Transcript
Page 1: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

PEMANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Walaupun profesional dikehendaki bertanggung jawab dalam mengamal profesionnya tetapi bagaimana hendak memastikan setiap profesional mematuhi segala tanggung jawab yang telah diamanahkan itu.

• Tegasnya bagaimana mengelakkan perbuatan salah laku dan pelanggaran norma‑norma profesional daripada berlaku.

Page 2: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

PEMANTAUAN TINGKAH LAKUGOLONGAN PROFESIONAL

• Secara umum semua profesion mempunyai peraturan yang dikuatkuasakan sendiri.

• Norma‑norma tersebut telah dikenal pasti dan dikuatkuasakan oleh profesion masing masing.

• Ini dilakukan melalui penubuhan persatuan pengamal profesional seperti MMA, MIA.

Page 3: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

PEMANTAUAN TINGKAH LAKUGOLONGAN PROFESIONAL

• Semua profesional yang mendapat ijazah tidak secara automatis boleh menjadi pengamal dalam bidang profesion masing‑masing.

• Perlu menjadi ahli dalam badan profesional masing‑masing untuk mendapatkan lesen (tauliah) sebelum menjadi pengamal yang diiktiraf.

Page 4: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

PEMANTAUAN TINGKAH LAKUGOLONGAN PROFESIONAL

• Matlamat utama

–untuk melindungi orang awam daripada perbuatan yang tidak beretika dan tidak kompeten seseorang profesional

–memastikan piawai amalan profesional sentiasa dipatuhi.

Page 5: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

PEMANTAUAN TINGKAH LAKUGOLONGAN PROFESIONAL

• Biasanya hukuman tertentu dikenakan terhadap profesional yang melanggar etika:

1. Menyalahkan secara terbuka profesional yang melakukan tindakan tidak beretika.

2. Pemulauan oleh masyarakat dan rakan profesional

3. Dinafikan keahliannya dalam mana‑mana bidang profesional.

4. Didakwa di mahkamah.

5. Membatalkan lesen pengamal profesional

Page 6: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

PEMANTAUAN TINGKAH LAKUGOLONGAN PROFESIONAL

• Secara tradisinya kebanyakan profesion menilai perlakuan beretika ahli‑ahlinya dari semasa ke semasa.

• Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan hukuman (3) dan (5)

• Persoalan pokok ialah sama ada penguatkuasaan peraturan sendiri oleh profesional boleh diterima dan berkesan

Page 7: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

PEMANTAUAN TINGKAH LAKUGOLONGAN PROFESIONAL

• Kepentingan profesional dan awam tidak selalunya selari.

• Contohnya kekurangan profesional seperti doktor dijadikan alasan untuk menaikkan bayaran perkhidmatan yang diberikan.

• Akibatnya hanya yang berkemampuan mendapat rawatan kesihatan yang secukupnya

Page 8: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

PEMANTAUAN TINGKAH LAKUGOLONGAN PROFESIONAL

• Bagi peguam pula ketiadaan perbalahan, jenayah atau kemalangan jalan raya dan lain-lain transaksi yang memerlukan khidmat mereka bermakna tiada pendapatan untuk mereka.

• Ada laporan menyatakan 23% daripada pampasan kes kemalangan jalan raya masuk ke saku peguam.

Page 9: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

AUTNONOMI PROFESIONALPEMANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Autonomi melibatkan soal penguatkuasaan sendiri peraturan dan merupakan ciri utama sesuatu profesion

• Dua bidang utama dalam autonomi profesional: – soal pembentukan dan penguatkuasaan norma norma

profesional di kalangan ahli profesional.– pengurusan aktiviti profesional sama ada dalam

operasi umum dalam sebuah organisasi

Page 10: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

AUTNONOMI PROFESIONALPEMANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Terdapat tiga hujah kuat yang menyokong perlunya seseorang profesional diberikan autonomi.– Hanya profesional sahaja yang mempunyai

kepakaran dalam menggendalikan sesuatu kes.– Penilaian yang dibuat oleh profesional bebas

daripada pengaruh luar demi memastikan kepentingan klien dapat dipenuhi.

– Autonomi diperlukan untuk memastikan kerahsiaan hubungan profesional‑klien dipelihara

Page 11: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KEPAKARANAUTNONOMI PROFESIONAL

PEMANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Kepakaran dianggap sebagai alasan utama dalam Pengiktirafan autonomi profesional.

