PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN
PENSYARAH PEMBIMBING SEWAKTU PROGRAM LATIHAN
MENGAJAR
AHMAD SAFWAN BIN AHMAD YUSOF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
B
JUD
Saya
mengaku memUniversiti Tek 1. Tesis adala2. Perpustaka pengajian 3. Perpustaka pengajian 4. ** Sila tan
_______
(TANDAAlamat Tetap:1267P QUARSMK DATO33300 GERITarikh: 10 Jan
CATATAN
√
UNIVE
BORANG
DUL : P
P
S
A
mbenarkan tesisknologi Malays
ah hakmilik Unaan Universiti sahaja. aan dibenarkantinggi.
ndakan ( √ )
SULIT
TERHAD
TIDAK TE
___________
ATANGAN P: RTERS GUR
O’ SERI WANIK, PERAK nuari 2012
: * P** Ji
bete
♦ Tsepe
ERSITI T
G PENGE
PEGANGAN
PENYELIAA
SEWAKTU
SESI PE
AHMAD SAF (H
s (PSM / Sarjansia dengan syar
niversiti TeknoTeknologi Mal
n membuat sali
(MengkepentAKTA
(Mengoleh or
ERHAD
__________
PENULIS)
RU,N MOHAME
otong yang maika tesis ini SUerkuasa/organiempoh tesis ini
Tesis dimaksudkecara penyelidienyelidikan, at
TEKNOLO
ESAHAN
N KEPENY
AN PENSY
PROGRAM
ENGAJIAN :
FWAN BIN AHURUF BES
na / Doktor Farat-syarat kegu
ologi Malaysialaysia dibenark
inan tesis ini se
andungi maklutingan Malaysi
A RAHSIA RA
andungi maklurganisasi/badan
__
ED,
ana tidak berke
ULIT atau TERisasi berkenaani perlu dikelaskkan sebagai tesikan, atau disertau Laporan Pr
OGI MAL
N STATU
YELIAAN D
YARAH PEM
M LATIHA
2011/2012
AHMAD YUSAR)
alsafah) * ini diunaan seperti b
a. kan membuat s
ebagai bahan p
umat yang berda seperti yang SMI 1972)
umat TERHADn di mana peny
______
(TANDAT
DR MO Tarikh: 1
enaan. RHAD, sila lamn dengan menykan sebagai SUsis bagi Ijazah rtasi bagi pengrojek Sarjana M
PSZ 19:
LAYSIA
US TESI
DAN GAYA
MBIMBING
AN MENGA
USOF
isimpan di Perperikut :
salinan untuk tu
pertukaran anta
darjah keselamtermaktub di d
D yang telah diyelidikan dijala
Disahkan o
___________
ANGAN PE
OHD ZOLKABDUL HA 0 Januari 2012
mpirkan surat dyatakan sekali sULIT atau TER
Doktor Falsafgajian secara keMuda (PSM)
: 16 (Pind. 1/9
IS♦
A
G
AJAR
pustakaan
ujuan
ara institusi
matan atau dalam
itentukan ankan)
oleh
___________
NYELIA)
KIFLI BIN AMID
2
aripada pihak sebab dan
RHAD. fah dan Sarjanaerja kursus dan
7)
_
a n
“Saya akui b
memadai
Tandatangan
Nama Penye
Tarikh
bahawa saya
dari segi sk
Muda Tek
n :
elia :
:
a telah memb
kop dan kuali
knologi Sert
……
DR M
10 Jan
baca karya i
iti untuk tuju
ta Pendidikan
……………
MOHD ZOLK
nuari 2012
ni dan pada
uan penganu
n (Kemahira
………………
KIFLI BIN A
pandangan s
ugerahan Ijaz
an Hidup).”
…………….
ABDUL HA
saya karya in
zah Sarjana
.
