Transcript

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 100-108 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

100

OLIGARKI DALAM POLITIK INDONESIA DI BAWAH

PEMERINTAHAN JOKOWI

(OLIGARCHY IN POLITICS OF INDONESIA UNDER JOKOWI)

Ahmad Syakir Salman Salleh @ Abdul Latif 1

Ku Nurul Atiqah Ku Ahamad 2

Muhammad Azril Izuan Ramlan 3

Muhammad Firdaus Daud 4

Mohamed Shafiq Mohamed Ayub 5

Rosdi Safian 6

Siti Faidul Maisarah Abdullah 7

Noor Ashmalia Mohd Ashraff 8

Abstract

This research conducted regarding of issues towards the implementation of oligarchy in

politics of Indonesia under Jokowi Era. The change of leadership began in the New Order,

post New Order until the Jokowi era witnessed the strengthening of the influence of oligarchy

in government of Indonesia. This study traces the political oligarchy before and after the

Jokowi Era in Indonesia. Some respondents were selected as a sample of the study. Data

collection is based on an interview conducted to leverage content analysis methods. In

accordance with the purpose of the study, this study uses the oligarchy concept as analytical

tool. The study found that Jokowi used the practice of political oligarchy to remain in power.

This action has had an impact on Indonesian politics.

Keywords: oligarchy, New Order, Jokowi Era.

1 Pensyarah, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UITM), Cawangan Negeri

Sembilan Kampus Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia E-mail: [email protected] 2 Pensyarah, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UITM), Cawangan Negeri

Sembilan Kampus Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia E-mail: [email protected] 3 Pensyarah, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UITM), Cawangan Negeri

Sembilan Kampus Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia E-mail: [email protected] 4 Pensyarah, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UITM), Cawangan Negeri

Sembilan Kampus Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia E-mail: [email protected] 5 Pensyarah, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UITM), Cawangan Negeri

Sembilan Kampus Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia E-mail: [email protected] 6 Pensyarah, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UITM), Cawangan Negeri

Sembilan Kampus Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia E-mail: [email protected] 7 Pensyarah, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UITM), Cawangan Negeri

Sembilan Kampus Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia E-mail: [email protected] 8 Pensyarah, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UITM), Cawangan

NegeriSembilan Kampus Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia E-mail: [email protected]

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 100-108 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

101

Abstrak

Kajian ini adalah mengenai isu-isu amalan oligarki politik dalam politik Indonesia di bawah

pemerintahan Jokowi. Perubahan pucuk pimpinan bermula Orde Baru, pasca Orde Baru

hingga era Jokowi menyaksikan pengukuhan pengaruh oligarki dalam pemerintahan kerajaan

di Indonesia. Kajian ini menelusuri oligarki politik sebelum dan selepas pemerintahan Jokowi

terhadap negara Indonesia. Beberapa orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian.

Pengumpulan data adalah berasaskan temuramah yang dilaksanakan bagi memanfaatkan

kaedah analisis kandungan. Sesuai dengan tujuan kajian, kajian ini menggunakan konsep

oligarki sebagai alat analisis. Kajian ini mendapati untuk mengukuhkan kekuasaan, Jokowi

menggunakan amalan oligarki politik untuk terus kekal berkuasa. Tindakannya ini telah

memberikan impak terhadap politik Indonesia.

Keywords: oligarki, Orde Baru, era Jokowi. 2017 JHLCB

Pengenalan

Pemerintahan yang ideal sering dikaitkan dengan pemerintahan berbentuk demokrasi.

