Transcript
  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    1/11

    PELUASAN, KEJATUHAN & KEBANGKITAN

    Ramai ulama berpendapat bahawa selepas wafat Rasulullah saw,umat

    Islam gigih melaksanakan pembinaan Daulah Islamiah menebarkan Islamsebagai agama yang sebenarnya mengutamakan kegemilangan kerohaniandan pengabdian, ukhuwah yang luar biasa, memberi khidmat semata-matakerana Allah swt.

    Walaupun makmur atau maju dari segi kebendaan, umat Islam sepanjangpemerintahan empat khalifah atau Alkhulafak Arrasyidin iaitu Abu Bakar,Umar, Uthman dan Ali, selama 30 tahun, menyaksikan pengembangan Islamsampai ke Maghribi di Afrika Selatan, Ural di Asia Tengah dan Parsi. Konseppengembangan Islam begitu teratur dan berperi kemanusiaan kerana para

    pemerintah Islam turut melindungi semua rakyatnya termasuk jugamasyarakat bukan Islam yang sanggup menerima perlindungan.

    Pada akhir zaman Sayidina Ali berlaku perpecahan, termasuk PerangJamal dan kemudian pemberontakan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan yangmembawa tamatnya pemerintahan khalifah dan bermulanya pemerintahfeudal. Muawiyah telah menubuhkan Dinasti Umayyah, kemudiantertubuhlah dinasti demi dinasti sehingga yang terakhir iaitu DinastiUthmaniyah Turkey yang berkecai pada 1924.

    Menurut kebanyakan sejarawan, umat Islam menghadapi gejolak politikkecuali dalam tiga pemerintah berasingan oleh Salahuddin Al-Ayubi (Hijrah532/1138 - 589/1193 Masehi), Khalifah Umar Abdul Aziz (Hijrah 717/1317 -720/1320 masehi) dan Sultan Mehmet II atau Muhammad Al-Fateh (Hijrah833/1429-886/1481 Masehi).

    Selama 700 tahun, umat Islam memegang kuasa tamadun dunia denganpusat-pusat seperti di Cordoba (Andalusia/Sepanyol), Tunis (Afrika),Kahirah (Mesir), Damsyik (Syria), dan Baghdad (Iraq). Umat Islammerangkai ilmu dari tamadun Yunani, India dan China. Dalam zaman ini

    lahir empat mazhab utama Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali. Namunberlaku juga perpecahan dan perebutan kuasa politik.

    Akhirnya Eropah bangkit dan menguasai tanah-tanah Islam bermuladengan Sepanyol, utara Afrika dan juga kawasan pertumbuhan baru umatIslam seperti di Asia Tenggara. Misalnya Islam pernah berkembang keseluruh kepulauan Filipina termasuk Luzon tetapi penjajahan Sepanyol telahmemaksa ramai penduduknya menukar agama dan menganut agamakristian.

  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    2/11

    Di sebalik kelemahan dari segi kuasa politik dan ekonomi, Islam terusberkembang pesat menerusi peranan dakwah mubaligh/pedagang keseluruh dunia.

    Antara sebab-sebab terbesar dan terpokok yang umat Islam berpecahdan berbalah ialah dorongan kebendaan, pembentukan parti dan fahamanpolitik yang bertentangan dengan Islam, fikrah atau aliran fikiran yang sesat,gerakan fanatik, kerosakan cerdik pandai atau ulama, pemerintah/kerajaanyang tidak adil dan penjajahan Barat. Demikian menurut ulasan Profesor DrHamka dalam bukunya 'Sejarah Umat Islam'.

    TERAS PENGEMBANGAN

    [Sewaktu zaman Sayidina Abu Bakar, khalifah yang pertama telahmelantik Yazid bin Abu Sufyan bin Harb sebagai Panglima pasukantenteranya ke Syam pada tahun 12 Hijrah, telah berpesan sebelumpemergiannya dengan pesanan berikut.

    Saya wasiatkan kamu dengan tujuh perkara:

    1. Jangan sesekali membunuh wanita, kanak-kanak serta orang tua.2. Jangan memotong pohon-pohon yang berbuah.3. Jangan membinasakan rumah dan harta benda.4. Jangan membunuh kambing dan unta terkecuali untuk

    makanan.5. Jangan membakar pohon-pohon kurma dan jangan

    membenamnya ke dalam air.6. Jangan memperdaya, dan7. Jangan menjadi seorang pengecut.

