bas IPG untuk dibawa bersama ke tapak perkhemahan. Barang yang
dibawa adalah seperti kelengkapan khemah, alat bantuan apungan serta barang dan
peralatan lain yang diperlukan semasa perkhemahan berlangsung.
Tibanya di tapak perkhemahan, kami diberikan makan tengah hari. Selesai makan
tengah hari, kami menunaikan solat Zohor berjemaah di surau. Selepas selesai
menunaikan perkara wajib, kami telah diarahkan berkumpul untuk mendengar
taklimat daripada Ketua Unit Kokurikulum dan juga taklimat daripada kem komanden
mengenai perkara-perkara serta peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa
tempoh perkhemahan tersebut.
Selesai taklimat daripada kem komanden, kami telah memulakan aktiviti memasang
khemah. Satu khemah dikongsi bersama 5-7 orang, pemasangan khemah tersebut
telah dilakukan oleh setiap ahli khemah tersebut. Selepas selesai memasang
khemah, kumpulan memasak yang pertama yang terdiri dari pelajar unit sains telah
memasak makan malam dan kami makan bersama-sama sebelum menunaikan
solat Maghrib.
Selepas menunaikan solat maghrib terdapat sesi tazkirah yang telah dikendalikan
oleh En Yusuf di surau dengann tajuk yang dibincangkan ialah kepentingan ilmu.
Pelajar juga dikehendaki untuk menyenaraikan adab-adab menuntut ilmu dan
membentangnya di hadapan rakan-rakan yang lain.
Selepas selesai menunaikan solat Isyak, kami telah berkumpul di dewan dan aktiviti
yang seterusnya ialah aktiviti dalam kumpulan yang dikendalikan oleh En Latiff B
Hamzah. Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah aktiviti ice-breaking iaitu sesi
berkenalan. Kami diarahkan untuk membuat dua buah bulatan besar yang terdiri
daripada lelaki dan perempuan dan dikehendaki untuk bersalaman dengan semua
ahli dalam bulatan tersebut.
Pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan untuk sesi berkenalan. Antaranya ialah sesi
mencari rakan yang mempunyai persamaan dari bilangan adik-beradik dan bulan
kelahiran. Kami juga melakukan aktiviti yang memerlukan kami mengenalpasti dan
mencari tuan punya tandatangan yang telah kami kumpulkan pada awalnya.
Seterusnya aktiviti pembahagian kumpulan dilakukan dengan menggunakan sistem
nombor. 6 kumpulan telah dibentuk daripada 59 orang peserta BIG
Pada Hari Kedua (20.NOVEMBER.2014)
Pada tarikh 20/11/2014 BIG Fasa 1 PISMP Ambilan Jun 2014 terpaksa
ditangguhkan disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Keputusan
telah dibuat oleh pihak Unit Kokurikulum setelah berbincang dengan pihak IPG
berkenaan penangguhan BIG tersebut.
Antara sebab utama penangguhan ini dilakukan ialah hujan lebat yang tidak berhenti
lantaran faktor musim tengkujuh yang dialami di pantai timur semenanjung malaysia
pada setaip huhung tahun. Ombak laut yang makin mengganas menghempas pantai
dengan kuat disebabkan oleh angin yang kencang dapat didengari dengan jelas di
tapak perkhemahan kami. Paras air juga mulai naik tinggi oleh sebab banyak
sungai-sungai mulai paras air yang tinggi. Kebimbangan yang dialami pihak oleh
pengurusan ialah takutnya terputus hubungan jalanraya dengan kampus oleh kerana
jalan sepanjang ke tapak perkhemahan berkemungkinan akan ditenggelami air
banjir.
Pada malam sebelumnya pula,pelajar terpaksa berpindah daripada khemah ke
surau dan dewan terbuka kerana hujan turun tidak berhenti dengan lebat sekali
membawa angin yang kencang.Khemah juga tidak selamat untuk diduduki
disebabkan oleh angin yang boleh merobohkan khemah. Tapak khemah dimana
khemah didirikan juga mula dipenuhi air dan air telah mencapai hingga paras betis
menyebabkan semua pelajar memungah barangan ke surau dalam hujan lebat.
Pada Hari Pertama (5.FEBRUARI.2015)
Program BIG telah disambung pada 5/2/2015. Seperti sebelumnya, kami telah
bertolak ke tapak perkhemahan pada tengah hari khamis dan sampai di tapak
perkhemahan sekitar jam 2.00 petang. Sampainya di tapak perkhemahan, kami
telah menunaikan solat Zohor berjemaah di surau dan seterusnya telah berkumpul
untuk mengangkat barang bersama-sama.
