7/31/2019 pengenalan pk
1/121
Page 1
TAJUK 1 : ASAS PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN
Takrif Sekolah Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan
melalui:
Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan
khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah
menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif
1.1 Definisi Pendidikan Khas
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan
dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya
daripada rancangan sekolah biasa'
(Chua,1982)
Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab
mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak
dan belia yang bersifat luarbiasa.
(Gearhart dan Weishahn,1980)
7/31/2019 pengenalan pk
2/121
Page 2
Orang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyai
anak atau ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin
menjadi sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanak
berkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah
rendah atau menengah. Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan
khas adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar-
pakar dalam bidang:
Hallahan dan Kauffman
(2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka
bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan
penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi
memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkindikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.
Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang
yang berkemahiran
7/31/2019 pengenalan pk
3/121
Page 3
Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia
Pendekatan Baru Definisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan Khas
menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan
dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (
development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan
kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model).
Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan
kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan
pendidikan khas seperti berikut :-
kebolehan kognitif
perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial
penguasaan bahasa lisan / pertuturan
penguasaan membaca
kemahiran matematik
kemahiran pertumbuhan asas manusia
kemahiran berdikari
kemahiran keusahawanan kebolehan penglihatan
kebolehan pendengaran
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Dalam Bahasa Ingers istilah kanak-kanak bekeperluan khas dinamakan children with
exceptional needsatau secara ringkas exceptionalchildren. Pelbagai istilah lain telah
digunakan untuk kanak-kanak bekeperluan khas dan antaranya ialah; kanak-kanak
istimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya
(children with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak
abnormal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dan
kanakkanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan
7/31/2019 pengenalan pk
4/121
7/31/2019 pengenalan pk
5/121
Page 5
(b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang
dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam
sekeliling. Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu
persekitaran tetapi tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang berlainan.
Contohnya, seorang pelajar yang pekak mungkin berasa tercacat kerana sukar
bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa.
Sebaliknya, kanak-kanak yangsama tidak berasa tercacat ketika dalam makmal
sains.
KLASIFIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS.
Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang
dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak
berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya
(disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan
kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telah
dicantumkan.
(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran
Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan
berdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengaran
dibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel(dengan
ringkas dB yang merupakan ukuran kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yang
hanya boleh mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami
kesukaran pendengaran (hard of hearing) manakala individu yang hanya boleh
mendengar bunyi pada 90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan
deria pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini
secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca,
7/31/2019 pengenalan pk
6/121
Page 6
perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan
terjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).
(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan
Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulan
sahaja iaitu:
(i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa,
termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan,
pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka
juga perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke
satu tempat.
(ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai
keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau
gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta
pembesar dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas
dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurangupaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti
intelek atau kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta
atau berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk
berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar,
bukubuku yang dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku
Braille
(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental
Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak
dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik
mereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar
7/31/2019 pengenalan pk
7/121
Page 7
untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi
lain. Dengan perkataan lain kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsian
intelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri,
kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan,
akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18
tahun
(d) Kurang Upaya Fizikal
Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang merosakkan
otak, otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakit
sedemikian. Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalami
kesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota
badan. Keadaan ini wujud disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi
motor atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awal
perkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu penyakit yang membawa kepada
kurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang menyerang dan merosakkan
tulang belakang seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok danakhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit yang
menyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit ini
lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan
ramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja
(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa
Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai
kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi,
morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa
mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah
berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak
7/31/2019 pengenalan pk
8/121
Page 8
mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau
arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab
soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan
mengeluarkan pendapat apabila bercakap
(f) Kurang Upaya Pembelajaran
Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalah
kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu
pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang
dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa
lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik.
Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada
ketidakfungsian sistem saraf pusat.
(g) Gangguan Emosi
Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dansebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud bergantung
kepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi kanak-
kanak lain pula emosi dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan emosi
mempengaruhi keupayaan untuk belajar, kesukaran membina dan mengekalkan
hubungan interpersonal yang baik dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai
sedih. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah laku
luaran seperti kerap berjalan dalam kelas, menjerit,
mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilkan
diri, berkhayalan dan sebagainya.
7/31/2019 pengenalan pk
9/121
Page 9
(h) Pintar Cerdas
Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka yang
mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai daya
imaginasi yang luas, kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik, kepintaran
memimpin, mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar ini
disalah sangka oleh guru sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar lain
atau pun tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. Mereka mudah merasa
bosan kerana apa yang diajar telah mereka fahami. Mereka
sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar .
Ringkasnya, kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di atas
memilikiciri-ciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam kumpulan yang
sama.Contohnya, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran
berkongsiciri-ciri ketidakupayaan mendengar bunyi dan menghadapi masalah bertutur.
Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa ciri-ciri ini hanya wujud dari segi teori sahaja
kerana setiap individu adalah tidak sama dan berbeza. Dalam keadaan sebenar, kanak-
kanak yang dikategorikan sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap kepekakan
yang sama atau ketidakupayaan menghasilkan bahasa pertuturan yang sama. Ada dikalangan kanak-kanak ini yang boleh mendengar sedikit dan boleh bertutur. Begitu juga
dengan kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan yang lain. Mereka mungkin
memiliki persamaan dari segi ciri-ciri umum tetapi tidak sama dari segi ciri-ciri khusus.
Memahami persamaan dan perbezaan ciri-ciri umum dan khusus ini amat penting bagi
guru pendidikan khas. Kanak-kanak dalam sesuatu kategori berbeza dan mempunyai
potensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru seharusnya member layanan yang berbeza
kepada setiap kanak-kanak dalam sesuatu kumpulan atau kategori.
7/31/2019 pengenalan pk
10/121
Page10
1.2 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang
upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam
perkembangan pendidikan khas.
Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-
kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di
Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam
(lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahapumurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak
Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali
Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu,
Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu
kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA
Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas di
barat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Namun,
berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat
dan maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda
dapat membandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku
di Malaysia. Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila
Akta Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975diperkenalkan. Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan
perkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang
20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek
pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal
ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang-
7/31/2019 pengenalan pk
11/121
Page11
undang atau polisi pemerintah merupakan penggerak utama untuk membangunkan
pendidikan khas. Sebagai perbandingan, kita akan teliti secara umum perkembangan
dan pembangunan pendidikan khas di Amerika dan di Britain.
Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat
.
Pada 29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan
Public Law 94-142yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua
Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini
menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima
pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang
perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-
negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan
melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang
upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang
upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana
pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak
akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah
disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.
Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggil
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act,
Public Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang in
menunjukkanbetapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang
ditekankan ialah:
Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada
kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal
ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanakkanak khas terhadap
persekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada
7/31/2019 pengenalan pk
12/121
Page12
sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-
kanak ini.
Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak
menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive
environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada
dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanakkanak
khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanakkanak biasa.
Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai pendidikan inklusif
Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam
penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan
dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini,
penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada
kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan
mereka.
Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan
setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan
pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.
Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru
pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap
murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru
merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masa
tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dan
kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep kolaboratif dalam
pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa,
kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid khas.
Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang pendidikan
7/31/2019 pengenalan pk
13/121
Page13
Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak kurang upaya
berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat
mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta,
kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA,
kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak
kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-
kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi
keperluan mereka. Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan
perumahan masing masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang
upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini
belajar bersama dengan pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang
mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih
khusus. Melalui akta ini juga konsep pendidikan untuk semua dan pendemokrasian
pendidikan diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan
sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu
konsep kolaborasi dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai
kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan
khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di
sesetengah negara lain.
Perkembangan Pendidikan Khas di Britian
Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock
ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan
Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan
pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang
dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnock
dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan yang
dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya.
7/31/2019 pengenalan pk
14/121
Page14
Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu kanak-kanak
berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka
daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep
percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang
dikenali sebagai integerasi atau inklusif diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif
menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian
biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan
diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara
lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan
kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta
Kanak-kanak 1989 (Childrens Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan
khas melalui dua perubahan yang ditekankan.
Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang
sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep koloboratif
iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas
mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat
diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuatpenilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa
yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran
dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas
diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas
belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.
Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah
mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa
yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran
masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan
kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.
7/31/2019 pengenalan pk
15/121
Page15
1.3 AKTA,PERATURAN DAN PEKELILING.
Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi
setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam
Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand
yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya
menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan
persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. [Terjemahan]2. Pada tahun
1959,
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak
Seduniadan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka
berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang
dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai
pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I
(Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yangmenyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu
penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di
Malaysia. Perakuan ini menyebut;
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
7/31/2019 pengenalan pk
16/121
Page16
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang
mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan
sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun
1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk
mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang
upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan
ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.
Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:
Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-
kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana serta kanak-kanakspastik.
. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal
dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran
1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus
mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan
bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak
sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki
membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga
memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan
kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-
kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun.
7/31/2019 pengenalan pk
17/121
Page17
41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melaluiperaturan-
peraturan menetapkan:
(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid
yang menerima pendidikan khas;
(b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi
maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah
khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah
atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
AKTA ORANG CACAT 2002
BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN
1. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan harus
menerima pendidikan percuma dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan
belas tahun.
2. Pendidikan bagi orang kurang upaya harus termasuk ke dalam perancangan
pendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah.
3. Pihak berkenaan harus berusaha mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya
ke dalam sekolah biasa.
Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke dalam sekolah
biasa, pihak berkenaan harus -
7/31/2019 pengenalan pk
18/121
Page18
(a) mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di peringkat sekolah
dan masyarakat umum;
(b) membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambahan dan adaptasi;
(c) menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah didapati,
latihan perguruan yang berterusan dan guru penyokong.
4. Pendidikan khas boleh dipertimbangkan di mana sekolah biasa belum mempunyai
kemudahan yang diperlukan atau bila mana pendidikan khas dianggap paling sesuai bagi
pelajar kurang upaya berkenaan. Ia harus bertujuan menyediakan pelajar untuk dididik
sekolah biasa. Kualiti pendidikan harus menggambarkan piawaian serta aspirasi sama
seperti pendidikan biasa dan harus berkaitan dengannya. Secara minimum, pelajar
kurang upaya harus diberi pengagihan sumber pendidikan sama seperti yang diberi
kepada mereka yang bukan cacat.
5. Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapaat dinikmati semua, tumpuan khas harus
diberikan kepada bidang seperti kurikulum, program pendidikan, kaedah pengajaran dan
perkhidmatan sokongan:
5.1 Bagi mereka yang cacat penglihatan, di peringkat tadika dan sekolah
rendah, kurikulum yang diubahsuai yang merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada,
latihan sensori, kemahiran hidup seharian, cara khas membaca dan menulis brel,
orientasi dan pergerakan, pengetahuan asas dalam bidang komputer yang
mempunyai perisian pembaca skrin, matematik, muzik dan sukan.
Persediaan untuk 'mainstreaming' harus diuruskan pada tahap awal persekolahan
di peringkat sekolah rendah untuk memastikan kanak-kanak cacat penglihatanseperti kanak-kanak kurang upaya yang lain, kecuali mungkin mereka yang
terencat akal, diberi pendidikan bersama rakan sebaya yang tidak cacat ke tahap
yang setinggi-tingginya. Di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi,
mereka akan diintegrasikan bersaama pelajar lain dan mengikuti kurikulum yang
7/31/2019 pengenalan pk
19/121
Page19
sama. Pelajar yang cacat penglihatan di peringkat ini akan diberi perkhidmatan
sokongan seperti bahan bacaan dalm bentuk brel atau audio, kelengkapan brel,
alat pembaca, komputer yang dilengkapkan dengan kemudahan khas, alat
kelengkapan bagi mereka yang kurang penglihatan, orientasi dan pergerakan,
kaunseling, dan guru sumber (di sekolah menengah)
5.2 .Bagi mereka yang cacat pendengaran, kurikulum yang
diubahsuai akan menitiberatkan kepada perkembangan komunikasi dan bahasa
yang sesuai dengan keperluan pelajar. Kurikulum akan merangkumi cara khas
untuk mengajar pertuturan, memahami pertuturan, latihan pendengaran dan rentak
menggunakan komunikasi keseluruhan, pelbagai sensori serta pendekatan yang
lain. Mereka akan diirujukan kepada staf sokongan seperti jurubahasa isyarat,otologist, audiologist, pakar pemulihan pertuturan, jurulatih auditori dan yang lain
seperti diperlukan.
Berdasarkan keperluan khas bagi mereka yang pekak atau pekak-buta, pendidikan
bersesuaian boleh dikendalikan di sekolah khas atau pun di kelas atau unit khas di
sekolah biasa.
5.3.Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik, pendidikan
berkualiti akan diberi sama seperti untuk mereka di sekolah biasa, dan mereka
akan dibenarkan menghadiri kelas di tingkat bawah bangunan sekolah di mana
boleh. Penjadualan kelas serta pertimbangan lain akan dibuat bersesuaian dengan
keperluan pendidikan mereka. Usaha akan dibuat supaya bangunan sekolah dan
maktab tidak mempunyai sebarang halangan bersifat pembinaan.
5.4 Bagi mereka yang terencat akal, kurikulum yang diubahsuai
akan menitikberatkan latihan megurus diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharian
yang berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan vokesyenal. Bagi mereka yang
terencat akal yang teruk, tumpuan akan diberi kepada peningkatan kemahiran
penjagaan diri.
7/31/2019 pengenalan pk
20/121
Page20
5.5 Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan seperti
autisma, mereka yang bermasalah pembelajaran dan mereka yang mempunyai
kecacatan pelbagai, kurikulum yang diubahsuai akan merangkumi aktiviti serta
teknik penyampaian bagi menormalisasikan perlakuan dan juga kemahiran
berdasarkan fungsi serta akademik untuk mengintegrasikan mereka ke dalam
masyarakat.
5.6 Pihak berkuasa berkenaan akan memulakan atau menyebabkan
bermulanya penyelidikan yang bertujuan mereka bentuk dan menyediakan alat bantuan,
alat bantuan pengajaran, kelengkapan khas pengajaran atau apa sahaja peralatan yang
diperlukan untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada kanak-kanak
kurang upaya.
5.7 Pihak berkuasa berkenaan akan menubuhkan insitusi latihan
perguruan yang secukupnya di samping memberi sokongan kepada badan bukan
kerajaan untuk mengadakan rancangan pendidikan perguruan dengan pengkhususan
dalam bidang mengajar pelajar kurang upaya supaya tenaga pengajar yang terlatih dapat
disalurkan ke sekolah khas dan sekolah berintergrasi bagi kanak-kanak kurang upaya.
5.8 Dengan tidak prejudis kepada peruntukan di atas, pihak berkuasaberkenaan akan menyediakan skim pendidikan yang komprehensif yang merangkumi
pelaksanaan rancangan pendidikan individu bagi setiap kanak-kanak kurang upaya di
sekolah;
-kemudahan pengangkutan bagi kanak-kank kurang upaya atau bantuan
kewangan kepada ibu bapa atau penjaga utnuk membolehkan anak kurang upaya
mereka menghadiri sekolah;
-memberikan secara percuma buku serta alat kelengkapan khas yang diperlukan
bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya;
7/31/2019 pengenalan pk
21/121
Page21
-biasiswa bagi pelajar kurang upaya;
-mengadakan saluran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa
dalam menempatkan kanak-kanak mereka dalam sekolah.
BAHAGIAN 3. PEKERJAAN
1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengendalikan projek untuk menggalakkan
penggajian orang kurang upaya, dengan:
-mewujudkan peluang pekerjaan dan mengadakan kerja yang bersesuaian untuk
orang kurang upaya
-langkah untuk mereka bentuk serta mengubahsuai tempat kerja supaya memberi
kemudahan akses kepada mereka yang mempunyai kecacatan yang berbeza.
-menyokong kegunaan teknologi baru serta mengeluarkan alat bantuan, dan
peralatan serta mengambil langkah untuk memberi kemudahan kepada orang
kurang upaya menggunakan peralatan tersebut untuk mencari kerja
-menyediakan latihan dan penempatan dalam pekerjaan yang bersesuaian serta
sokongan berterusan seperti kemudahan bantuan peribadi dan jurubahasa isyarat;
- kempen kesedaran awam bertujuan menghapuskan sikap negatif serta
kecurigaan terhadap orang kurang upaya
- langkah untuk meningkatkan keadaan persekitaran kerja untuk mengelakkankecederaan semasa bekerja dan juga menyediakan kemudahan pemulihan bagi
mereka yang mengalami kecederaan sewaktu bekerja.