Demokrasi disifatkan sebagai kerajaan yang dikuasai oleh rakyat di mana kuasa yang

tertinggi terletak pada rakyat. Kenyataan ini dikukuhkan dengan memetik kata dari Abraham

Lincoln (1996: 37) menyatakan demokrasi ialah kerajaan “of the people, by the people and

for the people”. Satu aspek yang ditekankan oleh demokrasi ialah kebebasan. Lantaran itu,

demokrasi sering sinonim dengan kebebasan. Rakyat bebas untuk bersuara tanpa sekatan

ataupun kawalan daripada pihak kerajaan. Malah, dalam sesebuah negara demokrasi,

kerajaan hanyalah salah satu dari social fabrics di samping institusi-institusi lain seperti parti-

parti politik, organisasi dan persatuan. Namun, wujud perdebatan sejauh mana bentuk konsep

pemerintahan ideal ini dapat diterjemahkan dalam lanskap politik khususnya di negara-negara

membangun yang bergelut dalam arus pendemokrasian. Realitinya, negara-negara

membangun sering berdepan dengan amalan diktator dan oligarki yang mengeruhkan

pembentukan sistem demokrasi.

Oligarki bukan sahaja terhad kepada perlembagaan, namun kerencaman amalan ini dapat

dilihat melalui kumpulan yang kecil, elit-elit politik, golongan kapitalis, melalui kehakiman,

eksekutif dan fungsi perundangan kerajaan dalam sesebuah pemerintahan. Hujah ini

menunjukkan pemerintahan oligarki tidak hanya mempunyai hubungan simbiosis di antara

ahli politik dengan golongan kapitalis semata-mata, tetapi melalui golongan elit serta

golongan birokrasi. Amalan oligarki ini dapat dilihat turut berlaku di dalam sistem

pemerintahan Indonesia bermula dari era pemerintahan Presiden Soeharto yang telah

dikaitkan dengan beberapa skandal rasuah dengan elit kapitalis berterusan sehingga

pemerintahan kerajaan Indonesia oleh Presiden Jokowi. Menurut Hadiz (2004: 40), bibit-bibit

oligarki berkembang sejak era tahun 1950-an apabila pemerintah cuba memperkenalkan

ekonomi negara yang berpusat. Agihan ekonomi diagihkan kepada kroni-kroni pemerintah

melalui amalan oligarki.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 100-108 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

102

Justeru itu, kajian ini membincangkan penerapan amalan oligarki politik, khususnya

dalam era pemerintahan Jokowi di Indonesia. Fokus penelitian kajian ini ialah menelusuri

latar belakang perkembangan oligarki di Indonesia dan impaknya terhadap perjalanan politik

di Indonesia di zaman pemerintahan Jokowi.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan metodologi deskriptif dan interpretif untuk menganalisis oligarki

dalam pemerintahan Jokowi serta perjalanan politik Indonesia. Manfaat daripada kaedah

kualitatif ini dilandaskan lebih menjawab tema utama kajian bagi memberikan penjelasan

yang bersikap kolektif. Kaedah kualitatif yang diguna pakai dalam kajian ini memberikan

pemfokusan dengan memilih 30 orang responden untuk disoal selidik. Responden dalam

kajian ini telah datang dari satu lokasi sahaja – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM) Gombak. Penyelidik memilih Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Gombak kerana terdapatnya sebilangan pelajar dari Indonesia yang berkaitan dengan kajian

ini serta sesuai dengan kerangka waktu dan sumber penyelidik. Seterusnya, beberapa orang

responden terpilih telah ditemu ramah bagi mendapatkan lebih perincian maklumat terhadap

keputusan kajian yang dijalankan. Artikel, buku, penerbitan penyelidikan, laporan kerajaan,

artikel akhbar merupakan sumber sekunder utama yang digunakan dalam kajian ini. Data

primer dan sekunder dianalisis dan ditafsirkan berdasarkan peristiwa dan isu yang berkaitan

dengan kajian ini bagi mendapatkan perincian maklumat yang lebih jelas dan tepat.

Jokowi Sebagai Presiden Indonesia: Latar Belakang Ringkas

Setelah meneliti beberapa kepimpinan terdahulu, Indonesia dilihat masih terikat dengan

amalan oligarki setelah mencapai kemerdekaannya daripada penjajahan Belanda. Meskipun

mempunyai pemimpin dalam kalangan masyarakat tempatan namun, politik Indonesia dilihat

masih berada di radar yang sama. Hal ini dapat dilihat pertamanya melalui dua pemerintah

Indonesia yang bersikap autokratik iaitu melalui Presiden Soekarno serta Presiden Soeharto.

