PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM
MENDORONG MENJANA PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF
DIKALANGAN PELAJAR.
ZARIFAH ISMANADHIRAH BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAI'I STATUS TESIS
TNOVATIF pI KALANGA}{ PEI.AJAR.
Saya
SESI PENGAJIAN : 20tl/2012
ZARIFAH ISMANADHIRAH BINfi ISMAILGTURUTBESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSld/Sujma/Dok-tor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-sytrat kegunaan seperti berilart:
Tesis adalah hahnilik Universiti Teknologi MalaysiaPe,qpustakaan Univeniti Teknologi Malaysia dibena*an membuat salinan untuk tujuropengqiian sahaja.Perpwtakaan dibonarkm membuat salinm tesis ini sebagai bahan per$karan antara,institusi pengaj ian tinggi.**Sila tandakan ({)
tltfV
I.2
3.
4.
SI}LIT
TERHAD
TIDAKTEREAI)
AlamatTetap: N0. 18 TMN GUNItNGBINTANG,BT.3 TANDOP, JLN SGPETA}.ILO54OO ALOR STAR. KEDAH.
Tarikh: JANUARI2012
( Mengandungi maklumd yang b€rdaliah keselamahn maukepentingan Malaysia seperti ymg termaktub di dalur AKTARAHSIA RASMr t972 )( Mengandungi maklumt TERHADyangtelah ditentukan oleborganisroi/badan di mana penyeliclikan dijalamkan )
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENYELIA)
- DRROHANABTHAMZAHNAMAPENYELIA
Tarikh : JAI{UARI2OI2
VitlllPl'v+'ffi
TINIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
yanguoaf, DsrK€na8n.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lanpirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dangan menydakan sekali s€bab dan tempoh tesis iniperlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
I Tcsis dimaksudkm sebagai tesis bagi lja'ah Doldor Falsafah clan Srjana secarapenyelidikan, atau dis€rtasi bagi p€ngajian secara kerja kursus clan penyelidikan, atauLaporan Pmjek Sarjana Muda (PSM).
PENDEKATAN PENGAJARAN PENSYARAH JPTK DALAM
MENDORONG MENJANA PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF
DIKALANGAN PELAJAR.
ZARIFAH ISMANADHIRAH BINTI ISMAIL
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2012
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ……………………..
Nama Penyelia : Dr. Rohana Bt Hamzah
Tarikh : ……………………..
'.,
iii
PtsNS AIiI
"srya akui karya ini,dttfuh heotl k$je mya serdiri kecuali nr*ilan den ringl€assl
yang tiaptiry ffiinya,@li saya jelaskan sumbemya".
randatangian, $&'4.'...............NanlgPcnulis : & UffiW{ISMAIT
: 13 JAlft]ffiI.,t4}N2
iv
DEDIKASI
Buatmu ayah (ISMAIL B. MAT ATAR) dan
ibuku (SITI ZOBAIDAH BT. HUSSAIN) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini…
Buatmu adik-adikku (MOHD HAFIZ, NORAISAH
DAN NUR LIYANA) yang disayangi,
Kalian amat bermakna dalam diriini,
Kejayaanku, kejayaanmu jua…
Buatmu pembimbing yang disayangi,
Bimbingan tumjuk ajar dan jasa yang engkau berikan
tidak akan dilupai…
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
Akan kukenang selamanya…
v
PENGHARGAAN
Penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia projek sarjana muda,
Dr. Rohana bt. Hamzah atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang
tempoh menyiapkan laopan penyelidikan ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk
ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyiapkan laporan ini.
Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah JPTK
Fakulti Pendidikan yang telah sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama dalam
membantu menjayakan penyelidikan ini.
Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha
menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak,
projek ini tidak akan disiapkan dengan sempurna.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Emy Syazwani, Nur Hidayah Zaini
dan Tengku Norzaini yang memberi sokongan serta dorongan sepanjang
menyediakan projek ini. Sesungguhnya budi baik kalian sukar dibalas. Semoga
kalian bertiga sentiasa sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.
vi
ABSTRAK
Pemikiran kreatif dan inovatif adalah satu kemahiran yang sangat penting
bagi seseorang pelajar dalam menyelesaikan tugasan atau masalah yang diberikan
oleh pensyarah. Oleh itu, cara pendekatan pengajaran yang sesuai mengikut jenis
subjek yang diajar mampu mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif para
pelajar. Pendekatan pengajar yang digunakan oleh guru, tenaga pengajar atau
pensyarah perlulah memudahkan para pelajar dalam memahami sesuatu subjek yang
diajar. Dalam melaksanakan pendekatan pengajaran tersebut akan dipengaruhi oleh
tahap-tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar yang sememangnya yang
mempunyai pelbagai tahap dari segi pemikirannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan
untuk mengkaji pendekatan pengajaran pensyarah JPTK dalam mendorong menjana
pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 7
pensyarah JPTK Fakulti Pendidikan. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk
kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar masih lagi
perlu bergantung kepada pensyarah dalam mendorong kemahiran pemikiran tersebut.
Hal ini kerana, pelajar tidak mampu untuk untuk menjana idea secara kreatif dan
inovatif tanpa ada faktor penyumbangnya. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar
pelajar dilatih untuk lebih berdikari dalam proses kerja untuk mrningkatkan daya
kreativiti mereka Selain itu, para pensyarah juga perlu lebih tegas dan menjadi
fasilitator daripada menyumbang atau membantu para pelajar tersebut menyelesaikan
tugasan yang diberikan.
vii
ABSTRACT
Creative and innovative thinking is an important part of skill for students in order to
solve all the assignments or problems which given by lecturers. So, an appropriate
teaching method that can be used in class may generate student’s creative and
innovative thinking. Teaching method that be used by lecturers should be able to
make student understand about what topic that they will learn. This teaching method
may attributes thinking skill which influence by student’s stage of creative and
innovative thinking. So, this research to examine lecturer JPTK’s teaching method in
order to gain student’s creative and innovative thinking. Around 7 lecturers JPTK
from an Education Faculty are involved in this research. For research design,
researcher used research design and being analyzed by using interview and
observation. Results for this research found that the students couldn’t think
creatively without lecturer’s guidance. This is obvious shown that students have to be
approach by something in order for be able to think creative and innovative. So, this
research suggests that students should be train for being independence in their work
field so that they will gain their creativity. Besides that, lecturers both should be
stricter and be a facilitator than just helping students to solve the task.
vi
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
SURAT PENGESAHAN PENYELIA ii
SURAT AKUAN PELAJAR iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL ix
SENARAI LAMPIRAN x
BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kerangka Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Skop dan Batasan Kajian 13
1.9 Generalisasi 14
1.10 Definisi Terminologi 14
vii
1.11 Penutup 16
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Pendekatan Pengajaran 18
2.3 Kepelbagaian Gaya Pembelajaran 19
2.4 Pelbagai Kaedah Pengajaran Kumpulan 20
2.5 Syarahan 23
2.6 Amalan Pemikiran Kreatif dan Inovatif 23
2.7 Kreativiti Sebagai Sebahagian Gaya Hidup 24
2.8 Pendekatan Spearman 27
2.9 Pendekatan Guilford 28
3.0 Psikologi Islam Dalam Kreativiti 29
3.1 Ciri-Ciri Orang Yang Kreatif 29
3.2 Ciri-Ciri Orang Yang Memiliki Kebolehan Kreatif 31
3.3 Penutup 31
viii
BAB 3 METADOLOGI
