Pelan Tindakan1Government Enterprise Architecture (1GovEA)
Panduan Ringkas
Pengenalan 3
• Kematangan EA di sektor awam
Apakah itu Enterprise Architecture? 5
• Definisi Enterprise Architecture
• Kepentingan EA di sektor awam
Mengenai 1GovEA 7
Rangka Kerja 1GovEA 8
Komponen Rangka Kerja 1GovEA 9
• Visi 1GovEA
• Prinsip
• Domain Architecture
• Tadbir Urus
• Metodologi
• Peralatan & Repositori
Nilai Jangkaan buat Sektor Awam di Malaysia 31
Pelan Pelaksanaan 33
Isi Kandungan
3
Pengenala
n
“Dalam memberikan perkhidmatan terbaik, kakitangan awam perlu
mengamalkan budaya yang produktif, kreatif dan inovatif… yang akan
mencetuskan paradigma baru dan meningkatkan keyakinan rakyat
terhadap perkhidmatan awam yang lebih efektif, cekap dan responsif”
YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Kerajaan amat memberi tumpuan terhadap
penyampaian perkhidmatan awam yang
cekap. Usaha ini telah dijalankan sejak
tahun 1966 melalui penubuhan Unit
Pentadbiran Pembangunan (DAU), pelopor
kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU). Sejak itu, pelbagai inisiatif telah
berjaya dilaksanakan dalam usaha untuk
menampung permintaan yang semakin
tinggi dari kedua-dua sektor awam dan
swasta di negara ini. Agenda ke arah
mewujudkan penyampaian perkhidmatan
awam bertaraf dunia telah diteruskan dalam
Program Transformasi Ekonomi Malaysia
(ETP) yang ditubuhkan pada tahun 2010.
Pemacu Utama Agenda Transformasi Sektor Awam
Di bawah projek permulaan (EPP) untuk E-
Kerajaan (EPP8) yang merupakan salah
satu cabang daripada Bidang Ekonomi
Utama Negara (NKEA) dalam ETP
Malaysia, menyatakan pembangunan
amalan terbaik EA dalam sektor awam
telah dikenalpasti sebagai salah satu
daripada inisiatif utama untuk memacu satu
penubuhan kerajaan yang saling
berhubungan.
Agenda untuk memulakan amalan terbaik
EA ditubuhkan sebagai salah satu terma
rujukan bagi pembentukan Ketua Pegawai
Maklumat (CIO) di sektor awam. Elemen
EA kemudiannya telah diwujudkan dalam
pelan strategik ICT 2011-2015 sebagai
salah satu daripada 7 strategi ICT di sektor
awam.
Pengenalan
4
Peng
enala
n
Hasil Penilaian Kapabiliti Kematangan EA
Penilaian terhadap keupayaan kematangan
EA yang dijalankan ke atas beberapa
agensi sektor awam yang terpilih telah
mendedahkan bahawa secara umumnya
sektor awam di Malaysia sedang menuju
ke arah Peringkat 2 (Formalised Stage)
dalam pelaksanaan amalan terbaik EA ini
Agensi-agensi di sektor awam merekodkan
pemarkahan (melebihi 2.0 mata) dalam
empat (4) bidang bagi amalan EA iaitu Visi
Architecture, Domain Architecture,
(Business, Data, Application and
Technology architecture), peluang dan
solusi serta Pelaksanaan Tadbir Urus. Ini
menunjukkan bahawa pembangunan pelan
strategik IT ini telah dilaksanakan oleh
agensi sektor awam di setiap organisasi di
mana unsur-unsur di atas telah
didokumenkan secara rasmi.
Usaha lain yang dijalankan oleh beberapa
agensi sektor awam di Malaysia adalah
membangunkan keupayaan dan amalan EA
sebagai satu bentuk inisiatif yang dikenal
pasti dalam Perancangan Strategi ICT (ISP)
semasa.
Menyedari akan peningkatan kecenderungan
di sektor awam dalam melaksanakan
pembangunan amalan EA, MAMPU telah
memulakan kajian untuk membangunkan
satu pelan tindakan bersama bagi
membimbing agensi sektor awam mengenai
amalan EA. Dijenamakan sebagai
1Government Enterprise Architecture atau
1GovEA, dijangka dapat menyampaikan satu
rangka kerja dan metodologi yang akan
diguna pakai oleh sektor awam di Malaysia.
Kematangan EA di sektor awam
5
Apakah
itu
Ente
rpri
se A
rchitectu
re ?
EA pada dasarnya adalah suatu pendekatan untuk mendefinisikan sesebuah organisasi atau
syarikat merangkumi pelbagai domain yang berbeza dengan menggunakan kaedah yang
berstruktur. Kaedah berstruktur yang didefinisikan oleh EA ini membolehkan organisasi
menerangkan aspek seperti berikut :
Misi, Objektif dan Strategi organisasi.
Business Processes yang mencapai jangkaan misi dan strategi.
Kumpulan yang menjalankan Business Processes.
Teknologi yang membantu dan menyokong dalam pelaksanaan proses.
Hubungan antara sistem.
EA dipacu oleh peningkatan
penggunaan teknologi yang
berterusan dalam sebuah organisasi
dan seterusnya memberikan kesan
yang besar terhadap integrasi dan
kerjasama di antara business entity.
EA diguna pakai sebagai satu
amalan untuk penentuan strategik
dan penyelarasan keupayaan Bisnes
dan IT bagi sesebuah organisasi
melalui pemahaman, penyelarasan
dan perancangan aktiviti. Melalui
pemahaman strategi dan pelarasan,
sesebuah organisasi boleh memberi
tumpuan kepada penyelesaian
terperinci untuk menerangkan
aplikasi khusus dan pelaksanaan
teknologi bagi menyokong keperluan
bisnes tertentu. Melalui
pembangunan amalan EA, sesebuah
organisasi dapat menilai kekuatan
dan batasan landskap bisnes dan
teknologi yang sedia ada.
“Enterprise
Architecture adalah
mengenai
memahami elemen
yang berbeza yang
digunakan dalam
pembinaan sebuah
enterprise dan
bagaimana kesemua
elemen tersebut
saling berhubungan
di antara satu sama
lain..” – Institusi
Kemajuan EA
“Enterprise Architecture adalah satu rekod tingkah laku yang
berlaku dalam organisasi, pemprosesan data, individu, tempat
dan keperluan apabila semuanya dijalankan. Secara ringkas,
siapa, apa, mengapa,bila, dimana dan bagaimana bisnes
yang dijalankan di setiap peringkat bermula daripada
matlamat korporat peringkat tinggi kepada kod program
peringkat rendah melaksanakan bisnes proses bagi
mencapai matlamat tersebut "
– The Open Group
Apakah itu Enterprise Architecture?
