8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
1/12
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
2/12
kjhli
NAMA: AISYAH ADLINA BT. KHAIRUL
ANWAR.
NAMA KELAS: 3 BAIDURI.
NAMA GURU: PUAN NORSALINA.
TAJUK FOLIO: TUN DR. MAHATHIR.
[AISAYAHAD
LINABT.KHAIRU
LANWAR]
[201
0]
[T
UNDR.MAH
ATHIR
MOH
AMAD]
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
3/12
LATAR BELAKANG TUN DR.MAHATHIR
Tun Dr. Mahathir dilahirkan
pada hari Jumaat tanggal 20Disember 1925. Putera kepada
pasangan Mohamad bin Iskandardan Wan Tempawan binti Wan
Hanafi ini dilahirkan di rumahbernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan
Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Rumah kelahiran Tun di Alor Setar.
Beliau merupakan anak bongsu dikalangan
sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan
alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak
pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau
melanjutkan pengajian menengah di Goverment English
School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
4/12
Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan
Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajianperingkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan
biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalambidang perubatan di King Edward VII College of
Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliaumerupakan seorang pelajar yang tekun danbersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalamsukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang
kebajikan pelajar-pelajar lain.
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor
bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. SitHasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama
di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutansehingga mereka menamatkan pengajian masing-
masing. Hubungan erat yang terjalin semasa diSingapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya
diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956.Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orangcahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina),
Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
5/12
Persandingan Tun....
Keluarga Tun Dr.Mahathir
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
6/12
PEKERJAAN
Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkanIjazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of
Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathirtelah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan
dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar PulauPinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik
sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setarbagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah
memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan
Perlis.
Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknyadengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan
kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinikpersendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku
Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik
Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripadaperkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telahmenjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-
aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.
1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen.
Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum
berikutnya iaitu pada tahun 1969 Semasa pilihanrayaumum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaanmenjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi
kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan.Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalanganmasyarakat dan senario politik negara.
Selepas memenangi pilihan raya umum pada
tahun.
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
7/12
Kecenderungan dan minatnya yang mendalam
dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik
sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang
pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat PendidikanTinggi pada tahun 1972, Member Of the UniversityCourt and University of Malaya councilserta Chairman
of the National University Councilpada tahun 1974. Dr.Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974.Beliau melepaskan jawatan ini untukmembolehkannya bertanding pada pilihan raya umum
tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa
bertanding.
Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathirdilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai MenteriPelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliauadalah mengubah polisi pendidikan negara supaya
ianya menggambarkan usaha-usaha ke arahmenghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan
untuk semua dan memastikan semua individu diberipeluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang
menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkanpembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak
Melayu melanjutkan pelajaran di Institut PengajianTinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa
kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut,
mengadakan biasiswa dan menubuhkan MaktabRendah Sains Mara (MRSM).
Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang olehahli akademik dan mereka yang terlibat dengan
pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang yangberdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan
kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
8/12
pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah PanduanKementerian Pendidikan.
Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusiNaib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.
Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak keRahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai
Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr.
Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan PerdanaMenteri dimasa yang sama menjadi Timbalan PresidenParti.
Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathirberpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri
dalam tahun 1978. Beliau juga adalah PengerusiJawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak
putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburanasing.
Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanrayaumum tahun 1978 telah membolehkan beliau
mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti.Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan
jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atassebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi
Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 padausia 55 tahun.
HOBI TUN DR. MAHATHIR
Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathirhinggalah ke hari ini. Keperihatinan beliau terhadap
masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
9/12
dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan olehSunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara
tahun 1946-1950. Pada tahun 1945, semasa beliaumasih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi
penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran KolejSultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai
penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolejperubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan
semangat untuk menyuarakan pendapat melaluipenulisan telah menyebabkan beliau menghasilkanpelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema
Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.
Selain daripada menulis, Dr. Mahathir jugamerupakan seorang yang rajin membaca dan
berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaranadalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan
politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikanseni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir
dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernahmengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain
untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau.Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan
dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkanHonorary Freedom of the Worshipful Company of
Carpenters oleh British Carpenters Society.
PENUTUP
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia"
dan merupakan pemimpin yang paling lama memegangjawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai
1981 hingga 31 Oktober 2003.Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana
Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
10/12
persada kecemerlangan. Malaysia telah melaluipelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial.
Malaysia telah menjadi negara yang disegani dandihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangannegara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai
negara membangun dan sebuah negara Islam yangunggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan
pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kitalihat berada di mana sahaja.
KLCC
Kereta Nasional
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
11/12
8/7/2019 LATAR BELAKANG TUN DR
12/12
Masjid Putrajaya
Litar Sepang