AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KOLEJ KOMUNITI JEMPOL
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
PE 4 - MESIN 3 FASA
• Kegunaan Peringkat Dalaman Sahaja
1 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
BAB 1 KESELAMATAN AM
1.1 Punca – punca Kemalangan 1
1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3
1.3 Langkah –Langkah Keselamatan 4
1.4 Simbol dan Tanda Amaran Keselamatan 6
1.5 Pertolongan Cemas 7
1.6 Pencegahan Kebakaran 9
BAB 2 KONSEP ASAS KAWALAN MOTOR
2.1 Definisi Kawalan Dalam Konteks Elektrik 11
2.2 Simbol Gambarajah Skema 14
2.3 Gambarajah Skema 15
2.4 Gambarajah Susun Atur 17
2.5 Gambarajah Blok 17
2.6 Gambarajah Pendawaian 18
BAB 3 KOMPONEN – KOMPONEN KAWALAN
3.1 Pemutus Litar Kenit (Miniature Circuit Breaker, MCB) 19
3.2 Geganti Beban Lampau (Overload Relay) 20
3.3 Suis Punat Tekan 21
3.4 Sesentuh (Contactor) 22
3.5 Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contactor) 23
3.6 Pemasa (Timer Delay Relay, TDR) 24
BAB 4 PENGUJIAN KOMPONEN – KOMPONEN DAN LITAR
KAWALAN
4.1 Pengujian Litar Dan Komponen 25
4.2 Cara Pengujian Litar 25
4.3 Cara Pengujian Komponen 26
RUJUKAN 30
2 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
BAB 1 : KESELAMATAN AM
1.1 Punca – punca Kemalangan
Kegagalan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel boleh meyebabkan
kemalangan. Kemalangan bukan sahaja boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian, malah
akan meyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, peraturan keselamatan bengkel perlu
diamalkan selalu bagi mengelakkan kemalangan terjadi. Terdapat tiga jenis punca kemalangan
iaitu :-
a. Kecuaian manusia
b. Keadaan tempat kerja
c. Keadaan peralatan atau mesin yang digunakan
a. Kecuaian Manusia
Kecuaian adalah salah satu faktor terbesar yang boleh meyebabkan kemalangan di dalam
bengkel. Antara kecuaian dan langkah pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelak
kemalangan ialah :-
Bil Punca Kemalangan Langkah Pencegahan
1. Tidak merancang sebelum membuat
sesuatu kerja.
Merancang dahulu sebelum melaksanakan
kerja.
2. Tidak memberi tumpuan kepada kerja
yang sedang dilaksanakan.
Menumpukan perhatian kepada kerja yang
sedang dilaksanakan.
3. Tidak mematuhi peraturan keselamatan
yang ditetapkan.
Mematuhi peraturan keselamatan yang
ditetapkan.
4.
Menggunakan peralatan atau mesin
yang tidak sesuai mengikut
kegunaannya.
Menggunakan peralatan atau mesin
mengikut kegunaan yang sebenar.
5. Tidak mengendalikan peralatan atau
mesin dengan betul
Mempelajari cara mengendalikan peralatan
atau mesin dengan betul.
6. Tidak mematuhi prosedur penggunaan
peralatan atau mesin
Mengendalikan peralatan atau mesin
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Jadual 1.1 Punca Kecuaian Manusia dan Langkah Pencegahan
3 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
b. Keadaan Tempat Kerja
Selain daripada kecuaian manusia, suasana di tempat kerja atau bengkel boleh juga
menyebabkan kemalangan. Antara punca kemalangan dan langkah pencegahannya ialah :-
Bil Punca Kemalangan Langkah Pencegahan
1. Keadaan lantai yang kotor. Lantai perlu dibersihkan sebelum dan
selepas melakukan kerja
2.
Keadaan lantai yang licin kerana
berlakunya tumpahan cecair seperti air
atau minyak.
Lantai hendaklah berada di dalam keaadaan
kering
3.
Peralatan, bahan atau serpihan logam
yang dibiar berselerak di lantai.
Susun peralatan dan bahan yang tidak
digunakan, manakala serpihan logam
dibuang di tempat khas yang disediakan.
4. Kawasan kerja yang terhad, tiada ruang
untuk bergerak dengan selesa.
Kawasan kerja disusun dengan teratur dan
laluan berjalan tidak dihalang
Jadual 1.2 Punca Kemalangan Di Tempat Kerja dan Langkah Pencegahan
c. Keadaan Peralatan Atau Mesin Yang Digunakan
Keadaan peratan atau mesin yang digunakan juga boleh menjadi punca kemalangan. Antara
punca kemalangan dan langkah pencegahannya ialah :-
Bil Punca kemalangan Langkah Pencegahan
1. Mesin tidak diselenggara dengan baik. Mesin perlu diselenggara dengan baik dan
mengikut jadual berkala.
2. Kedudukan mesin yang tidak teratur. Mesin perlu disusun dengan teratur.
3. Menggunakan peralatan atau mesin
yang rosak.
Peralatan atau mesin yang digunakan
sentiasa berkeadaan baik.
4. Kerosakan pada peralatan atau mesin
dan kebocoran litar elektrik.
Pastikan peralatan atau mesin yang rosak
dibaiki segara.
5.
Menggunakan mesin yang tidak
memenuhi piawaian keselamatan yang
ditetapkan.
Pastikan mesin yang digunakan memenuhi
piawaian yang ditetapkan.
