Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
153
Rajah 1: Landskap sebagai suatu daya tarikan
Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kolaborasi panitia merupakan di antara suatu pendekatan dalam
menghasilkan sesebuah landskap yang cantik. Melalui pembahagian sudut kepada panitia-panita sekolah dapat
melahirkan pelbagai idea yang menarik bergantung pada kreativiti setiap guru-guru. Melalui pendekatan ini,
tanggungjawab dalam bahagian pengurusan fizikal tidak menjadi bebanan kepada satu pihak sahaja. Ia perlu
dilaksanakan dengan melibatkan ramai pihak supaya lebih banyak idea yang dapat dikumpulkan, lebih mudah
untuk menghasilkan landskap. Sesetengah surau sekolah juga bekerjasama dengan ibu bapa pelajar bagi
menghasilkan sesuatu landskap di kawasan surau. Ada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni
bina bangunan dan landskap merupakan suatu bonus dalam membantu pihak pengurusan surau menghasilkan
sesuatu idea. Keterlibatan ibu bapa dalam program sekolah secara langsung atau tidak langsung mempunyai
hubung kait dengan pencapaian pelajar-pelajar. Suhanim Abdullah & Rosnaini Hamid (2006) dalam kajiannya,
ibu bapa didapati kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Penglibatan
ibu bapa dalam pendidikan di sekolah diambil kira dalam pelbagai bentuk penyertaan. Ibu bapa boleh memberi
sokongan terhadap persekolahan anak-anak dengan menghadirkan diri dalam majlis dan program di sekolah.
4.1.2 Replika
Berdasarkan dapatan pengkaji mendapati setiap sekolah menyediakan replika di sudut luar kawasan surau kecuali
Surau al-Falah, SMK Sri Kukup, Johor yang meletakkan replika sebagai pameran di dalam surau. Replika dibina
di kawasan luar surau seperti replika Kaabah, kubur, tongkat Istiwa’ dan jam matahari. Penggunaan replika
Kaabah dan kubur antara replika yang paling banyak ditunjukkan oleh kebanyakan surau sekolah. Sebanyak
empat buah surau sekolah yang meletakkan replika Kaabah di kawasan luar surau iaitu Surau Insaniah, SMK
Dato’ Harun, Selangor, Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor, Surau al-Muttaqin, SMA Mahmudiah,
Terengganu dan Surau al-Ikhlas, SMK Sultan Omar, Terengganu. Surau-surau sekolah ini telah membina sudut
khas taman haji di kawasan perkarangan surau sebagai tempat amali bagi program simulasi dan Eksplorasi Haji
untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor dan Surau al-Ikhlas,
SMK Sultan Omar, Terengganu menyediakan replika Jamratul Aula, Jamratul Wustha, Jamratul Aqabah dan
Makan Nabi Ibrahim. Selain itu turut dipaparkan juga Replika Bukit Safa’ dan Marwah. Penggunaan replika
kubur juga adalah satu inisiatif untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai pengurusan jenazah. Secara
keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali.
Penggunaan replika Kaabah dan Jamrah dilihat memberi manfaat kepada para pelajar sebagai suatu
gambaran melaksanakan ibadah haji. Mereka berpeluang melakukan secara praktikal amali ibadah haji termasuk
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
154
memakai kain ihram, melontar ketiga-tiga jamrah, bertawaf mengelilingi Kaabah dan bersaei. Selain itu turut
didedahkan amalan sunat dan perkara yang haram dilakukan ketika dalam ihram. Penggunaan replika amali haji
dan umrah sangat membantu para pelajar memahami sesuatu teori pembelajaran. Oleh yang demikian,
penggunaan replika ini dianggap satu kaedah bagi memudahkan proses pembelajaran.
Rajah 2: Replika Kaabah untuk eksplorasi haji
Lokasi: Perkarangan Surau al-Ikhlas, SMK Sultan Omar, Dungun
4.1.3 Tulisan khat atau zukhruf
Perhiasan dinding menggunakan tulisan khat atau zukhruf dilihat ada yang dilakarkan sendiri oleh para pelajar
dan ada yang menggunakan tulisan kaligrafi yang telah siap. Sebagai contoh di surah al-Falah, SMK Sri Kukup,
Johor menggalakkan para pelajar menunjukkan bakat seni dengan melukis tulisan khat dan mural dinding surau
dan diberi nama al-Falah Walk. Al-Qur’an dapat diserlahkan melalui seni khat.
