MANUAL MPK BIL : 08 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
TATACARA PELANTIKAN AHLI MAJLIS
DAN PENERIMAAN JAWATAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 9-32
8.0 PENUTUP 33
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka
menjadi tugas kita bersama sebagai warga kerja
MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan
agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu
tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Buku manual ini diterbitkan adalah untuk melaporkan serta
memaklumkan segala proses dan prosedur yang dilaksanakan di
Majlis. Di dalam manual ini juga menerangkan semua prosedur
pengurusan pelantikan dan penerimaan jawatan Ahli Majlis bagi
meningkatkan imej Majlis Perbandaran Klang. Pentadbiran Majlis akan
lebih mantap dengan mendapat sokongan padu daripada Ahli Majlis.
Fokus utama manual ini adalah berkaitan dengan asas mesyuarat,
pembayaran elauan dan juga penggunaan peruntukan dalam
menjalankan program atau pembangunan rakyat.
Marilah kita seluruh warga kerja MPK sama-sama mendokong moto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dan mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Ehsan Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Alhamdulliah, dipanjangkan himpunan kesyukuran ke
hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia, taufik dan
hidayahNya serta selawat dan salam kepada Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W telah mengizinkan untuk
menerbitkan manual ini sepertimana yang telah
dirancang.
Majlis Perbandaran Klang dalam mengorak langkah pembangunan serta
membudayakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan melalui
beberapa agenda yang telah dirancang oleh pihak pengurusan tertinggi
Majlis.
Buku manual ini diterbitkan adalah dapat membantu setiap Ahli Majils yang
dilantik menambah baik pemahaman daripda segi dasar dan prosedur yang
ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan
mahupun masalah. Majlis dalam usaha untuk membuat satu perubahan
melalui perkhidmatan yang diberikan kepada warga Klang bagi mencapai
matlamat dan misi Majlis iaitu „Ke Arah Mewujudkan Bandaraya Terbilang
Di Malaysia Menjelang 2015’.
Akhir bicara, semoga Majlis dalam mencapai kecemerlangan yang
diusahakan, kegemilangan yang bakal digenggam dan keterbilangan bangsa
yang akan dikagumi selaras dengan polisi serta dasar kerajaan Persekutuan
dan Negeri bagi memperhebatkan lagi daya produktiviti serta sanggahan
kerja yang diamanahkan untuk pelaksanakan yang tepat, kemas dan
mencapai matlamat Majlis.
Sekian. Terima Kasih. Wassalam.
(Zaireezal bin Ahmad Zainuddin) Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 5
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 6
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
1.3 Menyelaras dan menyeragamkan pengendalian pengurusan
pelantikan dan penerimaan jawatan Ahli Majlis di Majlis
Perbandaran Klang.
1.4 Manual ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan
pentadbiran Majlis demi membina imej yang lebih cemerlang dan
dinamik.
2.0 LATAR BELAKANG
Buku manual ini disediakan adalah untuk menentukan
pegawai/kakitangan Majlis dengan Ahli Majlis yang dilantik bekerja
sebagai satu pasukan yang kuat dan keupayaan melaksanakan
tanggungjawab mengikut proses dan prosedur pengurusan pelantikan
dan penerimaan jawatan Ahli Majlis bagi meningkatkan imej Majlis
Perbandaran Klang.
Ahli Majlis merupakan wakil kepada Majlis dan Kerajaan Negeri demi
mendapatkan maklumbalas serta keperluan di peringkat masyarakat.
Pendekatan ini diharap dapat merapatkan jurang diantara Kerajaan
dan masyarakat seterusnya meningkatkan tahap penyampaian
perkhidmatan demi mencapai visi, misi dan aspirasi Majlis
Perbandaran Klang.
Pentadbiran Majlis akan menjadi lebih mantap dengan mendapat
sokongan daripada seluruh Ahli Majlis. Dengan itu, buku manual ini
hendaklah dijadikan sebagai panduan yang memperjelas dan
memperkukuhkan proses dan prosedur kerja.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 7
3.0 DEFINISI
i Kerajaan Negeri – Kerajaan Negeri Selangor ii Pihak Berkuasa Negeri –
a. Berhubungan dengan Negeri-negeri Malaysia Barat ertinya Raja dalam Mesyuarat atau Gabenor dalam Mesyuarat sesebuah Negeri dan termasuklah di Negeri Sembilan Yang Dipertua Besar yang bertindak bagi pihak dirinya sendiri dan pembesar-pembesar memerintah;
b. Berhubungan dengan Wilayah Persekutuan, ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan.
