Transcript
Page 1: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH

Sabihah Osman

PENGENALAN

Sabah atau sebelum merdeka dikenali dengan nama Borneo Utara muncul sebagai sebuah unit politik pada Jun 1882 apabila negeri itu ditadbir oleh The British North Borneo Chartered Company (BNBC). BNBC memerintah Sabah sehingga tahun 1941. Selama tiga tahun lapan bulan berikutnya, Sabah diperintah oleh Tentera Jepun. Pada bulan Julai 1946, Sabah telah dijajah terus oleh penjajah British selama 17 tahun sebagai British Crown Colony. Sabah bersama-sama Sarawak dan Singapura mendapat .kemerdekaan apabila menyertai Malaysia pada 16 September 1963, sekali gus membentuk Persekutuan Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tulisan ini mengkaji tentang pertumbuhan kesedaran politik dan pembangunan politik Sabah. Turut diteliti ialah kemunculan persatuan-persatuan sosiopolitik seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan, Persatuan Kebangsaan Jesselton dan Barisan Pemuda Society (BARIP). Seterusnya, perbincanganjuga menjurus kepada kemunculan parti-parti politik, pilihan raya - pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya negeri 2004 dan implikasinya terhadap pembangunan politik Sabah sehingga menjelang pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

LATAR BELAKANG PENDUDUK DAN SEJARAH POLITIK SABAH

Penduduk Sabah terdiri daripada bcberapa kumpulan etnik yang melebihi 50 kumpulan mengikut bahasa pertuturan dan budaya. Kumpulan yang terbesar ialah Kadazandusun, diikuti dengan Bajau, Murut, Melayu Brunei,lain-lain bumiputera dan Cina. Dari segi komposisi pen dud uk, sepertijuga penduduk Sarawak, tidak wujud satu kumpulan etnik yang dominan melebihi 50 peratus jumlahnya. Mengikut perangkaan tahun 2007 jumlah semua penduduk Sabah ialah 3.15 juta. Pecahan terperincinya ditunjukkan pad a Jadual 1.1

Bertitik tolak daripada latar belakang pen dud uk sedemikian, jelas difahami sebab politik Sabah dan penyekutuannya kerap rapuh disebabkan tidak wujud satu kumpulan etnik yang cukup besar untuk menguasai kumpulan lain. Dalam proses mengejar kemenangan dalam beberapa pilihan raya negeri, setiap kumpulan berlumba­lumba mengatur strategi untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan lain.

Sabah mula mengenali demokrasi secara rasmi melalui pilihan raya Majlis Daerah pada bulan Disember 1962 dan pilihan raya tidak langsung menerusi "Residency Colleges" yang diadakan pada bulan Julai 1963.2 Pilihan raya ini diadakan untuk memilih ahli-ahli yang bakal menduduki kerusi majlis Dewan Undangan Negeri (DUN).

Page 2: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Jaduall: Komposisi penduduk Sabah

Penduduk Bilangan

Bumiputera 1.91 juta

Melayu 381,000 ribu

Kadazandusun S4 7 ,000 ribu

Bajau 4 I 8,000 ribu

Murut 102.000 ribu

Bumiputera lain 457,000 ribu

Bukan Bumiputera 453,000 ribu

Cina 303.000 ribu India 12,000 ribu Lain-lain 138,000 ribu

Bukan Warganegara 790,000 ribu Jumlah Penduduk 3.S I juta

Ketiadaan jentera pemilihan sebelum gagasan Malaysia diumumkan merupakan antara faktor yang menyebabkan kelembapan pertumbuhan parti-parti politik di Sabah.

PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA CAWANGAN SABAH, PARTI KEBANGSAAN LABUAN DAN PARTI KEBANGSAAN MELAYU JESSELTON1

Sebelum Perang Dunia Kedua. tidak terdapat sebarang persatuan sosiobudaya peribumi yang jelas dan terarah di Sabah seperti yang berlaku di negeri-negeri di Tanah Melayu dan Sarawak. Hal yang nyata wujud di Sabah ketika itu ialah badan­badan yang dibentuk oleh pemerintah seperti Majlis Ketua-ketua Anak Negeri yang dianggotai oleh Ketua-ketua Anak Negeri yang dilantik oleh pemerintah. Dengan itu, peranannya sebagai wakil masyarakat peribumi adalah terbatas kerana mereka merupakan pegawai-pegawai pemerintah. Ketua-ketua Anak Negeri ini memainkan peranan mereka dalam menyuarakan pandangan masyarakat peribumi tentang isu­isu penting yang perlu ditangani pemerintah. Misalnya, isu pengajaran bahasa Inggeris di sekolah vernakular Melayu, pelajaran bagi anak-anak perempuan bumiputera, soal tanah bumiputera dan hutang-piutang petani bumiputera kepada tauke Cina.Walau bagaimanapun, isu-isu yang diketengahkan ini kurang mendapat layanan daripada pemerintah kerana dasar pemerintah yang mengehadkan pengajaran

2

Page 3: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

• w".~'6-- • • " ••• ..,. ...-u .....

bahasa Inggeris dan alasan kekurangan dana bagi mendirikan sekolah untuk anak­

anak perempuan.4

Tambahan pula, isu-isu seperti ini tidak dapat disebarluaskan akibat ketiadaan saluran seperti Persatuan Melayu Sarawak, Persatuan Melayu Selangor atau Kesatuan

Melayu Singapura, ataupun akhbar dan majalah seperti di Tanah Melayu dan Sarawak. Pada ketika itu, di Sabah hanya ada persatuan sosiobudaya yang menekankan kegiatan sosial semata-mata seperti meraikan sambutan hari rayaAidilfitri dan majlis perpisahan residen. Persatuan yang dimaksudkan ialah Klub Muslim Jesselton (The JesseIton Muslim Club) yang ditubuhkan pada 28 Januari 1933 dan diketuai oleh Mohammad Yaakub dan Haji Mohammad Shamsudin Osman. Persatuan ini dirasmikan oleh

Residen lesselton sendiri iaitu Residen 1.Maxwell.5 Walau bagaimanapun, penubuhan cawangan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di JesseIton (Kota Kinabalu), Tawau dan Labuan pad a tahun 19391ebih mirip ke arah persatuan yang mementingkan

kesedaran untuk meningkatkan keadaan sosial dan budaya ahli-ahlinya. Keadaan ini terbukti apabiJa kegiatan PASPAM di cawangan-cawangan ini lebih tertumpu kepada penggalakan budaya membaca dalam kalangan ahlinya terutama sekali mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu di samping mengadakan majlis-majlis eeramah dan perjumpaan sosial bagi merapatkan hubungan antara ahli sambil memupuk perasaan persaudaraan dan kekitaan sesama mereka. Dalam hal ini misalnya, seorang

ahli PASPAM Brunei, Mohd. Zain Wali dikhabarkan telall menghadiahkan sebuah novel Melayu bertajuk lakah Salmah kepada ahli PASPAM Tawau semasa beliau berkunjung ke sana pad a bulan Ogos 1939. Seterusnya, seorang tokoh PASPAM Labuan, Zakaria Gunn mengadakan lawatan sambil belajar di eawangan yang berhampiran iaitu Brunei pada 15 Julai 1939.6

Kebanyakan ahli PASPAM terdiri daripada guru sekolah Melayu, pegawai rendah kerajaan dan peniaga keci!. Kegiatan PASPAM ini terhad di bandar-bandar yang mempunyai kemudahan perhubungan dan bcrlegar dalam kalangan mereka yang berpendidikan dan celik huruf. Akan tetapi, bilangan yang berpendidikan dan

eelik huruf adalah keeil. Majoriti bumiputera masih buta huruf dan ketinggalan dalam arus pembangunan di bandar. Oleh itu, kadar literasi yang rendah dan standard pelajaran yang minimum, tanpa kemudahan pengajaran yang memberangsangkan seperti kekurangan guru terlatih, tidak memungkinkan kesedaran sosial politik boleh tercetus secara meluas. 7 Jika ada pun hanya beberapa orang tokoh yang menggerakkan kelab dan cawangan PASPAM seperti Mohammad Yaakub, Haji Mohammad Shamsudin Osman dan Zakaria Gunn.

Dalam tahun-tahun terdekat selepas Perang Dunia Kedua, kegiatan berpersatuan diteruskan oleh bekas ahli PASPAM seperti Zakaria Gunn. Bersama­

sarna dengan rakan-rakannya yang lain iaitu Abu Bakar Ahmad, Hassan Wahab, Aship Ahmad, Samad Hitam, Cikgu Suhaimi, Cikgu Abd. Rahman Bamawi dan

3

Page 4: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Soh/halt OSIfIQII

Mohamad bin Dali, mereka telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) pada tahun 1946. Penubuhannya dicadang dan digerakkan oleh Cikgu Harun Mohamad Amin atau lebih dikenali sebagai Harun Aminurrashid.' Jawatakuasa pertamanya terdiri daripada Tengku Noordin sebagai Yang Dipertua, Abu Bakar Ahmad sebagai Setiausaha dan Zakaria Gunn sebagai Penolong Setiausaha. Apabila Tengku Noordin ditukarkan ke Jesselton, tempatnya digantikan oleh Hassan Wahab, manakala Zakaria Gunn dilantik sebagai Setiausaha. PKML banyak dipengaruhi oleh para pejuang nasionalis Indonesia terutamanya Soekarno, Hatta dan Sutan Sjahrir. Yang Dipertua pertamanya pemah menyeru supaya para pemuda-pemudi Melayu bersatu hati jika tidak mereka terus ditindas dan dihina bang sa asing. Beliau menyeru supaya mereka "bersatu, bersahabat, bergerak untuk menyokong yang terkena susah ialah seman gat yang sangat dikehendaki pada masa ini.'" Walaupun PKML ditubuhkan dengan semangat yang membara, tetapi penubuhannya tidak kekallama kerana kewujudannya sentiasa dicurigai pemerintah penjajah British yang tidak senang dengan pengaruh nasionalisme Indonesia. Sementara itu, jawatankuasanya yang penting seperti Tengku Noordin dan Zakaria Gunn telah ditukarkan ke Jesselton. Pemerintah sedar tanpa ahli yang aktif persatuan akan menjadi kaku.