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.2.1 Kaedah Kuantitif 33
3.2.2 Kaedah Kualitatif 34
3.3 Lokasi Kajian 35
3.4 Populasi Kajian 35
3.5 Kaedah Kajian 36
3.6 Instrumen Kajian 37
3.7 Prosedur Kajian 39
3.8 Analisis Kajian 40
3.9 Penutup 41
BAB 4 ANALISIS DATA MUKA SURAT
4.1 Pengenalan 42
4.2 Pengenalan Latar Belakang Responden 43
4.3 Rumusan Latar Belakang Responden 46
4.4 Analisis Data 47
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 47
4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2 52
ix
4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3 58
4.4.4 Analisis Persoalan Kajian 4 65
4.5 Analisis Pemerhatian 75
4.6 Penutup 77
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 78
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 79
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 80
5.4 Cadangan Kajian 85
5.5 Penutup 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN A x
(Set Soalan Temubual)
LAMPIRAN B xi
(Hasil Temubual Responden dan Catatan Pemerhatian)
x
SENARAI JADUAL
JADUAL MUKASURAT
1. Jadual 4.1 : Kod Diskriptif jawapan yang ditemubual PK 1 47
2. Jadual 4.2 : Kod Interpretatif jawapan yang ditemubual PK 1 49
3. Jadual 4.3 : Tema jawapan yang ditemubual PK 1 50
4. Jadual 4.4 : Diagram menunjukkan mengenai ketiga-tiga jenis
peringkat mengekod PK 1 51
5. Jadual 4.5 : Kod Diskriptif jawapan yang ditemubual PK 2 52
6. Jadual 4.6 : Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual PK 2 54
7. Jadual 4.7 : Tema jawapan yang ditemubual PK 2 56
8. Jadual 4.8 : Diagram menunjukkan mengenai ketiga-tiga jenis
peringkat mengekod PK 2 57
9. Jadual 4.9 : Kod Diskriptif jawapan yang ditemubual PK 3 58
10. Jadual 4.10 : Kod Interpretatif jawapan yang ditemubual PK 3 60
11. Jadual 4.11 : Tema jawapan yang ditemubual PK 3 63
12. Jadual 4.12 : Diagram menunjukkan mengenai ketiga-tiga jenis
peringkat mengekod PK 3 64
13. Jadual 4.13 : Kod Diskriptif jawapan yang ditemubual PK 4 66
14. Jadual 4.14 : Kod intrepretatif jawapan yang ditemubual PK 4 68
15. Jadual 4.15 : Tema jawapan yang ditemubual PK 4 70
16. Jadual 4.16 : Diagram menunjukkan mengenai ketiga-tiga jenis
peringkat mengekod PK 4 72
xi
LAMPIRAN A
SET SOALAN TEMUBUAL
xii
LAMPIRAN B
HASIL TEMUBUAL RESPONDEN
DAN
CATATAN PEMERHATIAN
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Sememangnya Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan telah bertujuan untuk melahirkan rakyat kreatif dan inovatif di
mana kita tidak sepatutnya mejadi pengguna teknologi tetapi perlulah
menjadi individu-individu yang menyumbang kearah teknologi. Untuk
merealisasikan matlamat ini perlulah diterapkan elemen-elemen kreatif dan
inovatif ini di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Salah satu
matlamat pendidikan adalah untuk melatih para pelajar untuk berfikir secara
kreatif.
Definisi kreatif bagi menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2005)
adalah didefinisikan sebagai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Selain itu, daya kreatif adalah
kemampuan diri sendiri. Manakala kreativiti adalah kebolehan mencipta
daya kreatif dan kekreatifan.
“Creativity is a matter of talent – there is nothing you can do about it
except get creative people” (de Bono, 1996)
2
Dalam memupuk atau membina sesuatu kemahiran, pelajar perlu
dikuasai kemahiran-kemahiran tersebut dengan melalui pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun disamping keazaman yang tinggi untuk
memperbaikinya agar menjadi lebih baik lagi. Namun begitu, dalam
pelaksanaan pemikiran yang kreatif dan inovatif
perlu juga diturut serta dengan latihan-latihan tertentu bagi melatih dan
memantapkan keupayaan pelajar untuk mempelajari dan menguasai
kemahiran tersebut.
Kemahiran-kemahiran tersebut boleh dikuasai oleh para pelajar
dengan menggunakan beberapa strategi pengajaran secara kreatif dan kritis
iaitu suatu konsep pembelajaran yang bersifat multi dimensi dan inter
disiplin. Kreativiti adalah domain yang boleh dikaji dan difahami
berdasarkan beberapa pandangan sarjana dan ’school of though’ yang
berbeza-beza seperti bisnes, pengurusan, ekonomi, seni, falsafah, perubatan,
psikoanalisis dan kepimpinan. Oleh itu, perkembangan yang mendadak
dalam pelbagai bidang ini menjadikan kreativiti sebagai suatu bidang yang
amat diminati.
