BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
1
Tajuk 1
Komponen Pengajaran
Kemahiran Induksi
Penerangan
Penyoalan
Variasi Rangsangan
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen
pengajaran. Terdapat empat kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini:
Kemahiran Induksi
Kemahiran Penerangan
Kemahiran Penyoalan
Kemahiran Variasi Rangsangan
Hasil Pembelajaran
1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro,
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik
darjah.
Fikirkan:
Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P serta berkaitan
antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2
Komponen Pengajaran
Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu:
Kemahiran Induksi
Kemahiran Penerangan
Kemahiran Penyoalan
Kemahiran Variasi Rangsangan
1.1 Kemahiran Induksi
Konsep
• Cara guru memulakan pelajaran
• Guru perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya bersedia dan
berfikir
Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan. Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang guru memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
3
Prinsip-prinsip Induksi
• Bermakna kepada murid
• Berkaitan isi dan objektif pelajaran
• Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada
Kemahiran Induksi (Permulaan)
1. Menarik perhatian murid
• Dengan suara, gerak geri dan kontak mata
• Dengan ABM
• Dengan corak interaksi guru-murid
2. Mewujudkan motivasi
• Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan
unsur menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik.
3. Menstruktur
• Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara
menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan
4. Membuat perkaitan
• Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau
peristiwa semasa yang diminati murid
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
4
1.2 Kemahiran Penerangan
Definisi
Satu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai
oleh guru-guru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah
dapat difahami oleh murid dengan berkesan.
Objektif;
1. Untuk menjelaskan sesuatu – perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain
2. Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll.
3. Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan
sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan
Bentuk-bentuk Penerangan
• Takrif: Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.
• Huraian: Menerangkan sesuatu proses.
• Taakul: Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.
Panduan
1. penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik
2. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid
3. Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran
4. Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas
dengan penerangan yang diberikan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
5
Komponen Penerangan
1. Komponen Struktur
• Penggunaan tanda saran
• Penggunaan contoh-contoh
• Penyimpulan atau rumusan
2. Komponen Penyampaian
kejelasan
pelbagai penekanan
memberi petunjuk
membuat perkaitan dan keutamaan
mengelakkan kekaburan
turutan
maklum balas
Prinsip Kemahiran Penerangan
• Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid.
• Penekanan – intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya.
• Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran – diperingkat, disusun, dikembangkan secara
kemas, sistematik dan teratur.
• Ilustrasi – penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi dan bahan-
bahan visual yang lain.
• Maklum balas – bersedia menerima pandangan dan pendapat murid.
• Penutup – kemas, bermakna, membuat rumusan dan kesimpulan kepada perkara
yang diterangkan.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
6
1.3 Kemahiran Penyoalan
Pengenalan
• Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja
• Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid.
• Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.
Prinsip-prinsip:
• Ditujukan kepada semua murid
• Murid diberi masa berfikir
• Sesuai dengan kebolehan murid
• Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi
• Penyampaian soalan jelas
• Melayan tindak balas murid dengan baik
Objektif penyoalan;
• Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P
• Menimbulkan minat dan ingin tahu murid
• Membantu murid dalam perkembangan daya fikir
• Menggalakkan murid menyoal
• Membantu murid melahirkan idea
Komponen Kemahiran Penyoalan
• Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
7
• Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab
soalan.
• Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid
berfikir
• Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi
jawapan
• Melayan murid dengan adil
• Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.
• Soalan yang jelas dan ringkas
Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)
PENILAIAN
SINTESIS
ANALISIS
APLIKASI
KEFAHAMAN
PENGETAHUAN
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
8
PENILAIAN
Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.
SINTESIS
Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu
rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.
ANALISIS
Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran.
APLIKASI
Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada
sesuatu situasi yang baru.
KEFAHAMAN
Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan
pemahaman.
PENGETAHUAN
Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
9
Teknik Penyoalan
Mencungkil pemikiran murid
Jelas, tepat, dan padat
Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka
Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas
Jenis-jenis penyoalan
1. Soalan Bertumpu (Tertutup)
• Bentuk convergent atau tertutup
• Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman
• Lebih bersifat objektif
• Jawapan atau respon terhad
• Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat
atau pengetahuan yang disampaikan
2. Soalan Bercapah (Terbuka)
• Bentuk divergen atau terbuka
• Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
• Lebih bersifat subjektif
• Jawapan atau respon luas atau terbuka
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
10
• Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan
pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau
pengetahuan yang diperoleh.
1.4 Kemahiran Variasi Rangsangan
Konsep:
Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan
pengajaran mereka diminati dan berkesan.