DefinisiEnterprise
Architecture
6
Apakah
itu
Ente
rpri
se A
rchitectu
re ?
Berikut adalah objektif utama pelaksanaan inisiatif untuk
membangunkan amalan EA di sektor awam :
Mengurangkan jurang pembangunan ICT dalam sektor awam.
Meningkatkan keupayaan agensi kerajaan dalam perkongsian
maklumat.
Meningkatkan keupayaan pengguna luar (contoh; orang awam)
untuk mengakses informasi yang dipantau oleh agensi kerajaan.
Mengenal pasti peluang kearah membentuk integrasi
perkhidmatan secara keseluruhan di masa hadapan demi
mencapai matlamat sebagai sebuah kerajaan yang saling
berhubungan.
Mencapai perancangan teknologi dan pembangunan dasar yang
lebih baik dengan mempunyai pandangan menyeluruh tentang
penggunaan teknologi dalam sektor awam.
Nilai EA di Sektor Awam
Mengurangkan
jurang
pembangunan
ICT
Mengenal pasti
peluang kearah
pembentukan
kerajaan yang
saling
berhubungan di
masa hadapan
Mengukuhkan
perancangan
teknologi dan
pembangunan
dasar
Meningkatkan
keupayaan
dalam
perkongsian
maklumatMeningkatkan
kemampuan
pengguna luar (orang
awam) untuk
mengakses
maklumat
Enterprise
Architecture
KepentinganEA di Sektor
Awam
Apakah itu Enterprise Architecture?
1GovEA memberikan definisi baru bagi
sektor awam menghadapi cabaran meliputi
aspek bisnes dan teknikal. Melalui amalan
EA, sesebuah agensi dapat mewujudkan
satu bentuk single view dari aspek bisnes
semasa dan persekitaran teknikal dalam
sesebuah organisasi. Single view ini akan
menerangkan hubungan di antara urusan
bisnes dalam sebuah agensi, proses
penyampaian bisnes, sumber yang
bertanggungjawab melaksanakan proses,
pengumpulan dan penggunaan semula
maklumat dan penggunaan teknologi dan
infrastruktur yang sedia ada untuk
membantu dalam proses penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat. Pandangan ini
seterusnya membantu agensi dalam
pelbagai bidang operasi seperti :
Mengenal pasti dan mencipta
business services yang baru.
Menyatukan dan meningkatkan
perkhidmatan sedia ada.
Menganalisa dan menyelesaikan
cabaran / isu operasi dan teknikal
semasa.
Mengenal pasti keperluan teknologi
baru.
Menganalisa dan membentuk
penerapan teknologi baru.
1GovEA menyediakan rangka kerja dan
metodologi bagi membantu sektor awam di
Malaysia bagi membangunkan amalan
terbaik EA. Tujuan utama 1GovEA adalah
untuk meyediakan suatu pendekatan umum
merangkumi beberapa fasa dan plot templat
bagi memastikan pembangunan EA di
sektor awam adalah konsisten. Dengan
mewujudkan keupayaan EA dan menerima
pakai amalan umum EA, 1GovEA berupaya
membantu agensi dalam menyampaikan
kunci utama business value yang utama
seperti yang berikut:
Memberikan perkhidmatan yang
konsisten dan cekap dalam cara yang
paling efektif di samping memenuhi
jangkaan rakyat.
Meningkatkan keupayaan bisnes
dalam sektor awam melalui gabungan
keupayaan ICT yang strategik dan
holistik.
Memberi perkhidmatan berpaksikan
rakyat yang seterusnya
menggalakkan penglibatan rakyat.
Mewujudkan kerjasama yang padu di
antara agensi dalam perkongsian
data.
Menyatukan duplikasi perkhidmatan
dan membolehkan penggunaan
semula dan perkongsian
perkhidmatan merentasi agensi.
7
Mengenai 1G
ovE
A
Apakah itu 1GovEA
Logo 1GovEA
8
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
.
1GovEA dipandu oleh rangka kerja architectural yang dibangunkan untuk mendefinisikan
elemen teras architecture dalam membina dan melaksanakan amalan EA. Rangka kerja
1GovEA bertindak sebagai panduan bagi menerangkan komponen utama 1GovEA.
Sesebuah agensi perlu membangunkan komponen tersebut kerana ia adalah asas kepada
permulaan dalam pelaksanaan amalan EA
Rangka Kerja 1GovEA
Rangka Kerja 1GovEA
Rangka kerja 1GovEA seperti yang dilihat di atas terdiri daripada 6 komponen utama iaitu:
Visi 1GovEA.
Prinsip.
Domain Architecture.
Tadbir Urus.
Metodologi.
Peralatan dan Repositori.
Setiap komponen akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam sub-seksyen yang berikut .
1GovEA untuk Sektor Awam di Malaysia
“1GovEA mewujudkan kesatuan architecture bagi mempercepat proses
transformasi dalam penyampaian perkhidmatan sektor awam”
”
Visi
1GovEA
Domain Architecture
Bisnes
Data Aplikasi Teknologi
Prin
sip
Buss
Data
App
Tech
Ta
db
irU
rus P
roses
Str
uktu
rM
em
buat
Keputu
san
Peralatan & RepositoriStruktur Repositori
Matrik
Katalog
Serahan
Diagram
Metodologi
Permulaan Penilaian Penentuan
Pembinaan/
PelaksanaanMemantau
Am
a. Visi 1GovEA -
Visi adalah suatu penyataan niat
yang memacu matlamat utama di
sebalik penubuhan inisiatif
1GovEA dalam sektor awam.
b. Prinsip Architecture -
Prinsip architecture menerangkan
satu piawaian architectural asas
menyeluruh bagi memandu sektor
awam dalam membangunkan
aspek bisnes dan teknikal
architecture.
c. Domain Architecture -
Domain Architecture
mendefinisikan empat (4) bidang
architecture iaitu bisnes, data,
aplikasi dan teknologi yang perlu
dibangunkan dan dikekalkan
sehubungan dengan pelaksanaan
EA oleh sektor awam.
d. Tadbir Urus -
Komponen tadbir urus
menerangkan struktur dan
operasi model yang dicadangkan
bagi menyokong pelaksanaan
dan pengoperasian amalan EA.
e. Metodologi -
Metodologi menggariskan
pendekatan yang berstruktur (e.g.
fasa dan peringkat) yang akan
diguna pakai oleh sektor awam
semasa membangunkan amalan
EA.
f. Peralatan and Repositori -
Komponen bagi peralatan &
repositori menerangkan peralatan
yang dicadangkan dan struktur
repositori yang biasa diguna pakai
oleh sektor awam untuk
mendokumenkan artifak.
