Transcript
Page 1: mampukah anda menjadi pemimpin proaktif

Bagaimanakah kompetensi proaktif dapat diamalkan dalam melakukan tugas–tugas organisasi? Sila nyatakan pandangan anda

Pemimpin yang proaktif perlu mengubah imej dengan membangunkan kapasiti dan potensi kepimpinan guru yang mampu membuat kolaborasi dalam menyelesaikan permasalahan sekolah.Setiap pemimpin sekolah perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menyediakan dan memastikan kualiti pendidikan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan kehendak sebenar masyarakat.

mestilah proaktif, mempunyai inisiatif yang tinggi untuk bergerak ke hadapan, pintar dan berorientasikan matlamat. Kajian Persell et al. (1982) pula menunjukkan guru besar merupakan individu yang istimewa dan mempunyai watak yang hebat, bertenaga, dinamik, komitmen yang tinggi, proaktif, tegas dan bersemangat, asertif, inisiatif, 9 bertanggungjawab, suka membantu, berfikiran terbuka, tenang dan analitikal.

Guru besar sewajarnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi kakitangan bawahannya melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan berdedikasi demi kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya.