PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
INVENTORI OTAK DOMINAN (IOD)
Prof. Madya Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip
Muhamad Tajudin bin Mustafa
Noraimi Aainaa binti Omar
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membina, memperoleh kesahan kandungan, kesahan muka dan
kebolehpercayaan Inventori Otak Dominan (IOD). IOD bertujuan untuk mengenalpasti dominan
otak seseorang dan memberi input kepadanya untuk mengenali dirinya sendiri selain membantu
dalam menyusun strategi belajar dan kerjaya pada masa akan datang. IOD ini berdasarkan empat
sub skala utama yang membahagikan seseorang kepada corak pemikiran dominan otak kanan
cerebral (Otak Kanan Atas – OKaA), otak kanan limbik (Otak Kanan Bawah – OKaB), otak kiri
cerebral (Otak Kiri Atas – OKiA) dan juga otak kiri limbik (Otak Kiri Atas – OKiB) yang
didasari oleh model ‘Whole Brain’ oleh Ned Herrmann(1995). IOD mengandungi 120 item
meliputi 30 item untuk setiap sub skala tersebut dan menggunakan skala nominal Ya/Tidak
untuk setiap item. Bagi penilaian kesahan kandungan, IOD telah dinilai oleh tujuh orang panel
pakar yang terdiri daripada pensyarah Universiti Awam, pensyarah-pensyarah di Institut
Pendidikan Guru, Kaunselor Jabatan Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Menengah. Dapatan statistik mendapati kesahan keseluruhan IOD adalah baik dan boleh diterima
iaitu nilai kesahan keseluruhan IOD ialah .828 (82.8%), skala OKa .791 (79.1%) dan OKi .866
(86.6%). Manakala kesahan kandungan yang tertinggi bagi sub skala adalah .878 (87.8%) iaitu
sub skala OKiB dan yang terendah adalah sub skala OKaA iaitu .763 (76.3%). Bagi sub skala
lain mencatat OKaB .818 (81.8%) dan OKiA .853 (85.3%). Kajian rintis telah dijalankan ke atas
40 orang responden dari sekolah menengah di daerah Klang untuk mendapatkan nilai pekali
kebolehpercayaan. Analisis nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan adalah baik dan boleh
diterima iaitu .874 dan bagi sub skala nilai kebolehpercayaan yang sederhana rendah untuk sub
skala OKaA iaitu .455, sederhana tinggi untuk sub skala OKaB iaitu .683, dan tinggi untuk sub
skala OKiA dan OKiB dengan nilai masing-masing .793 dan .808. Dengan ini, kajian ini berjaya
menghasilkan inventori IOD yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik
dan memuaskan untuk memberi input kepada individu untuk mengenalpasti dominan otak dan
lebih mengenali dirinya sendiri selain membantu dalam penyusunan strategi belajar dan kerjaya
di peringkat sekolah dan juga organisasi.
ABSTRACT
The aim of this study is to build, to acquire content validity, face validity and reliability of Brain
Dominance Inventory (BDI). BDI aims to identify dominant brain of a person and give them
input to identify themselves and also help in developing strategies to study and planning future
careers. BDI is based on four sub scale that divides a person into the right brain dominant
mindset cerebral (Top Right Brain - OKaA), right limbic brain (Bottom Right Brain - OKaB),
left cerebral (Top Left Brain - OKiA) as well as the left brain limbic (Top Left Brain - OKiB)
which based on the model ‘Whole Brain’ by Ned Herrmann (1995). BDI contains 120 items
including 30 items for each sub scale and the nominal scale using Yes / No for each item. For the
assessment of the content validity, BDI has been assessed by an expert panel of seven persons
comprising the Public University lecturers, lecturers at the Institut Pendidikan Guru, Councelors
of Jabatan Pendidikan and Secondary School councelors. The overall statistic validate that BDI
is good and acceptable, which the overall validity value is .828 (82.8%), Oka scale .791 (79.1%)
and Oki .866 (86.6%). While the content validity of the subscale is .878 (87.8%) of OKiB
subscale and the lowest is OKaA subscale .763 (76.3%). For other subscales OKaB .818 (81.8%)
and OKiA .853 (85.3%). A pilot study was conducted on 40 students from secondary schools in
Klang to get the coefficient of reliability. Analysis if the overall reliability coefficient is good
and acceptable which is .874 and the subsvale is low to moderate reliability OKaA subscale is
.455, moderately high for OKaB subscale of .683 and for subscale OKiA and OKiB with the
respective values of .793 and .808. Based on this results, the study succeeded in producing an
inventory of the BDI which has good validity and realibity, also satisfactory to provide input to
the brain dominant individuals to identify and get to know himself as well as to assist in the
preparation of study strategies and career development at the school level and also organization.
PENGENALAN
Otak merupakan organ terpenting dan juga paling kompleks dalam jasad manusia. Ia terdiri
daripada 100 bilion saraf yang berkomunikasi dengan trilion penyambung yang dinamakan
sinaps (Brain and Nervous System Health Center, 2014). Otak berfungsi sebagai pusat kawalan
kesemua sistem badan dan merupakan antara organ terawal yang berkembang dalam proses
perkembangan manusia. Kajian tentang pembahagian fungsi dalam otak kepada hemisfera kanan
dan kiri telah dibuat jauh terlebih dahulu terhadap otak haiwan. Melalui kajian yang dilakukan
oleh Goltz dan juga Ferrier (dalam Donaldson, 1884) mendapati bahawa terdapat bukti yang
menunjukkan haiwan akan kehilangan beberapa fungsi badan dan juga kognitif apabila bahagian
otak sama ada kanan atau kiri direncatkan.
Apabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen
yang dijalankan oleh Roger Sperry dalam tahun 1960an yang mengangkat beliau untuk
memenangi hadiah Nobel pada tahun 1981 berkaitan dengan ‘split brain’ yang melibatkan
seorang pesakit sawan (The Split Brain Experiments, 2003), banyak kajian-kajian seterusnya
terutama dalam bidang neurosains dan psikobiologi yang membuktikan bahawa terdapat
bahagian-bahagian otak yang sememangnya dominan terhadap tugas-tugas tertentu seperti
bahasa, emosi, ingatan, pencernaan, proses otak, pergerakan badan dan pelbagai lagi tugas-tugas
kompleks yang dilalui oleh manusia dalam kehidupan sehariannya. Berikut merupakan
gambarajah otak dan bahagian-bahagian pentingnya :
Rajah 1 : Bahagian-Bahagian Otak
Idea tentang otak dominan hadir dari eksperimen Roger Sperry tersebut yang menggambarkan
bahawa manusia mempunyai dua hemisfera otak yang menjalankan fungsi yang berbeza dan
dihubungkan dengan korpus kallosum. Manusia secara amnya adalah unik dan mempunyai minat
yang pelbagai antara seorang kepada seorang individu yang lain contohnya, ada yang lebih
meminati muzik, matematik, bahasa dan lain-lain lagi bentuk kemahiran yang memperlihatkan
penggunaan otak yang berbeza bahagiannya. Hal ini menurut Michael Corballis (1978)) yang
merupakan pakar dalam bidang hemisfera otak menyatakan bahawa hemisfera otak yang
mengawal tugasan yang berlainan dapat meningkatkan kefungsian otak itu sendiri atau jika
berlaku percampuran maka otak akan terlalu dibebankan dengan pertukaran maklumat yang
terlalu banyak antara hemisfera melalui korpus kallosum.
Kajian masa kini menggunakan peralatan yang lebih canggih seperti imbasan ‘resting-state
functional magnetic resonance imaging (fMRI)’ menunjukkan sememangnya terdapat aktiviti
otak yang dominan dalam satu-satu tugasan seperti hubungan antara bahagian bahasa, korteks
prefontal medial dan juga korteks singula posterior adalah kuat pada bahagian kiri dan hasil
kajian ini juga menunjukkan bahawa lelaki adalah lebih menunjukkan pembahagian kefungsian
otak ini lebih berbanding perempuan (Nielsen, 2013). Kajian-kajian membabitkan fungsi
hemisfera otak menarik minat lebih banyak pengkaji untuk mengkaji kaitan-kaitan antara
dominan otak dengan fungsi lain dalam kehidupan seperti bahasa, emosi, pengecaman dan malah
dalam bidang pembelajaran yang diketahui penggunaan maklumat berkaitan otak dominan dapat
membantu dalam memahami pelajar dan merangka teknik pengajaran agar pelajar yang
mempunyai dominan otak berbeza dapat menyerap ilmu dengan baik (Daymut, 2009).
Terdapat beberapa alat ujian yang dibangunkan bagi mengukur dominan penggunaan otak dalam
kalangan manusia; sama ada cenderung ke kiri atau ke kanan. Antara yang menonjol dan
menjalani satu penyelidikan yang mendalam, menyeluruh dan komprehensif adalah ‘Herrmann
Brain Dominance Instrument’ (HBDI) yang dibangunkan oleh Ned Herrmann pada tahun 1976
dan dikeluarkan secara rasmi pada 1979 yang bertitik tolak dari persoalannya “bagaimana
seseorang itu boleh menjadi sangat pandai dan sangat dungu pada masa yang sama?” (Webster,
1994). Kajian demi kajian membawa Herrmann kepada ‘Whole Brain Model’ yang mengelaskan
otak kepada empat kuadran mengikut otak kanan dan kiri serta dibahagi lagi kepada otak kanan
atas dan bawah serta otak kiri atas dan bawah. Setiap satunya mempunyai pecahan sifat dan ciri
masing-masing.
