Cerpen Pengarang Sinopsis Tema / PersoalanPahlawan Buntung S. Othman
Kelantan Mengisahkan pertemuan Khalid (generasi muda) dengan Pak Husain, bekas pejuang negara. Khalid sangat menghormati Pak Husain (Pahlawan Buntung) yang banyak berjasa kepada negara, terutamanya kepada penduduk kampungnya semasa pendudukan Jepun. Dia sanggup bergadai nyawa menyelamatkan penduduk kampung Pulau Pak Amat daripada serangan Jepun. Pak Husain digelar Pahlawan Buntung kerana kakinya kudung akibat terkena bom tinggalan Jepun semasa berjalan di tepi pantai. Pada akhir cerita, Khalid mengiktiraf Pak Husain sebagai pahlawan negara kerana keberaniannya. Dalam cerpen ini plot ceritanya dikembangkan dengan berkesan, bermula dengan pertemuan generasi muda dengan bekas pejuang negara menerusi teknik imbas kembali. Cerpen ini juga sarat dengan mesej yang memberikan penekanan tentang perlunya patriotisme dalam diri seseorang
-keberanian seorang pejuang tanah air yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan negara daripada penjajah- Semangat patriotik yang tinggi dalam diri pejuang negara- ketabahan penduduk kampung dalam mengharungi pelbagai kesulitan dankeperitan pada zaman perang- kasih sayang yang menebal dalamsesebuah keluarga- kerjasama yang erat dalam sebuah komuniti mampu mengeratkan perpaduan-Jasa dan pengorbanan tokoh pejuang yang ingin membebaskan anak bangsadan negaranya daripada penjajah-Sikap masyarakat terhadap perjuangan tokoh kemerdekaan-Amalan bekerjasama untuk menjayakan sesuatu pekerjaan-Sikap prihatin dan menghormati orang tua-Menghargai dan mengenang jasapejuang tanah air
Nilai:
-Gigih
-Rajin
-Kasih sayang
-Insaf
-Patriotik
-berani
-kerjasama
-simpati
-sanggup
berkorban
Prosa Moden
1
Cerpen Pengarang Sinopsis Tema / Persoalan
Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong
Mohamad Latiff Mohamed
Mengisahkan Mak Timah, yang memelihara seorang anak angkat yang cacat, iaitu Pungut. Nama sebenar Pungut ialah Zahara, manakala nama asalnya Yap Siew Hong. Pungut sebenarnya cucu pemilik rumah yang disewa oleh Mak Timah, Bibik. Anak Bibik, Siew Lan tidak mahu memelihara Pungut kerana semasa dia dilahirkan saiznya sebesar sebiji buah betik. Pungut diramalkan oleh doktor akan hidup selama dua tahun sahaja tetapi kini sudah berusia 24 tahun. Kecacatan Pungut menyebabkan dia tidak tahu berdikari. Segala keperluannya diuruskan oleh Mak Timah walaupun ketika dia sakit. Mak Timah sentiasa berdoa agar Pungut akan mati dahulu sebelumnya kerana dia tahu tiada orang yang sudi menjaga Pungut. Mak Timah sangat sayang kepada Pungut walaupun anak-anaknya yang lain tidak menyenanginya. Akhirnya, Pungut tetap tinggal dengan Mak Timah kerana Mak Timah tidak mahu menghantarnya ke rumah kanak-kanak cacat seperti yang dicadangkan oleh anak lelakinya
- ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat dengan penuh kasih sayang.- kasih sayang seorang ibu angkat terhadap anak angkatnya.- kepercayaan kepada kuasa Tuhan kerana manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannnya- ketabahan seorang ibu angkat membesarkan anak angkatnya yang cacat- kepercayaan terhadap amalam karut seperti anak yang membawa sial- sikap tidak berperikemanusiaan ibu kandung yang sanggup menyerahkan anak yang cacat kepada orang lain
Nilai:
-Gigih
-Kasih sayang
-Tabah
-Ikhlas
-Simpati
-Amanah
2
Cerpen Pengarang Sinopsis Tema / Persoalan
3
Idola Zaen Kasturi Mengisahkan seorang lelaki penjaga panggung yang menyimpan minat dan angan-angan untuk menjadi hero bangsawan idolanya. Dia sebenarnya seorang yang bertanggungjawab dan amanah terhadap tugasnya. Suatu hari, dia mendapat peluang berjumpa dengan pelakon bangsawan yang amat diminatinya itu. Dia telah melahirkan apa-apa yang terpendam di hatinya. Hero bangsawan pula melahirkan apa-apa yang dirasai dan dilaluinya dalam kehidupan. Menjadi hero bangsawan rupa-rupanya tidak seindah yang dipamerkan. Hero bangsawan menasihati si penjaga panggung agar berpijak di bumi nyata. Akhirnya, si penjaga panggung menerima kenyataan kehidupannya dengan hati kecewa dan dia sedar bahawa dia patut menjadi dirinya sendiri bukan orang lain. Masyarakat selalu memperkatakan bintang filem, pelakon atau filem. Namun, jarang-jarang sekali memaparkan persoalan yang berkisar tentang penjaga panggung. Cerita seperti ini jarang-jarang diketengahkan dan penulis berjaya menggarap rasa hati orang yang dekat dengan pelakon.
