PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN
KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIC
NURUL AINA BT ABDUL KARIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN
KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya : NURUL AINA BINTI ABDUL KARIM
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan
syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak.
5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.
6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA
RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : LOT 2919, PM. DR ZALEHA ISMAIL
KG CHABANG 4 CHETOK,
17040 PASIR MAS, KELANTAN.
Tarikh : 18 APRIL 2010 Tarikh : 18 APRIL 2010
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan
surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
(NAMA PENYELIA)
PENGAKUAN
Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Tandatangan : ........................................
Nama Penyelia 1 : PROF MADYA DR ZALEHA ISMAIL
Tarikh :
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS
TALIAN BAGI TAJUK STATISTICS
NURUL AINA BINTI ABDUL KARIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan (Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2010
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”
Tandatangan : _______________________
Nama Penulis : NURUL AINA BINTI ABDUL KARIM
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ayahanda dan bonda tercinta
Abdul Karim Ismail dan Sakinah Mat Ali
Jasamu memberi dorongan, pengorbanan dan tunjuk ajar yang jitu tidak
ternilai harganya dan tiada tolok bandingnya.
Juga doa yang sentiasa mengiringi anakanda sepanjang meneruskan
pengajian di
Universiti Teknologi Malaysia.
Terima kasih kerana sentiasa bersama walaupun jauh di mata.
Kepada abang dan adik-adik yang dikasihi,
terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan
Buat teman-teman juga yang sentiasa memberi dorongan,
galakan serta doa kalian
untuk sama-sama terus berjaya
Semoga jasa anda semua diberkati dan dirahmati ALLAH sentiasa.
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, akhirnya saya berjaya menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan
kepada Prof Madya Dr Zaleha Ismail selaku penyelia PSM 1 dan PSM 2 yang telah
memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya sehingga saya berjaya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Jutaan terima kasih buat ibu bapa, rakan seperjuangan yang membangunkan
sistem sokongan kendiri atas talian ini, Amirudin, Azida dan Asyikin serta rakan-
rakan lain yang terlibat secara langsung atau tidak atas doa, dorongan, sokongan dan
bantuan yang diberikan sehingga projek ini dapt dihasilkan. Jasa kalian amat
dihargai. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.
Wassalam
v
ABSTRAK
Pemikiran statistik (Statistical Thinking) adalah strategi pemikiran yang
melibatkan penakulan logik dan analitik. Ianya akan menilai keseluruhan masalah,
komponen-komponen yang wujud dalam permasalah tersebut. Pemikiran statistik bukan
hanya mementingkan pemahaman masalah dan penyelesaian, tetapi menekankan proses
penyelesaian yang terlibat. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran
metematik KBSM yang menekankan penakulan metematik (Mathematical Reasoning).
Walaupun KBSM memfokuskan kepada pemikiran kreatif dan kritis, penakulan dan
penyelesaian masalah, namun di peringkat pelaksanaan lazimnya, penumpuan terbatas
kepada kemahiran prosedur. Disamping itu, pembelajaran berasaskan web adalah satu
alternatif yang berkesan dalam pendidikan kerana kaedah ini menyediakan pembelajaran
perpusatkan pelajar. Kini, pembelajaran yang menggunakan e-pembelajaran banyak
diterapkan di sekolah dimana terdapat sekolah yang melanggan beberapa web portal
yang sedia ada yang hanya menekankan pembelajaran berasaskan peperiksaan (Exam
Oriented) semata-mata. Berbeza dengan web portal yang sedia ada, web portal yang
dibangunkan ini menerapkan unsur-unsur pemikiran statistik yang menjangkau isi
kandungan di sekolah. Bagi membangunkan web portal Pemikiran Statistik ini, perisian
sistem pengurusan kursus yang dikenali sebagai Moodle telah dipilih kerana mempunyai
ciri-ciri interaktif, mesra pengguna dan reka bentuknya yang menyokong prinsip
konstruktivisme social. Model ADDIE digunakan untuk membangunkan web
pembelajaran ini. Pelbagai bahan e-pembelajaran interaktif disediakan seperti aktiviti
yang menggunakan Lesson, Quiz, Assignment, Forum, Chat, Journal, yang disediakan
oleh Moodle dan menggunakan beberapa perisian lain untuk membangunkan web ini.