iii Ahli Majlis – Ahli Majlis Perbandaran Klang iv Jawatankuasa – Jawatankuasa yang dilantik dibawah Seksyen
28 Akta Kerajaan Tempatan 1976 v Majlis- Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 8
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
TIMBALAN YANG DIPERTUA (N54)
SETIAUSAHA
PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN (N52)
PEGAWAI TADBIR (N41)
KESETIAUSAHAAN (N28)
KESETIAUSAHAAN (N28)
KESETIAUSAHAAN (N27)
KESETIAUSAHAAN (N27)
KESETIAUSAHAAN (N27)
KESETIAUSAHAAN (N27)
KESETIAUSAHAAN (N27)
KESETIAUSAHAAN (N27)
PEMBANTU TADBIR (N17)
PEMBANTU AM PEJABAT (N1)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 9
5.0 SUMBER KUASA
3.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:
i Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
ii Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
iii Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172
iv Perintah Tetap (Mesyuarat) Majlis Perbandaran Klang 2007
v Arahan Perbendaharaan (yang diterimapakai oleh Kerajaan
Negeri)
vi Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak
Berkuasa Tempatan SPBT Bil 1/2011) Garis Panduan
Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
vii Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak
Berkuasa Tempatan SPBT Bil 1/2011) ) Garis Panduan
Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
viii Pekeliling-pekeliling Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat
6.0 SKOP KERJA
Skop kerja pelantikan dan penerimaan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran
Klang adalah seperti berikut:-
i. Proses pelantikan dan penerimaan jawatan Ahli Majlis
ii. Peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis
iii. Pembentukan Jawatankuasa
iv. Kriteria pemilihan Ahli Majlis dalam Mesyuarat Jawatankuasa dan
teknikal
v. Bidang Kuasa Jawatankuasa-jawatankuasa
vi. Peruntukan- Jenis Mesyuarat
vii. Elaun Mesyuarat
viii. Peruntukan program sosial/mesra rakyat
ix. Kemudahan kepada ahli majlis-ahli majlis penguasa tempatan
(Majlis Perbandaran Klang)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 10
7.0 PROSESKERJA
7.1 PROSES PELANTIKAN DAN PENERIMAAN JAWATAN AHLI
MAJLIS
7.1.1 Pelantikan sebagai Ahli Majlis akan dilakukan oleh Pihak
Berkuasa Negeri melalui Surat Pelantikan Ahli Majlis. Ahli
Majlis boleh bertindak di atas jawatannya setelah
menandatangani Borang Pengakuan Menerima Jawatan
dalam Borang A (dalam Jadual Pertama, Akta Kerajaan
Tempatan 1976(Akta 171) di hadapan Majlis Perbandaran Klang
sepertimana yang telah dijelaskan di dalam seksyen 11, Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
7.1.2 Pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa adalah bermula
setelah di perakui di dalam Mesyuarat Majlis. Manakala
cadangan penubuhan jawatankuasa dilakukan selepas Majlis
menandatangani Borang Pengakuan Menerima Jawatan
dalam Borang A.
7.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI MAJLIS
a. SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SISTEM PENTADBIRAN PBT
i. Tindakan mereka tidak boleh bercanggah dengan dasar
yang diputuskan oleh Majlis untuk kepentingan Majlis.
Ahli Majlis/PBT sebagai pihak berkuasa perancang
tempatan dibawah Akta 172. Ahli Majlis juga
melaksanakan Akta 133 mengenai soal-soal
pembangunan fizikal seperti penggunaan jalan, parit
mendirikan baggunan.
b. SEBAGAI PENASIHAT KEPADA MAJLIS
i. Memberikan nasihat kepada PBT mengikut profesyen
dan kepakaran masing-masing.
c. SEBAGAI WAKIL RAKYAT
i. Mewakili kepentingan masyarakat setempat dalam
urusan yang berkaitan dengan kehidupan mereka.
ii. Penghubung kepada kehendak masyarakat setempat
kepada Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 11
iii. Menyalurkan reaksi dan maklum balas masyarakat
setempat berhubung mutu perkhidmatan yang disediakan
oleh PBT.
4. MELULUSKAN UNDANG-UNDANG KECIL
i. Mengadakan undang-undang kecil sebagai panduan
kepada pihak Pengurusan
ii Menyelesaikan masalah tempatan dan menentukan
perkhidmatan asas yang disediakan adalah baik.
5. SEBAGAI PENGUBAL DASAR MAJLIS
i. Mengenal dasar bagi menentukan hala tuju PBT
berkenaan. Dasar yang digubal hendaklah seiring
dengan dasar di peringkat negeri dan pusat serta di
peringkat negeri dn pusat serta mampu memenuhi
kehendak rakyat.
6. SEBAGAI PENDOKONG DASAR MAJLIS
i. Ahli Majlis adalah jurucakap Majlis bagi memastikan
dasar Majlis diterima oleh masyarakat setempat.
7. SEBAGAI PENYEMAK PELAKSANAAN DASAR
i Menentukan dasar-dasar yang telah diputuskan itu
dilaksanakan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh
undang-undang.
ii. Mendapatkan pandangan & maklumbalas dari orang
ramai tentang sebarang penyelewengan jika ada yang
dilakukan oleh mana-mana kakitangan Majlis.
8. SEBAGAI TENAGA PENGGERAK MASYARAKAT
i. Menggalakan penglibatan orang ramai mengambil
bahagian bagi menjayakan sebarang program atau
aktiviti yang dianjurkan oleh Ahli Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 12
7.3 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA
7.3.1 PERUNTUKAN
Mengikut Seksyen 28 Akta 171, Jawatankuasa-Jawatankuasa boleh dilantik untuk menjalankan peranan Majlis yang lebih sesuai dijalankan secara Jawatankuasa.
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tetap ini telah mengambil kira wakil-
wakil parti komponen, kekananan, profesion dan juga pengalaman.
Tiap-tiap Pihak Berkuasa Tempatan boleh dari semasa ke semasa
melantik jawatankuasa-jawatankuasa, sama ada dari jenis am atau
khas, terdiri daripada seorang pengerusi dan sesuatu bilangan
Ahlimajlis dan beberapa orang lain sebagaimana yang difikirkan patut
oleh Pihak Berkuasa Tempatan itu bagi maksud memeriksa dan
melaporkan apa-apa perkara atau menjalankan apa-apa perbuatan
yang pada pendapat Pihak Berkuasa Tempatan itu akan lebih
sesuai dijalankan dengan cara sesuatu jawatankuasa, dan boleh
diwakilkan kepada mana-mana jawatankuasa apa-apa kuasa yang
difikirkan patut melainkan kuasa mendapatkan wang melalui kadar
atau pinjaman dan boleh menetapkan korum bagi mana-mana
jawatankuasa ini.
7.3.2 PENUBUHAN JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
Jawatankuasa-Jawatankuasa perlu ditubuhkan mengikut bidang tugas
masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan perjalanan urusan
seperti yang akan ditetapkan oleh Majlis. Setiap keahlian
Jawatankuasa terdiri tidak lebih daripada dua belas (12) orang Ahli
Majlis (termasuk Datuk Bandar/Yang Dipertua) kecuali bagi
Jawatankuasa-jawatankuasa yang keahliannya telah ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri seperti Jawatankuasa Audit dan Pengurusan
Korporat, Jawatankuasa Tender, Jawatankuasa Sebutharga, Pihak
Berkuasa Melantik, Lembaga Tatatertib dan Jawatnkuasa OSC.
