Download docx - LAPORAN PERMAINAN

Transcript

DAM AJI

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALDAM AJI

LAPORAN PERMAINAN DAM AJI

1.0LAPORAN SEBELUMPada 11 Januari 2015 yang lalu, AJK Induk untuk Karnival Permainan Tradisional telah dilantik. Permainan tradisional pula telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu permainan laman dan permainan anjung. Undian telah dilakukan bagi menentukan ahli jawatankuasa untuk setiap permainan. Untuk acara laman, sebanyak empat permainan telah dipilih iaitu permainan Tarik Upih, Konda Kondi, Galah Panjang, dan Tuju Tin. Untuk permainan anjung pula terdapat hanya tiga permainan yang dipilih iaitu permainan Dam Aji, Ceper, dan Laga Ayam. Setelah dicabut undi, kami berempat telah terpilih untuk permainan Dam Aji.Ahli jawatankuasa permainan dam aji terdiri daripada empat orang iaitu Amira Nazneen (ketua), Anis Suraya, Shaareny, dan Norhaidah. Kami telah membahagikan kerja masing-masing yang perlu dilaksanakan agar aktiviti permainan dam aji yang dimainkan ketika hari kejadian berjalan dengan lancar. Pada mulanya kami telah mencari tentang latar belakang dam aji, bilangan peserta, cara bermain dam aji, syarat permainan dam aji, tempat bermain dan sistem pemarkahan yang akan digunakan. Kami juga turut mencari kaedah lain dalam permainan dam aji. Kebiasaannya orang hanya menggunakan penutup botol tetapi kami ingin membuat sedikit inovasi dalam permainan ini. Maka, kami berempat telah bersepakat untuk menggunakan batu yang telah diwarnakan dengan pelbagai jenis warna menggantikan penutup botol yang kebiasaannya digunakan. Kami telah pergi membeli segala peralatan yang berkaitan dengan permainan dam aji. Antara peralatan yang telah kami beli adalah polisterine, pewarna air, dan kertas manila kad. Kami juga telah mencari batu yang agak sama saiz di kawasan yang berbatu di belakang Dewan Besar. Untuk papan dam aji, kami telah menggunakan polisterine yang ditampal manila kad di atasnya. Seterusnya, manila kad tersebut telah di buat petak-petak kecil sama saiz dan diwarnakan berselang seli dengan warna-warna yang kontra. Hal ini supaya kotak-kotak tersebut dapat dibezakan oleh para peserta permainan. Seterusnya, kami telah mewarnakan batu kecil yang diambil di belakang Dewan Besar. Kami telah membuat lima buah papan dam bagi melancarkan masa permainan ketika karnival dijalankan. Di samping itu, kami juga telah menguji cara bermain permainan dam aji untuk mengetahui sama ada sesuai mahupun tidak permainan dam aji yang menggunakan batu yang telah diwarnakan. Selain itu, kami juga telah membuat pertandingan dam aji dalam kelas dan meminta mereka memberikan cadangan penambahbaikan sekiranya terdapat kekurangan dalam permainan kami. Hazman Azhar telah memberikan cadangan supaya kami menerapkan masa tertentu untuk permainan dam aji. Hal ini kerana terdapat peserta yang tidak mencapai Haji walaupun sudah bermain selama 15 minit. Maka, kami berempat bersepakat untuk meletakkan masa selama 10 minit untuk satu permainan. Kami juga turut memperbanyakkan batu yang berwarna sebagai langkah simpanan. Kami juga turut meminta pandangan daripada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Yusainy berkaitan dengan pembaharuan yang dilakukan oleh kami dalam permainan ini. Beliau sejujurnya memberikan pendapat bahawa sekiranya bermain menggunakan penutup botol lebih mudah dan jimat. Namun, kami menjelaskan semula kepada beliau bahawa kami telah melakukan percubaan permainan dalam kelas dan kesemua rakan kelas menyatakan persetujuan bahawa permainan yang menggunakan batu ini boleh diguna pakai. Dalam masa yang sama, kami juga turut memikirkan cara untuk menghias pameran kami supaya nampak menarik dan selesa untuk bermain. Sehari sebelum hari karnival permainan tradisional, kami berempat telah menghias tempat pameran dengan penuh cantik. Anis Suraya telah memberikan pandangan beliau berkaitan dengan hiasan yang harus diletakkan dalam pameran kami. Tema tradisional telah menghiasi tempat pertandingan kami supaya peserta berasa seperti berada pada zaman lama. Kami juga turut menambahbaik syarat-syarat permainan dan cara bermain supaya peserta berasa seronok dan tidak bosan ketika bermain. Sebelum memulakan pertandingan, kami sekali lagi bermain menggunakan peraturan yang telah diperbaiki supaya ketika keesokan hari pertandingan, kami selaku juri tidak akan keliru dengan syarat dan cara bermain.

2.0LAPORAN SEMASASepatutnya masa permainan Dam Aji adalah bermula pada pukul 11.00 pagi. Namun disebabkan permainan Konda Kondi telah mengambil masa yang banyak, maka permainan Dam Aji terpaksa dimulakan pada pukul 11.30 pagi. Kami selaku pihak penganjur Dam Aji telah meminta maaf kepada pensyarah yang menilai dan telah menerangkan kepada mereka sebab kelewatan permulaan permainan Dam Aji. Alhamdulillah pensyarah memahami masalah tentang masa yang dihadapi kami semua. Maka, pertandingan hanya boleh dimulakan setelah semua peserta mendaftar ke tempat permainan Dam Aji. Apabila semua peserta sudah hadir, maka ketua permainan Dam Aji iaitu Amira Nazneen telah memberikan penerangan tentang cara bermain dan syarat permainan kepada semua peserta. Nazneen juga telah menunjukkan cara bermain kerana terdapat segelintir peserta yang agak keliru dengan syarat yang telah diterangkan sekiranya tidak ditunjukkan cara bermain sekali. Peserta juga telah menunjukkan minat yang mendalam apabila bertanyakan banyak soalan kepada Nazneen. Hal ini supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang mana akan membawa kepada kekalahan dalam pertandingan nanti. Permainan dimulakan apabila semua peserta sudah memahami syarat pertandingan. Seramai lima orang pengadil tambahan telah diambil untuk mengadili permainan Dam Aji ini. Untuk setiap permainan, hanya seorang sahaja pengadil yang akan mengadili setiap pertandingan. Seorang penjaga masa akan memegang jam randik dan mengatakan permainan Mula dan Tamat. Salah seorang pengadil akan menulis di papan Carta Pertandingan supaya peserta yang berjaya bersedia untuk bermain di pusingan yang seterusnya. Sistem pemarkahan telah menggunakan sistem kalah mati, iaitu sekali bermain jika kalah, terus mati. Manakala untuk peserta mengundi siapa yang akan memulakan dulu, kami telah menggunakan sistem Wan to som dan Tekaan Barang.