Semasa bertugas di Jesselton, Tengku Noordin telah menubuhkan pula Persatuan Kebangsaan Melayu Jesselton (PKMJ). Beliau kemudiannya disertai Zakaria Gunn yang telah dipindahkan dari Labuan. Seperti PKML, PKMJ berpendirian tegas dalam usaha membela nasib semua kelompok peribumi sarna ada peribumi Borneo atau yang berasal dari Kepulauan Melayu. Keghairahan PKML dan PKMJ tidak dapat bertahan lama Cita-citanya untuk menjadi pejuang memberi kesedaran nasionalisme dan politik demi kepentingan bumiputera telah patah di tengahjalan apabila pemerintah penjajah telah menggunakan beberapa helah untuk mematikan persatuan tersebut. Kegiatan parti dilemahkan dengan cara memindahkan kakitangan kerajaan yang memegang jawatan penting persatuan seperti Tengku Noordin dan Zakaria Gunn ke daerah-daerah lain.

Pemerintah penjajah British bertindak demikian kerana khuatir pengaruh nasionalisme Indonesia dalam PKML dan PKMJ akan menggugat kedudukannya di Borneo British. Dalam hal ini Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya British di Asia Tenggara pernah mengingatkan Britain bahawa:

Powerful forces were ready to exploit any sign of British weakness in South East Asia ... Chinese imperialism, Indian nationalism and imperialism and above aI/Indonesian nationalism and the Indonesia Raya or Greate, Indonesia movement. 10

4

Page 5: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Polillk Sabah

Kegiatan Tengku Noordin yang disyaki menggcrakkan PKMJ di se\wuh Sabah dan bersama-sama dengan Indonesia bagi mewujudkan Republik Indonesia Raya amat membimbangkan British. Dalam laporan British Political Intelligence Januari 1949 ada menyebutkan terdapat ura-ura yang mengatakan Tengku Noordin sedang berusaha menggiatkan semula PKIvtL dan dicatatkan juga bahawa PKMJ telah berjaya membuka cawangan baharu di Keningau. lJ Gerakan nasionalisme Indonesia bukan sahaja amat berpengaruh dalam kalangan pemimpin PKM Sabah, malah mendapat sokongan kuat daripada ahli-ahlinya Mereka sangat aktif mendukung kuat dengan mengutip derma bagi membantu tabung palang merah dan mangsa perang di Indonesia.

Sebuah lagi persatuan berunsur politik seperti PKML dan PKMJ yang muncul di Sabah pada waktu itu ialah Barisan Pemuda Society (BARlP). BARIP Sabah sebenarnya digerakkan oleh BARlP Brunei. BARlP Sabah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan peribumi Sabah dan meninggikan taraf hidup mereka yang selama ini terhimpit dan tertindas oleh penjajah dan golongan imigran. BARIP Labuan diketuai Pengiran Ahmad dan dibantu oleh Soeharto, seorang pemimpin masyarakat Indonesia di Labuan manakala di Jesselton BARlP dipimpin oleh Mandor Mohd. Sharif. Beliau dibantu oleh Seruji Hj. Yaakub, Abang Zulkifli Apong Abang Abd.Hadi, Abdul Hamid Mustapha dan Abdul LatifTaha. Seperti juga PKML dan PKMJ, BARIP menyokong kuat perjuangan kemerdekaan Indonesia. Kegiatannya yang pro-Indonesia dan membangkitkan kesedaran peribumi Sabah telah dicurigai penjajah British. Oleh itu, BARlP akhimya menerima nasib yang sarna sepeni PKML dan PKMJ. Pemerintah telah mengambil tindakan secara halus untuk melemahkan BARIP seperti memindahkan pemimpin-pemimpin penting persatuan kerana kebanyakan mereka adalah pcgawai pemerintah.

Sehingga tahun 1949, PKIvtL, PKMJ dan BARlP kelihatan tidak lagi aktifdan parti-parti itu berkubur begitu sahaja. Sebagai gantinya pemimpin dan ahli telah menubuhkan persatuan-persatuan berbentuk sosiobudaya dan agama seperti Khairat Jumaat Muslim, Pergaulan Ikhwanul AI-Muslim in Sabah, Angkatan Gaya Bam dan Persatuan Palang Merah Sabab. Oleh itu, dapat dikatakan selepas lenyapnya PKIvtL, PKMJ dan BARIP tidak wujud lagi persatuan yang berunsur politik bagi meneruskan peIjuangan persatuan-persatuan tadi di Sabah sehingga tertubuhnya United National Kadazan Organization (UNKO) dan United Sabah National Organization (USNO) pada tahun 1961.

Persatuan-persatuan Sosiobudaya dan Sosiopolitik

Bekas-bekas pemimpin dan ahli PKML, PKMJ dan BARlP meneruskan kegiatan mereka memberi kesedaran kepada bumiputera Sabah melalui penubuhan badan-badan sosiobudaya dan agama Apabila kedua-dua persatuan yang berunsur politik kurang aktif, segelintir bumiputera Islam telah menubuhkan Khairat Jumaat Muslimin di

5

Page 6: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Jesselton pada tahun 1948. Khairat diketuai oleh Imam Haji Mohd. Suhaili bin Haji

Yaakub dan dibantu oleh adiknya, Seruji Haji Yaakub. Kedua-dua mereka adalah bekas ahli jawatankuasa BARIP. Pertubuhan ini hanya beroperasi beberapa tahun

kerana menghadapi masalah kepimpinan dan tekanan daripada pemerintah. 12 Walau

bagaimanapun, pada tahun 1957 orang-orang Muslim di Jesselton telah menubuhkan

pula Pergaulan Ikhwanul AI-Muslim in pada tahun 1957 yang bertujuan untuk menggalakkan umat Islam mematuhi undang-undang dasar Islam dalam hidup mereka. Pergaulan juga berusaha untuk menjaga kebajikan umat Islam di Sabah. Pertubuhan ini diketuai oleh Mohd. Edinin Kay dan dibantu oleh Zakaria Gunn selaku setiausahanya. Penubuhan Pergaulan sebenamya dipengaruhi oleh Persatuan

Pergaulan yang berpusat di Singapura dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad

Basmeh. Seperti juga persatuan-persatuan lain yang muncul pada waktu itu, Pergaulan juga pendek usianya. Namun, kesedaran bekas ahli-ahli yang berterusan dahagakan kegiatan berpersatuan akhimya telah melahirkan beberapa persatuan

Islam di seluruh Sabah seperti di Tawau, Putatan dan JesseJton. Dalam kegiatan berpersatuan, bahagian Tawau merupakan antara bahagian

yang aktif sejak sebelum Perang Dunia Kedua. Selain mempunyai cawangan PASPAM dan Parti Kebangsaan Melayu, Tawaujuga tidak kurang dengan kehadiran persatuan­

persatuan Islam seperti Persatuan Islam Wallace Bay (PERMUS) pada tahun 1953

dan Persatuan Islam Tawau (PIT) pada tahun 1955. J) Kedudukan Tawau yang

bersempadankan Indonesia dan berfungsi sebagai bandar pelabuhan serta pengeluar

hasil ke\uaran pertanian dan pembalakan telah banyak menarik kedatangan orang

keluar masuk dari pelbagai pelosok Nusantara termasuk Jepun dan Cina. Kehadiran permastautin orang luar secara tidak langsung membawa budaya luar sama ada negatif

dan positif. Antaranya ialah kemasukan un sur nasionalisme Indonesia dan kesedaran

penduduk Islam (keturunan Arab dan India Islam) dalam kalangan mereka telah

melahirkan persatuan-persatuan sosiobudaya dan agama. Di bawah bimbingan Hj.

Abu BakarTitingan dan OKK Hj. Zainal Daeng Kerahu, PIT telah digerakkan untuk

kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Islam di Tawau. Penubuhan persatuan

berpaksikan Islam yang dimulakan di Tawau itu telah membawa kepada kewujudan

persatuan-persatuan Islam di pantai barat Sabah seperti Persatuan Islam Putatan,

Persatuan Islam Sembulan dan Persatuan Islam Sabah. Persatuan-persatuan ini

kemudiannya bergabung di bawah satu persatuan yang lebih besar dengan nama

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (United Sabah Islamic Association).

Selain persatuan Islam yang muncul pada tahun akhir 1950-an, wujud

beberapa buah persatuan sosiobudaya yang merentasi sempadan etnik dan agama

seperti Angkatan Gaya Baru (AGABA) yang ditubuhkan pada tahun 1957. Persatuan

kebudayaan ini didukung bersama oleh K. Bali dan Zakaria Gunn. Mereka dibantu oleh Donald Stephens, Shafe Anterak dan Raskan Asing. Daripada nama-nama

6

Page 7: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Po/illk Sabah

pendukungnya persatuan ini kelihatan terbuka kepada semua kaum dan agama. Donald Stephens dilantik sebagai presiden dan K.Bali menjadi setiausahanya. Kegiatan persatuan lebih bersifat kebudayaan dan kesenian, selaras dengan motonya, "Menjunjung bahasa seni budaya Timur." Antara kegiatannya ialah mengadakan perjumpaan sosial, persernbahan sandiwara, di samping memberi kelas pendidikan penulisan dan penerbitan rnajalah dan kelas masak-memasak bagi ahIi-ahli wanitanya. 14 Kejayaan AGABA yang paling bererti ialah mengatur Pesta AGABA pada tahun 1957 dan seterusnya pesta ini diadakan setiap tahun. Kejayaan Pesta AGABA pertama ini telah rnendorong Stephens untuk mencadangkan kepada pemerintah penjajah British supaya menjadikan Pesta AGABA itu sebagai hari cuti umum bagi masyarakat peribumi Sabah. Usul ini kemudiannya menjadi kenyataan apabila pernerintah bersetuju pada Februari 1960 mengisytiharkan pesta tersebut sebagai hari cuti umurn di Sabah. Pesta AGABA yang juga dikenali sebagai Hari Pesta Peribumi akhirnya telah memberi laluan kepada hari Pesta Kaamatan (Harvest Festival) dan diraikan di seluruh Sabah pada bulan Jun setiap tahun.