Setiap Ahli Majlis akan menganggotai tidak lebih daripada tiga (3)
Jawatankuasa adalah seperti berikut:-
i) Jawatankuasa Kewangan
ii) Jawatankuasa Kesihatan dan Kawalan Perniagaan
iii) Jawatankuasa Infrastruktur
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 13
iv) Jawatankuasa Pengindahan Bandar
v) Jawatankuasa Perkhidmatan dan Teknologi Maklumat
vi) Jawatankuasa Kemasyarakatan
vii) Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) (4 Ahli Majlis shj
mengikut Arahan Pekeliling Bilangan 6 Tahun 2008:
Penambahbaikkan Pelaksanaan Pusat Setempat)
viii) Jawatankuasa Tatatertib (mengikut Seksyen 16 (4) Akta
171)
ix) Jawatankuasa Tender
x) Jawatankuasa Sebutharga
xi) Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat
xii) Pihak Berkuasa Melantik
Datuk Bandar/Yang Dipertua boleh dengan kelulusannya
mengkehendaki mana-mana Ahli Majlis menganggotai Jawatankuasa
lebih daripada jumlah diatas dengan syarat diperakukan dalam
Mesyuarat Majlis
Ahli JawatankuasanTeknikal hendaklah terdiri daripada Ahli Majlis
yang menganggotai Jawatankuasa yang menerbitkan Jawatankuasa
Teknikal tersebut dan penglibatan ahli selain daripada anggota
Jawatankuasa boleh dibuat mengikut persetujuan Jawatankuasa
tersebut dan diperakukan di dalam Mesyuarat Majlis.
7.4 KRITERIA PEMILIHAN AHLI MAJLIS DALAM MESYUARAT
JAWATANKUASA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA
TEKNIKAL
i. Penguasaan Bahasa Rasmi
- Kefasihan dalam Bahasa Kebangsaan diutamakan.
ii. Pengalaman
Ahli Majlis yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang
yang tertentu yang boleh memberi manfaat kepada
Jawatankuasa berkenaan.
iii. Kepakaran
Mana-mana Ahli Majlis yang mempunyai kepakaran dan
pengetahuan dalam sesuatu bidang disesuaikan dalam
keanggotaan Jawatankuasa tersebut.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 14
iv. Latar belakang pendidikan
Mana-mana Ahli Majlis yang mempunyai latar belakang
pendidikan yang tertentu disyorkan menganggotai jawatankua
sayang bersesuaian.
Contohnya:- Sijil/Diploma/Ijazah berlatar belakangkan kewangan sesuai menganggotai Jawatankuasa Kewangan.
v. Latar belakang Parti/NGO (kuota)
Penempatan Ahli Majlis mengikut portfolio Jawatankuasa
dibahagikan dengan seimbang mengikut latar belakang
Parti/NGO masing-masing.
vi. Syarat-syarat tambahan
Mana-mana Ahli Majlis yang menganggotai Jawatankuasa
Kewangan/Jawatankuasa Sebutharga/Jawatankuasa Tender
tidak boleh mengangotai Jawatankuasa Audit dan Pengurusan
Korporat dan sebaliknya.
7.5 BIDANG KUASA JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
6.5.1 JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)
BIDANG TUGAS
Bidang kuasa Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Majlis
Perbandaran Klang berdasarkan peruntukan Seksyen 28, Akta
Kerajaan Tempatan dan sejajar dengan arahan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan seperti berikut:
i Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dan keahliannya yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 Akta Kerajaan Tempatan 1976 menggantikan Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan termasuk keahlianya dibubarkan, diberikuasa sepenuhnya untuk memutuskan sebarang permohonan bagi kebenaran merancang, pelan infrastruktur, pelan bangunan, pelan kerjatanah, di bawah seksyen 124,124A dan 204D kanun Tanah Negara.
ii Menimbang dan memperakukan perkara-perkara yang melibatkan penguatkuasaan berkaitan bangunan atau perancangan di bawah Akta jalan, Parit dan bangunan 1974 dan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan peruntukan undang-undang yang berkaitan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 15
iii Menimbang dan memperakukan perkara-perkara berhubung dengan perancangan dan pembangunan selain dari perkara dinyatakan di perkara (a) kepada Mesyuarat majlis.
iv Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Klang wajar disampaikan terus kepada pemohon selepas tiga (3) hari jawatankuasa bersidang tanpa menunggu pengesahan minit.
v Menimbang dan membuat terhadap permohonan-permohonan lain yang diletakkan di bawah tanggungjawab Pusat Setempat.
vi Membuat perakuan dan memaklumkan keputusan ke atas permohonan perihal tanah berhubung cadangan pemajuan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.
Undang-Undang/Garis Panduan
i) Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa
Tempatan.
ii) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Pindaan A933 (1995) dan Pindaan A1129 (2001).
iii) Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan, 1974, Pindaan
A435.
iv) Akta 56 tahun 1965 Kanun Tanah Negara.
v) Undang-Undang Kecil Kerja Tanah.
vi) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam.
vii) Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am)
(Selangor 2001)
viii) Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan
ix) Kaedah/Perintah Pemeliharaan Pokok
x) Garis panduan-Garis panduan Perancangan
7.5.2 JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
i) Memperakukan kepada Majlis hal-hal berhubung dengan hasil mengikut Seksyen 39 Akta 171;
ii) Memperakukan kepada Majlis Bajet Tahunan,
Anggaran Tambahan dan Viremen mengikut Seksyen
55, 56 dan 58, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);
iii) Memastikan akaun Majlis diselenggarakan dengan baik
dan penyata kewangan disediakan sebagaimana
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 16
dikehendaki mengikut Seksyen 53 dan 54 Akta 171;
iv) Memastikan rekod inventori dan aset Majlis
diselanggarakan dengan baik;
v) Mengkaji laporan kewangan dari masa ke semasa dan
membuat syor – syor mengenainya kepada Majlis
serta menerima laporan kewangan tahunan dan laporan
audit;
vi) Membentangkan laporan aliran tunai bulanan/tahunan
Majlis.