Persekitaran pembelajaran web portal ini turut disertakan grafik, audio, video dan
animasi yang menarik.
vi
ABSTRACT
Statistical thinking is a mode of thinking that includes both logical and analytical
reasoning. It evaluates the "whole" of a problem, as well as its component parts, and
attempts to assess the effects on the whole of changing one or more variables. It attempts
to understand not only problems and solutions but the processes involved. This strategy
is paralleled with the objective mathematics education in KBSM which emphasize
mathematical reasoning. In the current practice, the learning of statistic only
concentrated on procedural skill instead of KBSM emphasize on creative thinking,
reasoning and problem solving. On the other hand, web based learning is viewed as an
effective means of delivering courses in education because this method can support
students-centered learning. Nowadays, many schools encourage their students to learn
through e-learning which they subscribed web portal in market. Unfortunately, these
web portals are too exam oriented. Different from the web portals in the market, this
web portal focuses on statistical thinking strategies. The web portal was constructed on a
course management system software name Moodle. Moodle is interactive and user
friendly while supporting the principles of social constructivism. To ensure the
developments are systematic, ADDIE’s models are adopted. This web portal provides
different of interactive activities which develop using Lesson, Quiz, Assignment, Forum,
Chat, and Journal that provide by Moodle. Besides that, the learning environment is
enhancing with interactive graphics, audio, video and animation.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Kepentingan Projek
1.5.1 Pelajar
1.5.2 Guru
1.5.3 Sekolah
1.5.4 Ibu bapa dan masyarakat
8
8
9
9
9
1.6 Skop dan batasan projek 10
1.7 Kerangka Teori Projek 11
1.8 Definisi Istilah 12
viii
1.8.1 Pelajar
1.8.2 Web Portal Pendidikan
1.8.3 E-pembelajaran
1.8.4 Sistem Sokongan Kendiri atas Talian
1.8.5 Pengajaran
1.8.6 Pembelajaran
1.8.7 ICT
1.8.9 Pemikiran Statistik
12
12
12
13
13
14
14
14
1.9 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 E-pembelajaran
2.2.1 Definisi e-pembelajaran
2.2.2 Kelebihan e-pembelajaran
16
17
18
2.3 Portal Pendidikan 20
2.3.1 Kelebihan Portal Pendidikan
2 .3.2 Contoh Portal Pendidikan di
Malaysia
2.3.3.1 Web Portal Pendidikan
Utusan Malaysia
2.3.3.2 Cikgu. Net
2.3.3.3 Guru.net
2.3.3.4 Score A
2 .3.3 Contoh Portal Pendidikan Luar
Negara
2.3.3.1 CoolMath.com
2.3.3.2 IXL
21
21
22
23
23
24
24
25
25
2.4 Moodle 25
2.4.1 Kelebihan Moodle
2.5 Konstuktivisme Sosial
26
28
2.6 Pemikiran Statistik 29
ix
2.7 Penutup 31
3 PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan
3.2 Kaedah Pelaksanaan
3.2.1 Analysis (Analisis)
3.2.1.1 Sukatan Pelajaran
3.2.1.2 Sasaran Pengguna
3.2.1.3 Pemikiran Statistik
3.2.1.4 Persekitaran Pembelajaran
3.2.2 Design (Rekabentuk)
3.2.3 Development (Pembangunan)
3.2.3.1 Prosedur Pembangunan Nota
Pengajaran Guru (Lecture
Note)
3.2.3.2 Prosedur Pembangunan Nota
Pembelajaran dan Latihan
Pelajar (Learn & Practice)
3.2.3.3 Prosedur Pembangunan Kuiz
(Test Yourself)
3.2.3.4 Prosedur Pembangunan
Tugasan Offline
3.2.3.5 Prosedur Pembangunan
Forum
3.2.3.6 Prosedur Pembangunan
Chat
3.2.3.7 Prosdur Pembangunan Journal
3.2.3.8 Prosedur Pembangunan Video
3.2.3.9 Prosedur Pembangunan Hot
Potatoes Quiz
3.2.4 Implementation ( Pelaksanaan)
3.2.5 Evaluation (Penilaian)
32
32
34
34
35
35
39
40
41
42
46
49
50
50
51
52
52
53
56
56
x
3.3 Penutup 57
4 HASIL PEMBANGUNAN
4.1 Pengenalan 58
4.2 Sistem Sokongan Kendiri Atas talian
4.2.1 Skrin ‘Login’
4.2.2 Penyusunan dan struktur penyampaian
bahan e-pembelajaran
4.3 Hasil projek bahan e-pembelajaran bertajuk
Statistic
59
60
61
61
4.3.1 Nota Pembelajaran dan latihan
(Learn & Practice)