Komponen Kemahiran
Perubahan tingkah laku guru Perubahan Pertuturan / Suara
Kepelbagaian
Saluran Deria Kepelbagaian Interaksi
KOMPONEN
KEMAHIRAN
Kepelbagaian Media dan Kepelbagaian Kaedah
Bahan Bantu Belajar dan Teknik Mengajar
Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan
1. Perubahan tingkah laku guru
• Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif
• Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat
• Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang sesuai.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
11
2. Perubahan Pertuturan (Suara)
• Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi.
• Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan
menyebabkan murid berasa bosan.
3. Kepelbagaian Saluran Deria
• Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan
daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan
sebagainya.
4. Kepelbagaian Interaksi
• Interaksi guru-murid, murid - murid, individu – kumpulan, kumpulan – kumpulan dan
sebagainya.
• Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita,
berlakon dan sebagainya.
• Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan
5. Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar
• Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid.
• Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan
6. Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar
• Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan
pengetahuan kepada murid.
• Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi pelajaran,
dan semakin seronok murid belajar.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
12
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang kemahiran dalam komponen pengajaran.
Setelah anda menguasai keempat-empat kemahiran, bincangkan ciri-ciri setiap
kemahiran yang dipelajari.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
13
Tajuk 2
Komponen Pengajaran :
Penggunaan Papan Tulis
Pengelolaan Bilik Darjah
Penutupan dan Membuat Kesimpulan
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang komponen pengajaran. Terdapat tiga
kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini, iaitu kemahiran
penggunaan papan tulis,
pengelolaan bilik darjah, dan
penutupan dan membuat kesimpulan.
Ketiga-tiga kemahiran yang tersebut amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.
Hasil Pembelajaran
1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam
bilik darjah.
2.1 Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
Terdapat beberapa jenis papan tulis. Antaranya adalah seperti yang berikut :
Papan Hitam
Papan Putih
Papan Gulung
Papan Planner
Papan Magnetik
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
14
Prinsip Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah
kebersihan
keteraturan
kejelasan
ketepatan
keberkesanan
Langkah-langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah
Memastikan kebersihan papan tulis pada awal dan selepas pengajaran dan
pembelajaran
Menulis butiran pelajaran pada bahagian atas papan tulis – mata pelajaran, tajuk
pelajaran, tajuk latihan, tarikh dan sebagainya
Menggunakan alat tulis yang sesuai, dan berwarna-warni jika perlu.
Langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah
Membahagikan papan tulis kepada dua bahagian agar fokus murid tidak terlalu
luas
Menulis dengan kemas, teratur, tepat, dan diikuti dengan penjelasan atau
penerangan yang berkaitan
Elakkan daripada bercakap mengarah papan tulis sewaktu menulis pada papan
tulis
Pastikan semua murid telah selesai melaksanakan aktiviti penulisan yang diberi
sebelum mengganti atau memadam penulisan terdahulu.
2.2 Pengelolaan Bilik Darjah
Konsep Bilik Darjah
Tempat murid menghabiskan sebahagian masa persekolahannya
Suasana bilik darjah menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Susunan bilik darjah mengawal pembelajaran, perhubungan guru-murid, murid-murid, dan keseronokan berkerjasama.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
15
Jenis-Jenis Bilik Darjah
Biasa (Tradisi)
Bercantum
KBSR/KBSM
Mata Pelajaran Khas
Multimedia
Bestari
Terbuka
Ciri-ciri Bilik Darjah Terbuka (Stephens)
Pengajaran menggunakan kaedah kumpulan/ perbincangan biasa digunakan.
Pelbagai aktiviti dijalankan serentak
Jadual anjal mudah diubah
Banyak ABM/BBM digunakan
Murid berpeluang membuat keputusan
Murid bebas bergerak/ bekerjasama
Murid bebas mengkaji mengikut minat
Penyerapan dan penggabungjalinan
Kaedah dapatan / uji kaji diutamakan
Kumpulan pembelajaran mudah bentuk berdasarkan minat dan akademik., keperluan intelek, emosi dan sosial diutamakan untuk pembentukan sikap positif
Pemberian markah / gred minimum
Perhubungan guru-murid, murid-murid adalah jujur dan terbuka.
Peranan Guru dalam Bilik Darjah
Memberi panduan dan galakan / pakar kaedah pengajaran
Pengajar / pakar mata pelajaran
Pengantara masyarakat dan kebudayaan / wakil masyarakat
Menentukan peraturan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
16
Melaksanakan aturan biasa
Penghubung antara sekolah dengan masyarakat
Contoh dan teladan kepada murid
Pengadil tingkah laku
Pendisiplin / penyelia
Pengganti ibu bapa
Kerani
Kaunselor
Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah
Guru memainkan peranan sebagai pengurus
Mengurus rutin bilik darjah, murid-murid menjalankan tugas ikut jadual bertugas
Mengurus bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Mengurus sukatan pelajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
Guru sebagai Perancang
Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya
Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
Perancangan yang baik menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran
Ciri-ciri Kemahiran Merancang
Kemahiran merancang boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri perancangan yang berikut :
Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid
Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun daripada mudah kepada kompleks, bermakna, relevan, dan menarik.
Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
Utamakan pendekatan berpusatkan murid
Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah pengajaran dan pembelajaran yang lengkap
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
17
Guru sebagai Pengelola
Elemen Kemahiran Mengelola
Tujuan utama mengajar adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran
Keberkesanan pengajaran bergantung pada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid.
Dua Fungsi Utama Pengajaran
Merangsang pembelajaran. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.
Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut objektif
Dalam bilik darjah tugas pengajar membekalkan motivasi untuk merangsang / menimbulkan / menggerakkan murid-murid belajar.
Pengajaran Motivasi Pembelajaran
Pengurusan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran
Menyediakan ruang untuk aktiviti kumpulan/simulasi di samping aktiviti pembelajaran secara kelas.
Pastikan sudut dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai.
Pengurusan Rutin Bilik Darjah
Tugas guru meliputi 3 bidang utama
1. Penyediaan, Pentafsiran dan Penyimpanan Rekod
Rekod Pendaftaran Murid
Buku Jadual Kedatangan
Buku Kemajuan Murid
Kad Himpunan 001 dan 002
Rekod Kutipan Yuran
2. Penyediaan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah
Rutin bilik darjah merujuk pada aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak dilakukan pada setiap hari persekolahan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
18
Menanda jadual kedatangan
Menyemak keadaan fizikal bilik darjah
Menyusun kerusi meja
Mengutip yuran
Pelaksanaan Tugas-tugas Lain
Pengurusan Skim Bantuan Buku Teks untuk murid-murid
Menguruskan biasiswa, Skim Amalan Makanan dan Pemakanan serta Projek Susu Sekolah
3. Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah
Berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang sudut bacaan, dan pengajaran dan pembelajaran, serta kebersihan bilik darjah
Tujuan pengurusannya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas , bersih, dan teratur.
Antara kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah :
menyapu lantai dan beranda
membersihkan papan tulis / menyusun kerusi meja
mengemas ruang dan sudut pembelajaran
susun bahan bacaan di sudut bacaan
menghias dan menjaga alat yang dipamerkan
menjaga penggunaan kipas dan lampu
mengelap cermin tingkap dan menghias meja guru.
Pembahagian kerja kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah
Murid-murid dapat dilatih untuk berkerjasama dan bertanggungjawab terhadap kekemasan dan kebersihan bilik darjah
Menanam sikap rasa bangga terhadap tugas mereka menjaga kebersihan bilik darjah
Kebersihan bilik darjah dapat menjamin kebersihan murid-murid
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
19
Bilik darjah yang bersih mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan murid dan interaksi antara murid dengan murid dapat dipermudahkan dengan susunan kerusi meja yang teratur
Pengurusan bilik darjah yang berkaitan dengan disiplin yang baik adalah seperti yang berikut:
mengawal peraturan-peraturan bilik darjah
mengawal aktiviti kumpulan
mengawal murid bermasalah
Guru sebagai Pengarah
Elemen Kemahiran Mengarah
Mengarah murid-murid menjawab soalan guru
Mengarah mendengar, membaca, menulis, dan mengira
Mengarah membentuk kumpulan
Mengarah menguruskan tugas harian bilik darjah
Mengarah menjalankan aktiviti pembelajaran
Mengarah mematuhi peraturan, disiplin bilik darjah, dan sebagainya Guru sebagai Pengawal
Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan kelas yang kondusif serta sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Mewujudkan suasana dan keadaan yang membolehkan murid-murid mengikut pelajaran tanpa sebarang gangguan
Perkaitan Elemen Bilik Darjah dengan Aktiviti Penilaian
Aktiviti penilaian merupakan salah satu aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Meliputi usaha menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan bahan-bahan pengajaran
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
20
Keberkesanan penilaian boleh ditinjau dari aspek yang berikut :
1. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan penggunaan strategi, kaedah, dan teknik mengajar
2. Keberkesanan pembelajaran dinilai berdasarkan prestasi murid-murid dalam aktiviti
pembelajaran.