Rajah 3: Pelajar sedang melakarkan tulisan khat dan mural
Sumber: http://alfalahsmksk.weebly.com/galeri.html
4.2 Surau An-Nur, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusuff, Batu Gajah, Perak
Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusuff terletak di Jalan Ilmu Batu Gajah, Perak. Musolla di
sekolah ini diwujudkan pada tahun 2003 dengan menggunakan dua buah bilik darjah Pendidikan Khas.
Berdasarkan anugerah yang dimenangi, surau ini telah melahirkan impak yang dianggap suatu kejayaan yang
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
155
besar. Seorang pelajar Non-Muslim bernama Chyr Wei Lun telah meminati program-program yang dianjurkan
oleh pihak surau. Ini membuktikan program yang dianjurkan dapat menarik hati pelajar bukan Islam untuk turut
sama terlibat dalam dakwah Islam. Berdasarkan temubual Responden 4, antara program yang turut disertai oleh
Chyr Wei Lun adalah menyertai puasa di bulan Ramadan dan sering mendengar tazkirah agama yang dianjurkan
oleh pihak surau. Penganjuran program ini merupakan satu pendekatan dakwah bukan sahaja untuk pelajar
Muslim tetapi juga dapat menarik pelajar bukan Islam.
Rajah 4: Lokasi arah hadapan Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff
Sumber: Kajian lapangan 15 Mac 2017
Rajah 5: Ruang dewan solat utama
Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff
Sumber: Facebook Surau An-nur SMK Sultan Yusuff
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
156
Rajah 6: Ruang diskusi
Sumber: Kajian lapangan 15 Mac 2017
Rajah 7: Kelas Kemahiran al-Qur’an (KKQ)
Sumber: Kajian lapangan 15 Mac 2017
4.2.1 Inovasi kitar semula air wudu’
Inovasi kitar semula air wudu` ini dibina pada bulan September 2015 yang melibatkan pelajar sekolah dan guru-
guru. Berdasarkan temubual Responden 4, idea asal adalah daripada Ustazah Ainon Mardziah binti Elias yang
merupakan guru yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan hal-hal surau. Dana yang diperuntukkan
untuk membina inovasi ini adalah lebih daripada RM10,000. Peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan adalah
seperti pam air, saluran pengaliran air, penapis air, tempat takungan air, haiwan-haiwan peliharaan seperti arnab
dan ikan keli, makanan haiwan, benih-benih tanaman, barang-barang untuk cucuk tanam dan sebagainya. Dalam
menghasilkan inovasi ini, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi sebagai contoh semasa proses membina
kolam takungan air, berlaku kebocoran saluran paip bawah tanah. Hal ini telah mengakibatkan pihak surau
mengeluarkan kos untuk membaiki kebocoran tersebut.
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
157
Rajah 8: Carta alir pengaliran kitar semula air wudu’ surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff
Pam 1
Air yang bertakung
akan disedut dan masuk
ke pam
Kolam Ternakan
Ikan keli
Tandas Kebun Sayuran Peliharaan Arnab
Tempat Wudu`
Air akan ditapis untuk
mengeluarkan kotoran
Filter
Parit
Pam 2
Pam akan menyalurkan
air ke tempat-tempat
projek
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
158
Inovasi ini dibina adalah kerana masalah pengaliran air yang tidak bersistematik. Longkang di sekeliling
surau tidak mampu mengalirkan air keluar dan menyebabkan air bertakung. Hal ini mendorong guru-guru
mengambil inisiatif mencari idea bagi membendung masalah tersebut. Oleh yang demikian, lahirnya inovasi kitar
semula air ini yang mampu memanfaat lebihan air wudu` ke beberapa buah projek yang mendatangkan hasil
kepada warga sekolah. Saluran air berkenaan akan dialirkan ke projek penanaman sayur, tempat peliharaan arnab
dan ternakan ikan keli. Selebihnya akan disalurkan ke tandas. Proses kitar semula air, dilakukan tiga kali setiap
hari iaitu waktu solat Subuh, Zuhur dan Asar. Air lebihan wudu` akan dipam dan mengalir ke bahagian tapisan.
Air yang sudah ditapis dialirkan ke projek penanaman sayur, tempat peliharaan arnab dan ternakan ikan keli. Air
selebihnya disalurkan ke tangki tandas. Rajah 8 menjelaskan aliran air keluar dan masuk ke pam.