4 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel
a. Renjatan elektrik
Renjatan elektrik terjadi apabila badan seseorang menjadi laluan pengaliran arus elektrik. Ini
berlaku kerana badan seseorang itu bersentuhan dengan pengalir yang membawa arus. Arus
sebanyak 15mA sudah cukup untuk memberi kesan renjatan elektrik.
Renjatan elektrik boleh berlaku disebabkan oleh perkakas elektrik, kecuaian manusia dalam
mengambil langkah keselamatan, mengubahsuai peralatan tanpa berpengetahuan jelas mengenai
peralatan tersebut dan menggunakan peralatan yang rosak. Antara langkah keselamatan yang
perlu diambil bagi mengatasi renjatan elektrik ialah :-
1. Lantai dan meja kerja elektrik dilitupi dengan penebat getah.
2. Sambungan pengalir yang dibuat mestilah ketat dan baik.
3. Memastikan semua pendawaian dibumikan, suis keselamatan dan suis kecemasan
berfungsi dengan baik serta diperiksa secara berkala.
4. Memastikan wayar atau kabel yang bocor diganti atau dibalut dengan penebat.
5. Memastikan kawasan kerja sentiasa kering.
6. Jika berlaku renjatan elektrik, putuskan bekalan ke litar itu atau yang palin baik
mematikan suis utam.
7. Peralatan elektrik yang rosak hendaklah diasingkan daripada yang baik.
8. Alat – alat pemadam kebakaran yang hendak digunakan mestilah dalam keadaan baik dan
alat ini mestilah diuji dari semasa ke semasa.
b. Kebakaran
Definisi umum kebakaran adalah suatu tindak balas kimia yang berlaku apabila bahan boleh
terbakar dan oksigen menyentuh punca haba atau cucuhan. Antara punca – punca kebakaran
ialah :-
1. Menukar kadaran arus fius dengan yang lebih besar.
2. Perangkap kilat yang rosak.
3. Sambungan tersesah atau rosak.
4. Percikan bunga api di sambungan yang terdedah.
5 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Antara langkah keselamatan yang perlu diambil mengelakan berlakunya kebakaran ialah :-
1. Bahan – bahan mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat lain yang selamat dan
selepas digunakan hendaklah dikembalikan di tempat asalnya.
2. Alat- alat pemadam api diletakkan di tempat terbuka, ia hendaklah diuji dari semasa ke
semasa dan mengikut jenis kebakaran yang mungkin terjadi.
3. Jika terdapat kabel, peralatan atau pendawaian yang rosak hendaklah dibaiki dengan
segera sebelum digunakan.
4. Gunakan pakaian dan peralatan yang mempunyai ketahanan haba/kebakaran jika bekerja
di kawasan yang mudah terbakar.
5. Adakan latih tubi kebakaran supaya anda tahu bagaimana menyelamatkan diri apabila
berlaku sesuatu kebakaran.
1.3 Langkah –Langkah Keselamatan
a. Langkah keselamatan diri
Antara langkah – langkah keselamatan diri yang perlu diikuti ialah :-
1. Pakaian untuk bekerja mestilajh bersesuaian dengan tugas yang dilakukan, contohnya
memakai jaket semasa melakukan kerja.
2. Cincin, gelang tangan, jam tangan dan rantai tidak boleh dipakai semasa bekerja.
3. Kasut bertapak nipis, bertumit tinggi atau berpaku tidak dibenarkan, sebaliknya kasut
yang bertapak tebal atau safety boot adalah lebih digalakkan. Bagi kerja - kerja
mengangkat barang – barang, kasut tahan hentakan hendaklah digunakan.
4. Rambut hendaklah sentiasa pendek, memakai topi keledar khas untuk sesuatu kerja jika
perlu.
5. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh papan – papan tanda, pensyarah atau
penyelaras bengkel.
6. Jangan makan, minum, bergurau senda atau berkejar – kejaran semasa bekerja.
7. Sentiasa tenang dalam menjalankan sesuatu tugas.
8. Bersihkan tempat kerja dan peralatan selepas selesai menjalankan sesuatu kerja.
9. Jika terdapat sesuatu yang dirasakan merbahaya, laporkan kepada pensyarah atau
penyelaras bengkel.
6 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
b. Langkah Keselamatan Semasa Mengunakan Peralatan Atau Mesin
Bagi menjamin keselamatan semasa menggunakan peralatan atau mesin, langkah – langkah
berikut hendaklah dipatuhi :-
1. Jangan menggunakan peralatan atau mesin tanpa mengetahui cara yang betul
penggunaannya.
2. Peralatan atau mesin yang rosak atau mengalami sedikit kerosakan perlu dibaiki sebelum
digunakan.
3. Peralatan atau mesin mestilah disimpan di tempat yantg betul supaya mudah dicari
apabila diperlukan, terutamanya semasa kecemasan.
4. Setelah meggunakan perlatan itu, ianya hendaklah dibersihkan dan dikembalikan ke
tempat asal.
5. Jangan biarkan mesin dihidupkan tanpa diawasi walaupun untuk seketika.
6. Gunakan penutup muka atau hidung di tempat kerja yang memerlukannya.
7. Patuhi peraturan penggunaan sesuatu peralatan dan mesin walaupun anda telah biasa
dengannya.
8. Gunakan peralatan yang betul semasa menjalankan kerja.
9. Jangan dibuang atau ditutup tanda – tanda arahan dan amaran yang terdapat pada
peralatan atau mesin kerana kemungkinan pengguna lain tidak mengetahuinya.