3. Keberkesanan bahan-bahan pengajaran dinilai dari aspek penggunaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Dapatan penilaian akan membolehkan guru :
Merancang pengubahsuaian yang perlu untuk membaiki pengajarannya
Merangka strategi baharu untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran, khasnya murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajarkannya
Mengubah suai atau menukar bahan-bahan pelajaran supaya lebih sesuai digunakan. Ciri-Ciri Kemahiran Menilai Boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri penilaian yang tepat dalam proses pengajaran seperti yang berikut:
Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk membuat penilaian
Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid-murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta-merta
Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru Perkaitan Elemen Pengurusan dengan Guru sebagai Perancang, Pengelola, dan Penilai
Perlakuan mengajar dari segi perancangan
Perlakuan mengajar guru dari segi perlaksanaan
Perlakuan mengajar guru dari segi penilaian Peranan Guru Dalam dan Luar Bilik Darjah
Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi yang sesuai.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
21
Penggerak pembelajaran dengan membimbing murid supaya berusaha belajar secara individu atau kumpulan
Pengurusan bilik darjah seperti rutin bilik darjah dan peralatan mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, menjaga keselamatan dan kebajikan, membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian daripada keluarga mereka
Bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat
Tingkah laku guru menjadi contoh (model) teladan kepada murid-murid. Nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid-murid
Pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi
Penasihat dalam aktiviti kokurikulum dengan membimbing menjalankan aktiviti persatuan, kelab, permainan atau unit beruniform mengikut rancangan sekolah.
Membantu pentadbir sekolah menjalankan tugas yang diagihkan oleh Guru Besar / Pengetua.
Memeriksa buku kerja murid, kertas ujian dan peperiksaan, berdasarkan hasil pemeriksaan menilai prestasi murid. Mengenal pasti kelemahan dan merancang aktiviti pemulihan.
Menyediakan kertas soalan, merekod markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan
Mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan untuk meningkatkan mutu pengajaran
Pegawai perhubungan antara Guru Besar/pengetua dengan murid-murid dan antara pihak sekolah dengan ibu bapa
Kesimpulan
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah tidak dapat dipisahkan daripada elemen pengurusan asas, iaitu merancang, mengelola, mengarah, dan mengawal.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
22
Guru sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan hendaklah menguasai semua kemahiran tersebut dan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, licin dan lancar serta mencapai objektif
2.3 Kemahiran Penutupan / Kemahiran Penutupan
Bahagian penutupan merupakan bahagian terakhir sesuatu pembelajaran
Langkah memberi penumpuan perhatian pada penyelesaian satu-satu tugas
atau pembelajaran tertentu
Kemahiran penutupan juga merupakan satu kemahiran atau cara yang berkesan
untuk guru mengakhiri pengajarannya setelah semua komponen pelajaran yang
dirancang pada satu-satu sesi pembelajaran telah selesai dilaksanakan.
Tujuan Merancang Penutupan yang Berkesan
Menarik perhatian murid terhadap penutupan pengajaran
Meninjau pemahaman pembelajaran
Mendapat gambaran terhadap keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran
Menyatukan dan mengukuhkan pembelajaran
Memenuhi fungsi penutupan
Jenis Penutupan
Kesimpulan Kognitif
Tindakan menyimpulkan semula perkara yang telah dipelajari yang bertujuan
mengukuhkan pemahaman terhadap bahan pelajaran yang telah disampaikan
kepada pelajar dan untuk menarik tumpuan terhadap bahagian-bahagian penting
dalam pelajaran.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
23
Kesimpulan Sosial
Melibatkan tindakan perasaan pencapaian kepada pelajar. Guru memberi galakan
dan keyakinan kepada murid agar terus mencuba sekalipun murid mungkin gagal
menguasai pelajaran yang berkenaan. Kesimpulan sosial biasa digunakan selepas
satu siri pembelajaran yang agak teratur.
Objektif Kemahiran Penutupan
Dapat membuat rumusan dan perkaitan berhubung dengan pengalaman pelajar
Dapat menggunakan pelbagai aktiviti semasa mengulang kaji
Dapat menggunakan prosedur dan aktiviti yang sesuai untuk menilai objektif
pengajaran dan pembelajaran murid
Dapat merancang aktiviti susulan
Dapat mewujudkan motivasi melalui kemesraan dan penuh semangat rasa ingin tahu,
unsur-unsur menakjubkan dan aktiviti susulan
Prinsip / Panduan
Penutupan mestilah bermakna kepada pelajar dan sesuai dari segi umur, kebolehan,
minat, dan kecenderungan mereka
Penutupan mestilah berkaitan dengan isi dan objektif pengajaran dan pembelajaran
Penutupan mestilah mewujudkan perkaitan antara pengetahuan sedia ada,
pengalaman, dan sesuatu yang baru dipelajari
Penutupan menandakan perkaitan pelbagai aspek mengenai topik yang telah dipelajari
Penutupan mestilah dapat menilai keberkesanan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran
Penutupan haruslah dapat mencadangkan aktiviti susulan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
24
Komponen Kemahiran Penutup
Kesimpulan Kognitif
Guru membuat rumusan pengalaman dan pengetahuan pelajar
Menggunakan pelbagai aktiviti, misalnya mengulang kaji pelajaran yang telah
disampaikan
Menilai objektif pengajaran dan pembelajaran
Mencadangkan aktiviti susulan bagi aktiviti pengayaan atau pengukuhan
Kesimpulan Sosial
Mewujudkan rasa pencapaian dan kejayaan kepada pelajar, misalnya dengan
memberi pujian, penerapan keyakinan, galakan, dorongan, penghargaan, dan
sebagainya
Gerak kerja lanjutan – aktiviti susulan sebagai pengukuhan dan pengayaan,
biasanya sebagai kerja rumah.