Inventori yang dibangunkan dengan adaptasi daripada model ini diberi nama Inventori Otak
Dominan(IOD) dilihat penting membantu seseorang individu mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan dirinya. Sebagai contoh, seseorang yang tidak mempunyai kepandaian dalam
Matematik (otak kiri) perlu membantu dirinya untuk memahami subjek ini dengan cara otak
kanan berfikir seperti menggambarkan nombor dan berimaginasi. Tidak setakat itu, IOD dilihat
dapat membantu individu dalam meningkatkan produktiviti diri dan juga pemilihan kerjaya
kerana tidak semua orang boleh bekerja dengan data dan benda semata-mata atau bekerja dengan
manusia sahaja dan begitu juga sebaliknya. Dengan mengenal diri melalui IOD dilihat dapat
membantu melancarkan proses pembelajaran, pemilihan kerjaya, teknik berkomunikasi,
membuat keputusan dan pelbagai aspek lain lagi yang boleh digunakan untuk menerobos ke
alam kehidupan seseorang kerana seperti yang telah diketahui otak merupakan organ yang
mengawal keseluruhan fungsi manusia dan tentulah ia berkait rapat dengan penghidupan
manusia selama mana ia bernafas dan menjalankan fungsinya.
Walaubagaimanapun, inventori ini dilihat mempunyai beberapa kelemahan seperti individu juga
mempunyai dominan dalam lebih daripada satu bahagian otak dan ini membuktikan variasi
daripada individu kepada seorang individu lain yang sukar untuk diukur menggunakan
instrumen. Jumlah item yang agak banyak mungkin menurunkan sedikit minat responden untuk
menjawabnya kerana memerlukan masa yang agak panjang. Kritikan terkini berkenaan dengan
otak dominan bahawa ia adalah satu mitos semata-mata tetapi inventori ini tidak perlu dilihat
sebagai bukti sains tentang kewujudan keempat-empat kuadran tetapi lebih kepada menyediakan
satu model bagi menyalurkan maklumat berkaitan dominan penggunaan otak individu. Para
saintis menyuguhkan bahawa kajian sebenarnya adalah jauh lebih kompleks dan sukar untuk
ditentukan bahawa manusia mempunyai dominan yang sedemikian. Terdapat juga perbahasan
berkenaan penggunaan keseluruhan otak dalam proses berfikir berbanding hanya dominan
kepada bahagian otak tertentu (Morris, 2006). Instrumen ini juga terhad kepada pelajar yang
berumur 15 tahun ke atas sahaja dan sukar untuk instrumen ini mengukur dominan otak sejak
dari sekolah rendah.
Namun demikian, inventori ini dapat dimurnikan lagi bagi membolehkan penggunaannya
diperluas selain diringkaskan dan diambil modelnya bagi membangunkan satu bentuk instrumen
yang lebih mudah dan praktikal untuk ditadbir kepada pelajar sekolah rendah dan mungkin juga
di peringkat pra sekolah bagi dengan mudah mengenalpasti dominan otak para pelajar supaya
guru-guru akan lebih peka dan efisien dalam merangka metod pengajaran yang sedikit berbeza
mengikut kesesuaian pelajar. Selain itu, penggunaan inventori boleh diluaskan penggunaannya
merentas budaya melalui kajian-kajian kesahan dan kebolehpercayaan untuk budaya setempat
dan diubahsuai bagi setiap peringkat umur dan bidang kerana inventori ini dilihat berpotensi di
gunakan bukan sahaja di bidang pendidikan rendah dan tinggi tetapi juga meliputi pelbagai
bidang lain seperti pengurusan, komunikasi, pembuatan keputusan, cara berfikir dan bermacam-
macam bidang yang tidak terhad tetapi memerlukan penyesuaian bagi membolehkan kesahan
dan kebolehpercayaan inventori yang lebih mantap dan menepis sebarang keraguan terhadapnya.
LATAR BELAKANG INVENTORI OTAK DOMINAN
Inventori Otak Dominan ini dibangunkan berdasarkan model ‘Whole Brain’ oleh Ned Herrmann,
seorang bekas pengurus bahagian pengurusan pendidikan di General Electric’s Management
Development Institute yang seterusnya pada tahun 1979, secara rasmi menerbitkan “Herrmann
Brain Dominance Instrument” (HBDI) (Dew, 1996). Herrmann percaya bahawa sebagai
manusia, kita mempunyai kecenderungan kepada otak kanan atau otak kiri secara semulajadi
atau melalui cara kita dibesarkan ataupun melalui latihan (Webster, 1994). Beliau juga
menyatakan bahawa dominan otak kita ditunjukkan melalui cara bagaimana kita suka untuk
belajar, untuk memahami dan menunjukkan sesuatu emosi. Pertamanya, dominan otak ini akan
memberikan respons yang automatik dalam apa juga situasi dan menambahbaik kebolehan kita
untuk respons dengan cepat dan efektif melalui penyingkiran langkah-langkah dalam pembuatan
keputusan. Kedua, dominan ini memberikan kita kemahiran yang lebih tinggi lebih daripada apa
yang kita ada. Dominan ini juga katanya merupakan sesuatu yang normal dalam kondisi manusia
biasa (Herrmann, 1995).
Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, pembinaan model ‘Whole Brain’ oleh Herrmann(1995)
bukanlah merupakan satu pembuktian secara saintifik dengan penggunaan rod dan imbasan MRI
tetapi merupakan satu templat pengujian bagi membolehkan pengesanan jenis-jenis pemikiran
melalui empat kuadran yang telah dibinanya bagi membolehkan penyesuaian pemikiran,
personaliti dan lain-lain hal dikenalpasti. Secara khususnya, model tersebut lebih kepada
penilaian individu dalam hal bersangkutan psikologikal dan bukan secara khusus menerangkan
hal-hal neurosains atau lain-lain bidang yang menjurus kepada pembuktian secara sains tentang
saraf dan pemetaan otak. Hal ini turut disokong oleh Coffield, Moseley, Hall E dan Ecclestone
(2004) yang menyatakan bahawa walaupun model Herrmann ini masih memerlukan kajian
lanjutan, pembangunan dan penilaian bebas, ia walaubagaimanapun berasaskan nilai yang
bersifat terbuka, optimis dan sistematik. Berbanding model lain, ia menggalakkan sesuatu yang
fleksibel, penyesuaian dan perubahan berbanding pengelakan daripada aktiviti yang kurang
digemari.
Namun demikian, terdapat juga beberapa inventori lain yang dibina berdasarkan kajian dominan
hemisfera otak ini seperti ‘Brain Dominance Inventory’ oleh Davis pada tahun 1994 (dalam
KÖK, 2007), ‘Differential Hemispheric Activation Test’ oleh Dunn, Sklar, and Beaudry (1990),
‘Preference Test’ oleh Zenhausern (1978), ‘Polarity Questionnaire’ oleh Morton (2002) dan juga
‘Wagner Preference Inventory II’ oleh Wagner dan Wells(1985) (dalam Genovese, 2005). Hal
ini menunjukkan subjek ini (dominan otak) merupakan antara yang penting dan mendapat
perhatian dalam kalangan pengkaji untuk menggabungjalin hasil kajian berkaitan dominan otak
dengan pelbagai bidang kemanusiaan lain yang mendatangkan manfaat kepada manusia. Sama
seperti HBDI, beberapa inventori di atas juga telah melalui proses kesahan dan
kebolehpercayaan bagi membolehkannya ditadbir kepada orang awam dan hal ini menarik minat
pengkaji secara khusus bagi membina satu bentuk inventori acuan Asia yang bersesuaian dengan
budaya dan adat Timur untuk diaplikasikan dan seterusnya membawa banyak manfaat kepada
responden yang menjawab. Jadi, terlahirlah Inventori Otak Dominan atau IOD yang mengambil
kerangka ‘Whole Brain’ dan diterjemah dalam bentuk yang lebih mudah untuk diinterpretasi.
Nyatanya, pembentukan IOD membolehkan satu bentuk kefahaman yang lebih dalam kalangan
guru mahupun jurulatih bagi membolehkan mereka mengenalpasti ‘ragam’ pelajar. Hal ini
kerana, otak kiri dikenalpasti sebagai otak yang berhubung dengan masalah atau keadaan yang
menggunakan data, membuat analisa, menggunakan proses pemikiran rasional untuk
mendapatkan kesimpulan yang logik. Tetapi sebaliknya, otak kanan pula apabila berhubung
dengan masalah atau keadaan yang sama menggunakan persepsi, gerak hati dan juga idea. Di sini
jelas menunjukkan perbezaan antara dua pendekatan pemikiran yang membuatkan manusia itu
berbeza dan IOD bertujuan menyelami perbezaan ini bagi membolehkan penyampaian
maklumat, pembahagian kerja, pembuatan keputusan dan banyak lagi aspek dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah dan efektif mengikut cara pemikiran dominan otak yang telah diketahui.
Selain berguna dalam bidang pendidikan, IOD juga dilihat penting untuk digunakan dalam
bidang kaunseling kerjaya, dalam membantu pelajar khususnya memilih kerjaya yang
bersesuaian dengan gaya dominan otak mereka berfikir dan juga personaliti mereka supaya
sesuai dengan diri dan tidak memerangkap jiwa mereka untuk perkembangan kerjaya kelak. Ia
juga dikenalpasti berguna dalam penetapan penggunaan masa senggang seperti hobi dan juga
aktiviti fizikal. Hal ini amat berguna untuk ibu bapa khususnya dalam memahami kerenah anak-
anak terutama para remaja juga untuk pembangunan diri dan sahsiah yang lebih baik melalui
penggunaan masa yang optimum dengan aktiviti yang dikenalpasti memberi faedah kepada anak-
anak. IOD yang menggunapakai platform HBDI dilihat tidak meletakkan individu dalam kuadran
yang membawa konotasi negatif tetapi lebih kepada mengenali diri dan pembinaan pemikiran
secara menyeluruh dan stabil (Herrmann, 1995).
TINJAUAN LITERATUR
Dominan otak (brain dominance) merupakan satu pemetaan kegiatan otak berkaitan bagaimana
manusia memilih untuk belajar, memahami dan meluahkan sesuatu. Ianya juga diguna untuk
menghurai cara otak kita berfikir. Melalui dominan otak ini, otak dibahagikan kepada dua
bahagian; kanan dan kiri otak. Walaupun terdapat pengkhususan dalam fungsi otak, tetapi turut
dipercayai bahawa kedua-dua otak adalah saling berhubung melalui korpus kallosum dalam
menjalani proses-prosesnya (Cary, 2001). Dominan ini juga bermaksud, setiap individu itu
dilahirkan dengan kecenderungan fisiologikal yang semulajadi untuk satu atau lebih dominan
dalam fungsi otaknya (Benziger & Sohn, 1993). Bercakap, menulis, logik, sekuen atau jujukan,
masa, ketelitian, mengira, dan bercakap adalah aktiviti daripada otak kiri manakala paten visual,
kesenian, emosi-emosi yang mendalam, gerak hati, imej-imej, membuat rumusan, muzik dan
juga pengecaman wajah adalah aktiviti daripada otak kanan (Hart, 1975; Sousa, 2001; Springer
& Deutsch, 1998; Ornstein & Thompson, 1985).
Kedua-dua hemisfera otak bukan sahaja berfungsi secara berbeza tetapi juga bersimetri secara
fisiologi (Campbell, 2008). Hemisfera ini seperti juga organ-organ badan kita yang berpasangan
seperti tangan, mata, telinga dan berfungsi secara tidak serata kekuatan dan kecekapannya
bergantung kepada cara kita menggunakan dan melatihnya (Herrmann, 1995). Manusia secara
amnya membentuk dominan ini sejak dari bayi yang mana fungsi otak mula terbina dengan pesat
semasa kita bayi. Bermula dengan penggunaan tangan yang dominan untuk memegang barang, ia
kemudiannya membentuk dominasi kepada tangan untuk menulis dan kerja-kerja lain berbanding
tangan yang satu lagi. Menurut Herrmann(1995) lagi keadaan dominan ini memberikan dua
kelebihan iaitu respons semulajadi atau automatik dalam apapun situasi dan juga melengkapkan
kita dengan kemahiran tahap tinggi yang selari dengan kebolehan kita seperti penggunaan organ
(dalam kes ini organ badan yang berpasangan seperti tangan, mata, telinga, kaki yang termasuk
dalam organ kawalan voluntari) yang lebih akan meningkatkan tahap kecekapan yang lebih
terhadap organ badan tersebut berbanding yang lagi satu.
Mata Kanan Dominan
Lengan Kanan Dominan
Tangan Kanan Dominan
Kaki Kanan Dominan
Rajah 2 : Bahagian Badan Dominan
Hasil dari dominan otak ini, manusia dikenalpasti berupaya untuk menggunakan otaknya secara
semulajadi, efektif dan menyeluruh. Tetapi menurut kajian juga, jika dipaksa kepada arah yang
bertentangan dengan dominan otaknya, otak seperti yang telah dijangka berfungsi secara lebih
perlahan, teragak-agak dan dengan kecenderungan untuk membuat banyak kesilapan (Hart,
1975). Sebagai contoh dalam aspek pendidikan, sekiranya seseorang dipaksa menerima sesuatu
pelajaran dalam cara penerimaan yang bertentangan dengan dominan otaknya, individu ini akan
berasa belajar itu sesuatu yang sangat sukar, mengecewakan, terlalu mendesak, membosankan,
tidak produktif dan juga tidak memenuhi kepuasan diri. Jadi, amatlah penting untuk
mengenalpasti menggunakan maklumat berkaitan dominan otak ini bagi membantu memahami
diri dan meningkatkan produktiviti diri dalam kehidupan seharian.
Kajian-kajian lepas berkaitan hemisfera otak dan juga aspek-aspek lain seperti gaya belajar,
kemahiran berbahasa, dominan tangan, gaya berfikir juga ada dijalankan di peringkat dalam dan
luar negara. Kajian oleh Campbell (2008) berkaitan implikasi model ‘Whole Brain’ Ned
Herrmann dalam pengajaran biola menyatakan bahawa terdapat hasil yang positif dalam
pengaplikasian model ini dalam kajiannya. Kajian berkaitan dominan otak dan juga strategi
komunikasi juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara individu yang
mempunyai dominan pada otak kanan, kiri ataupun kedua-duanya (Mireskandari, 2015).
Kajian oleh Chua Yan Piaw(tanpa tahun) pula mendapati otak kiri mempunyai kecenderungan
kepada pemikiran logik, rasional dan juga sistematik. Kajian oleh Carthey (1993) dilihat
menyokong dapatan kajian Chua Yan Piaw(tanpa tahun) yang mana hasil kajian menyatakan
pelajar dengan dominan otak kiri mencatatkan peratusan ‘A’ yang lebih dalam subjek Prinsip
Pengurusan, ‘Intermediate’ Perakaunan dan Prinsip Ekonomi yang mana keputusan ini telah pun
dijangka kerana pelajar dengan dominan otak kiri dikenali dengan ciri rasional, analitikal dan
objektif dan soalan yang terdapat dalam peperiksaan ketiga-tiga itu merupakan komponen
pilihan pelbagai (multiple choice components).
Kajian mengenai hubungan antara dominan otak dan juga minat kerjaya dijalankan oleh
Cary(2001) yang menggunakan HBDI sebagai instrumen merekodkan bahawa sememangnya
terdapat hubungan antara dominan otak dengan minat kerjaya. Kajian ini dilihat selari dengan
kajian Szirony dan rakan-rakan (2007) berkaitan kod mata Holland yang dikenali dalam
penentuan personaliti dan kerjaya dengan dominan otak. Terdapat hubungan yang signifikan
antara dominan otak dengan beberapa kod Holland ini dan dua yang paling menonjol adalah
Artistik dan Konvensional dengan padanan sama ada otak kanan atau kiri. Hasil kajian yang
hampir sama dicatatkan oleh Monfort, Martin, dan Frederickson (1990) yang mendapati pelajar
yang mendaftar dalam jurusan Pengiklanan, Seni, Bahasa Inggeris, Penulisan, Muzik,
Komunikasi Oral, Rekaan Dalaman dan Seni Bina memperlihatkan kecenderunan kepada otak
kanan manakala kecenderungan otak kiri pula didapati pada pelajar yang mendaftar dalam
jurusan Keadilan Kriminal, Perakaunan, Kewangan, Matematik, Komputer Sains dan
Pengurusan Pengebumian.
Ali Khalid Ali Bawaneh, Salmiza Saleh, Abdul Ghani Kanesan Abdullah, dan Khoo Yin Yin
(2011) dalam kajian mereka menyatakan bahawa adalah perlu untuk mengetahui gaya berfikir
(dominan otak kanan atau kiri) dan juga ciri setiap gaya untuk membina kemahiran yang ada
pada setiap gaya berfikir dan menggalakkannya kepada penggubal kurikulum dan buku teks
supaya mengambil pendekatan yang pelbagai bagi mempertimbangkan aspek ini dalam kalangan
pelajar. Hal ini penting kerana melalui kajian oleh Zahra Kordjazi dan Behzad Ghonsooly (2015)
jelas menunjukkan dominan otak merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam ujian kosa kata yang berbeza. Pelajar dengan dominan otak kanan merodkan markah lebih
baik dalam ujian identifikasi gambar dan sebaliknya apabila pelajar dominan otak kiri dalam
ujian sinonim dan antonim pelbagai pilihan serta ujian terjemahan perkataan.
Dominan otak ini juga dikaitkan dengan penggunaan tangan yang dominan ; sama ada dominan
kanan, kiri atau keduanya. Hassan Soleimani dan Fateme Sharifi Matin dalam kajian mereka
berkaitan hubungan antara dominan otak kanan dan kiri dengan pencapaian ujian Pemahaman
dalam kalangan pelajar EFL Iran menyatakan bahawa pelajar yang menulis dominan tangan
kanan (dominan otak kiri) mencatatkan pencapaian jauh lebih baik berbanding pelajar yang
menulis dominan tangan kiri (dominan otak kanan) dalam ujian ini. Kajian mereka ini disokong
oleh hasil kajian oleh Griffiths (2014) yang menyatakan bahawa kegemaran atau kebiasaan
seseorang dalam penggunaan tangan kanan atau kiri adalah petunjuk fizikal kepada dominan
otak mereka.
Secara kesimpulannya, banyak kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara yang
membincangkan aspek dominan otak dengan personaliti, pendidikan dan juga lain-lain aspek
kehidupan selain betapa pentingnya dominan otak ini yang boleh mempengaruhi cara pemikiran,
hidup dan kerjaya seseorang. Jadi, pembinaan inventori yang menonjolkan isu berkaitan
dominan otak dilihat dapat menambah pengetahuan dan juga memperluas penggunaan dan
aplikasi dominan otak ini di peringkat dalam negara yang bersesuaian dengan norma dan budaya
tempatan dan sekaligus membantu dalam melonjakkan nilai-nilai kehidupan dengan lebih baik
melalui pemahaman diri yang lebih efektif.
ASAS TEORITIKAL PEMBINAAN INVENTORI
IOD yang dibangunkan oleh pengkaji menggunakan platform model Herrmann yang membawa
konsep “Whole Brain” dalam pembinaan instrumennya iaitu HBDI yang berkaitan dominan otak
ini. Model “Whole Brain” ini dibangunkan Herrmann berdasarkan dua teori utama iaitu teori
triune otak oleh Paul MacLean dan juga teori ‘Split Brain’ oleh Roger Sperry. Menurut
Herrmann (1995) sendiri, penggabungan dua teori ini membolehkan penyusunan prinsip dengan
elemen-elemen penting tentang satu model berkaitan fungsi otak. Herrmann juga menggunakan
satu hipotesis sebagai asas pembinaan model ini iaitu otak sebagai pusat kepada pengalaman,
emosi dan kehendak manusia. Apabila teori triune otak yang menyatakan bahawa otak
mempunyai tiga bahagian otak utama dan juga teori ‘split brain’ yang memasakkan bahawa otak
mempunyai dua bahagian hemisfera, kajian Herrmann membawa kepada penggabungan antara
dua teori ini yang akhirnya melahirkan satu bentuk model dalam rupa kuadran.
Empat kuadran ini mewakili bahagian cerebral dan limbik dan juga empat gaya pemikiran.
Herrmann melabelkan keempat-empat kuadran ini dengan abjad dan juga warna bagi
memudahkan pengelasan. Empat kuadran tersebut adalah :
1. Kuadran A (Hemisfera Kiri Cerebral) dan berwarna biru
a. Individu yang berada dalam kuadran A dikenalpasti sebagai seorang yang
analitikal, logikal dan berfikiran kritikal. Individu ini gemarkan aktiviti yang
melibatkan proses menganalisis, mengeluarkan (dissecting), penyelesaian masalah
secara logik dan bermain dengan fakta (Herrmann N. , 1995)
b. Dalam proses membuat keputusan, individu ini dilihat bergantung kepada logik
dan keupayaan diri untuk memahami, meluah dan mengekspresikannya secara
tepat. Percakapannya kerap diikuti dengan fakta bagi menguatkan hujahnya.
c. Individu dalam kuadran A gemar juga kepada prinsip-prinsip, formula matematik
dan juga kesimpulan. Kebolehannya adalah sebagai penyelesai masalah. Individu
ini akan mencari jalan penyelesaian paling efektif dan paling minimal usahanya
bagi memudahkan perkara itu diselesaikan dengan baik. Tetapi, individu dalam
kuadran ini tidak begitu gemar mencampur aduk emosi dalam setiap langkah
penyelesaian dan sebolehnya mengelakkan sebarang emosi dalam tugas.
2. Kuadran B (Hemisfera Kiri Limbik) dan berwarna hijau
a. Membuat kerja secara tersusun, mengikut turutan atau tertib, teliti dan juga
terancang merupakan ciri-ciri individu dalam kuadran ini. Namun demikian,
terdapat beberapa persamaan dengan individu dalam kuadran A bilamana kedua-
duanya mempunyai ciri verbal dalam diri mereka. Mereka juga mempunyai
persamaan kerana menyukai sesuatu yang jelas dan tidak sukakan ketidakpastian
dan pencapahan dalam sesuatu urusan.
b. Berbeza dengan individu dalam kuadran A, individu dalam kuadran B sukakan
dunia yang boleh diandalkan, kemas dan pembuatan keputusan adalah
berdasarkan peraturan-peraturan sedia ada. Individu dalam kuadran ini
mempunyai kelebihan untuk fokus kepada satu benda dalam satu masa dengan
begitu baik dan sangat teliti dengan kerjanya.
c. Apabila sesuatu berkaitan dengan diri mahupun orang bawahan, individu ini
bersifat sangat mendesak dan mahukan yang terbaik. Kadang kala individu dalam
kuadran ini dilihat sebagai seorang yang dominan, berfikiran kolot,
membosankan, kurang bersosial dan kurang sensitif terhadap orang lain
(Campbell, 2008;Herrmann N. , 1995)
3. Kuadran C ( Hemisfera Kanan Limbik) dan berwarna merah
a. Individu ini cenderung ke arah emosi, perhubungan, sensitif dan bersikap
menerima. Sukakan sesuatu yang melibatkan unsur kinestetik dan simbolik.
Individu ini juga sangat peka terhadap perubahan atitud, persekitaran, emosi dan
tenaga di sekelilingnya.
b. Individu dalam kuadran ini juga dikenali sebagai seorang yang bersikap spiritual
dan emosional selain bersifat empati, menjaga dan sukakan muzik. Mereka
menyerap pengalaman sekitar seperti span kering. Kejayaan bagi individu ini
diukur melalui kepuasan dirinya sendiri.
4. Kuadran D (Hemisfera Kanan Cerebral) dan berwarna kuning
a. Mempunyai ciri-ciri seperti menyeluruh atau holistik, mengikut gerak hati,
bersepadu dan suka mensintesis sesuatu. Individu ini sukakan idea baru,
kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, kepelbagaian. Mereka juga
sukakan sesuatu yang sedikit pelik, tidak seragam, visual dan juga merupakan
seorang yang sangat inovatif.
b. Namun demikian, individu ini sukar mengurus masa dan menyiapkan tugasan.
Mereka juga sukar bekerja dengan orang lain kerana masalah verbal dan
interpersonal, serta bersifat perahsia dan memendam. Mereka juga tidak sukakan
sesuatu yang berstrukur.
Holistik Gerak Hati Bersepadu
Mensintesis
Interpersonal Berasaskan Perasaan Kinestetik Emosional
Teratur Tertib
Terancang Teliti
Logik Analitikal
Berasaskan Fakta
Kuantitatif
Rajah 2 : Model “Whole Brain” Herrmann(1995)
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan muka dan kandungan
bagi Inventori Otak Dominan (IOD). Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk :
a. Membina Inventori Otak Dominan (IOD) berdasarkan kajian kepustakaan.
b. Menentukan nilai kesahan kandungan keseluruhan Inventori Otak Dominan (IOD)
melalui penilaian pakar.
c. Menentukn nilai kesahan kandungan sub skala Inventori Otak Dominan (IOD) melalui
penilaian pakar.
d. Menentukan nilai kebolehpercayaan keseluruhan Inventori Otak Dominan (IOD) melalui
analisis pekali alpha.
e. Menentukan nilai kebolehpercayaan sub skala Inventori Otak Dominan (IOD) melalui
analisis pekali alpha.
PENTADBIRAN, PENSKORAN DAN INTERPRETASI SKOR IOD
IOD ini mempunyai 120 item yang mewakili dua skala dan empat sub skala. Setiap skala
mengandungi 60 item, manakala setiap sub skala mengandungi 30 item yang terdiri daripada
item positif. Skala ini terdiri daripada skala 1 iaitu Otak Kanan (OKa) dan skala 2 iaitu Otak Kiri
(OKi). Manakala sub skala pula terdiri daripada sub skala 1 iaitu Otak Kanan Atas (OKaA), sub
skala 2 iaitu Otak Kanan Bawah (OKaB), sub skala 3 iaitu Otak Kiri Atas (OKiA) dan sub skala
4 iaitu Otak Kiri Bawah (OKiB). Bagi tujuan penskoranpilihan jawapan IOD disediakan dalam
bentuk skala nominal ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
IOD ini ditadbir dengan mengambil masa antara 25 hingga 30 minit sahaja. Persekitaran semasa
menjawab IOD ini haruslah kondusif iaitu selesa dan tidak mengganggu subjek. Arahan mestilah
ringkas, padat dan jelas supaya subjek lebih senang untuk memahaminya. Walau bagaimanapun
pentadbir IOD digalakkan untuk memberikan penerangan tentang makna perkataan-perkataan
tertentu yang mungkin sukar difahami oleh murid. IOD ini perlulah dijawab dengan jujur tanpa
mengambil masa yang lama untuk menjawab satu-satu item.
Pentadbir IOD juga perlu mengingatkan respondan agar menjawab semua item. Setelah
respondan menjawab IOD dengan menandakan (/) pada ruangan yang telah disediakan,
pengiraan skor dibuat secara manual dengan mengira jumlah item yang dijawab ‘Ya’ (/).
Penskoran dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu skor tinggi, skor sederhana dan skor rendah.
Interpretasi skor IOD bagi skala, markah 0 hingga 20 adalah rendah, 21 hingga 40 adalah
sederhana manakala markah 41 hingga 60 adalah tinggi. Manakala skor IOD bagi sub skala pula,
markah 0 hingga 10 adalah rendah, 11 hingga 20 adalah sederhana manakala markah 21 hingga
30 adalah tinggi.
METOD KAJIAN
Reka bentuk kajian adalah kajian deskriptif yang bertujuan mendapatkan nilai kesahan dan
kebolehpercayaan IOD. Kajian ini melibatkan tiga fasa iaitu:
Fasa 1: Pembinaan IOD
Fasa 2: Mendapatkan Kesahan Muka dan Kandungan
Fasa 3: Analisis Nilai Kebolehpercayaan.
Fasa 1 : Pembinaan IOD
IOD merupakan instrumen pengukuran otak dominan yang dibina berdasarkan Model Herrmann
Brain Dominance Instrumen (1995). Model ini dibahagikan kepada bahagian atas otak (Cerebral
Mode), bahagian bawah otak (Limbic Mode), Otak Kiri (Left Mode) dan Otak Kanan (Right
Mode).
Sedikit perubahan dibuat dari aspek susun atur sub skala dan pernyataan berdasarkan model.
Pernyataan dimulakan dengan OKa (gabungan OKaA dan OKaB), OKi (gabungan OKiA dan
OKiB) bagi skala dan OKaA (bahagian atas otak sebelah kanan), OKaB (bahagian bawah otak
sebelah kanan), OKiA (bahagian atas otak sebelah kiri), OKiB (bahagian bawah otak sebelah
kiri) bagi sub skala. Kesemua 120 item yang terdapat dalam IOD dibina dengan mengenal pasti
dan memahami setiap sub skala terlebih dahulu. Setelah itu, item-item berkenaan diserahkan
kepada pakar untuk fasa seterusnya iaitu mendapatkan kesahan kandungan IOD.
Bagi memastikan item yang dibina adalah yang terbaik, 140 item telah disediakan iaitu sebanyak
35 item untuk setiap sub skala bagi tujuan penilaian pakar. Setelah dibuat analisis, 5 item dari
setiap sub skala yang mendapat skor kesahan terendah akan dikeluarkan.
Fasa 2 : Mendapatkan Kesahan Muka dan Kesahan Kandungan
Walau bagaimanapun, berdasarkan perbincangan dengan pakar, pengkaji telah mengambil
keputusan untuk menyemak semula beberapa item dalam inventori ini yang melalui komen dan
cadangan kurang menepati kehendak sub skala selain kurang jelas serta sukar difahami
maksudnya. Terdapat juga item-item yang dimurnikan bagi membetulkan kesalahan tatabahasa
seperti yang dicadangkan oleh panel penilai.
