7/28/2019 Pengenalan Kayak
1/18
Pengenalan
Kayak adalah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta dan berasal
daripada kawasan Arktik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali
sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot
manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu yang diselaputi
dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk
memburu dilautan lepas Lautan Arktik.
Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua
belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki
mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh
duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau
spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak
akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa
dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll.
Pada masa moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi
beberapa jenis termasuk : berkayak di air putih whitewater kayaking, bot
bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe
Slalom, polo kanoe dan riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak
moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, Serat karbon, kanvas
atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang. Kini terdapat bot
duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan
pendayung dua belah.
Di negara kita, aktiviti berkayak ini mula wujud sejak tahun 50an lagi.
Masyarakat melayu telah tinggal dan menetap di tepi sungai masih
menggunakan kenu sebagai kenderaan pengangkutan air. Aktiviti kayak ini
mula berkembang apabila persatuan Rekreasi Luar Wilayah Perseketuan
menjelajah keseluruh pantai barat semenanjung malaysia dan secara tidak
langsung telah menarik minat orang ramai melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti berkayak ini.
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Arktik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Utarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Greenlandhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Inuit&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Anjing_lauthttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lautan_Arktik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pendayung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Gulingan_Eskimohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gulingan_Eskimohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkayak_di_air_putih&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkayak_di_air_putih&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bot_bermain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bot_bermain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bot_bermain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Surfing&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kayak_laut&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkanoe_Slalom&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkanoe_Slalom&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Polo_kanoe&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kayak_riadah&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Plastikhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=GRP&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kevlar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Serat_karbon&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kanvas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Arktik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Utarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Greenlandhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Inuit&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Anjing_lauthttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lautan_Arktik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pendayung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Gulingan_Eskimohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkayak_di_air_putih&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bot_bermain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bot_bermain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Surfing&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kayak_laut&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkanoe_Slalom&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkanoe_Slalom&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Polo_kanoe&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kayak_riadah&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Plastikhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=GRP&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kevlar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Serat_karbon&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kanvas&action=edit&redlink=17/28/2019 Pengenalan Kayak
2/18
Selain itu, aktiviti berkayak telah mendapat sambutan apabila
tertubuhnya persatuan-persatuan di sekolah, IPTA, IPTS dan juga di IPGM-
IPGM di seluruh negara yang telah mengadakan dan menjalankan aktiviti
berkayak ini. Pelbagai ekspidisi dijalankan juga untuk menarik minat orang
ramai tentang aktiviti barkayak.
Di bawah program kem pendidikan dan latihan luar, aktiviti berkayak
telah disenaraikan sebagai salah satu aktiviti yang akan dijalankan bagi
mendedahkan pelajar berkaitan dengan kepentingan dan objektif aktiviti
berkayak ini. Diharapkan semua peserta Program Pendidikan Luar pelajar
3PISMP Pjndapat mengetahui tentang aktiviti kayak yang akan dijalankan
nanti.
Objektif
Objektif utama aktiviti kayak ini dijalankan
Mendapat semua pengetahuan berkenaan dengan kayak termasuklah
peralatan dan jenis-jenis kayak.
Supaya peserta dapat mengendalikan kayak dengan cara yang betul.
Mengikuti peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.
Menyemai sifat cinta akan alam sekitar.
Membina keyakinan diri serta semangat kerjasama dalam kalangan
peserta.
Dapat menguasai kemahiran berkayak dan keyakinan di air.
Mempelajari teknik pengawalan kayak dengan betul serta mengetahui
cara untuk myelamatkan diri ketika dalam kecemasan.
7/28/2019 Pengenalan Kayak
3/18
Modul aktiviti berkayak
Terdapat beberapa perkara yang penting berkaitan dengan aktiviti
kayak yang telah dirangcang bagi memberi kefahaman, pengetahuan dan
pengalaman kepada setiap peserta yang bakal mengikuti program ini. Modulyang dirancang dan bakal dijalankan adalah merangkumi perkara-perkara
seperti berikut:-
Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan semasa berkayak
Penerangan tentang penggunaan alatan berkayak
Cara-cara aktiviti berkayak dijalankan.
