PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI SIFAT JIRIM BAGI MATA PELAJARAN
FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT
NORLIZAYATI BINTI OTHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
Untuk emak dan keluarga tersayang….. Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan
Untuk teman-teman yang banyak membantu terutamanya… Hairilasri, Liza, kak Zool, Rini, Dayah, Liana, Sham, Razima,
dan semua teman-teman yang sama-sama melalui suka dan duka sepanjang di UTM..
Terima kasih atas bantuan kalian…
Kepada PM Dr. Shaharom Noordin.. Terima kasih atas bimbinganmu
Segala teguran dan curahan ilmu yang diberikan akan dijadikan panduan di masa hadapan
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini bagi memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik).
Jutaan terima kasih saya tujukan kepada penyelia saya, Prof. Madya Dr. Hj.
Shaharom Bin Noordin yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar
kepada saya. Segala teguran dan ilmu yang dicurahkan akan dijadikan panduan di
masa hadapan.
Buat ibu dan keluarga yang banyak memberikan sokongan terutama dari segi
kewangan, sesungguhnya ia amat membantu dalam menyiapkan projek ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada penilai yang terlibat dalam
menilai MPK iaitu guru-guru di Sek. Men.Keb. Derma, Kangar Perlis, Sek.
Men.Keb.Marang, Terengganu, Sek Men.Teknik Perdagangan, Sek. Men. Teknik JB,
Sek. Men. Keb. Aminudin Baki, Sek. Men. Keb. St. Joseph, JB, serta Sek. Men. Keb.
Paduka Tuan Segamat, Johor. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan dan semua pihak
yang terlibat dalam menyiapkan projek ini sama ada secara langsung atau tidak
dalam kajian ini.
v
ABSTRAK
Pemilihan bahan P&P yang bermutu merupakan salah satu aspek yang
menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru,
pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) ini merupakan satu
inovasi oleh pengkaji dalam menyumbang kepada peningkatan mutu bahan P&P di
negara ini. Kajian ini adalah untuk membina tiga Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
iaitu MPK 1: Teori Kinetik Jirim, MPK 2: Ketumpatan Bahan dan MPK 3:
Kekenyalan Bahan yang memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) (PPK, 2003)
untuk digunakan dalam mata pelajaran Fizik tingkatan empat. Ketiga-tiga MPK ini
dibina menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Ia dinilai
kesesuaiannya melalui dua peringkat penilaian formatif iaitu oleh empat orang guru
Fizik di peringkat Penilaian Formatif Satu dengan Satu dan 12 orang guru Fizik
dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil merentas pembolah ubah bebas tempoh
mengajar. Satu set borang Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Guru)
(Shaharom, 1994) dijadikan sebagai alat kajian. Hasil dapatan kajian ditafsir
menggunakan analisis statistik deskriptif berbentuk min, sisihan min, maksimum dan
minimum. Keputusan kajian menunjukkan bahawa MPK yang dihasilkan sesuai
digunakan sebagai bahan P&P bagi mata pelajaran Fizik pada peringkat PFSS dan
PFKK. Malah, tiada perbezaan status kesesuaian merentas tempoh mengajar pada
kedua-dua peringkat penilaian formatif. Pembinaan MPK telah disokong oleh kajian-
kajian terdahulu dan penggunaannya telah diakui membawa implikasi positif dalam
usaha memartabatkan mutu bahan dalam proses P&P di negara ini.