4.2.2 Projek ternakan ikan keli
Rajah 9: Hadapan projek ternakan ikan Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff
Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017
Projek ternakan ikan keli ini dibahagikan kepada dua kolam. Kedua-dua kolam diletakkan kuantiti dan
jenis ikan yang sama. Kolam pertama diletakkan air paip biasa manakala kolam kedua disalurkan air yang telah
dikitar semula daripada air lebihan wudu’. Setiap hari pelajar-pelajar yang tinggal di asrama secara bergilir-gilir
memberi makanan kepada ikan-ikan. Hasil kajian mendapati keadaan ikan di kolam pertama berebut-rebut ketika
diberi makanan manakala keadaan ikan di kolam kedua kelihatan tenang dan baik.
Rajah 10: Dua kolam ikan berbeza saiz /bentuk di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff
Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
159
Rajah 11: Hasil ternakan ikan keli di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff
Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017
4.2.3 Projek peliharaan arnab
Rajah 12: Projek ternakan arnab di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff
Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017
Rajah 13: Hasil ternakan arnab di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff
Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
160
Lebihan air wudu’ yang dikitar semula disalurkan ke projek peliharaan arnab sebagai minuman arnab.
Air ditapis kotoran terlebih dahulu, kemudian disalurkan melalui tiub. Arnab-arnab tersebut mendapatkan air
tersebut melalui air yang keluar daripada tiub. Arnab diberi makanan setiap hari oleh pelajar-pelajar yang tinggal
di asrama. Arnab-arnab ini sentiasa membiak menjadikan ia semakin banyak dan memenuhi ruang sangkar.
Projek ini memberi satu pendekatan kepada pelajar untuk sesi penyembelihan binatan ternakan mengikut syarak
dan merupakan suatu ilmu kepada mereka. Arnab yang cukup matang, akan menyembelih dan dagingnya
dimasak dijadikan salah satu sumber makanan di asrama.
4.2.4 Projek penanaman sayur
Rajah 14: Penanaman sayur
Sumber: Kajian Lapangan 15 Mac 2017
4.3 Surau Insaniah, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Harun
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Batu
8, Jalan Bernam, Tanjung Karang Selangor. Surau sekolah ini menghasilkan inovasi pengurusan fail yang
sistematik. Fail yang dimaksudkan ialah berkaitan fail aktiviti surau, fail pentadbiran surau dan fail pengurusan
kewangan yang cekap lagi berhemah.
4.4 Surau al-Kauthar, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2
Antara inovasi yang dihasilkan ialah penggunaan arang sebagai nyah bauan.
4.4.1 Inovasi penggunaan arang sebagai nyah bauan
Projek inovasi nyahbau merupakan projek meneutralkan bau busuk yang kurang menyenangkan. Arang
mempunyai keupayaan untuk menyerap bau. Serbuk kayu arang juga dimanfaatkan sebagai agen menstabil dan
menyuling dalam industri air mineral. Arang juga dipakai secara meluas sebagai bahan pembersih dalam kerja-
kerja penyelenggaraan penyaman udara. Keistimewaanya kos adalah murah. Arang mudah diperolehi di mana-
mana kedai runcit dan kedai hardware. Ia mampu menyerap bau busuk untuk satu jangka masa yang lama.
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
161
Rajah 15: Penggunaan arang sebagai nyah bauan A
Sumber: Kajian lapangan 7 April 2017
Rajah 16: Penggunaan arang sebagai Nyah bauan B
Sumber: Kajian lapangan 7 April 2017
Meskipun masyarakat telah menggunakan arang kayu sejak ribuan tahun, namun kegunaannya lebih
banyak untuk bahan bakar memasak. Ini kerana perkembangan teknologi yang memanfaatkan sumber gas alam
dan elektrik sebagai bahan bakar, sehingga menyebabkan penggunaan terhadap arang semakin berkurang.