7/31/2019 pengenalan pk
22/121
Page22
2. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal dasar-dasar berikut untuk memastikan
peluang pekjaan bagi orang kurang upaya:
-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor awam dikhaskan bagi orang kurang
upaya
-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor swasta dikhaskan bagi orang kurang
upaya
- insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada
5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12
bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus
pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan;
- Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang
upaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi
mereka.
3. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi mengalakkan
keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan orang kurang upaya:
bantuan kewangan bagi perniagaan kecil yang dimiliki sendiri oleh orangkurang upaya;
pinjaman bagi modal;
tapak perniagaan yang sesuai bagi orang kurang upaya;
kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan bagi orang kurang upaya;
agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran orang kurang upaya.
7/31/2019 pengenalan pk
23/121
Page23
BAHAGIAN 4. PEMULIHAN
1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengadakan atau menyokong penubuhan program
pemulihan di peringkat kebangsaan bagi orang kurang upaya yang mengalami berbagai
jenis kecacatan. Program tersebut harus berdasarkan keperluan sebenar orang kurang
upaya dan atas prinsip penyertaan penuh dan penyamaan peluang.
2. Program pemulihan akan merangkumi, tetapi tidak dihadkan kepada, latihan kemahiran
asas bagi meningkatkan atau menampung sesuatu fungsi yang terjejas, perkhidmatan
kaunseling kepada orang kurang upaya serta keluarga mereka, menggalakkan sifat
berdikari, serta perkhidmatan tidak berkala seperti penilaian dan bimbingan.
3. Perkhidmatan pemulihan tersebut akan dibka kepada semua orang kurang upaya,
termasuk mereka yang mengalami kecacatan yang teruk atau pelbagai.
BAHAGIAN 5. AKSESIBILITI
1. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal polisi untuk menyediakan kemudahan
akses di persekitaran serta memberi akses kepada maklumat dan komunikasi bagi orang
kurang upaya.
2. Kerajaan tempatan akan memastikan bahawa pencapaian persekitaran tanpa
halangan, melalui pelaksanaan undang-Undang Kecil Bangunan, akan memberi orang
kurang upaya kemudahan bergerak di tempat awam dan bangunan kepunyaan pihak
swasta.
3. Pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan peruntukan kewangan untuk
menyediakan kemudahan bagi orang kurang upaya di bangunan kerajaan serta tempat
lain yang berkaitan.
4. Pihak berkuasa akan mengadakan program komprehensif untuk membantu orang
kurang upaya menggunakan kemudahan pengangkutan.
7/31/2019 pengenalan pk
24/121
Page24
5. Pihak berkuasa akan mengadakan rancangan untuk memastikan maklumat serta
dokumentasi mudah diakses oleh semua golongan orang kurang upaya. Brel,
perkhidmatan rakaman, cetakan besar serta teknologi bersesuaian yang lain harus
digunakan untuk memberi akses kepada maklumat bersifat peruturan bagi mereka yang
cacat pendengaran.
6. Sebagai langkah untuk memudahkan komunkasi antara orang pekak dan yang lain,
perkhidmatan alih bahasa isyarat akan disediakan di tempat-tempat utama seperti institusi
pendidikan dan pusat perubatan manakala perkhidmatan telekomunkasi terkini seperti
kamera web, persidangan video dan perkhidmatan telekomunikasi penyiaran harus
diadakan.
7. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal garis panduan bagi media terutamanya
televisyen, radio dan akhbar, dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi harus
memastikan perkhidmatan itu boleh diakses oleh oran kurang upaya.
8. Persatuan orang kurang upaya akan dihubungi apabila,
(a) menggubal piawaian serta amalan bagi kemudahan akses kepada alam
persekitaran;
(b) mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan maklumat mudah
diakses;
BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN
1. Pihak bekuasa berkenaan akan mengadakan perhubungan berkala dengan persatuan
orang kurang upaya untuk memastikan penyertaan mereka dalam pembangunan dasar
kerajaan.
Persatuan orang kurag upaya akan mempunyai peranan mengenalpasti keperluan serta
keutamaan, menyertai dalam perancangan, implimentasi dan pematauan perkhidmatan
7/31/2019 pengenalan pk
25/121
Page25
tindakan berkenaan khidupan orang kurang upaya, dan menyumbang tehadap kesedaran
awam dan untuk menggalakkan perubahan.
2. Pihak berkuasa bekenaan harus menjemput persatuan orang kurang upaya memberi
pandangan mereka dan mengambil keputusan dalam perancangan program yang
berkaitan dengan orang kurang upaya atau yang melibatkan kedudukan sosial dan
eonomi mereka.
3. Pihak berkuasa berkenaan akan, dalam jangka masa tertentu, mengumpul statistik
berdasarkan jantina atau maklumat lain mengenai keadaan kehidupan orang kurang
upaya. Pengumpulan statistik sedemikian boleh dilakukan semasa banci penduduk dan
banci seisi rumah, dan dikendalikan dengan kerjasama, antara lain, universiti, institusi
penyelidikan dan persatuan orang kurang upaya.
4. Pihak berkuasa berkenaan harus menyokong dari segi kewangan atau dengan cara
lain, perkembangan, pengeluaran, penyibaran dan penyelenggaraan alat bantuan serta
alat kelengkapan serta penyibaran maklumat mengenainya.
5. Pihak berkuasa harus menyokong, dengan bantuan kewangan atau selainnya,
perkembangan dan penyediaan program pembantu peribadi dan perkhidmatan alih
bahasa, terutamanya bagi mereka yang mengalami kecacatan teruk atau pelbagai.
BAHAGIAN 7. KESELAMATAN SOSIAL
1. Pihak berkuasa berkenaan akan memastikan bahawa pemberian bantuan pendapatan
kepada orang kurang upaya yang, oleh kerana kecacatannya atau faktor yang berkaitan
dengan kecacatannya, telah kehilangan pendapatan untuk sementara waktu atau
menerima pendapatan yang berkurangan atau tidak diberi peluang pekerjaan.
2. Rancangan keselamatan sosial juga harus memberi insentif kepada orang kurang
upaya untuk mencari pekerjaan supaya mereka boleh memperolehi pendapatan.
3. Orang kurang upaya dan keluarga mereka harus dimaklumkan tentang langkah
7/31/2019 pengenalan pk
26/121
Page26
pencegahan terhadap penderaan seksual dan juga penderaan yang lain. Orang kurang
upaya mudah jadi mangsa kepada penderaan oleh keluarga, komuniti atau institusi dan
mereka harus dimaklumkan bagaimana mengelakkan berlakunya penderaan, menyedari
apabila berlakunya penderaan dan melaporkan perkara sedemikian.
1.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH
PEMBELAJARAN.
Pendapat orang ramai sesetenganya menyatakan bahawa kebanyakan kanak-kanak
yang mengalami masalah pembelajaran, mungkin mengalami sedikit kerencatan mental
kerana tahap kognitif,jasmani,emosi dan afektifnya yang terlalu rendah dan terlampautidak munasabah dengan tahap perkembangan serta pertumbuhannya. Kebanyakan
pakar perubatan berpendapat bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti yang telah
disenaraikan dibawah ini
KECEDERAAN OTAK.
Sebelum kelahiran.
Pelbagai kecederaan atau kecacatan janin boleh berlaku kepada kanak-kanak ketika
berada di dalam kandungan ibunya. Semasa mengandung, jika ibunya mengalami
demam yang teruk atau dijangkiti rubella,herpes simplex, toxoplasmosis, chicken pox,
cytomegalovirus ( CMV ) dan AIDS, maka keputusan untuk mendapat kecederaan otak
amat tinggi. Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras,tabiat
merokok dan penyalahgunaan dadah boleh merencatkan pertumbuhan organ-organpenting janin seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.kekurangan zat
pemakanan dan mengambil makanan yang tidak seimbang seperti asid folik dan
vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin..