10. Pastikan peralatan atau mesin benar – benar dalam keadaan baik sebelum digunakan, uji
terlebih dahulu jika terdapat keraguan pada keselamatannya.
11. Jangan cubu menghidupkan bekalan kuasa elektrik tanpa pengawasan pensyarah.
7 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
1.4 Simbol dan Tanda Amaran Keselamatan
Simbol dan tanda amaran keselamatan perlu ada di setiap bengkel bagi membantu pengguna
atau pelajar melaksanakan langkah keselamatan yang betul. Berikut adalah contoh- contoh
simbol dan tanda keselamatan yang diklasifikasikan mengikut kemestian, amaran dan larangan.
8 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Rajah 1.1 Simbol dan Tanda Amaran Keselamatan
1.5 Pertolongan Cemas
a. Kotak pertolongan cemas
Kotak pertolongan cemas adalah satu alat yang penting sekiranya berlaku kecemasan yang
melibatkan kecederaan. Kotak pertolongan cemas ini dapat membantu merawat kecederaan
ringan seperti terseliuh, luka kecil dan sebagainya. Kotak ini kebiasaanya berwarna putih, di
hadapannya terpapar simbol bulan sabit. Pengguna kotak ini hendaklah mengetahui bagaimana
menggunakan ubat – ubatan dan cara merawat yang hendak diberikan. Jadual 1.3 adalah senarai
rawatan dan ubatan yang sesuai untuk sesuatu kecederaan atau kemalangan.
9 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Bil Ubatan dan alatan Kegunaan dan rawatan
1. Selvon Untuk merawat kudis atau luka
2. Gentian Biru (Blue Lotion) Untuk merawat kudis atau luka
3. Iodin Untuk merawat luka
4. Garam Penghidu Untuk menyedarkan mangsa yang pengsan
5. Kapas Untuk menyapu ubatan dan luka, penutup luka
6. Plaster Untuk menampal luka
7. Kain Pembalut Untuk membalut luka atau anggota yang terseliuh
8. Krim Antiseptik Untuk merawat kudis yang besar dan bernanah
9. Radian massage Untuk mengurut dan memanaskan badan serta merawat
sakit otot
10. Krim Burnol Untuk merawat kulit yang terbakar dan melecur atau
melepuh
11. Pil Paracetamol / panadol Untuk merawat pening kepala dan meredakan sakit
12. Minyak Urut Disapu pada anggota yang terseliuh atau patah
Jadual 1.3 Senarai Ubatan dan Rawatan
b. Merawat kecederaan ringan
Sekiranya terdapat pelajar yang mengalami kecederaan terutama kecederan ringan, pastikan
mangsa diberi rawatan segera di samping memaklumkan pensyarah atau penyelaras bengkel.
Pelajar seharusnya mengetahui cara merawat kecederaan ringan seperti luka dan melecur. Luka –
luka kecil boleh dirawat dengan cara membasuh luka tersebut, menyapu ubat luka seperti selvon
atau iodin pada luka dan kemudian membalutnya. Sekiranya terdapat kecederaan yang serius,
hendaklah merujuk pada pensyarah dan seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
c. Merawat mangsa renjatan elekrik
Renjatan elektrik boleh menyebabkan mangsa pengsan dan sekaligus boleh menyebabkan
kematian jika tidak dirawat dengan segera. Oleh itu, bantuan segera hendaklah diberikan :-
1. Mematikan bekalan kuasa sama ada dengan mematikan suis litar yang terlibat, suis
utama, suis pemutus litar atau menanggalkan palam dan sebagainya.
2. Jika suis tidak dimatikan, pindahkan mangsa ke tempat yang tidak bersentuhan dengan
10 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
punca bekalan kuasa. Gunakan bahan penebat seperti sarung tangan atau kain tebal
semasa menarik mangsa.
3. Jauhkan bahan basah, lembab atau bahan pengalir seperti besi, zink dan sebagainya
daripada kawasan yang terlibat.
4. Lakukan proses pemulihan pernafasan dengan segera sekiranya pernafassan mangsa
berhenti. Terdapat beberapa cara pemulihan pernafasan yang boleh dilakukan iaitu :-
i. Kaedah Holger Nelson
ii. Cara Mulut ke Mulut
iii. Cara Mulut ke Hidung
iv. Cara Schafer
v. Cara Pemulihan Jantung dari Luar (CPR)
5. Laporkan kepada petugas pertolongan cemas untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Rawatan pemulihan pernafasan hanyalah rawatan sementara sahaja.
6. Jika mangsa mengalami kecederaan, rawat mangsa.
7. Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni mangsa dan selimutkan mangsa bagi
memanaskan badannya.
8. Hantar mangsa ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan susulan.
1.6 Pencegahan Kebakaran
Kebakaran boleh mendatangkan kecederaan dan kerugian harta benda. Oleh itu, pelajar perlu
mengetahui jenis – jenis alat pemadam api yang dapat mencegah kebakaran daripada merebak.