Taklimat kem komanden dilakukan sekali lagi oleh En Sukreri mengenai peraturan-
peraturan yang perlu kami patuhi sepanjang berada di kawasan perkhemahan.
Selepas selesai taklimat kem, kami telah bersama-sama memasang khemah di
tapak perkhemahan. Selesainya memasang khemah, kami bersama-sama ke kantin
untuk menikmati makanan tengah hari.
Selesai makan tengah hari, kami diberikan masa untuk berehat sebentar. Kami telah
dipanggil berkumpul oleh penghulu. Kemudian kami telah bertemu dengan Tn Hj
Wan Aziz yang merupakan seorang pensyarah baru di Unit Kokurikulum. Beliau
telah menjadi komanden untuk aktiviti kawad kaki. Semasa aktiviti tersebut, banyak
perkara baru yang kami pelajari terutamanya cara-cara kawad yang betul. Kami juga
belajar untuk menerima arahan dan diajar untuk berdisiplin.
Selepas selesai aktiviti kawad, kami diberikan masa untuk persiapan diri. Kumpulan
memasak yang kedua dari unit Matematik pula dikerahkan untuk memasak makanan
malam untuk kami semua. Seperti biasa, selepas solat Maghrib, sesi tazkirah telah
dilakukan. Sesi ini dilakukan oleh Tn Hj Wan Aziz.Banyak ilmu dan input yang baru
telah dikongsikan kepada kami pada malam tersebut.
Selepas selesai solat Isyak, kami telah berkumpul di dewan untuk aktiviti PCK yang
seterusnya. Aktiviti PCK ini telah dikendalikan oleh En Zarizi. Aktiviti yang dilakukan
dinaman aktiviti ‘orienteering’. Aktiviti ini menggunakan kompas dan bearing untuk
mencari sesuatu titik. Kami diberi taklimat cara menggunakan kompas dan telah
diberikan sebuah peta kawasan perkhemahan tersebut yang mempunyai bearing
yang tertentu. Kami dikehendaki untuk mencari titik tersebut dan mencari ‘marker’
yang akan digunakan untuk menanda kertas yang telah diberikan kepada kami.
Kami dibekalkan dengan sebuah lampu picit dan diarahkan untuk bergerak dalam
kumpulan. Kami diberi masa setengah jam untuk melengkapkan sembilan marker.
Pada akhir malam itu, aktiviti telahtamat dan kebanyakan kumpulan berjaya untuk
melengkapkan tugasan dalam masa setengah jam. Aktiviti ini mengajar kami nilai
kerjasama dalam kumpulan.
Pada Hari Kedua (6.FEBRUARI.2015)
Hari kedua dimulakan dengan solat Subuh, bacaan Yasiin dan juga tazkirah.
Seterusnya kami diberikan masa untuk melakukan persiapan diri. Selepas persiapan
diri, kami diarahkan untuk berkumpul dan melakukan senaman pagi. Senaman pagi
dilakukan di pantai berdekatan.Selepas selesai senaman pagi, kami pergi ke dewan
makan untuk menikmati sarapan pagi.
Selepas selesai sarapan pagi, kami diarahkan bersedia untuk memulakan aktiviti air.
Sebelum memulakan aktiviti air, kami diberikan alat bantuan apungan. Seterusnya
kami bergerak ke kawasan tasik dimana kami akan mulakan aktiviti air tersebut.
Setibanya di kawasan tasik, kami diberikan taklimat tentang alat bantuan apungan
dan juga langkah keselamatan dalam air. Seterusnya kami memulakan aktiviti air
dengan ‘water confident’ iaitu salah satu aktiviti untuk membiasakan kami dan
memberikan keyakinan kepada kami ketika berada dalam air. Seterusnya, kami
diberikan peluang untuk berenang di sekitar tasik tersebut. Selepas habis sesi
‘water-confident’ kami diarahkan untuk naik ke darat dan diarahkan untuk
membentuk kumpulan baru. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan. Seterusnya
setiap kumpulan diberikan dua batang paip, sebuah pelampung dan juga tali. Kami
dikehendaki untuk bersama-sama membina sebuah rakit dengan bahan-bahan yang
diberikan.
Selepas rakit siap dibina, kami diberitahu kami akan bertanding dan bersaing antara
kumpulan untuk membawa rakit ke bahagian tengah tasik dan berpatah balik ke
tebing. Setiap ahli kumpulan mengerahkan tenaga untuk membawa rakit tersebut
hingga ke destinasi. Dalam aktiviti ini, peranan ketua kumpulan sangat penting
dalam memberi dorongan dan sokongan kepada ahli kumpulan untuk terus
berusaha selagi boleh untuk membawa rakit ke destinasi.