    Dasar Khalifah Abu Bakar turut dijayakan oleh pemerintahan SaiyidinaUmar Al-Khattab.]1

    Apabila panglima 'Amr Ibn Al-'As memasuki dari timur Delta Nil

    pada tahun 639 masehi, ketua gereja Mesir ialah Cyrus (Al-Muqauqis dalambahasa Arab). Sebenarnya dia adalah penindas kejam ke atas umat KristianMesir (Koptik) di Iskandariah. Sekitar 200,000 umat Kristian Koptik engganmengiktirafnya dan masih taat kepada Benjamin, ketua gereja di WadiNatrun. Jutaan orang Kristian Koptik memang mahu menamatkan penjajahanBizantium.

    Amr arif akan keadaan di Mesir. Beliau telah memerintahkan tenteraIslam agar menghormati gereja dan penganutnya. Mesir dipanggil Darul al-Qibt. Sayugia diingat bahawa Hajar adalah ibu Nabi Ismail yang merupakan

    1Terjemahan tulisan Mahfuz Halimi dari JIs Jihad Ideology, Baiah & Ummah.

  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    3/11

    moyang Rasulullah saw. Manakala salah seorang isteri Rasulullah sawbernama Mariah al-Qibtiah yang berasal dari Mesir.

    Catatan sejarah Arab mengenai kemasukan Islam tidak begitu jelas.Namun berdasarkan penulis para paderi Koptik, jelas bahawa ia berlakudalam keadaan yang teratur tanpa penindasan ke atas orang awam dan hartabenda. Pengislaman berlaku secara beransur-ansur tanpa paksaan.

    John, Uskup Nikiu dan pengetua Uskup Hilir Mesir, lahir pada waktukedatangan Islam. Dalam catatannya, beliau menceritakan bahawa rakyatMesir sendiri mahukan kedatangan tentera Islam kerana tidak tertahan olehpenindasan Bizantium. Dalam pada itu, beliau menyatakan geraja Koptikmengalami perpecahan kerana khianat.

    Selepas jatuhnya Fajum dan seluruh wilayahnya, tulisnya, ['Amr]menghimpun seluruh tenteranya demi berperang habis-habisnya danrakyat memberikan bantuan kepada Muslim, (Bab CXIII: 1). Danapabila Muslim menyaksikan kebencian rakyat terhadap maharajaHeraclius, dan dengan dorongan Cyrus, ketua paderi Chalcedoni,mereka menjadi berani dan kuat. (Bab CXV: 9).

    Menurut Uskup Nikau yang menyimpan perjanjian yang dimeterainyadengan Amr bahawa rakyat Mesir dari keturuan Mesir, Rum, Nubia danYahudi diberikan kebebasan beragama dengan syarat jizya (cukai kepalakecuali ke atas wanita, kanak-kanak dan lelaki tua) sebagai menerima

    kebaikan tentera Islam.

    Catatan para paderi tadi terdapat di dalam buku Ibrahim Ahmed El-Adawi, Sejarah Dunia Islam yang turut mencatatkan bahawa keadaan Mesirmenjadi aman sehingga membolehkan pelancongan. Buku wisata pertamadunia telah diterbitkan dalam zaman awal Islam di Mesir.

    Perjanjian itu mensyaratkan bahawa sesiapa menolaknya hendaklahmeninggalkan Mesir secara aman. Akibatnya Uskup Besar Cyrus telahmeninggalkan Mesir dan membolehkan kepulangan Uskup Besar Koptik

    Benjamin ke Iskandariah (Alexandria).

    Sikap orang Arab Islam terhadap Kristian terpapar dalam dokumen digereja St Catherine. Ia dikenali sebagai ikrar Nabi yang mungkinditandatangani oleh Khalifah Umar Ibn Al-Khattab. Tertulis padanya:

    "Andai rahib atau petapa ingin duduk di gunung, dataran, gurun,pekan, desa atau gereja, saya akan melindunginya dari sebarang musuh.Saya dan tentera serta rakyat Islam akan menjadi

  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    4/11

    penjaminnya....Sesiapa yang tidak akur akan piagam ini menentanghukum Allah dan rasul-Nya.2

    'Amr Ibn Al-'As membina masjid pertama di Mesir yang kini dikenaliseperti Al-Jamea Al-Atik (masjid tertua). Tidak seperti Palestin dan Syria,tiada petempatan besar Arab di Mesir. Jadi semua wilayah kekal tetapi yangberubah ialah pungutan cukai dan pentadbiran kini di tangan Muslim. Malahpenganutan Islam lambat. Golongan pegawai tinggi Koptik dan Yunanimasih terus menganut agama mereka.

