Download doc - Pendidikan Khas

Transcript
Page 1: Pendidikan Khas

1.0 PENGENALAN

Syukur dan rasa bertuah kerana saya telah menyiapkan tugasan ini. Tugasan kali

telah memberi saya peluang untuk mengkaji elemen-elemen bagi meningkatkan kualiti

hidup kanak-kanak berkeperluan khas. Elemen yang harus saya terapkan ialah elemen

sukan dan permainan, rekreasi, muzik dan serta seni suaian. Setiap satu elemen ini

mempunyai kepentingannnya tersendiri dan perlunya dalam hidup kanak-kanak

berkeperluan khas. Dalam elemen-elemen ini tersirat beberapa pecahan yang boleh

membantu mereka dalam kehidupan. Contohnya, dari segi fizikal, sosial, emosi dan

kognitif. Hal ini jelas sekali lengkap dari segi penghayatan, pengamatan dan

pengukuhan dalam pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

1

Page 2: Pendidikan Khas

2.0 MENSINTESIS MAKLUMAT

(A) Sukan dan Permainan

2

Page 3: Pendidikan Khas

(b) Rekreasi

3

Page 4: Pendidikan Khas

( c ) Muzik

4

Page 5: Pendidikan Khas

( d ) Seni suaian

5

Page 6: Pendidikan Khas

3.0 HURAIAN SINTESIS MAKLUMAT

Di dalam tugasan ini, terdapat empat jenis aktiviti yang boleh meningkat kualiti hidup

kanak-kanak pendidikan khas, iaitu sukan dan permainan, rekreasi, muzik serta seni

suaian. Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang sesuai untuk dilakukan oleh guru

bersama murid-murid pendidikan khas.

(a) Sukan dan permainan

Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai apa-apa kegiatan yang

memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa

menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang

dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.Manakala sukan

mempunyai nilai yang tertentu di dalam kehidupan seseorang dan mempunyai

kepentingan di dalam kehidupan orang kurang upaya. Sukan orang kurang

upaya telah wujud lebih 100 tahun Antara contoh aktiviti sukan permainan ialah

bola sepak, badminton, bola keranjang dan olahraga. Aktiviti seperti ini mampu

meningkatkan banyak kemahiran dalam diri kanak-kanak pendidikan khas.

Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana aktiviti ini dapat

membantu dari segi :

i) Fizikal

Aktiviti sukan yang ringan amatlah sesuai dengan kanak-kanak

pendidikan khas. Contohnya, guru pendidikan khas boleh mengubah suai

sukan yang dimainkan oleh kanak-kanak arus perdana kepada satu jenis

permainan yang sesuai mengikut kemampuan kanak-kanak berkeperluan

khas seperti boleh sepak, para guru boleh mengecilkan saiz padang dan

memperbesarkan jaring gol bagi membolehkan murid-murid ini dapat

menjaringkan gol dengan senang. Dari segi fizikal, semasa aktiviti sukan

ini otot kanak-kanak berkeperluan khas ini akan dapat di latih untuk

digerakkan walaupun tidak mencapai gol. Walaupun sedikit, otot kanak-

kanak ini mampu digerakkan. Hal ini lebih mendatangkan hasil daripada

6

Page 7: Pendidikan Khas

kanak-kanak ini hanya duduk. Selain itu, sebelum melakukan aktiviti

sukan dan permainan, sudah semestinya guru akan mengarahkan murid-

murid melakukan aktiviti memanaskan badan. Melalui aktiviti ini, murid

dapat memanaskan badan yang mampu menggerakkan otot sendi dan

kanak-kanak dapat melakukan aktiviti pernafasan yang baik untuk

jantung dan paru-paru. Dalam erti kata lain, aktiviti menarik nafas ini

mampu merangsang aktiviti pengaliran oksigen dalam badan yang

mampu meningkatkan kadar pernafasan ke tahap yang lebih baik

terutamanya kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan iaitu

asthma. Ini memberikan peluang kepada paru-paru untuk dilatih dalam

melancarkan pengaliran oksigen yang akan membantu pergerakan otot.

ii) Sosial

Sukan dan permainan memerlukan kerjasama di dalam kumpulan jika

sukan dan permainan itu memerlukan banyak ahli di dalam satu pasukan.

Oleh itu, murid-murid akan berkerjasama dalam mencapai kejayaan.