Untuk pusingan pertama iaitu selama 10 minit sahaja, PPISMP SEM 2 TESL melawan PPISMP SEM 2 PEMULIHAN; PPISMP SEM 3 BIMBINGAN melawan PPISMP SEM 2 PEND KHAS; PPISMP SEM 2 MATEMATIK melawan PPISMP SEM 2 BAHASA ARAB; dan PPISMP SEM 3 SAINS melawan PPISMP SEM 3 SEJARAH. Hasilnya, kelas PPISMP SEM 2 PEMULIHAN menang. Maka, kelas PPISMP SEM 2 PEMULIHAN akan berlawan dengan kelas PPISMP SEM 2 SEJARAH. Kelas yang berjaya ke pusingan kedua adalah kelas PENDIDIKAN KHAS SEM 2, BAHASA ARAB SEM 2, dan SAINS SEM 2.Untuk pusingan kedua pula, PENDIDIKAN KHAS SEM 2 melawan BAHASA ARAB SEM 2 serta SAINS SEM 2 melawan PEMULIHAN SEM 2. Untuk pusingan ketiga, kelas PENDIDIKAN KHAS SEM 2 melawan SEJARAH SEM 2 untuk menentukan tempat ketiga. Untuk pusingan terakhir, BAHASA ARAB SEM 2 melawan PEMULIHAN SEM 2. Keputusannya, tempat ketiga dimenangi oleh PENDIDIKAN KHAS SEM 2. Naib Johan pula dimenangi oleh PEMULIHAN SEM 2 manakala Johan Pertandingan Dam Aji dimenangi dengan jayanya oleh kelas PPISMP SEM 2 BAHASA ARAB. Untuk pusingan terakhir masa permainan telah ditambahkan sedikit iaitu sebanyak 20 minit. Hadiah tidak diberi mengikut pemenang bagi setiap pertandingan tetapi setiap peserta mendapat mata yang berbeza mengikut kedudukan tempat yang mereka peroleh. Johan mendapat 10 mata, naib johan mendapat 8 mata, tempat ketiga mendapat 6, tempat keempat dan ke atas mendapat 5 markah. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan selepas selesai semua pertandingan diadakan. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Tuan Haji Salim Bin Awang Ngah dan juga pensyarah Pendidikan Jasmani kelas PISMP SEM 5 SEJARAH iaitu Encik Yusainy Bin Azizan.

3.0LAPORAN SELEPASPermainan Dam Aji tamat pada jam 12.30 tengah hari setelah selesai sahaja majlis penyerahan hadiah kepada para pemenang. Setelah selesai majlis penyerahan hadiah kepada setiap pemenang, kami semua telah berkumpul semula di hadapan pentas Dewan Sri Banai bersama-sama dengan Encik Yusainy bagi sesi refleksi. Dalam sesi ini kami telah membuat refleksi berkaitan dengan segala kelebihan dan kekurangan yang dialami dan memberi cadangan untuk penambahbaikan. Antara kekurangan yang dialami ialah pertama ialah dari aspek masa. Penggunaan masa bagi setiap permainan yang tidak begitu konsisten. Contohnya, permainan dam aji bermula sedikit lewat daripada masa yang telah ditetapkan dan menyebabkan permainan sedikit lewat untuk habis. Selain itu terdapat juga segelintir peserta yang datang untuk mendaftar sedikit lambat menyebabkan permainan tidak dapat dijalankan dengan masa yang sepatutnya dijalankan.Dalam sesi refleksi ini, kesemua ketua dari setiap permainan tradisional telah memberikan refleksi serta pandangan masing-masing terhadap permainan yang kumpulan mereka anjurkan. Untuk kumpulan permainan Dam Aji, ketua kumpulan iaitu Amira Nazneen telah memberitahu bahawa beliau sangat berpuas hati dengan penyertaan yang ditunjukkan oleh semua peserta Dam Aji. Hal ini kerana peserta telah memberikan kerjasama yang sangat bagus. Walaupun terdapat segelintir peserta yang hadir lewat ke tempat pertandingan, namun mereka telah meminta maaf kerana permainan Konda Kondi telah mengambil masa selama dua jam untuk bermain. Selesai sesi memberikan pandangan, kesemua pihak penganjur telah menyusun dan mengemas semula tempat permainan. Segala peralatan yang digunakan telah disusun dan dikembalikan ke tempat yang asal. Pembersihan kawasan tapak permainan yang dilakukan di Dewan Sri Banai sehingga jam 3.00 petang. Manakala sesi mengemas khemah yang terdapat di Padang IPDA telah dilakukan oleh semua pihak penganjur yang terlibat sehingga jam 6.30 petang. Kesemua peralatan yang digunakan disimpan dan peralatan yang dipinjam dikembalikan semula ke tempat yang asal.

4.0CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Selepas pelaksanaan permainan dam aji ini, kami telah mendapati kelebihan dan kekuatannya yang tersendiri. Kelebihan dan kekuatan yang kami dapati ini boleh diperbaiki lagi pada masa depan. Antara cadangan penambahbaikan yang ingin kami laksanakan ialah masa. Hal ini dapat dilaksanakan melalui apabila kami dikeluarkan arahan untuk mula menghias tempat tersebut dua hari sebelum Karnival Permainan Tradisional dijalankan, kami sepatutnya telah menyediakan bahan yang diperlukan untuk menghias kawasan kami. Kami juga seharusnya bersedia dengan hiasan beberapa hari sebelum bermula menghias. Kami sepatutnya mula merancang hiasan kami lebih awal. Kami juga seharusnya memberi kepentingan yang sama seperti memberi perhatian kepada persediaan bahan permainan dam aji. Lebih-lebih lagi, perkara yang ingin kami menambah baik dalam pelaksanaan permainan dam aji semasa Karnival Permainan Tradisional ini ialah menambah sesuatu unsur tarikan kepada kawasan atau permainan kami yang boleh menarik perhatian para penonton. Kami seharusnya menyediakan sesuatu yang boleh menarik perhatian penonton supaya penonton boleh menonton perlawanan kami lebih lama walaupun terdapat tarikan daripada permainan lain. Kami seharusnya menyediakan aktiviti khas atau bahan menyokong peserta yang boleh mendorong mereka untuk berada di kawasan kami bagi memberi sokongan sepanjang masa perlawanan tersebut dijalankan. Kami juga seharusnya menyediakan satu ruangan khas bagi pihak penonton supaya mereka boleh menonton permainan yang dijalankan dengan selesa. Kami juga sepatutnya menambah unsur menarik dan kreatif dalam permainan kami supaya dapat menarik perhatian penonton secara langsung. Hal ini demikian kerana akan adanya sifat ingin tahu akan perkara yang menarik dalam permainan yang kami anjurkan. Cadangan penambahbaikan yang lain ialah kami sepatutnya membuat cubaan main dengan orang lain selain ahli anjuran Karnival Permainan Tradisional. Hal ini demikian supaya kami boleh dapatkan purata masa yang tepat yang boleh ditetapkan bagi permainan ini. Hal ini adalah demikian supaya kami tidak menghadapi masalah penetapan masa bagi perlawanan. Walaupun kami menghadapi masalah tersebut, kami masih dapat mengatasinya tanpa disedari oleh sesiapa. Oleh itu, kami berpendapat yang kami seharusnya membuat percubaan permainan ini dengan pelajar-pelajar lain. Aspek ini memberi pengajaran yang sangat bermakna kepada kami supaya kami tidak mengulangi kesilapan ini pada masa depan. Kami akan mencuba permainan yang kami anjurkan ini banyak kali dengan orang lain sebelum kami menganjurkan permainan ini. Cadangan penambahbaikan lain yang ingin kami nyatakan ialah kami seharusnya mengetahui cara untuk mengurus peserta dengan baik. Hal ini dapat dilihat apabila kami menghadapi peserta bagi perlawanan kami yang sampai lewat ke kawasan permainan dam aji. Terdapat peserta yang tiba lewat sedikit dari masa yang ditetapkan. Ada juga peserta yang menunggu pengumuman panggilan diberikan. Hal ini seharusnya dielakkan pada masa depan. Hal ini sebenarnya boleh dielakkan dengan kami menyediakan satu ruang pendaftaran tersendiri bagi permainan kami. Hal ini akan memudahkan kami untuk mengetahui peserta dari kelas mana yang tidak sampai lagi serta memudahkan peserta untuk melihat kawasan permainan mereka. Selain itu, cadangan penambahbaikan lain ialah berkaitan dengan masa. Masa ini selalunya menjadi masalah yang serius. Namun demikian, kami tidak menghadapi masalah masa yang serius. Masa tidak menjadi masalah semasa perjalanan permainan kami. Kami menghadapi masalah apabila peserta kami punca kepada masa tersebut. Hal ini demikian kerana peserta kami yang mengambil masa yang lama untuk bergerak dari kawasan anjung ke kawasan laman. Oleh itu, kami berpendapat yang sepatutnya satu masa sepatutnya diperuntukkan kepada peserta-peserta kami untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Hal ini akan memudahkan supaya tidak ada peserta yang menunggu sehingga peserta lain tiba. Malah ia akan menampakkan pengurusan permainan lebih terancang.