vii) Memperakukan kepada Majlis perkara – perkara
berkaitan dengan kadar, kiraan nilaian tahunan dan lain-
lain mengikut peruntukan-peruntukan di dalam Akta 171;
viii) Mendengar bantahan dari mereka yang terkilan atas
Nilaian Tahunan yang dikenakan bila menyediakan
sesuatu Senarai Nilaian mengikut Seksyen 142, Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan
memperakukan kepada Majlis keputusan bantahan
taksiran mengikut Seksyen 192 (1) Akta 171;
ix) Mengkaji laporan mengenai pelaburan – pelaburan
harta dan projek-projek penswastaan Majlis;
x) Mengkaji cadangan Undang-undang Kecil dan
kaedah serta peraturan yang baru dan pindaan /
tambahan kepada yang sediada (yang berkaitan);
xi) Menerima penyata kewangan tahunan dan laporan audit Majlis.
Undang-Undang/Garis Panduan
i) Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa
Tempatan.
ii) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976
iii) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil (Prosedur Kewangan dan Perakuan PBT)1976
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 17
7.5.3 JAWATANKUASA KESIHATAN DAN KAWALAN PERNIAGAAN
i) Mengkaji dan meluluskan perancangan kawalan
penyakit berjangkit (vektor) dan kawalan binatang.
ii) Mengesyorkan kepada Majlis langkah-langkah
berhubung dengan keselamatan awam seperti kawalan
kebersihan tempat awam, anak sungai, makanan,
pasar dan lain – lain perkara mengenai kebersihan
dan kacau ganggu seperti yang diperuntukkan dalam
Akta 171;
iii) Mengkaji kes-kes wabak. Contoh : Denggi.
iv) Mengesyorkan kepada Majlis langkah - langkah kawalan
ke atas perniagaan, tred dan perindustrian mengikut
Seksyen 102 (S) Akta 171;
v) Mengkaji dan meluluskan permohonan kelulusan aktiviti
perniagaan yang berisiko dan lain-lain
sehubungan dengannya, serta mengkaji perancangan
penempatan semula penjaja, bengkel, gerai dan
sebagainya;
vi) Mengkaji dan mencadangkan kepada Majlis program-program yang bersesuaian untuk penjaja, pegerai, kontraktor-kontraktor bumiputera dan peniaga-peniaga kecil untuk tujuan pembangunan perniagaan;
vii) Mengesyorkan dan memperakukan kepada Majlis
hal - hal berhubung dengan penglibatan bumiputera
dan penjaja kecil dalam kegiatan ekonomi serta
mengesyorkan dan memperakukan kepada Majlis hal-
hal lain berhubung dengan pelesenan dan
pembangunan usahawan;
vii) Mengkaji cadangan UUK dan kaedah serta peraturan
yang baru dan pindaan/tambahan kepada yang sediada
(yang berkaitan).
Undang-Undang/Garis Panduan
a. Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 18
b. Akta Makanan 1983
c. Peraturan-Peraturan Makanan 1985
d. Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPK 2007
e. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit Berjangkit 1975 (Pindaan 2000)
f. Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971
g. Undang-Undang Kecil Pusat Siber san Siber Kafe (Majlis Perbandaran Klang)2007.
h. Undang-Undang kecil Kolam Renang (Majlis Perbandaran Klang) 2007
i. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (Majlis Perbandaran Klang) 2007
j. Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Klang) 2007
k. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis Perbandaran Klang) 2007
l. Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis Perbandaran Klang) 2007
m. Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Klang) 2007
n. Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (Majlis Perbandaran Klang) 2007
o. Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Perbandaran Klang)
p. Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Klang) 2007
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 19
q. Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007
r. Undang-Undang Kecil Pusat Sukan Persendirian (Majlis Perbandaran Klang)
s. Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Pindaan) 1998
t. Peraturan-Peraturan Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker dan Video) (Kawalan dan Penyeliaan)Selangor 1996.
u. Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
7.5.4 JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR
i) Memperakukan kepada Majlis hal-hal berhubung dengan
kerja-kerja penyelenggaraan, membaiki, memperelok dan
membuat jalan mengikut Seksyen 4 dan 5, Akta Jalan
Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133);
ii) Mengkaji dan menyelaras reka bentuk jalan,
pemasangan perabot jalan termasuk lampu jalan dan
lain - lain berhubung dengan jalan serta
penyelenggaraan;
iii) Mempertimbangkan dan meperakukan cadangan-cadangan penyelarasan sistem pengangkutan awam;
iv) Mempertimbangkan dan memperakukan cadangan-cadangan susun atur aliran lalulintas;
v) Mempertimbangkan dan memperakukan cadangan-
cadangan menaiktaraf sistem perparitan;
vi) Lain-lain hal berkenaan dengan peraturan dan keselamatan jalan raya; viii) Mengkaji cadangan Undang-undang Kecil dan
kaedah serta peraturan yang baru dan pindaan / tambahan kepada yang sediada;
ix) Menyalurkan permasalahan berkaitan Aduan Bangunan Bertingkat dan Hak Milik Strata kepada pihak-pihak yang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 20
berkenaan;
x) Menyalurkan permasalahan berkaitan aduan rumah ibadat kepada pihak pihak yang berkenaan;
xi) Membincangkan dan memeperakukan cadangan penyelesaian bagi isu binaan haram atau binaan tanpa izin.
