1.0 PENGENALAN
Lompat Tinggi merupakan salah satu cabang olahraga yang melakukan gerakan
lompatan untuk mencapai lompatan yang setinggi-tingginya. Ukuran lapangan sama dengan
lompat jauh, tinggi tiang minstar 2.5 meter, Panjang mistar 3.15 meter. Acara Lompat Tinggi
adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian
ramai kerana terdapat pelbagai gaya lompatan yang dapat digunakan oleh para atlet. Selain itu,
seseorang atlet memerlukan kebolehan semula jadi dalam acara ini. Persediaan dari segi
mental dan fizikal perlu diutamakan bagi melaksanakan satu lompatan yang baik. Secara
amnya, acara lompat tinggi dikuasai oleh atlet-atlet yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan
yang baik. Namun begitu, terdapat juga atlet yang bertubuh rendah yang telah mencapai
kejayaan kerana mempunyai keistimewaan dalam membuat lonjakan. Hal ini juga terjadi kerana
kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang penting dalam acara lompat tinggi.
2.0 FASA LOMPAT TINGGI
Lompat tinggi boleh dibahagikan kepada 4 fasa pergerakan iaitu :
I. Fasa penujuan II. Fasa lonjakan
III. Fasa layanganIV. Fasa pendaratan
Fasa penujuan Fasa lonjakan
Larian landas menghala ke palang Tindakan kaki untuk menaikkan badan
Fasa Layangan Fasa pendaratan
Gaya dan kedudukan badan ketika berada Sentuhan badan dan bahagiannya di udara dan di atas palang. dengan tempat mendarat.
3.0 GAYA LOMPAT TINGGI
Terdapat beberapa gaya lompat tinggi iaitu:
I. Gaya guntingII. Gaya pelana
III. Gaya timurIV. Gaya guling baratV. Gaya Frosbury Flop
Gaya Gunting
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang.
Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.
Gaya Timur
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan
pelompat melepasi palang secara mengiring.
Gaya Guling Barat
Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘berguling’ selari
dengan palang untuk membuat pelepasan.
Gaya pelana
Gaya ini hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya
seolah-olah meniarap di atas palang.
Gaya Fosbury Flop
Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop. Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang.
4.0 GAYA FLOSBURY FLOP
1. Penujuan
Larian adalah laju dan beritma. Guna larian 5 – 9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung. Larian yang mengikuti lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal, iaitu daya yang
berkecenderungan untuk bergerak keluar daripada pusat putaran. Pelompat melonjak dengan kaki yang berada di dalam cara melonjak sama seperti gaya
gunting.
2. Lonjakan
Pelompat melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki di luar palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakan atau condong sedikit ke belakang. Kaki yang bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan dihayun ke atas. Lutut digerakan melintang badan untuk membantu pusingan badan.
3. Layangan
Semasa berada di udara iaitu semasa berada di atas palang sambil melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan berada di sisi badan. Kedua-dua lutut dibengkokkan. Selepas sahaja badan melepasi palang, kedua belah kaki diluruskan dan digerakkan ke
atas sambil menggangkat kepala ke atas.
4. Mendarat
Pendaratan dilakukan dengan bahagian belakang badan di tilam dahulu. Pelompat mendarat di atas tilam dengan bhagian belakang badan dengan keadaan kaki
lurus ke atas.
Posisi mendarat Flosbury Flop
Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang.Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.1. Fasa Penujuan
Larian landas menghala ke palang
V. Fasa penujuan - larian landas menghala ke palangVI. Fasa lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan
VII. Fasa layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
VIII. Fasa pendaratan –
Lompat Tinggi merupakan salah satu cabang olahraga yang melakukan gerakan
lompatan untuk mencapai lompatan yang setinggi-tingginya. Acara Lompat Tinggi adalah salah
satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai kerana
terdapat pelbagai gaya lompatan yang dapat digunakan oleh para atlit. Lompat Tinggi mula
diperkenakan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah
diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Selain itu, seseorang atlet memerlukan kebolehan semula
jadi dalam acara ini. Persediaan dari segi mental dan fizikal perlu diutamakan bagi
melaksanakan satu lompatan yang baik. Secara amnya, acara lompat tinggi dikuasai oleh atlet-
atlet yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Namun begitu, terdapat juga atlet
yang bertubuh rendah yang telah mencapai kejayaan kerana mempunyai keistimewaan dalam
membuat lonjakan. Hal ini juga terjadi kerana kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria
yang penting dalam acara lompat tinggi.
Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :-
i) Gaya Gunting (Scissors)
ii) Gaya Eastern Cut-off
iii) Gaya Guling Barat (Western Roll)
iv) Gaya Guling Pelana (Straddle)
v) Gaya Fosbury Flop
Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah diperkenalkan bagi
mendapatkan lompatan yang tinggi.