Transcript
Page 1: LAPORAN ‘POST MORTEM’ RASAU KERTEH 5 MASA : 2.00 …docshare03.docshare.tips/files/25227/252271237.pdf · Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah memberikan komitmen demi

LAPORAN ‘POST MORTEM’ TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2014 SK KG BARU RASAU KERTEH 5

MASA : 2.00 PTG

TARIKH : 27 OKTOBER

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

Mesyuarat ini diadakan bertujuan berbincang perkara-perkara berbangkit yang timbul semasa temasya sukan berlangsung pada 16 Oktober 2014 yang lalu. Hasilnya, beberapa perkara yang berupa aduan, komen, cadangan telah dimaklumkan oleh pihak pentadbir dan guru-guru untuk diberi perhatian dan tindakan. Berikut adalah dapatan dari “post mortem’ tersebut:

1. Beberapa acara trek terpaksa di batalkan kerana masa diperuntukkan tidak mencukupi pada hari kejohanan. Acara 4x200 hanya dibuat untuk pelajar tahap 2sahaja. Untuk masa hadapan acara ini akan dimasukkan dalam acara akhir sukantara manakala acara 4x100 akan dijalankan pada hari kejohanan.

2. Acara bermula lewat sedikit dan ini memakan masa untuk pertandingan lain. Dimasa hadapan kesemua acara perlu bermula tepat pada masa dan akan berhenti sekiranya tetamu tiba untuk memberi laluan kepada upacara perasmian.

3. Perbarisan lintas hormat didapati memuaskan walaupun latihan agak kurang. Dicadangkan untuk kelihatan lebih cantik, pembawa bendera dan sepanduk rumah sukan hendaklah berpakaian baju Melayu lengkap. Selain itu, dicadangkan ditambah dengan unit beruniform untuk turut dalam perbarisan lintas hormat pada tahun hadapan.

4. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua jawatankuasa terlibat amat memuaskan. Kerjasama yang ditunjukkan menunjukkan semangat kerja berpasukan dikalangan guru – guru .dalam menjayakan sukan ini.

5. Guru rumah perlu menerangkan berkenaan undang – undang yang berkaitan dengan acara trek dimana terdapat kesilapan dikalangan peserta dalam acara 4x100 dalam penerimaan baton di dalam “ baton zone”

6. Acara sukantara terpaksa ditangguhkan beberapa kali dsebabkan oleh cuaca pada sebelah petang. Untuk masa hadapan acara sukantara akan dijalankan lebih awal lagi untuk mengelakkan perkara ini terjadi.

Page 2: LAPORAN ‘POST MORTEM’ RASAU KERTEH 5 MASA : 2.00 …docshare03.docshare.tips/files/25227/252271237.pdf · Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah memberikan komitmen demi

7. Murid yang menerima hadiah pada kejohanan akan dating akan dikumpulkan lebih awal untuk ke pentas hadiah. Dicadangkan dilantik 4 orang murid dari setiap unit beruniform menjadi penyelaras peserta yang menerima hadiah ke pentas hadiah.

8. Kawalan murid perlu dipertingkatkan untuk mengelakkan murid yang tidak terlibatdengan acara merayau di merata tempat dan memasuki trek sepanjang kejohanan. Di masa akan dating AJK PIBG akan dimasukkan di dalam jawatankuasa.

9. Penglibatan AJK PIBG perlu ditambah dalam pelaksanaan temasya sukan pada masa akan datang.Perkara ini bukan sahaja dapat meringankan tugas guru-guru bahkan dapat mewujudkan tali silaturrahim di kalangan guru-guru dan ibu bapa

Kesimpulannya, segala dapatan di atas lebih kepada cadangan penambahbaikan kepada perkara kecil yang timbul. Namun ianya tidak menjejaskan perjalanan temasya sukan. Malah boleh dianggap bahawa temasya sukan kali ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah memberikan komitmen demi memastikan temasya sukan SK Kg Baru Rasau Kerteh 5 kali ini berjaya dengan cemerlang. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjijng. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bulat air kerana pembetung. bulat kata kerana muafakat. Sekian.

Dicatat oleh,

..................................................(EZZUAN BIN AHMAD )PENOLONG KANAN KOSK KG BARU RASAU KERTEH 5


Recommended