Transcript
Page 1: Latihan Tatabahasa t5 Kata Adjektif

Latihan Tatabahasa

Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut.

1. Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu.[pahit/manis/pedas.]

2. Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah rambutan itu.[lembut/panjang/usang]

3. Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ .[hancur/retak/pecah]

4. Pokok-pokok yang ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan segera.[condong/bongkok/jatuh]

5. Gulai ikan yang dimasak oleh ibunya semalam telah _____________________.[tengik/busuk/basi]

6. Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________. [garing/hangus/hanyir]

7. Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca terlalu sejuk.[keras/kaku/beku]

8. Ubi keledek yang ____________ ini memang sesuai untuk dijadikan hidangan jamuan ringan.[empuk/lemau/lembik]

9. Biskut di dalam tin ini cepat ______________ jika tidak ditutup dengan ketat.[retas/rangup/lemau]

10. Jalan yang menuju ke ladang itu agak _______________.[regang/sempit/longgar]

11. Nordin sentiasa _____________ belajar kerana dia berazam cemerlang dalam

peperiksaan.[tekun/malas/benci]

12. Janganlah kita bersikap ____________ walaupun kita sudah kaya-raya.[ramah/angkuh/kejam]

13. Malam ini ____________ benar.[rajin/pesar/gelap]

14. Buah pokok durian itu ______________sekali.[lebat/banyak/garau]

15. Pelajar yang _____________________ akan berjaya dalam hidupnya.[pandai/malas/bingung]

16. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan ________________________[hening/gopoh/hijau]

17. Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat ______________________[kasar/pelik/bodoh]

18. Baju ___________________________ itu kepunyaanku.[merah/redup/cerah]

19. Warna ________________________- tidak digemari oleh ramai orang.[hangit/perang/renek]

20. Pahlawan itu sentiasa berkeris ____________ ke mana-mana saja dia pergi.[panjang/singkat/labuh]

Page 2: Latihan Tatabahasa t5 Kata Adjektif

21. Ayam jantan itu berbulu ___________________________.[kerdil/hitam/parau]

22. Orang Eskimo sentiasa berbaju _____________ kerana iklim negeri itu sejuk.(sendat/tebal/kempis)

23. Pokok itu ____________ kerana kekurangan baja.(renik/pendek/buncit)

24. Kemerdekaan Negara itu tercapai hasil satu perundingan meja ______________ .(bulat/hijau/tebal)

25. Bola ragbi berbentuk ____________. (lonjong/dalam/dangkal/perak)

26. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi _____________ (merdu/bujur/gelap)

27. Gasing ___________ kesayangannya telah pecah.( payau/leper/cetek/panjang)

28. Matanya ____________ seperti buah badam.(kerdil/kelam/bundar)

29. Perut Si Abu ……………. (leper/buncit/bundar)

30. Tayar …………………itu segera ditukarnya.(kurus/kempis/bulat)

31. Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu ……………(lekuk/hitam/rending/parau)

32. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat ………………….(lama/singkat/cemburu/tajam)

33. Tiada kenderaan berenjin pada zaman ……………………(lampau/kini/sekarang)

34. Usah dikenang waktu yang ……………………..(lama/silam/baharu/sejarah)

35. Mereka segera pulang kerana hari sudah ……………………(segera/lampau/lewat/cepat)

36. Jam dinding itu ……………………..setengah jam.(suntuk.lambat/segera)

37. Pemain …………………itu berasal dari utara.(renek/gopoh/lampai/rending)

38. Dia selalu …………….peperiksaan.(daif/gopoh/bakhil/berat)

39. Gadis itu terlalu ……………………untuk bertanya.(segan/pekak/berahi)

40. Anak raja itu ……………… akan Puteri Bongsu.(berahi/nyaris)renek)

41. Pemuda itu ………………….sangat akan gadis pingitan itu.(

42. Dia masih ………………….terhadap kejujuran pembantunya.(sangsi/kecur/khusyuk)

43. Pisang muda rasanya …………………..(tawar/manis/kelat/lemak)

44. Ubat ……………….itu untuk ayah.(pahit/lazat/gopoh)

45. Air perigi di rumah saya sangat …………………..(lincah/alpa/payau/empuk)

Page 3: Latihan Tatabahasa t5 Kata Adjektif

46. Di pulau itu ada tasik air ………………….(tawar/kasih/ragu/gembur)

47. Gulai itu tidak ………………….kerana kekurangan santan.(lemak/masin/pahit/kelat)

48. Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda …………………….itu.(tampan/cantik/manis/kelu)

49. Penyanyi itu mempunyai suara yang ……………….(hanyir/lunak/comel/licin)

50. Penyanyi bersuara …………… itu baru berusia 5 tahun.(payau/mersik/manis/kelu)


Recommended