vi
ABSTRACT
Selecting a good teaching and learning materials is one of the factors that
contribute to the improvement of students and teachers’ education level. Therefore,
the development and evaluation of this Self Instructional Module (SIM) is an
innovation by the researcher in order to improve the quality of teaching and learning
materials in this country. This study is dedicated in developing three Self
Instructional Module (SIM), that were MPK 1: Teori Kinetik Jirim, MPK 2:
Ketumpatan Bahan and MPK 3: Kekenyalan Bahan that fill the syllabus (PPK, 2003)
to be used in the Form Four Physics subject. All three of these SIM were developed
by using Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Its’ suitability was tested through
two stages of Formative Evaluation; that were by four Physics teachers in the One-
to-One Formative Evaluation stage and twelve Physics teachers involved in the
Small Group Formative Evaluation across the free variable teaching period. A set of
Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Guru) (Shaharom, 1994) was
used as an evaluation instrument. The study findings were analysed by using
Descriptive Statistical analysis in the form of mean, mean deviation, maximum and
minimum. The result of the study show that SIM that had been produced were
suitable to be used as a teaching and learning materials for the subject of Physics for
both of Formative Evaluation. Even more, there were no difference between the
sutability status across the teaching period for both of the Formative Evaluation
stages. This SIM had been supported by the earlier study and its’ usage had been
approved as to have yields a positive result in the effort to glorify the materials’
quality in the teaching and learning process for this country.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.1.1 Mutu Bahan 3
1.1.1.1 Teks 4
1.1.1.2 Menilai Aktiviti 6
1.1.1.3 Gambar Rajah 7
1.1.1.4 Menilai Objektif Pembelajaran 9
1.1.1.5 Menilai Ringkasan Bab 10
1.1.6 Menilai Soalan Akhir Bab 11
1.1.2 Kekurangan Pakar MPK 12
1.2 Pernyataan Masalah 13
1.3 Objektif Kajian 14
1.4 Persoalan Kajian 14
viii
1.5 Rangka Kerja Konsep 15
1.6 Kepentingan Kajian 16
1.6.1 Pelajar 17
1.6.3 Guru 18
1.6.4 Penggubal kurikulum 19
1.7 Skop Kajian 20
1.8 Takrifan 20
1.8.1 Guru Fizik 20
1.8.2 Kesesuaian 20
1.8.3 Modul Pengajaran Kendiri 21
1.8.4 Pembinaan 21
1.8.5 Penilaian Formatif 21
1.8.6 Tempoh Mengajar 22
1.9 Rumusan 22
II SOROTAN PENULISAN 24
2.0 Pendahuluan 24
2.1 Teori Berkaitan Dengan Pembinaan
dan Penilaian MPK 24
2.1.1 Model-model MPK 25
2.1.1.1 Model Burns 25
2.1.1.2 Model Klingstedt 26
2.1.1.3 Model Eijl 28
2.1.1.4 Model Meyer 28
2.1.1.5 Model de Vito 30
2.1.2 Model Teras-Cabang 31
2.1.3 Rasional Penggunaan Model
Teras-Cabang 37
2.1.4 Penilaian Formatif 38
2.1.4.1 PFSS 38
ix
2.1.4.2 PFKK 39
2.1.4.3 PL 40
2.1.5 Pembelajaran Pengguasaan 40
2.2 Kajian-kajian Berkaitan Pembinaan Dan
Penilaian MPK 44
2.3 Rumusan 50
III PENGKAEDAHAN 52
3.0 Pendahuluan 52
3.1 Kandungan MPK 52
3.1.1 MPK 1: Teori Kinetik Jirim 53
3.1.2 MPK 2: Ketumpatan Bahan 53
3.1.3 MPK 3: Kekenyalan Bahan 54
3.2 Subjek Kajian 54
3.3 Alat Kajian 55
3.4 Tatacara Kajian 56
3.4.1 Kajian Tahap Satu: 58
3.4.2 Kajian Tahap Dua 58
3.5 Kajian Tahap Tiga: Analisis Data 58
3.6 Andaian 60
3.7 Batasan Kajian 61
3.8 Rumusan 62
x
IV KEPUTUSAN KAJIAN 63
4.0 Pendahuluan 63
4.1 Kajian Rintis 63
4.2 Kajian Sebenar 64
4.2.1 Persoalan Kajian 1 65
4.2.2 Persoalan Kajian 2 66
4.2.3 Persoalan Kajian 3 67
4.2.4 Persoalan Kajian 4 69
4.3 Rumusan 71
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 72
5.1 Ringkasan dan Perbincangan 73
5.2 Kesimpulan 79
5.3 Implikasi 80
5.3.1 Pelajar 80
5.3.2 Guru 83
5.3.3 PPK 84
5.3.4 Penerbit Buku 85
5.4 Cadangan 85
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 87
5.6 Rumusan 88
BIBLIOGRAFI 89
LAMPIRAN A – I 95
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Tafsiran Indeks 6
4.1 Analisis Data PFSS oleh Guru Fizik
Bagi Ketiga-tiga MPK 65
4.2 Analisis Data Secara Keseluruhan dalam
PFSS 66
4.3 Analisis Data PFKK oleh Guru Fizik
Bagi Ketiga-tiga MPK 66
4.4 Analisis Data Secara Keseluruhan dalam
PFKK 67
4.5 Analisis Data PFSS oleh Guru Fizik bagi
Ketiga-tiga MPK Merentas Tempoh Mengajar 68
4.6 Analisis Data Secara Keseluruhan dalam
PFSS Merentas Tempoh Mengajar 69
4.7 Analisis Data Secara Keseluruhan dalam
PFKK Merentas Tempoh Mengajar 70
4.8 Analisis Data Secara Keseluruhan dalam
PFKK Merentas Tempoh Mengajar 71
5.1 Perbandingan Analisis PFSS dan PFKK
Pengkaji Merentas Pemboleh Ubah 74
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 15
2.1 Komponen Dalam Model Teras-Cabang
(Shaharom, 1994) 32
2.2 Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) 33
2.3 Model Pembelajaran Pengguasaan 41
3.1 Rangka Kerja Keseluruhan
(Shaharom, 1994) 57
xiii
SENARAI SINGKATAN
MPK Modul Pengajaran Kendiri
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PFKK - Penilaian Format Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu
PL - Penilaian Lapangan
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
JPK - Jadual Pemeringkatan Kesesuaian
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
(Guru)
B Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK Untuk Guru
C Tajuk Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
D Pengesahan Pakar Bidang
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah-Sekolah,
Maktab-Maktab Perguruan, Jabatan-Jabatan Pendidikan Dan
Bahagian-Bahagian Di Bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia
F Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti
G Syarat-syarat Perkhidmatan untuk Perlantikan Jawatan Guru
H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah-Sekolah,
Maktab-Maktab Perguruan, Jabatan-Jabatan Pendidikan Dan
Bahagian-Bahagian Di Bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia
xv
I Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat bagi
Bab Sifat Jirim (Teori Kinetik Jirim, Ketumpatan dan
Kekenyalan Bahan).