- kecelaruan mencari identiti diri dalam kehidupan sebenar- tanggungjawab seorang pekerja terhadap tugasnya- yakin akan kebolehan dan keistimewaan yang ada pada diri- rasional dalam membuat sebarang keputusan atau sesuatu perkara-kejujuran dalam menyatakan perkara sebenar
Nilai:
-Insaf
-Bantu-
membantu
-Nasihat-
menasihati
-Kasih sayang
-Rasional
-Amanah
-Berbudi
bahasa
-Sabar
Cerpen Pengarang Sinopsis Tema / Persoalan
4
Penanggungan Wijaya Mala Watak Kapten Mamat mengimbau kecelakaan yang berlaku dalam kapalnya yang melibatkan kelasi yang bernama Baharum. Maznah, balu kepada Baharum tidak dapat menerima kenyataan dan menyalahkan takdir atas kejadian yang menimpa suaminya. Maznah mengadukan nasibnya yang malang kepada Kapten Mamat. Maznah menyalahkan kehidupan para kelasi yang sentiasa berada dalam keadaan bahaya. Kapten Mamat berjanji akan berusaha untuk mengurangkan beban keluarganya. Selain itu, Kapten Mamat memberikan kesedaran kepada Maznah bahawa setiap kematian itu telah ditentukan sebab-musababnya. Akhirnya, Maznah sedar bahawa sebagai manusia, dia perlu menerima kenyataan dan mengakui hakikat bahawa itulah lumrah kehidupan
- Perasaan seorang isteri yang sukar menerima kenyataan bahawa suaminya sudah meninggal dunia dan menyalahkan takdir atas kejadian yang berlaku-Setiap manusia akan mati kerana itu merupakan hukum- Penderitaan balu bersama dengan anak-anaknya yang masih kecil- Ketabahan dalam menempuh dugaan hidup- Usaha pihak atasan dalam memperjuangkan nasib ahli dan keluarga mereka
Nilai:
-Kasih sayang
-Bantu-
membantu
-Pasrah
-Simpati
-Hemah tinggi
5
Cerpen Pengarang Sinopsis Tema / PersoalanHutan Rimba Sasjira Mengisahkan kekesalan Pak Tua
sebagai pemandu traktor untuk tujuan pembangunan. Pak Tua mula berasa kesal akan tindak-tanduknya selama ini yang telah menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Namun, Pak Tua berbangga dengan kejayaan dan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik dengan hasil usahanya selama ini. Anaknya telah berjaya menjadi ahli perniagaan, pengurus ladang, pensyarah, dan guru yang bertauliah. Oleh sebab rasa bersalah kerana pekerjaannya itu telah memusnahkan hutan rimba, akhirnya Pak Tua telah mengusahakan hutan simpan bagi memulihara alam sekitar yang telah dimusnahkannya dahulu
- Penyesalan seorang lelaki tua atasperbuatan lalunya yang banyak merosakkan
alam sekitar dan usahanya untukmemulihara hutan rimba yang tercemar.-Kerakusan manusia merosakkan alamsemula jadi untuk memperoleh kesenangan hidup-Sikap ketua keluarga yang mementingkan pendidikan anak-anak-Kegiatan merosakkan alam semula jadi membawa musibah kepada kehidupan manusia sejagat-Usaha-usaha untuk melestarikan alamsemula jadi-Kesepakatan ahli keluarga untuk menguruskan perniagaan yang berasaskan industri pelancongan.