Alat pemadam api atau alat pencegah kebakaran adalah terdiri daripada
1. Jenis Katrij air
2. Jenis Busa (Buih)
3. Jenis Karbon dioksida (CO2)
4. Jenis Serbuk kering atau pasir
Cara penggunaan setiap alat pemadam api adalah berbeza mengikut jenis alat tersebut dan
juga jenis kebakaran seperti Jadual 1.4 :-
11 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Jenis kebakaran Jenis alat pemadam api Cara menggunakan
Kayu, tilam kain, kertas, alat
– alat perabot dan
sebagainya
Kelas A (Jenis Katrij Air)
1. Cabutkan pin
2. Halakan muncung ke
pangkal api
3. Hampiri tempat
kebakaran
4. Tekan tuil
5. Layangkan nozel ke kiri
dan kanan
Cecair, petrol, minyak, cat,
varnish dan sebagainya
Kelas B (Jenis Buih)
1. Cabutkan pin
2. Halakan muncung ke
pangkal api
3. Hampiri tempat
kebakaran
4. Tekan tuil
5. Layangkan nozel ke kiri
dan kanan
Elektrik, jentera, papan suis,
pengubah, jentera pendingin
udara dan sebagainya.
Kelas C (Jenis Karbon
Dioksida)
1. Cabutkan pin
2. Halakan muncung ke
pangkal api
3. Hampiri tempat
kebakaran
4. Tekan tuil
5. Layangkan nozel ke kiri
dan kanan
Bahan kimia seperti natrium,
kalium dan kalsium.
Kelas D (Jenis Serbuk
Kering)
1. Cabutkan pin
2. Halakan muncung ke
pangkal api
3. Hampiri tempat
kebakaran
4. Tekan tuil
5. Layangkan nozel ke kiri
dan kanan
Jadual 1.4 Jenis Alat Pemadam Api dan cara Penggunaan
12 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
BAB 2 : KONSEP ASAS KAWALAN MOTOR
2.1 Definisi Kawalan Dalam Konteks Elektrik
Kawalan adalah merupakan alat atau satu set alat yang mengurus, mengarah atau mengawal
atur tingkah laku sesuatu alat yang lain. Oleh itu, kawalan motor boleh dirumuskan sebagai satu
sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal
pergerakan motor sama ada motor satu fasa ataupun tiga fasa. Kawalan motor ataupun mesin
elektrik ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagaian iaitu :-
a. Kawalan manual
b. Kawalan separuh automatik
c. Kawalan automatik
a. Kawalan manual
Sistem kawalan manual adalah satu sistem kawalan yang dikendalikan atau dikawal oleh
operator pengendali, di mana operator atau pengguna tersebut menggunakan anggota tangan dan
kaki sebagai hubungan permulaan dalam mengendalikan sistem tersebut. Sistem kawalan manual
ini, tidak ada penggunaan geganti beban lampau (overload relay) di mana, sistem ini digunakan
hanya untuk menghidupkan atau memberhentikan kawalan motor yang bersaiz kecil. Antara
contoh sistem ini adalah mesin gerudi tangan, mesin pencanai dan sebagainya. Rajah 2.1
merupakan rajah blok sistem kawalan manual :-
Rajah 2.1 Kawalan Manual
Talian Penghantaran 1 / 3 Fasa (240 V / 415 V)
Panel Kuasa
Penghidup Manual (Operator/pengguna)
Motor
13 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Kendalian sistem kawalan ini ialah apabila suis dihidupkan, bekalan kuasa akan sentiasa
bersedia dan lengkap, seterusnya menghidupkan motor dan berputar. Bagi menghentikan
sistem ini, operator atau pengguna perlu menekan suis punat tekan henti untuk
memutuskan bekalan daripada litar. Kawalan ini kurang sesuai digunakan di
bengkel atau makmal kerana tiada alat keselamatan tambahan. Ini berlaku disebabkan
semasa motor mula beroperasi , terjadinya peningkatan arus yang tinggi secara mendadak di
antara 6 hingga 10 kali ganda arus larian motor.
b. Kawalan separuh automatik
Sistem kawalan separuh automatik ini juga dikenali sebagai sistem kawalan semi auto di
mana pada permulaan sistem ini ianya masih memerlukan bantuan operator untuk menghidupkan
motor. Pada peringkat seterusnya alat – alat penghidup elektromagnet akan menyambung fungsi
untuk membekalkan bekalan bagi menghidupkan motor. Dengan erti kata lain, sistem ini
dinamakan kawalan separuh automatik kerana alat pandu seperti suis punat tekan atau suis togol
dikendalikan secara manual manakala penghidup motor menggunakan jenis elektromagnet.
Sistem ini lebih popular daripada sistem manual. Rajah 2.2 merupakan rajah blok sistem kawalan
separuh automatik :-
Rajah 2.2 Kawalan Separuh Automatik
Panel Kuasa
Penghidup Elektromagnet
Motor
Talian Penghantaran 1 / 3 Fasa (240 V / 415 V)
Sistem Punat Tekan
14 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Terdapat dua jenis litar di dalam sistem kawalan ini iaitu litar utama dan litar kawalan.
Apabila operator atau pengguna menekan suis punat tekan, sesentuh elektromagnet akan
melengkapkan litar dengan meyambung bekalan kuasa dari bahagian utama ke bahagian motor.
Seterusnya motor akan dapat dihidupkan dan mula beroperasi. Bagi memberhentikan kendalian
sistem ini, operator atau pengguna perlu menekan suis punat tekan henti dan seterusnya motor
akan berhenti. Motor boleh berhenti beroperasi dengan sendiri sekiranya berlaku beban lampau.
c. Kawalan automatik
Kawalan automatik merupakan satu sistem yang mengawal atau mengendalikan operasi
secara automatik sepenuhnya tanpa pengawasan operator atau pengguna. Kawalan automatik
banyak digunakan pada masa sekarang kerana ianya banyak kelebihan seperti membantu dalam
pengurusan masa dan tidak perlu diawasi selalu. Selain itu, kerja menjadi lebih sistematik dan
teratur. Rajah 2.3 merupakan rajah blok sistem kawalan automatik :-
Rajah 2.3 Kawalan Automatik
Kawalan automatik ini dikendalikan apabila operator atau pengguna menekan punat tekan
sebagai permulaan menghidupkan litar dan motor akan beroperasi, Seterusnya litar kawalan akan
mengawal kendalian motor sepenuhnya secara automatik. Tugas memberhentikan motor diambil
alih oleh fungsi peranti seperti sensor, suis had, timer dan sebagainya yang disambung pada suis
punat tekan henti.