Jadual :
Item Yang Dibuat Pengubahsuaian Berdasarkan Penilaian Pakar
Sub skala No.Item Penyataan Item Komen Pakar
OKaA 2 Saya selalu terburu-buru dalam
membuat keputusan
Kurang menepati sub skala
3 Saya suka melakukan apa yang orang
lain tidak dapat lakukan
Kesalahan tatabahasa ‘apa’
kepada ‘apa-apa’
7 Kadang-kala saya berfikir untuk
melanggar peraturan
Kesalahan tatabahasa
‘kadang-kala’ kepada
kadangkala
14 Selalu mengubah program dan aktiviti
yang telah saya rancangkan
Kurang menepati sub skala
24 Saya seorang yang artistik Kurang menepati sub skala
32 Saya sering dituduh sebagai seorang
yang kuat berkhayal
Kurang menepati sub skala
33 Saya sering bertindak tanpa berfikir
terlebih dahulu
Kurang menepati sub skala
OKaB 2 Saya suka mengajar orang lain Kurang menepati sub skala
3 Majlis kenduri membuatkan saya rasa
rimas
Kurang menepati sub skala
9 Saya bukanlah orang yang mudah
mesra
Kurang menepati sub skala
10 Saya jarang bercakap dalam sesuatu
sesi perbincangan atau perbualan
Kurang menepati sub skala
16 Suka menghabiskan waktu
berseorangan berbanding berbual
dengan rakan
Kurang menepati sub skala
31 Selesa memberitahu orang lain tentang
apa yang saya rasa
Kesalahan penggunaan
perkataan ‘rasa’ kepada
‘fikirkan’
54
Menganggap diri saya adalah seorang
yang mudah didampingi
Kesalahan tatabahasa
penggunaan ‘adalah’ diganti
dengan ‘ialah’
OKiA 2 Saya melakukan kajian tentang
perkara-perkara yang kompleks
Kurang menepati sub skala
5 Saya tidak mudah berputus asa apabila
menghadapi cabaran
Kurang menepati sub skala
9 Saya menganggap pekerjaan itu
mudah
Kurang menepati sub skala
12 Saya berminat mencipta sesuatu yang
baru
Kurang menepati sub skala
24 Saya dianggap oleh kawan sebagai
seorang yang berfalsafah
Kurang menepati sub skala
81 Lebih suka bekerja dengan idea-idea
dari bekerja dengan data dan benda.
Kesalahan tatabahasa
penggunaan ‘dari’ diganti
dengan ‘daripada’
84 Berminat untuk mencipta idea-idea
dan teori-teori baru yang berhubung
dengan manusia.
Kesalahan tatabahasa
penggunaan ‘baru’ diganti
dengan ‘baharu’
OKiB 120 Rasa kecewa bila ada sesuatu yang
mengangu perjalanan rangangan saya
Struktur ayat dan ejaan
salah. Dimurnikan semula
2 Saya seorang pendengar yang setia Kurang menepati sub skala
4 Saya sensitif pada persekitaran Kurang menepati sub skala
6 Saya sanggup bekerja keras untuk
organisasi
Kurang menepati sub skala
7 Saya selesa menjadi orang penting
dalam organisasi
Kurang menepati sub skala
18 Saya sentiasa mematuhi tradisi
keluarga
Kurang menepati sub skala
Penambahbaikan yang dicadangkan oleh penilai adalah meliputi istilah dan ejaan dalam item
seperti penggunaan perkataan ‘daripada’ bagi menggantikan perkataan ‘dari’ yang lebih sesuai
digunakan untuk menunjukkan masa dan tempat. Selain itu terdapat juga penambahbaikan
struktur ayat seperti item nombor 120 yang dikenalpasti mempunyai kesalahan struktur ayat dan
dua ejaan.
Kesahan alat ukur kajian merupakan keupayaan alat ukur untuk mengukur apa yang sepatutnya
diukur (Tuckman, 1988). Menurut Mok Soon (2010) kesahan bermaksud benar dan tepat, darjah
sejauh manakah ujian itu dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ia menunjukkan setakat
mana sesuatu ujian dapat memenuhi objektifnya. Kesahan adalah keupayaan ujian mengukur apa
yang hendak diukur dengan tepat (Rosinah 2014). Pada fasa ini, setelah item-item IOD dibina,
IOD telah diberi kepada tujuh (7) orang panel untuk disemak daripada sudut ketepatan
kandungan. Panel tersebut terdiri daripada pensyarah Universiti Awam, pensyarah-pensyarah di
Institut Pendidikan Guru, Kaunselor Jabatan Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Menengah untuk memberi pandangan mengenai IOD. Barisan pakar ini dipilih
berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada pada diri setiap daripada mereka mengenai ilmu
pengetahuan serta pengalaman dalam psikometrik. Semakan yang dibuat oleh panel ialah
bertujuan untuk mendapatkan nilai kesahan kandungan bagi IOD. Kesahan ini penting sebagai
pernyataan atau penjelasan yang sah atau benar sekiranya ia mewakili secara tepat ciri-ciri otak
dominan yang cuba dijelaskan, diterangkan atau diteorikan (Hammersley, M. dan Gomm, R.
1995).
Fasa 3 : Analisis Kebolehpercayaan
Fasa ketiga dilakukan bertujuan mendapatkan nilai kebolehpercayaan IOD. Kebolehpercayaan
adalah keupayaan item mengekalkan skor, jika seseorang mengambil ujian yang sama beberapa
kali (Rosinah, 2014). Kebolehpercayaan juga berkaitan dengan alat ukur yang digunakan dalam
kajian menunjukkan sejauh manakah dapatan kajian menggambarkan dunia yang dikaji atau
diteroka dalam kajian dengan tekal dan tepat. Kebolehpercayaan juga merujuk pencapaian calon
adalah tekal apabila dia mengambil ujian itu beberapa kali dalam jangka masa beberapa hari atau
seminggu (Mok Soon, 2010). Setelah IOD mendapat nilai kesahan yang sewajarnya, maka IOD
telah ditadbirkan kepada 40 orang pelajar sekolah menengah daerah Klang. Pemilihan sampel
menggunakan kaedah rawak mudah. Data dapatan dianalisis menggunakan SPSS untuk
mendapatkan nilai Alpha Cronbach bagi menilai tahap kebolehpercayaan IOD.
SUBJEK DAN TEMPAT KAJIAN
Subjek kajian hanya terlibat dalam fasa kedua dan ketiga kajian. Pada fasa kedua kajian terdapat
seramai 7 orang panel pakar yang terdiri daripada ahli akademik dan pengamal pendidikan iaitu
pensyarah-pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Awam, pegawai kaunseling di Jabatan
Pendidikan Negeri untuk menilai kesahan kandungan Inventori Otak Dominan (IOD). Manakala
pada fasa ketiga seramai 40 orang murid sekolah menengah di negeri Selangor dipilih bagi
mendapatkan data kebolehpercayaan Inventori Otak Dominan (IOD).
KEPUTUSAN KAJIAN
Dapatan Kajian Fasa 1 : Pembinaan Skala, Sub Skala dan Item Inventori
Pembinaan IOD berdasarkan Model ‘Whole Brain’ Herrmann (1995). IOD dibina dengan 120
item yang dibahagikan kepada dua skala iaitu skala 1: OKa (60 item) dan skala 2: OKi (60 item).
Item berkenaan dipecahkan kepada empat sub skala iaitu; sub skala 1: OKaA (30 item), sub
skala 2: OKaB (30 item), sub skala 3: OKiA (30 item) dan sub skala 4 : OKiB (30 item). Setiap
item merupakan item positif dan kesemua item berkenaan melibatkan susunan ayat ringkas,
namun masih membawa pengertian sebenar.
Dapatan Kajian Fasa 2 : Nilai Kesahan Kandungan dan Kesahan Muka IOD
Berdasarkan kesepakatan panel pakar, maka nilai IOD adalah seperti Jadual 1:
Jadual 1:
Nilai Kesahan Keseluruhan dan Sub skala IOD (n=7)
Skala / Sub-skala Bil.Item Nilai Keputusan Pakar
Keseluruhan IOD 120 0.828 Tinggi
Skala 1 : OKa 60 0.791 Tinggi
Skala 2 : OKi 60 0.866 Tinggi
Sub skala 1 : OKaA 30 0.763 Sederhana Tinggi
Sub skala 2 : OKaB 30 0.818 Tinggi
Sub skala 3 : OKiA 30 0.853 Tinggi
Sub skala 4 : OKiB 30 0.878 Tinggi
Jadual 1 menunjukkan nilai kesahan keseluruhan IOD ialah .828 (82.8%), skala OKa .791
(79.1%) dan OKi .866 (86.6%). Manakala kesahan kandungan yang tertinggi bagi sub skala
adalah .878 (87.8%) iaitu sub skala OKiB dan yang terendah adalah sub skala OKaA iaitu .763
(76.3%). Bagi sub skala lain iaitu OKaB .818 (81.8%) dan OKiA .853 (85.3%). Ini menunjukkan
bahawa IOD mempunyai nilai kesahan kandungan pakar yang tinggi. Menurut Kerlinger (dalam
Rosinah 2014), tahap kebolehpercayaan dibahagikan kepada empat tahap iaitu .75 hingga .1.00
berada di tahap tinggi, .51 hingga .74 di tahap sederhana tinggi, .26 hingga .50 berada di tahap
sederhana rendah dan .00 hingga .25 di tahap rendah. Ini bermakna nilai keseluruhan IOD bagi
kesahan pakar berada di tahap tinggi iaitu .828, manakala bagi skala dan sub skala semua berada
di tahap tinggi kecuali sub skala OKaA sederhana tinggi.
Jumlah item asal ialah 140 item secara keseluruhan. Jumlah item untuk setiap sub skala pula
ialah 35 item. Setelah mendapat kesahan pakar, 5 item yang mendapat skor terendah dikeluarkan
dari setiap sub skala. Jadual 2 dibawah menunjukkan item yang dikeluarkan berdasarkan
penilaian pakar.
Jadual 2
Item Yang Telah Dikeluarkan Berdasarkan Penilaian Pakar
Sub-skala No.Item Pernyataan Item Nilai Kesahan
OKaA 2 Saya selalu terburu-buru dalam membuat
keputusan.
58.5%
14 Selalu mengubah program dan aktiviti yang
telah saya rancangkan.