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia adalah berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan (Falsafah Pendidikan Negara : 1.)
Justeru pelbagai pihak harus mengambil inisiatif bagi merealisasikan
kehendak negara termasuklah guru. Guru dapat menjalankan pelbagai inisiatif seperti
menyediakan program kepimpinan, aktiviti kemasyarakatan termasuklah
menyediakan bahan pembelajaran yang bermutu. Menjenguk ke halaman jurnal,
ditulis :
“Teachers sit down to formulate curriculum objectives, go on devise
methodologies that puts them into practice and which in due course lead to
appropriate achievement by pupils (Educational Studies, 1975 : 3).”
Di samping menyediakan fakta-fakta penting Fizik, guru berperanan
menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sarat dengan maklumat dan aktiviti
yang mampu menggalakkan pembelajaran pelajar, seterusnya membuka minda
mereka.
2
“Aktiviti di kalangan pelajar dikira sebagai satu cara untuk menggerakkan
mereka berfikir dan membolehkan mereka memahami (Wan Zah, 1992: 5).
Buku teks dan rujukan merupakan bahan penting pelajar dalam memahami
sesuatu mata pelajaran. Namun, adakah buku-buku tersebut memenuhi sukatan mata
pelajaran? Pihak yang terlibat seolah-olah lebih mementingkan wang ringgit daripada
mutu dan kualiti bahan. Guru pula diharapkan agar mampu meningkatkan prestasi
para pelajar dengan adanya bahan-bahan tersebut. Jadi, guru seharusnya sedar
tentang kekangan yang wujud dalam bahan-bahan tersebut dan mengambil langkah
yang lebih berkesan seperti menjalankan penyelidikan terhadap buku-buku teks dan
rujukan yang berada di pasaran, menyarankan buku-buku terbaik untuk pelajar rujuk
dan salah satu cara lagi ialah dengan pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri. Usaha
ke arah mencapai matlamat ini boleh dilakukan menerusi kaedah pembelajaran
bermodul (PB) dengan mnggunakan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Dengan
adanya MPK, guru dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P)
dengan lebih berkesan kerana terdapat kepelbagaian media dan aktiviti yang
disepadukan dalam sesebuah MPK (Shaharom, 1992).
Dengan adanya bahan-bahan pengajaran yang bermutu, guru dapat
menjalankan proses P & P dengan lebih lancar. Seterusnya menyahut kehendak
negara untuk menjadikan pendidikan di negara ini di tahap yang lebih tinggi.
1.1.1 Latar Belakang Masalah
Bahan pembelajaran merupakan asas penting dalam proses P & P. Ia
merupakan alat yang mampu membantu pemahaman pelajar dalam memahami
sesuatu konsep Fizik. Di sini, peranan guru amat penting di mana guru harus
menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang ada untuk menggunakan
bahan-bahan tersebut supaya pelajar dapat membayangkan konsep yang sukar atau
bersifat seni.
3
Menurut Abd Hamid (1990:9);
“Guru harus percaya bahawa bahan yang akan disampaikan kepada pelajar itu
membawa manfaat kepada pelajar”.
Jadi, sebelum proses P & P dilakukan, guru haruslah memastikan bahan-
bahan pembelajaran adalah bermutu dan bahan pengajaran yang disediakan
memenuhi keperluan kurikulum (Shaharom, 2003). Timbul beberapa persoalan di
sini. Wujudkah bahan pembelajaran yang bermutu di Malaysia? Di manakah bahan
bermutu ini boleh diperolehi? Persoalan ini sering timbul di fikiran kerana
kebiasaannya apabila berkunjung ke kedai buku, hanya buku-buku yang diketahui
kurang bermutu dipasarkan. Situasi ini menunjukkan bahawa kurangnya buku-buku
yang bermutu di pasaran. Justeru, pelajar banyak didedahkan dengan buku-buku teks
dan rujukan yang ‘sekadar ada’ di pasaran. Keadaan ini pastinya membimbangkan
sekiranya bahan-bahan P & P yang bermutu ini terus berkurangan.
1.1.2 Mutu Bahan
Buku teks dan rujukan sememangnya banyak di pasaran. Ini kerana,
penggunaan buku teks dan juga bahan-bahan terbitan lain yang bersesuaian
merupakan salah satu cara untuk memperoleh organisasi tajuk dan isi kandungan
pelajaran yang boleh membantu guru melakukan satu pengajaran yang berkesan.
(Shaharom & Mohd Tajudin, 2001) Bahan-bahan ini begitu senang diperolehi oleh
pelajar mahupun guru. Namun, adakah isi kandungan bahan tersebut memenuhi
sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM)? Kewujudan buku-buku teks dan rujukan di pasaran sekadar memenuhi
kehendak penerbit. Kebanyakannya terdiri daripada buku-buku kecil atau nota padat
yang memuatkan fakta semata-mata dan tidak menitik beratkan penglibatan pelajar.
Pelajar hanya disogokkan dengan apa yang benar atau salah dari awal lagi. Jadi,
mereka tidak nampak perkaitan di antara hasil pemerhatian dan kesimpulan yang
4
dicadangkan oleh buku teks atau rujukan tersebut. Kewujudan bahan-bahan seperti
ini telah membunuh aktiviti pelajar kerana dengan kegagalan mencari makna dalam
apa yang dilakukan, mereka tidak dapat mengembangkan hasil dapatan mereka untuk
mengubahsuai sesuatu atau mereka cipta sesuatu yang baru. Oleh itu, lahirlah pelajar
yang hanya bijak menghafal fakta-fakta namun tidak mampu mengaitkan masalah
Fizik dalam kehidupan seharian dengan apa yang dipelajarinya.
Berdasarkan kepada beberapa masalah yang timbul, ahli akademik mula
mengambil langkah menangani dengan menjalankan penyelidikan terhadap bahan-
bahan yang berada di pasaran. Malah, pelajar-pelajar universiti juga telah disedarkan
tentang permasalahan ini. Hal ini telah mendorong pelajar menjalankan beberapa
analisis kuantitatif terhadap buku-buku teks dan rujukan di pasaran. Berdasarkan
kepada analisis kuantitatif tersebut, didapati kebanyakan bahan-bahan tersebut
bermasalah dan perlu dibaiki. Buku-buku teks dan rujukan tersebut telah dibahagikan
kepada beberapa bahagian dalam menjelaskan masalah-masalah yang wujud.
1.1.2.1 Teks Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Teks memainkan peranan penting dalam proses pemahaman pelajar tentang
sesuatu konsep Fizik. Teks yang menarik dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk
lebih mengetahui tentang sesuatu topik pembelajaran.
Menurut Baharuddin et al.(2001:19);
“Teks merupakan tulang belakang dalam penyampaian maklumat dalam
sesebuah sistem”.
Walau bagaimanapun, kebanyakan teks yang digunakan dalam bahan
pembelajaran seperti buku teks dan rujukan berbentuk sehala dan tidak menitik
beratkan penglibatan pelajar.
5
Merujuk daripada analisis kuantitatif yang dilakukan oleh Wong (2001) ke
atas buku Rujukan Lengkap Era 2000 SPM Fizik (Yip & Yee, 2001), mendapati
bahawa nilai indeks bagi teks ialah 0.02, manakala analisis yang dilakukan oleh
Wong (1999) ke atas buku bertajuk Nota Peperiksaan SPM-KBSM Fizik
(Yeap,1999) memperoleh nilai indeks sebanyak 0.08. Selain daripada itu, Hwang
(1999) memperoleh nilai indeks sebanyak 0.26 ke atas buku bertajuk Kuasai
Peperiksaan Fizik KBSM (Yee, 1999). Merujuk kepada Jadual 1 di bawah, nilai
indeks yang diperoleh ini menunjukkan teks yang terkandung dalam buku-buku
tersebut bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Teks yang terkandung
kebanyakannya tidak memerlukan penglibatan pelajar atau menggunakan kemahiran
saintifik .
Analisis yang dilakukan oleh Abu Ani (2000) ke atas buku bertajuk Bantuan
Studi Lengkap Formula Bestari SPM (Tho, 2000), nilai indeks yang diperoleh ialah
0.30, manakala analisis yang dijalankan oleh Tan (2000) memeperoleh nilai indeks
sebanyak 0.34 ke atas buku bertajuk Impresif SPM KBSM Fizik Tingkatan 4 & 5
(Yap & Chua, 1994). Indeks yang diperoleh kurang daripada 1 iaitu nilai yang
seimbang. Namun, telah ada usaha untuk memperbaikinya di mana terdapat teks
yang memerlukan penglibatan pelajar. Walau bagaimanapun, teks yang
berorientasikan penyiasatan masih kurang.