Menjelang pengumuman gagasan Malaysia pada Mei 1961 telah menunjukkan penglibatan pemimpin-pemimpin Kadazandusun seperti Stephens dalam AGABA mulai berkurangan. Pernimpin-pemimpin tersebut bergerak aktif dalam kegiatan Persatuan Kadazan yang lahir daripada Kadazan Youth Association pada tahun 1958. Kejayaan mendapatkan pengiktirafan Pesta Kaamatan sebagai hari pelepasan umum telah memberi rangsangan kepada orang Kadazandusun untuk memikirkan langkah ke arah menyatupadukan orang Kadazandusun-Murut di seluruh Sabah. Pad a bulan Mac 1960, Persatuan Kadazan telah bersetuju untuk membentuk satu organisasi pusat yang dikenali sebagai United National Kadazan Organisation (UNKO). Pada peringkat ini, UNKO belum berfungsi sebagai parti politik. Hanya apabila gagasan Malaysia diumumkan, cadangan menjadikan UNKO badan pusat

bagi persatuan kebudayaan seluruh Sabah bertukar menjadi badan politik dengan nama yang sarna bagi membela kepentingan orang Kadazandusun dan Murut.

Kesibukan Stephens dan pemimpin-pemimpin lain dalarn menangani isu gagasan Malaysia menyebabkan badan sosial seperti AGABA terabai. Ahli-ahlinya rarnai yang berkecimpung dalarn parti politik yang baharu lahir seperti UNKO dan USNO di samping dalam badan-badan bahasa dan persuratan yang dibentuk serentak dengan perturnbuhan parti-parti politik. Antaranya ialah Angkatan Persuratan Penulis-penulis Sabah (APMS) yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan Persatuan Penulis-penulis Sabah (PERPESA) yang ditubuhkan oleh bekas ahli-ahli APMS

yang mulai lumpuh. Meskipun PERPESA juga akhirnya turut mati, semangat penulis­penulis Sabah untuk terus rnenulis tidak terbantut. Mereka yang pernah menganggotai persatuan-persatuan itu telah berusaha untuk rnenubuhkan Badan Bahasa Sabah

(BAHASA) dengan tujuan untuk menggiatkan semula aktiviti bahasa, sastera dan

7

Page 8: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

persuratan di nege~i Sabah. Jawatankuasanya terdiri daripada Yang Dipertua,

Dzulkifli Haji Abdul Hamid; Naib Yang Dipertua, Nooraini Haji Salleh; Setiausaha

I, Jamdin Buyong dan Bendahari, M.A.Ahyar'" Pembentukan BAHASA telah merintisjalan ke arahjalinan dan kerjasama di antara penulis-penulis Sabah dengan

penulis-penulis Semenanjung dan Sarawak. Perkembangan pendidikan rendah dan menengah serta kelahiran maktab

latihan perguruan seperti Maktab Perguruan Kent (1952) telah menyemarakkan suasana untuk berkarya sarna ada dalam bentuk penulisan reneana atau kreatif dalarn akhbar dan majalah yang turut berkembang sejak tahun I 950-an. Keadaan bertarnbah menggalakkan selepas Sabah menyertai Malaysia. 16 Karya-karya ini diterbitkan

melalui akhbar dan majalah seperti North Borneo News & Sabah TImes (NBNST) dan majalah The Kents. Dengan demikian, kewujudan persatuan-persatuan sosiobudaya., sosiopolitik, badan bahasa dan persuratan, di samping kemunculan

akhbar dan majalah telah memberi kesan yang baik kepada kelahiran beberapa tokoh terkemuka dalam memberi kesedaran masyarakat menggerakkan persatuan sebagai saluran pertemuan dan perpaduan. Antara tokoh yang memainkan peranan penting pada awal pertubuhan persatuan-persatuan itu ialah Zakaria Gunn, K.Bali, Jamdin Buyong dan R.M. Jasni.

PERSATUAN SOSIOBUDAYA DAN POLITIK KADAZANDUSUN

Seperti masyarakat bumiputera Muslim, orang Kadazandusun telah menubuhkan

beberapa buah persatuan sosiobudaya. Antara persatuan yang menonjol dan

memainkan peranan penting dalam menggalakkan perpaduan dan seman gat kebangsaan masyarakat Kadazandusun ialah Persatuan Kadazan yang kemudiannya

melahirkan parti politik UNKO. Persatuan Kadazan ditubuhkan untuk memaju dan memperluaskan penggunaan bahasa, budaya dan pendidikan orang Kadazan. Melalui

persatuan ini masyarakat Kadazan dapat menyuarakan tuntutan dan pandangan

mereka berkaitan dengan perkara-perkara penting yang menyangkut masyarakat

mereka kepada pemerintah penjajah British. Antara tuntutan yang berkesan dan

dilaksanakan pemerintah ialah mengiktiraf Pesta Menuai sebagai hari kelepasan am negeri Sabah. Pengiktirafan tersebut telah memarakkan lagi semangat kebangsaan

dan perpaduan orang-orang Kadazan. 17

Kesan daripada kegiatan persatuan yang merentasi sosiobudaya, maka

lahirlah usaha ke arah menyatukan semua kumpulan etnik Kadazandusun seluruh

Sabah. Usaha yang lebih serius untuk menyatupadukan masyarakat mereka

memuncak apabila Tunku Abdul Rahman mengumumkan gagasan Malaysia pada

bulan Mei 1961. Lantaran itu, dua bulan berikutnya pemimpin-pemimpin

Kadazandusun dalam Persatuan Kadazan menubuhkan sebuah parti politik yang

8

Page 9: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Polilik Sabah

tersusun dan sesuai dengan ciri-ciri parti politik moden UNKO. \8 Pembentukan UNKO digerakkan oleh Donald Stephens, seorang ahli perniagaan peranakan Australia-Kadazan dari Jesselton Kota Kinabalu). Di samping terkenal sebagai saud agar balak, beliau juga terkenal sebagai editor akhbar The North Borneo News & Sabah Times (NBNST) yang kemudiannya menjadi Sabah Times. Menerusi akhbar NBNST, Stephens dan UNKO dapat menyalurkan pandangan mereka mengenai politik Sabah dan Malaysia secara berkesan.

UNKO ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan dan mengeratkan perhubungan dalam kalangan masyarakat Kadazandusun supaya mereka dapat

memperjuangkan satu cita-cita dan matlamat dalam politik, ekonomi dan sosial, di samping menggesa penjajah British tidak mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah khususnya masyarakat mereka. Pada awal pembentukannya, UNKO mendapat sokongan besar daripada kalangan orang Kadazandusun dari Penampang dan Papar. Keahliannya terbuka kepada orang Kadazandusun sahaja. Akan tetapi, kemunculan USNO yang membuka keanggotaannya kepada semua masyarakat bumiputera Sabah telah menyebabkan dasar keahlian UNKO tergugat kerana ramai bumiputera Dusun yang tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan Kadazan telah menyertai USNO. Golongan orang Dusun ini khuatir tentang kedudukan mereka yang kurang maju dari segi pendidikan dan ekonomi akan mudah didominasi oleh orang Kadazan Penampang yang jauh lebih maju dalam aspek pendidikan dan ekonomi.

Kebanyakan orang Kadazandusun Penampang dan Papar menganggap perkataan Dusun mengandungi konotasi yang negatif iaitu "orang mundur" "kasar",

"orang kampung" dan "primitif', manakala istilah Kadazan itu mengandungi makna "keagungan", "seman gat yang baik", "moden" dan "berpendidikan".19 Walaupun pemerintah dengan rasminya menerima penggunaan perkataan Kadazan sebagai salah satu kategori kumpulan etnik bumiputera Sabah pada tahun 1963, masih ramai

masyarakat Dusun dari pedalaman seperti pemimpin orang Dusun Keningau iaitu G.S.Sundang dan O.K. Sed oman dan Datu Indan Kari yang enggan menerima pakai istilah itu. Pertikaian mengenai penggunaan kedua-dua nama ini telah membawa kepada kumpulan yang menentang penggunaan nama Kadazan menubuhkan parti United National Pasok Momogun (Pas ok Momogun) pimpinan G. S. Sundang. Kontroversi penggunaan istilah ini berlarutan hingga tahun 1990-an. Sebagai jalan penyelesaian akhirnya kedua-dua pihak bersetuju menggabungkan kedua-dua perkataan itu menjadi Kadazandusun dan diterima pakai secara rasmi pad a tahun 1998.20

Pasok Momogun dibentuk oleh G.S. Sundang bersaudara pad a bulan Jun 1962. Selain daripada faktor ketidaksetujuannya dengan Donald Stephens tentang dasar parti UNKO dan istilah Kadazan, tindakan Sundang menubuhkan Pasok Momogun ada kaitannya dengan peranan peniaga Cina yang berasa cemas tentang

9

Page 10: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

kemungkinan gagasan Malaysia berjaya diwujudkan. Orang-orang Cina terutamanya golongan peniaga berasa khuatir penyertaan Sabah dalam Malaysia akan memberi kuasa politik ke tangan anak negeri. Oleh itu, mereka beranggapan Kerajaan Malaysia yang baharu ilu tidak akan bersimpati dengan golongan mereka yang selama ini mendapat simpati dan perlindungan daripada penjajah British. Oleh sebab pada ketika itu masyarakat Cina belum bersedia menubuhkan parti politik mereka sendiri, maka mereka perlu menyokong us aha pembentukan sebuah parti politik pimpinan anak negeri yang bersifat berbilang kaum dan antipenubuhan Malaysia. Parti ini mendapat sokongan dan bantuan kewangan daripada dua orang saud agar Cina yang kaya dan terkenal iaitu Peter Chin Khoo Siak Chiew.