AMID
ni
PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN
PENSYARAH PEMBIMBING SEWAKTU PROGRAM LATIHAN
MENGAJAR
AHMAD SAFWAN BIN AHMAD YUSOF
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
“Saya ak
ri
Tandatangan
Nama Penul
Tarikh
kui bahawa k
ngkasan yan
n :
lis :
:
karya ini ada
ng tiap-tiap s
………
AHM
10 Jan
lah hasil ker
satunya telah
……………
MAD SAFWA
nuari 2012
rja saya send
h saya jelask
……………
AN BIN AH
diri kecuali n
kan sumbern
……
HMAD YUS
nukilan dan
ya”
OF
ii
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu
Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.
Khas Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang..
Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian
Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda
Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.
Buat Penyelia Yang Dikagumi..
Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu
Buat Kakak-Kakak Dan Adikku Yang Dikasihi…
Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini
Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda Dan Bonda Tercinta
Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Tamadun Islam Dan Fakulti Pendidikan Yang
Disanjungi..
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi…
Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama
Amin...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat
dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan
untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Dr Mohd Zolkifli Bin Abdul Hamid selaku penyelia dan pembimbing penyelidik
kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan
panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam
menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.
melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga
yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang
penyelidik lakukan.
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan
kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada
penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.
Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang
dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah
S.W.T. Sekian Wassalam.
v
ABSTRAK
Penyeliaan pengajaran oleh pensyarah pembimbing adalah satu aktiviti yang
penting di mana dapat melahirkan guru praktikal yang berkualiti. Oleh yang
demikian, kajian secara diskriptif ini dijalankan oleh penyelidik adalah untuk
mengetahui apakah pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pengajaran
yang diamalkan oleh pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih di
dalam program Latihan Mengajar (Praktikum). Seramai 50 orang pensyarah
pembimbing yang pernah membimbing pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh dijadikan sebagai responden. Borang soal selidik telah digunakan sebagai
instrumen kajian. Item-item dalam borang soal selidik yang dikemukakan adalah
berkaitan jenis pegangan dan gaya yang digunakan iaitu kawalan direktif
(directive control), kawalan informal (directive informal), kolaboratif
(collaborative), dan tidak direktif (non-directive) terhadap guru pelatih. Nilai
kebolehpercayaan (alpha cronbach) bagi instrumen kajian yang diguna dalam
kajian ini ialah 0.826. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
For The Social Science version 20.0 (SPSS) untuk mencari peratus, kekerapan
dan min. Dapatan kajian menunjukkan pegangan kepenyeliaan oleh pensyarah
pembimbing adalah menjurus kepada pegangan penyeliaan jenis direktif
informal, diikuti dengan kolaboratif dan tidak direktif. Manakala gaya
penyeliaan yang diamalkan oleh pensyarah pembimbing menunjukkan tahap
yang tinggi pada gaya penyeliaan jenis kolaboratif dan diikuti direktif informal.
.
vi
ABSTRACT
Instruction of supervision is one of the important activities in order to produce a
quality trainee teacher. Therefore this descriptive research have been made by
researcher is to determine supervision style and supervisory believe that supervisor
uses in the teaching practice period. Researcher have selected 50 lecturers that have
an experience to be a supervisor for Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh student to
be a respondent. A questionnaire have been used to a research instrument. Items in
the questionnaire is related to the supervisory beliefs and supervisory styles that is
directive control, directive informal, collaborative and non-directive. The amount of
reliability (alpha croncbach) for the instruments used for research is 0.826. Data
gathered were then analyzed using “Statistical Package for Social Science” software
(SPSS Version 20) to find the percentage, frequency and mean. The outcome of the
research showed that respondent’s supervisory belief for the directive informal
approach is high, followed by collaborative and non-directive based on the mean of
each item obtained. For the supervisory styles respondent give a high respond to a
collaborative approach and followed by directive informal.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Signifikan Kajian 6
1.7 Skop dan Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.9 Kesimpulan 9
viii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Latihan Mengajar 10
2.2.1 Matlamat Latihan Mengajar 13
2.2.2 Objektif Latihan Mengajar 14
2.3 Penyeliaan 15
2.3.1 Definisi Penyeliaan 16
2.3.2 Konsep Penyeliaan 16
2.3.3 Objektif Penyeliaan 17
2.4 Pegangan kepenyeliaan 18
2.5 Gaya Penyeliaan 20
2.5.1 Gaya Kawalan Direktif 21
2.5.2 Gaya Kawalan Direktif Informatif 22
2.5.3 Gaya Kawalan Kolaboratif 23
2.5.4 Gaya Kawalan Tidak Direktif 23
2.5 Kesimpulan 25
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Lokasi Kajian 28
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 29
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 30
3.5.1.1 Soal Selidik 30
3.5.1.1.1 Bahagian A 31
3.5.1.1.2 Bahagian B 31
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 34
3.6 Kerangka Operasi 35
ix
3.7 Prosedur Kajian 38
3.8 Kesahan Soal Selidik 38
3.9 Kajian Rintis 39
3.10 Kaedah Pengumpulan Data Kajian Sebenar 40
3.11 Analisis Data 41
3.12 Kesimpulan 42
4. ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Bahagian A 44
4.2.1 Jantina 44
4.2.2 Bangsa 45
4.2.3 Umur 45
4.2.4 Tahap Pendidikan Tertinggi 46
4.2.5 Pengalaman Berkerja Sebagai Guru Di Sekolah 46
4.2.6 Pengalaman Menjadi Penjadi Pensyarah Pembimbing 47
4.3 Analisis Bahagian B 48
4.3.1 Apakah pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih? 49 4.3.2 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing
semasa menyelia guru pelatih? 54
4.3.3 Adakah pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing
adalah sama dengan gaya penyeliaan yang digunakan
semasa menyelia guru pelatih? 60
4.3.4 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing
semasa menyelia guru pelatih berdasarkan pada
pengalaman pensyarah pembimbing sebagai seorang
guru di sekolah? 61
4.4 Kesimpulan 62
x
4 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan 64
5.2.1 Pegangan kepenyeliaan pertama:
Kawalan Direktif (Directive Control) 64
5.2.2 Pegangan kepenyeliaan kedua:
Direktif Informal (Directive Informational) 65
5.2.3 Pegangan kepenyeliaan ketiga:
Kolaboratif (Collaborative) 65
5.2.4 Pegangan kepenyeliaan keempat:
Tidak Direktif (Nondirective) 66
5.2.5 Gaya penyeliaan yang pertama:
Kawalan Direktif (Directive Control) 67
5.2.6 Gaya penyeliaan yang kedua:
Kawalan informal (Directive Informational) 68
5.2.7 Gaya penyeliaan yang ketiga:
Kolaboratif (Collaborative) 69
5.2.8 Gaya penyeliaan yang keempat:
Tidak Direktif (Nondirective) 70
5.2.9 Keselarasan diantara pegangan kepenyeliaan
pensyarah pembimbing dengan gaya penyeliaan yang
digunakan semasa menyelia guru pelatih 71
5.4 Rumusan. 72
5.5 Cadangan 73
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan. 74
5.7 Kesimpulan 75
BIBLIOGRAFI 76
LAMPIRAN 84
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Hubung Kait Diantara Falsafah, Kawalan dan Pegangan
kepenyeliaan 20
3.1 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor
Demografi Responden 31
3.2 Taburan Item Soal Selidik 32
3.3 Skala Likert Lima Mata 33
3.4 Klasifikasi Terhadap Item 33
3.5 Tahap Penilaian Min 34
3.6 Statistik Kebolehpercayaan 40
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 45
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Tertinggi 46
4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Berkerja Sebagai Guru Di Sekolah 46
4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Pensyarah Pembimbing 47
4.7 Pegangan Kepenyeliaan Yang Pertama:
Kawalan Direktif (Directive Control) 49
4.8 Pegangan Kepenyeliaan Yang Kedua:
Direktif Informal (Directive Informational) 51
4.9 Pegangan Kepenyeliaan Yang Ketiga:
Kolaboratif (Collaborative) 52
4.10 Pegangan Kepenyeliaan Yang Keempat:
xiii
Tidak Direktif (Nondirektif) 53
4.11 Gaya penyeliaan yang pertama:
Kawalan Direktif (Directive Control) 54
4.12 Gaya Penyeliaan Yang Kedua:
Direktif Informal (Directive Informational) 56
4.13 Gaya Penyeliaan Yang Ketiga:
Kolaboratif (Collaborative) 57
4.14 Gaya Penyeliaan Yang Keempat:
Tidak Direktif (Nondirective) 59
4.15 Perbandingan Antara Pegangan Kepenyeliaan
Dengan Gaya Penyeliaan Pensyarah Pembimbing 60
4.16 Gaya Penyeliaan Pensyarah Pembimbing Mengikut
Pengalaman Menjadi Guru Di Sekolah 61
xiii
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
% - Peratus
IPG - Institut Pendidikan Guru
K - Kekerapan
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KS - Kurang Setuju
PKPG - Pogram Khas Pensiswazahan Guru
S - Setuju
SK - Sekolah Kebangsaan
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statical Package For The Social Sciences
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Pengesahan Menjalankan Kajian
(Fakulti Pendidikan)
C Borang Pengesahan Pakar 1
D Borang Pengesahan Pakar 2
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Praktikum atau latihan mengajar merupakan satu latihan amali untuk guru
pelatih mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari serta
mengaplikasikan pengetahuan, kaedah dan kemahiran mengajar dalam situasi yang
sebenar iaitu semasa berada di bilik darjah. Latihan mengajar adalah komponen
penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan
hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru
(KPM, 2011). Program ini juga dapat membantu bakal-bakal guru membuat
persediaan sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan kelak. Melalui
program latihan mengajar yang dijalankan, guru pelatih dapat menyepadukan teori
dan amali pengajaran. Selain itu, mereka juga dapat mengaplikasikan pelbagai
strategi dan kemahiran telah mereka pelajari semasa di pusat pengajian. Guru pelatih
juga dapat merasai pengalaman menjadi seorang guru yang sebenar dan sekaligus
dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran. Latihan ini juga dapat memupuk sikap positif dalam diri guru
pelatih, meningkatkan jati diri serta membolehkan guru pelatih menghayati dan
mengamalkan nilai profesion perguruan.
2
Hazil (1995) menyatakan bahawa latihan mengajar adalah sebahagian
daripada aktiviti dalam proses pembelajaran untuk membimbing guru-guru pelatih
ke arah menjadi guru atau pendidik yang baik. Sejak pelajar mendaftar mengikuti
kursus perguruan, usaha melatih mereka untuk menjadi guru adalah berterusan. Ini
bermakna sebelum mereka menjejakkan kaki di sekolah untuk menjalani latihan
mengajar, bimbingan telahpun diberikan bagi persediaan mereka untuk menjadi
seorang guru. Usaha membimbing yang lebih intensif lagi akan diberikan semasa
mereka menjalani latihan mengajar.
Penyeliaan dan bimbingan adalah saling berkait rapat di antara satu sama
lain.Tujuan utama penyeliaan adalah untuk membantu guru pelatih mempelajari
bagaimana untuk meningkatkan kebolehan mereka dalam mencapai matlamat
pembelajaran bagi pelajar mereka (Glickman, 1981). Menyentuh tentang pegangan
kepenyeliaan (supervisory belief), ia berkait rapat dengan sejauhmana jangkauan
kawalan penyelia dalam membuat sesuatu keputusan berdasarkan kepada
tingkahlaku pengajaran guru pelatih yang dicerap dalam bilik darjah. Ia merujuk
kepada kewajaran samaada penyelia perlu bersifat direktif atau kolaboratif dalam
menstrukturkan semula tingkahlaku guru pelatih atau menyerahkan sepenuhnya
kepada guru pelatih untuk melakukan penambahbaikan mereka sendiri (Mohd
Zolkifli, 2009).