Nilai:
-Keinsafan
-Bijak
-Kerajinan
-Sepakat
6
Cerpen Pengarang Sinopsis Tema / PersoalanTanggar Amanat Amaruszati
Noor Rahim Mengisahkan seorang wanita bernama Hawa yang bakal menjadi seorang ibu. Dia amat menyayangi kandungannya yang berusia empat bulan. Zuriat itu telah dinantikannya hampir lapan tahun. Hawa telah menghadapi konflik sama ada mahu pulang ke tanah air atau terus berada di Amerika untuk mempertahankan empayar perniagaan Ahmad Abdullah. Adam, suaminya ingin pulang ke tanah air. Mereka harus pulang dan memulakan sesuatu yang baharu. Walau bagaimanapun, Hawa tetap mempertahankan hasratnya untuk terus berada di Amerika. Akhirnya, anak dalam kandungannya telah bertindak sebagai suara hati nurani untuk mengajak ibunya melihat secara mendalam akan rasional keputusan yang dibuat. Melalui dialog, anaknya berjaya menyedarkan Hawa bahawa dia tidak perlu bersekongkol dengan Amerika kerana keuntungan perniagaan tersebut secara tidak langsung membiayai musuh . Akhirnya, Hawa membuat keputusan untuk pulang ke tanah air bersama-sama suaminya, Adam.
- Ketegasan seorang wanita dalam mempertahankan empayar perniagaanyang merupakan warisan keturunannya- Konflik jiwa seorang isteri / ibu- Perasaan simpati seorang anak terhadap masalah yang dihadapi oleh ibunya- Usaha gigih akan membawa kejayaan kepada seseorang itu walaupun berada di rantau orang- Kasih sayang seorang ibu terhadap anak melebihi segala-galanya- Kesabaran seorang suami amat penting untuk memastikan keluarganya harmoni- Sikap berpada-pada dalam memegang prinsip atau pendirian
7
NOTA DRAMA:
Drama Sinopsis Tema / Persoalan NilaiTiang Cengal Dinding Sayung(Suriani Mohd Yusof)
Memaparkan kisah anak yang tidak sabar dan mementingkan kerja serta sikap ibu dan bapa yang sangat berdikari tanpa mengharapkan anak-anak. Plot dibina secara kronologi. Penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dan sesuai dengan pemikiran pembaca.
-Perasaan cinta seorang isteriterhadap suaminya.-Pengabaian kasih sayang dan perhatian anak-anak terhadap ibu bapa sebagai akibat kesibukan masing-masing dalam mengejar kerjaya dan kemewahan hidup-Kesetiaan seorang isteri terhadap suami-Kesibukan anak-anak dalam kerjaya sehingga mengabaikan ibu bapa-Jasa ibu bapa yang tidak ternilai harganya-Kasih sayang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit
Kasih sayang Hormat-menghormati Sabar Menghargai jasa Prihatin Tanggungjawab Kegigihan Keinsafan Berhemah tinggi
8
Drama Sinopsis Tema / Persoalan Nilai1400(Noordin Hassan)
Drama yang menarik dan mengandungi banyak mesej. Antaranya sikap manusia yang lupa asal usul. Akhirnya watak yang lupa diri dan asal usul ini telah diuji dengan petaka dan akhirnya kembali ke jalan yang benar. Selain itu, watak isteri yang ikhlas dan penuh kelembutan juga menerima nasib yang kurang baik akibat perbuatan salah suaminya. Akhirnya berlaku perpisahan.
