Transcript
Page 1: Pencegahan Kecederaan dalam Sukan  dan  Langkah-langkahnya

PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN

-Definisi terma pencegahan

-6 prinsip pencegahan: senarai, contoh mengenali situasi

-Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan

Page 2: Pencegahan Kecederaan dalam Sukan  dan  Langkah-langkahnya

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnya

DefinisiPencegahan kecederaan di dalam kamus

dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.

Page 3: Pencegahan Kecederaan dalam Sukan  dan  Langkah-langkahnya

Prinsip Pencegahan KecederaanPrinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah

1)Prinsip latihan Penambahan beban senaman secara beransur-ansurTempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan

jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.

IntensitiMotivasiPengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai

untuk mencapai tujuan dan objektifRelaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuanRutin

2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.

Page 4: Pencegahan Kecederaan dalam Sukan  dan  Langkah-langkahnya

3) Ansur maju latihanMengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.Faedah ansur maju : memulihkan kecederaanmeningkatkan perkembanganmeningkatkan keyakinan diri

4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.

Page 5: Pencegahan Kecederaan dalam Sukan  dan  Langkah-langkahnya

5) Keselamatan kemudahan dan peralatanBerlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.

6)Peralatan perlindungan Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.

Page 6: Pencegahan Kecederaan dalam Sukan  dan  Langkah-langkahnya

Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan

1. Menguasai teknik yang betul.Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan

kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang

betul.2. Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik.Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain

dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata.

Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana: (a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi. (b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.(c) Memiliki fleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh

Page 7: Pencegahan Kecederaan dalam Sukan  dan  Langkah-langkahnya

3. Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai

dengan permainan. Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh

mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh

digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh. 

4. Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi

lebih seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar

kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas.

Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan.

Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.

Page 8: Pencegahan Kecederaan dalam Sukan  dan  Langkah-langkahnya

5. Pengurusan Emosi Mental yang sihat memainkan peranan

penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.

Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.

Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.