Undang-Undang/Garis Panduan
i) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976
ii) Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
iii) Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan MPK) Jalan, Parit dan Bangunan 1982
iv) Undang-Undang Kerja di Jalan 1996
v) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta MPK) 1996
vi) Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
7.5.5 JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR
i. Mengkaji dan menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan memperelok/mempercantikkan bandar.
ii. Mempertimbangkan dan memeperakukan cadangan-cadangan menaiktaraf kemudahan awam dan rekreasi seperti kompleks sukan dan gelanggang permainan dan lain-lain;
iii. Mempertimbangkan dan memperakukan langkah-langkah ke arah mempertingkatkan mutu perkhidmatan bandar dan pengindahan lanskap serta penyediaan taman dan rekreasi;
iv. Mengesyorkan kepada Majlis hal-hal lain berhubung dengan kebersihan dan keindahan Bandar;
v. Mempertimbangkan dan memperakukan cadangan-cadangan hal-hal berkaitan pengurusan sisa pepejal dan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 21
pembersihan awam; vi. Menimbang peraturan-peraturan bagi menggunakan
kemudahan yang disediakan dan kadarnya;
vii. Mengkaji cadangan Undang-undang Kecil dan kaedah serta peraturan yang baru dan pindaan/tambahan kepada yang sediada.
Undang-Undang/Garis Panduan
i) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976
ii) Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 1984
iii) Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
7.5.6 JAWATANKUASA PERKHIDMATAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
i) Memperakukan kepada Majlis hal-hal berhubung dengan senarai perjawatan dan perubahan / pertambahan jawatan mengikut seksyen 16 (1) dan (3), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);
ii) Memperakukan cadangan dasar-dasar berkaitan dengan perjawatan, perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia;
iii) Memperakukan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan bagi digunapakai di Majlis;
iv) Menimbang dan meluluskan permohonan-permohonan daripada pegawai / kakitangan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan dan perjawatan;
v) Mengesyorkan kepada Majlis perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan modal insan bagi tujuan peningkatan kualiti dan prestasi perkhidmatan;
vi) Membincangkan mengenai dasar berkaitan kebajikan kakitangan Majlis;
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 22
vii) Mengkaji dan mengesyorkan kepada Majlis cadangan -cadangan bagi program pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi;
viii) Mencadangkan kepada Majlis hal-hal berkaitan perancangan dan pelaksanaan sistem pengkomputeran di Majlis;
ix) Mempertimbangkan dan memperakukan laporan latihan kakitangan dalaman;
x) Mempertimbangkan dan memperakukan laporan Jabatan/Bahagian/ Unit Undang-undang;
xi) Mengkaji cadangan undang-undang kecil dan kaedah serta peraturan yang baru dan pindaan / tambahan kepada yang sediada (yang berkaitan).
Undang-Undang/Garis Panduan
a. Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
b. Kaedah-Kaedah Pekerja (Pelakuan dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Klang 1995.
c. Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
7.5.7 JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN
i. Merancang, menyelaras dan menganjurkan semua program/aktiviti membabitkan persatuan, pertubuhan, golongan belia di taman-taman perumahan berkaitan dan ini termasuklah program-program sukan, kebudayaan, kebajikan, sosial dan pelancongan;
ii. Mempertimbangkan dan memperakukan cadangan-cadangan berkaitan penganjuran bersama bagi program seperti para 3.2.6 (a) yang melibatkan agensi lain ;
iii. Mencadangkan kepada Majlis hal-hal mengenai aktiviti - aktiviti dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan konsep „Mesra
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 23
Rakyat‟ di antara Majlis dan penduduk;
iv. Mengesyorkan kepada Majlis langkah-langkah kawalan terhadap masalah-masalah sosial dan lain-lain isu kemasyarakatan;
v. Mengesyorkan kepada Majlis langkah-langkah ke arah mempertingkatkan aspek pembangunan mampan serta kualiti hidup yang sihat;
vi. Mengkaji cadangan Undang-undang Kecil dan kaedah serta peraturan baru dan pindaan/tambahan kepada yang sediada (yang berkaitan).
UNDANG-UNDANG/GARIS PANDUAN
i. Akta 171 kerajaan Tempatan 1976
ii. Akta 668 (Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007)
iii. Akta Pembangunan Sukan 1997
iv. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
v. Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
7.5.8 LEMBAGA TATATERTIB
Mengikut Peruntukan Akta 171 (per.16(4), Akta Kerajaan
tempatan 1976 (Akta 171).
Datuk Bandar Kuala Lumpur, mengenai Wilayah Persekutuan,
Datuk Bandar atau Yang Dipertua atau wakilnya yang mana
hendaklah seorang Ahlimajlis, Setiausaha dan seorang lagi
Ahlimajlis, mengenai lain-lain Pihak Berkuasa Tempatan, boleh
melantik orang-orang itu ke jawatan-jawatan yang ditunjukkan
dalam senarai yang diluluskan sedemikian dan boleh
menurunkan pangkat atau membuang orang-orang lain bagi
menggantikan mereka.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 24
Dengan syarat bahawa penurunan pangkat atau pembuangan
seseorang Ketua Jabatan atau Timbalannya dari jawatannya
tidak boleh berkuatkuasa sehingga penurunan pangkat atau
pembuangan itu telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Dengan syarat selanjutnya bahawa tiada seorang pegawai atau
pekerja boleh diturunkan pangkat atau dibuang tanpa diberi
peluang yang berpatutan untuk didengar.
Jawatankuasa ini terdiri daripada:-
a. Yang Dipertua
b. Setiausaha; dan
c. Seorang Ahli Majlis yang terdiri daripada Ahli
Jawatankuasa Perkhidmatan dan Teknologi Maklumat.
Penggiliran bergantung kepada kehendak semasa dan
pemilihan oleh Yang Dipertua.