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang kemahiran-kemahiran dalam pengajaran bahasa
Setelah anda menguasai ketiga-tiga kemahiran, sila catat nota dalam bentuk
pengurusan grafik tentang tajuk yang telah dibincangan.
Sila berbincang dengan rakan-rakan untuk memantapkan lagi pemahaman.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
25
Tajuk 3
Teori Huraian Bahasa
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsionalis
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat
empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini:
Teori Tatabahasa Tradisional
Teori Struktural
Teori Transformasi Generatif
Teori Fungsionalis
Teori Tatabahasa Tradisional menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian
berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan,
bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang
pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang
rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula
merupakan pegangan Teori Fungsionalis.
Hasil Pembelajaran
1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam
bilik darjah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
26
Kerangka Konsep
Fikirkan:
Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa
dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah rendah.
Teori Huraian Bahasa
Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? Bagaimana Teori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubungan teori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa tentang konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat. Pemahaman guru bahasa tentangnya membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsionalis
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behavioris
Kognitif
Mentalis
Interaksionalis
Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
27
Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu :
Teori Tatabahasa Tradisional.
Teori Struktural
Teori Tranformasi Generatif
Teori Fungsionalis
3.1 Teori Tatabahasa Tradisional (Panini)
Teori yang paling tua
Antara ahli linguistik yang membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah
Plato dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendeta Za‟ba dan
Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)
Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran
Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum
Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik
Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap
3.2 Teori Struktural (Bloomfield)
Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem, dan ayat
Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari, dan untuk perhubungan
Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan
fakta-fakta yang boleh diperhatikan
Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat
3.3 Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky)
Bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa
Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran
Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena menta.
Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa.
Bahasa bersifat sejagat dan kreatif
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
28
3.4 Teori Fungsionalis (Halliday)
Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa.
Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika
berkomunikasi dan mementingkan semantik.
Kajian menekankan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi.
Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi
interpersonal, dan fungsi tekstual.
Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
sistem bahasa.
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang teori-teori Huraian Bahasa.
Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan
perbezaan antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif
Sila berbincang dengan pensyarah anda sekiranya anda masih kurang faham
tentang teori ini.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
29
Tajuk 4
Teori Pemerolehan Bahasa
Behavioris
Kognitif
Mentalis
Interaksionalis
Sinopsis
Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui cara kanak-kanak
mempelajari bahasa. Tajuk ini penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yang
selaras dengan teori pemerolehan bahasa.
Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:
Teori Behavioris
Teori Kognitif
Teori Mentalis
Teori Interaksionalis
Teori Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan bahawa proses pembelajaran
bahasa memerlukan penekanan pada latihan dan pengulangan yang banyak untuk
membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana teori ini
cuba menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis
pula merujuk pada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori
Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi
pemerolehan bahasa kanak-kanak.
Hasil Pembelajaran
1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam
bilik darjah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
30
Kerangka konsep
Teori Pemerolehan Bahasa
Nota ringkas:
Sebagai guru bahasa yang berkesan, anda perlu tahu cara kanak-kanak mempelajari bahasa. Anda perlu memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dengan tatacara kanak-kanak memperoleh dan mempelajari sesuatu bahasa.
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsionalis
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behavioris
Kognitif
Mentalis
Fungsionalis
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
31
4.1 Teori Behavioris
Dipelopori oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas, dan Brooks
Proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak
untuk membentuk kebiasaan.
Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta
Latih tubi amat digalakkan
Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta
suasana dalam bilik darjah.
4.2 Teori Kognitif
4.3 Teori Mentalis
Dipelopori oleh Chomsky
Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran
Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis
Pengajaran tatabahasa diajar secara formal
4.4 Teori Interaksionalis
Mementingkan aktiviti komunikasi
Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa
Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa
Saya Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Saya yakin bahawa proses pembelajaran merupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata), melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada alam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinya mengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) dan deria kanak-kanak.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
32
Arahan:
Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori pemerolehan
bahasa.
Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.
Tugasan
Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda adalah supaya murid menguasai
pola ayat FN + FA. Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Teori Behavioris.
Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan
mental. Anda dikehendaki mengajar kemahiran “memberi teguran secara
bertatasusila.” Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkan
oleh murid-murid.
Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid dengan
perkembangan mental.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
33
Tajuk 5
Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
Definisi
Membanding beza
Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
Membuat Rumusan
Sinopsis
Tajuk ini merangkumi empat konsep penting. Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang
mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Strategi merujuk cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran. Pendekatan pula merupakan satu set andaian yang membentuk sifat
bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapa kaedah yang
diperkenalkan dalam tajuk ini, iaitu Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah
Terus dan sebagainya memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan sistematik
bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini melibatkan
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama untuk
mencapai sesuatu objektif.
Hasil Pembelajaran
2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan
konsep : strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dengan tepat
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
34
Kerangka konsep
Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa sudah difahami sebaik-baiknya. Sekarang bolehlah saya memilih strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai untuk membantu murid-murid saya mempelajari bahasa dengan berkesan!
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsionalis
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behavioris
Kognitif
Mentalis
Fungsionalis
Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
35
Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik
sebagaimana yang berikut:
STRATEGI
5.1 Strategi
Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan
tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud
cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,
strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran.
5.2 Pendekatan
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran
dan pengajaran yang dijalankan.
Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Eklektik
Pendekatan Komunikatif
5.3 Kaedah
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-
langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti
Pendekatan
Kaedah
Teknik
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
36
dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang
dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti
yang berikut:
Kaedah Natural
Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Kaedah Terus
Kaedah Ajuk Hafaz
Kaedah Linguistik
Kaedah Kod – Kognitif
Kaedah Bahasa Komuniti
Kaedah Oral – Aural
5.4 Teknik
Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang
dicadangkan adalah seperti yang berikut:
Teknik Drama
Teknik Permainan Bahasa
Teknik Perbincangan
Teknik Bercerita
Teknik Latih Tubi
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
37
Tajuk 6
Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa
Induktif
Deduktif
Eklektik
Komunikatif
Berpusatkan Murid
Berdasarkan Bahan
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Sinopsis
Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan
yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan
yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Eklektik
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk
mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan
tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.
Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu
pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi
kandungan.
Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik.
Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
1.1 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif
3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
38
Kerangka konsep
Pendekatan
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
Mana boleh! pendekatan deduktif tentu lebih baik kerana murid digalakkan berfikir untuk membuktikan teori/fakta tertentu!
Pendekatan induktif tentu lebih baik kerana murid tidak diajar secara langsung! Murid diajar menaakul /berfikir tinggi.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
39
Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih kerana menggabungkan segala yang baik-baik daripada pendekatan induktif dan deduktif!
Tetapi jangan lupa, dalam semua pendekatan itu – murid bertutur sesama sendiri, mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, fakta dan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya dengan pengetahuan sedia ada mengenainya.
4.1 Pendekatan induktif
Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan
seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses
penaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek
berkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri.
Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian
yang telah dilakukan oleh mereka.
Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu
daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi
membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya
pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan
proses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada
awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada
data-data yang dipelajari. Antara lain murid-murid dikehendaki:
a. memberi definisi kepada sesuatu konsep
b. menerangkan peraturan-peraturan
c. menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan
d. memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran
Selain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati,
mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan
tertentu mengenainya.
Prosedur pengajaran induktif
Prosedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran
yang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif.
Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
40
Peringkat pendedahan
Pada peringkat ini, guru:
a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada
murid-murid secara tidak langsung;
b. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;
c. membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi
pada bahagian permulaan pengajaran;
d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran
tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkan
objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya;
dan
e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.
Peringkat pembentukan konsep
Pada peringkat ini, guru
a. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;
b. mendengar ayat yang dibina oleh murid;
c. mendengar ayat yang dibina oleh guru;
d. melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;
e. memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.
Peringkat membuat generalisasi
a. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;
b. Murid diberikan latihan dalam kumpulan.
Peringkat penutup
a. Guru menutup pengajarannya;
b. Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;
c. Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
41
4.2 Pendekatan Deduktif
Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut:
Peringkat awal generalisasi
Peringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan,
menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar
seluruh idea.
Peringkat mengemukakan generalisasi
Peringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan
cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa
dan pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru boleh
menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh
membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran.
Peringkat menganalisis konsep
Sebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran
dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru
perlu menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancang
Pendekatan deduktif memerlukan seseorang guru menegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu di peringkat awal pengajarannya sebelum menganalisis hukum-hukum berkenaan dengan menggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebih khusus pendekatan deduktif memerlukan seseorang murid menaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan sesuatu pernyataan, menganalisis fakta atau isi kandungan pelajaran untuk membentuk generalisasi dan membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
42
dan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan
meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.
Peringkat membuat generalisasi
Generalisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan
sama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan
penguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.