Pasok Momogun ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki taraf ekonomi, pertanian dan pendidikan peribumi. Keahlian dibuka kepada semua kaum dan parti akan bekerjasama dengan UNKO. GS. Sundang dilantik sebagai presiden parti dan Sedoman sebagai timbalannya. Kedua-dua pemimpin ini sangat berpengaruh dalam kalangan peribumi di pedalaman. Apabila pemimpin-pemimpin Cina telah mencapai kata sepakat menubuhkan parti politik mereka sendiri menerusi kelahiran United Party dan Democratic Party, Pasok Momogun kehilangan sokongan moral dan kewangan daripada orang Cina. Tambahan pula, pemimpin-pemimpin Cina kini sudah boleh duduk semeja berunding dengan pemimpin-pemimpin UPKO dan USNO bagi menghadapi sebarang kemungkinan menjelang penubuhan Malaysia. Akibatnya, pemimpin-pemimpin Pasok Momogun tidak ada pilihan lain selain turut serta menyokong penubuhan Malaysia dan menandatangani perjanjian di London pada bulan Julai 1963. Pasok Momogun akhimya bergabung dengan UNKO bagi melahirkan parti United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO).

Sementara itu, USNO lahir pada bulan Disember 1961 hasil gabungan beberapa buah persatuan sosiobudaya dan agama khususnya persatuan-persatuan Islam seperti Persatuan Islam Putat dan Persatuan Islam Sabah. Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam yang telah lama bergerak dalam persatuan-persatuan sosiopolitik dan sosiobudaya di Sabah. Antara tokoh yang terbilang itu ialah Haji Zakaria Gunn, Ahmad Mahmud, Hj. Yusuf Shamsudin, Parman Hasan Raji, Hj. Arimn dan Abdul Malik Jangkit. USNO diterajui Datu Mustapha Datu Harun dan membuka keahliannya kepada semua golongan bumiputera Sabah. Dengan cogan kata parti 'Bersatu, Bersedia dan Berkhidmat', USNO memperjuangkan hak semua penduduk bumiputera Sabah, biarpun dalam tindak-tanduknya lebih menekankan kepentingan bumiputera Islam. Penekanan parti yang demikian ini membezakan perjuangan USNO dengan UNKO yang lebih mengutamakan bumiputera bukan Islam. Perbezaan penekanan inilah yang antara lain menjadi punca pertikaian di antara pemimpin USNO dengan UNKO.

10

Page 11: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Politilc Saban

USNO sejak awalnya menyokong gagasan Malaysia kerana berpendapat persekutuan yang bakal dibentuk itu akan dapat memperjuangkan kepentingan hak peribumi terutama sekali peribumi Islam yang selama ini diabaikan oleh penjajah British manakala pend irian UNKO pada awalnya adalah menentang gagasan Malaysia kerana beranggapan penggabungan Sabah dalam Malaysia akan membawa kepada orang Melayu dan bumiputera Islam terutamanya Melayu Malaya ke atas bumiputera Sabah. Di samping itu, merekajuga beranggapan kemerdekaan melalui penyertaan dalam Malaysia secara 'mendadak' itu akan memberi ruang kepada orang Cina menguasai bidang ekonomi dan pendidikan. Mereka lebih senang melihat ketiga-tiga tanah jajahan British Borneo itu digabungkan dan diberi pemerintahan sendiri terlebih dahulu. Akan tetapi, selepas beberapa bulan berlalu Donald Stephens dan pemimpin-pemimpin UNKO yang lain mengubah pend irian dari menentang kepada menyokong gagasan Malaysia

Faktor utama yang mempengaruhi perubahan itu ialah peranan Kerajaan British dan pegawai-pegawai kanannya terutama di Sabah dan Sarawak yang berusaha keras bagi memastikan gagasan Malaysia itu menjadi satu kenyataan. Beberapa langkah diatur bagi memberi peluang yang secukupnya untuk pemimpin­pemimpin Sabah dan Sarawak mengambil bahagian dalam semua mesyuarat yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia. Dari menyertai mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel kepada mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Perpaduan Malaysia sehinggalah kepada Jawatankuasa Antara Kerajaaan.

Melalui penyertaan dan keahlian dalam jawatankuasa-jawatankuasa itu, pemimpin-pemimpin daripada parti-parti politik Sabah dapat memahami dengan jelas tentang gagasan Malaysia. Tambahan pula, tuntutan mereka dalam 20 Perkara Sabah telah diambil kira dan dibahaskan dengan serius dalam mesyuarat lawatankuasa Antara Kerajaan dan sebahagian besar dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia. Setelah wujudnya titik persefahaman dan permuafakatan di antara pemimpin-pemimpin parti-parti terse but maka soal kerjasama di antara parti-parti politik itu tidak mendatangkan masalah. Lebih-Iebih lagi pada waktu itu parti politik orang Cina, Chinese United Party dan Democratic Party berjaya digabungkan bagi melahirkan Sabah National Party (SANAP). SANAP kemudiannya bergabung dengan persatuan-persatuan kecil lain iaitu Sabah Chinese Association bagi mewujudkan parti politik tunggal orang Cina dengan nama yang sama iaitu Sabah Chinese Association (SCA) pada bulan Mac 1965.21

Seterusnya, kerjasama dan permuafakatan yang dicapai di antara parti­parti politik Sabah akhirnya melahirkan Parti Perikatan Sabah pada bulan September 1962. Walau bagaimanapun, perbezaan asas dan pandangan politik parti komponen Perikatan Sabah itu terus wujud. Pertelingkahan akibat perbezaan pendapat dan kepentingan begitu jelas berlaku antara UPKO dan USNO. Bagaimanapun,

11

Page 12: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

SaM,ah Osma1l

kepentingan kemerdekaan Sabah, ancaman tuntutan Filipina ke atas Sabah dan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia telah menyebabkan parti-parti itu dapat bekerjasama dan melupakan buat sementara penentangan asas mereka. Oleh itu, dalam pilihan raya Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran pada bulan Disember 1962 hingga Mei 1963, dapat disaksikan unsur-unsur perkauman dan keetnikan memainkan peranan penting bagi menentukan kemenangan seseorang calon. Keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa setiap parti mendapat sokongan majoriti daripada kumpulan etnik calon dan parti yang mempe~uangkan etnik sendirL Sebagai contoh calon parti USNO di pantai barat dan pantai timur mendapat sokongan daripada majoriti masyarakat bumiputera Islam. Kebanyakan orang Cina di bandar-bandar menyokong calon SANAP, manakala calon parti UNKO dan Pasok Momogun di pantai barat dan pedalaman mendapat sokongan besar daripada etnik Kadazadusun dan Murut. Daripada 137 kerusi yang dipertandingkan USNO mendapat 53 kerusi, UNKO 39, Pasok Momogun 12, SANAP 27 dan Bebas 6 kerusLu Keputusan pilihan raya menunjukkan tidak ada satu parti yang mendapat kemenangan besar sehingga boleh menguasai Majlis Daerah dan Perbandaran secara bersendirian.

KERAJAAN PERIKATAN 1963-1976

Parti Perikatan menerajui Kerajaan Negeri Sabah yang pertama antara tahun 1963 hingga 1967 selepas komponen parti itu memenangi pilihan raya secara tidak langsung melalui "Residency Electoral Colleges" apabila USNO mendapat lapan kerusi, UNKO lima, SANAP empat dan Pasok Momogun satu dalam Dewan Undangan NegeriY Pada peringkat awal Perikatan Sabah dianggotai USNO,UNKOI UPKO, SANAP/SCA dan Sabah Indian Congress. Selepas Pilihan raya Negeri 1967, Perikatan Sabah terdiri daripada USNO dan SCA setelah UPKO dibubarkan dan majoriti ahlinya menyertai USNO.

Kerajaan negeri yang pertama diterajui oleh Donald Stephens dari UNKO dan Datu Mustapha Datu Harun dari USNO dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri. Buat beberapa ketika hubungan antara kedua-dua tokoh ini kelihatan baik akan tetapi menyedari hakikat bahawa jawatan Yang Dipertua Negeri adalah lambang dalam upacara atau perayaan tanpa kuasa eksekutif seperti Ketua Menteri yang mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri menyebabkan Datu Mustapha berasa kurang senang dan enggan memberi kerjasama kepada Ketua Menteri dalam pentadbiran negeri. Akibatnya, beJiau mengambil keputusan meletakkan jawatan dan bergiat aktif dalam politik. Dalam hal ini, beliau mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin SCA yang menganggap pemimpin-pemimpin UNKO dan UPKO "anti-Cina".

Oleh hal yang demikian, krisis dalam Parti Perikatan berterusan kerana persaingan di an tara kedua tokoh USNO dengan tokoh UPKO. Pertelingkahan seterusnya berkisar di sekitar dakwaan ketidakadilan pengagihan jawatan dalam

12

Page 13: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Polilik Sabah

kerajaan, pelantikan John Dusing sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, pengagihan projek kerajaan yang dianggap lebih menguntungkan masyarakat Kadazandusun dan isu pindaan un dang-un dang pengeluaran lesen balak baharu yang dianggap menggugat pemegang lesen balak lama yang lebih menguntungkan pembalak Cina. Pertelingkahan di antara kedua tokoh ini telah menjejaskan proses pembangunan negeri serta perhubungan kaum di Sabah. Keadaan yang tegang ini juga telah memberi ruang kepada Kerajaan Persekutuan cam pur tangan. Pertelagahan diselesaikan buat sementara waktu apabila Peter Lo, Presiden seA dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah. Donald Stephens ditarik ke kabinet pusat sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah.

Campur tangan Kerajaan Persekutuan dan tindak-tanduk pemimpin USNO dan SCA ini telah menambahkan prasangka dan kebimbangan pemimpin dan masyarakat Kadazandusun terhadap Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Disebabkan tertekan dan kecewa mereka menggunakan kesempatan peristiwa terkeluarnya Singapura daripada Persekutuan Malaysia untuk mendesak Kerajaan Persekutuan mengkaji semula kedudukan Sabah dalam Malaysia. Donald Stephens dan pemimpin­pemimpin UPKO yang lain mencabar Kerajaan Persekutuan mengadakan pungutan suara di Sabah bagi menentukan sarna ada kolonialisme masih wujud di Sabah. Tindakan Donald Stephens ini telah mengundang kemarahan Kuala Lumpur dan meningkatkan ketegangan hubungan di antara kedua pihak. Untuk mengurangkan ketegangan, Donald Stephens terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti UPKO buat sementara waktu. Menjelang pilihan raya negeri 1967, Donald Stephens kembali semula aktif dan memimpin UPKO.