9
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Visi 1GovEA
Visi yang menerangkan
matlamat jangka
panjang 1GovEA
Prinsip
Prinsip menyeluruh
untuk membimbing
agensi dalam
membangunkan amalan
EA
Domains
Architecture
Penelitian komponen
architecture secara
menyeluruh;
Bisnes,Data,Aplikasi &
Teknologi
Tadbir Urus
Satu struktur akan
ditubuhkan untuk
membimbing amalan EA
di sektor awam
Peralatan &
Repositori
Struktur dan peralatan
untuk mendokumenkan
dan mengekalkan artifak
EA
Metodologi
Mendefinisikan
pendekatan yang akan
diguna pakai oleh sektor
awam untuk memulakan
pelaksanaan amalan EA
KomponenTeras
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
10
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Visi ini membentuk satu daripada 6 komponen dalam rangka kerja
1GovEA dan menggambarkan matlamat utama hasrat kerajaan
Malaysia bagi memulakan pembangunan amalan EA di sektor awam.
Visi 1GovEA
Visi 1GovEA ini menyokong pembangunan EA kerana:
Bertindak sebagai pusat rujukan semua kerja architectural
Menyelaraskan objektif kepada semua pemegang taruh
Visi ini disokong oleh tiga (3) penggerak strategik yang menentukan
strategi bagi pergerakan inisiatif 1GovEA di seluruh sektor awam.
Sebagai sebuah pusat agensi yang ditugaskan untuk menyelia
penggunaan amalan EA di sektor awam, MAMPU akan memainkan
peranan aktif bagi memacu pelaksanaan penggerak strategik ini.
Visi 1GovEA dan Penggerak Strategik
Visi 1GovEA
1GovEA mewujudkan unified architecture bagi
mempercepat proses transformasi dalam
penyampaian perkhidmatan sektor awam
Penggerak Strategik 1
Mandat pengurusan
tertinggi bagi
penginstitusian
1GovEA dalam sektor
awam
Penggerak Strategik 2
Kemampuan untuk
membangunkan
amalan terbaik EA
dalam sektor awam
Penggerak Strategik 3
Pelaksanaan 1GovEA
disokong oleh Ketua
Pegawai Maklumat
bagi setiap agensi
Penggerak Strategik
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Visi 1GovEA
Visi yang
menerangkan
matlamat jangka
panjang 1GovEA
11
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Mandat pengurusan tertinggi bagi
penginstitusian 1GovEA dalam sektor awam1
Kemampuan untuk membangunkan amalan
terbaik EA2
Mandat perlu diwujudkan dan disampaikan bagi
menyediakan sektor awam dengan arahan yang jelas
berkenaan objektif kerajaan dan jangkaan manfaat daripada
pelaksanaan 1GovEA di sektor awam.
Mandat seperti ini dapat membantu mempercepat proses
tertentu seperti menjamin komitmen daripada peringkat
pengurusan dan mendapatkan bajet yang diperlukan bagi
menyokong pelaksanaan inisiatif 1GovEA.
Pengamal 1GovEA yang berkemahiran dan berwibawa
diperlukan bagi memulakan pelaksanaan 1GovEA di sektor
awam yang mana akan memacu amalan EA di agensi
masing-masing.
MAMPU telah mula bekerjasama dengan Institiut Tadbiran
Awam (INTAN) untuk membangunkan satu program
berstruktur untuk melatih dan membangunkan kecekapan
bagi memacu pembangunan amalan EA.
Pelaksanaan 1GovEA disokong oleh Ketua
Pegawai Maklumat bagi setiap agensi sektor
awam
3
Penggerak strategik bagi memacu inisiatif 1GovEA
CIO di sektor awam akan memainkan peranan penting
dalam menggalakkan penggunaan amalan EA berdasarkan
rangka kerja dan metodologi 1GovEA di agensi masing-
masing.
Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (GCIO) di MAMPU akan
bertanggungjawab menerajui pelaksanaan 1GovEA dalam
program dan aktiviti CIO di masa depan dengan sokongan
Pejabat Pusat Arkitek yang bertindak sebagai 1GovEA
sekretariat. Peranan utama 1GovEA ini seterusnya
disampaikan kepada agensi CIO yang akan membimbing
proses pelaksanaan 1GovEA di setiap peringkat.
Visi 1GovEA
Visi yang
menerangkan
matlamat jangka
panjang 1GovEA
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Prinsip Architecture adalah satu piawaian architectural asas menyeluruh
bagi menyokong pembangunan architecture yang seragam dan konsisten
merentasi setiap organisasi. Prinsip Architecture ini digunakan untuk
membimbing organisasi bagi melaksanakan inisiatif dalam sektor awam
di masa depan dan perlu diguna pakai apabila agensi mula
membangunkan bisnes dan teknikal architecture masing-masing
Prinsip 1GovEA Architecture ini terdiri daripada dua (2) komponen
utama seperti berikut:
1. Panduan Reka Bentuk
Panduan reka bentuk terdiri daripada tiga (3) nilai yang diterima pakai
apabila merangka Prinsip Architecture 1GovEA, iaitu :
12
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
a. Fleksibel
Agensi harus mempunyai
pilihan untuk melaksanakan
prinsip yang sesuai dengan
visi dan misi agensi. Mereka
juga perlu mampu untuk
mengembangkan set prinsip
dalam batasan Panduan reka
bentuk dan Prinsip Domain
Architecture.
b. Berskala
Agensi harus mampu untuk
menambah prinsip
architecture yang baru atau
menakrifkan semula prinsip
yang sedia ada bagi
memenuhi keperluan agensi
kerajaan.
c. Praktikal
Kesemua prinsip
architecture 1GovEA harus
mempunyai nilai praktikal
yang boleh diguna pakai
oleh semua agensi dalam
memulakan amalan EA
berdasarkan metodologi
1GovEA.