    Islam diterima baik di Mesir kerana ia toleran terhadap kepelbagaianagama dan kepercayaan. Lagipun ada banyak persamaan antara Islamdengan Koptik. Bahasa Yunani masih digunakan dalam pentadbiran danhubungan harian. Tetapi lama kelamaan Arab akhirnya menjadi bahasabudaya dan bahasa kerja dan selepas 600 tahun, barulah 80 peratus rakyatMesir menggunakan bahasa Arab.

    Kaum Yahudi mencapai kegemilangan tamadun di dalam Daulah Islamiaitu di Mesir dan di Andalusia. Di Mesir dalam zaman Salahuddin Al Ayubi,muncul Musa bin Maimon (Maimonedes) yang dianggap tokoh besar yangkedua terpenting selepas Nabi Musa as. Malah di Andalusia (Sepanyol),kaum Yahudi juga menikmati perlindungan yang membolehkan merekamencapai darjat tinggi dari segi ilmu dan perdagangan. Tetapi di kebanyakanbahagian Eropah yang lain, kaum Yahudi dimusuhi.

    KESAN PENJAJAHAN KE ATAS DAULAH ISLAMIAH

    Mulai abad ke-15 wilayah Muslim mulai berkecai, bermula diAndalusia. Ini ekoran kelemahan pemerintah Muslim akibat perpecahan,khianat, rasuah atau lebih tepat lagi kerana kurang mengikuti teras sebenarIslam.

    Dalam pada itu kuasa-kuasa Eropah telah meningkatkan pengaruhmereka untuk menjajah seluruh dunia, kata sejarawan Arnold Toynbee di

    dalam bukunya, The Study of History .

    Satu persatu daulah Islam jatuh ke tangan penjajah termasuk di benuakecil India (kerajaan Mughal) dalam abad ke-17 dan daulah terakhir ialahkerajaan Uthmaniyah Turki yang memiliki disiplin agak tinggi.

    Uthmaniyah memihak dengan Jerman yang membawa kekalahannyadalam Perang Dunia I. Akibatnya negara-negara di bawah Uthmaniyah(Mesir, Semenanjung Arab, Palestin, Jordan, Iraq dan Iran) jatuh ke tangan

    2 Terjemahan, dari buku Egypt Ancient and Modern, 1977 oleh O Meinardus.

  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    5/11

    penjajah British dan Perancis, dibahagi-bahagi negara itu mengikutpemerintahan masing-masing secara paksaan dan penipuan tanpapersetujuan dari rakyatnya.

    Maka berlakulah gelombang jihadMuslim dalam bentuk pembebasantanah air atau watan, sama ada secara damai atau secara berdarah. Namunkekuatan jihad tadi tidaklah kuat kerana kekurangan ilmu atau kemahirandari segi persenjataan dan disiplin.

    Hanya selepas Perang Dunia Kedua, ekoran kesedaran terhadap hak asasidi negara-negara penjajah sendiri serta kemampuan anak negeri jajahan darisegi ilmu, maka barulah gerakan kemerdekaan terjadi.

    Malangnya gerakan jihad gagal menarik penyertaan rakyat dalammembentuk negara baru merdeka seperti yang dialami oleh Ikhwanul

    Muslimin pimpinan Hassan Al-Banna di Mesir. Sebaliknya golongan dirajaatau pimpinan sekular telah berjaya membentuk pemerintahan baru yangtidak mencerminkan lunas-lunas Islam yang dituntut oleh golonganpembangkit Islam. Akibatnya timbul perbenturan atau konflik, betapa pulasesetengah pemerintah atau kerajaan negara majoriti Islam gagal memastikankeadilan dari segi pertumbuhan ekonomi dan hak asasi. Lama-kelamaansegelintir gerakan pembangkit Islam menjadi radikal.

    Dari satu segi lain pula, beberapa gerakan pembangkit Islam tertekan didaerah minoriti. Mereka terus menuntut kemerdekaan dan enggan tertaklukdi bawah satu negara majoriti yang tidak sehaluan dari segi kaum danbudaya. Contohnya gerakan kemerdekaan kaum Kurdi di Turkey dan Iraq.

    Namun gerakan pembangkit hak minoriti bukanlah hanya berlaku ke atasumat Islam saja. Kumpulan minoriti di Sepanyol (Basque), minoriti IrelandKatolik di Ireland Utara dan minoriti Tamil di Sri Lanka turut membentukgerakan pemisah, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), yangmenggunakan cara-cara militan untuk menuntut hak mereka. Malah merekaterlebih dulu menggunakan cara pengganasan, termasuk pengebom nekad,demi menjejas ketenteraman masyarakat. Menurut Dr Rohan Gunaratna,LTTE paling banyak menggunakan cara pengebom nekad sehinggalahkemunculan Al-Qaeda pada 11 September 2001.

    FENOMENA AL-QAEDA

    Jihadpada hari ini telah menjadi faham yang sengaja ditafsirkan sebagaimembolehkan beberapa kumpulan pembangkit Islam menggunakan caraganas atau militan. Ia merupakan langkah hampir putus asa, akibat tertekan

  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    6/11

    dan tertindas oleh pihak Barat dan oleh bangsa sendiri yang berkiblat keBarat, demi mendapatkan hak mereka.

    Namun dengan kebangkitan al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden,berlaku semacam perangkaian (networking) kerjasama kumpulanpembangkit Islam yang bertebaran di 94 buah negara. Antara lain, diayah al-Qaeda ialah cuba membentuk Daulah Islamiah dan mengakhiri pengaruhBarat, khususnya Amerika Syarikat sebagai kuasa besar tunggal abad 21.

    [Antara kumpulan pengganas yang disenaraikan oleh Polis Antarabangsa(Interpol) 2003 yang sejumlah besar adalah Muslim (huruf sendeng),termasuklah:

    1. Al-Qaeda2. Armed Islamic Group (Algeria)3. Salafist Group for call and Combat (Algeria)4. Islamic Jihad (Mesir)5. Al-Jamaah Al-Islamiya (Mesir)6. November 17 (Greece)7. Mujahideen Khalq (Iran / Iraq)8. Hamas (Israel/ Palestin)9. Islamic Jihad (Israel/ Palestin)10.Harakatul Mujahideen (Kashmir)11.Jaish Mohammed (Kashmir)12.Liberation Tigers of Tamil Eelam (Sri Lanka)13.Hizballah (Lebanon)14.Babbar Khalsa (Sikh/India)15.International Sikh Youth Federation (Sikh/India)16.Abu Nidal (Palestin)17.ETA (Spain)18.Kurdistan Workers Party (Turki)19.Revolutionary Peoples Liberation Party (Turki)20.Islamic Army of Aden (Yaman)21.Irish Republican Army (IRA)]322.The Red Army (Jepun)

    Konsep jihad itu bukanlah sesuatu yang agresif dan ganas , sepertimana yang diterangkan di dalam sebuah fatwa keluaran Islam Online FatwaEditing Desk:

    Bismillahirrahmanirrahim

    Alhamdullilahi wassalatu wassalam ala Saiyidina MuhammadRasulullah saw.

    3 Petikan dari Appendix B: Background Information on Designated Foreign Terrorist Organizations.

    US Department of State: Patterns of Global Terrorism, 30 April 2003.

  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    7/11

    Sudah menjadi kewajipan bagi semua umat Islam untukmenerangkan kepada mereka tentang Islam yang sebenarnya dankonsep sebenar Jihad. Oleh yang demekian kami rasa sangat

    berfaedah untuk kami memetik penulisan Dr Hammudah Abdul-Laati dari bukunya Islam In Focus dengan beberapa

    pengubahsuaian:

    Banyak telah dikatakan atau ditulis tentang umat Islam yangkejam, yang muncul daripada padang pasir Arab Saudi yang

    gurun dan kering untuk menakluk daerah Rom and Parsi, dan jugamengharungi di sekitaran Eropah. Ramai yang telah meluahkan

    pendapat mereka bahawa Muslim telah didorongi oleh semangatIslam untuk menyebarkan Islam secara paksa dan sejauh mungkin.