58.5%
24 Saya seorang yang artistik. 55.7%
32 Saya sering dituduh sebagai seorang yang
kuat berkhayal. 57.1%
33 Saya sering bertindak tanpa berfikir terlebih 61.4%
dahulu.
OKaB 37 Saya suka mengajar orang lain. 65.7%
38 Majlis kenduri membuatkan saya rasa rimas. 60.0%
44 Saya bukanlah orang yang mudah mesra. 62.8%
45 Saya jarang bercakap dalam sesuatu sesi
perbincangan atau perbualan.
61.4%
51 Suka menghabiskan waktu berseorangan
berbanding berbual dengan rakan.
60.0%
OKiA 72 Saya melakukan kajian tentang perkara-
perkara yang kompleks.
77.1%
75 Saya tidak mudah berputus asa apabila
menghadapi cabaran.
72.8%
79 Saya menganggap pekerjaan itu mudah. 68.5%
82 Saya berminat mencipta sesuatu yang baru. 74.2%
94 Saya dianggap oleh kawan sebagai seorang
yang berfalsafah.
75.7%
OKiB 107 Saya seorang pendengar yang setia. 72.8%
109 Saya sensitif pada persekitaran. 75.7%
111 Saya sanggup bekerja keras untuk organisasi. 80.0%
112 Saya selesa menjadi orang penting dalam
organisasi. 81.4%
123 Saya sentiasa mematuhi tradisi keluarga. 78.5%
Dapatan Kajian Fasa 3 : Nilai Kebolehpercayaan IOD
Dari segi kebolehpercayaan pula diperoleh dengan menggunakan subjek iaitu 40 orang pelajar
sekolah menengah daerah Klang yang dipilih secara rawak mudah bagi mewakili sampel kajian
untuk mendapatkan data kebolehpercayaan IOD. Analisis kebolehpercayaan IOD adalah seperti
Jadual 2 berikut:
Jadual 2
Nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan dan sub skala IOD (n=40)
Skala/Sub skala Bil.Item Pekali
Kebolehpercayaan
Tahap Kebolehpercayaan
Keseluruhan IOD 120 .874 Tinggi
Skala 1 : OKa 60 .721 Sederhana Tinggi
Skala 2 : OKi 60 .858 Tinggi
Sub skala 1 : OKaA 30 .455 Sederhana Rendah
Sub skala 2 : OKaB 30 .683 Sederhana Tinggi
Sub skala 3 : OKiA 30 .793 Tinggi
Sub skala 4 : OKiB 30 .808 Tinggi
Analisis kebolehpercayaan bagi IOD menunjukkan nilai koefisian Alpha Cronbach yang
tinggi iaitu nilai .874. Ini menunjukkan IOD mempunyai kebolehpercayaan dalaman yang baik
dan membuktikan IOD dapat mengukur otak dominan dalam kalangan responden dengan baik.
Menurut Kerlinger (dalam Rosinah 2014), tahap kebolehpercayaan dibahagikan kepada empat
tahap iaitu .75 hingga .1.00 berada di tahap tinggi, .51 hingga .74 di tahap sederhana tinggi, .26
hingga .50 berada di tahap sederhana rendah dan .00 hingga .25 di tahap rendah. Bagi
kebolehpercayaan IOD berdasarkan skala: skala 1 iaitu OKa berada pada tahap sederhana tinggi
dengan nilai .721 dan skala 2 iaitu OKi berada pada tahap tinggi dengan nilai .858. Manakala
berdasarkan sub skala: nilai kebolehpercayaan yang sederhana rendah untuk sub skala 1 iaitu
OKaA sebanyak .455, sederhana tinggi untuk sub skala 2 iaitu OKaB sebanyak .683, dan tinggi
untuk sub skala 2 dan 3 iaitu OKiA dan OKiB dengan nilai masing-masing .793 dan .808.
Menurut Valette (1977 dalam Sidek 2005), menyatakan bahawa nilai pekali
kebolehpercayaan .50 atau lebih boleh diterima. Nilai kebolehpercayaan mengikut sub skala IOD
ini diterima kerana melebihi pekali .50 kecuali sub skala 1 kerana hanya .455. Walau
bagaimanapun, apabila sub skala 1 dan sub skala 2 digabungkan untuk mendapatkan skala 1,
dapatannya masih tinggi iaitu .721. Oleh itu, kesemua skala dan sub skala bagi inventori ini
boleh diterima pakai.
Sebagai tambahan, Jadual 3 adalah analisis kebolehpercayaan bagi menguji tahap kualiti
item-item positif yang dibina. Bagi IOD item 1 hingga 30 adalah sub skala untuk OKaA, 31
hingga 60 adalah untuk sub skala OKaB, 61 hingga 90 adalah untuk sub skala OKiA dan item 91
hingga 120 adalah untuk sub skala OKiB. Keputusan yang diperoleh adalah seperti berikut:
Jadual 3
Kebolehpercayaan Setiap Item (n=40)
Bil Item Alpha
Cronbach
Tahap
kebolehpercayaan
1. Saya seorang yang spontan. .873 Tinggi
2. Saya kurang gemar berkarya. .876 Tinggi
3. Saya suka melakukan apa yang orang lain
tidak dapat lakukan. .873
Tinggi
4. Saya sukakan aktiviti yang merangsang
minda saya. .874
Tinggi
5. Cabaran membuatkan saya teruja. .871 Tinggi
6. Risiko menakutkan saya. .877 Tinggi
7. Kadang-kala saya berfikir untuk melanggar
peraturan. .875
Tinggi
8. Suka kepada perdebatan tidak kira sama ada
saya menang atau kalah. .871
Tinggi
9. Selalu bertindak mengikut keyakinan diri. .873 Tinggi
10. Suka mencuba sesuatu pengalaman
walaupun sekali. .873
Tinggi
11. Mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. .874 Tinggi
12. Kejutan membuatkan saya hilang semangat. .875 Tinggi
13.
Melakukan sesuatu mengikut cara saya
sendiri tanpa memikirkan apa orang lain
akan kata.
.873
Tinggi
14. Saya mempunyai hak menentukan sendiri
apa yang saya ingin lakukan. .880
Tinggi
15.
Berpendapat apa yang betul dan apa yang
salah adalah ditentukan oleh diri saya
sendiri.
.875
Tinggi
16.
Selalu memberi gerak balas yang cepat dan
spontan dalam setiap tindakan yang
dilakukan.
.872
Tinggi
17. Saya lakukan apa yang betul pada
kebanyakan masa. .870
Tinggi
18. Suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja
dengan data dan benda. .872
Tinggi
19. Suka memikirkan masalah-masalah yang
rumit dan mencabar. .873
Tinggi
20. Berasa seakan-akan berminat kepada semua
perkara. .873
Tinggi
21. Saya suka menghayati lagu sentimental. .872 Tinggi
22. Saya menghargai nilai-nilai estetika. .872 Tinggi
23. Saya sukar menyesuaikan diri dengan kerja
kesenian. .877
Tinggi
24. Suka berbincang mengenai idea yang
abstrak. .870
Tinggi
25. Suka menyendiri melayan fikiran. .875 Tinggi
26. Saya gemar kepada pengalaman yang pelik. .873 Tinggi
27.
Saya lebih gemar dikenali sebagai seorang
yang boleh diharap berbanding seorang
yang kuat berimaginasi.
.870
Tinggi
28. Berkhayal adalah menenangkan. .878 Tinggi
29. Saya boleh berfikir tentang banyak perkara
dalam satu masa. .872
Tinggi
30. Saya amat sukakan persaingan. .870 Tinggi
31. Selesa memberitahu orang lain tentang apa
yang saya rasa. .873
Tinggi
32. Saya selesa tinggal di kawasan yang tidak
ramai jiran. .876
Tinggi
33. Selalu menolong kawan-kawan yang
menghadapi masalah. .872
Tinggi
34. Saya sering memendam perasaan saya. .874 Tinggi
35. Saya mudah bersimpati dengan keadaan .873 Tinggi
orang.
36. Saya percaya bahawa saya seorang yang
peramah. .871
Tinggi
37. Saya mudah memulakan perbualan dengan
orang yang baru saya kenali. .871
Tinggi
38. Mengelak daripada bercakap dengan orang
lain melainkan jika ditegur dahulu. .877
Tinggi
39. Selalu pinjamkan barang saya kepada rakan
yang memerlukan. .871
Tinggi
40. Saya seorang yang sangat berterus terang. .873 Tinggi
41.
Saya cenderung bercakap lebih banyak
berbanding orang lain apabila berada dalam
kumpulan.
.873
Tinggi
42. Mudah berasa bersalah. .875 Tinggi
43.
Gembira menghabiskan sebahagian masa
saya membantu menyelesaikan masalah
orang.
.870
Tinggi
44. Selesa memeluk rakan sejantina untuk
menyokongnya. .875
Tinggi
45. Saya rasa perlu untuk mencurahkan
perasaan kepada kawan-kawan. .873
Tinggi
46. Suka kepada aktiviti yang melibatkan orang
ramai. .872
Tinggi
47. Tidak kisah untuk menunjukkan emosi saya
kepada orang lain. .872
Tinggi
48. Lebih banyak bertolak ansur berbanding
orang lain. .872
Tinggi
49.
Percaya bahawa menyokong orang lain
adalah sama penting dengan menyokong diri
saya sendiri.
.872
Tinggi
50.
Lebih selesa berinteraksi dengan individu
yang tidak saya kenali berbanding duduk
seorang diri.