2.2 Simbol Gambarajah Skema
Talian Penghantaran 1 / 3 Fasa (240 V / 415 V)
Panel Kuasa
Penghidup Elektromagnet
Motor
Sistem Punat Tekan
Sistem Automatik, Suis
Had, Sensor, Timer
15 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Kebiasaanya sistem kawalan motor diwakili oleh beberapa simbol alat - alat elektrik
mahupun elektronik yang digabungkan menjadi satu litar. Litar ini dikenali sebagai gambarajah
skema. Pelajar perlu mengenali beberapa simbol alat – alat ini sebelum dapat melakukan
pemasangan litar. Terdapat beberapa simbol yang digunakan untuk emnerangkan makna dan
tujuan sesuatu litar kawalan ataupun litar utama. Bentuk dan kedudukan sesuatu simbol itu tidak
sama bagi litar – litar kawalan. Walaubagaimanapun, simbol – simbol ini boleh diubahsuai
kedudukannya mengikut keperluan pengguna. Antara simbol yang biasa digunakan di Malaysia
adalah :-
16 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Rajah 2.4 Simbol Gambarajah Skema
2.3 Gambarajah Skema
Gambarajah skema memberikan gambaran sesuatu litar yang mudah untuk difahami dengan
cepat. Komponen – komponennya tidak ditunjukkan kedudukan yang tepat. Tujuan gambarajah
skema ini dibina adalah untuk memudahkan pendawaian dan penyambungan litar, memudahkan
pengguna memahami kendalian litar tersebut dan memudahkan pengguna melakukan proses
baikpulih ataupun troubleshoot.
Gambarajah skema ini terbahagi kepada dua jenis litar iaitu litar kawalan dan litar utama
ataupun disebut litar motor. Litar kawalan menunjukkan komponen – komponen yang
memerlukan bekalan arus yang kecil sahaja. Jika komponen – komponennya memerlukan
bekalan voltan yang besar contohnya 415V, maka ia hendaklah disambungkan kedua –dua punca
dari litar kawalan ke mana - mana dua punca dari bekalan voltan 415V iaitu voltan tiga fasa.
Seperti yang ditunjukkan Rajah 2.5, ia (L dan N) boleh disambungkan kepada punca R dan Y, R
dan B, ataupun Y dan B. Jika komponenya memerlukan voltan yang rendah iaitu 240V, maka
punca - punca dari litar kawalan boleh disambung salah satu dari R, Y atau B dan neutral. Litar
17 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Litar Kawalan
kawalan mengandungi sesentuh, sesentuh tambahan, sesentuh geganti beban lampau, suis punat
tekan dan lampu.
Litar utama menyambungkan bekalan kuasa terus ke motor. Kebiasaanya, litar utama
mengandungi sesentuh utama, geganti beban lampau dan motor. Alat – alat seperti alat pengubah
(transformer), perintang juga dipasang di litar utama mengikut keperluan tertentu. Selain itu,
litar utama juga dibekalkan dengan fius yang bertindak sebagai alat pemutus litar. Kedua – dua
litar ini menolong memahami bagaimana sesuatu litar itu bekerja. Ia juga dapat menolong untuk
mencari kerosakan yang mungkin berlaku.
Rajah 2.5 Gambarajah Skema
Litar Utama
18 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
2.4 Gambarajah Susun Atur
Gambarajah susun atur ialah satu gambarajah yang menunjukkan kedudukan sebenar bagi
komponen –komponen kawalan. Ianya menerangkan keadaan pendawaian itu dilakukan. Rajah
2.6 menunjukkan gambarajah tersebut :-
Rajah 2.6 Gambarajah Susun Atur
2.5 Gambarajah Blok
Satu gambarajah yang mudah di mana komponen – komponen kawalan ditunjukkan dengan
bentuk blok. Rajah 2.7 merupakan gambarajah blok :-
Rajah 2.7 Gambarajah blok
Talian Penghantaran 1 / 3 Fasa (240 V / 415 V)
Panel Kuasa
Penghidup Manual (Operator/pengguna)
Motor
19 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
2.6 Gambarajah Pendawaian
Gambarajah pendawaian termasuklah semua peranti di dalam sistem dan menunjukkan
hubungannya secara fizikal. Gambarajah ini sangat berguna dalam sistem pendawaian kerana
sambungan boleh dibuat seperti yang dikehendaki di atas gambarajah tersebut. Dari gambarajah
skema seperti di Rajah 2.5 di mana satu penyambungan pendawaian boleh dilakukan dengan
mengikut nombor – nombor yang terdapat pada litar skema tersebut. Rajah 2.8 menunjukkan
gambarajah pendawaian :-
in out 97 96 in out in out A1 A2
98 43 44
in out
Rajah 2.8 Gambarajah Pendawaian
20 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
BAB 3 : KOMPONEN – KOMPONEN KAWALAN
3.1 Pemutus Litar Kenit (Miniature Circuit Breaker, MCB)
Pemutus litar kenit atau miniature circuit breaker, MCB adalah sejenis alat atau fius yang
digunakan dalam litar kawalan motor. Ianya berfungsi untuk menyambung atau memutuskan
bekalan secara automatik apabila berlaku lebihan arus. MCB selalunya adalah untuk kegunaan
satu fasa dan tiga fasa dan ianya mempunyai kadar arus yang berbeza-beza contohnya 6A, 16A,
20A, 32A dan sebagainya. Fius menggunakan prinsip haba manakala MCB menggunakan prinsip
medan magnet, di mana terdapat gelong bersiri dengan litar utama yang menarik bahagian
pelantik untuk memutuskan litar apabila arus melebihi tahap tertentu yang telah dihadkan untuk
sesebuah MCB. Rajah 3.1 menunjukkan binaan dalaman bagi MCB.
