Download docx - Latihan - Kata Adjektif

Transcript
Page 1: Latihan - Kata Adjektif

Remaja yang kreatif dan inovatif mampu memelihara kemerdekaan negara dan memacu

kegemilangan negara pada masa akan datang. Oleh itu, remaja pada hari ini perlu dilengkapi dengan

kemahiran insaniah dan jati diri yang (1) _______________________ Pencapaian

akademik yang (2)_______________ masih belum cukup untuk membentuk remaja

yang berkualiti. Remaja digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak, memiliki daya

inovatif, dan (3)___________________ menonjolkan kreativiti diri. Tiga elemen ini amat

dititikberatkan bagi membolehkan remaja menghadapi apa-apa jua cabaran yang mendatang.

Berhadapan dengan dunia yang kian mencabar, remaja sewajarnya mempunyai daya

saing yang (4)__________________. Ketinggian ilmu yang dimiliki dapat menjadikan

jati diri kita tidak mudah (5)__________________. Remaja seharusnya menyanjung

tinggi adat dan budaya warisan nenek moyang. Penggunaan bahasa Malaysia dilihat sebagai cara

mengasuh remaja mencintai negara.

Semasa berada di alam persekolahan dan pusat pengajian tinggi, remaja perlu

menggunakan peluang yang ada untuk bergiat dengan (6) ______________________________

sama ada dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan, atau kebudayaan. Kemahiran insaniah dapat

mempersiap remaja dengan kemahiran yang dapat digunakan terutamanya setelah memasuki alam

pekerjaan. Remaja juga perlu (7)___________________________ terhadap isu

semasa yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Generasi remaja yang kreatif dan (8)__________

dapat menikmati pulangan daripada aspek itu kelak.