Seterusnya, reformasi yang memberi keterbukaan serta kebebasan yang dilaksanakan oleh

Habibie tidak menjadikan politik Indonesia berubah dalam kadar yang sepenuhnya.

Sebaliknya, dinamika politik di Indonesia dilihat tidak jauh berubah dari pimpinan

sebelumnya. Dalam menilai kredibliti serta kelayakan dalam sebuah kepimpinan,

kepercayaan yang diberikan melalui sokongan rakyat menjadikan seseorang pemimpin itu

mempunyai kuasa pada hari ini bagi mewujudkan keseimbangan dalam agenda transformasi

negara. Hal ini adalah dengan melihat ketrampilan serta aura yang lahir dari dalam diri

seorang pemimpin itu. Sebagai contoh, Jokowi dilihat sebagai seorang pemimpin biasa yang

mempunyai kelebihan dan bakat kepimpinan yang membuka kepercayaan rakyat bagi

memberi ruang serta peluang buat beliau untuk memimpin. Hasilnya, kepimpinan Jokowi

telah dijanjikan dengan pelbagai transformasi. Namun begitu, kepercayaan yang dibina telah

diruntuhkan dengan wujudnya isu-isu amalan oligarki politik yang masih berterusan.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 100-108 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

103

Pada 9 Julai 2014, Pemilihan Umum Presiden dan Wakil Presiden Republik Indonesia

Tahun 2014 (Pilpres 2014) telah diadakan. Pemilihan umum ini akhirnya telah dimenangi

oleh pasangan Joko Widodo-Jusuf Kalla dengan memperoleh undian sebanyak 53.15%

sekaligus mengalahkan lawannya, pasangan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa yang hanya

memperoleh undian sebanyak 46.85%. Presiden dan wakil Presiden yang terpilih telah

dilantik pada tarikh 20 Oktober 2014 seterusnya menggantikan pemerintahan ditinggalkan

oleh Susilo Bambang Yudhoyono. Selepas pengumuman kemenangannya, Jokowi telah

mengatakan bahawa “seumur hidupnya di bawah pemerintahan Orde Baru, beliau tidak

pernah membayangkan seseorang berlatar kelas bawah sepertinya diberi peluang untuk

menjadi presiden” (The Jakarta Post 22 Julai 2014 ). Perkara yang menarik dan menjadi

perhatian adalah apabila Jokowi merupakan presiden Indonesia yang pertama yang bukannya

berlatar belakangkan sama ada dari kalangan tentera atau elit politik yang terkait dengan

Soeharto. Oleh itu, perkaitan yang cuba ditunjukkan adalah bagaimana seseorang yang tidak

mempunyai perkaitan serta pengaruh Soeharto namun, masih lagi meneruskan pengaruh

oligarki politik dalam pemerintahan di Indonesia.

Oligarki Politik dalam Era Pemerintahan Jokowi

Pengukuhan Kekuasaan Melalui Sokongan Parti

Populariti yang dikecapi oleh Jokowi telah membuatkan beliau dihormati terutama dalam

kalangan ahli di dalam parti. Hal ini dapat dilihat setelah Jokowi diberi peluang untuk

mewakili ahli partinya bagi jawatan Presiden Indonesia itu meskipun jika dilihatkan kepada

latar belakang beliau yang tidak mempunyai kaitan ketenteraan mahupun elit-elit politik.