Merujuk kepada Jadual 1, nilai indeks yang sepatutnya ialah menghampiri 1
iaitu kenyataan fakta, kesimpulan dan generalisasi, takrifan dan soalan yang
dikemukakan tetapi terdapat jawapan segera dalam teks haruslah diseimbangkan
dengan soalan yang memerlukan pelajar menganalisis data, kenyataan yang
memerlukan pelajar merumus kesimpulan sendiri, arahan yang memberitahu pelajar
supaya melakukan dan menganalisis sesuatu aktiviti atau kenyataan yang berbentuk
masalah yang akan diselesaikan oleh pelajar dan soalan yang dikemukakan untuk
menarik minat pelajar tetapi tidak terdapat jawapan segera dalam teks.
Keadaan ini bertentangan dengan nilai-nilai indeks yang telah diperoleh
daripada analisis yang dijalankan. Nilai indeks yang diperolehi menunjukkan buku-
buku tersebut adalah bersifat autoritarian. Ia kurang melibatkan pelajar untuk berfikir
6
iaitu teks yang digunakan berbentuk hafalan dan takrifan. Jadi, ia kurang mencabar
kepada para pelajar untuk berfikir.
Jadual 1.1 : Tafsiran Indeks
Bil Indeks Huraian
1. 0 Tiada penglibatan pelajar
2. < 0.4 Autoritatian dan kurang mencabar (Hafalan dan Takrifan)
3. 1.0 Buku yang seimbang (ideal) di antara kenyataan-kenyataan yang
tiada penglibatan pelajar dengan kenyataan-kenyataan yang
memerlukan pemikiran pelajar.
4. > 1.5 Tanpa isi kandungan. Hanya soalan. Tiada cukup data/maklumat
untuk pelajar bekerja dengan berkesan.
5. Infiniti Setiap kenyataan dan setiap gambarajah memerlukan pelajar
membuat analisis. Tanpa isi kandungan
Sumber : Diubahsuai daripada Romey (1968)
1.1.2.2 Aktiviti Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Kita tidak dapat menafikan bahawa hari ini kebanyakan pelajar terlalu terikat
dengan arahan buku teks atau arahan daripada guru. Pelajar jarang dibimbing untuk
berfikir dan memahami rasional secara kaedah sesuatu aktiviti yang dijalankan
Bahan-bahan pembelajaran lebih berorientasikan peperiksaan dan kurang
menyediakan aktiviti pelajar yang dapat merangsang pemikiran mereka.
Walaupun terdapat buku yang menitik beratkan tentang penglibatan pelajar
dalam pembinaan bahan rujukan, tetapi ia masih terlalu kurang. Contohnya, analisis
yang telah dijalankan oleh Phang (2002) ke atas buku KBSM Fizik Tingkatan 5
(Poh, 2002) memeperolehi nilai indeks sebanyak 0.11, manakala Tan (2000) juga
memperolehi nilai indeks yang rendah iaitu 0.25 ke atas buku Impresif SPM KBSM
Fizik Tingkatan 4 & 5. Wong (1999) juga telah menjalankan analisis ke atas buku
7
Nota Peperiksaan SPM-KBSM Fizik (Yap,1999) mendapati nilai indeks yang
diperolehinya ialah 0.32. Analisis yang dijalankan oleh Muhamad Sam (2001) ke
atas buku Bantuan Studi Lengkap Fizik Tingkatan 4 & 5 memperolehi nilai indeks
sebanyak 0.35 manakala Norhafiza (2002) mendapati nilai indeks yang diperoleh
ialah 0.40 ke atas buku Fokus Indigo SPM Fizik Tingkatan 4 & 5 (Lim, Chia & Poh,
2001).
Merujuk kepada Jadual 1, nilai indeks yang diperoleh menunjukkan aktiviti
yang disediakan adalah kurang mencukupi. Ia bersifat autoritarian dan kurang
mencabar. Walaupun nilai indeks yang ditunjukkan menampakkan kemajuan, namun
aktiviti yang memerlukan pelajar berfikir perlu diperbanyakkan.
Merujuk kepada Jadual 1, aktiviti yang disediakan lebih berbentuk
pembacaan dan hafalan. Aktiviti hands-on dan minds-on juga kurang disediakan.
Jadi, pelajar sukar menggambarkan sesuatu konsep Fizik yang abstrak. Sebolehnya
penyediaan bahan P & P adalah daripada sumber yang boleh menggalakkan
pelajar berfikir (Shaharom, 2003).
1.1.2.3 Gambar Rajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Menurut Romey (1968), gambar rajah boleh dibahagikan kepada 2 kategori
iaitu gambar rajah yang digunakan untuk tujuan penerangan dan gambar rajah yang
memerlukan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau menggunakan data. Gambar
rajah yang baik adalah gambar rajah yang seimbang dengan kedua-dua kategori
tersebut. Walaupun gambar rajah banyak disediakan dalam bahan pembelajaran,
kebanyakannya sekadar penerangan kepada fakta semata-mata.