7/31/2019 pengenalan pk
27/121
Page27
Kekerapan serangan sawan semasa mengandung, menjadi salah satu punca
kerencatan mental kerana dos ubat antisawan dalam darah perlu diambil sekiranya
serangan semakin kerap. Secara keseluruhan, risiko untuk mendapat bayi yang cacat
dalam populasi adalah sekitar 2-3%, tetapi dengan penyakit sawan, nilai ini bertambah
menjadi sekitar 6-8%. Risiko ini juga berkait dengan jenis ubat antisawan yang
digunakan. Di antara jenis-jenis lazim kecacatan bayi adalah seperti:
1. Sumbing bibir serta lelangit pada mulut.
2. Keabnormalan tiub neural, contohnya spina bifida.
3. Bayi yang rendah berat kelahirannya
4. Kepala kecil
5. Ketandusan dari segi tumbesaran serta perkembangandarah
8. Masalah sawan pada masa hadapan.
9. Terencat mental
10. Masalah pembekuan darah.
Semasa kelahiran.
Risiko seseorang kanak-kanak untuk menjadi cacat semasa dilahirkan mungkin juga
berpunca daripada kelahiran yang tidak cukup bulan,berat badan kurang daripada 2.5
kg , bayi yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan, mungkin mengalami
kecacatan mental selepas dilahirkan. Begitu juga kanak-kanak yang menghidap
penyakit kuning ( jaundis ).Kandungan bilirubin yang tinggi boleh merosakkan otak.
Kanak-kanak juga boleh mengalami kecacatan otak kerana kekurangan oksigen
semasa dilahirkan atau terlambat lahir dalam tempoh masa yang ditetapkan, lantaran
itu para doktor terpaksa menggunakan alat perubatan alternative seperti penggunaan
vakum dan forsep
7/31/2019 pengenalan pk
28/121
Page28
Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitukepala keluar dahulu. hanya
sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) atau
melintang (tranverse lie).Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasa
sehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung atau
kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkanotak dan sarafbayi
akibat kekuranganoksigen dan boleh membawa kepada kematian.
Punca Bayi Songsang
Ini merupakan satu petanda bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pra
matang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Jika semua benar,
bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan
seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia boleh
dikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang juga dikaitkan dengan
faktor kandunganair dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan
(oligohidramnios)
Selepas kelahiran.
Kadangkala kanak-kanak mengalami asphysia sewaktu dilahirkan,iaitu masalah
kesukaran bernafas seperti penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai
ke otak. Kanak-kanak juga boleh mengalami gegaran otak yang serius, akibat pernah
digoncang dengan kuat ( shaken baby syndrome ) semasa bayi atau kerap jatuh
daripada buaian atau tempat tinggi. Kemalangan jalan raya turut menyumbang kepada
kecederaan otak ,kesan hentakan yang kuat pada bahagian kepala. Penyakit lain
seperti demam panas yang terlampau tinggi, ketumbuhan pada otak dan jangkitan
kuman seperti enchepalitis dan meningitis juga boleh menyebabkan kanak-kanak
menjadi lembam dan lambat pertumbuhan mental dan fizikalnya.
7/31/2019 pengenalan pk
29/121
Page29
GENETIK.
Walaupun hubung kait di antara masalah genetik dengan masalah pembelajaran masih
lagi menjadi pertikaian, namun kelewatan perkembangan kanak-kanak juga kadangkala
berpunca daripada genetic kedua ibu bapanya atau salah satu. Menurut Safani,Mohd
Mokhtar dan Abdullah ( 2006 ),para penyelidik telah mendapati bahawa kira-kira 35
45 % kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca mempunyai ibu atau bapa
yang juga mempunyai masalah membaca. Penemuan yang sama juga didapati bagi
kanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan ( Lewis 1992 ), dan juga masalah
ejaan ( Schulte-korne,Diemel,Muller,Gutenbrunner dan Remschmidt,1996 ).hasil
beberapa kajian jelas membuktikan bahawa kembar monozigot ( kembar seiras )
menghadapi masalah membaca jika kembanya itu menghadapi masalah yang
sama.Menurut Gargiulo ( 2006 ) , ini memperkukuhkan lagi hipotesis bahawa masalah
pembelajaran mempunyai kaitan dengan genetik.
KETIDAK SEIMBANGAN BIOKIMIA.
Ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan dikatakan boleh menjadi punca
kepada masalah hiperaktif yang boleh mengakibatkan kesukaran member tumpuan ke
atas kerja sekolah.kekurangan vitamin menyebabkan masalah pembelajaran ,andainya
berlebihan dan makan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan ia boleh menjadi racun
dan memudaratkan pelajar. Kesan pengambilan ubat pada peringkat trimester pertama
boleh menganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain.Masalah
timbul selepas anak itu dilahirkan, apabila proses metobolisme ubat disingkirkan melalui
buah pinggang bayi yang belum matang .Penggunaan bahan-bahan pengawet
makanan berlebihan dan asap-asap gas yang dilepaskan oleh kilang boleh
menyebabkan kecacatan bayi.Semasa mengandung para ibu dilarang melakukan
sinaran x-ray kerana ia juga akan menjejaskan kandungan .Kajian menunjukkan ibu
yang terdedah kepada radiasi semasa hamil adalah dua kali ganda berkemungkinan
mempunyai anak yang menghidap leukemia.amalan atau cubaan mengugurkan anak
dengan cara tradisional seperti makan akar kayu,jamu, tapai dan pil-pil daripada doctor,
7/31/2019 pengenalan pk
30/121
Page30
turut menjadi penyumbang kepada kerosakkan pertumbuhan janin serta kecacatan
organ bayi, sekiranya perbuatan tersebut gagal dilaksanakan.
PERSEKITARAN.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa persekitaran yang serba kekurangan
kerana kemiskinan boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran kanak-
kanak.Bagi keluarga yang miskin ,mungkin tidak dapat menyediakan makanan yang
mencukupi, tempat tinggal yang sesuai dan lain-lain keperluan untuk perkembangan
sosial dan kognitif anak yang sihat. ( hill 2001 ) dan ( Wan Sofiah Meor Othman 2007 ).
Kadangkala masalah pembelajaran juga merujuk kepada bagaimana guru-guru
meningkatkan kebolehannya sebagai guru.Bagi ibu bapa pula, bagaimana ia
memberikan bimbingan dan sokongan kepada anak-anak mereka.Rancangan di
sekolah kebanyakannya memberikan tumpuan seratus peratus kepada anak-anak
sederhana dan cerdik.Dalam situasi seperti ini, kana-kanak merasakan dia akan gagal
dalam hidupnya,cita-citanya tidak diendahkan,terbantut dan dimusnahkan.
LAIN-LAIN FAKTOR.
Ketika berusia 35 tahun ke atas para ibu tidak digalakkan mengandung kerana risiko
melahirkan bayi yang cacat syndrome down,cerebral palsy dan sebagainya.walaupun
fakta ini masih lagi belum dapat dibuktikan dengan bukti yang kukuh, namun para
doktor sering menasihatkan kepada ibu yang mengandung pada usia lewat agar
menjaga kesihatan diri, kerana semakin berusia semakin merosot tahap kesihatan
mereka.
7/31/2019 pengenalan pk
31/121
Page31
1.5 IMPLIKASI MASALAH PEMBELAJARAN.
Implikasi kepada pendidikan.
a. Deklerasi-deklerasi antara bangsa merupakan penyumbang terbesar kepada
perkembangan pendidikan khas di Malaysia iaitu;
- Deklerasi ini menghasilkan Peraturan-peraturan Standard Mengenai
Persamaan PeluangPeluang Pendidikan Untuk Orang Kurang Upaya
(1993).
- Negara-negara dunia digesa memastikan bahawa pendidikan orang kurang
upaya dimasukkan dalam system pendidikan negara-negara masing-masing.
- Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti mempunyai akses di
sekolah-sekolah biasa yang menerima mereka dengan pedagogi yang
berpusatkan murid dan mampu memenuhi keperluan mereka.
- Sekolah-sekolah biasa yang berorientasikan inklusif merupakan cara yang
paling berkesan untuk menentang sikap-sikap diskriminasi,membentuk
komuniti yang menerima,membina masyarakat yang inklusif dan memenuhi
pendidikan untuk semua.
- Pendidikan inklusif diperkenalkan di Malaysia bagi murid-murid pendidikan
khas.
b. Penggubalan Akta Pendidikan 1996.
- Penghasilan Falsafah Pendidikan Khas.
- Penglibatan ibu bapa.
Implikasi kepada kebajikan.
a. Pemberian insentif dan elaun kepada semua kumpulan OKU.
b. Penglibatan ibu bapa.
c. Sokongan moral dari pelbagai agensi,komuniti dan orang perseorangan.
7/31/2019 pengenalan pk
32/121
Page32
Implikasi kepada perkhidmatan.
a. Mewujudkan kolaborasi dari kumpulan pelbagai disiplin.
b. Penyediaan kemudahan,infrastruktur dan peralatan mengikut keperluan
kumpulan OKU.
c. Kepentingan peranan setiap ahli kumpulan pelbagai disiplin.
d. Kerjasama dari pelbagai agensi,komuniti dan orang perseorangan.
1.6 MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS UNTUK MURID-MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN.
Amalan untuk berdikari.
Latihan kemahiran kerja perlu diberikan pendedahan kepada murid pendidikan khas.
Matlamat utamanya untuk member kemahiran kendiri,sosialisasi dan kemahiran asas
berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan kemahiran kerja dibahagikan kepada
tiga bentuk iaitu:
a.latihan dalaman - berbentuk kerja projek
Guru perlu melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.
CONTOH;
A. Perkebunan dan penjualan hasil tanaman.
B. Aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim,biskut,kek dan lain-lain.
C. Memelihara ikan,burung dan lain-lain.
7/31/2019 pengenalan pk
33/121
Page33
D. Latihan kerja yang melibatkan pihak luar atau kerja luar.
Maksudnya mendapatkan barangan dari luar ( kilang ) untuk pembungkusan
(assemble) dalam waktu persekolahan.Membuat barangan yang
tertentu,contohnya hasil kraftangan murid seperti batik,bunga telur dan lain-lain
untuk dijual.
b. Latihan kerja sebenar.
Mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci kereta,
mendobi dan lain-lain yang dibuat di sekolah. Murid-murid dihantar bekerja di tempat
sebenar dan pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.
Keusahawanan / kerjaya..
Fungsi bengkel terlindung adalah untuk member pengalaman,latihan,penilaian dan
pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas.terdapat bengkel terlindung yang
beroperasi sendiri ( dibawah pengurusan sekolah ) atau yang mempunyai perjanjian
dengan agensi yang member perkhidmatan berkaitan kerjaya.Bengkel terlindung tidak
mementingkan hasil pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja
individu,menanam minat,memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-
personal.
Di bengkel terlindung perlu ada :
a. Penilaian kemahiran vokasional.
b. Latihan bekerja secara umum atau khusus.
c. Memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas.
d. Peluang berekreasi.
e. Perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan.
f. Bekerja dalam jangka masa panjang sebelum mendapat pekerjaan lain.
7/31/2019 pengenalan pk
34/121
Page34
Potensi diri.
Kanak-kanak istimewa boleh dilatih dan dididik untuk memperkembangkan potensi
diri. Potensi diri yang ditunjukkan mengambil masa yang panjang dan memerlukan
kesabaran untuk menguasainya. Beberapa jenis potensi diri yang boleh dikuasaioleh murid-murid istimewa ialah:
a. Melakukan kerja amal.
b. Mengembangkan bakat.
c. Perkembangan fungsi diri.
- Perkembangan psikomotor.
- Perkembangan kognitif.
- Peningkatan sosialisasi.
- Peningkatan akademik.
- Perkembangan komunikasi.
- Pengurangan masalah tingkah laku.
7/31/2019 pengenalan pk
35/121
Page35
Tajuk 2: PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN
Definisi Perkembangan.
Bersifat kualititatif, tersusun bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula
semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organism hasil dari kombinasi
pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi,
mental dan sosial.
2.1 Peringkat perkembangan:
1. Peringkat bayi 0-2 tahun.
Kadar pertumbuhan lambat seperti merangkak, berjalan, mengeluarkan bunyi-
bunyi suara , lambat bercakap dan bertutur. Kurang kemahiran kawalan motor,
motor halus dan motor kasar seperti tidak boleh memegang objek dengan kuat.
2. Peringkat awal kanak-kanak 2 10 tahun
Kurang kawalan motor halus dan kasar dan penguasaan kemahiran. Kadar
pertumbuhan lambat dan tidak boleh berinterksi dengan baik dengan rakan
sebaya serta suka mengasingkan diri. Memerlukan perhatian dan kasih sayang
serta motivasi. Lemah kemahiran kooedinasi mata dan tangan. Bersikap agresif,
pasif dan hyperaktif, kurang tumpuan serta kurang kemahiran urus diri.
3. Awal remaja 11- 14 tahun
Berlaku perubahan fizikal, mula menunjukkan minat untuk bersosial. Tidak dapat
membezakan perkara yang baik dan buruk. Melihat dan menilai sesuatu
mengikut pandangan sendiri. Sukakan kebebasan dan tidak suka dikawal serta
tidak boleh membuat keputusan sendiri dan sangat bergantung kepada orang
lain.
4. Remaja 15 20 tahun.
Perkembangan fizikal dan mental yang lambat dan perlahan. Sangat mudah
dipengaruhi oleh persekitaran. Menunjukkan perasaan rendah diri yang menebal,
7/31/2019 pengenalan pk
36/121
Page36
kurang keyakinan diri , lambat matang serta mudah dipengaruhi oleh
persekitaran.
2.2 PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN PERKEMBANGAN DENGAN
KANAK-KANAK NORMAL.
KANAK-KANAK NORMAL KANAK-KANAK BERMASALAH
Bayi 0-2 tahun.
Boleh mengecam suara,
bunyi,member tindakbalas,
tersenyun,membalas sentuhan
dan menggenggam.
Kemahiran motor kasar dan
motor halus meningkat.
Tahap pertumbuhan dan
perkembangan berlaku
mengikut umur.
Bayi 0-2 tahun
Kadar pertumbuhan lambat
seperti merangkak, berjalan,
bercakap da bertutur.
Kurang kawalan kemahiran
motor halus dan kasar.
Tahap pertumbuhan dan
perkembangan tidak mengikut
umur hayat.
Awal kanak-kanak 2-10 tahun.
Pertumbuhan cepat seiring
dengan umur.
Pandai berdikari dan mengurus
diri sendiri.
Kawalan motor dan
penguasaannkemahiran cepat
dikuasai.
Kemahiran berinteraksi dan
komunikasi
Boleh member tumpuan
Awal kanak-kanak 2-10 tahun
Kadar pertumbuhan lambat.
Memerlukan lebih perhatian
dan kasih sayang.
Kawalan motor lambat dikuasai
Sukar bergaul, mengasingkan
diri.
Lemah koordinasi mata tangan
Agresif, pasif dan hyperaktif.
Kurang kemahiran urus diri.
Awal remaja 11-14 tahun
Perubahan fizikal yang
seimbang dan ketara
Awal remaja 11-14 tahun
Perubahan fizikal tidak
seimbang dengan umur.
7/31/2019 pengenalan pk
37/121
Page37
Pandai bersosial
Dapat membezakan perkara
yang baik dan buruk
Boleh membuat keputusan ,
rumusan dan menilai sesuatu.
Tidak dapat beza yang baik
dan buruk
Melihat sesuatu dengan
pandangan sendiri.
Mula minat untuk bersosial.
Remaja 15-20 tahun
Perkembangan fizikal dan
mental yang optimum
Emosi yang stabil
Citarasa dan keyakinan yang
tinggi
Matang dan tidak suka
bergantung kepada orang lain
Boleh menentukan hala tuju
dan membuat keputusan
sendiri.
Remaja 15-20 tahun
Perkembangan fizikal dan
mental lambat
Mudah dipengaruhi oleh
persekitaran
Kurang keyakinan diri
Perasaan rendah diri yang
menebal
Suka kebebasan dan sukar di
kawal.
Tidak boleh memberi
keputusan.
SIA
L A
Aspek Pertumbuhan Perkembangan
Jasmani Pertumbuhan saiz, berat, gigi Bertambah kemahiran
menggunakan anggota seperti
merangkak, berjalan, berlari
dan melompat
Mental Bertambah keupayaan berfikir Berkembangnya kemahiran
menggunakan perkataan,
bahasa, angka, pemikiran,
mengingat, menaakul, analisis
Emosi Perasaan seronok, gembira,
sedih , takut
Kemahiran mengawal
perasaan dalam situasi
tertentu
Sosial Meluaskan perhubungan,
komunikasi, bergaul dengan
orang lain
Kemahiran mendisiplin dan
sesuaikan diri dalam
pergaulan
7/31/2019 pengenalan pk
38/121
Page38
2.3 PERBEZAAN INDIVIDU
Borish dan Tambori 1997.