Peringkat penutup
Peringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan
hukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan
sebagai aktiviti pengukuhan.
4.3 Pendekatan Eklektik
Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain:
merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak
terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja;
guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;
Barulah saya faham, pendekatan eklektik itu menggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya yakin murid-murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai boleh diajar dengan mudah menggunakan pendekatan ini. Sifat luwesnya membolehkan seseorang guru mengubahsuai aktivitinya dengan mudah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
43
guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.
Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan
kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;
murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir
secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;
pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang
mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.
4.4 Pendekatan komunikatif
Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana
manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal
bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia
berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,
memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan
menyampaikan maklumat.
Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan
melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran
bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.
Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:
makna sangat dipentingkan;
dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan
hafalan;
konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;
pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi;
latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;
pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;
bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid-
murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid
untuk belajar;
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
44
murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur);
terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat
daripadanya;
kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka,
kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.
Tajuk 5
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid
Berdasarkan Bahan
Pemebelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Sinopsis
Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang
berbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi:
Pendekatan Berpusatkan Murid
Pendekatan Berpusatkan Bahan
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti
pembelajaran mereka.
Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran
menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru
atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu
guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran
berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan
murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid
dalam menyelesaikan masalah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
45
Hasil Pembelajaran
1.2 Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif
3.4 Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro
Kerangka konsep
Nota Ringkas:
5.1 Pendekatan berpusatkan murid
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid
memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
46
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan
mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan
aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.
5.2 Pendekatan berpusatkan bahan
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.
Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran
untuk mencapai objektif pelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan
kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.
Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang
abstrak dengan lebih jelas.
5.3 Pendekatan berasaskan projek
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan menarik.
Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
Arahan:
Anda dikehendaki menjalankan pembelajaran berasaskan projek kepada murid
anda.
Anda dikehendaki memberi satu projek ( tajuk yang dicadangkan).
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
47
Bahagikan murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada 5-6 orang satu
kumpulan.
Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuk
tajuk yang diberi.Contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid dalam bentuk
brosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.
Anda dikehendaki mengumpul bahan hasilan murid dan menyimpan ke dalam
folio anda.
5.3 Pendekatan berasaskan masalah
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru
secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh
mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran
berbahasa untuk menyelesaikan masalah.
Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan
tugasan untuk menyelesaikan masalah.
a. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh
Encik Kamal?
b. Apakah puncanya?
c. Apakah kesan masalah itu kepada:
Encik Kamal?
Tugasnya?
Keluarga?
d. Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?
Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan
pendekatan pengajaran berasaskan masalah:
i. Kenal pasti masalah
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
48
Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu
menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya
murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan.
ii. Penentuan masalah
Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah.
Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu
diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan
mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. Guru
membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
iii. Cadangan penyelesaian
Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan
bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai
rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak
hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah.
iv. Penelitian penyelesaian
Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian
masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk
membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai
proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah.
v. Pemeriksaan kesimpulan
Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji
sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah
tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian
masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariu
hendaklah diusahakn.
Tugasan:
1. Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid anda mengenai
penggunaan kata panggilan yang betul dalam kalangan warga sekolah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
49
2. Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untuk
projek tersebut. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilai
keberkesanannya.
Tajuk 6
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan
Sinopsis
Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk mempastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agar
pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Di antara
pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan
Pembelajaran berasaskan aktiviti ini amat sesuai dalam pembelajaran bahasa kerana murid
akan terlibat secara langsung iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang
dijalankan secara sistematik.
Pembelajaran berasaskan situasional memerlukan penggunaan objek secara konkrit, gambar-
gambar dan bahan-bahan maujud yang disertai aksi-aksi yang boleh membantu pengajaran
dan pembelajaran bahasa.
Pendekatan berasaskan permainan pula akan „menghidupkan‟ proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa melalui pelbagai aktiviti permainan. Dengan demikian proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
Hasil Pembelajaran
2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa terjemahan dan terus.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
50
3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
dalam aktiviti pengajaran mikro.
Kerangka konsep
Nota ringkas:
6.1 Pembelajaran berasaskan aktiviti
Kita hendak buat apa ini?
Itulah, semasa cikgu beri
penerangan tidak mahu dengar.
Sekarang bukankah susah!
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
51
Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaran
bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang
terancang secara sistematik.
Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi
tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian
minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
6.2 Pembelajaran berasaskan situasional
Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar
dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-
contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.
6.3 Pembelajaran berasaskan permainan
Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan
permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri
aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan
yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat
berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan
menggunakan bahasa dan aksi.