Rajah 3.1 Binaan Dalaman Miniature Circuit Breaker, MCB
Rajah 3.2 Miniature Circuit Breaker, MCB 1 Fasa dan 3 Fasa
21 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Rajah 3.3 Simbol Miniature Circuit Breaker, MCB 1 Fasa dan 3 Fasa
3.2 Geganti Beban Lampau (Overload Relay)
Komponen ini merupakan komponen keselamatan yang berfungsi secara automatik untuk
melindungi beban (motor) daripada rosak apabila arus berlebihan mengalir melaluinya.
Biasanya, geganti beban lampau akan disambungkan secara siri dengan motor dan arus beban
akan mengalir melalui geganti beban lampau dan terus ke motor. Di dalam komponen ini,
terdapat dua logam yang mempunyai pengembangan panas yang berbeza. Apabila arus yang
berlebihan melaluinya, ia akan menyebabkan logam mengembang dan menolak bar dan
seterusnya menolak angker. Dengan itu, sesentuh lazim tutup akan terbuka dan motor akan
berhenti beroperasi. Rajah 3.4 merupakan gambar sebenar dan simbol geganti beban lampau.
Rajah 3.4 Gambar Dan Simbol Geganti Beban Lampau
22 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
3.3 Suis Punat Tekan
Suis punat tekan ialah suis yang biasa digunakan di litar kawalan motor. Suis punat tekan
adalah komponen yang digunakan untuk menghidupkan dan mematikan operasi sesuatu litar
kawalan. Terdapat 2 jenis suis punat tekan iaitu :-
a. Suis Punat Tekan Mula (Push Button ON/Start)
- Mengandungi sepasang sesentuh sedia buka (normally open, NO) yang akan
tertutup apabila punatnya ditekan. Apabila sesentuh sedia buka tertutup, arus akan
mengalir dalam litar.
b. Suis Punat Tekan Henti (Push Button OFF/Stop)
- Mengandungi sepasang sesentuh sedia tutup (normally close, NC) yang akan terbuka
apabila punatnya ditekan. Apabila sesentuh sedia tutup terbuka, ia akan memutuskan
aliran arus elektrik.
Kebiasaannya suis punat tekan yang berwarna hijau mewakili suis punat tekan mula (push
button on/start), manakala suis punat tekan yang berwarna merah mewakili suis punat tekan
henti (push button off/stop) seperti Rajah 3.5. Rajah 3.6 pula adalah merupakan simbol bagi suis
punat tekan mula dan suis punat tekan henti.
Rajah 3.5 Suis Punat Tekan
Suis Punat Tekan Mula (Push Button ON/Start) Suis Punat Tekan Henti (Push Button OFF/Stop)
Rajah 3.6 Simbol Suis Punat Tekan
23 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
3.4 Sesentuh (Contactor)
Sesentuh (contactor) adalah merupakan bahagian pembawa arus yang terdekat kepada
kelengkapan litar kawalan motor apabila penyentuh tertutup. Ia merupakan sejenis suis yang
dikendalikan secara automatik dengan bantuan kuasa elektromagnet. Sesentuh ini berfungsi
sebagai pengasing / perantaraan di antara litar kawalan dengan beban (motor) di mana ia
membenarkan atau menghentikan bekalan kuasa ke motor. Sesentuh membenarkan arus mengalir
apabila bekalan kuasa dibekalkan ke gegelung (coil) sesentuh dan menyebabkan elektromagnetik
terhasil dan menghentikan pengaliran arus apabila bekalan kuasa ke gegelung, coil terputus.
Sesentuh terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-
a. Sesentuh Sedia Buka (Normally Open, NO)
- Sesentuh ini akan terbuka semasa penyentuh belum bertenaga. Pada kedudukan ini,
arus tidak akan mengalir di dalam litar.
b. Sesentuh Sedia Tutup (Normally Close, NC)
- Sesentuh ini akan tertutup semasa penyentuh belum bertenaga. Arus akan mengalir
dan akan berhenti apabila penyentuh sudah bertenaga.
Rajah 3.7 merupakan gambar sebenar sesentuh manakala Rajah 3.8 merupakan simbol bagi
sesentuh sedia buka (normally open, NO) dan sesentuh sedia tutup (normally close, NC).