• Ia diperolehi dan dikuasai melalui proses pendidikan yang lama yang membolehkan profesional membuat penilaian

• Contoh: Menentukan ubat untuk pesakit, kandungan sesuatu kontrak untuk klien, atau menentukan mutu keselamatan alatan elektrik dalam sesebuah bangunan memerlukan kepakaran

Page 12: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

BEBASAUTNONOMI PROFESIONAL

PEMANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Hampir semua kod etika profesional menekankan pentingnya untuk membuat penilaian secara bebas atau value-free.

• Bagaimana pun penilaian secara bebas digunakan untuk membuat keputusan teknikal sahaja iaitu yang tidak melibatkan nilai.

• Dalam kes ini, unsur pengetahuan tertentu dan kepakaran adalah amat penting.

Page 13: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KERAHSIAANAUTNONOMI PROFESIONAL

PEMANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Soal kerahsiaan melibatkan perhubungan profesional‑klien.

• Aspek kerahsiaan amat penting kepada perunding profesional terutamanya doktor dan peguam.

• Tanpa kerahsiaan mereka tidak dapat memperolehi maklumat yang diperlukan untuk mengendalikan kes klien dengan sempurna.

• Perbuatan tidak beretika akan menjejaskan kerahsiaan dan seterusnya kepercayaan klien

Page 14: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

Kerahsiaan dalam perubatan

A physician shall respects the rights of patients, of colleagues, and of other

health professionals, and shall safeguard patient confidences within

the contraints of the law

(AMA’s Principles of Medical Ethics, 1980)

Page 15: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KOD ETIKA PEM ANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Kod etika ialah dokumen rasmi yang menyatakan nilai‑nilai utama sesebuah organisasi dan peraturan‑peraturan etika yang diharapkan untuk dipatuhi oleh semua ahli dalam organisasi tersebut.

• Semua badan profesional mempunyai kod etika masing‑masing yang menjadi panduan kepada ahli‑ahlinya tentang peraturan dan tingkah laku yang perlu dipatuhi.

Page 16: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KOD ETIKA PEM ANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Dengan erti kata lain kod etika bagaikan sumber inspirasi dan rangsangan positif kepada obligasi terhadap norma‑norma profesional

• Kod etika juga berkaitan dengan proses sosialisasi dan pendidikan di kalangan profesional.

• Hampir semua kod etika mempunyai implikasi undang‑undang dan sosial

Page 17: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KOD ETIKA PEM ANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Pada umumnya kod etika menekankan perkara‑perkara berikut:– Norma‑norma profesional yang perlu dipatuhi.– Akauntabiliti dan tanggungjawab profesional.– Bentuk‑bentuk penyelewengan yang perlu

dihindarkan.– Bentuk‑bentuk hukuman yang dikenakan.– Norma‑norma profesional yang diterjemahkan

dalam tingkahlaku yang khusus.

Page 18: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KOD ETIKA PEM ANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Keberkesanan kod etika dapat dipertingkatkan dengan cara:– Isi kandungan kod etika hendaklah

disebarkan dengan meluas kepada semua ahli profesional terutama kepada mereka yang baru menceburi bidang profesion berkenaan.

– Butiran dalam kod etika mestilah jelas, khusus dan terperinci dalam semua aspek nilai yang hendak ditekankan.

Page 19: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KOD ETIKA PEM ANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

– Kod etika dapat menangani isu‑isu pokok dengan tepat

– Kod etika hendaklah dikuatkuasakan dengan bersungguh sungguh terutamanya apabila menjatuhkan hukuman tertentu.

– Kod etika perlu disemak semula dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan keperluan dan perubahan masyarakat

Page 20: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KOD ETIKA PEM ANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Keberkesanan kod etika juga boleh dipertingkatkan dengan membentuk satu jawatankuasa etika

• Tanggungjawab jawatankuasa ini ialah memantau tahap kepatuhan etika profesional dan mengambil tindakan sewajarnya

• Juga melaksanakan pendidikan etika berterusan untuk mempertingkatkan lagi tahap kesedaran etika di kalangan profesional

Page 21: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KOD ETIKA PEM ANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

• Kod etika mempunyai batasan tertentu fungsinya adalah sebagai panduan umum tentang tingkah laku etika dan bukannya untuk menyelesaikan masalah etika yang dihadapi dalam berbagai‑bagai situasi

• Antara batasannya:– Ayat yang digunakan terlalu umum atau kabur

menyebabkan ia ditafsirkan secara berbeza‑beza dan menjadi kurang berkesan untuk mengawal tingkah laku golongan profesional

Page 22: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KOD ETIKA PEM ANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

– kadang‑kadang terdapat peruntukan yang berkonflik antara satu sama lain. Contohnya,

• Seksyen I dalam Kod Etika untuk jurutera menyatakan, "Hubungan profesional untuk jurutera mestilah didasarkan kepada standard integriti yang tinggi dan akan bertindak secara profesional terhadap klien atau majikan dengan penuh rasa amanah dan jujur".