Perkembangan yang amat menggalakkan ini adalah hasil daripada
pertemuan para sarjana, penyelidik dan penggiat disiplin kreativiti dalam
seminar-seminar kreativiti peringkat dunia. Selain itu, beribu-ribu buah buku
telah dihasilkan dalam pelbagai perspektif yang membahaskan tentang
kreativiti supaya membolehkan para penyelidik, pendidik dan sebagainya
dapat membuat rujukan serta dapat menyumbangkan idea dalam
memantapkan lagi strategi pengajaran. Bagi memantapkan lagi perkara
tersebut, persatuan-persatuan kreativiti ditubuhkan di seluruh dunia sekaligus
jaringan dan perkongsian maklumat dapat diwujudkan.
3
Walaupun kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif ini telah lama
diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan sama ada di sekolah
mahupun di institusi-institusi pengajian tinggi, namun untuk menarik minat
para pelajar ataupun mahasiswa-mahasiswa agar lebih cenderung untuk
berfikir secara kreatif dan inovatif ini sangat perlu dititiberatkan di mana
pelajar berminat untuk belajar sekiranya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dapat membentuk kreativiti, kewajaran dan justifikasi.
Oleh itu, untuk menyelami bagaimana kaedah yang sesuai
memerlukan banyak faktor-faktor untuk mencapainya. Bagaimana pun
strategi pengajaran yang berkesan banyak memainkan peranan yang penting
dan sering digunakan untuk mendorong menjana kemahiran berfikir secara
kreatif dan inovatif dikalangan para pelajar di pusat pengajian tinggi awam.
Selain itu, para pelajar tersebut perlu didedahkan dengan pelbagai kaedah
yang tertentu yang masih boleh diketengahkan serta dikaji agar dapat
membentuk modal insan para pelajar yang seiring dengan teknologi-teknologi
yang semakin kian maju.
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Membentuk pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan di para pelajar sering
menjadi satu isu berbangkit bagi golongan para pensyarah. Hal ini kerana, pelajar itu
sendiri perlu dijana pemikirannya dengan pelbagai kaedah bagi membolehkan
mereka menjadi seorang yang “Creative Thinking”. Menurut Robert Fisher (2006),
kemahiran pemikiran kreatif adalah sangat diperlukan sekiranya ingin berjaya dalam
pelajaran serta dalam kehidupan. Kemahiran kreatif juga melibatkan kemahiran-
kemahiran yang tertentu di mana boleh dipelajari daripada kurikulum sekolah. Para
pelajar boleh juga mempelajari kemahiran “Creative Thinking” dengan melihat
sumber alam disekeliling pelajar tersebut dan potensi untuk memahami dengan lebih
cepat adalah sangat tinggi.
4
Kemahiran-kemahiran tersebut juga boleh diterangkan sebagai satu
kemahiran yang memerlukan untuk berfikir dengan keadah berfikir seperti
kebarangkalian yang akan berlaku, mempunyai pengalaman melaluinya dan
mentafsir dengan pelbagai cara serta pandangan yang tertentu, berfikir sesuatu yang
baru serta unik dan membantu menjana dan memilih alternatif yang terbaik dalam
mendorong menjana pemikiran kreatif (Scott Isaksen and Donald Treffinger, 1985).
Menurut satu laporan akhbar, negara maju lebih kreatif (Star, September 4
2000). Tanggapan ini berdasarkan laporan paten per 1000 penduduk Negara Jepun
300 paten, Amerika Syarikat 200 paten dan Malaysia hanya 2 paten. Penduduk
Jepun juga menurut Abdullah Hassan (1997) telah bersedia dengan era rekacipta
yang diramalkan akan muncul selepas era teknologi maklumat. Daripada
perbandingan jumlah paten di atas jelas menunjukkan bahawa pendidikan di
Malaysia gagal melahirkan individu yang kreatif terutama sebagai pereka cipta yang
bersikap kreatif dan inovatif.
Sikap pelajar terhadap kemahiran berfikir juga harus diambil kira. Hal ini
kerana, selama ini pelajar sering “disuap” dengan segala fakta tentang topik-topik
yang ada dalam sukatan pelajaran. Pembentukan sikap menerima dan rasa cukup
dengan apa yang diberi guru telah mengenepikan KBK yang perlu dipelajari dan
dikuasai untuk mencapai tahap mahir dalam pemikiran kreatif dan inovatif.