Secara kesimpulannya, perancangan aktiviti berkayak adalah meliputi
beberapa perkara yang seperti berikut:-
Anatomi/bahagian kayak
Jenis dan bentuk kayak
Struktuk kayak
Peralatan kayak
Jenis-jenis dayung
Teknik-teknik berkayak
Teknik mendayung
Isyarat semasa berkayak
Cara menyelamatkan diri
7/28/2019 Pengenalan Kayak
4/18
ANATOMI KAYAK
7/28/2019 Pengenalan Kayak
5/18
FUNGSI BAHAGIAN KAYAK
1. Bow and stern
berbentuk tajam dan bulat,mudah rosak dan berfungsi untuk
memotong air dan ombak
2. Hull
merupakan dinding,lantai dan geladak bawah kayak.
berbeza mengikut jenis dan kegunaan.
3. Deck
dinding bahagian atas kayak di mana kokpit terletak.
menutup bahagian atas kayak,melindungi kaki pendayung dan
menudahkan kemahiran gulingan.
Deck depan dikenali foredeck manakal deck belakang afdeck.
4. Cockpit
Ruangan di tengah kayak di antara foredeck dan afdeck.
7/28/2019 Pengenalan Kayak
6/18
Tempat duduk pendayung.
5. Coaming
Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi kokpit.
Berfungsi menghalang air daripada memasuki kokpit dan tempat
duduk untuk mengikat spray deck.
6. Keel
Terletak di bahagian geledak bawah kayak dan berfungsi untuk
membelah arus dan sebagai kemudi untuk bergerak lurus.
7. Bouyancy(bahan apungan)
Terdapat dalam kayak (bow/stern) dan berfungsi untuk
mngapungkan kayak apabila terbalik dan menyokong geladak atas
dan bawah.
Terdapat tiga jenis:-
i. Beg udara-dipam dengan udara dan daya apungan yang tinggi
namun mudah bocor.
ii. Foam(gabus/getah lembut)-sejenis buih getah,daya apungan yang
tinggi dan menyokong geladak.
iii. Polisterin-daya apungan yang tinggi dan menyokong geladak tetapi
mudah rapuh dan rosak.
8. Deck eye
Lubang atau besi di atas geledak untuk mengikat towline di atas
geledak.
9. Back strap
Berfungsi sebagai penyandar dan melindungi belakang pendayung
daripada kecederaan.
10. Knee Brace
Bahagian bawah coaming dan hanya terdapat pada kayak arusderas.
-Berfungsi melindungi lutut dan mengcengkam kaki pendayung.
7/28/2019 Pengenalan Kayak
7/18
-Memudahkan kemahiran gulingan dan mengelakkan pendayung dari
terkeluar daripada kayak apabila terbalik.
11. Towline/Deckline
Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan coamin
hingga ke hujung stern.
Berfungsi sebagai tali penyelamat dan mengikat alatan.Tetapi
bukan semua kayak ada towline.
12. Gunwale line/painter line
tepi atas sisi kayak,bercantum geladak atas dan bawah(kayak
fiberglass) pengimbang air,menentukan kesesuaian berat badan denga kayak.
mudah rosak akibat hentakan atau rempuhan.
bahagian sisi kanan kayak(statboard) dan sisi kiri(portside)
Toggles
tali pemegang hujung bow dan stern bagi memudahkan kerja
mengangkat kayak.
tempat berpaut apabila terbalik dan memudahkan proses mengikat
kayak di tebing.
Footrest
Memberikan cengkaman pada kaki pendayung dan sokongan
tenaga melalui kombinasi pergerakan tangan,bahu dan kaki untuk
dayungan yang baik.
DAYUNG
Dayung kayak mempunyai dua bilah mata yang setiap satunya
berlawanan kedudukannya.Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi
untuk mengurangkan rintangan angin terhadap mata dayung yang berada
di udara semasa mendayung.