4.3.2 Kuiz (Test Yourself)
4.3.3 Nota guru (Lecture Note)
4.3.4 Crossword Puzzle - Hot Potatoes
4.3.5 Tugasan Offline (Do It Offline )
4.3.6 Forum (Who Child Is Smater?)
4.3.7 Forum
4.3.8 Perbualan (Chat)
4.3.9 Jurnal (Journal)
63
64
65
67
68
69
71
71
72
4.4 Pengujian 73
4.5 Penutup 74
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan projek 75
5.3 Keistimewaan dan kebaikan web portal
Statistics
77
xi
5.4 Kelemahan web portal Statistics 79
5.5 Masalah yang dihadapi 79
5.6 Cadangan penambahbaikan dan
pembangunan pada masa hadapan
80
5.7 Kesimpulan 81
RUJUKAN 82
LAMPIRAN 85
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1
3.2
Jadual item soalan, jawapan, maklumbalas dan
kesalahan lazim bagi kuiz
Ruang lingkup isi kandungan pembangunan
38
40
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Teori Projek 11
2.1 Dimensi 1: kitaran penyiasatan bagi rangka kerja
‘Statistical Thinking’
23
3.1 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 31
3.2
3.3
Permasalah yang dimasukkan dalam ruangan forum
yang melibatkan pemikiran statistik
Skrin Slide Presentation
37
43
3.4 Skrin Slide Presentation di simpan dalam format
HTML
43
3.5 Skrin Fail slide presentation yang di zipkan 43
3.6 Skrin yang menunjukkan untuk memuat naik fail nota 44
3.7 Skrin yang manunjukkan butang untuk memuat naik
fail nota
44
3.8 Skrin carian fail untuk di muat naik 44
3.9
3.10
3.11
Skrin lokasi butang Turn editing on
Skrin lokasi Add a Resource
Skrin menunjukkan url diperolehi dan dimasukkan
45
46
3.12 Skrin menunjukkan Add an activity 47
3.13 Skrin menunjukkan lesson yang ingin dibina 47
3.14
3.15
Skrin pilih image untuk dimasukkan dalam lesson
yang ingin dibina dan
Skrin carian fail gambar yang ingin dimasukkan
48
48
3.16 Skrin menunjukkan pilihan untuk membina soalan 49
3.17 Skrin menunjukkan pilihan untuk mamasukkan
soalan dari bank soalan ke Kuiz
49
3.18 Skrin menunjukkan ruangan forum yang akan dibina 51
3.19
3.20
3.21
Carta alir pembangunan Hot Potatoes Quiz
Skrin Jcross
Skrin JMatch
53
54
55
xiv
4.1 Skrin Login 60
4.2 Skrin Create new account 60
4.3 Skrin pilihan topik 60
4.4
4.5
4.6
4.7
Skrin Main Menu topik ‘STATISTICS’
Skrin yang menunjukkan penggunaan butang navigasi
Skrin latihan dan maklumbalas dalam nota
pembelajaran dan latihan
Skrin maklumbalas bagi jawapan yang salah bagi
topik ‘Statistics’
62
63
63
64
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
Skrin maklumbalas bagi jawapan yang betul bagi
topik ‘Statistics’
Skrin paparan markah
Skrin pilihan untuk menyimpan nota
Slide yang terus dimainkan dalam mode skrin penuh
Skrin learning outcome bagi subtopic Pictograms
64
65
66
66
67
4.13 Skrin ‘Cross words puzzle’ yang dibangunkan
menggunakan perisian ‘Hot Potatoes’
68
4.14 Skrin tugasan bagi topik ‘Statistics’ 69
4.15 Skrin forum yang memberi arahan untuk aktiviti
Statistical Thinking
70
4.16
4.17
4.18
4.19
Skrin yang menunjukkan pelajar perlu untuk menekan
‘Reply’ untuk memberikan pandangan
Skrin forum diskusi untuk membincangkan masalah
pelajar
Skrin Aktiviti Chat
Skrin journal
70
71
72
72
xv
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment
HTML - Hypertext Markup Language
JPEG - Joint Photographic Experts Group
UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
ABM -
NCTM -
LMS -
LAN -
WAN -
ICT -
NITA -
IPTA -
Alat Bantu Mengajar
National Council of Teaching of Mathematics
Learning Management System
Local Area Network
Wide area network
Information Communicaton Tecnology
National Information Technology Agenda
Institusi pengajian tinggi awam