REFLEKSI INDIVIDUAMIRA NAZNEEN BINTI ABD RAHMAN931104-08-55785.0REFLEKSI INDIVIDU

Pada 4 Mac 2015 yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Rabu, PISMP SEM 5 PENDIDIKAN SEJARAH dengan kerjasama Jabatan Pendidikan dan Jasmani telah menganjurkan Karnival Permainan Tradisional. Penganjuran karnival ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus yang perlu kami laksanakan di semester ini bagi subjek Pendidikan Jasmani. Karnival permainan ini telah disertai oleh sembilan buah kelas yang terdiri daripada pelajar PPISMP SEM 2 dan pelajar PISMP Sem 3. Terdapat tujuh jenis permainan yang telah dimainkan iaitu tuju tin, galah panjang, konda, kondi, tarik upih, dam aji, ceper, dan laga ayam. Kami sekumpulan berempat bernasib baik mendapat permainan tradisional Dam Aji. Ahli kumpulan saya yang bersama-sama menguruskan permainan Dan Aji terdiri daripada empat orang iaitu saya sendiri sebagai ketua iaitu Amira Nazneen, Shaareny, Anis Suraya, dan Norhaidah.

KELEBIHAN Antara kelebihan yang saya peroleh daripada anjuran permainan Dam Aji yang telah dianjurkan oleh kumpulan saya adalah saya dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai permainan tradisional Dam Aji dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya hanya pernah mendengar nama permainan Dam Aji sahaja. Apabila kumpulan saya mendapat undian permainan ini, saya berasa agak risau kerana saya kurang arif mengenai permainan ini. Walau bagaimanapun, dengan adanya penganjuran permainan tradisional yang telah lama disisihkan ini, saya telah berusaha untuk mengetahui segala perkara yang berkaitan dengan permainan Dam Aji ini. Antara perkara yang saya dapat ketahui adalah sejarah latar belakang Dam Aji, cara bermain, syarat bermain, cara undian dilakukan, dan sistem pemarkahan yang digunakan dalam sesebuah pertandingan permainan tradisional. Maka, secara tidak langsung saya sudah mahir dalam bermain permainan Dam Aji. Malah, saya juga sangat seronok kerana saya sudah boleh menjadi pengadil dalam pertandingan Dam Aji yang telah dianjurkan. Tambahan lagi, penganjuran permainan Dam Aji ini juga sangat bermakna kerana penganjurannya telah menggalakkan lagi pelajar bermain permainan tradisional ini yang telah lama dilupakan bukan sahaja oleh peserta tetapi juga pihak penganjur permainan. Dengan adanya pertandingan ini juga, permainan tradisional dapat dihidupkan semula dan secara tidak langsung ia dapat menambahkan lagi minat dalam kalangan pelajar untuk bermain permainan tradisional yang telah lama dilupakan. Penganjuran ini juga amat bermakna apabila pelajar dapat menambahkan pengetahuan mereka dalam permainan yang mereka sendiri tidak pernah mainkan sejak kecil lagi. Terdapat seorang pelajar Cina yang bertanyakan kepada saya sama ada dia boleh bermain atau tidak sekiranya dia tidak tahu mengenai cara bermain. Maka, saya menerangkan kepada dia bahawa kita boleh belajar cara bermain dan kena harus berani untuk cuba bermain. Hal ini menunjukkan bahawa sememangnya terdapat pelajar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan ini tetapi tiada siapa yang boleh mengajarnya. Penganjuran pertandingan telah memberi peluang kepada pelajar lain untuk turut sama belajar tentang syarat permainan dan cara bermain sesuatu permainan itu. Selain itu, kelebihan penganjuran pertandingan Dam Aji ini juga telah mengajar saya untuk menjadi ketua dalam sesebuah organisasi. Walaupun hanya organisasi kecil dalam sesebuah permainan sahaja, namun tanggungjawab yang perlu digalas bukanlah semudah yang disangka. Ditambah lagi dengan kerenah ahli-ahli kumpulan yang pelbagai membuat saya lebih tegas dalam menguruskan sesebuah organisasi kecil. Hal ini sangat penting kerana saya sebagai ketua hanyalah mahu memastikan permainan Dam Aji ini berjalan dengan lancar ketika hari pertandingan dan semua peserta Dam Aji dapat bermain dengan gembira dan belajar sesuatu daripada pertandingan yang telah dianjurkan. Walau bagaimanapun, saya rasa sangat bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang kreatif dalam memberikan pandangan serta sama-sama membantu saya menjayakan pertandingan permainan Dam Aji ini. Dengan penganjuran ini juga, saya dapat belajar cara menguruskan sebuah pertandingan. Pengetahuan ini sangat berguna dan bermakna kepada saya di sekolah nanti kerana apabila diberikan tugasan untuk menguruskan atau menganjurkan apa-apa pertandingan kelak, saya sudah mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dan ini tidak akan mendatangkan kejutan dan masalah buat saya. Sehubungan dengan itu, pertandingan ini telah membuatkan hubungan saya dengan rakan-rakan lain serta para pensyarah dan peserta lebih rapat. Sekiranya sebelum ini saya hanya mengenali adik-adik PPISMP, namun kini apabila terserempak dengan mereka, mereka sudah mula menegur saya. Keyakinan saya juga semakin meningkat. Sebelum ini saya agak waswas untuk menjadi seorang ketua. Apabila diberikan tanggungjawab yang perlu saya galas, saya tahu saya kena berusaha untuk membuat yang terbaik dan memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Hubungan saya dengan ahli kumpulan juga semakin rapat kerana kami selalu berbincang tentang segala perkara yang perlu dilakukan berkaitan dengan permainan Dam Aji. Walaupun agak penat menjadi ketua, namun saya anggap jawatan sementara ini sebagai cabaran dan jalan untuk saya lebih kuat dalam menghadapi cabaran. Kelebihan lain yang saya dapat lihat dalam penganjuran pertandingan ini adalah saya dan rakan-rakan lain dapat belajar dengan lebih mendalam cara untuk merancang mengadakan sebuah pertandingan ataupun acara pada masa depan. Sebelum ini, kami semua tidak mengetahui apa-apa yang perlu dilakukan dalam sesebuah acara. Alhamdulillah kami telah mendapat bimbingan yang sangat mendalam daripada Encik Yusainy mengenai perkara terperinci yang harus dilakukan.