Pendekatan yang digunakan oleh penyelia dalam membuat sebuah keputusan
berdasarkan kepada keadaan guru, ia merujuk kepada kewajaran sama ada penyelia
perlu mengamalkan pendekatan atau gaya penyeliaan yang sesuai kepada guru
pelatih untuk melakukan penambahbaikan mereka sendiri. Gaya penyeliaan adalah
salah satu pendekatan yang akan mempengaruhi perkembangan mental guru pelatih
dalam meningkatkan atau menurunkan kebolehannya di dalam konteks
pembelajaran (Zepeda, 2007).
Dalam menentukan pemilihan gaya penyeliaan yang berkesan, penyelia
seharusnya mengambil kira faktor pengetahuan sedia ada dan pengalaman terdahulu
3
guru pelatih, kematangan pengetahuan semasa yang diperolehi, kemahiran yang
dikuasai dan sahsiah yang ditunjukkan oleh guru pelatih peringkat demi peringkat di
sepanjang tempoh latihan mengajar.Isu yang ingin dikupas dengan lebih mendalam
tentang kajian ini adalah mengenai gaya penyeliaan yang sering diamalkan oleh
pensyarah pembimbing dalam membimbing dan memberi sokongan kepada guru
pelatih.
1.2 Latar Belakang Masalah
Semasa melalui pengalaman latihan mengajar di sekolah, kebanyakan guru
pelatih di seluruh dunia sering menghadapi pelbagai masalah (KPTM dan KPM,
2005). Salah satu masalah yang selalu disuarakan oleh guru pelatih ialah penyeliaan.
Acheson dan Gall (1980) mendapati guru pelatih memang tidak suka diselia,
walaupun penyeliaan itu dianggap sebagai aktiviti penting dalam latihan mengajar.
Terdapat guru pelatih yang memberi reaksi yang negetif terhadap penyeliaan.
Walaubagaimanapun, Acheson dan Gall (1987) menyatakan guru pelatih
sebenarnya bukan tidak suka kepada penyeliaan, tetapi mereka tidak suka kepada
cara penyeliaan yang digunakan oleh pensyarah pembimbing. Daripada dapatan
kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Zolkifli et al.(2007), antara perkara yang
paling dibimbangkan oleh guru pelatih semasa diselia oleh guru pembimbing adalah
dari aspek, konsep tolong bantu dan bimbingan daripada penyelia. Ketika kajian
dijalankan guru pelatih telah memberi gambaran jelas bahawa mereka sangat
memerlukan pensyarah pembimbing untuk mengenalpasti masalah dan kelemahan
mereka, memberitahu mereka akan kelemahan tersebut dan mencadangkan cara
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
4
Harapan dan keperluan guru pelatih seperti yang telah dinyatakan berikut
tidak akan dapat dipenuhi oleh pensyarah pembimbing adalah disebabkan terdapat
kelemahan dalam memilih pendekatan dan gaya penyeliaan yang sepadan dengan
situasi dan keadaan guru pelatih. Kenyataan ini disokong oleh Turney et al. (1982)
yang menyatakan bahawa perkembangan profesionalisme guru pelatih akan
mendatangkan impak yang negatif jika terdapat kelemahan dalam memilih
pendekatan penyeliaan yang sepadan. Akibat daripada ketidaksepadanan antara gaya
penyeliaan penyelia dengan tahap kemajuan perkembangan guru pelatih ia boleh
mendatangkan konflik kesefahaman (Ralph, 1996). Keseluruhan masalah ini bukan
sahaja akan memberi implikasi dan masalah kepada guru pelatih, malah kesediaan
pensyarah untuk memberi penyeliaan yang berkesan akan terus dipertikaikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, kajian ini
dijalankan adalah untuk meneliti pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing
Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh dalam menyelia guru pelatih dan gaya
penyeliaan semasa praktikum latihan mengajar berasaskan sekolah. Penyelidik juga