7/28/2019 Pengenalan Kayak
8/18
ANATOMI DAYUNG/PADDLE
1. Bilah mata dayung(blade)
kepingan yang berada pada hujung batang dayung.Berfungsi
menghasilkan pergerakan kayak.Ia mempunyai pelbagai bentuk
dan saiz bergantung kepada penggunaannya.
2. Perlindungan Mata Dayung(tip)
kepingan logam yang berada di hujung mata dayung.Berfungsi
melindungi mata dayung dari kerosakan akibat hentakan.Walau
bagaimanapun,bukan semua pendayung mempunyai tip.
3. Batang Pendayung(shaft/bar)
Bahagian batang pendayung berbentuk bulat dan lazimnya
lurus.Merupakan bahagian pemegang pendayung.
4. Leher pendayung(neck)
Bahagian cantuman antara blade dan shaft.
5. Bulatan getah(drip ring)
7/28/2019 Pengenalan Kayak
9/18
Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak
berhampiran dengan neck.Fungsi utamanya ialah menghalang air
dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung.
6. Permukaan dayung(front of blade) Bahagian belakang muka dayung.
Berbentuk cengkung untuk memberi sokongan yang kuat kepada
mata dayung.
Peralatan Kayak
Terdiri daripada kayak, dayung, jaket keselamatan (berwisel), spray deck dankasut yang bersesuaian serta keperluan lain yang difikirkan perlu.
Kayak terbahagi kepada dua jenis,iaitu :-
i) Kayak satu tempat duduk
Sesuai digunakan olleh mereka yang baru belajar berkayak berukuran 14
6 sehingga 15 beam (sisi) 26 atau panjang lebih kurang 4 meter.
ii) Kayak dua tempat duduk
Kayak jenis ini dikenali sebagai swedish form yang dibuat untuk
keseimbangan dan keselesaan. Berukuran 17 hingga 17 3, beam 32
hingga 33.
Jenis-jenis Kayak
Kayak boleh dibahagikan kepada 3 kelas utama berdasarkan bahagian
bawahnya (hull) iaitu :-
1. Mandesta (berbentuk V)
7/28/2019 Pengenalan Kayak
10/18
Bahagian bawah kayak ini berbentuk V. Ini bertujuan untuk
memudahkannya memotong air, bergerak dalam garisan lurus
dengan pergerakan yang amat laju. Namun begitu, ia memerlukan
kemahiran imbangan yang tinggi. Contohnya kayak yang digunakan
semasa pertandingan pecut iaitu K 1, K 2 dan K4.
2. Ottersport (Berbentuk U)
Bahagian bawah kanak ini berbentuk U ataupun rata. Ia amat
stabil di semua situasi air dan sesuai bagi mereka yang baru
belajar berkayak. Pergerakan kayak jenis ini amat perlahan dan
mudah tersasar haluannya disebabkan bahagian bawahnya
lebih mudah menampan ombak berbanding kayak lain. Contoh
kayak ini ialah kayak rekreasi dan TK (touring kayak).
3. Slalom (Berbentuk O)
Keratan rentas di bahagian atas dan bawah kayak ini berbentuk O
atau bulat. Ia digunakan untuk aktiviti arus deras dan lebih laju
berbanding Ottersport. Namun, kayak ini lebih mudah berpusing
kerana rocker lebih tinggi berbanding kayak jenis lain.
Pengendalian kayak ini memerlukan kemahiran imbangan yang
sederhana kerana bentuknya memudahkan kemahiran gulingan
dilakukan. Contoh kayak jenis ini ialah slalom, polo, dan rodeo.
Teknik Asas Berkayak
A. Teknik mengangkat kayak
Semasa anda mengangkat kayak, pastikan andan membengkokkan
lutut dan menggunakan kekuatan kaki untuk membolehkan kayak ke atas.