KEKURANGANWalau sebaik manapun perancangan kita sebagai seorang manusia, namun masih lagi terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Antara kekurangan yang saya dapat kesan adalah kekurangan dari segi masa untuk memulakan pertandingan. Seperti yang kita dapat lihat, permainan Dam Aji bermula agak lambat iaitu sebanyak 30 minit dek kerana anjakan masa permainan Konda Kondi di padang. Permainan konda kondi telah mengambil masa selama 2 jam dan ini telah menyebabkan permainan Dam Aji terpaksa bermula lambat. Hal ini kerana terdapat pemain Dam Aji yang turut bermain dalam permainan Konda Kondi. Kelewatan ini menyebabkan terdapat pensyarah yang mengadili kami mengadu dan bertanyakan kepada kami bila hendak memulakan permainan. Kekurangan lain yang saya lihat adalah sambutan yang diberikan oleh penonton sendiri. Pada awalnya saya sudah boleh mengajak bagaimana sambutan permainan ini kerana permainan ini agak kurang popular dalam kalangan jenis permainan tradisional. Selain itu, sambutan juga agak kurang kerana penonton lebih menumpukan perhatian kepada permainan anjung yang lebih menyeronokkan serta menarik perhatian iaitu permainan Ceper dan Laga Ayam. Kekurangan lain juga adalah kehadiran pemain yang agak lambat menyebabkan permainan terpaksa bermula lambat. Terdapat pemain yang bermain dalam dua acara yang bersambungan contohnya seperti acara Konda Kondi dan Dam Aji. Sepatutnya, dalam peraturan juga telah ditulis supaya setiap pemain hanya boleh menyertai sekurang-kurangnya satu acara laman dan satu acara anjung tetapi bukan secara bersambungan. Kekurangan yang lain adalah masa yang diberikan untuk menghias tempat dan kawasan permainan adalah sangat singkat dan terhad. Perkara ini telah menyebabkan kami berempat kesuntukan masa untuk menghias dengan lebih cantik dan teratur. Kami juga menjadi kelam kabut kerana hanya tinggal sebelah malam sahaja untuk menghias. Keesokan harinya kami sudah harus memastikan bahawa kawasan permainan tidak diganggu sehingga masa permainan bermula. Tambahan lagi, kekurangan lain yang dapat dikesan dengan mata ini adalah walaupun pihak penganjur sudah tahu permainan anjung bermula lambat, namun tiada pengumuman yang dibuat di kawasan permainan Konda Kondi. Hal ini telah menyebabkan masa habis dan berlalu begitu sahaja. Tiada pengumuman juga dibuat di Dewan Sri Banai untuk mengumpulkan peserta mengikut tempat permainan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKANSetiap kekurangan boleh dibaiki dengan cadangan penambahbaikan yang betul. Antara cadangan yang boleh diterima pakai untuk segala masalah yang dinyatakan di atas adalah setiap pengadil dan penganjur pertandingan mestilah tegas dengan masa. Antara sebab mengapa permainan Konda Kondi tamat lewat kerana pengadil tidak peka dengan masa. Seharusnya pengadil permainan tersebut peka dan tahu bahawa terdapat pemain yang bermain Konda Kondi turut bermain Dam Aji. Pengadil tidak sedar bahawa kelewatan mereka telah menyebabkan pertandingan permainan lain turut tergendala. Mereka sepatutnya tegas dalam menguruskan masa. Sekiranya dari awal mereka sedar bahawa hanya sebuah gelanggang tidak boleh mencukupi masa yang dihadkan, maka mereka perlu membuat dua gelanggang supaya masa lebih jimat.Cadangan penambahbaikan yang kedua adalah seharusnya permainan Laga Ayam dibuat selepas permainan Dam Aji dan Ceper habis dimainkan. Hal ini kerana kebanyakan penyokong dan penonton lebih berminat dengan permainan Laga Ayam yang mana telah menyebabkan permainan Dam Aji kekurangan sambutan penonton. Hanya terdapat segelintir sahaja penonton yang memberikan semangat kepada peserta pertandingan. Apabila sudah selesai pertandingan Dam Aji dan Ceper, barulah semua penonton menumpukan sepenuh perhatian kepada Laga Ayam. Jika perkara ini dilaksanakan, saya percaya bahawa penonton akan memberikan galakan yang banyak kepada peserta Dam Aji. Seterusnya, cadangan penambahbaikan yang lain adalah pemain Dam Aji tidak boleh bermain dalam permainan Konda Kondi. Hal ini kerana takut masa permainan kedua-dua pertandingan ini akan bertindih. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak penganjur adalah sebelum memulakan pertandingan, penganjur akan bertanyakan dahulu kepada peserta tentang permainan apa yang mereka masuk selain permainan yang sedang dimainkan. Sekiranya terdapat kelas yang mengalami pertindihan masa bermain, wakil dari setiap kelas harus dihantar secara segera untuk menyertai pertandingan yang lain supaya tidak membuang masa menunggu peserta dalam acara lain habis dahulu. Setiap kelas juga harus membahagikan peserta dengan baik agar setiap aktiviti berjalan dengan lancar. Tambahan lagi, cadangan penambahbaikan yang lain adalah masa yang diberikan untuk menghias kawasan pertandingan haruslah mencukupi berbanding dengan sebelum ini. Hal ini kerana kami harus mencari bahan-bahan hiasan dahulu sebelum mula menghias. Perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan kami kesuntukan masa untuk menghias kerana kami perlu merancang terlebih dahulu cara bagaimana untuk menghias kawasan pertandingan yang kami anjurkan. Cadangan yang terakhir adalah pihak penganjur perlulah dari semasa ke semasa membuat pengumuman di padang apabila mengetahui bahawa sesebuah permainan itu telah mengambil masa yang sangat lama untuk dihabiskan. Hal ini supaya pengadil peka dengan masa dan akan segera menyuruh setiap kelas mencari wakil lain bagi menggantikan pemain yang sedang bermain untuk bermain permainan lain di Dewan Sri Banai. Bukan sahaja pengumuman di padang, di Dewan Sri Banai juga pengumuman haruslah dibuat supaya pensyarah yang mengadili mengetahui situasi sebenar kelewatan permulaan pertandingan permainan yang lain. Pengumuman juga penting untuk memberi hint kepada pemain untuk bersiap sedia bagi menyertai pertandingan yang lain pula. Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak permainan Dam Aji walaupun terdapat kelompongan di mana-mana. Saya berharap agar dapat menggunakan segala pengetahuan serta pengalaman yang diperoleh melalui penganjuran pertandingan seperti ini di masa hadapan. Ribuan dan jutaan terima kasih tidak terhingga diucapkan juga kepada pensyarah yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar kepada kami semua iaitu Encik Yusainy Bin Azizan.Terima kasih.