    Ramai juga yang berpendapat bahawa pendapat ini adalah bodoh dantidak bernas, kerana Islam secara sifat semula jadinya- tiada

    paksaan; dan kalau ia dipaksa terhadap mereka yang telah ditakluk, iatidak mungkin dapat bertahan di sana begitu lama dan orang-orangyang bukan Muslim akan dihapuskan oleh para penguasa daerah-daerah yang telah ditakluki.

    Sejarah menjadi saksi bagi menguatkan kenyataan bahawa di manasahaja Islam sampai, ia dapat bertahan, kecuali di Sepanyol olehkerana beberapa sebab, dan dimana sahaja pahlawan Islam menuju,

    mereka tinggal bersebelahan dengan penduduk asli yang bukanIslam. Malah mereka mengatakan bahawa seseorang itu tidak bolehmemaksa sesuatu agama, seperti Islam, ke atas sesiapa pun dan iamasih boleh bersikap jujur dan setia atas kepercayaannya samaseperti penganut Islam yang baru. Kita memerlukan lebih daripada

    paksaan untuk menghasilkan umat Islam yang baik daripada kaumyang telah kalah dalam peperangan, dan kita memerlukan lebihdaripada tekanan untuk mereka menegakkan dan mengasihi agamapaksaan ini.

    Terdapat juga pemikiran yang lain di kalangan beberapa orang yangsuka mengenalkan diri mereka sebagai pengkritik atau penguasa.

    Mereka mengganggap bahawa Islam telah berkembang denganpeperangan agresif oleh Muslim yang tersekat dalam kepanasan dankemarau Arab Saudi serta telah didorong oleh keperluan ekonomi dankeadaan. Ini boleh menggambarkan bahawa bangsa Arab tidak dapatmara tinggi dengan pengorbanan dan ketaatan mereka, atau selepaswafatnya Rasulullah saw, umat Islam telah hilang minat dalamagama dan berangkat untuk memenuhi keinginan mereka. Ini jugamungkin menunjukkan bahawa Islam itu sendiri tidak cekap untukmenimbulkan keghairahan seperti itu dan semangat dari para

    pahlawan Islam Arab. Apa yang ingin diterangkan sebenarnyabanyak sekali dan ahli intelek yang mempunyai pendapat sebegini,

  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    8/11

    kurang pasti mana satukah daripada pendapat-pendapat merekaharus diutamakan.

    Satu lagi aliran pendapat yang dipilih oleh beberapa orang bahawapeperangan yang dilakukan oleh orang Arab Muslim hanya untuk

    rampasan harta dan memuaskan nafsu mereka. Mereka menolaksebarang tujuan yang baik pada umat Islam dan memandang bahawamereka semua hanya ingin menumpahkan darah dan ingin merampasharta kebendaan. Mereka tidak ingin melihat kebaikan Islam danmelibatkan umat Islam itu dengan tujuan-tujuan tertentu.

    Pertikaian di antara kedua-kedua belah pihak ini adalah serius dankadangkala hingga menjadi perbincangan akademik. Kenyataannyaialah tidak seorang pun daripada pengkritik ini cuba memahamimasalah sebenarnya dan menjelaskan yang sebenarnya. Mustahil

    untuk membentangkan dari pendapat Islam dengan teliti bagi setiappeperangan atau petempuran. Namun, ada beberapa sebab utamayang boleh dijelaskan supaya dapat memberi gambaran terhadap

    perkara seluruhnya.

    1. Haruslah diingati bahawa Nabi Muhammad saw telah diutusoleh Allah swt sebagai rahmat sekalian alam telah cuba mengajak

    para pemimpin daripada negara-negara jiran untuk memeluk Islamdan sama-sama merai rahmah Allah swt. Mereka bukan sahajamenolak undangannya yang ramah, mereka mempersendakannya

    dan mengisytiharkan peperangan terhadap Umat Islam. Pada zamanNabi Muhammad saw, askar-askar Rom dan Parsi menyeberangisempadan dengan bermacam-macam serangan. Jadi, selepaswafatnya Rasulullah saw, umat Islam terpaksa berperang bersama

    jiran-jiran mereka.