Jangan sesekali menggunakan kekuatan pinggang semata-mata kerana ia
boleh mendatangkan kecederaan kepada diri anda. Terdapat pelbagai cara
mengangkat kayak yang kita boleh gunakan :-
1. Pikul di bahu berseorangan
7/28/2019 Pengenalan Kayak
11/18
Teknik ini sesuai digunakan untuk mengangkat kayak yang ringan
atau kayak solo. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu
yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan
yang dominan itu memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan
keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah
tangan lagi memegang pendayung.
2. Kelekan di pinggang berpasangan
Sesuai untuk mengangkat kayak yang berat atupun kayak
berpasangan. Dua orang diperlukan bagi mengaplikasikan teknik
ini. Pemegang mestilah berada di hujung bow dan stern serta
berlawanan arah bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan
kayak sewaktu diangkat.
3. Pikul di bahu berpasangan
Keadaan dan tekniknya sama seperti kelekan di pinggang. Namun
begitu, kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah
bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan
mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak jatuh.
B. Teknik Memasuki Kayak
Teknik memasuki kayak berbeza-beza mengikut situasi kawasan
aktiviti anda. Bagi pesrta baru, ia adalah masalah utama kerana amat sukar
bagi mereka menyelaraskan pusat graviti badan semasa masuk ke dalam
kayak. Kerap kali mereka akan terbalik sebelum masuk ke dalam
kayak.Antara situasi tersebut adalah semasa berada di :-
1. Kawasan pantai
Teknik ini khusus untuk mereka yang baru menceburi bidang kayakdan menggunakan kayak plastik lebih lasak.
7/28/2019 Pengenalan Kayak
12/18
i) Letakkan bahagian hadapan kayak di gigi air dan bahagian
belakang di atas pasir.
ii) Masuk ke dalam kayak.
iii) Pastikan lutut anda menyangga knee brace, hujung kaki
anda menekan footrest bagi meningkatkan lagi daya
imbangan kayak anda.
iv) Lancarkan kayak anda ke air dengan kedua-dua tangan
sehingga seluruh bahagian kayak berada di air.
2. Kawasan air cetek dan separas lutut
i) Letakkan kayak di atas air.
ii) Tangan dominan memegang pendayung dan diletakkan di
sisi kayak.
iii) Tangan yang memegang pendayung diletakkan di bahagian
luar cockpit dan angkat kaki anda yang hampir sekali ke
dalam cockpit. Jangan sesekali letakkan berat badan anda
pada kayak di peringkat ini.
iv) Luruskan kaki anda dan pada masa yang sama, sebelah lagi
tangan anda memegang cockpit.
v) Letakkan punggung anda pada tempat duduk dan pastikan
imbangannya stabil.
vi) Selepas itu masukkan punggung anda dan masukkan
dengan segera ke dalam kayak.
vii) Angkat semula punggung anda dan masukkan sebelah lagi
kaki anda ke dalam cockpit.
3. Kawasan air dalam
i) Letakkan pendayung di bahagian cockpit.
ii) Pegang bahagian stern dengan kedua-dua tangan.
iii) Lonjakkan bahagian abdominal ke bahagian stern.
iv) Kangkangkan kai anda sehingga kedua-dua kaki anda
mengapit bahagian stern.
v) Rendahkan pusat graviti dengan meniarap di atas bahagian
afdeck.vi) Capai cockpit dengan kedua-dua tangan anda dan tarik
badan ke arahnya.
7/28/2019 Pengenalan Kayak
13/18
vii) Keluarkan pendayung dan pegang dengan sebelah tangan
anda.
viii) Masukkan segera punggung anda ke dalam cockpit
manakala kedua-dua belah kaki anda masih lagi di luar
menghala ke hadapan kayak.
ix) Kekalkan keseimbangan badan anda dan kemudiannya
bawa kedua-dua belah kaki masik ke dalam cockpit.
4. Masuk ke dalam kayak secara berpasangan
i) Sternman memgang kayak dan mengimbanginya.
ii) Pendayung diletakkan di bahagian cockpit belakang.
iii) Bowman keluarkan pendayung dari cockpit dan bertugas
mengimbangi kayak.
iv) Sternman melancarkan kayak dan masuk ke dalam kayak.