-Penghijrahan manusia yang hidup dalam kemewahan sehingga lupa akan agama dan asal usul setelah
diuji dengan musibah-Kepatuhan pada suruhan agama merupakan asas utama bagi kesejahteraan hidup-Kepercayaan terhadap amalan yang syirik dan khurafat-Kesanggupan menipu orang lain demi kesenangan hidup-Kesedaran dan keinsafan atas
kesilapan yang telah dillakukan
Ketabahan Keberanian Harmoni Ketaatan Keadilan Kesederhanaan Keinsafan Baik hati
9
Drama Sinopsis Tema / Persoalan NilaiDato’ Onn(Othman Haji Zainuddin)
Mengungkap semangat kebangsaan dan penentangan Malayan Union. Drama muzikal ini memberikan pengetahuan sejarah tentang isu Malayan Union dan bagaimana orang Melayu yang diketuai oleh Dato’ Onn berusaha menentangnya bagi mendapatkan kemerdekaan. Penulis telah menggunakan bahasa yang segar diselang-seli dengan watak pencerita. Kegigihan dan ketegasan Dato’ Onn dipaparkan dengan jelas dan usaha tersebut berjaya membawa negara untuk mencapai kemerdekaan. Drama ini membawa mesej tentang kegigihan tokoh terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan betapa pentingnya kita sebagai generasi kini menjaga kemerdekaan tersebut
-Perjuangan tokoh kemerdekaan yang membebaskan negara daripada penjajahan-Kesedaran untuk membangkitkan semangat rakyat-Pengambilalihan pucuk kepimpinan untuk meneruskan perjuangan
Kasih sayang Amanah Berani Setia Patriotik Bersatu Kerjasama Rajin Mempertahankan hak dan maruah Berpandangan jauh Rasional Tegas
10
NOTA PROSA TRADISIONAL:
Prosa Tradisional
Sinopsis Tema / Persoalan Nilai
Hikayat Langlang Buana
Menampilkan seorang wira yang dalam pengembaraan mencari seseorang atau sesuatu. Prosa juga mengemukakan watak wira yang serba boleh, Raja Indera Bumaya mampu bertukar-tukar rupa untuk mendekati puteri yang dihajatinya. Baginda juga mampu menyeru jin untuk membantunya berperang. Pembaca turut dihidangkan dengan penggunaan pantun dalam berkomunikasi bagi menyampaikan hasrat dan hajat. Pantun ini mengandungi makna yang mendalam.
- Kebijaksanaan dan kehebatan anak raja yang mempunyai kuasa luar biasa dalam usahanya menakluki hati puteri idamannya- kesungguhan dalam mendapatkan sesuatu yang diidamkan- kebijaksanaan dalam menggunakan akal fikiran untuk memperoleh sesuatu yang dihajati- sikap manusia yang berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang- taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah
Hormat-menghormati
Setia Berani Kasih sayang Kegigihan Tanggungjawab
11
Prosa Tradisional
Sinopsis Tema / Persoalan Nilai
Hikayat Siak Penulis menghidangkan kisah waris Marhum Mangkat Dijulang, iaitu Tuan Bujang. Dalam mempertahankan haknya, Tuan Kecik telah pergi ke Mengkalis dan orang Minangkabau yang berada di sana telah menjunjung duli dan memberi taat setia kepadanya. Raja Kecik kemudiannya telah berpakat dengan Raja Bugis untuk menyerang Johor. Setelah berjayamenawan kembali Johor, Raja Kecik telah diduga dengan permintaan rakyatnya di sana untuk menawarkan air yang masin bagi membuktikan kesahihan bahawa baginda benar-benar merupakan waris Marhum Mangkat Dijulang. Dengan kejayaan baginda menghadapi dugaan itu, akhirnya baginda ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Raja Johor
- keistimewaan keturunan raja yang berdaulat yang menuntut bela atas kematian ayahandanya dan merampas semula takhta kerajaan miliknya- kehebatan kuasa daulat yang dimiliki oleh pewaris raja yang sebenar- kebijaksanaan mengatur strategi perang dan menggunakan akal fikiran- taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah- melakukan sesuatu tindakan secara terburu-buru tanpa mengawal hawa nafsu
Kasih sayang Nasihat-menasihati Bijaksana Berani Muafakat Kegigihan Kesetiaan Tanggungjawab
12
Prosa Tradisional
Sinopsis Tema / Persoalan Nilai
Dua Geliga Hikmat
Menampilkan wira yang dalam pengembaraan mencari seseorang atau sesuatu dan engemukakan watak wira yang serba boleh. Watak Inderaputera digambarkan lebih realistik. Watak ini menggunakan akalnya dan kekuatan yang ada padanya sebagai manusia untuk berdepan dan menewaskan jentera yang berupa haiwan yang menjaga istana puteri kayangan yang memiliki geliga hikmat..