Variasi yang boleh diperhatikan dalam kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari segi ciri-
ciri tertentu.
Definisi:
Merupakan variasi yang dapat diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan
dari beberapa aspek seprti temperamen, tenaga, pola persahabatan, hubungan
kekeluargaan.
Satu konsep yang merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang wujud di anrtara
manusia yang berlainan. Variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma
kumpulan sama ada daripada sifat-sifat kognitif, emosi,fizikal dan moral. Tingkah laku
sosial, bakat dan aspek-aspek lain yang mungkin terdapat dalam kalangan individu.
Aspek-aspek perbezaan individu:
1) Budaya
2) Sosial
3) System nilai / norma
4) Status sosio ekonomi
5) Aspirasi/motivasi
6) Kecerdasan
7) Gaya kognitif/gaya belajar
8) Emosi
9) Lokasi
10) Kesihatan11) Bangsa
12) Personality
13) Fizikal
7/31/2019 pengenalan pk
39/121
Page39
2.3.1 TEORI-TEORI PERBEZAAN INDIVIDU
1) Teori ekologi Bronfenbrenner;
menekankan aspek sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, makro dan
krono Sistem ini berpusat secara kecil kepada besar/ lingkaran dalam
bulatan/ tindanan .
2) Teori Arnold Gessel
Fokuskan kepaa baka sebagai penggerak utama dalampekembangan
individu. Beliau percaya bahawa kematangan fizikal pentinga alam
kelancaran proses pembelajaran. Kebolehan anak akan muncul mengikut
perkembangan dan kematangan masing-masing.
Ia juga mengikut urutan dan pola tertentu. Maka perkembangan tingkah
laku tidak dapat diramalkan.
3) Teori Havigurst
Tugas perkembangan bermaksud jangkaan han harapan ibu bapa dan
masyarakat .
4) Teori Psikososial Erikson
Seseorang kanak-kanak melalui lapan tahap perkembangan dalam kidup
yang penuh dengan krisis. Sesorang perlu melalui krisis pada tahap-tahaptersebut.
2.3.2 Perbezaan dari aspek Kognitif:
Galton(1865), Goddard(1890),Newman(1937), dan Sheldon(1962) telah
membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan
intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.
Menaakul, berfikiran logik, kebolehan bergaul, mengira dan berimaginasi.
Setiap individu berbeza dari segi kecerdasan, keupayaan mental, dan cara
individu mengadaptasi kepada persekitaran serta penyesuaian seseorang
dengan persekitaran baru.
Umur mental tidak sama dengan umur hayat.
7/31/2019 pengenalan pk
40/121
Page40
Perbezaan dari aspek Bahasa
Murid yang menggunakan bahasa yang pelat dan sukar difahami akan
ketinggalan jika dibandingkan dengan murid-murid yang menggunakan bahasa
yang betul.
Bahasa yang diwarisi daripada nenek moyang akan mempengaruhi
perkembangan bahasa kanak-kanak.
Perbezaan dari aspek Psikomotor
Setiap murid berbeza dari segi fizikal, tinggi rendah, warna kulit, saiz.
Tiada dua orang yang sama kecuali mereka yang kembar seiras.
Perbezaan dari aspek Afektif
Murid murid yang ceria dan bersedia untuk belajar akan lebih mudah menerima
pelajaran yang murung, suka memendam perasaan dan mrendah diri.
Persekitaran di rumah juga mempengaruhi emosi kanak-kanak.
Perbezaan dari aspek Personaliti
Ekstrovert periang , petah bercakap , suka berkawan, mudah menyesuaikan
diri, bersifat kembara, meminati aktiviti luar dan tahan lasak.
Introvert pendiam, kurang bersosial, lebih berbakat dalam penulisan, sensitive
dan berhati-hati dalam membuat tindakan.
Ambivert- kombinasi ciri-ciri ekstrovert dan introvert.
2.3.3 Implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran
Kesediaan belajar setiap kanak kanak mempunyai tahap kecerdasan yang
berbeza. Ini bermakna kesediaan belajar juga adalah berbeza. Guru perlu
mempertimbangkan bagi mengelakkan berlaku keciciran.
7/31/2019 pengenalan pk
41/121
Page41
Penentuan objektif dan aras pengajaran Menentukan objektif yang sesuai dan
berbeza mengikut tahap keupayaan dan kebolehan kanak-kanak dengan
pelbagai aktiviti yang mengikut aras murid supaya yang lemah tidak ketinggalan.
Kewujudan pola tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru- Peka kepada
keperluan pelbagai tingkah laku yang distruktif dan hiperaktif supaya tidak
menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajarmengesan gaya kepelbagaian
belajar kanak-kanak yang berbeza-beza sesuai dengan bahan dan aktiviti yang
dijalankan.
Perbezaan personaliti pelajar ( pendiam, dan ceria, bising dan ramai kawan)-
Pelbagai personality boleh mendatangkan masalah jika kanak-kanak tidak dapat
menyesuaikan diri dan bekerjasama dalam kumpulan.
2.3.4 Peranan guru menghadapi Perbezaan Individu
Pemilihan kaedah kumpulan membentuk aktiviti mengikut kaedah kumpulan
berdasarkan tahap keupayaan murid. Secara tidak langsung akan memudahkan
guru menyediakan latihan dan aktiviti serta rekod kemajuan murid .
Program pengayaan dan pemulihan mudah bagi guru menyediakan latihan dan
bahan mengikut kumpulan murid, pengayaan untuk kumpulan yang cerdas dan
pemulihan untuk kumpulan yang lemah.
Pengajaran terancang/ modul/ bahan Multimedia-penyediaan bahan bagi
pelbagai kumpulan agar murid dapat memahami objektif pengajaran
Pembelajaran koperatif Aktiviti pembelajaran dijalankan dalam kumpulan di
mana murid yang cerdas akan membantu murid yang lembab kerana prestasi
murid yang lembab akan membantu markah dalam kumpulan. Ini kerana
pembelajaran dalam kumpulan dengan rakan sebaya lebih berkesan dari guru.
Peneguhan positif dan negatifGuru perlu member peneguhan yang positif pada
setiap perlakuan yang disukai dengan serta merta, dan peneguhan yang negatif
7/31/2019 pengenalan pk
42/121
Page42
pada setiap perlakuan yang tidak disukai supaya murid dapat membuat
perbandingan serta membaiki kepada tingkah laku yang lebih baik.
Agihan tugas mengikut minat dan keupayaanLatihan dan tugasan yang sesuai
dengan tahap keupayaan murid bagi menggalakkan murid berfikir danberkembang mengikut tahap keupayaan dan kebolehan murid.
Kepelbagaian Bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar akan dapat
merangsang minda murid dan dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Pencarian dan penyampaian maklumat memberikan banyak pengetahuan
kepada murid-murid.
Kepelbagaian Bentuk penilaianPenilaian kertas dan pensil tidak dapat
menggambarkan kecerdasan yang sebenar, pelajar boleh dinilai semasa
menjalankan aktiviti melalui hasil kerja, buku skrab, projek dan sebagainya.
Pengajaran semuka/ individu- Bimbingan dan latihan yang dijalankan secara
individu sesuai dengan tahap keupayaan murid. Bahan-bahan dan model
digunakan memberikan keseronokan kepada murid.
Pelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran- Pelbagai teknik dan kaedah
yang dipelbagaikan akan menarik perhatian murid dan motivasi menjalankan
aktiviti dan penglibatan dalam pembelajaran.
7/31/2019 pengenalan pk
43/121
Page43
TAJUK 3: KATEGORI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
3.0.Pengenalan
Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran ialah golongan murid yang
dikenalpasti dan disahkan oleh Pengamal Perubatan sebagai mengalami kecacatan
yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan berikut:
Kognitif
Tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
Penguasaan bahasa lisan / pertuturan
Penguasaan membaca
Kemahiran perkembangan (development skills)
Kemahiran matematik
3.1. Kanak-kanak bermasalah emosi atau tingkah laku
Kanak-kanak tidak terkawal menghadapi masalah emosi ini. Disebabkan oleh
perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku.
