1
LAPORAN KEBERKESANAN PROGRAM AMALI MATAPELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL SEKOLAH
RENDAH ( PSS 3108 )
PERTANDINGAN MEWARNA
( PRASEKOLAH DAN TAHAP 1 ) DAN
EXPLORE RACE ( JEJAK MAKLUMAT )
(TAHAP 2 )
BERTEMPAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ABAL
KAMPONG BUKIT ABAL 16800 PASIR PUTEH,
KELANTAN
PADA 19 MAC 2012
DISEDIAKAN OLEH :
UMMI HAYATI BINTI MOHAMED SANI PGSR AMBILAN NOVEMBER 2009
UNIT KAJIAN SOSIAL
2
1. Nama IPG : IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
2. Tajuk Program : Pertandingan Mewarna dan “Explore Race” di bawah
Program Amali Matapelajaran Pengajian Sosial Sekolah
Rendah (PSS3108) Untuk Pelajar-Pelajar PGSR Ambilan
November 2009
3. Objektif Program :
3.1 Melahirkan guru yang mahir dalam merancang dan melaksanakan sebuah
program yang melibatkan urusan dengan pihak luar;
3.2 Melahirkan guru yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif dalam
merancang sebuah program yang mampu memberi manfaat kepada murid-
murid;
3.3 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru yang menuntut di
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu;
3.4 Menerapkan nilai , etika serta akhlak keguruan dalam diri guru semasa
menjayakan program;
3.5 Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan Negara dalam diri setiap guru;
3.6 Memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri setiap guru;
3.7 Melaksanakan tanggungjawab sosial yang menjadi elemen terpenting dalam
kehidupan harian warga pendidik;
3.8 Melebarkan pengalaman yang sedia ada dan memperoleh pengalaman baru;
3.9 Menyediakan diri ke arah transformasi pendidikan yang baru.
3.10 Memupuk semangat berdaya saing dalam kalangan murid-murid;
3.11 Mengembangkan bakat dan potensi murid-murid sama ada dalam seni
mahupun berkaitan akademik;
3.12 Menanam semangat saling bekerjasama dalam kumpulan untuk
memperoleh kejayaan;
3.13 Memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan menjaga
kesihatan diri.
3
4. Tarikh program : 19 Mac 2012 ( Isnin )
5. Tempat Program : Sekolah Kebangsaan Bukit Abal,
Kampong Bukit Abal,
16800 Pasir Puteh, Kelantan.
6. Penganjur : Guru-Guru PGSR Ambilan November 2009
( Unit : Kajian Sosial ) dengan kerjasama Sekolah
Kebangsaan Bukit Abal.
7. Sumber Kewangan
BIL SUMBER JUMLAH (RM)
1 **Hadiah pemenang disediakan oleh pihak sekolah Kategori : Pertandingan Mewarna 1.1 Pra sekolah :
Tempat pertama : 1 x RM 2.00 Tempat kedua : 1 x RM 1.50 Tempat ketiga : 1 x RM 1.00 Saguhati : 2 x RM 0.50
1.2 Tahun 1 Pertama :1 x RM 2.00 Kedua : 1 x RM 1.50 Ketiga : 1 x RM 1.00
1.3 Tahun 2 Pertama :1 x RM 2.00 Kedua : 1 x RM 1.50 Ketiga : 1 x RM 1.00
1.4 Tahun 3 Pertama :1 x RM 2.00 Kedua : 1 x RM 1.50 Ketiga : 1 x RM 1.00
RM 5.50 RM 4.50 RM 4.50 RM 4.50
4
2 Kategori : Pertandingan ‘Explore Race’ ( Jejak Maklumat ) 2.1 Tempat pertama : 5 x RM 1.50 = RM 7.50 2.2 Tempat kedua : 5 x RM 1.20 = RM 6.00 2.3 Tempat ketiga : 5 x RM 1.00 = RM 5.00 2.4 Tempat keempat: 5 x RM 0.80 = RM 4.00 2.5 Tempat kelima : 5 x RM 0.50 = RM 2.50 2.6 Saguhati ( Tempat keenam hingga kesepuluh) 25 x RM 0.20 = RM 5.00
RM 30.00
JUMLAH BESAR
RM 49.00
3
** Sumber diperoleh melalui kutipan guru-guru PGSR 3.1 Pembelian pensil warna kepada semua murid yang terlibat : 47 x RM 2.60 3.2 Pembelian hadiah saguhati ( Explore Race ) 2 X RM 2.00
RM 122.20 RM 4.00
8 Peserta Program
PEREMPUAN LELAKI JUMLAH
MURID Pertandingan Mewarna
Prasekolah : 10 Tahun 1 : 5 Tahun 2 : 5 Tahun 3 : 5 25