1GovEA Architecture Principles
Prinsip
Prinsip menyeluruh
untuk memacu
agensi
membangunkan
amalan EA
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
2. Prinsip Architecture 1GovEA
Prinsip Architecture 1GovEA terdiri daripada dua belas (12) prinsip
yang boleh dibahagikan kepada lima (5) kategori utama, iaitu :
a. Umum
b. Bisnes
c. Data
d. Aplikasi
e. Teknologi
13
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
No Kategori Prinsip 1GovEA
1Prinsip
Umum
1.1 Pengendalian
1.2 Bahasa Umum
1.3 Memaksimakan manfaat bagi
organisasi
2 Prinsip
Bisnes
2.1 Pengurusan informasi adalah
tanggungjawab semua pihak
2.2 Perubahan arah tuju bisnes
3Prinsip
Data
3.1 Data adalah Aset
3.2 Penetapan asas sekuriti
3.3 Data boleh dikongsi dan
diakses kecuali yang sulit
4Prinsip
Aplikasi
4.1 Aplikasi adalah mudah untuk
digunakan
4.2 Aplikasi yang umum digunakan
5Prinsip
Teknologi
5.1 Teknologi tidak bergantung
pada aplikasi
5.2 Daya tahan dan
kesinambungan Bisnes
Prinsip Architecture 1GovEA
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Prinsip
Prinsip menyeluruh
untuk memacu
agensi
membangunkan
amalan EA
Domain Architecture membentuk komponen utama dalam rangka kerja
1GovEA yang membolehkan organisasi menakrifkan konsep, logik dan
unsur-unsur fizikal organisasi merangkumi 4 domain architecture ini.
Domain Architecture ini menyediakan pecahan berstruktur secara
terperinci berkenaan keupayaan sistem berfungsi dalam empat
domain.Empat (4) domain EA architecture adalah :
14
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
a. Bisnes Architecture
Menerangkan keseluruhan
landskap bisnes sesebuah
organisasi dari segi struktur
organisasi dan interaksi di
antara strategi bisnes,
matlamat, fungsi, proses dan
keperluan maklumat.
b. Data Architecture
Menggambarkan bagaimana
data disimpan, disusun,
bersepadu, diperolehi dan
digunakan oleh aplikasi bagi
menyokong operasi bisnes
sesebuah organisasi.
c. Aplikasi Architecture
Menggambarkan suatu set
sistem dan aplikasi bagi
menyokong operasi bisnes
dalam sesebuah organisasi.
d. Teknologi Architecture
Menentukan infrastruktur
teknikal yang digunakan untuk
menyediakan aplikasi dan
data bagi menyokong proses
bisnes dalam sesebuah
organisasi.
Gambaran Keseluruhan Domain EA
Domain
Architecture
Penelitian komponen
architecture secara
menyeluruh;
Bisnes,Data,Aplikasi
& Teknologi
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Kepentingan memahami dan mendokumenkan domain Bisnes, Data,
Aplikasi dan Teknologi Architecture adalah seperti berikut:
a. Menyediakan satu pandangan jelas berkenaan dengan keadaan
semasa dan sasaran EA merangkumi Domain Bisnes, Data,
Aplikasi dan Teknologi.
b. Menghubungkan di antara bisnes dan teknologi dalam sesebuah
organisasi kepada pemegang taruh.
c. Memberi penekanan pada hubungan dan kebergantungan antara
setiap elemen yang terkandung dalam 4 domain iaitu domain
Bisnes, Data, Aplikasi and Teknologi Architecture.
d. Mendefinisikan keperluan kepada Bisnes, Data, Aplikasi dan
Teknologi Architecture di masa depan bagi menyokong strategi
bisnes sesebuah agensi .
e. Mengenal pasti kebergantungan dan jurang di antara Architecture
di peringkat semasa dan sasaran dan bagaimana Bisnes, Data,
Aplikasi dan Teknologi Architecture perlu melalui perubahan dari
masa ke semasa untuk menyelaraskan bisnes strategi sesebuah
organisasi.
15
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Objektif Domain Architecture
Artifak dalam Konteks EAArtifak adalah kandungan architecture yang dihasilkan apabila
Metodologi 1GovEA dilaksanakan. Ini menggambarkan aspek tertentu
dalam sesebuah architecture.
Artifak architectural boleh dikategorikan kepada 3 kategori;
a. Katalog
Secara umumnya ini adalah
suatu senarai butiran data dan
didokumenkan dalam bentuk
jadual atau spreadsheet .
Antara contoh katalog yang
boleh dihasilkan adalah katalog
peranan, katalog aplikasi
portfolio dan katalog teknologi
portfolio.
b. Matriks
Satu bentuk kaedah visualisasi
bagi menggambarkan
hubungan di antara butiran
yang
kebiasaanya didokumenkan
dalam bentuk jadual. Antara
contoh matriks yang boleh
dihasilkan adalah Matrik
Peranan / Pelaksana dan
Matrik Aplikasi/Teknologi.
c. Rajah
Perwakilan bergambar bagi
butiran dan hubungan di
antara mereka.
Antara contoh rajah yang
boleh dihasilkan adalah
Rajah Acara, Rajah
Penggunaan Kes Bisnes dan
Rajah Penguraian Organisasi.
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Domain
Architecture
Penelitian komponen
architecture secara
menyeluruh;
Bisnes,Data,Aplikasi
& Teknologi
16
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Penghasilan artifak ini boleh diklasifikasikan kepada tiga (3) dimensi
utama iaitu :
a. Dimensi Konsep
Ini adalah butiran architectural yang mempunyai tahap abstrak
yang paling tinggi termasuklah bisnes pringkat tinggi sesebuah
agensi, business case atau idea strategi teknologi.
b. Dimensi Logik
Ini adalah peringkat pertengahan butiran architectural dimana ia
memberikan penerangan yang lebih menyeluruh bagi sesuatu
subjek. Salah satu contoh dimensi logik adalah maklumat
Business Processes.
c. Dimensi Fizikal
Ini adalah tahap yang paling rendah dan terperinci bagi butiran
architectural dan secara amnya terdiri daripada komponen fizikal
dan keadaan sebenar artifak itu.
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Domain
Architecture
Penelitian komponen
architecture secara
menyeluruh;
Bisnes,Data,Aplikasi
& Teknologi
Struktur tadbir urus 1GovEA akan
ditubuhkan di MAMPU bagi
memanfaatkan struktur organisasi
seperti rajah di bawah untuk
menguasai pembangunan amalan
EA dalam sektor awam.
