8/14/2019 Pantun Nasihat dan Keagamann
1/7
SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
SEMESTER 1 SES1 2008/2009
KARYA KLASIK
PANTUN NASIHAT DAN KEAGAMAAN
NAMA : MOHD FUAD AFIFI BIN ZAHKAI
NO. METRIK : JEA 080185
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMADNAMA TUTOR : CIK NURUL
8/14/2019 Pantun Nasihat dan Keagamann
2/7
PENGENALAN
Puisi Melayu klasik yang paling tua dan popular ialah pantun. Pantun dikatakan
popular kerana mempunyai bentuk struktural yang ringkas dan bersahaja. Jumlah
barisnya juga pelbagai: ada pantun dua kerat, pantun empat kerat, enam kerat, lapan
kerat, dan ada juga yang sepuluh kerat. Seterusnya, terdapat juga sejenis pantun yang
rangkapnya berkait antara satu sama lain, dan dikenali sebagai pantun berkait. Namun
pantun yang paling digemari merupakan pantun empat kerat. Dari sudut penggubahan,
pantun dapat dicipta dengan mengikuti syarat-syarat di bawah ini:-
setiap baris terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
rima akhirnya (untuk pantun empat kerat) ialah a b a b.
ada pembayang dan juga maksud.
Walaupun mudah membina baris-baris yang terdiri daripada 4 atau 5 perkataan (atau 8
hingga 12 suku kata), tetapi bukan semua yang terbina mempunyai nilai keindahan. Hal
ini kerana pantun yang bermutu memiliki ciri-ciri semantik atau permaknaan yang
menarik. Kerap kali unsur-unsur alam menjadi penghias pantun-pantun romantik.
Manakala pantun-pantun yang bertema keagamaan, nasihat, lelucon dan sebagainya,
didapati imej-imejnya disesuaikan dengan tema.
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati dan digunakan untuk mengambarkan
pelbagai keadaan dan kegunaan seperti melahirkan perasaan sedih, gembira, rindu,
berkasih dan memberi nasihat. Pantun juga boleh diguna secara berbalas-balasan di
majlis seperti peminangan, perkahwinan dan di dalam rancangan radio. Pantun juga
boleh dinyanyikan seperti mana lagu Rasa Sayang, Sri Mersing dan lain-lain. Pantun
juga dibaca sebagai mentera dalam sesetengah jampi serapah yang diamalkan oleh
pawang dan dukun dalam perubatan tradisional.
8/14/2019 Pantun Nasihat dan Keagamann
3/7
Pijak galah sambil berdiri,
Rupanya hujung sudah patah,
Banyakkan usaha kepada diri,
Masa diri muda dan mentah.
Rangkap pantun di atas menjelaskan tentang usaha yang perlu dilakukan oleh
seseorang terhadap dirinya sendiri. Setiap orang perlu memperbanyakkan usaha terhadap
diri mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Usaha yang bersungguh-bersungguh tanpa mengenal putus asa akan membuahkan
kejayaan yang cemerlang. Seseorang perlu memperbanyakkan usaha untuk mencapai
kejayaan ketika usia masih muda. Hal yang demikian kerana ketika usia masih muda,
seseorang mempunyai ketajaman akal yang jitu serta kekuatan tenaga yang agresif untuk
berusaha mancapai kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diimpikan.
Oleh itu, setiap insan perlu berusaha dari awal ketika masih masih muda untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang. Tanpa usaha yang gigih, manusia tidak akan
berjaya. Bak kata pepatah Usaha Tangga Kejayaan.
Usaha yang berterusan sejak dari kecil pasti akan membuahkan hasil yang sangat
memuaskan. Seseorang perlu menetapkan impian dan hala tuju yang diimpikan. Selagi
impian itu tidak tercapai, berusahalah selagi terdaya dengan menanamkan azam dan
semangat yang tinggi. Tanpa azam dan semangat yang tinggi, kejayaan tidak akan dapat
dicapai. Setiap usaha yang dijalankan mestilah dilakukan dengan niat yang baik dan
ikhlas. Niat yang baik pastinya akan diberkati seiring dengan usaha yang bersungguh-
sungguh dan tidak jemu berusaha.
8/14/2019 Pantun Nasihat dan Keagamann
4/7
Asam rumbia dibelah-belah,
Buah separah di dalam raga,
Dunia ikut firman Allah,
Akhirat juga mendapat syurga.
Rangkap di atas menjelaskan setiap mukmin wajib beriman kepad Allah. Keimanan
dan ketaqwaan kepada Allah akan menyelamatkan umat Islam di akhirat kelak.
Umat Islam perlu sedar bahawa tujuan manusua dicipta ke dunia ini adalah untuk
beribadat kepada-Nya. Allah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh
itu, setiap manusia wajib beriman kapada Allah dan menunaikan tanggungjawab sebagai
hamba kepada-Nya.
Kepatuhan dan kesetiaan kepada Allah adalah bersifat mutlak iaitu tidak boleh
berbelah bahagi. Kepatuhan dan kesetiaan bererti tunduk, taat dan tidak membantah.
Patuh dan setia kepada Allah dan Rasul, ertinya mengerjakan segala perintah-Nya dan
menjauhi serta meninggalkan segala larangan-Nya.