Justeru itu, perkara ini antara faktor yang mengakibatkan masyarakat Indonesia mengangkat

beliau sebagai pemimpin terutamanya kerana sikapnya cukup disenangi oleh rakyat

Indonesia. Namun begitu, setelah berjaya memenangi jawatan selaku Presiden hasil daripada

kekuatan sokongan yang diraih terutamanya melihat kepada kepercayaan oleh ahli-ahli

partinya, Jokowi telah bertindak mengukuhkan kekuatan parti-parti terlebih dahulu dalam

usaha mengukuhkan kekuasaannya. Meskipun tindakan ini dilihat sebagai usaha beliau

dalam membalas kepercayaan ahli partinya namun, bagi pemerhati luar melihat tindakan ini

sebagai satu usaha oleh beliau dalam mengekalkan pengaruh dan kuasa yang menjurus

kepada amalan oligarki politik. Dalam CNN Indonesia (2016), Partai Amanat Nasional,

Tjatur Sapto Edy telah memberikan nasihat kepada Presiden Joko Widodo supaya menjaga

kestabilan politik semasa pemerintahannya. Hal ini adalah kerana keseluruhan parti politik di

Indonesia dilihat semakin menyerupai bentuk pemerintahan Joko Widodo dan Jusuf Kalla.

Menurut Tjatur lagi, pemerintahan tidak akan menjadi stabil sekiranya terlalu banyak

parti politik yang berada di luar pemerintah, sebaliknya oligarki politik terlahir sekiranya

parti-parti politik berada di dalam dan menyokong pemerintahan. Oleh yang demikian,

Tjatur menambah dengan mengatakan bahawa “maka keseimbangan menjadi seni yang harus

dimiliki oleh Presiden Jokowi”.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 100-108 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

104

Melihat kepada situasi ini, oligarki politik dilihat mula terbentuk dalam pimpinan oleh

Presiden Jokowi meskipun latar belakang beliau tidak dipengaruhi dengan wujudnya

hubungan melalui elit-elit politik. Namun begitu, hakikat yang tidak dapat diketepikan

adalah apabila melihat kembali kepada kemenangan yang diraih oleh beliau kebanyakannya

adalah menerusi sokongan dan dokongan elit-elit politik yang berterusan.

Skandal Rasuah

Dalam sains politik, idea anti-rasuah dalam arus perdana dibangunkan menerusi teori

principal-agent. Teori ini melihat rasuah sebagai ejen pengkhianat kepada mandat yang

diberikan oleh rakyatnya. Dalam rasuah politik, rasuah yang dilakukan oleh ahli politik atau

ejen ahli politik adalah satu pengkhianatan kepada rakyat yang di kelaskan sebagai ketua

yang telah memberikan mandat kepada wakil rakyat dalam pilihan raya. Selari dengan teori

ini, Robert Klitgaard (1988:75) membuat rumusan rasuah yang sangat terkenal iaitu C = M +

D – A (Rasuah = Monipoli + Budi bicara – Akauntabiliti). Berpaksikan teori ini, program

anti-rasuah yang direka untuk mengurangkan monopoli kuasa dan bidang kuasa serta

meningkatkan akauntabiliti. Berdasarkan teori Klitgaard, untuk mengurangkan rasuah, ketua

organisasi perlu memastikan kuasa ejen dibataskan. Untuk memperkuatkan akauntabiliti,

pengukuhan undang-undang perlu diperkuatkan melalui program reformasi dalam

membentuk institusi perundangan bersifat bebas. Suruhanjaya pembanteras rasuah (KPK)

adalah salah satu contoh pertubuhan yang dilakukan hasil daripada reformasi undang-undang

yang dijalankan di Indonesia dalam menangani rasuah.

Dalam mengaplikasikan teori ini dalam konteks Indonesia, Mcleod (2011)

menegaskan kegagalan untuk membasmi rasuah di Indonesia kerana pengurusan sektor awam

tidak ditangangani secara efisien. Oleh itu, nafas baharu yang digalas oleh Jokowi dari parti

PDIP setelah memenangi pilihan raya presiden 2014 merupakan kajian kes yang sangat

menarik kerana beliau satu-satunya presiden yang tidak datang dari elit politik lama yang

menguasai politik Indonesia. Walaupun terdapat banyak pihak dalam kalangan PDIP yang

masih berkeras untuk menolak dan inginkan mencalon Megawati sebagai presiden walaupun

menyedari peluangnya adalah tipis. Walau bagaimanapun, disebabkan Jokowi tidak berlatar

belakangkan dari golongan elit, Jokowi dilihat mempunyai had-had apabila berurusan dengan

pelbagai golongan elit politik yang lain. Ini memberikan gambaran bahawa beliau ditekan

oleh Surya Paloh dan Megawati.

