Transcript

BAB 1: PENGURUSAN BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH PENGENALAN Ciri yang menjadikan bilik darjah tempat yang unik dan mencabar 1. pelbagai dimensi 2. serentak 3. segera 4. sukar diramal 5. umum

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku (Richard, 1990)

Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat yang berikut: menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai membentuk suasana pembelajaran yang positif menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p mengurangkan masalah disiplin pengurusan rutin yang berkesan murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri

- bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. ia memerlukan guru yang berkemahiran dan berkemampuan yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah yang telah berlaku. faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah:- perancangan yang rapi guru perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&p yang telah dilaksanakan

pengetahuan tentang keperluan murid-murid keperluan hierarki Abraham maslow (estetik, pengetahuan, penyempurnaan kendiri, penghargaan diri, kasih sayang, keselamatan dan fisiologi)