Undang-Undang/Garis Panduan
i) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 ii) Kaedah-Kaedah Pekerja (Pelakuan dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Klang 1995
7.5.9 JAWATANKUASA TENDER
i) Menimbang dan meluluskan perkara-perkara yang
dikemukakan bagi memperolehi kontrak
kerja/perkhidmatan/bekalan yang jumlah perolehan
melebihi RM500,000;
ii) Membuat penilaian dan cadangan lantikan pemborong
atau pembekal mengikut kesesuaian kerja kontrak atau
perkhidmatan yang akan diberikan kepada Majlis;
iii) Membuat syor hal-hal yang berkaitan dengan kontrak
kerja, perkhidmatan dan bekalan;
iv) Mempertimbangkan dan meluluskan permohonan
perubahn kerja, perubahan harga dan lanjutan masa.
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Tender
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 25
Majlis menubuhkan Jawatankuasa Tender seperti
Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil.
6 Tahun 2009. Jawatankuasa ini terdiri daripada :–
a. Yang Dipertua - Pengerusi
b. Timbalan Yang Dipertua
c. Pengarah Kewangan
d. Pengarah Undang-Undang
e. Pegawai Teknikal (Dalaman)
f. Empat (4) Ahli Majlis (masing-masing dari
PKR,PAS,DAP, dan NGO) sebagai Pemerhati.
g. Pengarah Khidmat Pengurusan (Urusetia)
h. Mana-mana pegawai boleh dipanggil sebagai
penasihat.
Undang-Undang/Garis Panduan
i) Kaedah-Kaedah Pembelian Tender dan
Kontrak MPK.
ii) Surat Pekeliling Pentadbiran Bil. 1 Tahun 2001
Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat
Negeri Selangor.
iii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun
2001 (Had Nilaian Perolehan, Kuasa,
Tanggungjawab Lembaga Perolehan Dan
Jawtaankuasa Sebutharga).
iv) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang
kecil (Prosedur Kewangan Dan Perakaunan
PBT, 1996).
7.5.10 JAWATANKUASA SEBUTHARGA
i) Menimbang dan meluluskan perkara-perkara yang
dikemukakan bagi memperolehi kontrak
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 26
kerja/perkhidmatan/bekalan:
a. Bagi kontrak kerja, nilai perolehan adalah antara RM20,000 hingga RM500,000.
b. Bagi kontrak perkhidmatan/bekalan, nilai kontrak perolehan adalah antara RM50,000 hingga RM500,000.
ii) Membuat penilaian dan cadangan lantikan pemborong
atau pembekal mengikut kesesuaian kerja kontrak atau
perkhidmatan yang akan diberikan kepada Majlis.
iii) Membuat syor hal-hal yang berkaitan dengan kontrak
kerja, perkhidmatan dan bekalan.
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Sebutharga
Majlis menubuhkan Jawatankuasa Sebutharga seperti
Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil.
6 Tahun 2009 yang terdiri daripada: –
a. Yang Dipertua - Pengerusi
b. Timbalan Yang Dipertua
c. Pengarah Kewangan ATAU Pengarah Undang-Undang
d. Pegawai Teknikal (Dalaman)
e. Empat (4) Ahli Majlis (masing-masing dari PKR,PAS,DAP, dan NGO) sebagai Pemerhati.
f. Pengarah Khidmat Pengurusan (Urusetia)
g. Mana-mana pegawai boleh dipanggil sebagai penasihat.
7.5.11. JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT
a. Mengkaji keperluan dan keberkesanan Bahagian Audit Dalam mengenai pembentukan struktur organisai, pembangunan kemahiran sumber tenaga manusia dan piagamnya;
b. Mengkaji keberkesanan dan kemampuan piawaian sistem kawalan dalaman Majlis;
c. Menyemak rancangan audit tahunan Bahagian Audit Dalam dan penyelarasan antara audit dalaman dan luaran;
d. Menilai laporan audit dari Bahagian Audit Dalam dan laporan pengurusan korporat untuk
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 27
mencadangkan penambahbaikan dan tindakan susulan pihak pengurusan Majlis;
e. Memberi nasihat kepada Ahli Majlis berhubung dengan penyata kewagan dan laporan kewangan yang dikeluarkan Majlis;
f. Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai kakitangan atau pihak-pihak berkaitan yang didapati melakukan penyelewangan untuk tindakan selanjutnya oleh Majlis;
g. Memastikan Laporan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun serta diserahkan salinan laporan ke Pihak Berkuasa Negeri;
h. Berfungsi juga sebagai Unit Pengaduan Khas yang membolehkan kakitangan Majlis dan orang awam membuat aduan terhadap salah laku kakitangan/pegawai/ Ahli Majlis atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan selesa dan selamat. Hasil siasatan hendaklah dilaporkan kepada Datuk Bandar/ Yang Dipertua Majlis untuk tindakan selanjutnya.
7.6 LAIN-LAIN PERKARA
Membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan
Jawatankuasa yang dihadiri sahaja.
Bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diputuskan
dalam mesyuarat.
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa tidak sah sehingga
diperakukan dalam Mesyuarat Majlis.
Hanya ahli jawatankuasa sahaja akan dibayar elaun kehadiran
(tidak termasuk pemerhati).
Mesyuarat Majlis hanya melulus, tidak meluluskan, meluluskan
dengan bersyarat atau dengan pindaan dan menangguhkan
apa-apa keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa. Sebarang perkara berbangkit di dalam
Mesyuarat Majlis berkaitan keputusan yang dibuat di dalam
Mesyuarat Jawatnkuasa perlu dirujuk semula kepada
Jawatankuasa yang berkenaan.
Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dijalankan di pejabat Pihak
Berkuasa Tempatan dan diadakan satu atau dua (2) kali dalam
sebulan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 28
Semua keputusan Mesyuarat OSC adalah muktamad dan
perludimasukkan sebagai makluman di dalam Mesyuarat
Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 29
7.7 PERUNTUKAN – JENIS MESYUARAT
7.7.1 MESYUARAT MAJLIS
Mengikut Seksyen 20, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),
Mesyuarat Biasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sebulan
sekali yang dianggotai oleh semua Ahli Majlis untuk memperakui
semua perjalanan urusan PBT (Mesyuarat Jawatankuasa).
