PENGENALAN
Di Malaysia, sistem perbandaan yang pesat telah mengundang peripentinganya
sistem tadbir urus dan pengurusan perkhidmatan yang efisien dan saling
menguntungkan semua pihak. Dengan sistem kerajaan di Malaysia berupa
sistem federalisme yang mengandungi tiga peringkatpentadbiran iaitu Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan, perkhidmatan yang
diharapkan oleh komuniti bandar kini semakin canggih dan mencapai kualiti
yang tinggi dan memberikan keselesaan kepada semua lapisan penduduk.
Untuk itu, setiap peringkat pentadbiran kerajaan mempunyai tanggungjawab
dan bidang kuasa masing-masing. Kerajaan Persekutuan misalnya
bertanggungjawab dalam hal berkenaan dengan keselamatan negara, dasar
luar negeri, cukai pendapatan dan pendidikan. Sementara itu di peringkat
tempatan, iaitu paling dengan dengan komuniti, Kerajaan Tempatan atau Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu badan yang bertanggungjawab
dalam mengurus tadbir sesebuah daerah atau kawasan.
PBT adalah satu badan yang diwujudkan melalui perundangan dan aktivitinya
terhad kepada kuasa dan tugas yang diperuntukan dalam undang-undang.
Tugas utama PBT adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian
masyarakat dengan menjalankan tugas merancang, melaksana, mengawal
perancangan dengan baik dan memberi perkhidmatan dengan tulus dan adil.
Peranan pihak berkuasa tempatan yang terdiri sama ada majlis perbandaran,
dewan bandaraya dan majlis daerah memainkan peranan yang penting dalam
mempastikan segala perancangan bandaraya dan perkhidmatan yang diberikan
kepada komuniti. Malahan, kepekaan terhadap komentar dan komplain komuniti
adalah sangat penting untuk diteliti dan diberikan perhatian yang wajar.
Sistem perbandaran yang pesat telah menyebabkan pergurusan perkhidmatan yang
efisen dan urus tadbir sektor kerajaan di Malaysia menjadi perhatian. Tidak dinafikan
bahawa pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan di peringkat paling 1
Chuid Samsu 193119
rendah di dalam sistem kerajaan di Malaysia. Oleh itu Kerajaan tempatan juga tidak
dapat dikecualikan daripada dilanda lambakkan harapan masyarakat yang mahukan satu
sistem pentadbiran yang berjaya membawa komuniti penduduk ke arah perspektif yang
maju dan berdaya saing.
Kerajaan Tempatan atau pun juga dipanggil Pihak berkuasa Tempatan adalah merupakan
badan yang bertangungjawab dalam mengurus tadbir sesebuah daerah ataupun
kawasan. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan badan yang ditubuhkan melalui
perundangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Badan ini menjalankan urus
tadbirnya berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan didalam undang-undang. Tugas
utama Pihak Berkuasa Tempatan adalah untuk memastikan kesejahteraan dan
kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas merancang, melaksana, mengawal
perancangan dengan baik dan memberikan perkhidmatan yang tulus dan adil.
KERAJAAN TEMPATAN
Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah
dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan
cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh
menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang
berada di dalam kawasan pentadbiran mereka.
Kedudukan Majlis Pihak Berkuasa Tempatan boleh dikategorikan sebagaiµpenasiha yang
berbentuk menasihati dalam perundingan, bertanggungjawabmembuat keputusan,
membenarkan dan mengarahkan kakitangannya untukmenyempurnakan sesuatu tugas.
Majlis mempunyai Yang Dipertua sebagaiketua utama diikuti oleh Setiausaha dalam
hierarki organisasi. Anggota Majlis terdiri dari kumpulan profesional dan pegawai kumpulan
pentadbiran. Majlis bergerak melalui sistem jawatankuasa. Terdapat jawatankuasa
kewangan,perlesenan, perancangan, lalulintas dan keindahan Bandar, Pihak
BerkuasaTempatan boleh dengan kuasanya melantik kumpulan pentadbir dibawah
kendaliannya bagi mengurus dan menjalankan peranan yang telah diperuntukkan
kepadanyanya.
2Chuid Samsu 193119
Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar
bagi bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan
perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah Sistem kerajaan tempatan yang
diamalkan di Malaysia telah diwarisi daripada British yang memerintah Tanah
Melayu selama lebih dua (2) kurun sebelum kemerdekaan dicapai pada 31
Ogos 1957. Maka, kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada permulaannya
adalah bermodelkan sistem yang wujud di Britain. Malah dalam kaji selidik yang
lebih mendalam telah mendapati bahawa kebanyakan undang-undang dan
peraturan yang wujud ketika itu menyamai undang-undang Inggeris. Tetapi,
dalam peredaran masa, ciri-ciri unik yang mencerminkan sosio-budaya
tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan di Malaysia.
Sebuah badan yang dipanggil Majlis Penilai (Council of Assessors) telah
ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1801. Majlis ini diberi peranan
merancang dan melaksanakan pembangunan bandar. Hal ini seterusnya
membawa kepada penubuhan kerajaan tempatan di negara ini. Majlis-majlis
tempatan kemudiannya dibentuk di Melaka, diikuti dengan negeri-negeri Melayu
yang lainnya sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara. Bagi melaksanakan
penubuhan ini dan juga menganjurkan pilihan raya kerajaan tempatan, pihak
British telah memperkenalkan pelbagai perundangan. Sebagai contoh, Ordinan
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1950 memberi kuasa kepada majlis-majlis
tempatan untuk menganjurkan pilihan raya. Selain itu, Ordinan Kerajaan
Tempatan 1952 pula memberi kuasa kepada penduduk-penduduk setempat
membentuk majlis-majlis tempatan di mana perlu. Pada penghujung era
penjajahan British, terdapat sejumlah 289 majlis tempatan di Tanah Melayu.
Selepas kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, kuasa ke atas kerajaan
tempatan diletakkan ke dalam senarai negeri.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir
kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri. Bagi kerajaan tempatan di Wilayah
Persekutuan pula, hak eksklusif ini diberikan kepada kerajaan persekutuan.
