MSSDKK2020 E-BULETIN
PENGELOLA BERSAMA MSSDKK 2020
SM STELLA MARIS KK (PLC1) DENGAN SK BABAGON TOKI
(PLC INANAM)
2
RENTAK JUARA!!
Acara Lontar Peluru Kategori L15 juga
mencatatkan rekod baharu dengan lontaran
12.59m yang dicipta oleh Mohd Fakhrulrazzi Nor
Sham dari SM Sains Sabah berjaya memadamkan
rekod pada tahun 2018
Kategori L18 dalam acara 400m juga turut
menyaksikan catatan rekod baharu oleh Rey Dern
SM Lok Yuk Kota Kinabalu 51.53s yang mana
rekod lama direkodkan pada tahun 2010. Di arena
1500m juga melakarkan catatan baharu oleh
Muhammad Dzulfikri Bin Matin 4:36.91 dari SMK
Agama Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu.
Beberapa lagi catatan pecah rekod dicatatkan
sepanjang hari kejohanan MSSDKK berlangsung
seperti acara Lontar Peluru kategori L18,
Heptathlon Perempuan Terbuka, 3000m Lelaki
Terbuka
Kemeriahan paluan gendang dan drum menyerikan
lagi suasana MSSDKK 2020 Edisi 52. Dengan
gabungan antara kumpulan sorak SM Lok Yuk Kota
Kinabalu dan SM All Saint sangat meriah dan dapat
meningkatkan semangat kesukanan para atlet.
Jeritan dan laungan semangat begitu “catchy” dan
menghiburkan para penonton warga Stadium.
Turut menjadi viral akan kumpulan sorak ini dan
mendapat pujian daripada netizen.
CATATAN REKOD BAHARU 2020
.
Sepanjang Kejohanan Temasya Sukan Olahraga
MSSDKK Kali Ke-52 telah mencatatkan beberapa rekod
baharu dalam acara Lontar Peluru Kategori L12 pada 15
Februari 2020 lalu di Padang SK Tanjung Aru 1 dengan
rekod 13.87meter oleh Earl Isaac Mitzler dari SJKC St
Peter, Telipok telah berjaya memadamkan rekod 12.15m
yang dicatat pada tahun 2009. Rekod ini sesungguhnya
sangat menakjubkan dan mampu untuk merubah catatan
rekod MSSN dan MSS Kebangsaan.
Acara 4 X 100m Kategori L12 turut melakar sejarah dengan
catatan rekod baharu 0:53.70 oleh SJKC Shan Tao yang
mana dicipta oleh pasukan dari sekolah yang sama pada
tahun 2011 dengan rekod sebelumnya adalah 0:54.41.
Di arena 200m Berpagar Kategori P15 juga turut
menyaksikan catatan rekod pada tahun 2016 oleh
Shekinah Leong 33.54s kini telah dipadamkan oleh Elvie
Binti Lorin dari SMK Likas, Kota Kinabalu dengan catatan
rekod baharu 33.19s
3
HARI KETIGA MSSDKK 19 FEB 2020
(RABU)
Stadium Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu
dimeriahkan lagi dengan beberapa acara yang
dipertandingkan pada hari ini dengan beberapa siri
saringan dalam setiap acara yang diadakan. Turut
mencuri tumpuan apabila raptai penuh persembahan
daripada SM Shan Tao Kota Kinabalu dengan kekuatan
seramai 1200 orang pelajar di tengah padang yang
bakal menghiburkan kepada semua warga stadium di
hari Perasmian Penutupan pada hari kelima kejohanan
nanti.
Kelibat para petugas Teknikal Padang dan anggota
BSMM dan St John Ambulance tidak lekang daripada
perhatian. Mereka melaksanakan tugas dengan
cemerlang tanpa mengira keadaan cuaca yang berubah-
ubah. Kesungguhan mereka patut dipuji kerana sentiasa
memberikan perkhidmatan dan kepakaran mereka
sepanjang kejohanan ini berlangsung.
4
“Kemenjadian
pelajar melalui
aktiviti
kokurikulum
terserlah”
KEMENJADIAN PELAJAR.
5
6
Upacara Perasmian Penutupan turut menyaksikan
persembahan hebat daripada acara akhir 200m, 4 x 200m dan
4 x 400m dalam semua kategori.
Turut diserikan lagi dengan Battle of the battle dengan
gabungan 3 jenis genre muzik yang sangat mengagumkan
yang memperlihatkan kepelbagaian dan keunikan SM Shan
Tao yang diterajui oleh Pengetua Pn Lee Li Leng yang
mencerminkan pembelajaran abad ke-21 literasi masa kini
seramai 1020 orang pelajar.
Kesungguhan dan iltizam yang ditunjukkan menarik perhatian
Puan Tah Nia Binti Hj Jaman A.M.N,,A.S.D.K, Pegawai Pendidikan
Daerah Kota Kinabalu Cemerlang, JUSA C.
Turut sama menyatakan hasrat yang sama oleh YDH ACP
Habibi Bin Haji Majinji, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,
teksnya dibacakan oleh DSP Lee Nyuk Kin, sikap terpuji
para atlet dan kontinjen dalam menjayakan kejohanan ini
menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Pengorbanan dan dedikasi para guru dalam apa jua bentuk
tugasan yang diberikan samada sebagai Pegawai Teknikal,
Hakim dan Pengurus Pasukan dalam kejohanan ini
merupakan satu bentuk amanah selain daripada tugasan di
dalam bilik darjah sememangnya amat membanggakan
demi kemenjadian pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS)
Kejohanan Temasya Sukan Olahraga Daerah Kota
Kinabalu Edisi Ke-52 bagi tahun ini memperlihatkan
pencapaian yang meberansangkan
Kedudukan Rasmi Sekolah Rendah:
Kedudukan Sekolah Emas Perak Gangsa
Johan SJKC Shan Tao, KK 4 3 2
Naib Johan SK Mutiara, KK 2 1 1
Ketiga SJKC Lok Yuk Likas 2 1 0
Kedudukan Rasmi Sekolah Menengah
Kedudukan Sekolah Emas Perak Gangsa
Johan Sm Tshung Tsin 14 10 6
Naib Johan SM Lok Yuk KK (CF) 14 6 5
Ketiga SM LaSalle 6 4 4
7
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA
PEMENANG…
Olahragawan dan Olahragawati MSSDKK2020
KATEGORI NAMA
L12 Earl Isaac Mitzler (SJKC St Peter, Telipok)
P12 Angee Ng Chek Ying (SJKC Shan Tao, KK)
L15 Muhammad Isyhan Bin Thomas Demon
(SM lok Yuk Kota Kinabalu (CF))
P15 Elvie Binti Lorin (SMK Likas)
L18 Rey Dern (SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF))
P18 Mitchelle Leong (SM Tshung Tsin Sabah)
Kesediaan mental dan fizikal…
RUJUKAN:
1. http://mssdkk.ppdkk.edu.my
2. http://sites.google.com/kkhs.edu.my/
olahragamssdkk2020