Kanak- kanak ini berisiko mengalami kemurungan berpunca dari pengalaman tekanan
perasaan persekitaran contoh dipulau oleh keluarga, kehilangan seseorang yang
disayangi seperti ahli keluarga yang terdekat, keluarga yang mempunyai sejarah
penyakit kemurungan dan mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) pada
zaman kanak-kanak.
7/31/2019 pengenalan pk
44/121
Page44
3.1.1. Definisi dan punca masalah emosi atau tingkah laku
Masalah emosi ialah merupakan gangguan perasaan yang berlaku kepada
individu sehingga mengganggu aktiviti kehidupan seharian. Mengikut pendapat Twiford,
1979, masalah emosi ialah tingkah laku yang menganggu pertumbuhan perkembangan
normal kanak-kanak , dipetik dari buku Ang Huat Bin (1999). Kerap kalinya tingkah laku
yang tidak normal dapat kita lihat dari segi intelek, pencapaian akademik, penyesuaian
emosi dan pelakuan sosial kanak-kanak tersebut. Menurut Herbert (1974) dan buku
Ang Huat Bin (1999), masalah emosi ialah manifestasi yang berbagai-bagai seperti
penarikan diri, pengantungan diri kepada orang lain, kekuatan, masalah kencing
malam, mencuri, agresif, malas dan kurang pencapaian akademik.
Secara umumnya, ciri-ciri asas gangguan emosi ialah keresahan yang dianggap
keterlaluan. Keresahan ini mungkin tidak ditunjukkan secara terbuka. Gangguan ini
sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang kebanyakkanya disebabkan reaksi
terhadap tekanan daripada alam persekitaran (Kasmini Kassim, 1992). Secara
khususnya dapatlah dikaitkan bahawa emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi
tingkah laku seseorang murid. Situasi ini akan member gambaran bahawa jika murid
pendidikan khas mengalami masalah seperti merajuk, ia akan memperlihatkan tingkah
lakunya seperti mendiamkan diri atau mengasingkan diri.
Masalah emosi dan tingkah laku boleh wujud bersama dengan ketidakupayaan lain
contohnya, ketidakupayaan pendengaran, masalah pembelajaran, autisme dan
sebagainya.
Kategori ini mungkin merangkumi kanak-kanak atau remaja yang menghidapi
schizophrenia, masalah afektif, masalah kebimbangan (anxiety) atau masalah tingkah
laku lain bila ia memberi kesan buruk kepada perlakuan pendidikan.
7/31/2019 pengenalan pk
45/121
Page45
3.1.2.Punca masalah emosi dan tingkah laku
Aspek masalah emosi:
1. Faktor genetik atau baka
Menurut Kasmini Kassim (1992: 28), faktor genetik boleh menerangkan
sebahagian gangguan emosi walaupun pada zahirnya belum boleh dipastikan
lagi. Gangguan obsesif kompulsif, sindrom Gilles de la Tourette dan tik kronik boleh
dikaitkan dengan faktor genetik. Ada kanak-kanak yang cepat naik radang dan ada
pula yang cepat rasa gelisah. Ini mungkin berlaku disebabkan temperamen kanak-
kanak yang semulajadi. Keadaan ini boleh juga disebabkan oleh cara bagaimana
ibu bapa mendidik anak-anak.
2. Faktor persekitaran
Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
perasaan dan emosi kanak-kanak. Keluarga adalah yang paling rapat dengan
kanak-kanak. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarganya yang menghadapi
tekanan, keresahan, kerunsingan atau ketegangan akan memberi pengaruh yang
besar kepada kanak-kanak. Kawalan yang keterlaluan kepada anak-anak atau
terlalu bebas boleh memberi kesan yang sama. Jika kanak-kanak tidak mendapat
jaminan keselamatan dalam keluarga, akan menyebabkan dia sentiasa berasa
terancam apabila berhadapan dengan dunia luar.
Pertelingkahan dan perceraian dalam keluarga juga akan menyebabkan kanak-
kanak hilang kasih sayang dan rasa diabaikan, sekaligus menganggap ibu bapanya
sebagai satu ancaman kepada mereka. Tekanan yang sedikit dan terus bertambah
akhirnya mewujudkan satu gangguan emosi yang kritikal. Suasana sekolah juga
turut memberi kesan yang besar, wujudnya masalah ini. Pencapaian yang rendah
dalam akademik menyebabkan kanak-kanak rasa rendah diri dan kurang yakin pada
diri sendiri. Ejekan dari rakan sebaya mengenai kekurangan dirinya misalnya
7/31/2019 pengenalan pk
46/121
Page46
gemuk dan sebagainya, membuatkan kanak-kanak ini rasa disingkirkan dan tidak
berguna lagi.
3. Faktor penyakit fizikal atau kecederaan
Penyakit fizikal dan kecederaan boleh menimbulkan gangguan emosi dengan 3
cara :
1.Kanak-kanak yang menghidap penyakit lelah/asma. Mereka akan rasa takut
setiap kali diserang penyakit ini, mereka takut untuk dirawat di hospital atau takut
akan mati. Perasaan yang menyelubungi diri mereka ini akhirnya menjadi satu
tekanan yang berat dalam diri mereka.
2.Sikap ibu bapa yang terlalu bimbangkan akan kesihatan anak mereka. Ibu bapa
terlalu resah dan cuba melindungi anak mereka setiap saat sampai ke tahap
yang keterlaluan, menyebabkan kanak-kanak rasa terkongkong. Kadang kala
keadaan ini menyebabkan anak menjadi terlalu manja, tidak tahu berdikari,
sentiasa bergantung kepada ibu bapa dan kurang keyakinan diri.
3.Bentuk fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai bentuk badan yang
ganjil atau mempunyai kecacatan fizikal akan selalu diperhatikan orang lain dan
sering diejek oleh rakan. Ini akan menimbulkan perasaan malu dan rendah diri
dalam kalangan kanak-kanak ini. Contohnya tubuh badan yang gemuk, gigi
jogang, pendek dan sebagainya.
3.1.3.Aspek masalah tingkah laku
Masalah tingkah laku berpunca daripada berbagai faktor yang bertindak antara satu
sama lain. Secara ringkas, sebab-sebabnya bolehlah dibahagikan kepada 4 faktor :
7/31/2019 pengenalan pk
47/121
Page47
1. Faktor juzukan (konstitusi)
1.1.Faktor baka
Menurut Kasmini Kassim (1992), faktor baka boleh sedikit sebanyak
mempredisposkan seseorang kepada gangguan ini. Ini adalah berdasarkan
kajian yang dijalankan kepada kembar-kembar dan anak angkat kerana
seseorang itu boleh dipredisposkan kepada jenayah, namun bukti ini tidak terlalu
jelas dalam kalangan kanak-kanak.
1.2.Kecelaruan kromosom
Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kromosom yang mempunyai
risiko yang tinggi untuk menjadi kanak-kanak Sindrom Down. Oleh itu kanak-
kanak ini akan menunjukkan masalah tingkah laku dan emosi.
1.3.Kerosakan atau penyakit semasa dalam kandungan
Janin yang terganggu perkembangan semasa dalam kandungan disebabkan
penyakit atau kecederaan. Contohnya jangkitan kuman, virus, penyakitberjangkit dan sebagainya.
1.4.Kecederaan semasa bersalin
Kecederaan pada otak atau koma yang berpanjangan kerana susah semasa
proses hendak melahirkan anak. Contohnya seperti bersalin dengan
menggunakan kaedah forcep, vakum dan sebagainya.
1.5.Kelahiran tidak cukup bulan
Kanak-kanak ini perlu diberi rawatan intensif selepas dilahirkan oleh itu mereka
terpaksa dipisahkan dari ibu mereka selama beberapa bulan. Ini boleh
menjejaskan perhubungan emosi di antara ibu dan anak. Perpisahan ini boleh
menwujudkan masalah emosi dan tingkah laku kanak-kanak di kemudian hari.