Prasekolah : 10 Tahun 1 : 4 Tahun 2 : 4 Tahun 3 : 4 22
47 orang
MURID Pertandingan Explorace (Jejak Maklumat)
Tahun 4 Tahun 5 18 Tahun 6
Tahun 4 Tahun 5 32 Tahun 6
50 orang
GURU
10 orang
- 10 orang
JUMLAH 53 orang 54 orang 107 orang
5
9.0 JAWATANKUASA KECIL PROGRAM :
9.1 Pertandingan Mewarna : Lee Gheok Hon
Salmah Bt Saad
Rozima Bt Abu
Cheah Geik Sim
9.2 Pertandingan Explorace : Ummi Hayati Bt Mohamed Sani
( Jejak Maklumat ) Vasanthi A/P S. Muniandi
Salmi Bt Zakaria
Andik Radin @ Andik Emiliza Bt Alimin
Zaliffah Bt Ibrahim
Mariam Bt Ibrahim
Razidah Bt Kadir
Yazidah Bt Atan
Cheok Soh Tin
6
10.0 PERJALANAN AKTIVITI PROGRAM
10.1 SEBELUM PERTANDINGAN
10.1.1 Pertandingan Mewarna
Sebagai persediaan awal, jawatankuasa kecil yang ditubuhkan telah berbincang
dan menyenaraikan beberapa aktiviit yang sesuai untuk dilaksanakan. Hasil
perbincangan ini, kami bersepakat untuk memastikan sebahagian besar murid di
sekolah ini akan dapat mengambil bahagian dalam Pertandingan Mewarna dan
Explorace yang akan dijalankan.
Sehubungan dengan itu, kami telah mendapat persetujuan awal daripada Guru
Besar SK Bukit Abal bahawa pihak sekolah bersedia untuk menyediakan hadiah
kepada murid-murid yang mengambil bahagian dalam kedua-dua pertandingan.Di
sini, kami telah menjimatkan sebahagian daripada peruntukan kewangan yang
akan dibelanjakan memandangkan kami membuat kutipan sendiri bermula dari bulan
Disember lalu
Bahan-bahan bagi Pertandingan Mewarna seperti kertas lukisan dan pensil
warna disediakan kepada semua pelajar . Setiap kategori pertandingan, murid akan
menerima kertas lukisan yang berbeza. Penyertaan dibuka kepada murid-murid pra
sekolah, tahun 1, tahun 2 dan tahun 3.
10.1.2 Pertandingan “Explore Race” ( Jejak Maklumat )
Pertandingan “Explore Race” ini adalah salah satu aktiviti untuk menjejak
maklumat yang terdapat di persekitaran sekolah. Pertandingan ini dibuka kepada murid-
murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
Seramai 5 orang murid dipilih dari setiap kelas dan kesemuanya berjumlah 50 orang.
Bilangan peserta ini telah ditentukan oleh kami, manakala pemilihan peserta akan
dibuat oleh guru kelas masing-masing.
Penyediaan bahan dan soalan disediakan oleh Puan Ummi Hayati dengan
menggunakan sumber-sumber yang ada. Murid-murid akan diundi bagi menentukan
mereka berada dalam kumpulan mana. Undian ini dijalankan supaya setiap kumpulan
akan terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Kerjasama setiap kumpulan amat penting
agar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dan pantas.
7
Sebagai persediaan awal, stesen-stesen juga telah ditentukan bagi
memudahkan murid mendapatkan maklumat dan seterusnyan menjawab soalan yang
diberikan oleh guru bertugas. Stesen-stesen tersebut ialah seperti berikut :
i. Stesen 1 – Sinki di kantin ( Guru Bertugas : Puan Mariam )
ii. Stesen 2 – Meja Bermaklumat di kantin ( Guru Bertugas : Puan Salmi )
iii. Stesen 3 – Sudut Bacaan/Anjung Nilam ( Guru Bertugas : Puan Razidah )
iv. Stesen 4 – Pameran Kesihatan ( Guru Bertugas : Puan Lee Siew Think )
v. Stesen 5 – Pemeriksaan Kesihatan ( Guru Bertugas : Puan Teh Siew Khim )
vi. Penyelaras Pertandingan : Puan Ummi Hayati ( mencatat keputusan )
10.2 SEMASA PERTANDINGAN
10.2.1 Pertandingan Mewarna
Pertandingan Mewarna telah dijalankan di ruang legar Dewan Sekolah
Kebangsaan Bukit Abal. Pertandingan dimulakan bermula dari jam 8.30 pagi dan
berakhir pada jam 10.00 pagi.