Teknik Dayungan yang Efisien
Ramai orang yang membuat tanggapan bahawa aktiviti mendayung
hanya menggunakan kekuatan tangan sahaja tetapi ianya adalah salah. Ini
membuatkan mereka memiliki dayungan yang lemah dan koordinasi
pergerakan mereka akan menjadi janggal. Ini kerana dayungan yang efisien
harus menggabungkan pergerakan dengan daya bahagian torso, tangan
serta kaki. Kuasa dan tenaga dayungan yang dipindahkan ke mata dayung
dengan teknik ini lebih efisien, bertenaga dan lancar koordinasinya.
Teknik Dayungan Asas
Beberapa teknik asas dayungan yang perlu anda kuasai untuk menjadi
seorang pendayung mahir. Antara jenis dan teknik tersebut ialah :-
1. Dayungan ke hadapan / Forward Stroke
Untuk menggerakkan kayak ke hadapan.
2. Dayungan mengundur/ Backward Stroke
Untuk mengundurkan kayak tanpa perlu menukarkan tempat duduk,
arah dayungan dan kedudukan badan.
3. Dayungan sapuan hadapan / Forward sweep strokeUntuk memusingkan dan membetulkan haluan kayak yang tersasar.
4. Dayungan sapuan ke belakang / back paddling / reverse sweep stroke
7/28/2019 Pengenalan Kayak
14/18
Untuk memusingkan atau membetulkan haluan kayak kettika
mengundur.
5. Dayungan merapatkan kayak / The draw combination
Untuk merapatkan kayak selari dengan objek terutamanya ketika
melakukan raft-up.
6. Dayungan sisi / sideways stroke
Untuk menggerakkan kayak ke sisi dengan mudah.
7. Berakit / Rafting
Untuk mengumpulkan semua pendayung yang sedang berdayung.
8. Teknik imbangan / recovery stroke
Dikenali juga sebagai support stroke. Untuk mengembalikan semula
imbangan kayak yang hampir terbalik. Dua sokongan yang digunakan
ialah slap for support dan sculling for support.
9. Goyangan / Rocking
Khusus digunakan untuk menguji daya imbangan pendayung.
10.Berhenti / Stop
Untuk memberhentikan pergerakan sesebuah kayak samada sedang
bergerak ke hadapan ataupun ke belakang.
11.Gabungan dayungan sapuan / Alternate sweep stroke combination
Untuk memusingkan kayak dengan cepat dalam pusingan dan jarak
yang kecil. Teknik ini juga akan memberhentikan pergerakan kayak.
Cara Menyelamat (RESCUE)
1. Cara menyelamat diri sendiri.
Ikut kayak terbalik dengan bertenang dan luruskan badan
kemudian keluar dari kayak. Ketika berada di dalam air, pegang
mana-mana bahagian kayak.
Kemudian berada dalam air, cari bahagian cockpit dan masuk
semula ke dalam kayak dan bernafaslah dari dalam kayak.
Depakan tangan dan ketuk bahagian bawah kayak (hull) untuk
memberi isyaratkepada rakan lain bahawa anda berada dalam
keadaan yang selamat.
7/28/2019 Pengenalan Kayak
15/18
Jika banyak dipenuhi air, secara serentak kedua-da peserta
mestilah mengangkat kayak sedikit ke permukaan air dan menolak
dengan pantas untuk membentulkan semula kedudukan kayak.
Strernman akan menjaga kestabilan kayak sementara bowman
akan cuba memanjat untuk menaiki kayak.
Isyarat-Isyarat Semasa Berkayak
Tiupan Wisel
1 tiupan pendek = berikan perhatian kepada saya
2 tiupan pendek = mudik ke hulu @ naik ke atas
3 tiupan pendek = kecemasan & memerlukan bantuan
Isyarat Tangan
1 tangan di udara = minta pertolongan
2 tangan di udara = berhenti & beri perhatian kepada saya
Kedua tangan di hadapan = saya berhenti
Lengan menuding kanan = bergerak ke kanan
Lengan menuding kiri = bergerak ke kiri.