REFLEKSI INDIVIDUSHAARENY A/P M,.SARAVANAN930819-07-5934

Pada hari Rabu bersamaan dengan 4 Mac 2015, telah diadakan satu Karnival Permainan Tradisional di bawah anjuran pelajar PISMP Semester Lima Pendidikan Sejarah dan Jabatan Pendidikan Jasmani. Karnival ini merupakan satu program wajib yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Jasmani sebagai minor dalam semester lima. Kami telah merancang karnival dari bulan Januari dan kami berjaya laksanakannya pada 4 Mac 2015. Bagi Karnival Permainan Tradisional ini, saya bersama ahli kumpulan saya, iaitu Amira Nazneen Binti Abd Rahman, Anis Suraya Binti Zulkifly dan juga Nurhaidah Binti Jusain telah mengendalikan permainan dam aji. Dalam pelaksanaan permainan Dam Aji semasa Karnival Permainan Tradisional, saya telah dapat melihat banyak kelebihan dalam pelaksanaan permainan kami. Kelebihan ini menunjukkan keberkesanan rancangan kami bagi permainan yang kami kendalikan. Kelebihan ini juga boleh dijadikan sebagai garis panduan pada masa depan apabila saya menjalankan Karnival Permainan Tradisional sepert ini. Antara kelebihan yang saya dapat lihat melalui pelaksanaan permainan dam aji ialah pelaksanaan permainan kami yang berjalan dengan lancar. Hal ini dapat dilihat apabila permainan yang kami kendalikan dapat tamat pada masa yang tepat. Hal ini demikian kerana walaupun kami telah mulakan permainan itu lewat dari masa yang ditetapkan, kami masih dapat menghabiskan permainan pada masa yang tepat. Hal ini jelas menunjukkan yang kami berjaya menguruskan masa dengan baik. Kami dapat menghabiskan permainan dalam masa yang diperuntukkan kepada kami. Kelebihan lain yang saya dapat lihat dalam pelaksanaan permainan dam aji ialah kami dapat menerangkan cara bermain dan syarat permainan dengan jelas kepada peserta-peserta. Hal ini menunjukkan dengan jelas yang kami berjaya menguasai permainan ini. Hal ini demikian kerana kami dapat menunjukkan contoh dengan jelas. Dengan penerangan kami, peserta tahu dengan jelas syarat permainan yang boleh batalkan mereka dan juga cara bermain yang betul. Kelebihan yang lain yang saya dapat lihat ialah kami dapat membuat pengadilan yang baik kerana tidak ada peserta yang mempersoalkan pengadilan kami. Hal ini demikian kerana kami telah cuba bermain permainan tersebut sebelum permainan ini dijalankan dan kami telah mengetahui selok-belok permainan serta kemungkinan yang akan berlaku semasa permainan ini dijalankan. Di samping itu, kelebihan lain yang saya dapat lihat ialah kami dapat sediakan tempat bagi pertandingan ini tepat pada masa. Walaupun kami telah mula menghias lambat, namun kami dapat menyiapkan tempat tersebut tepat pada masa. Kami dapat menguruskan tempat kami dengan baik. Kami telah dapat sediakan bahan yang berkaitan dengan permainan dam aji. Kami telah susun meja secukupnya supaya banyak perlawanan dapat dijalankan pada masa yang sama selain supaya menjimatkan masa perlawanan kami. Bahan-bahan kami juga telah berjaya disiapkan sebelum pertandingan kami bermula. Pada pagi karnival tersebut dijalankan, kami hanya memastikan semua berada di tempat sepatutnya seperti papan dam diletakkan di atas meja-meja. Buah-buah telah disusun siap di atas papan dam. Hal ini bagi memudahkan perlawanan dijalankan apabila peserta semua tiba di kawasan pertandingan kami. Lebih-lebih lagi, kelebihan lain yang kami dapaat lihat ialah keadaan di kawasan kami terkawal apabila permainan dijalankan. Tiada peserta yang melanggari kawasan penonton yang kami tetapkan bagi mereka. Kami telah tetapkan kawasan larangan penonton supaya tidak berlaku pengaruhan penonton terhadap peserta semasa peserta sedang berlawan. Selain itu, kami juga tetapkan begitu bagi mengelakkan gangguan kepada peserta. Hal ini adalah bagi membolehkan peserta berlawan dengan tenang semasa pertandingan dijalankan. Selain itu, hal ini juga begitu kerana permainan ini memerlukan satu situasi yang tenang supaya peserta boleh menyusun strategi dan berfikir dengan tenang apabila mereka bertanding. Saya juga bersyukur kerana tidak berlakunya apa-apa gangguan sepanjang masa pertandingan itu berlangsung. Di samping itu, kelebihan lain yang saya dapat lihat sepanjang permainan ini dijalankan ialah banyak penonton lain turut datang untuk memeriahkan kawasan kami. Hal ini dapat dilihat apabila ada dalam kalangan penonton yang turut datang bermain selepas semua perlwanan tamat. Mereka seronok bermain permainan yang kami anjurkan. Terdapat banyak di antara peserta-peserta permainan lain pun turut ingin bermain kerana ini merupakan kali pertama bermain bagi sesetengah golongan peserta Karnival Permainan Tradisional. Banyak di antara peserta Cina yang ingin mencuba permainan ini kerana kebanyakkan mereka tidak pernah bermain permainan dam aji. Saya berasa sangat gembira kerana kami dapat memberi pendedahan mengenai permainan ini kepada banyak peserta yang tidak pernah bermain. Kelebihan ini merupakan satu perkara yang harus dikekalkan. Kelebihan ini juga harus dijadikan sebagai satu panduan supaya kita tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan dengan semua kelebihan di atas pada masa depan. Kelebihan ini seharusnya dikekalkan sebagai kekuatan diri kita dan mencontohinya pada masa depan apabila menjejakkan kaki ke alam sekolah iaitu tidak lama lagi.Dalam pelaksanaan permainan Dam Aji semasa Karnival Permainan Tradisional, saya telah dapat melihat sedikit kekurangan dalam pelaksanaan permainan kami. Kekurangan ini menunjukkan kelemahan kami yang kami perlu baiki. Kekurangan ini juga merupakan satu aspek penting yang perlu diberi penekanan. Hal ini demikian kerana kekurangan ini boleh dijadikan sebagai pengajaran. Antara kelemahan yang terdapat dalam permainan yang kami anjurkan ialah dari masa. Hal ini dapat dilihat apabila permainan kami bermula lewat. Permainan kami terpaksa mula lewat apabila permainan di bahagian laman tamat lewat dan juga sebab semua peserta mengambil masa untuk bergerak dari kawasan padang ke Dewan Banai. Oleh sebab itu, kami telah mulakan permainan kami dengan lewat. Ada juga dalam kalangan peserta yang tiba awal dan terpaksa menunggu sehingga peserta lain untuk sampai. Pensyarah penilai juga terpaksa menunggu sehingga peserta-peserta tiba di kawasan permainan kami. Selain itu, kelemahan lain yang saya dapat lihat ialah sambutan dari pihak penonton. Walaupun kami telah mendapat sambutan penonton, tetapi kami tidak mendapat sambutan pada tahap tinggi. Permainan lain lebih mendapat sambutan berbanding dengan permainan kami. Hal ini demikian kerana permainan yang kami anjurkan kurang menarik bagi pihak. Pada peringkat permulaan, kami mendapat sedikit sambutan, namun pada pengakhiran perlawanan kami mula hilang sambutan daripada pihak penonton. Pihak penonton lebih tertarik dengan permainan lain yang dijalankan di sekitar kawasan permainan dam aji. Bukan banyak pihak penonton yang menunjukkan minat semasa perlawanan, hanya rakan peserta yang tinggal di kawasan permainan kami untuk menyokong peserta. Kekurangan lain yang saya dapat lihat melalui pelaksanaan permainan dam aji ini ialah masa permainan yang ditetapkan oleh kami terpaksa diubah semasa waktu perlawanan. Pada mulanya, kami merasakan masa yang kami tetapkan terlalu lama. Oleh itu, kami telah memendekkan masa perlawanan kami. Namun apabila pertandingan dimulakan, kami merasakan masa kami sepetutnya dipanjangkan. Selepas kami sedar, kami telah melanjutkan masa yang telah kami tetapkan. Masa yang ditetapkan pada peringkat awal ialah tujuh minit, namun kemudian kami telah lanjutkan kepada sepuluh minit. Hal ini demikian kerana kami tidak cuba permainan tersebut dengan orang lain selain pihak penganjur Karnival Permainan Tradisional. Di samping itu, kekurangan lain yang saya dapat lihat semasa pelaksanaan permainan dam aji ini ialah dari segi persiapan tempat. Hal ini demikian kerana kami telah mula menghias tempat yang diberikan dengan lewat. Oleh sebab, kami tidak mula mempersiapkan tempat kami awal. Kami terpaksa berkelam-kabut untuk menyiapkan tempat kami. Kami terpaksa menghias tempat kami sehingga ke tengah malam. Kami juga terpaksa mencari bahan-bahan bagi perhiasan kawasan kami pada masa-masa terakhur. Oleh sebab itu, kami lambat habis menyiapkan tempat kami. Sepatutnya kami mula menghias Dewan Banai dua hari sebelum Karnival Permainan Tradisional dilangsungkan, namun kami tidak dapat mulakan pada hari tersebut kerana kami tidak bersedia dengan bahan-bahan hiasan kami. Selain itu, kekurangan yang saya dapat lihat ialah dari segi pengurusan peserta yang kurang teratur. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat beberapa penonton yang masuk ke dalam kawasan permainan dan duduk di tempat pemain. Hal ini menjadikan kami keliru antara pemain dengan penonton. Peserta yang tiba pun tidak terus melaporkan diri di kawasan. Oleh sebab mereka tidak melaporkan diri pada masa yang ditetapkan, kami terpaksa membuat pengumuman untuk memanggil peserta permainan dam aji. Terdapat juga peserta yang tiba di kawasan kami dan duduk sesuka hati di tempat permainan tanpa mendengar arahan daripada pihak penganjur. Kami juga telah mengambil sedikit masa untuk menguruskan kesemua peserta. Namun demikian, kami dapat menghabiskan kesemua perlawanan pada masa yang tepat.Selepas menilai semua kelebihan dan kelemahan yang saya perhatikan semasa permainan dam aji ini, saya telah memikirkan beberapa cadangan penambahbaikan. Saya ingin menambahbaik semua kelebihan yang saya dapati semasa kami menjalankan permainan ini, manakala bagi kekurangan pula, saya ingin menambahbaik sebagai pengajaran dan menambahbaiknya ke arah lebih banyak kelebihan. Antara cadangan penambahbaikan yang ingin saya laksanakan ialah dari segi pengurusan masa. Hal ini dapat dilaksanakan melalui apabila kami dikeluarkan arahan untuk mula menghias tempat tersebut dua hari sebelum Karnival Permainan Tradisional dijalankan, kami sepatutnya telah menyediakan bahan yang diperlukan untuk menghias kawasan kami. Kami juga seharusnya bersedia dengan hiasan beberapa hari sebelum bermula menghias. Kami sepatutnya mula merancang perhiasan kawasan kami lebih awal. Kami juga seharusnya memberi kepentingan yang sama seperti memberi perhatian kepada persediaan bahan permainan dam aji. Lebih-lebih lagi, cadangan penambahbaikan yang lain ingin saya usulkan ialah kami sepatutnya membuat cubaan main dengan orang lain selain ahli anjuran Karnival Permainan Tradisional. Hal ini demikian supaya kami boleh dapatkan purata masa yang tepat yang boleh ditetapkan bagi permainan ini. Hal ini adalah demikian supaya kami tidak menghadapi masalah penetepan masa bagi perlawanan. Walaupun kami menghadapi masalah tersebut, kami masih dapat mengatasinya tanpa disedari oleh sesiapa. Oleh itu, saya berpendapat yang kami seharusnya membuat percubaan permainan ini dengan pelajar-pelajar lain. Aspek ini memberi pengajaran yang sangat bermakna kepada saya supaya saya tidak mengulangi kesilapan ini pada masa depan. Saya akan mencuba permainan yang saya anjurkan ini banyak kali dengan orang lain sebelum saya menganjurkan permainan ini. Di samping itu, perkara yang ingin saya menambahbaik dalam pelaksanaan permainan dam aji semasa Karnival Permainan Tradisional ini ialah menambah sesuatu unsur tarikan kepada kawasan atau permainan kami yang boleh menarik perhatian para penonton. Kami seharusnya menyediakan sesuatu yang boleh menarik perhatian penonton supaya penonton boleh menontoni perlawanan kami lebih lama walaupun terdapat tarikan daripada permainan lain. Kami seharusnya menyediakan aktiviti khas atau bahan menyokong peserta yang boleh mendorong mereka untuk berada di kawasan kami bagi memberi sokongan sepanjang masa perlawanan tersebut dijalankan. Kami juga seharusnya menyediakan satu ruangan khas bagi pihak penonton supaya mereka boleh menonton permainan yang dijalankan dengan selesa. Kami juga sepatutnya menambah unsur menarik dan kreatif dalam permainan kami supaya dapat menarik perhatian penonton secara langsung. Hal ini demikian kerana akan adanya sifat ingin tahu akan perkara yang menarik dalam permainan yang kami anjurkan. Cadangan penambahbaikan lain yang ingin saya nyatakan ialah kami seharusnya menguasai cara untuk mengurus peserta dengan baik. Hal ini dapat dilihat apabila kami menghadapi peserta bagi perlawanan kami yang sampai lewat ke kawasan permainan dam aji. Terdapat peserta yang tiba lewat sedikit dari masa yang ditetapkan. Ada juga peserta yang menunggu pengumuman panggilan diberikan. Hal ini seharusnya dielakkan pada masa depan. Hal ini sebenarnya boleh dielakkan dengan kami menyediakan satu ruang poendaftaran tersendiri bagi permainan kami. Hal ini akan memudahkan kami untuk mengetahui peserta dari kelas mana yang tidak sampai lagi serta memudahkan peserta untuk melihat kawasan permainan mereka. Kami juga tidak perlu memberi pengumuman jika adanya meja khas di depan kawasan kami yang boleh menarik perhatian peserta-peserta. Hal ini akan memudahkan pengurusan. Selain itu, cadangan penambahbaikan lain yang saya ingin usulkan ialah berkaitan dengan masa. Masa ini selalunya menjadi masalah yang serius. Namun demikian, kami tidak menghadapi masalah masa yang serius. Masa tidak menjadi masalah semasa perjalanan permainan kami. Kami menghadapi masalah apabila peserta kami punca kepada masa tersebut. Hal ini demikian kerana peserta kami yang mengambil masa yang lama untuk bergerak dari kawasan anjung ke kawasan laman. Oleh itu, saya berpendapat yang sepatutnya satu masa sepatutnya diperuntukkan kepada peserta-peserta kami untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Hal ini akan memudahkan supaya tidak ada peserta yang menunggu sehingga peserta lain tiba. Malah ia akan menampakkan pengurusan permainan lebih terancang. Kesimpulannya, penambahbaikan perlu dilakukan pada masa depan apabila karnival seperti ini dilaksanakan lagi. Hal ini ialah bagi menambahbaik lagi program baru yang akan dijalankan. Selain itu, cadangan ini boleh menjadi sebagai panduan dan pengajaran.Secara kesimpulannnya, pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini telah memberikan saya banyak peluang untuk mendapat pengalaman. Saya juga telah mendapat banyak ilmu berkaitan tentang permainan yang saya kendalikan bersama rakan sekumpulan saya yang lain. Saya telah mendapat banyak ilmu berkaitan dengan permainan dam aji. Saya berasa sangat bersyukur kerana pelaksanaan pertandingan dam aji yang dianjurkan oleh kami berjalan dengan lancar. Saya juga berasa sangat gembira kerana tidak timbul apa-apa masalah dari pihak peserta semasa menjalankan pertandingan. Perancangan dan pelaksanaan pertandingan ini telah memberikan saya banyak pengalaman yang saya boleh gunakan semasa saya masuk ke alam sekolah tidak lama lagi. Saya juga boleh mengunakan ilmu yang saya peroleh pada masa depan. Pelaksanaan pertandingan ini juga telah mengajar saya banyak perkara. Antaranya ialah mengajar saya untuk peka dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Bagi saya, Program Karnival Permainan Tradisional ini merupakan satu program yang berfaedah bagi semua yang menganjurkannya kerana program ini memberi pengalaman yang baru dan berguna selain menyeronokkan. Walaupun agak meletihkan selepas melaksanakan karnival, perasaan menyeronokkan itu masih ada lagi. Akhir sekali, apa yang boleh saya nyatakan di sini ialah dengan ini Karnival Permainan Tradisional telah berjaya ditamatkan tanpa apa-apa masalah. Saya berharap saya dapat menganjurkan banyak program seperti ini lagi pada masa kelak.