Keberanian, kegagahan, keperkasaan dan kehebatan seorang lelaki yang tiada tolok bandingnya
Tipu muslihat untuk memenuhi hajat di hati
Cabaran dalam kehidupan yang perlu dihadapi dengan berani dan bijaksana
Kebijaksanaan bertindak dan berfikir menyelesaikan masalah
Membantu orang yang mengalami kesusahan
Kasih sayang Bijaksana Rasional Berani Bantu-membantu Sopan santun
13
Prosa Tradisional
Sinopsis Tema / Persoalan Nilai
Hikayat Opu Daeng Menambun
Kisah Opu Daeng Lima Bersaudara yang berjaya meluaskan pengaruh dan pemerintahan mereka di Tanah Melayu. Keupayaan mereka diperakui oleh raja-raja Melayu di Nusantaraa ini. Mereka sering meminta bantuan daripada Opu Daeng Lima Bersaudara semasa mereka berada dalam kesusahan. Sebagai balasan, Opu Daeng Lima Bersaudara diberi jawatan tertinggi dalam kerajaan dan ada juga yang mengahwinkan anakanda atau saudara mereka kepada Daeng-daeng tersebut. Daripada kisah peluasan pemerintahan ini, para pembaca dapat melihat kekuatan ikatan persaudaraan, keberanian, dan kebijaksanaan mereka merancang untuk meluaskan pengaruh dan ketuanan mereka di kawasan ini. Secara keseluruhannya, kisah yang dibawa ini mengandungi nilai-nilai positif yang perlu diterapkan dalam menjaga hubungan diplomatik dan keutuhan pemerintahan sesebuah negeri
Kebijaksanaan, kehebatan dan kepahlawanan lima bersaudara bagi meluaskan pengaruh dan ketuanan
Kesetiaan rakyat terhadap pemerintah
Mengembalikan maruah bangsa
Perpaduan dan permuafakatan demi menjamin kejayaan
Penghargaan terhadap khidmat atau pertolongan yang diberikan
Keberanian Muafakat Kasih sayang Kegigihan Perpaduan
14
NOTA PUISI MODEN – SAJAK
Sajak Tema Persoalan NilaiDirgahayu Bahasaku (Ahmad Sarju)-Penyajak menyampaikan mesej tentang isu bahasa Melayu dan mengajak pembaca menghayati dan mencintai bahasa kebangsaan serta menyeru pembaca agar sama-sama berusaha memartabatkannya ke mata dunia
Kedaulatan bahasa Melayu yang tinggi martabatnya wajar dipetahankan
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Kecekalan hati pejuang bahasa dalam mengembangkan bahasa Melayu
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
bahasa perpaduan dan penyatuan masyarakat
Penerimaan dan penghayatanmasyarakat dunia terhadap bahasa Melayu
Berani Ikhlas Berhemah tinggi Memelihara maruah bahasa Cinta akan bahasa
kebangsaan Tanggungja-wab kesyukuran
Sajak Tema Persoalan NilaiKecek – (V)(Awang Abdullah)-Penyajak secara sinis menegur sikap orang berada yang tidak jujur dalam mengumpul harta untuk diri dan keluarganya. Mereka sanggup melihat orang lain hidup susah asalkan mereka hidup senang. Penyajak ingin mengingatkan pembaca bahawa apa-apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini, semuanya tidak terlepas daripada pengetahuan Tuhan. Perbuatan yang baik pasti mendapat balasan yang baik, sementara perbuatan yang jahat pasti akan menerima balasan yang setimpal
Sifat manusia yang berbeza dalam melakukan sesuatu akan mempengaruhi kehidupan seseorang
Ketamakan harta dan wang ringgit sehingga
sanggup menipu orang lain Kesenangan hidup yang diperoleh
daripadasumber rezeki yang tidak berkat
Kehidupan hidup yang dilalui dengan tabah
Kegigihan mencari rezeki yang halal Setiap perbuatan akan menerima
pembalasan daripada Tuhan
Kejujuran Ketabahan Kegigihan Keadilan
15
Sajak Tema Persoalan NilaiBangkitlah(Rejab F.I.)-Penyajak menyeru anak-anak muda untuk bangkit dan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Bumi yang kaya dan subur ini disarankan oleh penyajak untuk diusahakan demi kepentingan masyarakat kini dan generasi akan datang
Cinta akan negara (patriotisme)
Sikap malas yang perlu dikikis Penyesalan akibat berssikap malas Memulakan langkah untuk merebut
peluangyang ada sebelum terlambat
Anjakan paradigma Sifat manusia yang tidak terlepas
daripada kesilapan
Kejahilan akan menjauhi seseorang daripada cahaya keimanan
Bertaubat dan kembali kepada suruhan Tuhan
Berani Insaf Jujur Cinta akan negara Kerajinan Kesyukuran
Sajak Tema Persoalan NilaiPasar Perasaan(T. Alias Talib)-Pembaca dihidangkan dengan kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang bersuara di warung-warung. Penyajak secara sinis telah menegur sikap masyarakat ini yang menyuarakan pendapat mengikut perasaan tanpa menggunakan akal fikiran.
Kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang menyuarakan pendapat tanpa menggunakan akal di warung-warung
Pengunjung warung yang penuh dengan pelbagai sifat manusia
Sikap emosional ketika berhujah Kepelbagaian isu semasa diperkatakan
oleh pengunjung warung Perbincangan yang berasaskan fikiran
dan pendapat yang dangkal
Sabar Tabah Berfikir rasional Berhati-hati Kebijaksana-an
16
Sajak Tema Persoalan NilaiDi Bawah Langit yang Sama(Lim Swee Tin)-Penyajak mengingatkan kita tentang manusia semuanya tetap sama walaupun di mana-mana sahaja kita berada
Bertemakan kemanusiaan sejagat kerana manusia yang ada di muka bumi ini adalah sama kerana semuanya berada di bawah langit yang sama
Tanggungjawab setiap manusia untuk mewujudkan keamanan dunia
Halangan ketika menjalin hubungan baik antara masyarakat dunia
Perkongsian sumber alam secara adil dan saksama
Kasih sayang Perpaduan muafakat Hormat-menghormati Berpandang-an positif
Sajak Tema Persoalan NilaiArkitek Kota(Muhammad Haji Salleh)-Penyajak mengajak pembaca untuk mendalami kerjaya sebagai seorang perancang bandar atau Arkitek Kota. Beliau menekankan peri pentingnya peranan perancang bandar dalam melaksanakan pelan pembangunan di sesebuah bandar, iaitu dengan tidak mengabaikan kepentingan alam sekitar. Penyair menjelaskan perlunya ada keselarasan dan keseimbangan antara pembangunan kota dengan penjagaan alam sekitar. Keseluruhan sajak ini mendidik kita agar menjaga dan menghargai alam sekitar
Keseimbangan dan keselarasan dalam pembangunan bandar bagi memastikan alam sekitar terpelihara dan bandar menjadi sempurna
Ciri-ciri seorang perancang bandar yang baik
Kepekaan perancang bandarterhadap keindahan alam semula jadi
Pengaruh perancang bandardalam mewujudkankesempurnaan dankesejahteraan hidup manusia
Berfikiran terbuka Cinta akan alam semula jadi Berhemah Bijaksana Berhati-hati Rajin Berani Yakin diri Bersatu padu
17
NOTA PUISI TRADISIONAL:
PUISI TRADISIONAL TEMA / PERSOALAN GAYA BAHASA NILAIPantun Enam Kerat
- Kekecewaan dalam percintaan- Kekuatan dan ketahanan dfiri ketika berdepan dengan kekecewaan dalam bercinta- Pasrah dengan ketentuan Tuhan- Untung nasib seseorang merupakan lumrah kehidupan- Kesetiaan seseorang terhadap pasangannya dalam percintaan
-diksi – puitis-bahasa kiasan-sinkof-anafora-epifora-inversi-asonansi-aliterasi-rima akhir-jeda
Sabar Tabah Pasrah Setia
Pantun Lapan Kerat
- Sifat kesabaran dalam usaha untuk berjaya dalam kehidupan- Pencemaran budaya Timur akibat pengaruh budaya barat- Usaha memartabatkan bahasa, warisan, dan budaya ketimuran supaya tidak dicemari oleh pengaruh barat. - memikul rasa tanggungjawab terhadap bahasa, budaya, dan negara
-diksi – puitis-bahasa kiasan-personifikasi-inversi-hiperbola-asonansi-aliterasi-rima akhir-jeda
Sabar Kesyukuran Rasional Tanggungjawab
18
PUISI TRADISIONAL TEMA / PERSOALAN GAYA BAHASA NILAISyair Makna Riak - Perbuatan riak yang menjadi amalan