Fenomena kemunculan golongan elit oligarki dalam era Jokowi boleh dilihat melalui

kenyataan Hadiz & Robinson (2013:38) bahawa “oligarki adalah satu sistem di mana

hubungan kuasa yang membolehkan pemusatan kekayaan dan kuasa kolektifnya...

perkembangan oligarki difahami dalam konteks pembangunan kapitalis yang sedang rancak

berkembang, terutamanya yang berlaku di negara-negara kapitalis”. Kenyataan ini

menggambarkan bagaimana sekutu daripada pelbagai kepentingan dalam politik mahupun

elit kapitalis yang mekar wujud dalam Orde Baru yang telah dipegang kukuh melalui

pemerintahan autokratik merupakan punca elit-elit kecil dalam tempoh tersebut telah berjaya

mengumpul kekayaan negara melalui hubungan yang dijalankan di antara mereka.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 100-108 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

105

Perkara ini dapat dinilai melalui pemerintahan Jokowi melalui pemilihan Ketua Polis

Negara. Pencalonan Budi Gunawan sebagai Ketua Polis oleh Presiden Jokowi telah

mencetuskan bantahan yang meluas di seluruh Indonesia khususnya protes yang dilakukan

oleh golongan kelas menengah. Pencalonan Budi ini telah meninggalkan persoalan mengapa

Jokowi mencalonkan pemimpin yang mempunyai masalah berkaitan isu skandal rasuah

tersebut. Sebaliknya, Jokowi boleh memilih calon-calon lain yang lebih berpotensi. Justeru

itu, terdapat dua hujah yang tersebar mengapa Jokowi memilih Budi Gunawan. Pertama,

hujah yang diketengahkan ialah terdapat individu daripada elit atau pemimpin oligark yang

memberi cadangan kepada Jokowi. Hal ini menjadi kukuh apabila Budi Gunawan

mempunyai hubungan yang rapat dengan Megawati yang jelas mengamalkan oligarki semasa

pemerintahannya. Budi Gunawan telah menjadi pembantu Megawati semasa beliau menjadi

presiden.

Di samping itu, parti PDIP juga aktif memberikan sokongan kepada Budi Gunawan.

Oleh itu, ketika Jokowi tidak melantik Budi Gunawan setelah mendapatkan persetujuan dari

DPR (Dewan Perwakilan Rakyat), sebilangan ahli parti PDIP menyampaikan kritikan secara

terbuka kepada Jokowi. Dalam proses pemilihan ini, parti PDIP bersikap seperti parti

pembangkang dan bukanya parti yang mendokong pemerintah. Tuntasnya, Jokowi memilih

Budi Gunawan kerana terhadnya kuasa melawan tekanan daripada kumpulan oligark ini.

Hujah kedua yang dibahaskan melalui pencalonan Budi Gunawan ini didorong

sebagai pampasan di atas pelantikan Luhut Panjaitan sebagai Ketua Turus Presiden oleh

Jokowi. Luhut tidak disukai oleh gologan elit lain. Jusuf Kalla sendiri menyatakan

penentangan beliau ke atas jawatan Luhut. Bagi mengembirakan golongan oligark ini, maka

Jokowi telah meluluskan Budi Gunawan sebagai Ketua Polis Negara. Budi Gunawan bukan

sahaja dikhabarkan mempunyai hubungan rapat dengan Megawati, tetapi juga penyumbang

besar dalam usaha menggandingkan Jokowi dan Jusuf Kalla sebagai calon Presiden dan

timbalan Presiden dalam pemilihan presiden pada tahun 2014. Impaknya, sehari setelah

Jokowi menetapkan Budi Gunawan sebagai calon Ketua Polis Negara, Suruhanjaya Pencegah