REFLEKSI INDIVIDUNORHAIDAH BTE JAMAIN921121-12-5122

Kelebihan Permainan tradisional merupakan permainan yang sering dimainkan oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, dan jantina. Permainan tradisional begitu sinonim dan dikenali oleh semua golongan masyarakat di dalam negara ini. Sepanjang menjalankan dan menganjurkan permainan tradisional ini, terdapat kelebihan yang diperoleh. Antaranya ialah penglibatan pelajar yang melibatkan semua kaum dan agama. Seperti yang kita sedia maklum, Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPDA) mempunyai bakal guru yang datang dari pelbagai bangsa dan agama. Contohnya ada yang berbangsa melayu, india, cina, bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu suku kaum dusun, murut, bajau, iban, kenyah dan juga melayu Sarawak. Dengan adanya penglibatan daripada semua kaum membolehkan kita mengenali antara satu sama lain. Dari itu dengan secara tidak langsung kita dapat memupuk nilai perpaduan dalam sesebuah pasukan.Penglibatan dalam permainan tradisonal ini turut dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada para peserta yang bermain. Seperti yang kita semua sedia maklum, tidak semua individu itu mengetahui dan pernah bermain dalam semua jenis permainan terutamanya dalam permainan tradisional. Dengan melibatkan diri secara tidak langsung memberikan peluang kepada individu tersebut untuk merasai dan menimba pengalaman dalam sesuatu permainan. Disamping itu juga, ia dapat melatih minda individu untuk membuat, merancang dan melaksanakan strategi serta teknik yang telah dirancang untuk memenangi sesuatu perlawanan.Selain itu juga, dengan wujudnya permainan seperti ini, ia dapat mengisi masa lapang individu itu dengan melibatkan diri dalam aktiviti permainan yang mana secara tidak langsung menyumbang kepada kecergasan tubuh badan dan juga kecerdasan minda. Penglibatan daripada semua pihak menjadikan Karnival Permainan Tradisional ini menjadi satu permainan yang menarik.

Kekurangan Sungguhpun demikian, terdapat juga beberapa kekurangan dalam permainan tradisional ini. Antaranya ialah dari aspek tempat permainan. Kawasan tempat permainan agak kurang strategik menjadikan sesetengah permainan kurang mendapat perhatian. Sebagai contoh, untuk permainan tarik upih dilaksanakan di atas padang dengan keadaan cahaya matahari yang agak menyilaukan menyebabkan permainan kurang menjadi tumpuan pengunjung. Seterusnya ialah dari aspek penggunaan masa. Setiap permainan telah diberikan peruntukan masa namun terdapat juga beberapa permainan yang melebihi masa yang telah ditetapkan.

Cadangan PenambahbaikanAntara cadangan penambahbaikan yang boleh diambil ialah memastikan masa bagi setiap permainan dijalankan dan ditamatkan seperti mana yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua para peserta supaya dapat bermain dan merasai pengalaman bermain permainan tersebut. Seterusnya ialah melaksanakan permainan dikawasan yang sesuai dan tidak mendatangkan rasa bosan kepada para peserta dan para penonton untuk berada dalam permainan tersebut. Sekiranya peserta dan penonton kurang selesa menyebabkan permainan tidak dapat dijalankan dengan begitu baik sehingga boleh menimbulkan rasa bosan penonton dan juga pemain itu sendiri.