    Keadaan ini berterusan pada generasi kemudiannya, dan apa juayang berlaku harus dilihatkan dalam konteks kejadian-kejadian yang

    pertama. Ini bermakna sewaktu semua umat Kristian, termasukSepanyol dan Perancis yang sedang berperang dengan dunia Islamyang baru berkembang. Kisah-kisah Muslim di Eropah harus jugadilihat dari sudut ini. Kenyataannya ialah bahawa wilayah Kristianberoperasi sebagai satu kuasa yang dipimpin oleh kerajaan Roman.Ini juga dibuktikan dengan mobilisasi utama kuasa Kristian terhadapIslam sewaktu perjuangan setengah abad dan suku abad ke-20 ini.

    Justeru itu , apabila Rom mengisytiharkan peperangan terhadapIslam, umat Islam tidak dapat dinafikan hak untuk bertempur disebarang medan peperangan, biarpun di Palestin ataupun di FertileCrescent, Itali atau Hungary. Inilah yang telah membawa mereka keSepanyol dan Perancis Selatan. Mereka tidak mampu untuk

    dikelilingi seluruhnya oleh Rom dan Parsi yang berkuasa pada waktuitu, dan mereka juga tidak boleh berdiam diri untuk dihapuskan dari

  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    9/11

    muka bumi ini. Arahan telah diberi dari Rom untuk membunuhNabi Muhammad saw dan menghadiahkan istana di Raja dengankepalanya, suatu tindakan yang telah dilakukan oleh orang-orangRoman terhadap pelopor-pelopor Kristian dahulu.

    Walaubagaimanapun, harus diakui bahawa beberapa peperanganyang telah ditempur pada zaman-zaman seterusnya tiada berkaitandengan Islam, walaupun ia dilakukan oleh umat Islam. Peperangan-

    peperangan itu ditempur bukan bertujuan menyebarkan Islam.Sebaliknya, ia muncul dari sebab-sebab tempatan atau peribadi. Sifatagresif tetap dianggap sebagai agresif, walaupun ia dilakukan ke atas

    Muslim ataupun daripada Muslim itu sendiri, dan sikap Islamterhadap sifat agresif ini ketara dan tidak akan diubah suai. Olehyang demikian, peperangan yang berlaku di dalam peperangan-

    peperangan kemudiannya, ia dianggap tidak wajar oleh Islam

    ataupun diterima oleh Allah swt.

    2. Tidak seorang pun daripada ahli kritik yang cuba memahamikeadaan semasa permulaan zaman dahulu. Pada masa itu, mediamasa belum lagi wujud. Radio, televisyen, suratkhabar atau suratkiriman post tidak wujud. Tidak ada jalan untuk informasi umum,melainkan melalui sentuhan peribadi. Tiada penghormatan terhadapnyawa, maruah atau pun perjanjian oleh individu-individu dannegara-negara yang lemah. Tidak ada keamanan atau kebebasanberbicara. Sesiapa yang mempertahankan sesuatu yang baru akan

    diancam. Ramai para utusan yang dilantik untuk mengirimkankhabar-khabar khas kepada para pemimpin dan gabenor mati apabilapulang. Mereka telah dibunuh atau pun ditahan. Dengan kesusahanyang harus ditangani oleh Masyarakat Muslim Arab, mereka harusbekerja keras. Mereka mempunyai khabar yang harus diedarkankepada manusia, suatu sumbangan kepada perikemanusiaan danmenawarkan formula keselamatan.

    Al Quran memperintahkan untuk mengajak manusia ke jalan Allahdengan cara yang baik. Ramai daripada mereka yang bukan Islamcuba untuk mengelakkan daripada mendengar khutbah Nabi

    Muhammad saw kerana takut terjejas dengan cara penyampaiannyayang sentiasa menuju kepada keamanan. Mereka jugamenghindarkan diri daripada menyahut seruan Islam yang aman.Pengalaman pertama sekali di Arab Saudi telah memupuk fikiran keatas mereka bahawa ia amat berkesan untuk berdamai dan sekaligusberwaspada; bahawasanya kita boleh bergerak dengan aman jika kitaberdaya untuk menjaganya; keamanan itu akan mendapat sambutanyang lebih baik apabila kita dapat melawan tekanan dan hapuskan

    penindasan.