Rasuah (KPK) menetapkan Budi Gunawan sebagai individu yang terlibat dalam kes rasuah

dan penyelewengan wang. Budi Gunawan memiliki simpanan peribadi dalam jumlah jutaan

dollar iaitu sesuatu yang tidak masuk akal kerana gaji seorang pegawai hanya menerima

sebanyak Rp. 7 juta sebulan. Manakala, jumlah pendapatan rasminya pada tahun 2008 adalah

sebanyak Rp. 900 juta dan pada tahun 2013 sebanyak Rp. 560 juta, manakala isterinya

mempunyai gaji sebanyak Rp. 120 juta setahun (Dick& Mulholland: 2016).

Majalah Tempo mendedahkan laporan penyiasatan tentang skandal yang

mencurigakan oleh Budi Gunawan. Dalam laporan tersebut, suspek dikaitkan dengan Budi

Gunawan yang mampu mengumpul kekayaan sedemikian rupa apabila beliau bertindak

sebagai pembantu kepada Presiden Megawati dari tahun 2001 hingga 2004. Berlakunya

penyelewengan ketika beliau menjadi ketua jabatan pembangunan negara. Secara

keseluruhannya, kekayaan yang dimilikinya dan termasuk anaknya, Nerviano Widyatama

sejak dari tahun 2004 mencapai Rp. 111.4 bilion (Dick& Mulholland: 2016). Antara alasan

Budi Gunawan dalam menangkis tuduhan ini ialah sumber kewangan itu datangnya daripada

perniagaan keluarganya. Namun, pengakuan ini tidak dilihat selari memandangkan anaknya

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 100-108 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

106

Herviano Widyatama masih bergelar mahasiswa dan berumur 19 tahun mendapat wang

secara kredit berjumlah Rp. 57 bilion dari Pacific Blue International Limiter (Dick&

Mulholland: 2016).

Akhirnya, KPK dalam sidang tersebut, hakim Sarpin telah memenangkan Budi

Gunawan. Mengaitkan Budi Gunawan dengan skandal rasuah dianggap tidak sah oleh

hakim Sarpin. Keputusan daripada KPK ini mengundang kontrovesi dalam menilai

kebersihan yang wujud dalam institusi tersebut. Impak terbesar daripada ketidakmampuan

Jokowi dalam menyelesaikan konflik yang melibatkan KPK adalah bertahannya amalan

rasuah elit oligarki di bawah tampuk pemerintahan beliau. Masalah ini mengundang

pandangan negatif terhadap pimpinan Jokowi yang pada awalnya ingin menghalang amalan

rasuah di bawah pentadbirannya.

Oligarki di bawah Jokowi dalam aspek skandal rasuah ini boleh disimpulkan bahawa

Jokowi bukan sepenuhnya lemah tetapi hanya menuruti atau diibaratkan sebagai boneka

kepada oligarki dan elit politik yang menyokongnya. Secara perlahan-lahan ia mampu

melakukan perkara yang sama diamalkan oleh elit oligarki terdahulu dengan menempatkan

kroni dan orang-orang pilihannya dalam jawatan tinggi dan meyakinkan oligark untuk

mendokong strategi yang dilaksanakan oleh beliau.

Kesimpulan

Kajian ini merungkai mengenai oligarki politik dalam pemerintahan Jokowi yang merupakan

presiden Indonesia yang ketujuh. Hujah utama yang dikembangkan dalam kajian ini adalah

menelusuri kepimpinan terdahulu bagi melihat perkembangan amalan ini dalam

pemerintahan di Indonesia. Hal ini adalah kerana berdasarkan analisis telah menunjukkan

bahawa kepimpinan Indonesia terdahulu telah menerapkan satu pola kerjasama dalam

mengekalkan pengaruh oligarki politik dalam pemerintahan. Isu-isu oligarki politik dalam

pemerintahan terdahulu telah menjadi faktor penyebab dalam pengukuhan amalan ini

meskipun pemerintahan negara Indonesia yang ditadbir oleh Presiden Jokowi lantang

melaungkan sebuah perubahan dalam kerajaan pemerintahannya kerana masih wujudnya

kepentingan kolektif setiap pimpinan dalam menjaga sumber-sumber rente demi

kelangsungan hidup mereka sebagai satu kumpulan. Dalam kajian ini penyelidik membuat

rekonstruksi dan rekapitulasi atas dapatan-dapatan kajian dalam tesis ini dan menganalisisnya

dalam konteks yang lebih luas.