Bahkan, akhir-akhir ini permintaan arang kayu di pasaran dalam dan luar negeri semakin menurun kerana
masyarakat sudah banyak yang beralih kepada bahan bakar gas dan elektrik. Setelah diabaikan selama beberapa
tahun terakhir, kini munculnya penemuan baru produk arang yang banyak memberi manfaatnya bagi kehidupan
manusia. Kemajuan teknologi moden telah meningkatkan ilmu pengetahuan untuk meneliti manfaat arang bagi
kepentingan manusia dengan pelbagai kegunaan. Hasil penelitian di Jepun menyatakan, arang yang mengandungi
karbon dapat diolah menjadi pelbagai produk yang berkhasiat bagi kesihatan. Di samping digunakan untuk bahan
campuran pakaian dan pertanian. Arang mempunyai banyak ciri menarik seperti mempunyai rongga-rongga kecil
yang sangat banyak arah sehingga 1 gram arang mempunyai luas permukaan sekitar 250 meter persegi. Rongga-
rongga ini dapat melekatkan zat-zat yang berlainan pada dindingnya, yang kemudiannya dilepaskan. Arang
menyerap air dari udara lembab, kemudian melepaskannya pada keadaan udara yang kering sehingga berfungsi
sebagai pengatur kelembapan yang baik. Selain itu, arang juga mempunyai manfaat menyerap bau ruangan yang
tidak sedap dan zat yang merugikan. Arang menghasilkan ion negatif yang membuat orang lebih santai. Infra
merah yang keluar dari pembakaran arang memberikan efek bagi kelancaran peredaran darah, penjernihan air,
alat untuk menjaga sayur dan makanan sentiasa segar, penambah kualiti tanah, pengatur kelembapan dinding dan
lantai rumah dan ubat penyah bau. Arang yang digunakan adalah dari kayu keras. Sementara itu, arang buluh
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
162
mempunyai lebih banyak rongga, sehingga dapat menyerap banyak bau dan air daripada arang kayu. Sedangkan
cuka kayu, cairan yang dibuat dengan mendinginkan titisan air dari asap tempat pembakaran, digunakan mulai
dari alat untuk antibakteria, pembasmi ulat di tapak pertanian hingga ubat penghilang bau serta bahan tambahan
untuk mandi dan produk-produk yang dapat meningkatkan kecantikan.
Arang yang digunakan untuk penjernih air, dicuci dulu lalu disteril dalam air mendidih, kemudian
dikeringkan dibawah matahari. Jika menggunakan arang sebagai pengatur kelembapan dan menyerap bau, maka
memerlukan 8 kg untuk ruangan yang luasnya sekitar 10 hingga 13 meter persegi. Kemajuan teknologi moden
telah mengangkat peningkatan produktiviti ilmu pengetahuan untuk meneliti penggunaan arang memberi
pemanfaatan kepada manusia. Misalnya arang menyerap air dari udara lembab, kemudian melepaskannya pada
kondisi yang kering. Sehingga membuatnya berfungsi menjadi pengatur kelembapan yang baik. Selain itu, arang
juga mempunyai manfaat menyerap bau busuk pada ruangan dalam rumah atau sebagainya. Arang menghasilkan
ion-ion negatif yang membuat orang lebih santai. Infra merah yang keluar dari pembakaran arang memberikan
efek bagi kelancaran peredaran darah.
4.5 Surau al-Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup
4.5.1 Penentuan arah kiblat menggunakan tongkat Istiwa`
SMK Seri Kukup merupakan satu-satunya sekolah yang mempunyai laman cerap falak syarie serta kemampuan
pelajar-pelajar dalam mempraktik simulasi penentukan arah kiblat menggunakan tongkat Istiwa`. Ilmu Falak
adalah penentuan arah kiblat, arah waktu waktu solat, kalender awal bulan Qamariah dan gerhana. Oleh yang
demikian, ilmu Falak mempunyai hubung kait dengan persoalan ibadah. Penentuan arah kiblat merupakan suatu
projek inovasi yang telah dilaksanakan pada tahun 2014. Pemilihan pelajar-pelajar yang terlibat dalam projek ini
adalah hasil pemilihan pelajar yang berjaya dipilih daripada program Imam Remaja. Pelajar-pelajar yang
berminat diajar ilmu penentuan arah kiblat yang melibatkan pengiraan tertentu. Perkongsian ilmu adalah
kerjasama dengan Bahagian Falak Syarie, Jabatan Agama Islam Johor. Projek ini dianggap suatu perkongsian
ilmu yang murni kerana ia memartabatkan ilmu falak di kalangan pelajar. Ilmu falak merupakan suatu ilmu yang
sangat besar dalam tamadun manusia dan dipelopori oleh sarjana Islam teragung seperti al-Khawarizmi. Aktiviti
cerapan ini telah bermula sejak zaman silam lagi. Sejak zaman Nabi dan sahabat, penentuan arah kiblat
dikembangkan teori menggunakan sesuatu benda yang berada di langit sebagai pertunjuk. Semasa Nabi berada di
Madinah, baginda berijtihad bahawa solat mestilah mengadap ke selatan. Posisi Madinah yang berada di utara
dan Mekah di posisi arah ke ka`bah mengadap ke selatan. Merujuk kepada hadis Riwayat al-Tirmidzi nombor
313, Nabi SAW menyatakan antara timur dan barat adalah kiblat. Berdasarkan temubual Responden 2,
mengatakan idea melaksanakan program inovasi adalah daripada seorang guru Pendidikan Islam iaitu Ustaz
Rozamli bin Mohd Rozak. Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 2000.00.