Merujuk kepada analisis yang dijalankan oleh Salfarina (2002) memperolehi
nilai indeks sebanyak 0.00 ke atas buku bertajuk Nota Komprehensif SPM Fizik
Tingkatan 4 & 5 (Christine, 1999). Berdasarkan Jadual 1, nilai indeks yang diperoleh
8
ke atas buku-buku tersebut menunjukkan bahawa aktiviti yang disediakan tidak
melibatkan pelajar. Gambar rajah yang disediakan sekadar penerangan. Justeru,
pelajar menjadi kurang aktif.
Merujuk kepada analisis yang dijalankan oleh Wong (2001) ke atas buku
Rujukan Lengkap Era 200 Fizik SPM (Yip & Yee, 2001) mendapati bahawa nilai
indeks yang diperolehi adalah 0.40. Nilai ini menunjukkan bahawa buku yang
dianalisis tersebut bersifat autoritarian dan kurang mencabar di mana pastinya
gambar rajah yang disediakan tidak mencukupi. Walaupun nilai ini masih mampu
melibatkan pelajar dalam proses P & P, gambar rajah yang disediakan bersifat
autoritarian dan kurang mencabar bagi pelajar.
Berlainan halnya dengan Rosliza (2001) yang telah menjalankan analisis ke
atas buku KBSM Fizik Tingkatan 5 (Chong & Loh,2000), mendapati nlai indeks
yang diperolehinya ialah 1.50. Begitu juga dengan analisis yang dilakukan oleh Soo
(2000) yang telah menjalankan analisis ke atas buku Bantu Studi Lengkap SPM
Ceria Fizik 4 & 5 (Tho,1999) mendapati nilai indeks yang diperoleh ialah 2.31.
Daripada nilai indeks yang diperolehi, buku-buku tersebut mempunyai banyak
gambar rajah yang memerlukan pelajar melakukan aktiviti atau menggunakan data.
Walau bagaimanapun, buku-buku tersebut tidak mempunyai maklumat yang
mencukupi iaitu penerangan gambar rajah mungkin tidak jelas atau ayat yang
digunakan untuk menerangkan situasi gambar rajah tidak mencukupi. Menurut Dick
& Robert, (1989:57);
“We can look at such things as illustrations to determine if they are directly
related to, or reinforcing, what is said in the text” .
Gambar rajah yang baik adalah gambar rajah yang mempunyai penerangan
yang jelas dan mencukupi dan gambar rajah tersebut juga memerlukan pelajar
melakukan aktiviti tertentu. Justeru, kita diharapkan agar dapat menilai sama ada
gambar rajah dalam bahan pembelajaran tersebut dapat menerangkan atau
mengaitkan penerangan pada teks, seterusnya meningkatkan kefahaman pelajar.
9
1.1.2.4 Objektif Pembelajaran Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Objektif pembelajaran menyatakan tingkah laku yang perlu dilakukan oleh
pelajar (Shaharom, 2000). Justeru, ia sangat penting supaya pelajar mengetahui apa
yang diharapkan oleh bahan tersebut di akhir topik yang dipelajari.
“Demi memastikan para pelajar mempunyai penguasaan yang baik terhadap
mata pelajaran yang mereka pelajari, adalah menjadi satu keperluan untuk
memurnikan lagi hasil pembelajaran yang objektif sifatnya yang terdapat
pada sukatan pelajaran (Shaharom, 2003:8)”.
Namun, kebanyakan buku teks dan rujukan yang berada di pasaran tidak
begitu fokus kepada hasil pembelajaran yang dikehendaki. Malah terdapat beberapa
buah buku yang langsung tidak menyatakan objektif pembelajaran.
Merujuk kepada analisis oleh Abu Ani (2000) ke atas buku bertajuk Bantuan
Studi Lengkap Formula Bestari SPM,(Tho, 2000) memperolehi nilai indeks 0.00 di
mana di dalam buku ini langsung tidak menitik beratkan penglibatan pelajar. Begitu
juga analisis yang telah dijalankan oleh Nor Rahimah (2002) ke atas buku Siri
Pelangi Fokus Fizik SPM (4 & 5) dan Norhafizah (2000) ke atas buku bertajuk Teks
Visi Cemerlang SPM Fizik KBSM (4 & 5) (Yee,1995), mendapati bahawa nilai
indeks yang sama iaitu 0.00. Malah terdapat juga buku yang langsung tidak
menyediakan objektif pembelajaran. Hal ini terbukti dengan adanya analisis yang
telah dijalankan oleh Tan (2000) ke atas buku Impresif SPM KBSM Fizik 4 & 5
(Yap & Chua, 1994) dan Muhamad Sam (2001) ke atas buku Bantuan Studi Lengkap
Fizik 4 & 5 mendapati buku-buku tersebut tidak menyediakan objektif pembelajaran.