Selepas tamatnya aktiviti tersebut, kami diberikan peluang untuk melakukan refleksi
berkenaan aktiviti. Kami mendapati apa yang penting bukanlah kemenangan namun
kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan untuk mencapai matlamat.
Seterusnya kami kembali ke tapak perkhemahan dan diarahkan untuk melakukan
persiapan diri dan kami juga diberikan rehat. Seterusnya pelajar lelaki pergi
menunaikan solat Jumaat dengan berjalan kaki ke masjid.Sementara itu, pelajar
perempuan pula menyiapkan makan tengah hari.
Pada sebelah petang pula, aktiviti kembara telah dilakukan. Kami telah memulakan
kembara melalui jalan pantai dan diminta untuk merentasi paya dimana airnya
berbau amat busuk dan berwarna kehitaman.Setibanya di kawasan rehat, kami
diarahkan untuk memasak makanan yang telah dibekalkan kepada kami sebelum
perjalanan. Kami dibekalkan dengan beras, telur dan juga ikan masin. Dengan
bekalan air yang sangat terhad, kami telah berjaya memasak makanan dengan baik
dan berkongsi bersama-sama dengan ahli kumpulan untuk menghabiskan makanan
tersebut.
Sebelah malam pula, kami telah melakukan aktiviti PCK yang dikendalikan oleh En
Latiff Hamzah. Dalam aktiviti ini, kami telah menganalisis borang soal selidik yang
telah diberikan kepada kami sebelumnya iaitu borang mengenai potensi dan
kecenderungan diri. Dalam aktiviti ini kami lebih mengenali diri serta potensi yang
ada pada diri kami sendiri.
Hari Ketiga (7.FEBRUARI.2015)
Hari ketiga merupakan hari terakhir BIG ini berlangsung. Seperti biasa hari kami
dimulai dengan solat Subuh, tazkirah, persiapan diri dan juga senaman pagi. Dalam
aktiviti senaman pagi, kami diajar serba sedikit tetang seni mempertahankan diri.
Seterusnya aktiviti disambung dengan PCK yang terakhir iaitu refleksi keseluruhan
mengenai aktiviti sepanjang perkhemahan BIG ini berlangsung. Kami dikehendaki
untuk menyenaraikan dan juga membentang dapatan di hadapan.
Seterusnya, kami bersiap untuk melakukan majlis penutup. Jawatankuasa protokol
mengambil alih tugas tersebut dan majlis penutup dijalankan dengan lancar.Kami
diberitahu oleh Ketua Unit Kokurikulum bahawa kami telah lulus BIG untuk Semester
ini.
Selepas selesainya majlis penutup, kami dikerahkan untuk menurunkan khemah dan
membersihkan tapak perkhemahan. Seterusnya,kami mengangkat barang-barang
yang digunakn sepanjang aktiviti BIG ke dalam bas dan selepas menikmati makan
tengah hari, kami telah bertolak pulang ke IPG.
REFLEKSI KENDIRI
Assalamualaikum
Syukur ke hadrat Illahi kerna limpah kurnia Nya saya diberikan kekuatan
untuk melakukan tugasan ini. Tugasan ini merupakan satu projek Program Bina
Insan Guru (BIG) bagi Siri Pertama Fasa Satu. Program Bina Insan Guru (BIG) telah
di laksanakan selama empat hari 3 malam iaitu pada 19 – 20 November 2014 dan 5
– 7 Februari 2015 yang bertempat di Kem Rekreasi Merang, Setiu Terengganu.
Aneka kenangan dan ilmu yang saya perolehi sepanjang melaksanakan Program
Bina Insan Guru (BIG) bagi Siri Pertama Fasa Satu. Kenangan dan ilmu tersebut
adalah sebagai bekalan kekuatan kepada diri saya sendiri, kerjaya, organisasi dan
komuniti.
Pertama sekali yang saya perolehi dalam program ini adalah rasa
tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau pun amanah yang telah
diberikan. Saya rasa bertanggungjawab setelah saya dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa Kebajikan dalam Program Bina Insan Guru (BIG) bagi Siri Pertama
Fasa Satu. Saya telah ditugaskan untuk menempah baju BIG kepada kesemua
peserta Bina Insan Guru (BIG) bagi Siri Pertama Fasa Satu. Dari situ saya
merasakan diri saya perlu melaksanakan tugasan ataupun amanah tersebut dengan
seihklas hati. Setersunya, saya merasa tanggungjawab dalam melaksanankan
tugasan-tugasan yang diberikan sepanjang Program Bina Insan Guru tersebut
seperti latihan dalam kumpulan, aktiviti air dan aktiviti darat. Selain itu, rasa
tanggungjawab itu juga muncul untuk melakukan tugasan projek ini yang
berkehendakkan menjawab kesemua soalan yang telah diberikan dalam kertas
soalan projek.