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
B
C
D
Kerangka kerja Statistical Thinking
Contoh Nota pembelajaran pelajar
Contoh soalan tugasan
Contoh soalan ruangan Kuiz
85
86
89
90
1
BAB I
1.1 Pengenalan
Dalam menuju era pendidikan yang lebih berkesan dan berkualiti untuk
pendidikan bertaraf dunia, kurikulum di sekolah telah digubal mengikut perubahan
perkembangan teknologi maklumat yang ada kini. Menurut Roziah (2007), kurikulum
baru mengandungi literasi maklumat dan komunikasi dengan menggunakan sains dan
teknologi Kemunculan sekolah bestari di Malaysia pula telah menyebabkan perubahan
pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Baharudin,
2002) yang mana pelajar dan guru dilatih ke arah penggunaan komputer dan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kini, kurikulum matamatik sangat menitikberatkan penggunaan ICT
sebagaimana yang dinyatakan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Sukatan
Pelajaran Matematik (2004): In the teaching and learning of Mathematics, the use of
technology especially ICT is greatly emphasized. Teknologi merupakan satu alat yang
penting dalam perkembangan matematik. Dengan perkembangan teknologi, keupayaan
untuk menyelesaikan masalah atau mengaplikasikan matematik dalam kehidupan
seharian menjadi lebih pantas dan tepat. Pelbagai alat elektronik seperti kalkulator dan
software dibangunkan untuk tujuan tersebut. Perkembangan teknologi ini juga telah
membawa kepada penggunaan teknologi maklumat (IT) sebagai sumber. Teknologi
2
membolehkan guru menyesuaikan pengajaran dan pembelajaran dan menarik perhatian
pelajar. Murid-murid yang mempunyai tumpuan perhatian yang rendah mungkin akan
lebih berminat dengan tugasan menggunakan komputer dan murid-murid yang kurang
kemahiran berinteraksi mungkin lebih selesa mempelajari matematik melalui
penggunaan komputer (Azman et al, 2002).
Dalam menuju sebuah negara maju, teknologi maklumat telah berkembang pesat
dalam pelbagai bidang. Tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Sains dan matematik
telah diberi keutamaan dalam merealisasikan perkembangan sains dan teknologi (Noor
Diyana, 2008). Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil pelbagai
inisiatif dalam menyediakan kemudahan komputer dan memperkembangkan
penggunaan IT serta menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat
melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan
berakhlak mulia (PIPP, 2006-2010). Ini merupakan tanggungjawab yang amat besar
bagi kerajaan yang disandarkan kepada guru-guru sekolah agar dalam membangunkan
modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain
daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah mengalami perubahan yang
mana pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah. Pelajar boleh belajar di
mana-mana sahaja dengan bantuan teknologi iaitu belajar secara dalam talian (online)
atau disebut juga sebagai E-Pembelajaran (E-Learning). Pelbagai sumber pengajaran
dan pembelajaran disalurkan menerusi web dan internet bagi merealisasikan E-
Pembelajaran ini. Dalam era teknologi yang meluas kini, portal pendidikan dapat
dibangunkan dengan lebih mudah. Terdapat beberapa badan bukan kerajaan yang
mengambil peluang ini dengan membangunkan portal pendidikan bagi
memperkembangkan lagi pembelajaran berasaskan teknologi makluma. Antaranya ialah
Portal Pendidikan Utusan Malaysia yang menyediakan e-Tuisyen untuk pelbagai
3
peringkat pengajian iaitu bermula dengan pelajar yang akan menduduki peperiksaan
UPSR hinggalah pelajar Pra-Universiti.