7.7.2 MESYUARAT KHAS
Mesyuarat yang ditetapkan oleh Datuk Bandar/Yang diPertua pada
bila-bila masa atas permintaan bertulis tidak kurang dari satu per
tiga daripada Ahli Majlis dan hari yang ditetapkan untuk mesyuarat
itu hendaklah dalam tempoh 14 hari dari tarikh permintaan itu
disampaikan. Kourum hendaklah sekurang-kurangnya satu per dua
daripada bilangan jumlah Ahli Majlis.
7.7.3 MESYUARAT JAWATANKUASA
Jawatankuasa yang dilantik di bawah Seksyen 28, Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171) dan bilangan keahliannya telah
ditetapkan mengikut keputusan Mesyuarat Majlis, bagi maksud
memeriksa dan melaporkan sesuatu perkara dan menjalankan
sesuatu perbuatan yang sesuai dilaksanakan secara jawatankuasa.
7.7.4 JAWATANKUASA TEKNIKAL
Jawatankuasa ini terbitan daripada Mesyuarat Jawatankuasa bagi
maksud melaporkan dan menjalankan tugas-tugas khas yang
memerlukan perincian terhadap sesuatu perkara atau isu yang
ditimbulkan atau ditentukan yang tidak dapat diselesaikan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa. Bilangan keahliannya ditentukan
mengikut persetujuan Jawatankuasa serta diperakukan di dalam
Mesyuarat Majlis. Setiap keputusan Jawatankuasa Teknikal perlu
dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang berkenaan
sebelum diperakukan di dalam Mesyuarat Majlis. Jawatankuasa ini
akan terbatal setelah perkara tersebut diputuskan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 30
7.8 ELAUN MESYUARAT
7.8.1 Elaun Mesyuarat adalah bayaran yang dibuat kepada Ahli
Majlis kerana menghadiri mesyuarat. Jawatankuasa selain dari
penubuhan jawatankuasa tidak tertakluk kepada kadar bayaran
ini dan jawatankuasa teknikal yang telah diputuskan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa/ Majlis sahaja akan dibayar elaun.
Pemerhati dalam mana-mana mesyuarat tidak dibayar elaun.
Kadar elaun adalah merujuk kepada Keputusan Mesyuarat
Kerajaan Negeri (MMKN) Bil 2/2012 bertarikh 11 Januari
2012 iaitu dengan kadar yang ditetapkan seperti berikut:-
7.8.2 LAIN-LAIN ELAUN
i Elaun perjalanan, penginapan dan makan layak diterima dengan
syarat ianya adalah arahan rasmi Majlis. Kadar tuntutan yang
diberikan adalah setaraf dengan jawatan Pengurusan dan
Profesional (Gred 41).
ii Kategori arahan rasmi Majlis yang diterimapakai seperti
mengikuti kursus yang melibatkan bidang tugas Ahli Majlis,
bertugas di luar negeri/negara atas fungsi sebagai Ahli Majlis
(jika pengangkutan/penginapan tidak disediakan) dan
menghadiri mesyuarat luar negeri/daerah (jika
pengankutan/penginapan tidak disediakan).
PIHAK
BERKUASA
TEMPATAN
DATUK
BANDAR/YANG
DIPERTUA
AHLI MAJLIS
ELAUN
TETAP
ELAUN
MESYUARAT
ELAUN
TETAP
ELAUN
MESYUA
RAT
MAJLIS
BANDARAY
A
RM2,000 RM150 RM1500 RM150
MAJLIS
PERBANDAR
AN
RM2,000 RM100 RM1500 RM100
MAJLIS
DAERAH
RM1500 RM100 RM1000 RM100
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 31
7.9 PERUNTUKAN PROGRAM SOSIAL/MESRA RAKYAT
Seksyen 101(1) (d), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
memperuntukkan seperti berikut:
„101(1) Selain daripada apa-apa kuasa lain yang diberi kepada sesuatu
pihak berkuasa tempatan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-
undang bertulis lain, sesuatu pihak berkuasa tempatan mempunyai
kuasa bagi melakukan segala atau mana-mana daripada perkara
yangberikut, iaitu:
(d) menjalankan kerja-kerja yang memberi apa-apa faedah am kepada
penduduk-penduduk kawasan piahak berkuasa tempatan;…’
7.9.1 BAYARAN PENGURUSAN
i Bayaran pengurusan yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh
Majlis dan boleh dituntut oleh Ahli Majlis adalah bayaran utiliti
seperti bayaran bil air, bil elektrik, bil telefon/telefon bimbit, sewaan
pejabat, bekalan pejabat dan elaun pembantu sahaja. Kadar
bayaran pengurusan tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan
PBT iaitu tidak melebihi RM2500.00 sebulan.
ii Bayaran gaji kepada pembantu adalah tidak dibenarkan sama
sekali. Jika PBT telah menyediakan kemudahan-kemudahan asas
seperti pejabat, pembantu dan kelengkapan pejabat maka Ahli
Majlis tidak layak membuat tuntutan bayaran pengurusan seperti di
atas.
iii Sebagai langkah-langkah penjimatan kos, Kerajaan Ngeri
menggalakkan penggunaan pejabat pengurusan untuk Ahli Majlis
menggunakan bangunan-bangnan milik Majlis atau Kerajaan
Negeri.
iv Semua tuntutan diatas adalah layak unuk dituntut dengan
mengemukakan semua dokumen-dokumen sokongan pembayaran
seperti invois, resit bayaran, bil-bil pembayaran, nota
penghantaran dan lain-lain yang berkaitan.
v Mengikut Arahan Perbendaharaan 99(a), baucer hendaklah
disokong dengan butir-butir penuh:
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 32
“Semua baucer hendaklah disokong dengan butir-butir penuh
mengenai tiap-tiap satu perkhidmatan, bekalan atau kerja seperti
tarikh, nombor, kuantiti, kiraan jauhnya dan kadar untuk
membolehkan ianya disemak tanpa merujuk kepada apa-apa
dokumen selain daripada yang dikembarkan padanya. Apabila
bayaran dibuat bagi sesuatu kontrak, baucer itu hendakalah
mengandungi rujukan mengenai nombor kontrak itu”.