• Seksyen 2 pula menyatakan, "Seorang jurutera, patut mengambil berat akan aspek keselarnatan, kesihatan dan kebajikan awam semasa menjalankan tugas‑tugas profesionalnya

Page 23: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

KOD ETIKA PEM ANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PROFESIONAL

Persoalannya, seksyen (peruntukan) manakah yang patut dipatuhi apabila

seseorang jurutera diminta oleh majikan untuk tidak menghiraukan situasi yang

akan mengancamkeselamatan awam atas alasan keputusan perniagaan perlu dibuat

bagi kepentingan syarikat (majikan).

Page 24: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

Etika Perubatan

Definisi Etika Perubatan

• Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memberikan definisi etika perubatan sebagai prinsip dan undang-undang untuk mengawal tingkah laku doktor. Ia dianggap sebagai kawalan moral ke atas semua kakitangan perubatan dan masyarakat yang standard

Page 25: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

Tujuan Etika Perubatan

• Untuk memelihara masyarakat dari menerima rawatan di bawah paras rawatan perubatan yang ditetapkan. MMA mengambil berat terhadap kecuaian melaksanakan tugas sebagai doktor. Contohnya gagal memberi rawatan kepada pesakit setelah banyak peringatan diberikan. Juga memberi tanggungjawab jawatan perubatan kepada mereka yang tidak didaftarkan

Page 26: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

Tujuan Etika Perubatan

• Untuk mencegah penyalahgunaan keistimewaan profesionalisme yang diperuntukkan oleh undang-undang dan penyalahgunaan kemahiran profesion perubatan. Contohnya kesilapan dalam memberikan ubat kepada pesakit, memberi perakuan palsu dan menyalahgunakan kepercayaan masyarakat seperti menyebarkan rahsia pesakit dan mengadakan hubungan sulit dengan pesakit

Page 27: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

Tujuan Etika Perubatan

• Mengawal dari berlakunya perbuatan yang bertentangan dengan reputasi profesion perubatan seperti penyalahgunaan alkohol, dadah, tidak jujur, tidak bersopan, tindakan kasar dan sebagainya

Page 28: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

Etika Perubatan Dunia

• Doktor berikrar dengan sesungguhnya untuk mendedikasikan hidupnya untuk perkhidmatan kemanusiaan.

• Doktor akan memberi penghormatan kepada guru dan rasa terhutang budi kepada mereka.

• Doktor akan melaksanakan profesionnya dengan ikhlas dan berintegriti.

• Kesihatan pesakit adalah keutamaan.

Page 29: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

Etika Perubatan Dunia

• Doktor akan memelihara rahsia yang diamanahkan.

• Doktor akan mengekalkan sedaya upaya dalam kekuasaan integriti dan tradisi profesion perubatan.

• Sahabat adalah saudara.

Page 30: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

Etika Perubatan Dunia

• Doktor tidak akan membenarkan pertimbangan agama, kerakyatan, keturunan, parti politik atau kedudukan sosial mempengaruhi tanggungjawab terhadap pesakit.

• Doktor akan mengekalkan integriti kehidupan manusia sejak awal walaupun di bawah ancaman dan tidak akan menggunakan pengetahuan perubatan bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan.

• Doktor melakukan janji ini dengan penuh ikhlas, bebas dan integriti

Page 31: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

Etika Tanggungjawab Doktor kepada Pesakit

• Seseorang doktor mestilah sentiasa mempunyai sikap untuk menyelamatkan nyawa manusia.

• Seseorang doktor mestilah mendedikasikan sepenuh tumpuan dan segala sumber ilmu pengetahuannya kepada pesakitnya. Apabila penghuraian atau rawatan di luar batas keupayaannya, ia mesti cuba mendapatkan bantuan perkhidmatan doktor yang memiliki keupayaan yang diperlukan.

Page 32: Pemantauan tingkah laku golongan profesional

Etika Tanggungjawab Doktor kepada Pesakit

• Seseorang doktor mestilah memelihara sepenuhnya kerahsiaan semua perkara yang ia tahu berkaitan pesakitnya kerana kepercayaan yang diberikan kepadanya.

• Seseorang doktor mestilah memberikan perhatian kecemasan sebagai tanggungjawab kemanusiaan kecuali ia yakin orang lain mahu dan boleh melakukannya.