Setiap murid diberikan kertas lukisan mengikut tahap masing-masing dan pensil
warna. Pemilihan pemenang bagi pertandingan mewarna dilakukan oleh jawatankuasa
pertandingan mewarna dengan bantuan seorang pelajar lepasan STPM yang berjaya
mendapat A dalam mata pelajaran seni iaitu Wan Nurul Aisya dan seorang guru SK
Bukit Abal iaitu Ustazah Noraini. Nama setiap pemenang telah dicatat dan murid-murid
yang gagal juga dibenarkan membawa pulang pensil warna yang telah diberi oleh
jawatankuasa pertandingan sebagai hadiah saguhati.
10.2.2 Pertandingan “Explore Race” ( Jejak Maklumat )
Dalam mengendalikan pertandingan “Explore Race” ( Jejak Maklumat ) ini,
taklimat ringkas dan peraturan pertandingan telah diberikan oleh Puan Ummi Hayati.
Murid-murid Tahap 2 seramai 50 orang telah diundi untuk menentukan kumpulan
masing-masing. Sebanyak 10 kumpulan telah dibentuk dengan bilangan ahli seramai 5
orang setiap kumpulan. Jumlah penglibatan murid perempuan adalah seramai 18 orang
manakala penglibatan murid lelaki seramai 32 orang.
8
Walaupun pertandingan “Explore Race” ( Jejak Maklumat ) ini masih baru
diperkenalkan kepada setiap murid, didapati mereka begitu seronok dan berlumba-
lumba untuk mendapatkan maklumat di setiap stesen yang ditentukan dengan tepat
dan pantas.
Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk memastikan murid-murid saling
bekerjasama dalam kumpulan dan menggunakan sumber-sumber maklumat yang ada
di persekitaran sekolah bagi menjawab kesemua soalan yang dikemukakan. Didapati
setiap ahli kumpulan saling berusaha untuk mendapatkan jawapan dan memaklumkan
kepada pencatat. Guru yang bertugas juga turut membantu dengan menyemak
jawapan yang diberikan oleh murid. Setiap jawapan yang salah ditegur dan murid
dikehendaki untuk mencari semula jawapan yang lebih tepat.
Keseluruhannya pertandingan yang dijalankan ini melibatkan semua pergerakan
psikomotor dan pancaindera murid . Murid –murid didapati begitu ghairah dan
berlumba-lumba untuk menjadi pemenang dalam pertandingan ini .
10.3 SELEPAS PERTANDINGAN
10.3.1 Pertandingan Mewarna
Sebaik sahaja pertandingan mewarna selesai, para juri yang terdiri daripada
jawatankuasa pertandingan dan Juri khas iaitu Ustazah Noraini dan Cik Wan Nurul
Aisya. Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut :
A) Pra sekolah - Pertama : Nurul Ain ( Pra Kancil )
Kedua : Muhammad Hanizan ( Pra Kenari )
Ketiga : Muhammad Irfan Shaymie ( Pra Kenari )
Saguhati : Nur Aesah Badiah ( Pra Kancil )
Nur Adila Mysara ( Pra Kancil )
B) Tahun 1 - Pertama : Nur Aliya
Kedua : Che Nor Aleya ( 1 Nilam )
Ketiga : ZulifQar ( 1 Delima )
9
C) Tahun 2 - Pertama : Nurul Fariha ( 2 Nilam )
Kedua : Nur Anis Izati Bt Mastari ( 2 Delima )
Ketiga : Hanim Tahreen
D) Tahun 3 - Pertama : Nur Adlina Bt Halim ( 3 Delima )
Kedua : Nor Awatif Bt Mazlan ( 3 Delima )
Ketiga : Elya Afika ( 3 Zamrud )
10.3.2 Pertandingan “Explore Race” ( Jejak Maklumat )
Pertandingan “Explore Race” ( Jejak Maklumat ) bermula pada jam 9.00 pagi dan
berakhir pada jam 10.00 pagi.
Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, didapati setiap kumpulan sentiasa
berlumba-lumba untuk menjadi kumpulan pertama sampai ke meja penyelaras sebagai
pemenang. Kumpulan pertama yang tiba adalah kumpulan A yang hanya mengambil
masa selama 33 minit untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan oleh guru
bertugas di setiap stesen. Manakala kumpulan yang terakhir tiba ialah kumpulan J yang
mengambil masa yang agak panjang iaitu selama 60 minit untuk menyelesaikan
kesemua soalan.