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang taat kepada-Nya dengan kenikmatan,
keselamatan, kebahagiaan dan keredhaan-Nya yang tidak terkira di dunia dan akhirat.
Allah S.W.T berfirman :
Terjemahan : Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka itu
adalah bersama-sama orang-orang yang telah Allah beri nikmat ke atas mereka, dari para
nabi, shiddiqin, syuhada dan shalihin; dan alangkah baiknya bertemankan dengan
mereka itu.
Umat Islam wajib patuh dan taat pada segala perintah Allah dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Sekiranya umat Islam beriman kepada Allah di atas dunia dengan penuh
ketaatan dan ketaqwaan, maka umat Islam akan selamat di akhirat serta mendapat balasan
syurga di akhirat kelak.
8/14/2019 Pantun Nasihat dan Keagamann
5/7
Buah ini buah berangan,
Masak dibungkus sapu tangan,
Dunia ini pinjam meminjam,
Akhirat kelak kampung halaman.
Rangkap di atas memberikan gambaran tentang kehidupan manusia di dunia ini.
Tujuan manusia dicipta ke dunia ini adalah untuk beribadat kepada-Nya. Manusia perlu
sedar bahawa dunia ini hanyalah sekadar pinjaman. Allah meminjamkan dunia ini
kepada manusia hanyalah sebagai pengantara perjalanan menuju ke akhirat. Dunia
bukanlah satu alam yang kekal abadi. Sebaliknya, dunia hanyalah jambatan untuk ke
alam yang kekal abadi iaitu akhirat.
Ibadah solat, puasa, berzakat dan mengerjakan haji hanya mengambil sebahagian kecil
daripada masa hidup kita di dunia ini sahaja. Manakala selebihnya kita banyak
mempergunakannya untuk mengejar kebahagiaan hidup di dunia dengan pelbagai
pekerjaan lain. Persoalan penting di sini ialah adakah masa yang kita habiskan untuk
mengejar kebahagiaan hidup dunia itu tergolong dalam amalan soleh sebagai bekalan di
akhirat nanti?. Umpamanya cara kita mendapatkan keperluan makanan, pakaian, rumah,
kenderaan, pangkat, memperjuangkan agama dan bangsa, mempertahankan tanah air dan
sebagainya. Jelasnya Islam menuntut supaya umatnya sentiasa memperhati dan
mengawasi setiap amal yang dikerjakan. Ini kerana di akhirat nanti Allah SWT akan
bertanya kepada umat manusia tentang segala nikmat yang mereka perolehi semasa di
dunia dahulu.
Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang berkekalan dan tiada berkesudahan.
Ganjaran dan balasan di akhirat sangat setimpal dengan amalan setiap makhluknya. Ini
adalah bukti keadilan Allah SWT. Sesungguhnya kehidupan akhirat itu berkait rapat
dengan kehidupan kita semasa di dunia ini. Jika amalan kita soleh, maka sejahtera dan
berbahagialah kita di akhirat kelak.
8/14/2019 Pantun Nasihat dan Keagamann
6/7
KESIMPULAN
Konklusinya, nyatalah bahawa pantun itu menggambarkan identiti kehidupan
masyarakat Melayu yang kaya dengan khazanah seninya. Pantun itu amat memainkan
paranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak,
orang dewasa dan orang tua. Pengaruhnya merangkumi daya berfikir, beradab, kreativiti,
berkerja, berbahasa, bertindak atau dalam erti kata lain ia merangkumi banyak aspek
kehidupan masyarakat Melayu.
Masyarakat Melayu lama menjadikan apa yang telah mereka alami sebagai panduan
dan pengajaran untuk orang lain, khasnya golongan muda. Hal yang demikian kerana
mereka telah lama hidup dan mempunyai pengalaman hidup yang luas. Mereka juga telah
merempuh segala pancaroba kehidupan dan telah terlebih dahulu merasa asam garam
kehidupan.
Dari itu, untuk mengekalkan warisan kita ini kita perlu menghargai, mengenali dan
menyayangi pantun kita ini supaya ia tetap kekal menjadi warisan kita turun temurun.
Bak kata pepatah :
"Tak kenal maka tak cinta."
8/14/2019 Pantun Nasihat dan Keagamann
7/7
BIBLIOGRAFI
1. Mutiara Sastera Melayu Tradisional, penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia,Dawama Sdn.Bhd, 2003
2. http://www.geocities.com/sajak29/klasik.htm
3. http://ainbujang.blogspot.com/2008/03/definisi-ringkas-pantun.html4. http://wapedia.mobi/ms/Puisi_Melayu
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_Melayu
6. http://virtualfriends.net/article/printablepage.cfm?AID=38788
7. http://penyair.wordpress.com/2007/04/11/pantun-budi/
http://www.geocities.com/sajak29/klasik.htmhttp://ainbujang.blogspot.com/2008/03/definisi-ringkas-pantun.htmlhttp://wapedia.mobi/ms/Puisi_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_Melayuhttp://virtualfriends.net/article/printablepage.cfm?AID=38788http://www.geocities.com/sajak29/klasik.htmhttp://ainbujang.blogspot.com/2008/03/definisi-ringkas-pantun.htmlhttp://wapedia.mobi/ms/Puisi_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_Melayuhttp://virtualfriends.net/article/printablepage.cfm?AID=38788