Download docx - Lembaran Matematik 4 Mahir

Transcript
Page 1: Lembaran Matematik 4 Mahir

LEMBARAN MATEMATIK 4 MAHIR – PENYELESAIAN MASALAH

Baca situasi harian dengan teliti kemudian kenal pasti operasi terlibat dan jawab dengan pelbagai cara

1. Ezura membeli senaskah buku dengan harga Rm78.90, 2 batang pen dengan harga RM65.45 serta serta sebuah Majalah Dokumentari dengan harga RM85.49.Hitungkan jumlah wang yang perlu dibayar oleh Ezura.

7. Bilangan murid perempuan di SK Kampung Indah ialah 851 orang, manakala bilangan murid perempuan di SK Kampung Ceria ialah kurang 120 orang dari SK Kampung Damai. Bilangan murid perempuan di SK Kampung Damai pula ialah lebih 211 orang daripada SK Kampung Ceria. Hitungkan jumlah murid perempuan bagi ketiga-tiga sekolah itu.

2. Panjang segulung riben ialah 3 798m. Arisya ingin menggunakannya untuk mengikat 18 kotak hadiah. Berapakah ukuran riben yang akan digunakan untuk mengikat sebuah kotak?

8. Jumlah wang tabungan Mak Esah di dalam akaun Tabung Haji ialah RM43 680. Kirakan berapakah jumlah tabungan Mak Esah setiap bulan jika dia telah menabung selama 35 bulan.

3. Rayana mempunyai koleksi setem sebanyak 21 651 keping setem. Pada majlis hari jadinya yang lalu, bapanya telah menghadiahkan setem sebanyak 4 765 keping. Beberapa hari yang lalu dia juga diberikan setem sebanyak 2 689 keping oleh ayahnya. Berapakah jumlah setem yang diperolehinya sekarang.

9. Syarikat Pengeluar Kasut Jaya menghasilkan 12 000 pasang kasut setiap hari. Jika hari bekerjanya adalah 5 hari seminggu. Berapakah pengeluaran kasut yang dapat dihasilkan selama 12minggu?

4. Cikgu Bani membeli 23 botol air mineral yang beratnya 1 500ml. Kesemua air itu akan dibahagikan sama banyak kepada 100 orang murid. Berapa milliliterkah yang akan diperolehi oleh setiap orang murid?

10. Ikhwan mempunyai 23 123 biji guli, Fayyadh pula mempunyai 31 878 biji guli. Manakala Danish mempunyai 19 889 biji guli. Hitungkan jumlah kesemua guli mereka

5. Encik Alifera mempunyai 36 paket gula. Beliau ingin mengagihkannya kepada 30 keluarga. Berapa kilogram kah yang akan diperolehi bagi setiap keluarga jika berat setiap paket gula tersebut ialah 2500 gram?

11. Luas keseluruhan padang sekolah itu ialah 23 565 meter persegi. Hitungkan berapakah luas bagi 1/5 daripada padang itu.

6. Puan Siti bekerja sebagai seorang guru. Dia menerima gaji senyak RM 3 798.16 setiap bulan. Manakala suaminya pula bekerja sebagai Tentera dan menerima gaji sebanyak RM4 613.44. Jika mereka menabung sebanyak 1/5 daripada gaji mereka, berapakah jumlah tabungan mereka setiap bulan?

12. Izzati mempunyai sebiji kek yang telah dipotong sama banyak 12 bahagian. Dia telah menyimpan ¼ biji kek untuk ayah dan ibunya. Dia membawa ke sekolah 2/3 biji kek. Berapakah potongan kek yang masih tinggal?

Page 2: Lembaran Matematik 4 Mahir
Page 3: Lembaran Matematik 4 Mahir
Page 4: Lembaran Matematik 4 Mahir