2. Cara X Rescue
Cara ini dilakukan jika hanya sebuah kayak sahaja yang datang
membantu.
Kedua-dua mangsa akan berpaut pada kayak penyelamat,
seorang di bahagian bowdan seorang lagi di bahagian stern.
Bowman penyelamat akan menarik kayak mangsa ke atas
kayaknya sementara sternman mengimbangi kayak.
Ketika kayak berada di atas, air akan dikeluarkan dari bahagian
hadapan kayak.
Setelah semua air keluar, kayak akan dibetulkan semula
kedudukan dengan menterbalikkan kayak di permulaan air seperti
biasa.
7/28/2019 Pengenalan Kayak
16/18
3. Cara H Rescue
Cara ini hanya boleh digunakan jika terdapat dua atau lebih
kayak penyelamat.
Jika banyan, bolehlah dibuat rafting bagi tujuan penyelamat
kayak.
Jika hanya dua kayak, kedua-dua kayak penyelamat akan
berada di antara kayak yang terbalik seolah-olah membuat huruf H.
Bowman pada kedua-dua penyelamat akan memegang hujung
kayak terbalik itu dan seterusnya menterbalikkan semula kayak itu
sambil mengeluarkan air.
Sternman akan membantu dalam mengimbangi kayak.
Jika ramai mereka akan membuat raftingdi kiri dan kanan kayak
yang terbalik.
4. Cara H1
Rescue
Kedua-dua sternman kayak menyelamat merentang dayung
kepada satu sama lain.
Anjakan kayak yang terbalik pada posisi menelangkup di atas
pendayung yang telah direntang.
Buangkan air dengan menggunakan cara mengangkat dan
merendahkan hujung kayak.
Letakkan semula kayak itu pada kedudukan asal setelah habis
air dikeluarkan.
*********
Langkah-langkah keselamatan
7/28/2019 Pengenalan Kayak
17/18
Semasa melakukan aktiviti kayak, kita seharusnya menjaga atau
mengambil serius tentang langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan
sebarang kecelakaan berlaku. Antara langkah-langkahnya adalah:-
Menguasai kemahiran berenang
Sentiasa memakai jaket keselamatan
Meneliti keadaan kayak, cuaca dan takat paras air
surut
Jangan membawa orang lebih had
Jangan bertukar tempatsewaktu mendayung
Elakkan berkayak secara bersendirian
Sentiasa memakai booties @ sandshoes bagi
keselamatan kaki
Hendaklah menggunakan deria sebaik mungkin
untuk membuat sebarang keputusan tentang sesuatu perkara semasa
mengendalikan kayak dan menyesuaikan dengan keadaan alam
semulajadi
Elakkan perlanggaran kayak
Menyediakan kecergasan fizikal di tahap yang baik
Menyediakan emosi dan mental dalam keadaan
yang baik
Jika kayak terbalik, jangan sesekali tinggalkan kayak
tersebut, sebaliknya gunakanlah kayak tersebut untuk berpaut
Kesimpulan
Aktiviti kayak ini merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang amat
sesuai dijalankan sebagai aktiviti outdoor. Kita dapat mempelajari pelbagai
teknik dan cara berkayak secara teratur di samping menikmati keindahan
alam sekitar. Oleh itu, aktiviti ini memerlukan komitmen dan disiplin yang
tinggi, maka ia sesuai dilakasanakan terutamanya untuk mendidik masyarakat
khususnya golongan pelajar sekolah supaya tidak terlibat dengan aktiviti yang
tidak berfaedah.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, aktiviti ini dapat memupuk
semangat kerjasama,sifat kepimpinan serta menilai tanggungjawab yang
7/28/2019 Pengenalan Kayak
18/18
amanah. Diharapkan bahawa aktiviti berkayak ini akan terus mendapat
sambutan dan terus berkembang di masa akan datang.