sesetengah orang dan sikap negatif ini perlu dijauhi oleh setiap orang- Sikap berpura-pura dalam melakukan amal ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain Orang seperti ini hidup berpura-pura dengan tujuan supaya dirinya dipandang tinggi oleh orang di sekelilingnya dan supaya dirinya mendapat pengiktirafan masyarakat. - Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam amalan dan ibadat- Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan di sebalik amal ibadat- Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat- Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara berpakaian- Kemurkaan Tuhan terhadap perbuatan riak Perbuatan tersebut untuk mengaburi mata masyarakat demi untuk mendapatkan pujian. Sikap seperti ini tidak patut dicontohi terutama dalam mencari ilmu
-diksi – puitis-simile-personifikasi-sinkof-inversi-repitasi-asonansi-aliterasi-rima akhir-jeda
Bijak Sabar Kasih sayang Keseder-hanaan Rendah diri Ikhlas Rajin
19
PUISI TRADISIONAL TEMA / PERSOALAN GAYA BAHASA NILAISyair Pemberontakan Patani - Semangat patriotik seorang tokoh sejarah
Pembaca disarankan agar mencontohi sikap Laksamana yang mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri sendiri demi melahirkan generasi yang cinta akan tanah air dan sanggup berjuang mempertahankan negara daripada ancaman luar. - Ketaatan terhadap pemerintah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan- Kepentingan negara adalah lebih utama daripada kepentingan diri dan keluarga- Tanggungjawab dan sifat amanah demi memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat- Sikap pasrah kepada Tuhan ketika menjalankan tugas- Kesanggupan berkorban demi kemakmuran negara
-diksi-repitasi-inversi-asonansi-aliterasi-rima akhir-jeda
Setia Berani Berhemah tinggi
Tawakal Kasih sayang Memeli-
hara maruah
20
PUISI TRADISIONAL TEMA / PERSOALAN GAYA BAHASA NILAIGurindam Tonggak Dua Belas
- Pembinaan jati diri sebagai orang yang baik dan berguna untuk bangsa serta negara. - Sikap pandai menghargai masa- Ketekunan dan gigih bekerja akan menjamin kejayaan- Ikhlas dan telus dalam menjalani kehidupan seharian- Pengaruh pemimpin terhadap orang bawahan- Kreativiti dalam menjanakan usaha yang inovatif-Sifat sederhana merupakan nilai positif yang mampu membentuk remaja sebagai generasi masa hadapan yang mewarisi tampuk pemerintahan kelak.
-diksi – kata pinjaman / kata klasik-repitasi-asonansi-aliterasirima akhir-jeda
Gigih Menghar-gai masa Tekun Bijaksana
Rajin Rasional Baik hati Kreatif Sederhana
21
PUISI TRADISIONAL TEMA / PERSOALAN GAYA BAHASA NILAISeloka Si Luncai - Sikap tidak bijak menggunakan kecerdikan
atau kelebihan yang dimiliki ke arah kebaikan. Kita disarankan agar menggunakan akal yang waras dalam mengambil apa-apa juga tindakan. Sekiranya kita tidak menggunakan akal dalam membuat keputusan, akhirnya tentu kita akan menjadi seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Tindakan seperti ini tidak bermakna dan hanya merugikan diri sendiri dan negara- Tanggungjawab menjaga rumah- Kegagalan melatih atau mendidik anak-anak dengan baik- Malas mengerjakan sesuatu- Tidak menggunakan kecerdikan ke jalan yang betul- Menuntut ilmu tidak sempurna- Berilmu tetapi bertindak tanpa menggunakan akal- Sikap tidak ambil endah terhadap keadaan persekitaran- Malas menggunakan kudrat untuk berusaha
-diksi – mudah difahami-repitasi-asonansi-aliterasi
Rasional Kerajinan Berilmu
22