Perkembangan teknologi dalam pendidikan juga kini semakin berkembang. Pada
penghujung tahun 2008, Menteri Besar Datuk Ahmad Said mengumumkan satu
program e-books akan diberikan untuk setiap pelajar tahun 5 di negeri Terangganu
(Bernama, 2008). Ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan penggunaan teknologi
dalam pendidikan.
Konsep matematik boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk interaktif dan
terkini melalui pembangunan web portal matematik. Dengan kemudahan teknologi ICT
dan unsur multimedia dalam dunia pendidikan matematik kini, keindahan Matematik
lebih mudah ditonjolkan dan menyeronokkan (Noor Diyana, 2008) sekali gus dapat
menarik perhatian pelajar untuk belajar.
Kurikulum Matematik juga telah mengalami beberapa perubahan. Pada lewat
tahun 70-an, satu pembaharuan kurikulum telah dibuat iaitu pengenalan kepada
matematik moden. Pendekatan pengajaran ketika ini lebih menekankan kepada
pemahaman konsep, diikuti dengan penekanan terhadap pengiraan. Pada tahun 80-an,
kurikulum telah di gubal sekali lagi agar dapat meimbangkan antara kemahiran dan
pemahaman pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan penyelesaian masalah yang
melibatkan masalah harian yang dihadapi oleh pelajar.
Pada 1986, National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) mewujudkan
Commision on Standards for School Mathematics sebagai satu cara untuk meningkatkan
kualiti institusi pendidikan matematik. Matlamat piawaian (Commision on Standards for
School Mathematics) ialah pelajar belajar untuk menilai matematik; pelajar
berkeyakinan dengan kebolehan mereka untuk membuat matematik; pelajar berupaya
4
untuk menjadi penyelesai kepada masalah metematik; pelajar belajar untuk
berkomunikasi menggunakan metematik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam matlamat menuju Wawasan 2020 iaitu hasrat Malaysia menjadi sebuah
negara maju, agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem
pendidikan bertaraf dunia (PIPP, 2006-2010). Dengan itu, kaedah pengajaran dan
pembelajaran juga perlu berubah agar sistem pendidikan tidak ketinggalan di belakang.
Guru dan pelajar perlu menghadapi cabaran globalisasi dan perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan mengaplikasikan kemudahan tersebut dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Kepelbagaian ragam dan tingkah laku pelajar di dalam kelas juga merupakan
satu faktor yang menyumbang kepada rasional penggunaan teknologi dalam pendidikan
memandangkan teknologi yang ada pada masa kini mampu untuk mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kaizan (2008), guru yang mendekati
pelajar dengan kepelbagaian jenis kaedah akan menjadikan proses P&P itu berkesan
kepada pelajarnya dan ciri kepimpinan guru pula adalah bersifat demokratik.
Kadangkala, pelajar lebih aktif bertanya dan melakukan aktiviti semasa berada di alam
maya berbanding dalam kelas memandangkan pelajar tidak perlu risau atau malu untuk
berhadapan dan berinteraksi dengan guru ketika berada di alam maya.
Dengan menggunakan e-pembelajaran, pelajar boleh mengulang isi pembelajaran
sehingga mencapai kepuasan bagi sesuatu topik sebelum mempelajari topik lain. Bahan-
5
bahan interaktif yang ada juga membantu meningkatkan lagi keseronokan untuk belajar.
Masa untuk belajar juga lebih fleksibel dan boleh dilakukan di mana sahaja sekiranya
pelajar mempunyai komputer dan rangkaian internet.
Sistem pendidikan di Malaysia juga tidak menitik berat pemikiran dalam
pembelajaran matematik. Soalan-soalan biasanya lebih menekankan kepada kemahiran
pelajar menjawab soalan rutin, menggunakan formula dan menggunakan prosedur bagi
menjawab soalan. Pelajar kurang diberi peluang untuk berdiskusi berkenaan soalan
matematik, mencari kaedah penyelesaian sendiri, meneroka tentang matematik, meneka
atau meramal hasil yang akan diperolehi berdasarkan masalah dan tidak dibiasakan
untuk menjawab masalah-masalah yang bukan rutin di dalam kelas. Ini menyebabkan
ilmu matematik hanya difokuskan untuk menjawab soalan di dalam peperiksaan dan
bukannya di gunakan dalam kehidupan seharian. Ini menjadikan pengetahuan matematik
kurang terbina dan menjadikan pelajar kurang menghargai metematik sebagai ilmu yang
bermanafaat untuk mereka.