.872
Tinggi
51. Saya cepat terkesan dengan emosi rakan-
rakan. .874
Tinggi
52. Mengajar sesuatu kepada orang lain
membuat saya gembira. .872
Tinggi
53. Cepat berasa kecewa apabila orang lain
tidak menghargai saya. .875
Tinggi
54. Menganggap diri saya adalah seorang yang
mudah didampingi. .870
Tinggi
55. Saya sukar memberitahu orang lain
mengenai diri saya. .874
Tinggi
56. Suka melawat kawan-kawan atau jiran yang
sakit. .872
Tinggi
57. Saya mudah marah. .875 Tinggi
58. Saya suka mengambil hati orang lain. .872 Tinggi
59. Saya berusaha untuk memahami apa yang
orang lain rasa. .874
Tinggi
60. Saya mempunyai kelebihan menyelami
perasaan orang lain. .873
Tinggi
61. Saya berfikir berasaskan logik. .873 Tinggi
62. Saya suka menyelesaikan masalah yang
dihadapi melalui kajian. .871
Tinggi
63. Saya mencuba bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu yang mencabar minda. .870
Tinggi
64. Saya seorang yang analitikal. .872 Tinggi
65. Saya suka menyelidik. .870 Tinggi
66. Saya menyumbangkan idea-idea yang
menyeluruh. .871
Tinggi
67. Saya membina sistem untuk menonjolkan
pembaharuan. .878
Tinggi
68. Saya berminat dalam bidang keilmuan. .874 Tinggi
69. Saya rasakan daya ingin tahu saya sangat
tinggi. .872
Tinggi
70. Saya suka melibatkan diri dalam
perbincangan yang kritikal. .872
Tinggi
71. Saya tidak mudah menerima begitu sahaja
sesuatu cerita. .872
Tinggi
72. Saya akan beralih ke tugas lain selepas
selesaikan sesuatu tugas. .872
Tinggi
73. Saya percaya kecerdasan saya tinggi. .869 Tinggi
74. Pemikiran saya lebih matang berbanding
usia saya. .872
Tinggi
75. Saya suka aktiviti yang merangsang minda
saya. .871
Tinggi
76. Saya suka menyoal guru. .870 Tinggi
77. Saya mempunyai pengetahuan yang
mendalam mengenai sesuatu teori. .872
Tinggi
78. Saya seorang yang panjang akal. .873 Tinggi
79. Saya mempunyai sikap sabar. .873 Tinggi
80. Saya mahukan jawapan kepada setiap
persoalan. .872
Tinggi
81. Lebih suka bekerja dengan idea dari bekerja
dengan data dan benda. .873
Tinggi
82. Memikirkan secara kritikal setiap perkara
yang saya buat dan lihat. .872
Tinggi
83. Berminat membaca buku bercorak
akademik, falsafah dan psikologi. .872
Tinggi
84.
Berminat untuk mencipta idea-idea dan
teori-teori baru yang berhubung dengan
manusia.
.872
Tinggi
85. Suka menganalisis personaliti individu yang
saya temui. .872
Tinggi
86.
Suka melibatkan diri dalam perbincangan
yang berkaitan dengan falsafah hidup
masyarakat yang ideal.
.872
Tinggi
87.
Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian
kepada bermacam-macam masalah sosial,
politik dan ekonomi.
.871
Tinggi
88. Berminat mencari sebab musabab mengenai
tingkahlaku dan permasalahan manusia. .872
Tinggi
89.
Memperuntukkan masa yang agak banyak
bagi memikirkan masalah-masalah rumit
yang perlu diselesaikan.
.872
Tinggi
90.
Suka membaca buku-buku yang boleh
membantu saya mengenali diri dengan lebih
baik.
.873
Tinggi
91. Saya sentiasa memberi prihatian semasa
perbincangan. .872
Tinggi
92. Saya selalu bercakap berdasarkan bukti. .874 Tinggi
93. Saya membenci orang yang tidak menepati
masa. .874
Tinggi
94. Saya mementingkan kerjaya. .874 Tinggi
95. Saya sentiasa memastikan kerja-kerja
selesai. .870
Tinggi
96. Saya seorang yang setia pada janji. .870 Tinggi
97. Saya sentiasa mematuhi peraturan. .872 Tinggi
98. Saya mematuhi arahan pihak berkuasa. .875 Tinggi
99. Saya seorang yang bertanggungjawab. .871 Tinggi
100. Saya seorang yang boleh diharap. .870 Tinggi
101. Saya tahu apa yang baik untuk diri sendiri. .873 Tinggi
102. Saya seorang yang stabil dari segi emosi. .874 Tinggi
103. Saya sentiasa meluangkan masa untuk
keluarga. .873
Tinggi
104. Saya menghormati adat resam dalam
masyarakat. .872
Tinggi
105. Memastikan peranan saya dalam keluarga
dilaksanakan. .872
Tinggi
106. Saya mementingkan ketelitian. .872 Tinggi
107. Saya bersifat rasional dalam setiap tindakan. .871 Tinggi
108. Saya tidak suka membazir masa. .873 Tinggi
109. Saya suka kerja yang terancang. .872 Tinggi
110. Saya berkebolehan mengendalikan urusan
secara terperinci. .874
Tinggi
111. Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai
struktur yang jelas. .871
Tinggi
112. Suka melakukan sesuatu kerja dengan .872 Tinggi
kemas dan teratur.
113.
Suka kepada aktiviti-aktiviti yang
memerlukan perhatian dan tumpuan yang
terperinci.
.875
Tinggi
114. Ada jadual makan dan tidur yang tetap
untuk setiap hari. .872
Tinggi
115. Menyusun idea dan pemikiran saya dengan
cermat sebelum memulakan perbualan. .871
Tinggi
116. Sentiasa menjaga ruang kerja supaya
kelihatan bersih dan kemas. .872
Tinggi
117. Merancang dengan teliti matlamat yang
ingin di capai akan datang. .873
Tinggi
118. Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia
dapat dijalankan dengan lancar. .873
Tinggi
119. Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang
telah dirancang terlebih dahulu. .872
Tinggi
120. Rasa kecewa bila ada sesuatu yang
menganggu perjalanan rangangan saya.
.872 Tinggi
Berdasarkan Jadual 3 nilai kebolehpercayaan yang terendah adalah .869 iaitu bagi item
nombor 73 di bawah sub skala 2 OKaB. Manakala, nilai kebolehpercayaan yang tertinggi adalah
.880 iaitu item nombor 14 di bawah sub skala OKaA. Nilai kebolehpercayaan yang bervariasi
untuk setiap item menunjukkan item yang dibina berkualiti, berada pada tahap yang baik,
memuaskan dan dapat difahami oleh responden. Ini selaras dengan pendapat dikemukakan oleh
Mohd Majid Konting (1998), yang menyatakan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan 0.60 atau
lebih adalah baik dan boleh diterima.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Pembinaan IOD berdasarkan model ‘Whole Brain’ dan mengambil kira empat kuadran sebagai
mode pemikiran oleh Ned Herrmann(1995). Empat kuadran tersebut menjadi kerangka rujukan
berguna dalam pembinaan IOD dan digunakan sebagai asas kepada pembahagian personaliti dan
cara berfikir kedua belah hemisfera bagi membolehkan item-item dibina dan dikelaskan dengan
baik mengikut kuadran. Sub skala-sub skala dalam IOD juga hampir sama dengan model ini.
Namun demikian, diberi beberapa penambahbaikan supaya sedikit selari dengan budaya Timur
dan dengan bahasa yang lebih mudah difahami untuk diberikan maklumbalas oleh para
responden lantas boleh digunakan dengan lebih mudah untuk ditadbir di dalam negara tanpa
kekangan masalah bahasa.
Berdasarkan dapatan daripada ujian rintis yang dijalankan dengan catatan kesahan dan
kebolehpercayaan yang baik, IOD dilihat berguna untuk diaplikasikan terutama dalam bidang
pendidikan bagi membolehkan para pendidik terutamanya mengenal pasti para pelajar mereka
menggunakan mode apa untuk belajar ; sama ada dominan kanan, kiri atau bersepadu. Maklumat
ini amatlah berguna kerana pendidik berupaya mengubah pendekatan dalam cara pengajarannya
untuk lebih memberi kefahaman kepada pelajar yang berbeza dominan otaknya. Hal ini kerana,
kurikulum dan kaedah pengajaran pendidik masa kini dikenal pasti lebih mementingkan
pembelajaran dengan penekanan otak kiri yang bermaksud dengan aktiviti menghafal, pemikiran
satu arah dan mengikut arahan serta keinginan pendidik (Norrizan, 2000; Kim dan Michael, 1995
dalam Chua Yan Piaw).
Selain itu, IOD juga dilihat dapat membantu guru-guru bimbingan dan kaunseling terutama dari
aspek kerjaya. Pentadbiran dan penaksiran skor IOD yang ringkas dan padat mampu dijalankan
oleh guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dengan mudah. Skor-skor yang didapati juga
dapat digunakan bagi membantu memahami permasalahan pelajar-pelajar di sekolah dan
dijadikan panduan selain ujian SDS Holland untuk penentuan kerjaya pelajar kelak yang mana
seperti yang telah diketahui, dominan otak menghasilkan personaliti dan juga cara pemikiran
tertentu yang seterusnya akan mempengaruhi cara bekerja seseorang individu (Cary, 2001).
Dengan pemahaman seperti ini, adalah lebih mudah untuk guru bimbingan dan kaunseling
memandu arah pelajar supaya dapat membuka ruang penerokaan yang lebih luas berkaitan diri
dan kerjaya mereka kelak.
Penggunaan IOD juga tidak terhad kepada pendidik dan pelajar di peringkat bangku sekolah
tetapi juga boleh digunakan dalam bidang pengurusan untuk mengenal pasti mode pemikiran diri
dan cara-cara yang lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti diri selain memperbaiki
hubungan interpersonal, intrapersonal serta komunikasi. Masalah-masalah di bidang pengurusan
kadang kala hadir daripada kurangnya kefahaman tentang diri dan orang lain, malah penggunaan
pendekatan yang tidak bersesuaian kerap menjejaskan produktiviti dalam organisasi dan
seterusnya mencacatkan hubungan dan kepuasan seseorang individu (Webster, 1994). Maka,
IOD dilihat merupakan salah satu penyelesaian kepada masalah-masalah dalam bidang
pengurusan yang dilihat dapat memperbaiki hubungan antara ketua dengan orang bawahan juga
antara rakan sekerja yang kadang bertelagah atas ketidakfahaman mereka dalam aspek pemikiran
diri dan orang lain. Banyak unsur positif yang dapat diserap melalui penggunaan IOD ke dalam
organisasi bagi meningkatkan perhubungan dan seterusnya prestasi organisasi itu sendiri.