Selain itu, sukan dan permainan juga mampu meningkatkan semangat

perpaduan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Contohnya,

sebelum melakukan bertanding ataupun bermain, mereka pasti akan

melakukan latihan dalam kumpulan seperti permainan bola tampar yang

memerlukan 6 orang pemain. Setelah itu, dalam masa latihan ini,

pastinya murid-murid akan berinteraksi antara satu sama lain dan

hubungan silaturahim dapat dijalinkan serta merta dan kerjasama dalam

menjaringkan bola ke pasukan lawan juga dalam dipupuk. Dari fokus lain,

semangat kekitaan akan secara tidak langsung akan berkekalan

walaupun menang dan kalah pada akhir pertandingan mahupun hanya

permainan. Selain itu juga, sukan permainan ini akan memberikan murid-

murid semangat pasukan dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Dalam aspek sosial, sukan permainan akan meningkatkan kemahiran

bertutur dalam diri murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid-

murid autisme dan disleksia yang lebih gemar menyendiri. Melalui aktiviti

seperti ini, mereka akan dapat bercakap lebih banyak semasa aktiviti

sukan dijalankan. Sekurang-kurangnya aktiviti sukan dan permainan

7

Page 8: Pendidikan Khas

mampu memberi mereka peluang untuk bertutur dengan kawan-kawan

mahupun para guru yang menjadi orang yang boleh berinteraksi selain

ibu bapa di rumah. Murid-murid juga akan dapat belajar cara berhubung

dengan orang lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur

terutamanya dengan masyarakat sekeliling.

iii) Emosi

Sukan dan permainan juga mampu memberikan impak yang positif

kepada elemen emosi dalam diri murid-murid berkeperluan khas. Melalui

bermain mereka akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan

mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkan perasaan

kecewa atau marah. Semasa aktivit permainan dijalankan, mereka akan

dapat membuang rasa bosan kerana mereka menjalankan rutin yang

sama iaitu pergi ke sekolah dan balik rumah serta pada waktu malam

akan tidur awal. Selain itu, aktiviti permainan ini jug dapat mengajar

mereka erti kalah dan menang dalam pertandingan. Hal ini akan memberi

mereka kesedaran bagaimana mengawal perasaan jika menang

mahupun kalah. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan bersikap panas

baran jika kalah kerana disini meraka dilatih oleh guru dan mereka akan

menerima kekalahan atau kemenangan itu dengan tenang.

iv) Kognitif

Bermain boleh merangsang murrid-murid berkeperluan khas untuk

berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan

cara ini mereka akan menjadi lebih kreatif. Contohnya, semasa sukan

bola tampar mereka akan belajar cara untuk menampar bola dengan

betul untuk mendapatkan mata. Daripada ini, mereka dengan sendirinya

8

Page 9: Pendidikan Khas

akan secara tidak langsung akan berfikir dengan kreatif cara untuk

mengalahkan pihak lawan. Daya pemikiran yang kreatif amat diperlukan

dalam sukan seperti ini. Secara ringkas, sukan permainan adalah penting

dalam pembangunan kognitif yang melibatkan beberapa aspek penting

seperti pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta

menginterprestasi. Kognitif juga melibatkan rangsangan pemikiran yang

terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan,

pengamatan dan pengukuhan.

(b) Rekreasi

Rekreasi merupakan perkataan Latin iaitu recreatio yang bermaksud

menyegarkan. Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif.

Rekreasi juga merupakan aktiviti yang menyihatkan bagi semua golongan

masyarakat dari segi mental dan fizikal. Rekreasi ini juga boleh dilakukan secara

berulang bagi mengurangkan tekanan, meluahkan perasaan dan juga menikmati

keindahan alam serta berehat sebentar daripada rutin harian yang

membebankan. Penglibatan murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi

amat disokong kerana ia dapat memberi faedah-faedah yang boleh

meningkatkan kualiti hidup mereka suatu hari nanti.

Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana aktiviti rekreasi ini dapat

membantu dari segi :

i) Fizikal

Rekreasi juga mampu memberikan faedah dari segi fizikal iaitu dapat

meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus. Dari segi motor

kasar, sebagai contoh semasa melakukan perkhemahan pada waktu pagi

sudah semestinya murid-murid akan melakukan aktiviti senaman pagi.