Namun begitu, pindaan perlembagaan pada tahun 1960 telah memperuntukkan 3
Chuid Samsu 193119
penubuhan sebuah jawatankuasa perunding yang diberi nama Majlis Negara
bagi Kerajaan Tempatan. Keahlian di dalam majlis ini terdiri daripada seorang
menteri persekutuan selaku pengerusi, wakil kerajaan negeri dan juga wakil-
wakil kerajaan Persekutuan. Walaupun berpenanan sebagai majlis perunding
dalam menentukan undang-undang yang mentadbir kerajaan tempatan,
pindaan 1960 itu juga memberikan kuasa pemutus kepada pengerusi sekaligus
memberi kerajaan persekutuan pengaruh yang besar terhadap kerajaan
tempatan.
PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-
tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri.
Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-
lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi
bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan
kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga
kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan
dan tugas-tugas berikut:
Kuasa perancang tempatan Kuasa mengeluarkan lesen Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan
bandar Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem
pengangkutan awam bandaran) Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan
awam
Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam
sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan. Peranan ini lebih menurut
budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting dalam
pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan
4Chuid Samsu 193119
kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan.
Dalam hal ini, majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.
Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan
melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan
negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (atau Exco, kependekan
bagi Executive Counciller) yang memegang portfolio kerajaan tempatan.
Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet negeri melalui Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak pula tugas-tugas
menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.
Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung
kepada status kerajaan tempatan itu. Bagi sebuah bandar raya, pegawai
tertinggi itu digelar sebagai Datuk bandar. Bagi sebuah majlis perbandaran
mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang Di-Pertua. Di Sabah dan
Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelas Presiden atau
Pengerusi. Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan
kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas
nasihat kerajaan negeri.
Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun,
Pegawai daerah turut dipilih memegang jawatan ini. Perkara ini telah
mengakibatkan kekeliruan di kalangan orang awam terutamanya di kawasan
yang baru dinaik taraf menjadi kawasan perbandaran. Tidak semua Pegawai
daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya beliau
merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh
daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan
sesebuah kerajaan tempatan.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia).
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PBT
5Chuid Samsu 193119
Konsep kerajaan tempatan meliputi bidang yang agak luas. Seseorang itu akan
memerlukan perkhidmatan kerajaan tempatan sepanjang hayatnya. Pada
umumnya unit-unit kerajaan tempatan tersebut dipertanggungjawabkan dengan
tugas mengawas kesihatan awam, mengutip hasil dan melakukan kerja-kerja
kejuruteraan seperti pembaikan jalan dan longkang. Penyusunan semula
kerajaan tempatan di Malaysia merupakan suatu usaha yang dibuat untuk
memperkasakan struktur dan organisasi semua penguasa tempatan yang ada di
negara ini.
Matlamat menawarkan perkhidmatan yang efisien menjadi salah satu matlamat
utama dalam proses menjadi bandaraya dunia menjelang 2020. Ini bemakna
semua kawasan yang ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan seharusnya
mampu menawarkan kehidupan yang sejahtera dan kondusif. Tegasnya,
peranan pihak berkuasa perancang tempatan melihatkan pertambahan yang
memerlukan kepada penyesuaian agar dapat berfungsi sebagai satu pihak
berkuasa perancang tempatan yang bukan sahaja menjadi ‘fasilitator’ kepada
pembangunan bahkan harus dapat memenuhi hasrat dan permintaan
penduduknya.
Di negara-negara maju, komuniti bukan sahaja dianggap sebagai client tetapi
rakan kongsi dalam rancangan koloborasi untuk mencapai satu persekitaran
kehidupan bandar yang selesa dan mesra komuniti. Program yang diadakan
mendapat respons dan kerjasama daripada penduduk yang rata-rata juga
pelbagai ras dan negara. Sehubungan itu, respons tentang perkhidmatan yang
disediakan di kawasan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan wajar dipetakan.
Ini merupakan asas perancangan berasaskan komuniti kerana responden
perkhidmatan yang diberikan di satu pihak telah menunjukkan bagaimana pihak
pembekal perkhidmatan yang ada dalam bandar memberikan perkhidmatan
mereka.
Keefisienan perkhidmatan bagi sesebuah bandar sememangnya menjadi fokus
banyak pihak dalam mempastikan sesebuah bandar atau bandaraya itu berdaya 6
Chuid Samsu 193119
saing dan lestari dalam jangka masa yang panjang. Keefisienan atau kecekapan
merupakan satu konsep yang amat luas, tidak mutlak dan ia sering dikaitkan
dengan kriteria lain bagi menunjukkan sesebuah keefisienan dalam pelbagai
bidang ilmu dan pembangunan sama ada bandar, wilayah atau negara.
Keefisienan seringkali digunakan oleh ahli ekonomi, jurutera, organisasi, ahli
teori, konsultan, ahli politik dan pengurus bagi menilai dan meningkatkan
keefisienan (Schipper, 1992). Ini termasuk pengkajian keefisienan dalam sektor
pengangkutan (Levinson, 2003), pendidikan (Palmer & Togerson, 1999),
pengangkutan kargo (Harrera & Pang, 2005) dan perkhidmatan bandar (Dong et
al., 2008) (dlm. Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad).
Sungguhpun terdapat kepelbagaian pendekatan untuk meneliti dan
menggunapakai keefisienan, pihak berkuasa tempatan tidak terkecuali daripada
berkaitlangsung dengan keefisienan perkhidmatan bandar. Perkhidmatan
bandar juga luas dari segi liputan dan bidang tadbir urusnya. Bagi sesebuah
bandaraya, pihak berkuasa tentunya secara relatif mempunyai banyak bidang
tugas untuk digalas dan diberikan perkhidmatan. Secara umunya, pihak
berkuasa Tempatan adalah satu badan yang diwujudkan melalui perundangan
dan aktivitinya terhad kepada kuasa dan tugas yang diperuntukan dalam
undang-undang.
Dalam proses pembentukan keefisienan bandaraya di negara ini, kecekapan
boleh direalisasikan dalam konteks organisasi ekonomi, premis dan sektor
tertentu. Proses membentuk sebuah indeks keefisienan juga memerlukan
inisiatif yang bukan sahaja bergantung kepada pelaksana atau pemaju, namun
usaha untuk mendapat maklum balas daripada penduduk atau orang awam
adalah penting agar proses ini juga mendapat maklum balas daripada bakal
pengguna atau end users.
Tugas dan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang utama dalah membuat perancangan
dan penyebaran maklumat berkenaan perancangan di dalam kawasan tadbirnya. Pihak
Berkuasa Tempatan juga wajib menjalankan sebarangan tugas jika diarahkan oleh Pihak 7
Chuid Samsu 193119
Berkuasa Negeri dan Jawatankuasa Perancangan Negeri(JPN) kerana walaupun diberi
kuasa yang penuh menentukan keputusan perancangan pembangunan kawasan tetapi
Pihak Berkuasa Negeri lebih Berkuasa dalam menentukan corak pembangunan tanah di
dalam Negeri. Pihak Berkuasa Tempatan juga berkuasa mengatur, mengawal dan
merancang pemajuan dan pengunaan semula tanah dan bangunan di dalam kawasannya
sebagaimana ianya kuasa yang diberikan kepadanya melalui perundangan yang telah
dibuat dan terlibat dengannya. Seterusnya ianya juga boleh mengusahakan, membantu
dan mengalakkan pemugutan, penyenggaraan dan penyiaran perangkaan buletin dan
monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dangan perancangan bandar dan desa.
Pihak Berkuasa Tempatan ini telah diberikan kuasa oleh perundangan untuk memastikan
kawasan pentadbirannya berasa dalam keadaan yang selamat dan merancang sesuatu
pembangunan dalam keadaaan yang sesuai dengan sosio budaya masyarakat. Ini
menunjukkan, Pihak Berkuasa Tempatan adalah bertangungjawab bagi merancang dan
membangunkan kawasanya dalam konteks pembangunan nasional. Adalah menjadi
kewajipan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menentukan kehidupan masyarakatnya berasa
pada tahap yang terbaik dan optimum.
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan secara umumnya adalah memastikan kesejahteraan
dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas merancang, melaksanakan,
mengawal perancangan degan baik dan memberikan perkhidmatan dengan tulus dan adil.
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan amat penting dalam memastikan segala perancangan
perbandaran dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada komuniti itu diterima. Masyarakat
kini jugan semakin peka dan mangambil berat ke atas persekitaran mereka dan mereka
telah mula menjadi rakan kepada Pihak BerkuasaTempatan untuk menyumbang sesuatu
kepada perancangan tempatan bagi mewujudkan persekitaran perbandaran yang lebih
terancangan dan tersusun serta selesa dan mesra penduduk.
Kawalan pembangunan adalah salah satu aspek penting dalam system perancangan
kerana fungsinya sebagai mengawal pembangunan dan mengimplementasikan polisi-
polisi perancangan daripada peringkat negara ke peringkat tempatan. Ianya juga
melibatkan pertimbangan dan keputusan di dalam kawalan pembangunan di peringkat 8
Chuid Samsu 193119
tempatan yang melibatkan organisasi, prosedur dan pelaksanaa. Tujuan utama Pihak
Berkuasa Tempatan mengenakan kawalan pembangunan terhadap sektor hartanah
adalah memastikan pembangunanyang akan dimajukan mamatuhi garis panduan yang
telah ditetapkan.
Perubahan infrastruktur dan guna tanah adalah ketara dan memerlukankawalan untuk
memastikan proses perbandaran dapat berjalan dengan lincin dan tidak mendatangkan
masalah dalam jangka masa panjang. Fungsi kawalan dalam konteks pembangunan
amat penting kerana kemusnahan alam sekitar, bencana alam dalam tanggungjawab
sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Sesebuah pembangunan yang ingin dibangunkan
perlu mendapat kebenaran merancangan terlebih dahulu ataupun kebenaran yang bertulis
daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa
sepenuhnya di dalam mengatur, mengawal dan merancang pembangunan dan
pengunaan tanah di dalam kawasan tadbirnya.
Ini menunjukan begitu pentingnya peranan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam
perancangan setempat dan ini adalah perlu bagi mewujudkan satu mekanisma kawalan
terhadap pembangunan supaya teratur dan tidak menyebabkan masalah
pencemaran,kesesakan lalulintas dan tambahan infrastuktur yang tidak diingini kepada
masyarakat setempat, juga bagi memastikan pembangunan tersebut sesuai dan berada di
tahap yang baik untuk didiami.
Pihak Berkuasa Tempatan juga harus mempunyai koordinasi yang baik di antara jabatan-
jabatan yang terlibat di dalam memberikan kelulusan keatas sesuatu kebenaran
merancang yang dipohon. Pihak Berkuasa Tempatan harus berkerja secara berpasukan
dengan mengenalpasti peluang-peluang perancangan di dalam kawasan tersebut dan
harus selalu berbincang dan menyelesaikan segera sebarang permasalah yang timbul di
dalam kawasan tadbirnya. Ditegaskan disini Pihak Berkuasa Tempatan tidak boleh dan
sewajarnya membuat keputusan sehingga mencapat ulasan-ulasan teknikal seperti
dariada Bahagian Perundangan Tanah Negeri apabila berkaitan ubah syarat tanah
walaupun ianya selalunyamenyebabkan kelewatan kelulusan kebenaran merancang
dibuat. Ini merupakan syarat mandatori supaya pembangunan yang direncanakan itu 9
Chuid Samsu 193119
selari dengan perundangan yang lebih tinggi daripada kuasa yang ada di dalam Pihak
Berkuasa Tempatan.
Campurtangan politik dan pihak berkepentingan di dalam Pihak Berkuasa Tempatan juga
menyumbang kepada keadaan ini berlaku. PihakBerkuasa Tempatan harus mengelakan
dengan jelas jika terdapat unsur-unsur politik kerana ianya akan mencacatkan prosedur
dan penilaian terhadap pembangunan yang dicadangkan itu akan berat sebelah dan tidak
adil. Ini boleh ditunjukkan dengan keadaan ahli politik secara individu cuba mempengaruhi
keputusan-keputusan perancangan bagi faedah untuk diri dan kawasan undian mereka.
Terdapat keputusan-keputusan perancangan akan dipengaruhi oleh arahan dasar-dasar
yang jelas diberikan oleh kepimpinan parti politik. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan
juga lebih terikat dan akan dipengaruhi keputusannya dengan pelantikan pegawai-pegawai
tertinggi perancangan di peringkat nasional di kalangan ahli-ahli politik ataupun ahli-
ahlimajlis di Pihak Berkuasa Tempatan itu adalah berdasarkan lantikan politik. Secara
teorinya boleh dikatakan bahawa ahli politik bertangungjawab dalam membentuk dasar
dan peranannya adalah untuk menterjemahkan dasar ini kepada program ataupun
projek-projek khusus.
Ahli majlis yang kadang kala merupakan pembuat keputusan melalui Pihak Berkuasa
Tempatan merupakan orang yang penting di dalam memberikan kebenaran merancangan
di dalam perancangan tempatan. Ahli Majlis yang kadang-kala tidak mempunyai latar
belakang di dalam perancangan, terutamanya apabila ianya melibatkan idea perancangan
yang mana oleh jabatan-jabatan teknikal yang lain bersama justifikasi pembangunan,
namun akhirnya kebenaran diberikan oleh mereka yang tidak memahami tujuan
perancangan itu. Di samping itu terdapat juga beberapa amalan dalam membuat
keputusan perancangan yang diputuskan melalui dasar dan perundingan yang tidak jelas
oleh pihak pembuat keputusan. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus sedar akan
kemungkinan bahawa tidak semua kawasan pembangunan menghadapi keadaaan dan
masalah yang sama begitu juga dengan pengunaan dasar yang tidak jelas dan
kelemahan koordinasi bagi membuat perundingan yang berkesan. Oleh itu adalah
penting bagi pembuat keputusan perancangan yang mahir dengan merujuk kepada pelan-
pelan pembangunan yang digunapakai.
10Chuid Samsu 193119
Pembangunan bandar yang sempurna adalah didorang oleh sejauh mana Pihak
Berkuasa Perancang Tempatan itu berfungsi dengan baik. Jika di teliti kepada corak
pembangunan bandar negara hari ini, langkah kawalan kearah penerusan pembangunan
Bandar itu sendiri tidak wujud, kononnya kita masih lagi berada dalam ketogori negara
membangun yang perlu menyediakan banyak kemudahan untuk pertumbuhan sosial dan
ekonomi.Tangapan ini sama sekali salah dan inya perlu diperbetulkan. Ini harus
dibuktikan dengan kesunguhan semua pihak perancangan yang terlibat secara langsung
ataupun secara tidak langsung.
Setiap bahagian yang terlibat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan haruslah mempunyai
insiatif yang lebih efisen dan sentiasa mencari pembaharuan yang boleh membawa Pihak
BerkuasaTempatan sebagai meditiator perancangan di dalam kawasan tersebut. Oleh
itu Pihak Berkuasa Tempatan perlu lebih bersedia dan fleksibel di dalam merencanakan
perancangan pembangunan di dalam kawasan. Perbagai langkah harus dilaksanakan
oleh pihak Berkuasa Tempatan seperti memperbaiki mutu penguatkusaan dengan
mengadakan program tahun kumpulan kerja pada waktu malam dan sebagainya.
Akan tetap jika penguatkuasaan yang efektif dijalankan haruslah disertai dengan pelan
induk yang baik dan strategi pengurusan yang berkesan bagi jangka masa yang
panjang. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus mempunyai pelan perancangan jangka
panjang yang bersifat intergratif bagi membolehkan ianya bertindak sebagai pihak
perancang tempatan yang baik. Bahagian perancangan di dalam Pihak Berkuasa
Tempatan juga harus menjadi pelaksana kepada matlamat perancangan yang telah
dipersetujui. Fungsi Bahagian ini harus tidak terlampau terhad bagi meningkatkan
keberkesanannya. Kekurangan tenaga pakar di dalam bahagian ini juga harus diteliti dan
dibuat penambahan pembangunan sumber manusia supaya bahagian yang penting ini
dapat melaksanakan dan mencapai matlamatnya yang sebenar.
Kesedaran tentang wujudnya kekurangan Pihak Berkusa Tempatan sebagai sebagai
pihak perancang tempatan yang baik harus disusuli dengan perancangan pelaksanaan
bagi mengatasi kelemahan ini supaya masayarakat persekitaran tidak menjadi mangsa
kepada perancangan yang tidak teratur didalam kawasan pembangunan. Oleh itu pihak 11
Chuid Samsu 193119
Berkuasa Tempatan harus secara langsung atau tidak langsung menjadi badan yang kuat
dan tidak dipengaruhi dalam membuat sebarang keputusan di dalam proses perancangan
supaya ianya sesuai dengan keadaan semasa dan relevan dengan keperluan masa kini
dan akan datang.
CABARAN DIHADAPI PBT
Pembangunan sesuatu kawasan memerlukan perancangan yang rapi,
keperluan sesuatu kawasan untuk ditadbir dan dimajukan hanyalah dalam ruang
lingkup kawasan yang dikhaskan sahaja. Maka, wujudlah kerajaan tempatan
yang diberi tugas untuk memajukan sesebuah kawasan mengikut garis panduan
yang telah digariskan.
PBT di Malaysia merupakan satu agensi yang paling penting kerana struktur
pentadbiran dalam kerajaan Malaysia meletakkan PBT sebagai kerajaan yang
ketiga selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Umum mengetahui
bahawa PBT adalah agensi yang paling hampir dengan penduduk setempat
kerana keadaan aktiviti penduduk seharian banyak yang melibatkan PBT
seperti pelesenan, percukaian, kemudahan awam dan sebagainya. Oleh itu,
PBT tidak pernah terlepas dari permasalahan dan sentiasa menjadi perhatian
khasnya oleh penduduk tempatan. Dari dahulu sehingga kini PBT sering sahaja
menjadi medan kritikan dan PBT berdepan dengan masalah. Dalam menuju era
Negara maju 2020 selaras dengan wawasan kerajaan, PBT juga harus seiring
dalam meneroka pembangunan untuk kemajuan sesuatu kawasan.Kini, PBT
telah berdepan dengan pelbagai cabaran antaranya dalam aspek politik,
ekonomi, sosial, teknologi dan alam sekitar. PBT kini perlu matang dan
dewasa dalam menghadapi masalah dan cabaran yang kian hebat dek tekanan
semasa dan pelbagai krisis yang sedang memuncak kini.
i) MASALAH POLITIK
(PBT) kini kian di hujani dengan cabaran dan masalah. masalah pertama yang
dihadapi oleh PBT kini adalah masalah politik (campur tangan ahli politik).
Merujuk kepada asas pelantikan ahli majlis adalah berdasarkan lantikan oleh 12
Chuid Samsu 193119
kerajaan negeri akan tetapi kini kebanyakan kerajan negeri lebih gemar melantik
ahli majlis daripada anggota parti mereka. Perkara ini jelas telah membawa
pelbagai masalah bahkan telah menyusahkan penduduk dikawasan tersebut.
Pelantikan ahli majlis sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri
tetapi yang menjadi persoalannya apabila kerajaan negeri cenderung melantik
mereka yang mewakili parti masing-masing timbul permasalahan samada
mereka yang dilantik itu mewakili parti ataupun mewakili penduduk tempatan di
situ.
Hal ini jelas apabila ahli majlis yang dilantik mewakili parti ianya dikira
bertentangan dengan syarat lantikan kerana pelantikan ahli majlis adalah untuk
mewakili penduduk seterusnya menyuarakan masalah penduduk kepada pucuk
pimpinan dan bukannya menjadikan PBT sebagai agenda politik masing-
masing. Setiap PBT mempunyai ahli majlis yang terdiri daripada kalangan
pemimpin masyarakat yang dilantik oleh kerajaan negeri. Ahli majlis adalah
mewakili masyarakat setempat dan berperanan sebagai “bersama dalam
pembentukan dasar sesebuah PBT” sungguhpun dalam akta kerajaan tempatan
(akta171), telah dinyatakan bahawa ahli majlis yang dilantik adalah terdiri
daripada mereka yang mewakili orang Melayu, orang India dan orang Tionghua
tetapi realiti pada hari ini ialah ahli majlis yang dilantik sekarang ini adalah
mereka yang terlibat dalam politik secara langsung dan dalam kalangan NGO
seperti dewan perniagaan dan sebagainya. Hari ini tidak dinafikan NGO ini pun
sebenarnya orang yang terlibat dalam politik maka tidak hairanlah jika dulu BN
memerintah maka kalangan ahli majlis yang dilantik dari UMNO, MCA dan MIC
manakala bagi negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pula
rata-rata ahli majlis terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. Maka, dasar sesebuah
PBT sebenarnya sentiasa tertakluk kepada suasana politik semasa dan hal ini
tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ini adalah fakta suasana pbt
pada hari ini.
Maka jelaslah bahawa PBT kini mempunyai cabaran yang sangat besar kerana
campur tangan politik. Ahli majlis yang duduk dalam setiap majlis perbandaran 13
Chuid Samsu 193119
yang terdiri daripada parti politik ada segelintir daripada mereka tidak mampu
mampu bersikap efisien dan adil terhadap penduduk yang diwakilinya. Sebelum
1970 ahli majlis dipilih oleh pengundi maka ini memberi pilihan kepada
pembayar cukai memilih sendiri wakil yang layak oleh mereka untuk
menguruskan perbandaran mereka. Justeru, sudah tiba masanya sIstem
pelantikan ahli majlis perlu dirombak dan dibaiki system pelantikannya agar
lebih telus dan cekap selaras dengan kehendak masyarakat setempat.
ii) ASPEK EKONOMI
Cabaran ini menjadi satu masalah dan cabaran yang amat kronik jika dilihat dari
aspek keadan ekonomi global yang menghadapi krisis. Keadaan dunia yang
mula menghadapi krsis ekonomi yang kian menguncup telah dirasai oleh
Malaysia. Pembuangan pekerjaan yang saban hari kian meningkat ditambah
banyak kilang-kilang telah mula memperlahankan operasi, hal-hal ini
sebenarnya memberi kesan kepada PBT. Ramai penganalisis ekonomi
menyatakan bahawa krisis kali ini akan lebih teruk daripada krisis yang dialami
semasa tahun 1997 kerana krisis ekonomi kali ini mengambil masa yang agak
perlahan untuk dirasai dan pastinya ramai yang akan merasainya dalam jangka
masa yang agak panjang.
“Krisis kewangan Asia 1997-1998 telah menyedarkan mengenai pentingnya
pengukuhan daya tahan dalam persekitaran dunia yang semakin bersepadu di
mana aliran modal, perdagangan dan maklumat melangkaui sempadan negara.
Peristiwa yang berlaku di sesebuah negara boleh memberi implikasi yang ketara
kepada negara lain melalui rangkaian yang kompleks dan silang-menyilang
serta kesan tertangguh. Malaysia terdedah kepada kesan luaran ini kerana
ekonominya berkait rapat dengan negara lain di dunia. Memandangkan
Malaysia tidak mungkin terhindar sepenuhnya daripada kejutan luar, Malaysia
perlu memperkukuhkan daya tahan ekonomi, kewangan dan sosial agar mampu
menghadapi pergolakan dan risiko yang muncul tanpa tergelincir daripada
matlamat pembangunan” (Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3).
14Chuid Samsu 193119
PBT mempunyai peranan dan tanggungjawab yang agak berat dalam
menghadapi krisis ekonomi kerana kemungkinan ramai penduduk setempat di
sesuatu PBT tidak mempunyai pekerjaan dan inilah masanya untuk PBT
mempelbagaikan cabang ekonomi di kawasan itu. PBT yang diperbadankan
dibawah akta kerajaan tempatan dari segi kekuasaanya mempunyai kuasa
autonomi dalam hal ehwal pentadbiran, pengurusan dan kewangannya. PBT
mempunyai kawalan penuh dalam pengurusan kewangannya dari segi hasil
cukai pinti, hasil bukan cukai dan lain-lain hasil.
Merujuk kepada keadaan ekonomi semasa kini memang sesuailah PBT
menjana ekonomi apabila YDP memainkan peranan yang amat besar dalam
meneroka hasi-hasil baru. PBT kini menghadapi cabaran yang amat hebat
dengan masalah urbanisasi yang kian pesat dengan pertambahan penduduk di
sesebuah PBT. Hal ini adalah cabaran dalam keadaan ekonomi dunia yang
tidak menentu. Perkara ini tidak mustahil boleh merencatkan pelan
pembangunan PBT, sudah sampai masanya untuk PBT bukan hanya
menumpukan kepada kebersihan dan kutipan sampah sahaja tetapi
berperanan dalam menarik pelaburan dalam dan luar negara ke kawasan PBT
dalam usaha menambah pendapatan untuk tidak terus bergantung kepada
kerajaan negeri persekutuan dan kerajaan.
iii) PROSES URBANISASI YANG PESAT
Isu pembandaran sering kali dikaitkan dengan factor penghijrahan penduduk
dari desa ke Bandar dan jarang sekali dianggap sebagai satu proses
memperbandarkan masyarakat desa (Yahaya Ibarahim, 1995). Dengan kadar
pertumbuhan penduduk Bandar yang sedemikian akan member kesan positif
dan juga negative terhadap persekitaran ekonomi desa dan Bandar. Tumpuan
penduduk ke Bandar seringkali dikaitkan dengan peluang pekerjaan dan
persekitaran Bandar yang mengagumkan.
Proses urbanisasi ini membawa cabaran yang besar kepada PBT kerana proses
urbanisasi ini membawa kepada penghijaharan pekerja dari kawasan 15
Chuid Samsu 193119
pedalaman ke kawasan bandar, kepadatan penduduk di kawasan Bandar
menyebabkan juga akan menyebabkan keperluan untuk pembinaan
petempatan baru. Walaubagaimanapun, pekerja yang berhijrah ke kawasan
bandar kebanyakanya menetap di kawasan perumahan setinggan. Ini yang
membawa masalah kepada masyarakat dan PBT di kawasan itu. Ini kerana
kawasan setinggan yang membawa masalah sosial seperti jenayah ragut,
mencuri dan rogol.
Selain itu, kemudahan kualiti air, elektrik dan kesihatan di kawasan setinggan
juga tidak sistematik kerana kualiti yang rendah dan ini juga membawa masalah
kepada PBT dalam mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.
Begitu juga dengan masalah migrasi pekerja asing tanpa izin mahupun pekerja
asing yang berdaftar dengan kerajaan. Kewujudan kumpulan pekerja asing ini
juga menyebabkan masalah sosial berlaku antaranya adalah jenayah pecah
rumah dan rompakan sering berlaku yang melibatkan pekerja warga asing.
Justeru itu, dalam menangani gejala sosial dan jenayah seperti kebanjiran
warga negara asing ini, kutu rayau, peminta sedekah, mat rempit, pelacuran dan
penagihan dadah. Sebagai PBT yang bertanggungjawab maka haruslah
memantau keadaan tersebut serta bekerjasama dengan pihak polis dan pihak
berkuasa yang lain di kawasan Bandar tersebut.
Proses urbanisasi juga merupakan faktor kepada kejadian banjir kilat yang
berlaku kerana proses perbandaran di kawasan Bandar ini yang tidak mengikut
spesifikasi dan peraturan yang ditetapkan seperti pembinaan sistem perparitan
yang tidak sempurna dan penggunaan tanah secara besar-besaran tanpa
kawalan. Ini semua merupakan cabaran utama kepada PBT dalam mencari
jalan penyelesaian isu.
Pada peringkat awal urbanisasi kawasan metropolitan dan Bandar besar yang
lain menjadi lokasi pilihan aktiviti pembuatan. Di lokasi-lokasi inilah terdapatnya
pelbagai manfaat ekonomi aglomerasi. Bandar raya umpama sesebuah Negara
yang melalui proses pertumbuhan pesat lazimnya berupaya menawarkan asa 16
Chuid Samsu 193119
ekonomi yang luas dan pelbagai, sesuai dengan tuntutan perkhidmatan moden
dan industry inovatif yang lain. Dari segi teorinya, apabila proses perindustrian
berlalu, dan kawasan metropolitan mula memperlihatkan masalah-masalah
yang berkaitan dengan penumpuan yang melampau aktiviti ekonomi dan
kependudukan, aktiviti pembuatan mula berpindah keluar dari kawasan
metropolitan (Prof. Morshidi Sirat, 2002).
iv) PENYERTAAN MASYARAKAT
Untuk menjadi negara yang berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat
antarabangsa, perpaduan penduduk Malaysia yang berbagai keturunan
merupakan satu pra-syarat yang mesti dipenuhi. Semua dasar, program dan
projek akan berpandu kepada keperluan asas ini memandangkan penyertaan
yang aktif dan sepenuhnya oleh semua kumpulan etnik serta wilayah adalah
penting untuk memastikan kejayaan usaha pembangunan sosioekonomi dan
pembinaan bangsa. Ketidaksamaan dan ketaksaksamaan di kalangan dan di
dalam kumpulan etnik serta wilayah akan diatasi supaya perpaduan bangsa
Malaysia terpelihara (Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3).
Isu dan cabaran PBT dalam aspek sosial juga amat penting jika melihat peranan
PBT pada masa sekarang kerana aspek sosial seperti kualiti hidup, isu
perumahan, kemiskinan, gejala sosial, jenayah, masalah perbandaran,
kebanjiran pekerja asing dan sebagainya amat mencabar dan keadaan ini
merupakan kesan langsung daripada keadaan globalisasi yang memberi kesan
kepada sektor ekonomi serta kehidupan sosial masyarakat kini.