Rajah 3.7 Sesentuh
24 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Gegelung (coil)
Sesentuh Sedia Buka (Normally Open, NO)
Sesentuh Sedia Tutup (Normally Close, NC)
Rajah 3.8 Simbol bagi Sesentuh
3.5 Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contactor)
Ianya merupakan sesentuh tambahan kepada sesentuh utama di mana ianya tidak dibentuk
untuk membawa arus motor tetapi hanya sebagai arus kawalan. Ia boleh dijadikan sebagai
sesentuh sedia buka (normally open, NO) atau sesentuh sedia tutup (normally close, NC) dan
biasanya digunakan untuk mengawal penyentuh yang lain apabila kawalan turutan diperlukan,
contohnya untuk mengawal dua penyentuh daripada menutup dalam satu masa yang sama. Selain
itu, ia juga boleh digunakan sebagai suis untuk lampu pandu dan isyarat. Rajah 3.9 merupakan
gambar sesentuh tambahan yang mempunyai sesentuh sedia buka (normally open, NO) dan
sesentuh sedia tutup (normally close, NC).
Rajah 3.9 Sesentuh Tambahan
C
C
25 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
3.6 Pemasa (Timer Delay Relay, TDR)
Pemasa merupakan satu komponen elektronik di dalam litar kawalan di mana ia
membenarkan dan menghentikan pengaliran arus elektrik pada satu masa tertentu. Masa tersebut
boleh ditentukan dengan melaraskan pelarasnya. Apabila gegelung (coil) menerima tenaga
elektrik, sesentuh tidak akan beroperasi sehinggalah satu tempoh yang telah ditetapkan pada
pelaras pemasa. Selepas masa yang telah ditetapkan, sesentuh akan beroperasi dan arus akan
mengalir melaluilitar kawalan. Apabila bekalan kuasa pada gegelung terputus, maka sesentuh
akan terlepas dan arus tidak akan dapat melaluinya lagi. Pemasa ini terdiri daripada pemasa saat,
minit dan jam. Ia boleh dijadikan sebagai pemasa sesentuh sedia buka (normally open, NO) atau
sesentuh sedia tutup (normally close, NC).
Rajah 3.10 Pemasa
Gegelung (coil)
Pemasa Sesentuh Sedia Buka (Normally Open, NO)
Pemasa Sesentuh Sedia Tutup (Normally Close, NC)
Rajah 3.11 Simbol Pemasa
26 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
BAB 4 : PENGUJIAN KOMPONEN – KOMPONEN
DAN LITAR KAWALAN
4.1 Pengujian Litar Dan Komponen.
Selepas pelajar membuat pendawaian sesuatu litar ataupun menjalankan troubleshooting, litar
tersebut perlu diuji dahulu sebelum litar tersebut disambungkan kepada punca bekalan kuasa. Ini
adalah bertujuan bagi mengelakkan litar pintas daripada berlaku dan juga memastikan
komponen-komponen yang digunakan berada dalam keadaan yang baik.Selain daripada itu, kita
juga perlu menguji komponen-komponen yang digunakan di dalam litar. Untuk menguji litar dan
komponen yang digunakan, alat yang biasa digunakan adalah multimeter. Rajah 4.1 menunjukkan
multimeter yang biasa digunakan.
Rajah 4.1 Multimeter
4.2 Cara Pengujian Litar
Sebelum menjalankan pengujian litar, pastikan litar tidak bersambung kepada punca bekalan
kuasa. Selepas itu, laraskan multimeter pada julat ohm. Letakkan probe multimeter pada punca L
dan punca N. Jika jarum menunjukkan bacaan 0 Ω, ini bermakna terdapat litar pintas pada litar
tersebut. Jika jarum menunjukkan bacaan 2 Ω - 5 Ω, ini bermakna litar tersebut dalam keadaan
baik.
Seterusnya ialah menguji grounding litar. Laraskan multimeter pada julat yang paling
tinggi. Letakkan probe multimeter pada punca L punca bumi. Jika jarum menunjukkan bacaan
27 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
infinity,∞, bermakna litar tersebut berada dalam keadaan baik. Kemudian, letakkan satu probe
multimeter pada punca N dan satu lagi pada punca bumi. Jika jarum menunjukkan bacaan
infinity,∞, ini bermakna litar berada dalam keadaan baik.
4.3 Cara Pengujian Komponen
Selain dari menguji litar untuk memastikan tidak berlaku litar pintas, pelajar juga perlu
menguji setiap komponen yang digunakan di dalam sesuatu litar. Bagi menguji komponen -
komponen, alat yang perlu digunakan adalah alat yang sama untuk menguji litar iaitu multimeter.
a. Pemutus Litar Kenit (Miniature Circuit Breaker, MCB)
Bagi menguji pemutus litar kenit, MCB ini, laraskan multimeter pada julat ohm. Letakkan
satu probe pada punca kemasukan MCB dan satu lagi pada punca keluaran MCB. Jika jarum
tidak bergerak dan menunjukkan kadar infinity, ∞, ini bermaksud MCB tersebut telah rosak. Jika
jarum pada multimeter bergerak dan menunjukkan bacaan 0Ω bermaksud MCB itu berada dalam
keadaan baik.
b. Geganti Beban Lampau (Overload Relay)
Laraskan multimeter pada julat ohm. Pada keadaan asal, apabila probe multimeter
diletakkan pada punca 7 dan 8 geganti beban lampau, jarum multimeter akan bergerak dan
menunjukkan bacaan 0Ω, manakala punca 8 dan 9 pula, jarum multimeter tidak bergerak dan
sekaligus menunjukkan bacaan infinity, ∞. Kemudian, apabila suis geganti beban lampau dalam
keadaan bertenaga, probe multimeter diletakkan pada punca 8 dan 7, jarum tidak bergerak dan
menunjukkan bacaan infinity, ∞, manakala pada punca 8 dan 9, jarum akan menunjukkan
bacaan 0Ω. Apabila ini terjadi bermaksud, komponen geganti beban lampau berada dalam
keadaan baik. Jika keputusan yang diperolehi adalah sebaliknya, ini bermakna geganti beban
lampau rsebut kemungkinan rosak dan tidak boleh digunakan. Rajah 4.2 menunjukkan keadaan
geganti beban lampau pada keadaan asal dan bertenaga.