Dalam aktiviti ini, pergerakan otot mampu digerakkan bagi menyihatkan

tubuh badan dengan mengeluarkan peluh. Mereka biasanya akan 9

Page 10: Pendidikan Khas

melakukan aktiviti pergerakan anggota badan dari kepala sehinggalah ke

kaki. Di sini, motor kasar akan dapat dipertingkatkan dengan kaedah

penghayatan dan juga melakukan sendiri aktiviti ini bersama rakan-rakan.

Dari segi motor halus murid-murid diberi peluang untuk mengembangkan

kemahiran psikomotor dan meningkatkan gerak kerja semasa aktiviti

bersama. Selain itu, aktiviti rekreasi seperti berkayak, menunggang kuda

dan bekhemah boleh menguatkan otot serta, koordinasi, fleksibiliti ,

posisi badan serta meningkatkan focus membuat sesuatu perkara.

ii) Sosial

Rekreasi juga mampu meningkatkan elemen sosial dalam diri kanak-

kanak berkeperluan khas kerana banyak aktiviti rekreasi yang

memerlukan mereka untuk berinteraksi dan berkerjasama antara satu

sama lain bagi melakukan aktiviti seperti mendirikan khemah,

menyalakan ungun api dan mengayuh kayak. Selain itu, dengan

melakukan aktiviti rekreasi pelajar juga dapat mengembangkan

kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan semua guru

dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik. Oleh itu, pelajar

dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan

mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka

saling bekerjasama dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.

iii) Emosi

Aktiviti yang dilaksanakan memberi peluang kepada murid berkeperluan

khas untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan, menambah

keyakinanan diri, bersedia menerima risiko, bersemngat dan berani.

Selain itu mereka meresa bangga akan pencapaian dalam aktiviti 10

Page 11: Pendidikan Khas

tersebut sekaligus meningkatkan perasaan seronok untuk menyertai

semula aktiviti rekreasi tersebut. Perkhemahan dapat menenangkan

fikiran murid-murid serta mereka akan bersikap ceria dan melupai

perkara yang tidak baik. Apabila murid-murid berkeperluan khas ini

menjalankan aktiviti rekreasi seperti latihan dalam kumpulan mereka

akan dibahagikan kumpulan secara rawak. Disebabkan itu dalam satu

kumpulan akan ada murid yang berbeza, latar belakang, jantina dan

etnik. Hartley, Frank dan Goldensen (1964), menyatakan bahawa :

“Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam

sesuatu persekitaran yang sesuai dan selamat; kita

membolehkannya untuk menghadapi dan menyelesaikan

masalah-masalahnya yang paling membebankannya dengan cara

yang memuaskan dan sihat.”

iv) Kognitif

Rekreasi sememangnya akan membentuk daya pemikiran yang sangat

kreatif kepada murid-murid. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan demi

memberi mereka peluang untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

Contohnya, ketika mendirikan khemah, mereka hendaklah mempunyai

perlatan yang lengkap untuk membina khemah. Jika tidak lengkap,

mereka akan berfikir cara alternatif bagi menyiapkan khemah mereka

dengan mungkin mengambil kayu dari hutan.

( c ) Muzik

Sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk

menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan

emosi seseorang.” Muzik merupakan seni bunti atau media yang melibatkan

penggunaan alat muzik atau suara. Dalam meningkatkan kualiti hidup, muzik

11

Page 12: Pendidikan Khas

merupakan elemen yang sangat penting kerana muzik dipercayai dapat menenangkan

fikiran seseorang. Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana muzik ini

dapat membantu dari segi :

i) Fizikal

Apabila murid-murid mendengar muzik, mereka akan mengerakkan badan

mengikut rentak irama. Sebenarnya, sistem saraf utama akan terus melalui

system saraf deria rasa dan seterusnya ke otak untuk diproses iaitu memberi

isyarat untuk menari atau menggerakkan badan ketika mendengar lagu.

Proses ini sangat bagus kerana menghubungkan sel-sel otak murid-murid

berkeperluan khas. Selain itu juga, terdapat gelombang bunyi terus ke saraf

motor dengan melalui tulang belakang yang menyebabkan otot-otot bergerak

mengikut isyarat yang diterima iaitu berbeza daripada penerangan sebelum

ini di mana ia menerima tanpa arahan terus dari otak.

ii) Sosial

Dari segi sosial, melalui muzik mereka akan dapat berinteraksi dengan para

guru, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling termasuklah keluarga.