Dalam hal ini, PBT haruslah berupaya menyelesaikan masalah ini secara
berkesan untuk kesejahteraan rakyat. Isu berkenaan dengan penurunan kualiti
hidup masyarakat di dalam bandar merupakan antara isu utama kesan daripada
pembangunan bandar yang tidak diuruskan dengan baik. Untuk menjadi sebuah
bandar yang maju dan mampan ciri-ciri yang perlu di titikberatkan adalah kualiti
infrastrukur sokongan dan kualiti hidup yang tinggi yang dihasilkan melalui
penyediaan perumahan, pendidikan, rekreasi dan kemudahan kesihatan yang 17
Chuid Samsu 193119
mencukupi. Dari aspek penyediaan perumahan, isu utama adalah kekurangan
penyediaan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah. Walaupun
kemudahan perumahan telah disediakan melebihi dari keperluan sebenar,
bekalan perumahan untuk golongan miskin di bandar tidak mencukupi kerana
harga rumah adalah diluar kemampuan mereka.
v) GOOD GOVERNANCE
PBT seperti yang dimaksudkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
iaitu Majlis Bandaraya, Governans bukanlah suatu konsep yang baru.
Governans bermaksud proses membuatkeputusan dan proses perlaksanaan
setiap keputusan iaitu sama ada keputusan tersebut dilaksanakan atau tidak.
Terdapat beberapa konteks governans yang sering digunakan iaitu governans
korporat, governans antarabangsa, governans kebangsaan dan governans
tempatan. Kerajaan merupakan satu faktor di dalam governans yang
bertanggungjawab merancang, membuat keputusan, melaksana dan mengawal
setiap pembangunan yang dijalankan supaya negara terus berdiri dengan teguh
dan aman sejahtera (http://www.unescap.org).
Menurut Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP)
governans mempunyai lapan elemen utama iaitu bertanggungjawab, telus,
timbal-balik, penyertaan yang adil dan saksama, efektif dan efisyen, mematuhi
perundangan, penglibatan semua pihak dan persetujuan umum. Setiap elemen
ini amat penting supaya korupsi dapat dikurangkan dan pandangan umum
pelbagai pihak seperti pemimpin dan masyarakat diambilkira di dalam proses
membuat keputusan demi masa depan bersama (http://www.unescap.org).
Keefisienan governans juga menjadi salah satu daripada tuntutan masyarakat
global. Dengan berpegang bahawa keefisienan bermula sejak di peringkat
perancangan, kemudiannya terpancar di peringkat pembangunan dan
penyediaan dan akhirnya di peringkat pengendalian perkhidmatan yang
melibatkan pelbagai stakeholders, keefisienan governans sebenarnya
melampau jangkauan prinsip good governance. 18
Chuid Samsu 193119
Di peringkat kerajaan tempatan umpamanya, governans yang efisien akan
membentuk mekanisme pengurusan bandar yang menggalakkan pertumbuhan
dan persekitaran hidup yang berkualiti. Penekanan kepada governans yang
efisien dapat dilihat dalam penelitian pembangunan bandar mahupun wilayah
bandaraya. Melalui program Effective City Development Strategies (CDS),
persoalan pembangunan bandar yang berhadapan dengan isu ketidakefisienan
cuba diatasi, terutama apabila tiada penyelarasan antara kawasan dan
stakeholder metropolitan. Melalui pendekatan ini, CDS mencadangkan lapan
prosedur iaitu iaitu:
i) Memulakan proses;ii) Membina parameter permulaan dan skop CDS; iii) Membina penilaian awal; iv) Formulasikan visi; v) Mengenalpasti kekuatan-kelemahan-peluang-kepercayaan (analisis
SWOT); vi) Menetapkan strategi bidasan vii) Membina kesedaran; dan viii) Memulakan perlaksanaan
(http://www.citiesalliance.org).
Satu lagi contoh empirikal kefisienan governans ialah pengalaman bandar San
Jose yang bertanggung jawab ke atas perkhidmatan kepada pelbagai lapisan
penduduk, pekerja dan pelawat di kawasan perkhidmatan seluas 175 batu
persegi (http://www.ci.san-jose.ca.us/planning). Sebagai bandar besar, San
Jose berhadapan dengan cabaran untuk memberi perkhidmatan berkualiti
kepada semua kejiranannya. Ini melibatkan perkhidmatan polis dan
perlindungan kebakaran, taman-taman dan rekreasi, perpustakaan, pelupusan
sisa, air minuman dan bekalanelektrik. Namun, wujud kekangan disebabkan dua
faktor utama iaitu dana pengurusan Bandar yang terhad dan komunitinya terdiri
daripada tenaga kerja yang tidak aktif.
vi) PEMBANGUNAN MAMPAN
Dalam perancangan pembangunan sesuatu kawasan seperti sebuah bandar
baru, rnaklumat lengkap mengenai semua aspek seperti jenis dan penggunaan
19Chuid Samsu 193119
tanah, kemudahan awam yang telah tersedia, sempadan tanah serta sifat
populasi tempatan perlu diselidiki terlebih dabulu. la perlu meliputi semua sektor
seperti ekonomi, perumahan, pengangkutan, kemudahan awam, rekreasi dan
alam persekitaran.
Maklumat ini penting dalam membuat sesuatu keputusan yang terbaik bagi
menentukan kaedah penggunaan tanah serta mengurangkan kesan buruk
terhadap alam persekitaran. Pembangunan bandar banyak membawa kebaikan
kepada negara, dan tidak kurang juga ia membawa keburukan terutamanya jika
pembangunan tersebut tidak peka kepada alam persekitaran yang sensitif,
infrastruktur yang terhad, masalah sosial dan kualiti kehidupan di kawasan
tersebut.
Dalam Wawasan 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang
tahun 2020, bukan hanya dalam aspek ekonomi, tetapi juga aspek sosial,
kestabilan politik, pentadbiran kerajaan, kualiti hidup, nilai-nilai sosial dan
kerohanian yang baik. Wawasan ini yang mengandungi Sembilan (9) cabaran
telah menggariskan bahawa segala sumber semulajadi tidak boleh dibazirkan,
tanah negara ini perlu senantiasa subur dan produktif, alam persekitaran
senantiasa bersih, air tidak tercemar, sumber hutan mampu untuk tumbuh
semula, dan mampu menampung keperluan Negara ini.
Keindahan bumi ini juga tidak boleh dikorbankan semata-mata kerana
kepentingan diri atau untuk meningkatkan ekonomi negara ini. Oleh itu bagi
mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan maju seperti yang dicita-citakan
dalam Wawasan 2020 maka pembangunan yang dijalankan mestilah mesra
alam dan memenuhi keperluan masyarakat.