4.5.2 Kaedah tradisi penggunaan tongkat Istiwa` matahari
Merujuk kepada laman blog http://bagan beachboy.blogspot. my/2014/10/ membuat-penandaan- arah-kiblat. html
dimana sebelum seorang itu menandakan arah kiblat, langkah pertama perlu diambil ialah menandakan arah
Timur dan Barat pada kawasan tersebut berpandukan bayang dari cahaya matahari. Sebelum itu, tapak surau
berkenaan perlu diratakan dan diterangkan. Sebatang kayu yang panjang di antara 1 hingga 2 meter dipacakkan
ke dalam tanah. Cara yang terbaik adalah kayu tersebut ditimbang air atau digantung plum bob dengan benang di
sebelahnya supaya kayu yang terpacak itu tegak tidak condong. Selepas itu, bulatan perlu dibuat berjejari radius
1 meter dikeliling kayu tersebut.
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
163
Rajah 17: Mengukur objek bayang matahari
Pada waktu pagi, bayang kayu itu yang mencecah garisan bulatan tadi perlu ditandai dengan kayu
pendek dan dilakukan pada waktu petang. Maka akan didapati dua tanda bayang matahari pada dua waktu yang
berbeza. Seterusnya garisan lurus dibuat bagi menyambung kedua-dua tanda kayu pendek tersebut. Dengan
adanya garisan itu pengkaji dapat menentukan arah Timur dan Barat bagi kayu tinggi yang telah dipacakkan. Ia
akan dapat dihasilkan seperti Rajah 18 di bawah. Setelah selesai menandakan garisan bagi arah Timur dan Barat,
kayu panjang akan dikeluarkan dan dipacakkan di atas garisan tersebut. Jarak sebanyak 5 meter panjang dari
kayu tersebut ke arah Barat diukur dan ditandakan. Pengiraan matematik mudah dengan formula perlu dilakukan.
Bearing arah kiblat perlu dirujuk dalam laman sesawang e-Solat JAKIM. Sebagai contoh pengiraan daerah
Klang, Selangor.
Rajah 18: Objek bayang
Panjang garisan x dalam gambar rajah di atas adalah seperti berikut:
X = tan (22 darjah 20 minit 35 saat) x 5 meter
X = 2.055 meter
Setelah mengetahui panjang garisan X, pembaris sesiku diperlukan untuk membuat garisan menuju ke
arah utara yang bersudut tepat dengan jarak 2.055 meter. Selepas itu, satu garisan dari kayu tinggi perlu dibuat
dan disambungkan ke penghujung garisan X tersebut. Garisan dari kayu tinggi yang bersambung dengan hujung
garisan X itulah merupakan arah kiblat. Oleh itu, selesai kerja penandaan arah kiblat secara manual dengan
berpandukan bayang-bayang dari cahaya matahari.
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
164
Rajah 19: Tongkat kayu Istiwa’
Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017
Rajah 20: Tapak tempat penentuan arah kiblat
Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017
Rajah 21: Gambaran yang dihasilkan dalam menentukan arah kiblat
Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
165
Rajah 22: Pelajar-pelajar sedang membuat pengiraan arah kiblat A
Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017
Rajah 23: Pelajar-pelajar sedang membincang pengiraan arah kiblat B
Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017
4.5.3 Radio al-Falah FM
Idea menghasilkan radio al-Falah FM adalah daripada guru-guru untuk menggalakkan pelajar mencari
pengalaman sebagai DJ Radio. Radio ini bersiaran setiap hari bermula pukul 7.00 pagi sehingga 7.15 pagi
berdurasi selama 15 minit. Pemilihan DJ radio adalah di kalangan pelajar yang memiliki bakat sebagai seorang
DJ. Pihak sekolah memperuntukkan RM 5000.00 untuk menyediakan peralatan sistem seperti mikrofon, PA
sistem, radio, speaker dan sebagainya. Program ini dijalankan secara spontan iaitu semasa perhimpunan pelajar
tanpa mempunyai perancangan yang bersistematik. Selepas itu, guru-guru sekolah meneruskan tradisi
perkongsian idea ini dengan menubuhkan sebuah konti radio khas. Pengisian dan perkongsian maklumat adalah
berbeza-beza mengikut hari yang ditetapkan oleh guru-guru Pendidikan Islam. Di antara pengisian yang
dikongsikan seperti nyanyian Asma ul-Husna, bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an, perkongsian hadis-hadis dan
huraiannya, jadual waktu solat, tazkirah pendek, nasyid dan sebagai salah satu inovasi dalam berdakwah
menggunakan bakat suara.