Pilihan raya 1967 berkesudahan dengan USNO mendapat 14 kerusi, UPKO 12 kerusi, SCA lima kerusi dan Bebas satu kerusi. Datu Mustapha telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri yang baharu ini terdiri daripada gabungan USNO dan SCA. Parti UPKO telah dipinggirkan dan menjadi parti pembangkang. Perkembangan seterusnya menyebabkan kedudukan UPKO terus terdesak, tertekan dan menjadi begitu lemah. Akhimya demi kepentingan kedudukan orang Kadazandusun dan perpaduan bumiputera keseluruhannya di samping kedudukan masa depan politiknya, Donald Stephens telah membubarkan parti UPKO dan menyeru ahli-ahlinya menyertai USNO. 24 Ekoran daripada peristiwa itu, Donald Stephens tclah dilantik scbagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia.

Suasana politik Sabah di antara tahun 1963 hingga 1967 memperlihatkan keadaan yang tidak stabil berpunca dari persaingan di antara dua tokoh utama USNO dan UPKO. Masing-masing mahu merebut kedudukan nombor satu sekali gus menguasai pentadbiran negeri. Segal a tindakan dan keputusan diambil berdasarkan perhitungan kaum atau etnik. Walaupun Kerajaan Perikatan pimpinan USNO/SCA 1967 hingga 1976 dapat mewujudkan kestabilan sekali gus membolehkan rancangan

13

Page 14: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

pembangunan dilaksanakan dengan lancar, perhitungan kaum alau etnik ilu tidak

dapat diketepikan. Kerajaan Negeri telab bertindak menyelaraskan beberapa dasar Persekutuan

seperti babasa dan pendidikan demi memastikan pembinaan nasion Malaysia dan integrasi nasional dilaksanakan tanpa halangan. Untuk tujuan ini Datu Mustapha telab menjalin hubungan yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia memberi bantuan dan kerjasama bagi memastikan pembangunan pendidikan yang terabai sewaktu penjajaban berjalan

dengan lancar. Bagi meningkatkan bilangan sekolab dan pelajar bumiputera di peringkat

menengab dan tingg~ Datu Mustapha telab menubuhkan Yayasan Sabah. Beliau telah memperkasakan peranan Yayasan Sabab dalam pendidikan dengan mengagih-agihkan bantuan biasiswa dan pinjaman kepada semua lapisan warga Sabah tanpa mengira etnik atau agama. Oleh itu, Kerajaan Perikatan USNO-SCA kelihatan berjaya membangunkan Sabah tanpa banyak gangguan. Tambahan pula peristiwa rusuhan

kaum 13 Mei 1969 memberi kesempatan kepada Datu Mustapha untuk mengatur strategi membina kekuatan dengan mengambil tindakan terhadap sebarang anasir yang boleh menjejaskan kestabilan politik kerajaan pimpinannya. Oleh sebab itu. dalam pilihan raya negeri 1971 Parti Perikatan USNO-SCA memenangi kesemua 32 kerusi.

Di sebalik kemenangan besar dalam pilihan raya negeri 1971 dan perkembangan pendidikan serta pembangunan ekonomi, wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian masyarakat dan pemimpin Kadazandusun dan Cina terhadap pemerintahan Datu Mustapha terulama sekali dalam tindakannya

melaksanakan dasar pengislaman di Sabah. Dasar pengislaman yang pada asasnya untuk mewujudkan 'perpaduan' dan keharmonian dalam kalangan bumiputera

akhimya mencetuskan rasa marah dan bend orang Kadazandusun. Murut dan Cina. Tindak-tanduk Datu Mustapha pada tahun-tahun akhir pemerintahannya

bukan saja menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan dalarn kalangan

bumiputera bukan Islam dan orang-orang Cina malahjuga mewujudkan ketegangan hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri. Isu-isu yang menimbulkan ketegangan adalah seperti desakan untuk mendapatkan kuasa autonomi Sabah. peranan Datu Mustapha dalam Pertubuhan Islam Antarabangsa, bantahan Mustapha

terhadap jalinan hubungan diplomatik Malaysia-China dan saranan Mustapha untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Akibat daripada perkembangan yang tidak memberangsangkan dari segi

hubungan Kuala Lumpur- Kota Kinabalu dan ketidaksenangan kebanyakan warga

Sabah terutamanya bumiputera bukan Islam dan orang Cina terhadap pemerintahan

Datu Mustapha telab membawa kepada penubuhan sebuab parti politik baru iaitu Parti Bersatu Rakyat lelata Sabah (BERJAYA). BERJAYA muncul pada 15 lulai

14

Page 15: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan POlillk Sabah

1975 dan kelahirannya direstui kepimpinan Persekutuan dan digerakkan oleh kepemimpinan tempatan yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Datu Mustapha seperti Donald Stephens (Fuad Stephens), Harris Salleh dan Peter Mojuntin. Dalam pilihan raya negeri 1976 parti BERJAYA telah menewaskan parti Perikatan USNO-SCA sekali gus membolehkannya menubuhkan Kerajaan Negeri Fuad Stephens telah dilantik menjadi Ketua Menteri yang baharu dan Harris Salleh sebagai timbalannya. Daripada 48 kerusi yang dipertandingkan, BERJAYA mendapat 28 kerusi dan USNO 20 kerusi. Kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh BERJAYA datang dari kalangan pengundi Kadazandusun dan Cina manakala USNO mendapat kerusi di kawasan majoriti bumiputera Islam, SCA gagal mendapat sebarang kerusi. 25

Kemenangan BERJAYA sebagai multi-racial party membawa satu perubahan kepada sokongan majoriti pengundi kepada parti pelbagai kaum. Situasi ini terbukti dalam pilihan raya tersebut apabila BERJAYA mendapat 53.86 peratus undi, USNO 37.33 peratus dan SCA 6.42 peratus. Kejayaan BERJAYA dan pelantikan Fuad Stephens memberi harapan baharu kepada masyarakat KadazanDusun dan Murut yang merasakan mereka terpinggir pada zaman pemerintahan USNO-SCA. Harapan masyarakat Kadazandusun dan Murut tidak kesampaian sepenuhnya apabila Stephens terbunuh dalam nahas kapal terbang pada 6 Jun 1976 bersama-sama pemimpin-pemimpin BERJAYAyang lain seperti Salleh Sulong, Chong Thian Vun, Peter Mojuntin dan Darius Binion.26

Harris Salleh, timbalan presiden BERJAYA dilantik menggantikan tempat Fuad Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah. Pemimpin-pemimpin KadazanDusun yang lain seperti James Ongkili dan Joseph Pairin Kitingan terus memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan hak masyarakat bumiputera bukan Islam khususnya dan masyarakat Sabah amnya. Di pihak Ketua Menteri, Harris Salleh menjalankan tugasnya mengikut lunas parti yang berasaskan pelbagai kaum dan cuba memenuhi janji-janji seperti dalam manifesto pilihan raya BERJAYA. Dengan sokongan padu daripada majoriti penduduk Sabah dalam penggal pertama pentadbirannya Harris Salleh telah beljaya melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan negeri Sabah. Dasar pembangunan negeri adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dalam hal ini Harris mendapat sokongan kuat daripada Kerajaan Pusat terutama sekali dari segi bantuan kewangan. Kejayaan BERJAYA dalam melaksanakan rancangan pembangunan negeri telah menyebabkan BERJAYA beroleh mandat besar dalam pilihan raya negeri 1981.2' BERJAYA mendapat 44 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan iaitu 91.67 peratus manakala USNO hanya mampu memperoleh empat kerusi atau 8.33 peratus (Suruhanjaya Pilihan raya 1981).

Pad a masa penggal pertama pemerintahannya Harris Salleh memberi kebebasan bergerak kepada semua agama dan budaya di samping memberi perhatian kepada kepentingan bumiputera Islam. Beliau telah meneruskan dasar penyebaran

15

Page 16: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

agama Islam dan menggalakkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUlS) menjalankan kegiatan dakwah Islamiah secara sistematik. Akan tetapi, penyebaran dakwah Islam dan usaha-usahanya menjaga kepentingan bumiputera Islam itu dianggap tidak dapat menandingi usaha yang telah dilakukan oleh Datu Mustapha dan USNO. Malah, bumiputera Islam menganggap Harris Salleh lebih mementingkan keperluan dan kepentingan bumiputera bukan Islam terutamanya orang Kadazandusun untuk bergerak aktif dalam gerakan agama Kristian dan budaya mereka. Harris Salleh menjalankan dasar demikian untuk mendapatkan sokongan daripada kedua-dua pihak bumiputera Islam dan bukan Islam tetapi tindakannya itu mengelirukan kedua-dua pihak yang akhimya menyebabkan beliau tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada bumiputera Islam dan bukan Islam. Situasi ini terserlah dalam penggal kedua pemerintahannya, 1982 hingga 1985.

Dalam penggal kedua pemerintahannya Harris Sal\eh bukan saja menghadapi tentangan dari luar partinya terutama sekali USNO, malah beliau mendapat tentangan dari kalangan pemimpin BERJAYA sendiri khususnya pemimpin KadazanDusun. Pergeseran ini telah membawa keretakan hubungan dalam parti sekali gus melemahkan kepemimpinan parti BERJAYA dan ketokohan Harris Salleh sendiri.lI Antara tindakan Harris Salleh yang menjejaskan hubungan dan sokongan terbadapnya ialah:

• Memecat Kumpulan 17 dan pemimpinnya Datu Abd. Hamid Datu Mustapha dari jawatannya sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyinggung perasaan bumiputera Islam.

• Menekankan pembangunan di bandar, sekali gus bumiputera di pedalaman berasa terpinggir.

• Kesan tindakan Joseph Pairin Kitingan yang keluar dari BERJAYA dan kemenangannya dalam pilihan raya keeil Tambunan atas tiket Bebas pada 29 Disember 1984.