Ketiadaan objektif pembelajaran menyukarkan pelajar mendapat gambaran
awal tentang sesuatu tajuk. Pelajar masih terawang-awang dengan isi kandungan
topik dan akibatnya mereka tidak dapat membezakan keperluan-keperluan utama
untuk ditambah atau diubahsuai dalam pemikiran mereka.
10
“Objective should communicate, in specific terms, behavioral language,
exactly what the learner is to be able to do upon completion of the module”
(Dick & Robert, 1989: 57).
Justeru, objektif pembelajaran sangat penting bagi pelajar untuk memudahkan
mereka mengaitkan di antara topik-topik kecil dalam setiap tajuk.
1.1.2.5 Ringkasan Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Ringkasan setiap bab bukan sekadar meringkaskan isi kandungan, malah
lebih daripada itu. Ia sepatutnya menyelitkan pengetahuan-pegetahuan semasa atau
kajian terkini berkaitan sesuatu topik (Romey,1968). Jadi, pelajar akan berfikir dan
dapat merangsangkan minat mereka terhadap topik yang dipersembahkan.
Namun, sekiranya diperhatikan, ringkasan bab disediakan ‘ala kadar’ malah
terdapat buku yang tidak menyediakannya. Analisis yang dijalankan oleh Tan (1999)
ke atas buku bertajuk Revisi Diagramatik SPM Fizik (Lim, 1999), mendapati buku
tersebut tidak menyediakan ringkasan bab. Walhal, ringkasan bab mampu
memberikan pengetahuan baru kepada pelajar setiap kali pelajar melangkah ke tajuk
yang baru.
Beberapa analisis kuantitatif yang dijalankan jelas membuktikan bahawa
ringkasan bab diabaikan dalam pembinaan sesebuah bahan. Analisis yang dijalankan
oleh Abu Ani (2000) ke atas buku Bantuan Lengkap Formula Bestari SPM (Tho,
2000), mendapati nilai indeks yang diperoleh ialah 0.00. Begitu juga dengan analisis
yang dijalankan oleh Wong (2001) ke atas buku bertajuk Rujukan Lengkap Era 2000
Fizik SPM (Yip & Yee, 2001), dan Salfarina (2002) ke atas buku Nota Komprehensif
SPM Fizik 4/5 (Christine, 1999) memperoleh nilai indeks yang sama iaitu 0.00.
11
Merujuk kepada Jadual 1, nilai 0.00 menunjukkan tiada penglibatan pelajar.
Jadi, ringkasan bab yang disediakan tidak melibatkan aktiviti pelajar. Ia lebih
berbentuk kepada penyampaian maklumat yang hanya memerlukan kemahiran
mengingat dan menghafal tanpa merangsang pemikiran pelajar berfikir.
1.1.1.6 Soalan Di Akhir Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Soalan di akhir bab disediakan untuk mengukur sejauh manakah pelajar
memahami isi-isi penting yang terkandung dalam sesuatu bahan itu (Sharifah
Alwiah,1984). Soalan ini juga menguji setakat manakah objektif yang dinyatakan di
permulaan bahan telah dicapai oleh pelajar.
Soalan-soalan yang disediakan hendaklah membuka pemikiran pelajar untuk
mengaplikasikan konsep dengan kehidupan seharian, bukannya soalan yang hanya
berorientasikan peperiksaan. Soalan takrifan harus dikurangkan sebaliknya soalan
berbentuk aktiviti pelajar haruslah diperbanyakkan. Sekiranya objektif pembelajaran
itu adalah untuk membina neraca mikro ringkas, jadi soalan di akhir bab akan
memerlukan satu neraca mikro ringkas dibina oleh pelajar (Sharifah Alwiyah,1984).
Walau bagaimanapun, hanya sedikit usaha dilakukan dalam membina bahan-bahan
pembelajaran yang melibatkan pelajar di bahagian soalan di akhir bab. Soalan lebih
kepada penggunaan rumus dan berbentuk hafalan.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Rosliza (2001) ke atas buku KBSM Fizik
Tingkatan 4 & 5 (Chong & Loh, 1994), mendapati nilai indeks yang diperolehi ialah
0.52, manakala nilai indeks yang diperolehi oleh Muhamad Sam (2001) ke atas buku
Bantuan Studi Lengkap Fizik (4 & 5) (Tho, 2000) ialah 0.61. Walaupun nilai indeks
yang diperolehi dikatakan agak seimbang namun, ia lebih mementingkan isi
kandungan daripada aktiviti pelajar.