REFLEKSI INDIVIDUANIS SURAYA BINTI ZULKIFLY930926-02-5000

Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana Karnival Sukan Tradisional Berjaya dilakukan sehingga penamat. Usaha rakan-rakan saya harus diberi pujian kerana mereka tampak begitu berusaha untuk melakukan yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung. Sebaik sahaja tamat program Karnival Permainan Tradisional, satu sesi pos mortem diadakan oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Yusainy bersama-sama dengan ahli-ahli jawatan kuasa Karnival Permainan Tradisional. Saya mendapati banyak kelebihan,kekurangan dan cadangan penambahbaikan yang boleh dinyatakan sepanjang saya dan rakan-rakan mengendalikan Permainan Dam Aji. Kelebihan yang pertama dapat saya nyatakan ialah kerjasama yang baik ditunjukkan daripada ahli kumpulan saya yang begitu komited memberikan yang terbaik kepada permainan Dam Aji pada hari itu. Kami berjaya membahagikan tugas dengan baik selain itu melakukan kerja bersama-sama. Kami bersama-sama memberikan idea baru dan kelainan kepada permainan Dam Aji contohnya penggunaan batu yang bercat warna dan juga melukis papan dam dan kemudian melekat kertas pada politerin yang lebih tebal. Kami juga saat-saat akhir kehilangan idea untuk menghias kawasan permainan. Akan tetapi akhirnya kami berusaha sekitar malam sebelum pertandingan berlangsung. Kami bersama-sama mengerah tenaga untuk menyiapkan hiasan. Tanpa usaha kami sekumpulan, berkemungkinan permainan Dam Aji akan menjadi hambar.Akan tetapi saya merasakan kekurangan kepada persediaan kami walaupun kerjasama yang diberikan baik. Yang pertama ialah bajet yang kurang. Disebabkan kekurangan dana kami tidak dapat menyediakan papan dam yang lebih besar. Seharusnya kami menyediakan papan yang lebih besar dan menarik perhatian. Selain itu kami juga perlu membeli cat warna untuk mengecat batu-batu berlainan warna. Batu yang sama saiz juga sukar untuk dicari dan memerlukan ahli kumpulan yang terlibat juga terpaksa mencari lebih batu untuk mengelak kekalutan sekiranya batu pecah mahupun hilang. Tambahan lagi jadual pertandingan kami juga tidak boleh dipamerkan dengan baik kerana tiada tempat untuk menggantung. Langkah penambahbaikan yang dapat saya berikan ialah penggunaan bantuan kedai mencetak jadual pertandingan. Saya begitu mengagumi kumpulan permainan Laga Ayam yang mengambil inisiatif baru untuk mencetak jadual pertandingan pada banner kemudiannya menggantung. Kita seharusnya memanfaatkan teknologi terkini berbanding melukisnya diatas kertas. Ini kerana, lukisan jadual pada kertas akan meenyebabkan risiko rosak sekiranya angin kuat atau orang yang lalu lalang menyentuhnya. Langkah penambahbaikan lain ialah menyediakan papan Dam Aji yang lebih besar contohnya melukis papan dam di atas kotak yang besar kemudian menghiasnya mengikut kreativiti.Yang kedua ialah semasa hari pertandingan kami bersedia menerima peserta pada waktu yang tepat walaupun kesibukkan untuk menguruskan tugas lain. Kami berusaha mengumpul kesemua peserta agar hadir pada waktu yang tepat. Selain daripada itu, kami memberikan penerangan dengan baik dan peserta juga memahaminya walaupun suasana sedikit bingit dalam dewan tersebut. Pada awal perlawanan semua pengadil dapat mengadili semua peserta dengan baik. Tidak timbul isu ketidakpuasan hati malah semua peserta seronok sepanjang pertandingan berlansung. Kredibiliti pengadil juga tida disoal oleh peserta. Sebelum pertandingan berlansung kami sudah meneliti kesemua syarat-syarat pertandingan dan bagi memastikan semua kami bersedia kami sentiasa mengingati antara satu sama lain malahan bermain bersama-sama. Ini akan menguatkan lagi cara pengadilan kami. Namun begitu, masih ada kekurangan. Yang pertama ialah peserta yang hadir agak lewat berbanding waktu sebenar pertandingan. Akan tetapi kami memahami kerana pertandingan di laman habis lewat dari masa yang ditetapkan. Semua peserta dan pelajar terpaksa berjalan jauh ke Dewan Banai dan peserta nampak kalut sedikit. Selain itu, suasana bising di dewan itu juga mengganggu konsentrasi peserta. Ini mungkin kerana semua penonton seronok bersorak kepada permainan Laga Ayam yang berlansung serentak dengan permainan ini.Salah satu cadangan penambahbaikan ialah permainan Dam Aji dilakukan di kawasan yang lebih selesa tanpa sorakan ramai orang. Ini kerana peserta perlu memikirkan strategi untuk berlawan. Selain itu, digalakkan semua AJK permainan peka dengan waktu permainan. Seharusnya setiap AJK permainan menguruskan masa pertandingan dengan baik supaya tidak berlaku perlanggaran waktu. Ini kerana banyak masa dibazirkan di pertandingan laman dan ini mengurangkan minat para peserta untuk bergerak ke kawasan pertandingan anjung. Seharusnya ada pihak yang bertugas bagi mengarahkan semua peserta bergerak dengan lebih cepat. Yang terakhir ialah kami berjaya menamatkan pertandingan dengan baik. Selesai sahaja pertandingan kami terus mengemaskan barang-barang yang telah kami gunakan untuk permainan Dam Aji. Kami menyusun barang-barang dan kemudian mengembalikannya ditempat asal. Walaupun sedikit kepenatan, kami mengambil berat tentang kebersihan kawasan pertandingan. Tiada kerosakan alatan yang berlaku dan kami berpuas hati sepanjang proses pertandingan berlaku.Secara keseluruhannya, kami mendapati kekurangan kami mungkin persediaan saat akhir permainan ini. Mungkin persediaan kumpulan kami sedikit kurang berbanding kumpulan lain misalnya kumpulan Tarik Upih perlu pergi ke sana ke mari untuk mencari upih yang sesuai. Akan tetapi kami lebih bersikap tenang dan merasakan pertandingan ini tidak terlalu susah untuk dikendalikan. Langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan disini ialah mengubah sikap kami supaya lebih serius sekiranya mengendalikan sesuatu pertandingan. Ini kerana pertandingan harus dilakukan dengan serius dan persediaan yang rapi. Kami memohon maaf sekiranya tidak melaksanakannya mengikut spesifikasi pertandingan sebenar. Akan tetapi proses pembelajaran kami akan terus berjalan dari masa ke semasa. Kami mengucap ribuan terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang sama membantu dan memberikan kata-kata semangat untuk kami.Sekian terima kasih.

23


Recommended