Berikut adalah senarai keputusan pemenang bagi pertandingan “Explore Race”
( Jejak Maklumat ) :
1. Kumpulan A - M. Naim Bin Rosli ( K ) - 33 minit
2. Kumpulan D- Daniel Ikhwan Bin Mazlim (K) - 35 minit
3. Kumpulan F- Nurul Syaza Syazwina Bt Sam (K)- 37 minit
4. Kumpulan E- Nur Haziqah Zahidah Bt Halim (K)- 38 minit
5. Kumpulan G- M. Aniq Bin Ahmad (K) - 40 minit
6. Kumpulan H- Syahirah Bt Shahaidi (K) - 44 minit
7. Kumpulan C- Nik Nur Alia Bt Nasir (K) - 46 minit
10
8. Kumpulan B- Ahmad Adib Bin Zardi (K) - 50 minit
9. Kumpulan I- Saznita Bt Safii ( K ) - 56 minit
10. Kumpulan J- Nur Elyanie Bt Kamal Rustan(K) - 60 minit
11.0 KEBERKESANAN AKTIVITI PROGRAM
11.1 IMPAK
a) Murid
Peserta program yang terdiri daripada murid-murid prasekolah, murid-
murid Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) dan murid-murid Tahap 2 ( Tahun 4,5,dan 6 )
telah berjaya meningkatkan keyakinan diri dan ketrampilan mereka kerana
berjaya menunjukkan potensi yang membanggakan dalam pertandingan
mewarna dan pertandingan “Explore Race” ( Jejak Maklumat ).Ini terbukti apabila
penilaian dilakukan ke atas hasil kerja yang ditunjukkan oleh murid-murid yang
terlibat dalam kedua-dua pertandingan.
Kejayaan ini telah meningkatkan motivasi murid-murid lain agar sentiasa
proaktif dalam semua bidang yang diceburi. Peluang yang diberi kepada murid-
murid melalui Pertandingan Mewarna dan Pertandingan “Explore Race” ( Jejak
Maklumat ) ini telah meluaskan minda , pengalaman dan menyerlahkan bakat
mereka di pentas pertandingan. Peluang seperti ini harus sentiasa diberikan
kepada murid-murid supaya potensi diri mereka akan terus dapat ditingkatkan
sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum.
b) Guru
Guru-guru yang terlibat dengan kedua-dua pertandingan ( Pertandingan
Mewarna dan Pertandingan “Explore Race” ) telah didedahkan dengan
Pengurusan Amalan Terbaik bagi menjayakan kegiatan Ko Akademik. Banyak
kekuatan yang ada dapat dimanafaatkan . Antaranya ialah Pembelajaran
11
Berasaskan Permainan iaitu Pertandingan “Explore Race” ( Jejak Maklumat )
yang menjadi teras utama melatih murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bukit
Abal menggunakan sumber-sumber yang ada di persekitaran sekolah bagi
mendapatkan maklumat..
Melalui aktiviti ini, murid-murid juga menerima satu pendedahan ilmu baru
yang menghiburkan iaitu belajar sambil bermain untuk mendapatkan maklumat.
Secara tidak langsung , proses pembelajaran telah berlaku . Guru-guru yang
mengikuti program ini dapat membimbing murid-murid secara kreatif dan inovatif.
Guru-guru juga menjadi fasilitator dalam proses pembelajaran secara tidak
langsung ini. Guru-guru menyediakan ruang dan peluang yang banyak kepada
murid-murid untuk berjaya dalam pertandingan yang disertai .
c) Sekolah
Pengurusan iklim sekolah yang kondusif dan harmoni boleh
menyebabkan sistem persekolahan di SK Bukit Abal khususnya dapat diuruskan
dengan lebih baik. Kebanyakan bilik-bilik darjah diuruskan dengan
berkesan,ceria dan bermaklumat.
Melalui program ini , diharapkan agar sekolah dapat menjadikannya
sebagai satu garis panduan dan berikhtiar untuk mengenalpasti beberapa aktiviti
lain yang boleh menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, pihak pengurusan
sekolah boleh menetapkan setiap panitia atau kelab dan persatuan memikirkan
aktiviti-aktiviti lain untuk dijadikan satu tarikan utama kepada murid dengan
menggunakan maklumat yang ada di persekitaran sekolah sebagai sesuatu yang
boleh memanfaatkan dan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan mereka. Pihak
sekolah boleh menjadikan kedua-dua aktiviti yang telah dijalankan seperti
Pertandingan Mewarna dan “Explore Race” ( Jejak Maklumat ) ini sebagai satu
budaya dan amalan di sekolah .
12
12. LAPORAN BERGAMBAR SETIAP AKTIVITI
PERTANDINGAN MEWARNA
( PRA SEKOLAH DAN MURID-MURID TAHAP 1 )
13
PERTANDINGAN EXPLORACE ( JEJAK MAKLUMAT )
MURID-MURID TAHAP 2