Keadaan seperti ini hampir sama dengan situasi yang digambarkan oleh Ben-
Zvi(1996). Beliau menyatakan pembelajaran statistik hanya tertumpu kepada menghafal
fakta dan prosedure. Konsep statistik hanya bersandarkan situasi sebenar, suasana
pembelajaran adalah tetap dan biasanya akan mempunyai satu jawapan yang tepat bagi
setiap soalan. Walaupun masalah yang sebenar diutarakan, namun cara penyelesaiannya
yang mempunyai satu sahaja jawapan betul menjadikan masalah yang diutarakan kurang
releven, membosankan dan rutin semata.
Satu lagi kekangan yang biasa diutarakan oleh guru-guru untuk menggalakkan
pemikiran dalam mempelajari stastistik adalah tidak mempunyai masa yang mencukupi
dan tekanan untuk menghabiskan silibus, dan kurangnya pengetahuan dan minat.
6
Dengan itu, tradisi pembelajaran lama diteruskan asalkan pelajar mendapat markah yang
tinggi dalam peperiksaan dan menaikkan peratus sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Kesuntukan masa dalam bilik darjah menjadi kekangan bagi guru untuk
menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beban kerja yang
berat juga menjadikan guru tidak berkesempatan membangunkan alat bantu mengajar
yang baik untuk proses P&P.
Dengan itu, e-pembelajaran merupakan alternatif dalam membantu pelajar
mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak lagi bergantung kepada guru sepenuhnya
untuk mendapat ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, guru juga boleh mengambil
inisiatif untuk menyampaikan ilmu di luar bilik darjah dengan berhubung dengan
mereka selepas waktu pembelajaran. Selaras dengan itu, satu projek e-pembelajaran
berbentuk web dilaksanakan bagi menghasilkan produk menyokong pembelajaran di
dalam kelas dan membantu pembelajaran kendiri untuk pelajar. Pengkhususan kali ini
adalah Matematik tingkatan dua topik Statistik.
Masalah pembelajaran pelajar seperti tidak berkeupayaan untuk mempelbagaikan
penyampaian, kegagalan menyelesaikan masalah statistik di luar latihan rutin mereka,
dan tidak boleh berkomunikasi dan berhujah dalam matematik menjadi masalah kepada
guru untuk memperkembangkan pemahaman matematik. Dengan itu, penerapan
pemikiran statistik dalam pembelajaran akan menggalakkan pelajar untuk berfikir
pelbagai situasi bagi menyelesaikan masalah statistik. Pelajar akan didedahkan dengan
7
pengenalan untuk mengumpul dan mendapatkan data, mempelbagaikan persembahan
data, mengambil kira situasi yang luar dari kebiasaan untuk diselesaikan, penaakulan
dengan simbol atau lambang statistik, dan mengintegrasikan statistik dangan kehidupan
seharian mereka. Untuk menggalakkan pemikiran statistik dalam pembelajaran,
pemahaman konsep juga penting bagi membolehkan pelajar menyelesaikan masalah
dalam pelbagai kaedah. Pemikiran statistik juga akan menggalakkan mereka untuk
berinteraksi bagi membincangkan masalah yang dialami. Ini akan membentuk keyakinan
dalam diri pelajar, perwatakan yang positif, mengajar mereka membuat keputusan,
memupuk semangat ingin tahu dan kebolehan mereka untuk mencipta sesuatu masalah
dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek pembangunan e-pembelajaran ini ialah untuk
membangunkan sebuah web portal dengan menggunakan Moodle sebagai Learning
Management System (LMS) bagi topik Statistic dalam matapelajaran Matematik
Tingkatan 2 KBSM. Ia mengandungi:
1. Sumber Pembelajaran Pelajar yang merangkumi nota untuk pemahaman
konsep stastistik dan latihan
2. Sumber Pengajaran Guru yang dapat digunakan oleh guru sebagai bahan
bantu mengajar di dalam kelas
3. Kuiz pengukuhan mengikut subtopik
4. Ruangan Pemikiran Statistik yang menggalakkan pelajar menganalisis,
membanding serta berfikir secara kreatif dan kritis.
5. Forum dan Perbualan