Struktur tadbir urus 1GovEA yang
bertanggungjawab untuk menyelia
pelaksanaan amalan EA ini
dikenali sebagai
Pejabat Pusat Arkitek di bawah
penyeliaan Bahagian Strategi
dan Pembangunan Arkitektur
ICT.
Pejabat Pusat Arkitek ini terdiri
daripada tiga (3) unit yang
berbeza iaitu Seksyen EA, Pusat
Kecemerlangan dan Pasukan
Architecture.
Struktur Tadbir Urus Tengah 1GovEA
17
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Tadbir Urus
Penubuhan satu
struktur untuk
menyokong
amalan EA dalam
sektor awam
MAMPU Director General
ICT Sector (MAMPU)
Office of GCIO
ICT Advisory Division
Application Development
Division
Strategic & ICT Architecture Development
Division
Shared Services Infrastructure
Development & Security
Centre of Excellence
EA Section
TMM Sector (MAMPU)
Advisory 1 Advisory 2
Business Architect
Data Architect
Application Architect
Technology Architect
Architecture Team
Central Office of the Architect
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Penubuhan tadbir urus 1GovEA akan berlaku dalam dua (2) peringkat ;
peringkat yang bersifat sementara (interim) dan peringkat jangkaan
(envisioned) dalam penstrukturan tadbir urus 1GovEA.
a. Struktur Tadbir Urus 1GovEA untuk peringkat
sementara (interim)
Struktur tadbir urus 1GovEA untuk
peringkat jangkaan (seperti yang
digambarkan) akan
memperlihatkan kemajuan sebuah
Pejabat Pusat Arkitek di MAMPU
yang dinaik taraf kepada suatu
bahagian dalam sektor ICT.
Struktur tadbir urus 1GovEA yang
digambarkan ini akan memberi
penekanan akan kepentingan
inisiatif 1GovEA untuk MAMPU
dalam memacu EA sebagai
satu inisiatif penting dan
pemacu bagi memajukan
pemberian perkhidmatan di
sektor awam. Penempatan
Pejabat Pusat Arkitek sebagai
satu bahagian khusus di
MAMPU membolehkan
bahagian ini mewujudkan satu
pusat sumber yang khusus bagi
menyelia inisiatif tersebut.
Gambaran Struktur Tadbir Urus 1GovEA di MAMPU
18
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Tadbir Urus
(MAMPU)
Penubuhan satu
struktur untuk
menyokong
amalan EA dalam
sektor awam
Pejabat Pusat Arkitek
Pejabat Pengurusan
Projek (PMO)
Pejabat Pengurusan
Perubahan (CMO)
Pasukan
Bisnes
Arkitektur
Pasukan
Data
Arkitektur
Pasukan
Aplikasi
Arkitektur
Pasukan
Teknologi
Arkitektur
Pasukan
Arkitektur
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
b. Struktur Tadbir Urus 1GovEA untuk peringkat
jangkaan (Envisioned 1GovEA Governance Structure)
Walaupun MAMPU mempunyai
Pejabat Pusat Arkitek dan
Pasukan Arkitektur di sektor awam
yang menyediakan tadbir urus
secara menyeluruh keatas amalan
1GovEA ini, masih terdapat
keperluan untuk lain-lain agensi
untuk memulakan pelaksanaan
amalan EA ini bagi mewujudkan
struktur tadbir urus sendiri di setiap
agensi.
Agensi yang terlibat dalam
memulakan pembinaan amalan EA
ini disyorkan
untuk menubuhkan satu
Pejabat Arkitek atau Pasukan
Arkitek dengan tujuan
memastikan penyeliaan amalan
EA ini di setiap agensi.
Komposisi Pejabat Arkitek yang
ditubuhkan ini akan melibatkan
kakitangan berpengalaman
yang mempunyai pengetahuan
yang mendalam tentang
domain bisnes dan teknologi
dalam sesebuah agensi.
Pejabat yang berpotensi dalam penubuhan Arkitek di sektor awam
19
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Tadbir Urus
(Agensi)
Penubuhan satu
struktur untuk
menyokong
amalan EA dalam
sektor awam
Jabatan / Bahagian / Unit IT
Pembangunan
Aplikasi
Rangkaian &
Keselamatan
Pasukan
Bisnes
Arkitektur
Pasukan
Data
Arkitektur
Pasukan
Aplikasi
Arkitektur
Pasukan
Teknologi
Arkitektur
Pejabat
ArkitekOperasi IT
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Metodologi 1GovEA menerangkan satu komponen penting dalam
rangka kerja yang memberi tumpuan dalam menyediakan satu panduan
menyeluruh yang perlu dijadikan rujukan oleh setiap agensi dalam
memulakan pembinaan amalan EA.
Metodologi ini terdiri daripada lima (5) peringkat pembangunan ; setiap
peringkat terdiri daripada objektif dan hasil yang ditetapkan dan
disokong oleh templat dan peralatan untuk membantu agensi tersebut
mencapai sasaran di setiap peringkat.
Sub-seksyen berikut memberikan penerangan di setiap peringkat
dengan lebih lanjut.
20
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Metodologi 1GovEA
Metodologi
Mendefinisikan
pendekatan yang
akan diguna pakai
oleh agensi sektor
awam bagi
memulakan
pelaksanaan
amalan EA
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Fasa 1
Permulaan
Fasa 2
Penilaian
Fasa 3
Penentuan
Fasa 4
Pembinaan/Pelaksanaan
Fasa 5
Memantau
1.1 Mendefinisikan
Skop Architecture
1.2 Pengesahan
Tadbir Urus dan
Pemegang Taruh
1.3 Mendefinasikan
Visi Architecture dan
Keperluannya
2.1 Menilai
Architecture Semasa
Bisnes Architecture
Data Architecture
Aplikasi Architecture
Teknologi Architecture
3.1 Menentukan
Sasaran Architecture
4.1 Pelaksanaan
Tadbir
3.2 Membangunkan
Penyelesaian
3.3 Pelan Migrasi
5.1 Mengurus
Perubahan
Architecture
5.3 Menyelaras
Semakan Pasca-
Pelaksanaan
5.2 Menjalankan
Pemindahan Ilmu
5.4 Pemantauan
Prestasi
Pengurusan Keperluan Berterusan
Pelaksanaan Dalam
Penyampaian
Metodologi
2.2 Jurang dan
Peluang
Bisnes Architecture
Data Architecture
Aplikasi Architecture
Teknologi Architecture
Peringkat 1: Permulaan
Metodologi di peringkat pertama ini memberi tumpuan dalam
membimbing agensi untuk memulakan latihan kepada amalan EA.