Justeru itu, seseorang guru atau pengajar perlu jelas dalam menunjukkan
bagaimana hendak mengaitkan pengalaman sedia ada dengan sumber ilham
disekeliling atau menerangkan kepada pelajar hubungan diantara perkara masa lalu
dengan perkara yang terjadi pada hari ini. Selain itu, pengajaran bukan hanya
sekadar menanyakan soalan Bila dan Di mana kepada pelajar, tetapi juga termasuk
soalan Kenapa dan Bagaimana serta solan Apa juga boleh diterapkan di dalam
pembelajaran dan pengajaran di sekolah (Zoe Burgess, 2010).
5
Dalam usaha menyediakan para pelajar yang berkualiti dan mantap untuk
mencapai kecemerlangan negara yang berterusan, "Malaysia Inovatif 2010" adalah
slogan yang menyatakan bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah
inovasi dan kreativiti, dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya
berfikir secara inovatif dan kreatif". Maka dalam usaha untuk
"mengarusperdanakan" inovasi tersebut merentasi semua lapisan masyarakat, usaha
ini perlulah di mulakan dari peringkat awal bermula dengan sistem pendidikan. Oleh
itu, pendekatan penguasaan dalam menjana pemikiran inovasi perlu diterapkan
dikalangan pelajar JPTK agar sejajar dengan kehendak negara (Datuk Seri Najib Tun
Razak, 2011).
Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan
Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia, 2005,
menyatakan mengenai matlamat pusat pengajian tinggi terhadap para graduan agar
mampu berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menjana pembangunan negara.
Antara pernyataan yang dikeluarkan oleh pihak jawatankuasa adalah:
”Matlamat pengajian tinggi ialah untuk menghasilkan graduan yang
berpengetahuan dan kompeten dalam bidang pengajian serta berkemampuan untuk
menggunakan pengetahuan kepada amalan. Di samping itu, graduan perlu
berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi (berfikiran analitikal dan
kritikal, berupaya menyelesaikan masalah dan penaakulan), menguasai pelbagai
bahasa dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan serta celik teknologi,
menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan, dan mampu untuk memberikan
sumbang bakti kepada masyarakat, negara dan dunia.”
Pengerusi Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
(AKEPT) juga merupakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Wan Zahid
Mohd Noordin, berkata guru perlu mendominasi proses pembelajaran dalam kelas
dengan lebih banyak bercakap berbanding menggalakkan interaksi dua hala dengan
6
pelajar menyebabkan para pelajar menjadi kurang kreatif dalam menyelesaikan
sesuatu masalah atau tugasan yang diberikan.
Memandangkan pelajar di Jabatan Pendidikan Teknologi dan Kemahiran
(JPTK) mempunyai elemen kemahiran yang banyak menggunakan konsep pemikiran
kreatif dan inovatif, maka pensyarah JPTK memerlukan pelbagai konsep pendekatan
pengajaran untuk mengajar di dalam kelas. Hal ini kerana, dengan menggunakan
kaedah pendekatan pengajaran yang sesuai akan memudahkan para pelajar
memahami serta mudah untuk menyelsaikan sebarang tugasan yang diberikan.
Oleh itu, satu kajian mengenai pembangunan pemikiran kreatif dan inovasi
dikalangan pelajar perlu dilaksanakan agar para pelajar dapat mencapai matlamat
yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Kebanyakkan para pelajar apabila diberikan tugasan yang memerlukan
pelajar untuk untuk berfikir secara kreatif dan inovatif terutama sekali dalam subjek
Reka Cipta dan sebagainya mempunyai kekangan dalam mengaitkan sumber
inspirasi dengan kreativiti. Bagi para pelajar, apabila mereka mereka cipta mereka
lebih fokus kepada produk yang sedia ada dengan hanya membuat penambaikkan
saja pada produk daripada menghasilkan produk baru.
Tidak dinafikan setiap pelajar mempunyai kelebihan masing-masing di mana
tidak semua pelajar yang dianugerahkan sebagai seorang creative thinking tetapi
perkara tersebut boleh dipelajari dan disini para pensyarah memainkan peranan yang
penting dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar.