Tugasan:
Ketika guru merancang pendekatan yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu,
pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran sesuatu tajuk
Bahasa Melayu. Nyatakan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
52
Tajuk 7
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayu secara
konstruktivisme
kontekstual
Sinopsis
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan
daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina
sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil
daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah
satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses
renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara
terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.
Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur
kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk
idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada
setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea
baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
53
Nota Ringkas:
7.1 Prinsip Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang
boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini
menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar
sepanjang hayat.
Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena
dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.
7.2 Pembelajaran dilihat sebagai:
Pengubahan idea,
Pembinaan & penerimaan idea baru,
Penstrukturan semula idea sedia ada
7.3 Pandangan konstruktivisme
Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut
dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang
dilalui.
Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Yalah ... melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklah cikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajar secara berterusan. Terima kasih, cikgu!
Ya! Saya tahu kamu mesti seronok belajar.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
54
7.4 Amalan pengajaran konstruktivisme
Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif,
interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta
membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau
menstruktur semula konsep alternatif mereka.
Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas &
meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu
murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru
atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.
Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran
seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan
perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna
kepada mereka.
Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam
sekeliling.
Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada
interaksi murid dengan alam sekeliling.
Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang
lalu & sedia ada.
Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan
melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam
struktur mental yang sedia ada.
Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka
sendiri.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
55
7.5 Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran
dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran
kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang
melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
Cikgu hendak bawa kamu melawat Zoo Negara. Kita akan lihat pelbagai jenis binatang dan … jangan lupa kamu mesti membuat catatan dan buat folio …
Semua haiwan ini asalnya tinggal dalam hutan di Malaysia. Haiwan ini dilindungi … jika tidak spesis haiwan ini mungkin akan pupus!
Ini haiwankah? Bukankah ini monyet?
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
56
menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan
pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan
pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata
pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat
perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli
keluarga, warga masyarakat dan pekerja.
Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan
dengan kehidupan seharian mereka.
Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri
(memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).
Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda
akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait
dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian
hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.
Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran
pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial,
fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.
Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea
abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
“hands-on” (aktiviti) dan pemikiran, iaitu “minds-on” (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui
satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;
R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks
menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
57
E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks
penerokaan, penemuan dan reka cipta.
A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks
bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi
lain.
C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks
bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.
T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks
pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada
apa yang diketahui.
Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:
(i) pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;
(ii) meningkatkan minat;
(iii) pembelajaran realistik, praktikal;
(iv) pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan
(v) menyuburkan pemikiran kreatif.
Kelemahan pendekatan kontekstual
(i) tahap kefahaman dan kesediaan guru
(ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat
(iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item pengajaran dan pembelajaran;
(iv) kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks;
(v) hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
58
Tugasan
Murid dalam kelas anda sudahpun mempunyai pengalaman tentang Hari Sukan
Sekolah. Berdasarkan pendekatan Konstruktivisme atau kontekstual cadangkan
langkah-langkah pengajaran karangan tajuk “Sukan di sekolah anda.”
Tajuk 8
Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
Secara Masteri
Sinopsis
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus
kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran
Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka
sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Modul ini
mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran
Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
1. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.
2. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap
penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil
Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.
Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa
seseorang murid di tahap tersebut.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
59
Hasil Pembelajaran
i. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
ii. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan
kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
Kerangka konsep
Nota Ringkas
Tahukah anda bahawa pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Masteri dapat memastikan
semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
60
8.1 Model Pembelajaran Masteri
8.2 Kriteria penentuan hasil pembelajaran:
Berdasarkan Sukatan Pelajaran
Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur
Secara eksplisit, jelas dan terperinci
Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor
8.3 Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran:
Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza
Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran
Kemudahan yang sedia ada
Masa yang diperuntukkan
8.4 Penilaian terhadap murid:
Penentuan Hasil
Pembelajaran
Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian
Sudahkah murid
menguasai
Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan
Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan
Unit Pembelajaran 2
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
61
Mengesan pencapaian murid
Mengenalpasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai
Mengenalpasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran.
Menentukan pengayaan dan pemulihan
Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran
8.5 Mengadakan tindakan susulan:
Pengayaan
Pemulihan
Pengukuhan
8.6 Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri
(a) Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
(b) Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan
pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah
disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.
(c) Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk pembelajaran masteri;
Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang
diajar melalui ujian diagnostik;
Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
(d) Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi
pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk
mengatasi masalah itu.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
62
(e) Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan
rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.
(f) Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.
(g) Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar
menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan
dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran
masteri dapat dipendekkan.
8.7 Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri
(a) Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.
(b) Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.
(c) Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:
tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi
(d) Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.
Arahan:
Sila baca dan fahami konsep pembelajaran Masteri
Pastikan anda boleh mengaplikasi pembelajaran Masteri kepada murid dalam
kelas anda.
Anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.