Keduanya ialah saya dapat memperoleh sikap berkerjasama antara peserta
lain. Ini kerana saya telah dilantik oleh ahli kumpulan sebagai ketua kumpulan bagi
kumpulan sensei. Dari situ saya telah sedar bahawa saya telah memegang
tanggungjawab yang besar kerana saya akan menjaga kumpulan saya sepanjang
program tersebut berlangsung. Sepanjang bersama mereka dalam satu kumpulan,
saya dapat belajar bagaimana untuk memberi arahan secara berkesan dan
memahami keadaan setiap ahli kumpulan. Saya akan cuba mengambil perhatian
mereka ketika mereka dalam keadaan letih dan mengantuk semasa menjalankan
tugasan. Seterusnya, mereka juga mudah untuk memberi kerjasama dalam setiap
tugasan yang diberikan sepanjang program tersebut terutama sekali dalam Latihan
Dalam Kumpulan (LDK) seperti penciptaan logo kumpulan, moto kumpulan dan juga
lagu kumpulan. Masing-masing berkerjasama mengeluarkan idea untuk
melengkapkan tugasan-tugasan tersebut. Selain itu, dalam tugasan memasak saya
dan rakan setugas memasak berkerjasama dalam menyiapkan makanan malam
untuk kesemua peserta dalam program tersebut. Seterusnya, sikap berkerjasama
dipupuk dalam tugas sentri setiap peserta. Di dalam aktiviti pemasangan khemah,
saya dan rakan pendidikan jasmani yang lain berkerjasama memberik tunjuk ajar
cara-cara pemasangan khemah kepada kesemua peserta lelaki.
Ketiga pula, saya dapat mendisiplinkan diri dalam membahagikan masa
dengan betul. Sepanjang program tersebut masa adalah penting bagi setiap tugasan
yang diberikan. Contohnya masa dalam latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti air
dan aktiviti darat. Dari itu saya dapat mendisiplinkan diri dari segi masa dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain itu, saya juga dapat
mendisiplinkan masa saya untuk menghadirkan diri lebih awal di tempat
perjumpaan.
Keempat, saya telah memperoleh pelbagai ilmu daripada peserta yang lain
seperi cara permikiran mereka dan juga cara-cara melaksanakan tugasan-tugasan.
Sejujurnya, semasa saya ditugaskan untuk menyediakan makanan malam, saya
tidak mempunyai kemahiran dalam membuat masakan berlauk. Dengan ilmu yang
ada daripada peserta lain, mereka berkongsi ilmu yang mereka ada kepada saya.
Selain itu,di dalam tugasan latihan dalam kumpulan (LDK) saya telah mempelajari
bagaimana peserta yang lain berfikir dengan pantas.
Kelima, saya dapat memperoleh keberanian dalam diri dalam program
tersebut. Selepas saya dan rakan mendapat arahan supaya menyerlah dalam setiap
tugasan yang diberikan. Saya menganggap ia sebagai cabaran untuk saya dalam
mengikiskan perasaan malu bila becakap di khalayak ramai. Alhamdulillah, saya
dapat memperoleh keberanian dalam diri untuk tampil kehadapan khalayak ramai
untuk menyuarakan sesuatu. Lantas, perasaan malu saya di khalayak ramai terhakis
disamping saya mendapat keberanian diri.
Akhir sekali, sepanjang program ini saya dapat berkenalan antara satu sama
lain walaupun dalam satu ambilan Jun 2014. Saya dapat berkenalan dengan lebih
rapat dengan peserta lain misalnya ahli kumpulan saya yang terdiri daripada
pelbagai unit iaitu Pendidikan Matematik, Bahasa English, dan Sains. Kami saling
mengenali antara satu sama lain walaupun dari unit yang berbeza. Saya berharap
segala kenangan,pengalaman dan juga ilmu yang saya peroleh sepanjang Program
Bina Insan Guru (BIG) bagi Siri Pertama Fasa Satu dapat diadaptasikan semasa
saya bergelar sebagai guru kelak. Segala kenangan, pengalaman dan ilmu tersebut
adalah sebagai senjata saya untuk mengorak langkah ke alam perguruan sebenar
kelak. Sekian terima kasih.