Antara aktivi utama adalah merangkumi penentuan skop kerja yang
jelas, mewujudkan struktur tadbir urus (Pejabat Arkitek sesebuah
Agensi), mengesahkan pemegang taruh (stakeholder) dalam
penglibatan projek dan persetujuan di peringkat tertinggi kepada
keperluan architecture.
Peringkat ini adalah penting bagi memastikan agensi tersebut
mempunyai skop muktamad berkenaan entiti (jabatan/unit) yang akan
dimasukan serta tahap butiran yang diperlukan apabila agensi
memulakan inisiatif.
21
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Peringkat 1: Permulaan
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Peringkat 2: Penilaian
Metodologi di peringkat kedua ini memberi panduan kepada agensi
berkenaan tugas yang akan dilaksanakan untuk membangunkan asas
architecture merangkumi empat (4) domain architecture; bisnes, data,
aplikasi dan teknologi.
Pada peringkat ini tumpuan diberikan kepada proses pengumpulan dan
pemahaman landskap bisnes semasa oleh organisasi (seperti
perkhidmatan yang ditawarkan, maklumat yang dikumpul dan dikongsi
oleh agensi dan penakrifan proses untuk penyampaian perkhidmatan)
serta aplikasi asas dan teknologi infrastruktur bagi menyokong agensi
dalam menyampaikan perkhidmatan.
22
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Peringkat 2: Penilaian
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Peringkat 3: Penentuan
Metodologi di peringkat ketiga ini memberi tumpuan dalam membimbing
agensi mendefinisikan sasaran architecture (landskap bisnes dan
pengenalan kepada aplikasi dan teknologi baru yang diperlukan di
masa depan) untuk menyokong visi dan misi agensi. Pada peringkat ini,
agensi tersebut akan membangunkan pelan migrasi untuk menandakan
garis waktu yang diperlukan agensi dalam melaksanakan dan mencapai
sasaran architecture.
23
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Peringkat 3: Penentuan
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Peringkat 4: Pembinaan/
Pelaksanaan
Metodologi 1GovEA di peringkat keempat ini memberi tumpuan dalam
membimbing agensi untuk menerima pakai amalan terbaik EA dalam
menguruskan pelaksanaan inisiatif yang dikenal pasti dalam sasaran
architecture.
24
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Peringkat 4: Pembinaan / Pelaksanaan
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Peringkat 5: Memantau
Metodologi di peringkat kelima ini adalah proses berterusan dalam
menguruskan sebarang perubahan architecture sehinggalah agensi
tersebut mencapai sasaran architecture yang diingini. Peringkat ini juga
adalah satu proses berterusan yang akan dilaksanakan oleh agensi
kerana ia menjalankan operasi bisnes berdasarkan architecture yang
dipersetujui.
25
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Peringkat 5: Memantau
PengurusanKeperluan
Berterusan
Pengurusan Keperluan Berterusan merupakan salah satu bahagian
daripada Metodologi 1GovEA. Komponen ini membimbing Pasukan
Arkitektur untuk menguruskan proses pengumpulan dan perubahan
keperluan. Pengurusan Keperluan Berterusan ini bermula pada
peringkat kedua Metodologi dimana pasukan Arkitektur akan
mewujudkan satu keperluan asas kepada Architecture work.
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Komponen operasi ketiga bagi rangka kerja 1GovEA menerangkan
tentang peralatan EA yang disyorkan untuk membantu agensi apabila
memulakan pembangunan amalan EA. Peralatan EA ini terdiri daripada
3 elemen utama iaitu:
a. Repositori
b. Model Peralatan
c. Templat
Repositori1GovEA
Tujuan Repositori 1GovEA adalah untuk menyediakan satu
penyimpanan berpusat bagi semua kandungan architecture yang dibina
berdasarkan Metodologi 1GovEA .
26
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Pusat Repositori EA
Peralatan &
Repositori
Satu set
peralatan dan
struktur untuk
mendokumen
dan memelihara
artifak EA
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
c. Prinsip 1GovEA
Memperinci Prinsip 1GovEA yang
perlu dipatuhi oleh architecture
baru. Semua prinsip baru harus
menjadi gambaran bagi semua
model kerja architecture dalam
domain Architecture 1GovEA.
Pematuhan kepada Prinsip
1GovEA perlu dipantau oleh
Pejabat Pusat Arkitek/ Pejabat
Arkitek.
d. Sumber Rujukan 1GovEA
Menyediakan templat, garis
panduan dan bahan rujukan lain
yang boleh digunakan apabila
melaksanakan Metodologi
1GovEA. Sebarang Model
Rujukan yang baru dibentuk sama
ada di dalam atau di luar perlu
disimpan dalam Sumber Rujukan
1GovEA bagi penggunaan
semula dan dikongsi antara
agensi. Sumber Rujukan 1GovEA
ini juga perlu ditadbir secara teliti
oleh Pejabat Pusat Arkitek /
Pejabat Arkitek yang
didokumenkan dalam Repositori
1GovEA bagi memastikan
kesemua bahan mematuhi prinsip
yang relevan.
Repositori1GovEA
a. Metamodel Architecture
1GovEA (1GovEA
Metamodel Architecture)
Menerangkan rangka kerja
1GovEA, Metodologi 1GovEA dan
satu struktur untuk semua
kandungan architecture di dalam
repositori .
b. Domains Architecture
1GovEA (1GovEA
Architecture Domains)
Menerangkan empat (4) bahagian
architecture iaitu bisnes,
data,aplikasi dan teknologi yang
perlu dibangunkan dan
dikekalkan apabila sektor awam
mula membangunkan amalan EA.
Domain Architecture 1GovEA ini
dikemas kini melalui pelaksanaan
Metodologi 1GovEA.
Pelaksanaan amalan terbaik
mewujudkan satu standard dan
prinsip yang mentadbir Domain
Architecture 1GovEA dan
seterusnya membentuk rujukan
architecture untuk disimpan di
Perpusatakaan Rujukan 1GovEA
bagi penggunaan semula.
Domain Architecture 1GovEA ini
juga ditadbir secara teliti oleh
Model Tadbir Urus 1GovEA yang
didokumenkan dalam Repositori
1GovEA.