• Tindakan memecat Joseph Pairin Kitingan dari BERJAYA dan melucutkan jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Peru mahan menyinggung perasaan masyarakat Kadazandusun yang amat menghormati Pairin sebagai pemimpin agung mereka.

• Tindakan Harris Salleh 'menghukum' orang Tambunan dengan menurunkan tarafTambunan sebagai sebuah daerah selepas calon BERJAYA kalah dalam pilihan raya kecil Tambunan.

• Mengelompokkan semua etnik bumiputera tennasuk keturunan Filipina dan Indonesia dalam kategori Peribumi dalam Banci Pen dud uk 1980 dianggap cuba menghapuskan identiti etnik tertentu dan menyinggung perasaan bumijlUtera Sabah terutamanya orang KadazanDusun dan Murut.

16

Page 17: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Polilik. Sabah

Segal a tindakan dan kesan berikutnya telah membawa kepada munculnya sebuah parti politik baharu iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Joseph Pairin Kitingan pada awal tahun 1985. Di sam ping Pairin Kitingan, PBS didukung oleh pemimpin-pemimpin muda KadazanDusun seperti Mark Koding, Bernard Dompok, Joseph Kurup, Andrew Vitalis dan Mathius Majihi. PBS adalah parti pelbagai kaum tetapi pucuk pimpinannya didominasi oleh kaum Kadazandusun. Parti yang baharu ini berjaya menumbangkan BERJAYA dalam pilihan raya negeri pada 10 Apri11985, 40 hari selepas kemunculannya. PBS berjaya mendapat 25 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan sekali gus membolehkannya menubuhkan Kerajaan Negeri yang baharu. USNO mendapat 16 kerusi dan BERJAYA enam kerusi 29 (Suruhanjaya Pilihan Raya 1985). Keputusan piJihan raya itu menunjukkan majoriti orang KadazanDusun dan Cina mengundi PBS iaitu 98, 843 bumiputera Islam kembali menyokong USNO iaitu seramai 74,087 dan BeIjaya hanya mendapat 13 peratus undi.

Kemenangan PBS tidak dapat diterima oleh sebahagian pimpinan USNO yang menganggap Pairin Kitingan 'mungkir janji' untuk bekerjasama dengan USNO jika kedua-dua parti itu berjaya menumbangkan BERJAYA. Lantaran itu, penyokong­penyokong USNO dan BERJAYA telah bekerjasama mengadakan demonstrasi di Kota Kinabalu. USNO juga mengajukan writ di mahkarnah membantah penubuhan kerajaan PBS yang mendakwa pelantikan Datu Mustapha sebagai Ketua Menteri pada malam 23 April adalah sah. Untuk meredakan ketegangan, para pemimpin Persekutuan mencadangkan satu formula perkongsian kuasa yang dinamakan Formula Sabah diterapkan dalam Kerajaan Negeri. Formula ini menggariskan PBS dan USNO diterima dalam Barisan Nasional (BN), Pairin Kitingan terus kekal menjadi Ketua Menteri dan Pengerusi BN negeri. Datu Mustapha menarik balik writ yang diajukan di mahkamah. Bagaimanapun, Formula Sabah itu ditolak oleh Pairin Kitingan. Lantaran itu, pilihan raya negeri 1986 diadakan untuk menguji sejauhmana PBS terus diterima oleh majoriti rakyat Sabah.

Dalam pilihan raya terse but PBS mendapat kemenangan besar apabila paTti itu berjaya mendapat 34 kerusi berbanding dengan 25 kerusi yang diperolehinya dalam pilihan raya negeri 1985, pertambahan sembi Ian kerusi, manakala USNO hanya mendapat 12 kerusi sahaja. Pengundi bumiputera Islam berpecah-belah sarna ada menyokong USNO, Berjaya mahu pun PBS. Sedangkan, majoriti Kadazandusun dan orang Cina mengundi PBS.

Setelah beIjaya mendapat mandat yang besar PBS telah diterima masuk dalam gabungan BN. Walau bagaimanapun, hubungan di antara Pairin Kitingan dengan pemimpin-pemimpin Federal terutama sekali Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed adalah dingin. Hubungan semakin tegang apabiJa PBS lantang membuat tuntutan demi tuntutan memperjuangkan 'hak Sabah untuk orang Sabah'. Antara tuntutan yang dimaksudkan ialah:30

17

Page 18: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

• Menuntut dikaji semula Perkara 20 Sabah yang sebahagian besamya te1ab dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia manakala perkara-perkara

agama. bahasa dan pendidikan telah diselaraskan oleh Kerajaan Negeri

setelah diluluskan dalarn Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semasa

Datu Mustapha menjadi Ketua Menteri. • Menuntut tambahan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 perarus. • Menuntut pelaksanaan dasar Borneonisasi untuk semua jawalan

Persekutuan di Sabah. • Menuntut dikembalikan semula pentadbiran Labuan daripada Persekutuan

kepada Negeri Sabah.

• Meminta Kerajaan Persekutuan hertindak tegas terhadap isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) Filipina dan Indonesia dan menghantar mereka pulang ke

negeri asal.

• Menuntut supaya Sahah mempunyai rangkaian stesen radio dan televisyennya sendiri.

• Meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Segala tuntutan PBS itu telah menimbulkan keresahan dan ketidaksenangan

di pihak pemimpin-pemimpin dan Kerajaan Persekutuan sekali gus menambahkan ketegangan hubungan kedua-duanya. Keadaan bertarnbah meruncing apabila isu­

isu ini berkumandang dalam manifesto pilihan raya PBS 1990 dengan laungan 'Sabah

untuk orang Sabah'. Laungan yang lantang itu telah membakar semangat anti-Federal dan anti-Semenanjung malah anti-Islam dalarn kempen-kempen pilihan raya negeri 1990. Akibatnya. PBS berjaya memperoleh kemenangan besar terutama sekali di

kawasan majoriti orang KadazanDusun, Murut dan orang Cina. Situasi ini

mendatangkan kesan tidak sihat bukan sahaja dari segi hubungan Persekutuan dengan Negeri malah dari segi perpaduan warga Malaysia umumnya dan Sabah khususnya.

Keputusan pilihan raya negeri 1990 itu menunjukkan PBS berjaya mendapat

36 kerusi dan USNO memperoleh 12 kerusi di kawasan majoriti bumiputera Islam terutarnanya di pantai timur Sabah.J1 Keputusan itu mempunyai implikasi penting

dari segi perirnbangan politik antara bumiputera Islam dan bukan Islam dan impaknya

ke atas hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

The 1990 state elections have had an important impact on, and pose serious implications for the state and for the nation. The issues raised reflected ethnicity and religious tensions and strained relations between the federal and slate governments on such important issues as religion,education, language,

18

Page 19: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Polilik Sabah

Borneonization and immigration. Although the PBS was returned to power in Sabah with a strong two-third majority, the state-centre relationship did not improve. The elections results indicated the polarization of voters toward the Christian­led PBS and the Muslim-led USNO.32

Kemenangan besar yang diperoleh PBS telah memberi keyakinan penuh kepada pucuk pimpinan PBS untuk terus berjuang mengikut tempo kenegerian yang di anggap membelakangkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan membawa Sabah jauh dari pemupukan pembinaan negara-bangsa dan perpaduan Malaysia. Faktor kemenengan besar dan keyakinan yang baharu diperoleh ditambah pula dengan rasa yang amat kecewa terhadap layanan Kerajaan Persekutuan yang dianggap tidak adil kepada negeri menyebabkan kepimpinan PBS berpaling kepada Tengku Razaleigh Hamzah pemimpin gabungan parti pembangkang Semangat 46, Democratic Action Party (DAP) dan Parti Rakyat Malaya dan bekerjasama dengan mereka pada saat akhir menjelang pilihan raya umum 1990.

PBS telah keluar dari BN lima hari sebelum pilihan raya berlangsung. Sesungguhnya, tindakan Pairin Kitingan ini mengundang kemarahan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed yang menganggapnya 'menikam dari belakang'. Tambahan pula, pada waktu itu pengagihan kerusi sudah dilakukan dan tentunya pada anggapan BN, PBS akan memperoleh kerusi tersebut secara 'automatik' .Kesan tindakan PBS ini telah meningkatkan ketegangan hubungan pusat-negerLTekanan demi tekanan dirasakan PBS terutama sekali dari segi bantuan pembangunan dan pentadbiran yang melibatkan Kerajaan Persekutuan. Di pihak Persekutuan pula mereka mengkaji semula pcruntukan kewangan pusat kepada negeri Sabah. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan negeri, akan tetapi tidak menggugat keutuhan kepimpinan PBS. PBS terus memperjuangkan tuntutan Sabah untuk orang Sabah walaupun pad a masa yang sarna PBS dianggap meminggirkan bumiputera Islam.

Untuk memecah kebuntuan krisis politik yang melanda Sabah itu kepimpinan Pus at berpendapat ada baiknya permintaan sebahagian warga Sabah yang menginginkan UMNO bertapak di Sabah dipenuhi pada saat yang genting inL UMNO berjaya dibawa masuk ke Sabah pada bulan Februari 1991 dan calon UMNO memenangi pilihan raya kecil Usukan pada 12 Mei 1991.33 Menjelang pilihan raya negeri 1994 UMNO dan BN telah mengatur strategi berkempen dengan slogan "Sabah Baru" iaitu menjanjikan pelaksanaan be be rap a program. Antara lain ialah program pembangunan luar bandar dan pedalaman, meningkatkan prasarana sekolah­sekolah di Sabah, menubuhkan sebuah universiti di Sabah dan projek perindustrian melalui pembentukan zon perdagangan bebas.34 Pada masa yang sarna, pemimpin­pemimpin kanan PBS seperti Mark Koding dan Yong Teck Lee telah keluar daripada

19

Page 20: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Sablhah Osman

PBS dan menubuhkan parti politik masing-masing. Mark Koding menubuhkan Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR)dan Yong Teck Lee menubuhkan Sabah People Progressive Party (SAPP). Kedua-dua parti ini telah diterima masuk BN.