7.9.2 KADAR PERUNTUKAN PROGRAM SOSIAL/MESRA RAKYAT
i Selaras dengan kehendak Kerajaan Negeri untuk menyeragamkan
kadar tahunan peruntukan diatas, Peruntukan Program Sosial/Mesra
Rakyat bagi Majlis pada kadar tidak kurang daripada RM10, 000.00.
Kadar peruntukan Program Sosial/Mesra Rakyat ini adalah bagi
setiap Ahli Majlis dan tertakluk kepada kemampuan kewangan
Majlis.
ii Setiap permohonan Peruntukan Sosial/Mesra Rkayat oleh Ahli
Majlis hendaklah dibuat didalam borang permohonan yang
disediakan oleh jabatan yang menguruskan peruntkan ini.
7.9.3 LAPORAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PROGRAM
SOSIAL/MESRA RAKYAT AHLI MAJLIS
i Semua perbelanjaan peruntukan Program Sosial/Mesra Rakyat
oleh Ahli Majlis perlu dilaporkan kepada Majlis setiap bulan untuk
makluman di dalam Jawatankuasa Kemasyrakatan.
ii Pembentangan laporan perbelanjaan peruntukan program
sosial/mesra rakyat Ahli Majlis mengikut format yang disediakan.
7.10 KEMUDAHAN KEPADA AHLI MAJLIS-AHLI MAJLIS PENGUASA
TEMPATAN (MAJLIS PERBANDARAN KLANG)
7.10.1 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
i. RAWATAN PERUBATAN
Majlis menanggung perbelanjaan Ahli-ahli Majlis menurut
kemudahan-kemudahan seperti yang diberi kepada
pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 33
Profesional. Majlis menyediakan 2 kategori rawatan
perubatan seperti berikut:-
a. Kad Kesihatan Red Alert Online Majlis menggunakan perkhidmatan kad kesihatan
ini di mana Ahli Majlis dan keluarga (tidak
termasuk ibu bapa) bagi rawatan perubatan iaitu
sebanyak RM200 sebulan untuk klinik-klinik
dibawah perkhidmatan Red Alert Sdn Bhd.
b. Skim Perlindungan Hospitaliti Cuepacs Care Majlis menyediakan satu kemudahan perubatan
Skim Perlindungan Hospitaliti Cuepacs Care untuk
Ahli Majlis dan keluarga dimana had perlidungan
untuk satu kemasukan iaitu RM 20,000.
ii. PAS BULANAN AHLI MAJLIS
Ahli-ahli Majlis akan diberi pas bulanan untuk meletak
kenderaan di ruang-ruang letak kereta yang
diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran Klang di
Daerah Klang dengan syarat kenderaan Ahli Majlis
tersebut didaftarkan diatas nama Ahli Majlis itu sendiri.
iii. LENCANA (CREST) MPK
Ahli Majlis akan diberi percuma Lencana (Crest) MPK
untuk diletakkan di kenderaan bagi kegunaan sendiri.
iv. KEMUDAHAN DEWAN
Penggunaan dewan bagi program-program yang
berbentuk Mesra Rakyat oleh Ahli-ahli Majlis dikecualikan
daripada bayaran.
v. KEMUDAHAN PERALATAN DAN KHEMAH
Penggunaan peralatan dan khemah bagi program-
program yang berbentuk Mesra Rakyat oleh Ahli Majlis
dikecualikan daripada bayaran.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 34
vi. KEMUDAHAN RUMAH REHAT
MPK mempunyai empat (3) buah rumah rehat untuk
kegunaan kakitangan dan Ahli Majlis. Rumah rehat MPK
adalah seperti berikut:-
RUMAH REHAT BILANGAN
LANGKAWI - Sri Lagenda 1 buah
PORT DICKSON - Seri Bulan
- Tanjung Tuan
2 buah
vii. SUMBANGAN URUSAN JENAZAH ATAS KEMATIAN
AHLI MAJLIS
Sumbangan Majlis untuk urusan jenazah atas kematian
Ahli Majlis dan kakitangan yang meninggal dunia yang
masih dalam perkhidmatan ialah RM3,400 dan RM200
untuk pasangan Ahli Majlis dan anak yang masih di
bawah tanggungan yang meninggal dunia.
viii. PENGURUSAN KENDERAAN MAJLIS UNTUK
KEMATIAN AHLI MAJLIS DAN KELUARGA
Penggunaan kenderaan Majlis untuk pengurusan
kematian Ahli Majlis dan keluarga (suami / isteri / anak)
adalah percuma.
Ix. PEMBERIAN PAKAIAN
Majlis membekalkan kepada Ahli Majlis pakaian untuk 2
tahun sekali seperti berikut:-
a. Baju korporat (2 helai) – 2 tahun sekali b. Blazer (sehelai) – 2 tahun sekali c. Beg Briefcase – 2 tahun sekali d. Laptop (sekali sepanjang perkhidmatan)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 35
8.0 PENUTUP
Buku manual ini disediakan adalah sebagai rujukan dan panduan pada semua Ahli Majlis dan kakitangan yang memperjelas dan memperkukuhkan proses dan prosedur kerja Sebarang pindaan mengenai buku manual ini adalah tertakluk kepada pindaan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Majlis Perbandaran Klang. Adalah menjadi harapan, garis panduan yang menyeragamkan pengendalian pengurusan Ahli Majlis ini dapat menambahkan pengetahuan bagi meningkatkan kompentensi Ahli Majlis serta memberi impak yang positif terhadap ketulusan Majlis dalam mentadbir Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 36
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 37
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 38
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 39
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 40