27
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Repositori1GovEA
e. Tadbir Urus 1GovEA
Mendokumenkan struktur tadbir
urus dan model operasi
kerajaan. Pejabat pusat Arkitek
/ Pejabat Arkitek ini juga perlu
mengkaji semula dan
meluluskan semua prinsip
architecture atau model rujukan
dan memastikan agar semua
model kerja architectural yang
dilaksanakan mematuhi prinsip
dan model rujukan tersebut.
f. Kemampuan 1GovEA
Architecture
Mendokumenkan keupayaan
architecture melalui struktur
organisasi, peranan,
tanggungjawab, kemahiran dan
proses yang menyokong
keseluruhan 1GovEA. Pejabat
Pusat Arkitek / Pejabat Arkitek
perlu memacu dan menguruskan
keupayaan architecture baru di
dalam sektor awam.
Model Peralatan
Architecture
Peralatan EA adalah peralatan yang digunakan oleh organisasi untuk
menvisualkan pelbagai komponen rangka kerja EA seperti domain
architecture yang berikut :
a. Bisnes Architecture
b. Data Architecture
c. Application Architecture
d. Technology Architecture
Peralatan Model EA ini akan membantu agensi di sektor awam
mendokumenkan dan menvisualisasi artifak ( satu produk hasil kerja
architectural yang menerangkan aspek architecture)
28
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
Templat1GovEA
Metodologi 1GovEA menyediakan templat untuk membantu agensi
memulakan pelaksanaan amalan EA. Terdapat dua kategori templat;
Templat Artifak dan Templat Serahan, dimana setiap templat direka
untuk merekod dan mendokumenkan pelbagai jenis maklumat dan
hasil.
Templat Artifak membantu agensi merekod dan merakam maklumat
bisnes dan teknikal (artifak) yang menerangkan persekitaran operasi
agensi tersebut. Templat Artifak ini menyediakan satu format dan
susun atur yang konsisten untuk mendokumenkan pelbagai Matriks,
Katalog atau Rajah.
Contoh Templat Artifak 1GovEA
29
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
a. Templat Artifak
Templat1GovEA
Templat serahan adalah format dokumen yang telah ditetapkan bagi
membantu sektor awam untuk mendokumenkan hasil daripada aktiviti
utama dalam penggunaan Metodologi 1GovEA. Agensi akan
menggunakan templat serahan bagi mendokumenkan hasil akhir dalam
setiap peringkat Metodologi sebagai laporan rasmi untuk menunjukkan
peringkat tersebut telah lengkap.
Contoh Templat Serahan 1GovEA
30
Kom
ponen
1G
ovE
A F
ram
ew
ork
Komponen Rangka Kerja 1GovEA
b. Templat Serahan
31
NilaiJangkaan
1G
ovE
A b
agiS
ekto
rA
wam
di M
ala
ysia
1GovEA diletakkan sebagai satu rangka
kerja yang boleh diguna pakai oleh sektor
awam bagi memastikan penjajaran di antara
strategi bisnes dan teknologi sesebuah
organisasi. EA menyediakan peralatan untuk
agensi menentukan segmen bisnes dan ICT
sesebuah organisasi, dan ini adalah kaedah
yang sempurna bagi agensi merangka
strategi bisnes dan ICT.Ini bertujuan untuk
meberi pelarasan peranan mereka dalam
menyumbang ke arah visi dan misi bisnes
sesebuah agensi.
Agensi yang menggunakan rangka kerja dan
metodologi 1GovEA seharusnya dapat
memanfaatkan amalan EA bagi membentuk
dan memacu bukan hanya untuk bisnes dan
inisiatif perancangan ICT di masa hadapan
Inisiatif kerjasama di antara agensi adalah
bertujuan untuk meningkatkan penyampaian
perkhidmatan oleh kerajaan. Kerjasama
antara agensi ini membolehkan agensi
menyelaras proses merentasi sempadan dan
meneroka peluang dalam perkongsian
maklumat bagi menyokong proses membuat
keputusan. 1GovEA adalah satu peralatan
sempurna untuk agensi bergerak maju ke
hadapan dalam agenda kerjasama antara
agensi. Sebagai contoh, semasa agensi
mula membangunkan amalan EA ini, setiap
agensi mendapat satu pandangan
menyeluruh berkenaan kemampuan bisnes
masing-masing.
malahan juga mampu untuk memanfaatkan
amalan EA bagi menangani dan mencari
penyelesaian cabaran bisnes.
Melalaui pelaksanaan amalan 1GovEA,
agensi mampu memulakan pembangunan
strategi bisnes dan teknikal sebagai satu
bentuk inisiatif. Perkongsian strategi di antara
bisnes dan teknikal membolehkan agensi
membangunkan masa depan bisnes dan hala
tuju teknikal yang kukuh dengan memahami
architecture semasa dan menentukan masa
depan atau gambaran architecture bagi
organisasi.
MAMPU sebagai pusat agensi yang
bertindak menyelaras dan mengekalkan
1GovEA seharusnya mampu memanfaatkan
maklumat tersebut untuk membentuk satu
pandangan menyeluruh berkenaan landskap
bisnes dan ICT semasa bagi menyokong
keupayaan bisnes dalam sektor awam.
Pandangan holistik ini membolehkan
MAMPU mengenal pasti peluang yang
berpotensi untuk inisiatif kerjasama antara
agensi di masa depan dalam bidang seperti
perkongsian maklumat, pencarian data dan
analisis, aplikasi dan pengukuhan
infrastruktur dan perkongsian perkhidmatan.
1. Penumpuan Strategi Bisnes dan Teknologi
2. Memperkukuh Kerjasama Antara Agensi
1GovEA merupakan agenda penting yang mula dilaksanakan oleh MAMPU sebagai
pemangkin dalam memacu agenda tranformasi kerajaan semasa dan cara agensi kerajaan
melakukan pendekatan ke arah pembangunan strategi Bisnes & ICT di masa hadapan.
Nilai Jangkaan 1GovEA bagi Sektor Awam di
Malaysia
32
NilaiJangkaan
1G
ovE
A b
agiS
ekto
rA
wam
di M
ala
ysia
3. Penguatkuasaan Keupayaan Pembangunan dalam Sektor
Awam
Penggunaan amalan EA akan terus memacu
pengetahuan dan keupayaan pembangunan
bagi bisnes dan komuniti ICT dalam sektor
awam. 1GovEA memerlukan agensi bagi
memperoleh satu sumber (enterprise
architect) yang dapat memahami kerumitan
persekitaran bisnes dan teknikal bagi
organisasi mereka dan seterusnya mampu
meneroka inisiatif yang berkaitan
architecture.