28 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Geganti beban lampau pada keadaan asal Geganti beban lampau selepas diberi
tenaga
Rajah 4.2 Binaan Geganti Beban Lampau Pada Keadaan Asal dan Selepas Diberi
Tenaga
c. Suis Punat Tekan
Suis punat tekan terbahagi kepada dua jenis iaitu suis punat tekan mula dan suis punat tekan
henti. Bagi punat tekan mula, apabila probe multimeter diletakkan pada kaki punat tekan seperti
di Rajah 4.3, jarum tidak akan menunjukkan sebarang bacaan dan apabila suis ditekan, jarum
akan menunjukkan bacaan 0Ω. Bagi punat tekan henti pula, apabila suisnya ditekan maka jarum
akan menunjukkan bacaan infiniti. Bila suisnya dilepaskan, jarum akan menunjukkan bacaan 0
Ω.
Rajah 4.3 Suis Punat Tekan
d. Sesentuh (Contactor)
Di dalam sesebuah sesentuh itu, terdapat dua bahagian utama iaitu gegelung (coil) dan
penyentuh itu sendiri. Bagi menguji gegelung (coil) dengan menggunakan multimeter, laraskan
multimeter pada julat ohm. Jika jarum bergerak dan menunjukkan bacaan 2Ω hingga 5Ω,
sesentuh berada dalam keadaan baik. Manakala jika jarum tidak bergerak dan menunjukkan
bacaan infinity, ∞, bermaksud sesentuh tersebut telah rosak. Bagi bahagian sesentuh pula,
sesentuh berada dalam sedia buka, apabila sesendal ditekan ke dalam, jarum multimeter akan
Kaki suis punat
29 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Sedia Buka (Normally Open)
Sedia Tutup (Normally Close)
bergerak dan menunjukkan bacaan 0Ω. Jika bacaan adalah infinity,∞, bermaksud sesentuh itu
telah rosak. Rajah 4.4 menunjukkan binaan bagi sesebuah sesentuh.
Rajah 4.4 Binaan Sesentuh
e. Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contactor)
Fungsi dan cara untuk menguji sesentuh tambahan adalah lebih kurang sama dengan
sesentuh dan pemasa. Perbezaan antara sesentuh tambahan dengan sesentuh dan pemasa adalah
ianya tidak menggunakan gegelun (coil). Kebiasaanya sesentuh tanbahan ini dipasang bersama-
dengan sesentuh. Sesentuh tambahan ini dilekatkan pada sesendal sesentuh. Apabila gegelung
(coil) sesentuh bertenaga, sesendal sesentuh akan tertarik ke dalam dan pada masa yang sama,
sesendal sesentuh tambahan juga akan tertarik ke dalam.
Bagi menguji sesentuh tambahan, laraskan multimeter pada julat ohm. Biasanya, sesentuh
tambahan mempunyai dua penyentuh untuk sedia buka dan dua penyentuh lagi untuk sedia tutup
seperti di Rajah 4.5. Apabila sesendal sesentuh tambahan ditarik ke dalam, penyentuh sedia
buka akan menjadi sedia tutup. Manakala bagi penyentuh sedia tutup pula, apabila sesendal
sesentuh tambahan ditarik ke dalam, ia akan menjadi sedia buka. Bagi memastikan sesentuh
tambahan berfungsi dengan baik, pastikan klip yang berada pada bahagian tepi serta sesendalnya
tidak patah. Jika ianya patah, ianya tidak boleh digunakan lagi.
Rajah 4.5 Binaan Sesentuh Tambahan
Sedia Buka (Normally Open)
30 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
f. Pemasa (Timer Delay Relay, TDR)
Cara untuk menguji komponen pemasa, TDR ini adalah lebih kurang sama dengan cara untuk
menguji sesentuh. Gegelung (coil) pemasa boleh diuji dengan meletakkan probe multimeter pada
pin 2 dan pin 7. Jika jarum multimeter tidak menunjukkan bacaan iaitu infiniti,∞, bermaksud
gegelung (coil) tersebut putus dan komponen tersebut adalah rosak. Bagi sesentuhnya pula, pin 8
dan pin 6 iaitu dalam keadaan sedia buka tidak akan menunjukkan bacaan ataupun infiniti,∞.
Manakala pin 8 dan pin 5 dalam keadaan sedia tutup, jarum akan menunjukkan bacaan 0Ω
seperti di Rajah 4.6.
Rajah 4.6 Binaan Pemasa
31 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Rujukan
1. Abd Samad Bin Hj Hanif, Mohd Nazi Bin Hj Mustafa,” Teknologi Elektrik Tingkatan 4”
Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd, 1995.
2. Abd Samad Bin Hj Hanif, Mohd Nazi Bin Hj Mustafa, “Teknologi Elektrik Tingkatan 5”
Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd,1995.
3. Hj Yahya Bin Emat, “Kawalan Motor Elektrik” IBS Buku Sdn Bhd, 2007.
4. Suhailae, “Jenis Kawalan Motor”, http://www.scribd.com/doc/59019483/Jenis-Kawalan-
Motor, 30 Jun 2011.