akan mengkaji dari aspek pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah
pembimbing terhadap guru pelatih berdasarkan pengetahuan sedia ada, tahap
keyakinan dan perkembangan yang ada pada guru pelatih.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan utama objektif kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti
pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing Institut Pendidikan Guru, Kampus
5
Ipoh dalam menyelia guru pelatih dan gaya penyeliaan semasa praktikum latihan
mengajar berasaskan sekolah Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini
adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing daripada
aspek:
1.4.1.1 Direktif kawalan (Directive)
1.4.1.2 Direktif Informal (Directive Informational)
1.4.1.3 Kolaboratif (Collaborative)
1.4.1.4 Tidak Direktif (Non Directive)
1.4.2 Mengenalpasti gaya penyeliaan pensyarah pembimbing daripada aspek:
1.4.2.1 Direktif kawalan (Directive)
1.4.2.2 Direktif Informal (Directive Informational)
1.4.2.3 Kolaboratif (Collaborative)
1.4.2.4 Tidak Direktif (Non Directive)
1.4.3 Mengenalpasti keselarasan diantara pegangan kepenyeliaan dengan gaya
penyeliaan pensyarah pembimbing yang digunakan semasa menyelia guru
pelatih
1.4.4 Mengenalpasti gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia
guru pelatih mengikut pengalaman pensyarah pembimbing sebagai seorang
guru di sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk untuk meneliti
pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing Institut Pendidikan Guru, Kampus
Ipoh dalam menyelia guru pelatih dan gaya penyeliaan semasa praktikum latihan
6
mengajar berasaskan sekolah Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat
menjawab beberapa persoalan berikut :
1.5.1 Apakah pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia
guru pelatih
1.5.2 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru
pelatih
1.5.3 Adakah keselarasan diantara pegangan kepenyeliaan dengan gaya penyeliaan
pensyarah pembimbing yang digunakan semasa menyelia guru pelatih?
1.5.4 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru
pelatih mengikut pengalaman pensyarah pembimbing sebagai seorang guru
di sekolah?
1.6 Signifikan Kajian
Signifikan kajian adalah suatu yang amat berkait rapat dengan sumbangan
yang boleh diberikan oleh suatu kajian (Othman Lebar, 2007). Oleh kerana itu
kajian ini dianggap penting kerana dapatannya boleh digunakan dalam;
i. Menambahbaik pendekatan penyeliaan pengajaran bagi
meningkatkan mutu profesionalisme perguruan pra perkhidmatan.
ii. Meningkatkan persefahaman antara pensyarah pembimbing
dengan guru pelatih dan menjadikan latihan mengajar sebagai suatu
program pembelajaran yang dapat menyediakan seorang guru
bermutu dan berkualiti.
7
iii. Menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan sedia
ada dalam bidang penyeliaan pengajaran di institusi pendidikan
seluruh negara.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Skop kajian ini adalah tertumpu kepada pegangan kepenyeliaan gaya
penyeliaan pengajaran oleh pensyarah pembimbing daripada Institut Pendidikan
Guru, Kampus Ipoh. Dalam kajian ini, penyelidik memilih responden secara rawak
yang tertumpu kepada pensyarah yang ditugaskan untuk menjadi pensyarah
pembimbing kepada guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh.
Sampel kajian ini ialah seramai 50 orang pensyarah. Kajian ini dibataskan kepada
kaedah pengutipan dan pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik.