Kajian ini berjaya merungkaikan timbulnya pengaruh oligarki politik dalam negara

Indonesia menerusi pembahagian kerangka masa terhadap kepimpinan di Indonesia.

Kerangka masa yang terbahagi kepada tiga ini adalah dalam melihat amalan ini yang begitu

berpengaruh di Indonesia. Menerusi Orde Lama dalam pimpinan Soekarno, bibit-bibit

munculnya pengaruh oligarki jelas turut terbina menerusi pemerintahan Soekarno namun,

pengamalan itu dilihat lebih berkembang di era Orde Baru. Setelah kejatuhan Presiden

Soekarno, Indonesia berada di bawah pimpinan Soeharto yang telah menyaksikan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 100-108 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

107

perkembangan amalan ini. Kajian telah mendapati lambakan isu yang dapat dikaitkan

terhadap wujudnya amalan oligarki ini semasa pemerintahan beliau. Hal ini dapat dibuktikan

melalui penguasaan beliau mengukuhkan kekuasaan dalam tampuk pemerintahan Indonesia

selama 32 tahun. Hasilnya, Orde Baru Soeharto tidak dapat dinafikan mengamalkan amalan

yang bertentangan dengan nilai demokrasi negara Indonesia ketika itu. Oleh yang demikian,

oligarki politik yang dilihat menjadi amalan menerusi setiap kepimpinan di Indonesia

menjadi kayu ukur yang penting terhadap kajian ini. Reformasi yang digerakkan oleh

pemimpin selepas Orde Baru yang di sokong kuat oleh rakyat Indonesia yang menginginkan

wajah baru kepada sebuah negara yang demokrasi dan bebas daripada monopoli golongan elit

pemerintah oligarki sekadar memberikan kehampaan. Hal ini dilihat apabila reformasi yang

pada mulanya melakukan penghapusan tinggalan Soeharto, masih dibayangi dengan bibit-

bibit amalan oligarki. Melihatkan kepada beberapa pimpinan terdahulu yang jelas

mengamalkan oligarki politik dalam isu-isu yang telah dibincangkan.

Seterusnya, kajian terus diperincikan dalam konteks yang lebih kecil iaitu dalam

melihat pemerintahan Jokowi. Jokowi menjadi aktor terpenting terhadap dapatan kajian ini,

hal ini adalah kerana beberapa faktor. Pengkaji memilih untuk mengkaji oligarki politik

dalam pemerintahan Jokowi kerana melihat kepada populariti yang diraih oleh Jokowi

menyebabkan beliau begitu disenangi oleh rakyat Indonesia. Nilai tambah yang

menyumbang terhadap faktor melihat oligarki politik dalam pemerintahan Jokowi adalah

kerana latar belakangnya yang berbeza serta agenda transformasi yang dirancang oleh Jokowi

menempatkan diri beliau berbeza berbanding pimpinan sebelumnya. Oleh yang demikian,

setelah diteliti melihat kepada pembangunan serta pembaharuan yang dibawa oleh Presiden

Jokowi, kajian melihat masih wujudnya oligarki politik dalam pemerintahannya.