Contohnya, semasa menyanyi mereka akan berlatih berkali-kali untuk

mencapai ton suara yang sesuai. Daripada latihan ini, berlakulah interaksi

sosial antara para guru dan murid-murid dengan secara tidak langsung. Oleh

itu, muzik boleh meningkatkan kemahiran bertutur dengan berinteraksi jika

murid-murid hendak bertanya soalan cara untuk bermain alat muzik dengan

betul kepada guru mahupun masyarakat sekeliling.

( d ) Seni suaian

12

Page 13: Pendidikan Khas

Seni memberi maksud yang subjektif kerana setiap individu menjalani kehidupan

dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari,

seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan lain-lain. Menurut Howard

Gardner (1983) menyatakan bahawa :

“Manusia yang dilahirkan dengan potensi dalam tujuh jenis kecerdasan. Melalui

terapi seni, ia akan dapat meningkatkan dan memperkembangkan bakat serta

potensi kanak-kanak berkeperluan khas.”

Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana seni suaian ini dapat membantu

dari segi:

i) Fizikal

Sesungguhnya seni suaian ini mampu memberi impak positif dalam

elemen fizikal kerana semasa aktiviti seni dijalankan, motor kasar dan

motor halus boleh ditingkatkan. Contohnya, semasa aktiviti melukis dan

mewarna, tangan mereka dapat digerakkan dengan mudah dan

pergerakkan tangan ini mampu meningkatkan motor halus terutamanya

kanak-kanak yang menghidapi penyakit cerebelum palsy yang tidak

dapat menggerekkan tangan dan anggota tubuh yang lain.

ii) Kognitif

Aktiviti seperti melukis dapat meningkatkan daya pemikiran dan imaginasi.

Apabila guru mengarahkan mereka untuk melukis sesuatu seperti bunga,

murid-murid akan dapat mengambarkan bentuk, saiz dan warna bunga

terutamanya bunga yang mempunyai warna yang terang seperti bunga tulip,

bunga raya, dan bunga teratai.

iii) Sosial

Elemen sosial juga dapat diterapkan semasa aktiviti seni suaian dilakukan.

Contohnya, semasa guru membawa mereka keluar dari bilik darjah untuk

13

Page 14: Pendidikan Khas

melukis di pondok, mereka akan berinteraksi dengan guru serta rakan-rakan.

Mereka mungkin akan bertanyakan soalan kepada rakan-rakan tentang topik

yang dipelajari dan proses ini boleh meningkatkan kemahiran bertutur dan

elemen sosial dalam diri mereka. Hal ini amat membantu terutamanya

kepada murid-murid yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi seperti

autisme.

iv) Emosi

Seni suaian ini dapat membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran

ekpresi dalam keadaan normal.Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai

masalah pertuturan akan ekpreskan keinginan, kehendak, keseronokan,

emosi mereka melalui seni. Mereka tidak akan berasa malu dan berasa yakin

untuk belajar.

14

Page 15: Pendidikan Khas

4.0 REFLEKSI

REFLEKSI OLEH : ALEXSON ANAK HAWELL

Menurut Dewej, J (1993) di dalam buku How We Think mentafsirkan ‘refleksi’

sebagai satu cara menghadapi situasi masalah dan bakal menyelesaikannya secara

praktik. Di dalam buku How We Think yang ditulis oleh Dewej, J pada muka surat 9,

pemikiran refleksi ialah

"active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of

knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which

it tends"

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang

telah diberikan selama beberapa minggu dalam subjek PKU 1044 Hidup Berkualiti Untuk

Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang

tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya yang sentiasa memberi tunjuk ajar

yang sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang sangat mencabar ini iaitu

Puan Nor Laini. Sekalung penghargaan yang tak terhingga juga saya sampaikan kepada

rakan-rakan seperjuangan iaitu guru-guru pelatih Pendidikan Khas (SK) Masalah

Pembelajaran PPISMP semester 2 terutamanya Asran Bin Siluah yang menjadi rakan

seperjuangan saya yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini hinggalah ke saat-saat

akhir. Mereka telah membantu saya dengan bersama-sama mencari maklumat

mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan sangat saya hargai iaitu

perbincangan antara kami membawa berkat iaitu telah menyiapkan tugasan ini.Tidak

lupa juga kepada individu yang telah menolong saya sama ada secara langsung

mahupun secara tidak langsung sepanjang tugasan ini dibuat.