Dalam konsep pembangunan mampan juga ada menegaskan hubungan di
antara pembangunan berterusan dengan kepentingan penjagaan alam
persekitaran. Surunhanjaya Alam Sekitar dan Pembangunan Sedunia (1987)
mendefinisikan pembangunan mampan sebagai "pembangunan yang 20
Chuid Samsu 193119
memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan
generasi akan datang dalam memenuhi keperluan mereka" (Mohd Hasni bin Hi
Jaafar, 2001). Secara amnya ia bererti bahawa untuk memastikan imbangan di
antara pertumbuhan fizikal dan alam sekitar serta mempastikan pembangunan
berjalan secara berterusan dan lestari.
Pembangunan mampan amat penting dalam perancangan bandar agar segala
aspek berkenaan diambilkira dan diberi pertimbangan sewajarnya oleh semua
pihak yang terlibat. Ini adalah untuk membantu dalam memenuhi sesuatu polisi
pembangunan, memberikan amaran mengenai masalah yang mungkin timbul,
memberikan status kemajuan sosial, mempertingkatkan tahap penglibatan
masyarakat setempat dalam satu-satu keputusan mengenai alam persekitaran
mereka, dan yang paling penting dapat menyepadukan pertimbangan alam
persekitaran ke dalam pembangunan setempat.
Perancangan dan pembangunan persekitaran yang selamat dapat diwujudkan
melalui pelaksanaan prinsip pembangunan mampan serta menfokuskan kepada
manusia “sustainable people centred development model”. Penekanan juga
harus diberikan kepada jalinan tiga hubungan manusia dengan pencipta,
manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ketiga-tiga
jalinan ini harus ditetapkan melalui makanisme sistem perancangan sedia ada
serta konsep-konsep perancangan. Perancangan dan pembangunan
persekitaran yang selamat adalah tepat pada masanya dilaksanakan kerana
dari segi perancangan, cabaran yang dihadapi bukan hanya untuk menjamin
perkembangan ekonomi tetapi mencapai perpaduan dan kesejahteraan
berasaskan lunas keselamatan (Zainuddin Muhamad, 1999) (dlm. Jamaludin
Mustaffa, 2007).
KESIMPULAN
Pembangunan merupakan salan satu aspek terpenting di dalam negara. Jesteru itu
adalah perlu bagi pihak yang berkepentingan yang mempunyaifungsi dan matlamat
terutamnya Pihak Berkuasa Tempatan supaya menyedari kepentingan pembangunan 21
Chuid Samsu 193119
setempat supaya ianya berjaya mengerak sesebuah pembangunan yang bestari dan
mampan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat. Masalah
pembangunan yang menjadi masalah kini hanya boleh diatasi sekiranya Pihak Berkuasa
Tempatan itu mengambil langkah-langkah untuk manguruskannya diambil melalui prinsip-
prinsip pembangunan yang teratur dan bersistematik serta berkesan.
Pembangunan yang lestari hanya dapat dicapai dengan perubahan dan peningkatan
perestasi pembangunan yang diuruskan dan bagaimana pembangunan itu dilihat akan
mambantu masyarakat setempat supaya menjadimasyarakat yang moden dan terbaik.
Diharapkan denga wujudnya peningkatantahap pengurusan pembangunan Pihak
Berkuasa Tempatan akan Berjaya menjadi unggul dan bijak merencanakan
pembangunan setempat untuk masyarakat dan pembangunan itu dapat diadaptasikan
dengan bersistematik dan efektif demi menjamin pembangunan yang terbaik dalam
negara.
Secara keseluruhanya, dalam keadaan arus globalisasi pada masa kini, dilihat
cabaran PBT semakin mencabar terutama dalam aspek politik, ekonomi,
pengurusan alam sekitar, teknologi dan sosial. Dalam melaksanakan tugas
sebagai PBT di kawasanya, PBT di seluruh Negara bertanggungjawab dalam
melaksanakan segala peranannya kepada masyarakat untuk menjamin
keselamatan dan kesejahteraan semua pihak. Jika dilihat peranan PBT dalam
pelaksanaan serta penguatkuasaannya adalah berbeza di antara sesebuah PBT
dengan PBT yang lain. Ini adalah kerana masalah sumber kewangan, sumber
manusia dan perundangan. Begitu juga dengan keutamaan sesebuah PBT yang
berbeza kerana perlu memenuhi kehendak setempat, pertindihan bidang kuasa
dan kehendak politik dalam masyarakat. Tetapi, pelaksanaan tugasnya
bergantung kepada sumber yang sedia ada. Setiap masalah yang dikenal pasti
perlu diberi perhatian serius bagi memastikan semua peruntukan sedia ada
dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik.
22Chuid Samsu 193119
RUJUKAN
Ahmad Atory Hussain, Malike Ibrahim, Mohamed Sukeri Khalid, Subri Hashim dan Zawiyah Mohd. Zain (2010). Siri Modul Kendiri PLK: Kerajaan Tempatan, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad. Keefisienan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di Wilayah Bandaraya Kuala Lumpur: Perspektif komuniti. Program Sains Pembangunan, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). http://www.ukm.my/geografia/images/upload/6.2009-1-Hamzah-melayu-1.pdf
Jamaludin Mustaffa (2007). Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan Bandar Selamat Di Malaysia: Kajian Kes Alor Star, Kedah. Ph.D. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM).
Mohd Hasni bin Hi Jaafar, (2001). Kesihatan Persekitaran Dalam Perancangan BandarJurnal Kesihatan Masyarakat Jilid 7: 2001.
Profesor Morshidi Sirat, (2002). Proses Globalisasi dan Transformasi Bandaraya. Isu, Peluang dan Cabaran Bagi Kuala Lumpur. Syarahan Umum, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM).
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) (http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/335/BAB-00-MENINGKATKAN-KEUTUHAN)
Yahaya Ibarahim, (1995). Pembangunan dan Kejiranan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia
http://www.citiesalliance.org
http://www.ci.san-jose.ca.us/planning
http://www.unescap.org
23Chuid Samsu 193119