Keputusan pilihan raya negeri 1994 menyaksikan PBS masih memenanginya

biarpun mendapat kemenangan yang tipis iaitu 25 kerusi berbanding dengan keputusan pilihan raya negeri 1990 manakala BN yang ditunjangi UMNO dan dianggotai AKAR, SAPP dan Liberal Democratic Party (LDP) telah mendapat 23 kerusi.u Walaupun PBS memenangi pilihan raya itu, Kerajaan Negeri yang dibentuk menghadapi beberapa rintangan kerana upacara angkat sumpah Ketua Menteri tertangguh selama 36 jam. Belurn pun sampai tiga minggu mentadbir, enam ahli Dewan Undangan dari PBS keluar dari parti dan menyertai gabungan BN. Keadaan ini telah menggoncangkan kedudukan PBS dan Pair in Kitingan sebagai Ketua Menteri. Akibatnya, pada 17 Mac 1994 Pairin Kitingan dan PBS terpaksa berundur bagi membolehkan parti-parti

gabungan BN menubuhkan Kerajaan Negeri yang baharu. Sakaran Dandai daripada Parti UMNO dilantik menjadi Ketua Menteri.

Perkembangan pada masa terdekat pasca-pilihan ray a dan muslihat yang digerakkan oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan BN telah membawa kepada pemimpin-pemimpin utama PBS meninggalkan parti dan menubuhkan parti politik KadazanDusun dan Murut yang baharu iaitu Parti Demokratik Sabah

(PDS) (kemudiannya dikenali sebagai United Pasokmomogun KadazanDusun Murut Organization (UPKO» diterajui Bernard Dompok dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pimpinan Joseph Kurup. Kedua-dua parti ini kemudiannya telah diterima menyertai BN.

Perkembangan seterusnya ialah Perdana Menteri telah mengotakan janji pilihan raya negeri 1994 bagi melaksanakan penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah dalam kalangan komponen parti gabungan BN Sabah. Tempoh penggiliran ditetapkan dua tahun bertujuan memberi peluang kepada setiap presiden parti komponen yang terdiri daripada pelbagai etnik atau kaum itu memegang jawatan

Ketua Menteri mengepalai pentadbiran negeri. Dalam sistem penggiliran ini seramai tujuh orang pemimpin BN Sabah berkesempatan memegangjawatan Ketua Menteri. Penggiliran dimulakan dengan Sakaran Dandai untuk beberapa bulan kerana dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri. Beliau diganti oleh Salleh Said Keruak dari Parti UMNO, diikuti oleh Yong Teck Lee dari SAPP dan selepas itu Bernard Dompok dari PDSIUPKO. Bernard Dompok hanya berpeluang menjadi Ketua Menteri selama satu tahun kerana tewas dalam pilihan ray a negeri 1999. Jawatan Ketua Menteri selepas itu disandang oleh Osu Sukam dari UMNO. Setelah dua tahun menerajui pentadbiran negeri tempatnya diambil alih oleh Chong Kah

Kiat dari Parti LDP. Pada tahun 2003, jawatan Ketua Menteri dipegang pula oleh MusaAman dari UMNO. Setelah keadaan politik menjadi stab ii, sistem penggiliran

20

Page 21: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Polilik Sabah

jawatan ketua menteri tidak lagi dilaksanakan. Tambahan pula, pada awal tahun 2002 PBS telah kembali ke pangkuan BN sekali gus Sabah tidak lagi berdepan dengan parti pembangkang.

Sejak BN mengambil alih pimpinan Kerajaan Negeri, Sabah mengalami kepesatan pembangunan kerana dana bantuan pembangunan Persekutuan terus mencurah masuk seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya 'Sabah Baru' 1994. Sebuah institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Malaysia Sabah telah berjaya ditubuhkan.36 Kerajaan BN telah melaksanakan rancangan pembangunan berdasarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Sabah dcngan penekanan kepada Pelan Induk Perindustrian Sabah. Hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan terus dipupuk erat

Setelah lima tahun mentadbir Sabah, kerajaan BN negeri berjaya mendapat mandat baharu yang lebih selesa setelah BN memenangi 31 daripada 48 kerusi dalam Pilihan raya Negeri 1999. 17 lagi kerusi diperoleh PBS yang pada waktu itu masih menjadi pembangkang. Pada awal tahun 2000, PBS menyertai kerajaan apabila diterima masuk dalam gabungan BN negeri. Politik Sabah kelihatan bertambah stabil walaupun kedengaran rungutan dan bantahan berterusan tentang isu-isu seperti pendatang tanpa izin dan isu tanah peribumi. Hal yang dipentingkan majoriti rakyat Sabah ialah pembangunan terutama sekali pembangunan di luar bandar dan pedalaman.)7 Oleh itu, politik pembangunan mengatasi politik ethno-nationalism ('the politics of development appears to have replaced the politics of ethno­nationalism in the rural areas'). Oleh itu, pembangunan di Sabah tetap diteruskan biarpun pucuk pimpinan bertukar ganti. Kesernua peneraju komponen parti BN itu mengamalkan visi dan misi yang selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Persekutuan dalam kerangka Dasar Pembangunan Nasional.

Dalam keadaan politik Sabah yang stabil tanpa parti pembangkang yang kuat kecuali calon-calon Parti Keadilan, Pasok, DAP, Bersekutu dan Bebas, tidak menghairankan apabila BN Sabah memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya negeri 2004. BN mendapat 59 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan. Satu kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas iaitu John Ghani dari N.26 Kuala Penyu. Dalam pilihan ray a 2004 ini ramai calon BN yang menang tanpa bertanding, manakala calon Bebas rarnai yang hilang wang pertaruhan.31

Keputusan pilihan raya negeri 2004 adalah selaras dengan keputusan pilihan raya urnum 2004 kerana kedua-duanya mendapat kernenangan yang besar. Isu pembangunan dan perpaduan yang dibangkitkan dalam kernpen-kernpen pilihan raya telah berjaya meraih keyakinan majoriti pengundi mernilih BN. Keadaan ini ditambah pula dengan sumbangan faktor BN sebagai kerajaan yang memerintah memiliki jentera pilihan raya yang cekap, sumber kewangan yang banyak dan bagi Sabah kemasukan semula PBS dalam gabungan BN telah menggalakkan ramai

21

Page 22: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Sob/halt Osmon

pengundi Kadazandusun dan Murut mengundi BN. Sementara itu., di pihak calon­

calon pembangkang, kebanyakannya tidak mempunyai jentera pilihan raya yang teratur dan kekurangan sumber kewangan telah membataskan gerakan kempen mereka. Tambahan pula, pada waktu itu kurangnya isu yang benar-benar boleh

meyakinkan pengundi supaya menyokong mereka kecuali di Kuala Penyu kerana masalah calon. BN yang tidak popular dalam kalangan penduduk di kawasan pilihan raya tersebut.)'

KESIMPULAN

Masalah ini telah membincangkan bagaimana pembangunan politik Sabah banyak ditentukan oleh faktor pemimpin, parti politik, pilihan raya dan isu-isu yang dibangkitkan sarna ada dalam manifesto ataupun dalam kempen-kempen pilihan

raya. Kesemua faktor ini menentukan nasib parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya. Sejak mencapai kemerdekaan melalui penyertaannya dalam Malaysia, warga Sabah menyaksikan kemunculan beberapa buah parti politik yang dapat mempengaruhi dan meraih ramai sokongan dan pengikut. Bagaimanapun, terdapat parti politik yang kerdil sifatnya dan tenggelarn ditelan masa tetapi ada juga parti yang kuat, sangat berkuasa sehingga dapat bertahan memerintah Sabah selama tiga

penggal seperti USNO yang mendominasi pemerintahan Parti Perikatan USNO­SeA, 1967-1975, Berjaya 1976-19865 dan PBS 1985-1994.

Kejayaan dan kegagalan parti politik memperoleh kuasa sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pemimpin. Akan tetapi, kepemimpinan poJitik kerap terjebak dalam pertelagahan dan persaingan di antara tokoh-tokoh besar negeri seperti Datu Mustapha Datu Harun, pemimpin USNO dengan Donald Stephens. pemimpin UPKO, Harris Salleh dari Parti BERJA VA dengan Joseph Pair in Kitingan dari PBS. Malah, percekcokan juga berlaku di antara Harris SalJeh dengan Datu Mustapha pada tahun 1975-1985 dan Datu Mustapha dengan Pairin Kitingan pada

tahun 1985-1990. Pertelagahan dan persaingan amat ketara dalam empat era pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah anlara tahun 1963 hingga 1994.

Seperti yang berlaku di Semenanjung, pergolakan politik yang melibatkan parti dan pemimpin sering dikaitkan dengan faktor perkauman atau keetnikan yang mendasari kepelbagaian penduduk Malaysia amnya dan warga Sabah khususnya. identiti kaum atau etnik pula masih terikat kepada unsur agama, bahasa dan budaya.

Dalam mengharungi perkembangan pembangunan dan cabaran politik pasca kemerdekaan, pertentangan bercorak perkauman atau keetnikan sentiasa menghantui perjalanan pembangunan politik Sabah di samping faktor hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

22

Page 23: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Po/iltk Sabah

NOTA

1 Untuk keterangan lanjut sila Iihat Jabatan Perangkaan Malaysia 2007, Jadual 2.2 Negeri Sabah.

1 J.P. Ongkili 1967, The Borneo Response to Malaysia 1961 -63. Singapore: Donald Moore Press; dan Iihat juga Margaret RofT, 1974, The Politics of Belonging: The Political Change in Sabah and Sarawak. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hIm 86.

3 Untuk keterangan lanjut mengenai hal ini, sila rujuk tulisan penulis "Perkembangan politik Sabah", dalam Hairi Abdullah et al. 1986 Sabah Perubahan dalam Pembangunan Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah.

• Perbincangan tentang isu-isu ini boleh dirujuk dalam Sabihah Osman, 1985, Penladbiran Bumiputera Sabah 1881-1941, Bangi, UKM-Yayasan Sabah dan D.S.Ranjit Singh, 2000, The Making of Sabah 1865-1941 The Dynamics of indigenous Society. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

, British North Borneo Herald, 1933,1 Februari 1933, 1934 dan 1935.