    Dengan kuasa Allah swt, Islam dapat disebarkan dengan luas,namun tidak ada sistem untuk berkomunikasi, suratkhabar mahupun

  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    10/11

    media masa untuk berkomunikasi. Hanya satu sahaja pilihan yangada, iaitu berhubung secara peribadi, ini bermakna mereka harusmengharungi sempadan-sempadan. Tetapi mereka tidak dapatberbuat demikian secara kecil-kecilan atau pun tanpa mengangkatsenjata untuk melindungi diri mereka. Oleh kerana itu, mereka

    terpaksa bergerak dalam kumpulan besar yang memberi gambaranseakan membawa sekumpulan tentera, tetapi bukanlah untuk sebab

    peperangan, hanya untuk keselamatan. Di beberapa daerah, merekadisambut dengan mesra oleh penduduk asli yang sudah lama tertekanoleh penguasaan kuasa asing Rom dan Parsi. Di daerah yang lain

    pula di mana mereka menyebarkan ajaran Islam kepada ramaipenduduk yang bersedia untuk menerimanya. Mereka yang tidakmemeluk Islam disuruh membayar cukai. Cukai ini dituntut olehkerana sebab-sebab berikut:

    (i) mereka ingin memastikan bahawa pembayar cukai itusedar akan perbuatannya, dan Islam itu telah dikemukakankepadanya tetapi ia menolaknya atas kemahuan dan pilihannyasendirinya.

    (ii) mereka sanggup melindungi si pembayar cukai danmenjamin keselamatan serta kebebasannya dari satu sudut tiada

    perbezaan antara seorang Muslim dan bukan Muslim, kerana bahayaterhadap seorang yang bukan Muslim adalah bahaya kepada teman

    Muslimnya, dan untuk mempertahankan umat Islam, mereka harus

    mempertahankan yang bukan Islam dan menjamin keselamatannya;

    (iii) kepimpinan baru itu menuntut sokongan dan kerjasamasemua sektor, baik yang Muslim dan yang bukan Muslim: yang

    Muslim melalui Zakat dan yang bukan Muslim melalui cukai dimana kesemua pungutan akan dibelanjakan untuk kegunaan awam;dan

    (iv) mereka ingin memastikan bahawa dia tidak bermusuhandengan umat Islam yang lain atau pun tidak cenderung kepadakekacauan ke atas negeri-negeri Islam yang lain.

    Mereka yang menolak Islam dan enggan membayar cukai sertamenyokong sektor-sektor Islam yang lain, hanya menyusahkan dirimereka sendiri. Mereka mengambil jalan keluar dengan bermusuhandari awal lagi, dan membuat kekacauan terhadap, penganut-

    penganut Islam, pendatang-pendatang Muslim dan teman-temansenegara mereka. Dari segi nasional, sikap mereka itu tidak setia;dari segi manusia, ia bermakna kekejaman; dari segi sosial, cuai; dandari segi tentera, provokasi. Tetapi dari segi praktikal dari segikemanusiaan ia perlukan tekanan, bererti kuasa kali itu digunakan

    membawa orang seperti itu kepada kesedaran mereka dan membuatmereka sedar akan tanggung jawab mereka: Sama ada orang Islam

  • 7/22/2019 PELUASAN, Kejatuhan & Kebangkitan

    11/11

    dengan menerima Islam secara bebas, atau sebagai warganegarasetia, mampu untuk hidup dengan teman senegeri Islam mereka danberkongsi hak yang sama dan kewajipan dengan mereka.

    Demikian, berdasarkan kenyataan tersebut di atas, memang jelas

    bahawa konsep Jihad bukanlah suatu sifat agresif, dan ia tidak dapatdihubung kaitkan dengan keganasan. Orang yang mengangkatcogan kata seperti itu perlu belajar Islam dengan teliti dan meninjausemula buku sejarah untuk mengenali bagaimana pelopor Islam,memanggil manusia ke jalan Allah dengan menggunakan prinsipyang mulia, keadilan, toleransi, perikemanusiaan dan keamanan..4

    Namun apakah langkah selanjutnya bagi majoriti umat Islam yang tidak

    merestui pengganasan kerana ia bukan saja melanggari tata susila Islam,malah mengaibkan ummah?

    Kita akan membincangkan dalam bab terakhir dalam menilai ertisebenar jihad dan apakah strateginya dalam menghadapi perubahan pesat

    jagat.

    4 Terjemahan petikan Fatwa Adakah Jihad itu disamakan dengan Keganasan? dari Fatwa Bank.

    http://www.islam-online.net/fatwa


Recommended