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Pegangan Kepenyeliaan
Hishamudin Ibrahim (2005) mendefinisikan pegangan kepenyeliaan sebagai
pedoman yang akan memandu seseorang penyelia bagi membuat keputusan tentang
kaedah dan pendekatan bagi menyelesaikan masalah dalam pembangunan
profesionalisme guru.
8
Secara psikologinya, kepercayaan (belief) adalah kefahaman, premis atau
pembawaan yang dipegang terhadap sesuatu yang dianggap sebagai benar atau betul
(Richardson, 1996). Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan perkataan
pegangan bagi menggambarkan kepercayaan. Ini adalah kerana istilah kepercayaan
seolah-olah membawa konotasi anutan seseorang terhadap sesuatu agama.
Pandangan seorang penyelia tentang ilmu pengetahuan, keadaan semulajadi manusia
dan kawalan dikatakan sebagai pegangan kepenyeliaan (supervisory belief)
(Glickman et al. 2005).
Dalam konteks yang sama, pegangan kepenyeliaan dalam kajian ini merujuk
kepada suatu tanggapan maya pensyarah pembimbing, hasil daripada himpunan
pendedahan dan pengalaman yang diperoleh selama ini lalu dijadikan panduan asas
dalam menentukan hala tuju bagaimana untuk mencorak interaksi dalam sesi
konferensi penyeliaan pengajaran.
1.8.2 Gaya Penyeliaan
Gaya penyeliaan adalah pendekatan yang akan mempengaruhi
perkembangan mental guru pelatih dalam meningkatkan atau menurunkan
kebolehannya di dalam konteks pembelajaran (Zepeda, 2007). Hoover et al. (1988)
pula menyatakan bahawa gaya penyeliaan yang diguna pakai pendekatan secara
langsung ataupun sebaliknya adalah bergantung kepada sejauh mana penekanan
terhadap tugas yang diberikan (contoh: membaik pulih kemahiran pelajar).
Glickman (1981) telah mengelaskan empat gaya penyeliaan iaitu gaya kawalan
direktif (directive control), direktif informational (directive informational),
kolaboratif (collaborative) dan tidak direktif (nondirective).
9
1.8.3 Pensyarah Pembimbing
Pensyarah pembimbing yang dimaksudkan di sini ialah pensyarah
pembimbing yang dilantik oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk
menjalankan tugas penyeliaan Latihan Mengajar (Garis Panduan Praktikum
Prasekolah, 2011). Dalam kajian ini, pensyarah pembimbing yang dimaksudkan
ialah pensyarah pembimbing di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
1.8.4 Guru Pelatih
Guru pelatih memberi maksud guru yang masih berlatih. Dalam kajian ini
guru pelatih yang dimaksudkan ialah pelajar Istitut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh
yang telah atau akan menjalani praktikal latihan mengajar.
1.8.5 Latihan Mengajar
Latihan mengajar adalah satu program di mana guru pelatih berada dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Hazil (2005) menyatakan bahawa
latihan mengajar adalah sebahagian daripada aktiviti dalam proses pembelajaran
untuk membimbing guru-guru pelatih ke arah menjadi guru atau pendidik yang baik.
Mengikut Mok dan Lee, (1988) latihan mengajar merujuk kepada situasi apabila
seorang guru pelatih itu dihantar ke sekolah untuk mencuba dan mempraktikkan
segala kemahiran mengajar. Guru pelatih ini akan memainkan peranan mereka
sebagai seorang guru yang sebenar. Ini jelas menunjukkan bahawa penekanan dibuat
pada aspek penggunaan atau mempraktikkan ilmu pengetahuan atau kemahiran yang
telah dipelajari sebelum penuntut itu menjalani latihan mengajar.
10
1.9 Kesimpulan
Berdasarkan kepada Bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan tentang
pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, signifikan kajian, skop dan batasan kajian dan definisi istilah. Berdasarkan
elemen-elemen di atas penyelidik akan melakukan penyelidikan untuk kajian
selanjutnya.