7
Dalam Laporan Jemaah Nazir Persekutuan (KPM/JNP, 1998) didapati
bahawa ramai guru yang tidak menyebatikan kemahiran berfikir dengan pengajaran
walaupun telah lama diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Namun
begitu, bagaimana pula dengan pensyarah di peringkat pengajian tinggi.
Sememangnya pensyarah diberi kebebasan untuk memilih pendekatan mengikut
kesesuaian ketika merancang pengajaran agar apa yang cuba disampaikan kepada
pelajar menepati dengan objektif pengajaran.
Kekurangan minat pelajar terhadap pembelajaran membawa impak kepada
kualiti pencapaian di dalam kelas. Menurut Jemaah Nazir Persekutuan (KPM/JNP,
1993), masalah pelajar tidak berminat untuk mengikuti pengajaran di dalam kelas
boleh mempengaruhi pencapaian para pelajar dalam pembelajaran. pelajar berminat
untuk belajar jika pengajaran berbantukan alat pandang dengar, berinteraksi dua hala,
berbincang dan meluahkan idea kemudian sama-sama membuat kesimpulan
(KPM/JNP, 1993). Selain itu, penglibatan aktif pelajar menggerakkan mereka
supaya sentiasa bersedia, peka kepada persekitaran dan meningkatkan sensitiviti.
Kehadiran kemahiran berfikir penting dalam usaha menangani masalah,
membuat keputusan, mengendalikan maklumat dan berkomunikasi (Perkins, 1986).
Selain itu, kemahiran berfikir menjadi faktor yang menyumbang kepada kejayaan
individu di sekolah dan kehidupan. Keefe dan Welberg (1992) menegaskan bahawa
mereka menyokong konsep penekanan pengajaran KBK di sekolah. Tambahan pula
menurut Cropley (1992), zaman sains dan teknologi melibatkan perkembangan
domain kreativiti untuk menentukan masa depan negara.
Kreativiti bukan saja memberi kesan kepada kehidupan individu dan kualiti
kehidupan manusia malah Fryer (1996) memberitahu kreativiti juga membuka laluan
tentang untuk berdepan dengan perubahan sosial, ekonomi dan perubahan teknologi.
Namun begitu, sikap individu sememangnya sukar untuk diubah melainkan empunya
diri yang mahu berubah. Perubahan sikap ini hendaklah perlu datang dengan sendiri
dalam seseorang itu kemudian baru boleh dilaksanakan. Justeru itu, perkembangan
8
kreativiti membawa kepada perbezaan yang sama dan seiring dengan keberkesanan,
kekuatan dan kejayaan pelajar.
Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat pendekatan pengajaran
para pensyarah JPTK dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif
dikalangan pelajar JPTK Fakulti Pendidikan sama ada dapat menjana pemikiran
mereka untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Hal ini perlu dititikberatkan kerana
perkara tersebut akan melibatkan masa depan para pelajar itu sendiri, seterusnya
akan diturunkan kepada anak-anak didikan para pelajar tersebut itu nanti.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah dinyatakan di atas, empat
objektif telah dikenalpasti untuk dikaji. Antara objektif kajian tersebut adalah:
i. Mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap tahap-tahap pemikiran kreatif dan
inovatif di kalangan pelajar JPTK UTM, Skudai. Johor.
ii. Mengenalpasti kefahaman pensyarah terhadap definisi pemikiran kreatif dan
inovatif.
iii. Mengenalpasti teknik pengajaran yang digunakan oleh para pensyarah JPTK
dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar
JPTK.
iv. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para pensyarah dalam
menjana pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar JPTK.
9
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Dalam kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan kajian
bagi menentukan objektif kajian tercapai, diantaranya ialah:
1. Apakah pendapat pensyarah terhadap tahap-tahap pemikiran kreatif dan
inovatif di kalangan pelajar JPTK UTM, Skudai. Johor?
2. Apakah kefahaman pensyarah mengenai definisi pemikiran kreatif dan
inovatif.
3. Apakah teknik pengajaran yang digunakan oleh para pensyarah dalam
menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar JPTK?
4. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para pensyarah dalam menjana
pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar JPTK?