Download docx - Pencemaran udara

Transcript
Page 1: Pencemaran udara

PENDAHULUAN

Urbanisasi adalah satu proses dinamik pengeluasan kawasan bandar yang melibatkan landskap fizikal semulajadi dan sektor sosioekonomi bandar (Shaharuddin et al. 2011). Transformasi yang berlaku di Malaysia khasnya di bandaraya Kuala Lumpur telah memberi kesan terhadap pelbagai aspek alam sekitar fizikal mahupun manusia. Transformasi bandar bukan sahaja membawa kepada kebaikan malahan menimbulkan kesan negatif kepada alam sekitar apabila dilakukan tanpa melakukan perancangan sehingga konsep daya tampung bandar diabaikan. Peningkatan penduduk sejajar dengan peningkatan kadar pencemaran udara, air dan bunyi, masalah kesesakan lalu lintas di bandar, ketidakselesaan akibat aktiviti manusia sehingga timbul fenomena pulau haba bandar. Keadaan ini mendorong peningkatan kadar mobiliti penduduk. Timbul isu banjir kilat yang semakin kerap di bandar setiap kali hujan lebat. Bagi menangani masalah isu alam sekitar penggunaan kaedah bumbung hijau mula diberi perhatian. Empat fokus utama yang akan dibincangkan adalah isu pencemaran udara, isu kesihatan warga kota, peningkatan suhu bandar dan menangani masalah alam sekitar fizikal melalui kaedah bumbung hijau.

ISU PENCEMARAN UDARA

Komponen alam sekitar sekitar terdiri daripada alam sekitar semula jadi, alam sekitar binaan dan alam sekitar yang baru. Persekitaran fizikal semulajadi iaitu air, udara dan pergerakan angin serta persekitaran alam sekitar manusia berubah akibat daripada tindakan atau interaksi antara satu sama lain. Kemerosotan kualiti udara di kawasan bandar berkait dengan kepesatan urbanisasi yang tidak terancang sehingga mewujudkan kawasan tepubina dan tanah lapang terbiar yang dahulunya adalah kawasan hijau. Kawasan hutan dibangunkan menjadi bangunan pejabat, kompleks perniagaan, kawasan perindustrian, pentadbiran dan kawasan perumahan yang menjadi tumpuan penduduk akibat daripada migrasi masuk ke bandar. Kesan daripada itu wujud masalah setinggan di kawasan tepi sungai, lombong terbiar, pinggir bandar dan pinggir hutan yang juga mengakibatkan peningkatan jumlah kenderaan, aktiviti industri dan aktiviti pembakaran terbuka secara tidak terkawal (Shaharuddin Ahmad dan Noorazuan Md Hashim, 2006).

Transformasi menjadikan isu pencemaran udara semakin ketara. Masalah pencemaran udara merentasi sempadan iaitu pembakaran ladang di Sumatera dan Kalimantan menjadikan masalah pencemaran udara dan seterusnya masalah jerebu bermusim melanda Malaysia termasuklah Kuala Lumpur yang meningkatkan konsentrasi PM10 atau bahan pencemar terampai di atmosfera bandar. Terdapat dua pola yang menunjukkan bahawa taburan konsentrasi PM10 semakin meningkat iaitu nilai konsentrasi terus meningkat walaupun pada nilai yang sederhana dan yang kedua ialah taburannya semakin meluas ke kawasan luar bandardan semakin tinggi.

ISU KESIHATAN WARGA KOTA

Perkembangan industri, peningkatan jumlah kenderaan dan kekurangan kawasan hijau menyebabkan peningkatan suhu dan kurangnya kadar kelembapan udara. Kadar pencemaran udara yang tinggi mengakibatkan masalah kepada manusia seperti penyakit bronkitis.yang berkait rapat dengan faktor iklim dalam rumah, sosio-ekonomi dan budayanya. Isu kesihatan warga kota juga dianalisis berdasarkan bilangan hari tidak sihat di beberapa lokasi terpilih yang menunjukkan nilai yang sentiasa tinggi. Perubahan iklim persekitaran dalaman banyak dipengaruhi oleh pola angkubah cuaca di persekitaran luaran kerana kebanyakan bahan binaan yang digunakan tidak mesra alam sehingga daya penyerapan, pembahangan, peresapan dan pantulan bahangan yang ketara dan tinggi. Pengunaan alat mekanikal iaitu kipas, alat penghawa dingin berasingan atau berpusat dengan konsep tertutup rapat untuk

Page 2: Pencemaran udara

menyimpan hawa sejuk yang juga mengundang kepada pelbagai masalah seperti sindrom bangunan sakit (sick-building syndrome) yang tidak mempunyai kadar pengudaraan yang cukup bagi penghuni dan penggunanya (Shaharuddin Ahmad, 1996).

Kajian mengenai perkaitan antara penyakit sistem saluran pernafasan dengan pencemaran udara berdasarkan kadar kes infeksi saluran pernafasan akut (ARI) mencatatkan kadar yang tinggi iaitu kurang sihat. Penyakit saluran pernafasan dan penyakit asma menunjukkan kadar yang tinggi berbanding keseluruhan populasi responden untuk kanak-kanak antara umur 12 tahun ke bawah dan warga tua antara umur 65 tahun ke atas. Proses urbanisai menggalakkan kemasukan tenaga kerja yang menyebabkan penggunaan tanah yang kurang mapan, kekurangan tempat berjalan kaki yang mesra alam, kurang projek perumahan mampu beli penduduk warga kota dan perkembangan pesat pembinaan lebuh raya (Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2010). Peningkatan jumlah kenderaan keluar masuk ke kawasan bandar turut meningkatkan kadar konsentrasi bahan ampaian (PM10), karbon monoksida (CO), nitrogen oksida (NOx), hidrokarbon (HCs) dan gas ozon (O3).

ISU PENINGKATAN SUHU

Isu peningkatan suhu dan haba dalam bandar akibat daripada bersih proses terma bandar menjadikan perbezaan imbangan tenaga dan suhu bandar berbanding kawasan luar bandar lebih tinggi. Haba rasa daripada permukaan dan lapisan sempadan bandar lebih tinggi disebabkan oleh penyerapan bahangan gelombang pendek. Pola gunatanah yang berbeza seperti tepubina bangunan, jalan raya, tanah lapang, badan air, kawasan perniagaan, kawasan hijau, menunjukkan keupayaan penyerapan, pemantulan dan penyimpanan haba yang berbeza mempengaruhi ketidakseragaman sifat morfologi dan bentuk muka bumi bandar. Kekurangan tumbuhan hijau dan bertanaman menyebabkan kurangnya proses sejatan dan perpeluhan daripada badan air dan tumbuhan. Keadaan ini membawa kepada curahan hujan lebih banyak menjadi larian air permukaan ke parit-parit, longkang dan sungai berdekatan.

Peningkatan haba kerana kekurangan kelembapan bandingan, struktur bangunan tinggi dan rapat, dan bahan binaan konkrit yang menghalang pergerakan angin dan bersifat turbulens. Binaan bangunan yang berwarna gelap dan mempunyai permukaan tidak rata memberi kesan kepada kapasiti bangunan menyimpan haba dan geometri bangunan bandar yang kompleks memberi fungsi pantulan berganda bahangan suria. Kesan pemanasan global yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau antropogenik seperti pembebasan PM10, CO, SO3, Pb, O3, dan NOX dalam udara daripada kenderaan bermotor, industri, alat penghawa dingin dan pembakaran terbuka yang meningkatkan bahangan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas dan pembentukan pulau

Page 3: Pencemaran udara

haba bandar (Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim, dan Yaakob Mohd Jani, 2009). Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas atau suhu bandar semakin meningkat, ekosistem terganggu, pembentukan kejadian petir, hujan lebat dan banjir kilat berlaku secara kerap dan akan terus kerap berlaku dari semasa ke semasa.

KONSEP BUMBUNG HIJAU DALAM MENANGANI ISU ALAM SEKITAR BANDAR

Konsep bumbung hijau boleh dijadikan permukaan hijau mapan dalam mengatasi isu alam sekitar bandar kerana mampu mengawal bangunan daripada bahangan suria, mengawal suhu dan pergerakan angin dan kelembapan sama ada di dalam ataupun di luar bangunan (Shaharuddin Ahmad, 2013). Pengurangan air larian permukaan juga dapat digunakan dengan kaedah bumbung hijau selain dikatakan dapat menjadi penyimpan air hujan khususnya pada waktu puncak. Kajian bumbung hijau dikaitkan dengan penyeimbangan suhu yang dikelaskan kepada tiga iaitu melambatkan masa awal larian air permukaan, mengurangkan jumlah larian air permukaan dan menyebarkannya dalam tempoh yang lama secara perlahan-lahan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, transformasi bandar banyak memberi kesan kepada peningkatan kemerosotan atmosfera bandar, isu kesihatan warga kota, peningkatan suhu ambient. Walaupun begitu terdapat cara untuk mengatasi masalah alam sekitar melalui kaeadah bumbung hijau. Kepesatan urbanisasi bandar juga turut mempengaruhi kualiti udara banadar dari aspek konsentrasi PM10 dengan nilai yang semakin meningkat. Isu kesihatan warga kota menunjukkan kesan kepada kesihatan manusia melalui angkubah pelbagai simptom penyakit dan bilangan hari tidak sihat. Peningkatan suhu di kawasan bandar ketara berbanding kawasan luar bandar atau lebih dikenali sebagai Pulau Haba Bandar. Isu-isu alam sekitar ini dapat ditangani melalui kaedah bumbung hijau.

Page 4: Pencemaran udara

RUJUKAN

(Shaharuddin Ahmad, 1996). Indoor Environment and Sick Building Syndrome : A Prevelance Study in Kuala Lumpur, Malaysia. Dalam Proceedings of the 14th International Congress of Biometeorology, Ljublna, Slovenia, 239.

Shaharuddin Ahmad dan Noorazuan Md Hashim, (2006). Kebakaran Hutan Dan Isu Pencemaran Udara di Malaysia : Kes Jerebu Pada Ogos 2005.

Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim, dan Yaakob Mohd Jani, (2009). Fenomena Pulau Haba Bandar dan Isu Alam Sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur. Geografia : Malaysia Jurnal of Society and Space, 5 (3) :57-76.

Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim, dan Yaakob Mohd Jani, (2011). Acclerated Urbanisation and The Changing Trend of Rainfall in Tropical Urban Areas. World Applied Science Journal, 13 (11) : 69-73.

Shaharuddin Ahmad, (2013). Alam Sekitar dan Transformasi Bandar : Satu Penelitian Terhadap Kesan Alam Sekitar Fizikal di Bandaraya Kuala Lumpur. Pembentangan Kertas Kerja di Persidangan Geografi dan Alam Sekitar ke-4 UPSI pada 5-6 MEI 2013.

Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, (2010). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Sultan Idris.

Page 5: Pencemaran udara

LAMPIRAN

Page 6: Pencemaran udara
Page 7: Pencemaran udara