6 Sabihah Osman, 1986, Perkembangan PoUlik Sabah ,hIm. 74, temu bual penulis dengan Datuk Haji Zakaria Gunn pada 26 Jun 1979 dan pada 28 bulan Januari 1982.

7 Sepanjang pemerintahan SBBUB, tidak terdapat sebuah pun maktab latihan perguruan di Sabah. Dalam hal ini, Sabah jauh tertinggal ke belakang daripada Semenanjung dan Sarawak. Lihat Sabihah Osman, "D.J. Jardine and Native Education", SUMBER, Jumal Ilmu Pembangunan dan Sumber Alam,UKM,Bangi, 1986, hlm.94.

• Keterangan lanjut tentang Harun Aminurrasid boleh dirujuk Sabihah Osman, "Perkembangan Politik Sabah."

9 Ibid, hlm.79.

10 Ibid, hIm. 82.

1\ Ibid, hlm.83.

23

Page 24: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

1% Hamdan bin Aziz, "Parti Politik USNO dan BERJAYA di Sabah 1961-1996 ....

Tesis Sarjana Sastera (Sejarah), Universiti Malaysia Sabah. 2005, hlm.49. lihatjuga Mohd Sarim Mustajab, "Kcgiatan Persuratan dan Persatuan Sosio-budaya di Sabah .... Mohd Sarim Mustajab, (ed.). Warisan Budaya Sabah Etnisiti J(Jn MasyaraJwt, Kota

Kinabalu, Universiti Malaysia Sabah. him. 1 52.

J] Ahmad Adam, 1999, The Genesis of Socio-Political Consciousness in Sabah

dalam Piyanart Bunnag 'franz Knipping,'Sid Chonchirdsin (cds.) Europe-Southea.u Asia in the Contemporary World: }.Iutuallmages and Reflections I 940-1 960s, Asia­

Europe Sludies Series Vol. 6 Nomos Verlagsgesellschaft Baden-Baden.

14 Abd. Naddin Shaiddin. uK.Bali Dalam Kcnangan".Dewan Bahasa, DBP,Ogos., 1999 dan Yamamoto Hiroyuki, "Forcigners'Nationalism"in Malaysia: Donald

Stephens and K.Bali in the Making of Sa bah Nationhood", SEJAR.4H, Jurnal Jabatan

Sejarah Universiti Malaya. No.9 2001, him. 57.

IS Mohd. Sarim Mustajab, "Kegiatan Persuratan dan Persatuan Sosio-budaya di

Sabah". him. 1 55-156.

16 Keterangan lanjut mengenai perkembangan persekolahan dan maktab latihan perguruan dan kesannya boleh dirujuk. Maili Lamsin, "Sejarah Maktab Perguruan Sabah: 1952-1996".Tesis Sarjana Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sab~ 2004 dan Sabihah Osman 2005 "Dari Sekolah ke Menara Gading: Perkembangan Pendidikan di Sabah". Ahmat Adam, (ed.). Kenang-kenangan Sepuluh Tahun Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

17 Sabihah Osman, 1986, Perkembangan Politik Sabah, dalam Hairi Abdullah et 01. Sabah Perubahan dalam Pembangunan Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia! Yayasan Sabah 71-134.

II Untuk keterangan lanjut sila lihat J.P. Ongkili, 1967, The Borneo Response to

Malaysia 1961-63. Singapore: Donald More Press, him. 68 .

•• Sabihah Osman. Perkembangan Politik Sabah. 71-133.

20 Uesugi Tomiyuki. 2000, Migration and Ethnic Categorisation atlnternational Frontier. A Case of Sabah, East Malaysia dalam Abe Ken-ich~ Ishii Masako (eds.) Popu/aJiol1

Movement in Southeast Asia: Changing Identities and Slrategies for Survival, The Japan Center for Area Studies National Museum of Ethnology Osaka, 33-56.

24

Page 25: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Polilik Sabah

21 Edwin Lee, 1977, The Towkay o/Sabah. Singapore: Singapore University Press.

hIm. 77.

22 Roff, 1974. hIm. 91.

2] Ibid, hIm. 86.

14 J.P. Ongkili 1972, Modernization in East Malaysia, 1960-70. Kuala Lumpur:OUP 66 dan Margaret Roff, 1969, The Rise and Demise of the Kadazan Nationalism, Journal o/Southeast Asian History, Vol. 10 No.2. him. 343.

25 Suruhanjaya Pilihan Raya 1976.

26 Bernard Sta. Maria, 1978. The Golden Son o/the Kadazan. Seremban: Unknown Publisher. him. 65.

27 Darman Shah Hj. Asakil, 1985/6, Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Faham

Perkauman di Sabah: Satu Analisis dari Sudut Peranan Parti-parti Politik 1961-1985, Latihan I1miah labatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 202,204 dan Jenar Lamdah 1981 Datuk Harris Mohd Salleh dengan PolitikSabah. Kuala Lumpur:Atta Sdn. Bhd. 88 dan 91.

21 Dzulkifli Abdul Hamid, 1986, Integrasi Politik Untuk Pembangunan, Seminar Kebangsaan Integrasi dan Pembangunan Sabah, Fakulti Sains Pembangunan UKM Bangi, 31 dan Darman Shah, 1985/86, 234.

29 Suruhanjaya Pilihan Raya 1985.

10 Sabihah Osman, 1992, The 1990 Sabah State Elections: Implications for Malaysian Unity, Asian Survey, April 1992, 380-391.

3\ Suruhanjaya Pilihan Raya 1990 dan Berita Harian 18 lulai 1990.

J2 Sabihah Osman 1992, hIm. 388 .

)) Ibid, hIm. 390.

25

Page 26: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

,. Francis Loh Kok Wah 1991, Sabah Baru dan Pujukan Pembangunan: Penyelesaian Hubungan Persekutuan-Negeri Dalam Malaysia., dalam Francis Loh Kok Wah, (ed.)

Sabah and Sarawak: The Politicl of Development and Federalism, Kajian Malaysia ..

Vol. xv. No.l&2 JanJDec. 1991,3.

lS Suruhanjaya Pilihan Raya 1994.

J6 Sabihah Osman 2005, Dari Sekolah Ke Menara Gading: Sejarah Pendidikan di Sabah dalam Ahmat Adam (ed.), Kenang-kenangan Sepuluh Tahun Universili Malaysia Sabah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 43-68.

J7 Temu bual dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan di Seri Bersatu, Luyang 7 Januari 2004.

JI Laporan Akhir Penyelidikan Kajian Pilihan raya Negeri Sabah 2004: Isu dan Cabaran, Sekolah Sa ins Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

,. Ibid.

RUJUKAN

Darman Shah Hj. Asakil. 1985/1986. Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan

Faham Perkaurnan di Sabah: SaruAnalisi~ Dari Sudut Peranan Parti-part.i Politik 1961-1985, Latihan Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak Diterbilkan).

D.S.Ranjit Singh. 2000. The Making of Sabah /865-/941 The Dynamics of

Indigenous SOCiety. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Edwin Lee. 1977. The Towkay of Saban Singapore: Singapore University Press. Francis Loh Kok Wah. 1997. (ed.). Sabah and Sarawak: The Politics of Developmeru

and Federalism. Kajian Malaysia, Vol. XV. No.1. hIm: 7-13. Hamdan bin Aziz. 2005. Parti Politik USNO dan BERJAYA di Sabah 1961-1996.

Tesis Sarjana Sastera [Sejarah), Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. (Tidak Diterbitkan).

HaiTi Abdullah, et 01. 1986. Sabah: Perubahan dalam Pembangunan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah.

J.P. Ongkili. 1967. The Borneo Response to Malaysia /96/-63. Singapore: Donald Moore Press.

J.P. Ongkili. 1912. Modernization in East Malaysia, /960-70. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

26

Page 27: PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN SEJARAH › fksw › images › files › BIL14-2008... · parti-parti politik, pilihan raya -pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya

Pembangunan Poliliic Sabah

Jenar Lamdah. 1981. Datuk Harris Mohd Salleh Dengan Politik Sabah. Kuala Lumpur: Atta Sdn. Bhd.

Margaret RofT. 1974. The Politics of Belonging: The Political Change in Sabah and Sarawak. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Margaret Roff. 1969. The Rise and Demise ofthe Kadazan Nationalism. Journal of Southeast Asian History. Vol. 10, No.2. him. 343.

Maili Lamsin. 2004. Sejarah Maktab Perguruan Sabah: 1952-1996. Tesis SaJjana [Sejarah), Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. (Tidak Ditcrbitkan).

Mohd Sarim Mustajab. 2004. "Kegiatan Persuratan dan Pcrsatuan Sosiobudaya di Sabah", Dim. Mohd Sarim Mustajab [editor]. Warisan Budaya Sabah Etnisiti dan Masyarakat. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Sabihah Osman. 1985. Pentadbiran Bumiputera Sabah 1881-1941. Bangi: UKM­

Yayasan Sabah. Sabihah Osman. 1986. "Dol. Jardine and Native Education", SUMBER: Jurnal I1mu

Pembangunan dan Sumber Alam. Vol. 1: him. 94. Sabihah Osman. 1992. The 1990 Sabah State Elections: Implications for Malaysian

Unity, Asian Survey, Vol. 1. April. him. 380-391. Sabihah Osman. 2005. "Dari Sekolah ke Menara Gading: Perkembangan Pendidikan

di Sabah". Dim. AhmatAdam. (ed.). Kenang-kenangan Sepuluh Tahun Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1985. Laporan Pilihan Raya 1985. Kuala Lumpur: Government Printing.

Uesugi Tomiyuki. 2000. "Migration and Ethnic Categorisation at International Frontier:

A Case of Sabah, East Malaysia". Dim. Abe Kenichi & Ishii Masako (eds). Population Movement in Southeast Asia: Changing Identities and Strategies for Survival. The Japan Center for Area Studies National Museum of Ethnology Osaka, Jepun.

27


Recommended