Saya rasa sangat bertuah kerana dapat membuat tugasan mengenai kanak-kanak

berkeperluan khas dan elemen untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Banyak yang

telah saya kenali dan belajar contohnya saya telah mengetahui bagaimana cara untuk

membuat bahan untuk menarik minat murid-murid pendidikan khas terutamanya kanak-

15

Page 16: Pendidikan Khas

kanak yang mempunyai masalah dalam belajar seperti down syndrome, autism,

disleksia dan lain-lain. Saya juga menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa ikhlas dan

sabar dalam membuat tugasan yang termasuklah membuat buku haiwan untuk kanak-

kanak pendidikan khas. Daripada pengalaman ini, saya akan mengaplikasikan

pengalaman ini ketika saya ditempatkan di sekolah suatu hari nanti. Daya pemikiran

yang kreatif juga telah saya perolehi dalam membuat tugasan ini kerana ia memerlukan

saya untuk berfikir cara untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk mempelajari silibus

yang sukar difahami oleh kanak-kanak yang lembam terutamanya mengenali haiwan.

Selain itu , melalui tugasan ini juga dapat merapatkan lagi hubungan saya sendiri

dengan rakan seperjuangan saya iaitu guru-guru pelatih yang lain serta pensyarah telah

banyak membantu saya.Tugasan ini memerlukan kami berbincang sesama sendiri dan

dapat menerima pandangan serta komen masing-masing bagi mendapatkan markah

yang cemerlang dan bukan hanya melakukan tugasan dan terus menghantarnya tanpa

sebarang kemusykilan.Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima

kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya

juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya

peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa

melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang.

Melalui tugasan ini juga, saya berupaya membina satu perhubungan yang erat yang

mesra degan guru-guru pelatih melalu tempoh masa tugasan yang telah dijalankan agar

saya mampu menyesuaikan diri saya dengan keadaan sebenar yang melibatkan tingkah

laku, kemahiran, emosi, minat yang berbeza dalam kalangan murid-murid terutamanya

kanak-kanak berkeperluan khas. Melalui pengalaman ini juga sedikit sebanyak dapat

meningkatkan keyakinan saya untuk menjadi seorang guru pendidikan khas yang

berjaya dan tetap mengekalkan sifat keguruan saya walau di mana juga saya berada.

Di dalam tugasan ini, terdapat beberapa kelemahan yang saya hadapi ialah saya

mempunyai masalah untuk menghasilkan kreativiti dalam membuat buku haiwan

tersebut. Dalam menyiapkan buku tersebut, daya pemikiran yang kreatif amat diperlukan

bagi menarik minat murid-murid kerana murid-murid mempunyai personaliti yang

berlainan sikap iaitu susah untuk menerima apa yang disediakan oleh saya.

Saya juga mengalami kekangan masa kerana terpaksa bertungkus lumus untuk

menyiapkan tugasan ini. Walhal pada masa yang sama, saya juga mempunyai banyak

16

Page 17: Pendidikan Khas

tugasan yang perlu dilaksanakan juga. Tugasan-tugasan tersebut juga perlu dihantar

dalam jangka masa yang terdekat. Namun, saya mampu mengatasi masalah ini dengan

membahagikan masa dengan sebaiknya bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan

jayanya. Dari segi penambahbaikan, kerja kursus ini perlu ditambahkan lagi masa

penyiapannya agar tugasan ini menjadi lebih terperinci dari segi maklumat yang boleh

diberikan dan mampu menghasilkan penulisan yang lebih bermutu oleh pelajar. Selain

itu, jangka masa yang sesuai juga membolehkan pelajar ataupun guru-guru pelatih

berpeluang untuk berinteraksi bersama pensyarah bukan sahaja terhad kepada

pensyarah-pensyarah pembimbing malah bersama dengan pensyarah-pensyarah lain.

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang salah dan

tersilap kata sepanjang proses kolaborasi dijalankan terutamanya dengan pensyarah-

pensyarah yang terlibat bagi menyiapkan tugasan ini. Saya juga berharap agar tugasan

sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang dan pendedahan yang lebih

dalam elemen untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak berkeperluan khas.

17