Kajian ini telah mendasarkan oligarki politik sebagai tunjang utama yang diangkat

dalam melihat lanskap serta perpektif pemerintahan di Indonesia. Graf yang sama telah dapat

dilihat meskipun berlaku perubahan dalam pemerintahan di Indonesia. Hal ini adalah kerana

amalan oligarki politik dalam kalangan pemimpin yang bukan sahaja diamalkan dalam

negara Indonesia malahan amalan oligarki politik ini turut dapat dilihat di hampir setiap

negara di pelosok dunia. Hasilnya, amalan ini telah mengekang asakan pendemokrasian yang

sepatutnya dimiliki oleh segenap masyarakat di dunia dalam menzahirkan sebuah

pemerintahan yang berteraskan keadilan serta kesaksamaan bagi memperoleh kesatuan

negara yang aman. Sebaliknya, amalan ini seterusnya merencatkan beberapa tampuk

pemerintahan yang lain dalam memastikan proses demokrasi yang ideal dapat dicapai.

Penghargaan

Dengan rasa rendah diri, syukur alhamdulillah dirafakkan ke hadrat Allah kerana dengan

limpah kurnia dan nikmat-Nya telah memberi kekuatan serta kesihatan untuk jurnal ini dapat

disempurnakan. Sepanjang tempoh menyempurnakan jurnal ini, pengkaji ingin mengambil

kesempatan merakamkan sekalung penghargaan kepada setiap pihak yang terlibat atas

kejayaan ini. Sesungguhnya segala sumbangan dan dorongan tidak mungkin dilupakan.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 100-108 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

108

Ucapan jutaan kasih sayang dirakamkan buat ayahanda serta ibunda tercinta Abdul

Latif Ismail dan Shadiah Sulaiman yang banyak berkorban serta tidak putus-putus

mendoakan kejayaan terbaik untuk anaknya. Turut tidak ketinggalan kepada seluruh ahli-ahli

keluarga atas sokongan yang diberikan. Tidak dilupakan buat nenda Noriah Sulaiman yang

menjadi inspirasi dan aki tersayang, Allahyarham Sulaiman Ali yang telah kembali ke

rahmatullah. Jika umurnya panjang, pastinya beliau berbangga dengan pencapaian ini.

Dedikasi khas buat penyelia tesis saya, Prof Madya Dato’ Dr Mohammad Agus

Yusoff atas dorongan, tunjuk ajar serta nasihat berharga sepanjang menyiapkan jurnal ini.

Ucapan penghargaan turut ditujukan buat teman seangkatan yang menjadi tulang belakang

sepanjang kajian ini. Jutaan terima kasih kepada semua individu di belakang tabir yang

menyumbangkan idea serta pandangan dalam menghasilkan tesis ini.

Akhir kalam, ucapan terima kasih dan penghargaan atas dedikasi kepada semua yang terlibat

dengan harapan anda diberkati lagi dirahmati Allah dalam kehidupan.

Rujukan

Aghnia Adzkia.(2015). WNI di Australia tagih Nawa Cita Jokowi soal Korupsi.

http://www.cnnindonesia.com/nasional/20150202071418-12-28876/wni-di-

australia-tagih-nawa-cita-jokowi-soal-korupsi/ [diakses pada 11 November

2016].

Dick, H. & Mulholland, J. The Politics of Corruption in Indonesia. Georgetown

Journal of International Affairs, vol. 17 no. 1, 2016, pp. 43-49. Project

MUSE.

Lincoln, A.(1984). The Man behind the Myths. New York: Harper & Row.

Reilly, B. 2007. Electoral and political party reform. Dlm. Ross H. McLeod &

Andrew MacIntyre (pnyt.). Indonesia: democracy and the promise of good

governance, hlm. 41-54. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies

(ISEAS).

Robert Klitgaard. (1988). Controlling Corruption.Berkeley and Los Angeles:

University of California Press, p.75.

Robison, R., & Vedi R. Hadiz. (2004). Reorganising power in Indonesia: the politics

of oligarchy in the age of market. London: RoutledgeCurzon.

Robison, R., & Vedi R. Hadiz.. (2013). The Political Economy of Oligarchy and the

Reorganization of Power in Indonesia. Indonesia,(96), 35-57.

The Jakarta Post. (2014). Setelah Kemenangan Jokowi. 22 Julai 2014.


Recommended