12
Selain daripada itu, analisis Norhafiza (2002) ke atas buku Fokus Indigo SPM
Fizik (4 & 5) (Lim, Chia & Poh,2001), mendapati nilai indeks ialah 2.10. Nilai
indeks yang hampir sama diperolehi Phang (1999) ke atas buku Siri Pelangi Fizik
Fokus Jingga SPM, 1999) (Poh, 2002) dan Rosliza (2001) ke atas buku KBSM Fizik
Tingkatan 5 (Chong & Loh, 2000) dengan nilai indeks masing-masing ialah 2.41 dan
2.64. Berdasarkan Jadual 1, nilai ini menunjukkan bahawa buku tesebut tidak
mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membantu pelajar menjawab soalan
dengan berkesan. Pelajar akan cuba mengaplikasikan pembelajaran kepada situasi
baru. Bagi pelajar yang lemah, mereka akan merasa lemah semangat kerana tidak
dapat menjawab soalan dan akhirnya berputus asa untuk mencuba soalan-soalan lain.
Menurut Romey (1968:41);
“Textbook, of course have their uses, but they must be used intelligently. The
teacher must analyze exactly what the role of the text book will be in his
course, and he must re-evaluate periodically just how well the textbook is
serving him”.
Justeru, soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasikan pembelajarannya
daripada bab berkenaan kepada sitasi baru dan soalan yang memerlukan pelajar
menyelesaikan masalah harus diperbanyakkan.Segala kekangan yang wujud di dalam
bahan pembelajaran ini harus dinilai agar pengajaran guru dapat dijalankan dengan
lancar dan dapat memberikan kefahaman yang tinggi kepada pelajar.
1.1.3 Kekurangan Pakar MPK
MPK merupakan satu bahan P&P yang dibina secara sistematik bertujuan
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar kerana
ia terdiri daripada unit-unit kecil isi kandungan dalan satu mata pelajaran (Sharifah
Alwiyah, 1984). Justeru, pelajar dapat mempelajari mengikut kemampuan masing-
masing.
13
“Bagi kurikulum di peringkat menengah atas pula sepatutnya bercorak
modular supaya Kurikulum Sains dapat dikemaskinikan dari semasa ke semasa
mengikut perkembangan teknologi pesat (Syuhada;1995:24)”.
Walaupun pembinaan MPK disarankan demi memastikan pelajar mencapai
kecemerlangan dalam pendidikan, kita kekurangan pakar-pakar yang mampu
membina MPK. Ini mungkin kerana MPK merupakan satu bahan pembelajaran baru
dalam konteks di Malaysia. Malah, individu-individu yang terdedah secara optimum
masih kurang. Justeru, pembinaan MPK ini harus dipertingkatkan dan dilakukan
secara berperingkat-peringkat dan berterusan.
Bukti yang jelas sudah dibentangkan. Kelemahan isi-isi kandungan dalam
bahan-bahan pembelajaran sedia ada boleh membantutkan proses P & P. Bahan-
bahan yang lebih bermutu diharapkan agar mampu diterbitkan oleh guru bagi
melahirkan pelajar yang lebih matang dan mempunyai skop pemikiran yang luas.
Justeru, pelbagai langkah harus diambil seperti mengadakan lebih banyak
penyelidikan dan buku-buku yang bermutu sahaja dibenarkan berada di pasaran.
Dalam memastikan buku-buku di pasaran bermutu, pembinaan MPK dapat
membantu pelajar dalam proses P & P dan melibatkan pelajar secara aktif dalam
setiap aktiviti yang disediakan di dalam MPK.
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada masalah-masalah yang diketengahkan, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana MPK Teori Kinetik Jirim, Ketumpatan
Bahan dan Kekenyalan Bahan bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat aliran
Sains sesuai digunakan sebagai bahan P & P.
14
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai objektif iaitu :
1. Membina tiga MPK iaitu :
MPK 1 : Teori Kinetik Jirim
MPK 2 : Ketumpatan Bahan
MPK 3 : Kekenyalan Bahan
Ketiga-tiga MPK ini dibina berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran FIZIK
KBSM Tingkatan Empat (PPK, 2001) menggunakan Model Teras Cabang
(Shaharom, 1994)
2. Menilai kesesuaian MPK yang dibina memenuhi keperluan Huraian Sukatan
Pelajaran FIZIK KBSM Tingkatan Empat (PPK,2001)
3. Membandingkan kesesuaian MPK Teori Kinetik Jirim, Ketumpatan Bahan
dan Kekenyalan Bahan yang dibina untuk pelajar Tingkatan Empat merentas
tempoh mengajar.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian di atas, terdapat persoalan kajian yang
dipertimbangkan :
1. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu oleh guru Fizik ke atas MPK
Teori Kinetik Jirim, Ketumpatan Bahan dan Kekenyalan Bahan yang dibina
menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam mata
pelajaran Fizik Tingkatan Empat?
2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru Fizik ke atas
pembinaan MPK Teori Kinetik Jirim, Ketumpatan Bahan dan Kekenyalan