Pembinaan IOD juga mendapat penilaian kesahan muka dan kandungan serta kebolehpercayaan
yang agak ketat dan kritikal daripada panel penilai kerana dibina langsung berdasarkan model
dan tidak merujuk mana-mana inventori lain dalam negara dalam bidang otak dominan ini.
Maka, masih banyak penambahbaikan dari segi item, susunan, jumlah item dan lain-lain aspek
yang perlu diperkemas, diperkukuh bagi membolehkan penggunaannya lebih menyeluruh dan
bersepadu. Namun demikian, atas faktor tertentu seperti umur dan pembangunan pemikiran dan
dominan otak yang belum sepenuhnya terbentuk, penggunaan IOD tidak dapat dijalankan bagi
pelajar sekolah rendah dan pra-sekolah. Hal ini mungkin dapat diambil perhatian oleh pengkaji
akan datang untuk mengambil peluang atas lompong ini bagi memikirkan caranya supaya IOD
ini dapat diterjemah dan dipermudah bagi membolehkannya diaplikasikan dalam peringkat
pendidikan rendah demi membantu pendidik dan juga ibu bapa khasnya dalam mengenalpasti
kecenderungan anak-anak dan seterusnya membantu menyediakan persekitaran dan sistem
sokongan yang bersesuaian dengan dominan otak mereka.
IOD dilihat membina satu bentuk keserasian dengan amalan psikometrik yang telah pun
diterapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam sistem pendidikan kita baru-baru ini dan
berupaya digabungjalin dengan lebih baik bagi membolehkan hasilnya diguna pakai hingga ke
peringkat kementerian dan penggubal dasar. Hal ini amat penting kerana seperti yang telah
dinyatakan tadi, sistem pendidikan kita masa kini banyak menekankan penggunaan otak kiri
secara paksa dan kurang mengambil kira penyertaan otak kanan. Melalui maklumat yang mampu
diberikan oleh IOD, pihak kementerian boleh menggunakannya sebagai satu platform bagi
menggubal kurikulum dan pendekatan dalam pelajaran yang berbeza yang mana umum
mengetahui Malaysia juga walaupun mempunyai kemudahan infrastruktur pendidikan dan
pembangunan yang baik, masih lagi tertinggal dari aspek pendidikan bukan sahaja di peringkat
dunia malah di Asia Tenggara sendiri berbanding negara-negara lain. Maklumat seperti ini
penting kerana melalui strategi serampang dua mata, pihak kementerian berupaya mengenalpasti
di mana kekurangan sistem pendidikan dan apa yang sebenarnya diperlukan oleh para pelajar
kita di bangku sekolah.
Analisis yang lebih mendalam juga diperlukan bagi memperkemas item-item dan juga sub skala.
Hal ini kerana dalam merealisasikan modelnya, Herrmann sendiri menjalankan ribuan penilaian
ke atas instrumennya iaitu HBDI dan mendapatkan data dari seluruh Amerika Syarikat
(Herrmann, 2000). Hal ini membuktikan bahawa beliau begitu komited dalam menyediakan satu
instrumen yang benar-benar dapat menjelaskan dan membantu responden untuk mengenali diri
melalui profil yang dibinanya. Tidak mustahil sekiranya IOD ini diperkembang dan diperkemas
untuk kegunaan dalam negara, ianya mampu membawa hasil positif yang bersifat glokal dan
menyeluruh untuk membantu banyak bidang dalam negara dan individu khususnya untuk
menyerlahkan potensi diri mereka dengan lebih baik dan meluas berbanding inventori personaliti
lain yang hanya memberikan satu platform penerokaan secara asas sahaja. Kajian seterusnya
perlu mengambil kira panjang item dan nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih jitu dan
dibuat dalam kelompok-kelompok responden yang berbeza untuk memperluas penggunaannya
bukan sahaja dalam sektor pendidikan namun ke sektor-sektor lain yang menggunakan tenaga
manusia sebagai penggerak supaya organisasi mampu dipacu ke arah yang lebih baik.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa pembinaan Inventori Otak Dominan (IOD)
ini boleh dipercayai dan boleh diguna pakai untuk mengenalpasti otak dominan dalam kalangan
individu. Melalui nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang mendapat penilaian pakar secara
khusus mencatatkan nilai yang baik, IOD ini juga berupaya digunakan untuk mengenalpasti
potensi diri dan kecenderungan untuk menyelesai masalah dan berfikir dalam kalangan individu
berdasarkan empat sub skala utama iaitu otak kanan cerebral, otak kanan limbik, otak kiri
cerebral dan otak kiri limbik.
RUJUKAN
The Split Brain Experiments. (2003, Oktober 30). Retrieved Mei 17, 2015, from Nobelprize.org:
http://www.nobelprize.org/educational/medicine/split-brain/background.html
Brain & Nervous System Health Center. (2014). Retrieved Mei 17, 2015, from WebMD:
http://www.webmd.com/brain/picture-of-the-brain
Ali Bawaneh, A., Abdullah, A., Saleh, S., & Yin Yin, K. (2011). Jordanian students' thinking
styles based on Herrmann whole brain model. International Journal of Humanities and
Social Science, 89-97.
Benziger, I. &. (1993). The art of using your whole brain. Rockwall, Texas: Whole Brain
Publisher.
Campbell, V.-J. (2008). The implications of Ned Herrmann’s “whole-brain” model for violin
teaching: a case study. Stellenbosch : Stellenbosch University.
Carthey, J. (1993). Relationship between learning styles and academic achievement and brain
hemispheric dominance and academic performance in Business and Accounting courses.
Winona: Winona State University.
Cary, D. (2001). The relationship between brain dominance and career interests. Old Dominion:
Old Dominion University.
Coffield FJ, Moseley DV, Hall E and Ecclestone K (2004). Should we be using learning styles?
What research has to say to practice. London: Learning and Skills Research
Centre/University of Newcastle upon Tyne.
Corballis, M. C. (1978). On the biological basis of human laterality: I. Evidence for a
maturational left–right gradient. Behavioral and Brain Sciences , 261- 269.
Daymut, J. A. (2009). Right Brain vs. Left Brain – What’s the Difference? Super Duper
Publications.
Dew, J. R. (1996, April). Are you a Right-Brain or Left-Brain Thinker? Quality Progress
Magazine.
Donaldson, H. H. (1884). Localization in the Brain. Science, 484-485.
Gary Michael Szirony, L. C. (2007 ). Brain hemisphere dominance and vocational preference: A
preliminary analysis. Work, 323–329.
Genovese, J. E. (2005). Hemispheric Cognitive Style:. Journal of Genetic Psychology, 467-481.
Ghonsooly, Z. K. (2015). Brain Dominance and Test Format: A Case of Vocabulary. Journal of
Language Teaching and Research,, 695-703.
Griffiths, P. N. (2014 ). Letter to the Editor: Handedness and Brain Lateralization – What
insights can one gain from previous literature? Journal of Social & Psychological
Sciences , Volume 6 (2), 69 - 74.
Hammersley, M. & Gomm, R. (1995). Bias In Social Research. London: Routledge.
Hart, L. (1975). How the brain works. New York: Basic Books.
Herrmann, N. (1995). The Creative Brain. In N. Herrmann, The Creative Brain. Kingsport
Tennessee: Quebecor Printing Group.
Herrmann, N. (2000). The Theory Behind the HBDI and Whole Brain Technology, The HBDI
Accreditation Process. Retrieved Mei 16, 2015, from Herrmann International:
http://www.incitestrategiesinc.com/docs/TheTheoryBehindHBDI.pdf .1-3.
KÖK, İ. (2007). The Effects of More Humanistic Approaches to Language Teaching and
Hemispheric Dominance on Students' Academic Achievements and Their Attitudes
Towards Learning English. Education and Science , 49-58.
M. Monfort, S. M. (1990). Information processing differences and laterality of students from
different colleges and disciplines. Perceptual and Motor Skills, 163–172.
Matin, H. S. (2012). On the Relationship between Right- brain and Left- brain Dominance and
Reading Comprehension Test Performance of Iranian EFL Learners. BRAIN. Broad
Research in Artificial Intelligence and Neuroscience, 3(2), 43-58.
Mireskandari, N. (2015). Brain Dominance And Speaking Strategy Use of Iranian EFL Learners.
International Journal of Applied Linguistics & English Literature, 72-79.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mok Soon Seng. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian
Tindakan. Selangor : Multimedia Sdn. Bhd.
Morris, R. J. (2006). Left Brain, Right Brain, Whole Brain? An examination into the theory of
brain lateralization, learning styles and the implications for education. Cornwall College
St Austell.
Nielsen JA, Z. B. (2013). An Evaluation of the Left-Brain vs. Right-Brain Hypothesis with
Resting State Functional Connectivity Magnetic Resonance Imaging. PLoS ONE.
Ornstein, R. &. ( 1985). The amazing brain. London: Hogarth.
Piaw, C. Y. (n.d.). Halangan pemikiran kreatif dalaman dan stail pemikiran minda guru pelatih
kdpm semester 3. Malaysia: Jabatan Penyelidikan Maktab Perguruan Ilmu Khas.
Price, M. (2009). The left brain knows what the right hand is doing. Monitor Staff.
Rosinah Edinin. (2014). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan Edisi Kedua. Kuala
Lumpur : Freemind Horizon Sdn. Bhd.
Sidek Mohd Noah. (2006). Pengujian dan Penilaian Dalam Kaunseling. Selangor: Penerbit
Universiti Putra Malaysia
Sousa, D. ( 2001). How the brain learns. Thousand Oaks: Corwin.
Springer, S. &. (1998). Left brain, right brain: perspectives from cognitive neuroscience (Fifth
edition ed.). New York: W.H. Freeman.
Tuckman, B.W. (1988). Conducting Educational Research, 3nd Edition. New York: Harcourt
Brace Jovanovich, Inc.
Webster, G. (1994). Whole-brain Project Management for All". Industrial and Commercial
Training, 22-31.