Oleh itu, antara langkah pertama dalam
perjalanan ke arah mewujudkan amalan EA
di sektor awam adalah untuk
membangunkan program bagi memperkukuh
sumber yang telah dikenal pasti dengan
maklumat dan kemahiran berkenaan
enterprise architecture, 1GovEA dan
pengurusan projek.
Sehubungan itu, penubuhan Pejabat Pusat
Arkitek di MAMPU adalah langkah pertama
memformalkan peranan enterprise architect
di sektor awam. Pejabat Pusat Arkitek
ditubuhkan untuk bertindak sebagai pasukan
enterprise architect sektor awam dimana
salah satu peranannya adalah untuk
membantu agensi-agensi lain di sektor awam
untuk membangunkan enterprise architect
dalam organisasi masing-masing.
Rancangan untuk membangunkan
keupayaan EA dalam sektor awam akan
menjadi satu inisiatif kolaboratif. Sebagai
permulaan, MAMPU dan INTAN akan
bekerjasama untuk mengenal pasti dan
membangunkan kursus dan program bagi
membina kemahiran dan kemampuan sektor
awam dalam memulakan pembangunan
amalan EA berdasarkan 1GovEA .
Nilai Jangkaan 1GovEA bagi Sektor Awam di
Malaysia
4. Penjajaran 1GovEA dalam sektor awam melalui Perancangan
Strategi ICT (ISP)
Perancangan Strategi ICT (ISP) adalah satu
inisiatif yang dilaksanakan oleh sektor awam
untuk menentukan hala tuju strategik bagi
sesebuah agensi dari segi pembangunan
ICT masing-masing. Inisiatif ini merangkumi
empat (4) elemen utama iaitu :
a. Menilai Persekitaran Bisnes Semasa
(Business “As-Is” study)
b. Menilai Persekitaran ICT Semasa
(ICT “As-Is” study)
c. Membangunkan Strategi ICT (“To-Be”
ICT environment)
d. Membangunkan Pelan Pelaksanaan
Melalui pengenalan 1GovEA, MAMPU
diperlukan untuk menyelaras kedua-dua
inisiatif. Kedua-dua EA dan ISP adalah sama
dari segi pelaksanaan pendekatan
organisasi.
Sebagai contoh, bagi kedua-dua inisiatif,
agensi akan menjalankan penilaian keadaan
semasa, menentukan keadaan jangkaan dan
membangunkan pelan tindakan pelaksanaan
itu.
Walau bagaimanapun kedua-dua EA dan
metodologi ISP dalam sektor awam juga
berbeza dari skop perspektif dan tahap
butiran yang dikumpul apabila agensi
memulakan salah satu daripada inisiatif
tersebut. Kebiasaannya ISP akan berurusan
dengan pembangunan strategi dan
menjalankan model operasi bagi Jabatan ICT
manakala EA adalah mengenai penentuan
landskap secara holistik bagi sesebuah
organisasi (Bisnes, data, aplikasi dan
teknologi).
Pelan pelaksanaan 1GovEA terbahagi kepada beberapa peringkat yang melibatkan semua
agensi, dimulai dengan MAMPU dan KPKT bagi peringkat 1, diikuti oleh agensi terpilih bagi
peringkat ke-2 dan semua sektor awam bagi peringkat seterusnya.
Pendekatan pelaksanaan ini terbahagi kepada 3 peringkat yang disokong oleh Pejabat
Pengurusan Projek dan Pejabat Pengurusan Perubahan yang melaksanakan kesuluruhan
pelan pelaksanaan.
33
Pela
nP
ela
ksanaan
Pelan Pelaksanaan
1GovEA Methodology
Pelan Pelaksanaan
Pra - Pelaksanaan Pelaksanaan 1GovEA Pasca - Pelaksanaan
Pengwujudan
amalan terbaik
EA
Penubuhan EA
Repositori
Permulaan
Penilaian
Penentuan
Pembinaan/
Pelaksanaan
Memantau
Pem
ind
ah
an
Maklu
mat
Pem
bela
jara
n
Pen
utu
pan
Pro
jek
Pejabat Pengurusan Projek
Pejabat Pengurusan Perubahan
34
Pela
nP
ela
ksanaan
Pra-Pelaksanaan Sebelum memulakan pelaksanaan
EA, agensi di sektor awam perlu
mewujudkan amalan EA yang
mampan di dalam agensi.
Agensi juga perlu mewujudkan
satu repositori EA yang berpusat
bagi membolehkan penyimpanan
maklumat dilakukan dengan cara
yang berstruktur.
Pelaksanaan1GovEA
Bagi melaksanakan amalan terbaik
EA, agensi di sektor awam perlu
menggunakan metodologi 1GovEA
yang menyediakan panduan
lengkap bagi pelaksanaan EA di
peringkat agensi.
PascaPelaksanaan
Setelah EA dilaksanakan, agensi
perlu memastikan semua aspek
projek diberi perhatian sebelum
inisiatif tersebut ditutup secara
rasmi.
Pejabat Serahan Projek
Pejabat Serahan Projek
bertanggungjawab untuk menyelia
pelaksanaan inisiatif EA,
membantu dan bekerjasama di
antara agensi.
Pejabat Pengurusan
Perubahan
Pejabat Pengurusan Perubahan
akan melaksanakan pelan
pengurusan perubahan yang
berfungsi sebagai panduan
kepada proses pengurusan
perubahan daripada peringkat
perancangan kepada pelaksanaan
model 1GovEA.
Pejabat Serahan Projek
Pejabat Pengurusan
Perubahan
MemantauP
em
ind
ah
an
Maklu
mat
Pem
bela
jara
n
Pen
utu
pan
Pro
jek
Pelan Pelaksanaan
Permulaan
Penilaian
Penentuan
Pembinaan/
Pelaksanaan
Memantau
Pengwujudan amalan terbaik
EA
Penubuhan EA Repositori
Malaysia Administrative Modernisation and
Management Planning Unit (MAMPU)
Aras 6, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, Malaysia
Phone: 03 - 8872 3000
Fax: 03 - 8888 3721Website: www.mampu.gov.my