7/31/2019 pengenalan pk
48/121
Page48
2. Faktor Penyakit dan Kecederaan
Kanak-kanak yang menghadapi penyakit yang melibatkan bahagian otak, lebih
berisiko tinggi menunjukkan gangguan tingkah laku. Keadaan begini sering berlaku
dalam kalangan kanak-kanak yang menghidapi penyakit epilepsy dan juga kanak-
kanak yang mempunyai tahap kecerdasan otak yang rendah. Ada juga kecederaan
atau kemalangan yang berlaku kepada kanak-kanak tersebut sehingga
meninggalkan atau memberi kesan terhadap emosi dan tingkah
lakunya. Contohnya, kanak-kanak terbabit terlibat dalam kemalangan jalan raya
dan memdapat kecederaan di kepala atau anggota yang lain. Ini akan memberi
kesan yang mendalam dalam jiwa dan perasaan kanak-kanak tersebut, jika ia tidak
dibendung atau mendapat rawatan yang sewajarnya menyebabkan timbulnya
masalah tingkah laku dalam diri kanak-kanak tersebut.
3. Faktor Persekitaran
a) faktor dalam keluarga
o Kurangnya keharmonian dalam keluarga, timbulnya ketegangan dan
pertelingahan dalam keluarga tersebut. Contohnya, ibu bapa yang selalu
bertelingkahan di hadapan anak-anak, ibu bapa yang bercerai dan tidak
ada persefahaman antara ibu bapa dengan anak-anak atau
ketegangan/pertelingkahan dalam kalangan adik beradik.
Kanak-kanak yang sering berpindah tangan dari satu keluarga ke satu keluarga
yang lain atau dari satu pengasuh kepada pengasuh yang lain. Sepatutnya
kanak-kanak mempunyai keluarga yang tetap. Kadangkala bila wujudnya
masalah atau bencana dalam keluarga, kanak-kanak terpaksa dipelihara oleh
orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat
menikmati pengalaman pembelajaran yang konsisten yang diperlukan untuk
7/31/2019 pengenalan pk
49/121
Page49
pergaulan mereka. Mereka juga berasa sukar untuk merapatkan diri kepada
keluarga baru dan sukar mendapat kasih sayang sepenuhnya. Kanak-kanak ini
juga sukar untuk merapatkan diri dengan seseorang yang boleh dijadikan
sebagai contoh.
Ibu dan bapa yang sibuk, sering tiada di rumah bila anak-anak memerlukan
mereka, menyebabkan kanak-kanak rasa bagai tersisih dan hilang kasih sayang.
Mereka bebas melakukan apa saja untuk melepaskan perasaan tertekan dan
kesunyian yang dialaminya tanpa kawalan ibu bapa.
Tidak ada persefahaman antara ibu bapa dengan anak-anak. Ibu bapa sering
kali tidak memahami perasaan dan kehendak anak-anak, menyebabkan
timbulnya konflik dalam perhubungan mereka. Selalunya keadaan ini akan
mewujudkan satu situasi yang negatif dalam diri anak-anak. Ada sesetengah ibu
bapa yang terlalu mengongkong anak-anak sehingga anak-anak rasa sangat
tertekan dan seterusnya memberontak. Ada pula ibu bapa yang terlalu
membebaskan atau memberi kebebasan yang melampau sehinggakan anak
tersebut tak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
o Keluarga yang terlalu besar atau ramai sehinggakan anak-anak tidak
terjaga atau terbiar untuk menjalani kehidupan sendiri atau berdikari tanpa
pengawasan ibu bapa.
o Kedudukan atau status ekonomi yang rendah juga menjadi fator
berlakunya gangguan tingkah laku pada kanak-kanak. Kemiskinan hidup
menyebabkan kanak-kanak mencari jalan sendiri untuk merasai
kemewahan yang diimpikan mereka.
o Sikap ibu bapa yang tidak dapat dijadikan satu contoh atau role
model. Kadangkala ibu bapa bersikap tidak konsisten dalam sesuatu
peraturan atau disiplin yang dibuat , samada terlalu ketat, longgar atau
tidak tetap pendiriannya.
7/31/2019 pengenalan pk
50/121
Page50
Kurang penekanan disiplin dan adab dalam keluarga. Contohnya
tidak ada peraturan tetap mengenai rancangan atau aktiviti harian
anak-anak seperti waktu makan, belajar, menonton, bermain dan
sebagainya.
Kanak-kanak kurang diberi ganjaran yang berkesan. Maksudnya di
sini ialah menunjukkan tindak balas yang berlainan setiap kali satu
tingkah laku yang buruk atau yang baik di lakukan oleh
anak. Kegagalan ibu bapa menunaikan janji-janji hukuman atau
janji-janji ganjaran mengikut tingkah laku mereka juga
menyebabkan anak-anak hilang kepercayaan dan rasa hormat
mereka kepada orang tua.
b) faktor rakan sebaya
Kanak-kanak sering terpengaruh dengan tingkah laku rakan
sebaya. Oleh kerana mereka mahu diterima dalam kumpulan rakan sebaya,
maka mereka sedia mengikut sikap dan rentak kumpulan tersebut walaupun
bersifat negatif.
d)faktor sekolah/guru
Kanak-kanak yang sering berpindah sekolah tidak dapat menyesuaikan
diri dan sering menunjukkan gangguan tingkah laku, terutama sekali di sekolah
yang ada pengaruh unsur-unsur buruk. Sikap guru yang tidak peka dan tidak
memahami masalah pelajar juga memburukkan lagi keadaan kanak-kanak.
7/31/2019 pengenalan pk
51/121
Page51
e)Sosial penolakan oleh rakan sebaya
Penolakan rakan sebaya atau pun dengan kata lain, tidak di terima dalam
kumpulan rakan sebaya. Situasi ini akan mengakibatkan kanak-kanak rasa
tertekan dan membuat tingkah laku di luar kawalan untuk menarik perhatian.
3.1.3 .Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku
1.Kelakuan
o Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
o Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan
o Terpinggir / terasing
o Marah dan suka bermusuh
o Hubungan yang tegang
o Kerapkali tidak hadir ke sekolah
o Hendak lari dari rumah
o Kelakuan yang merosakkan diri sendiri
2. Perasaan /Emosi/Pemikiran
o Perasaan tidak puas hati
o Kurang tumpuan
o Kurang keyakinan diri
o Rasa diri tidak berguna
o Bosan
o Tertekan kerana disingkir
o Cepat marah
3. Perubahan Fizikal
7/31/2019 pengenalan pk
52/121
Page52
o Kurang tahap tenaga kecerdasan
o Perubahan masa tidur atau makan
o Masaalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya
o Perubahan berat badan
Di bawah ini disenaraikan secara ringkas ciri kanak-kanak yang menghadapi masalah
emosi :
Emosinya kurang matang.
Kanak-kanak ini sentiasa bergantung kepada ibu bapa dan tidak tahu untuk bergaul
dengan kanak-kanak lain.
Hidup mereka penuh dengan kebimbangan kerana takut akan kehilangan keluarga,
mati atau ditimpa bencana.
Sukar untuk tidur, tidur mudah terganggu kerana sering bermimpi dan mengigau.
Tumpuan fikiran mereka mudah terjejas dan mereka mudah dipengaruhi oleh apa
yang berlaku di sekeliling mereka.
Hilang selera makan, rasa loya, sakit perut, cirit birit, muntah, pening kepala, mulut
rasa kering dan rasa hendak pitam.
Tapak tangan terasa seram sejuk dan berpeluh.
Kerap kencing dan gagal mengawal kencing pada waktu malam atau siang.
3.1.4. Pertimbangan pendidikan
7/31/2019 pengenalan pk
53/121
Page53
Murid yang bermasalah emosi atau tingkah laku perlu diberi cara yang betul untuk
memperbetulkan kesalahan bukannya didenda.
Guru perlulah merangsang dan mengajar tingkah laku yang bersesuaian agar
tingkah laku yang negatif itu dapat dikurangkan secara beransur-ansur. Contonhnya
tingkah laku yang suka mengambil barang kawan.
Pengajaran guru perlu disokong dengan ganjaran apabila menunjukkan tingkah laku
positif. Contohnya guru memberi tepukan / pujian setelah murid yang melakukan
tugasan dengan kemas. Ganjaran ini tidak semestinya pada tingkah laku tetapi pada
penampilan diri murid yang positf sebagai tanda menghargai diri mereka. Contoh CikguSalmah memuji Amir yang berambut pendek.
Guru kerap berinterkasi dan melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran. Guru
memberi perhatian dengan cara memberi peluang murid menjawab dulu soalan yang
diberi. Ini sudah tentu memberi perangsang kepada murid untuk belajar dengan tekun.
Murid juga diberi cara untuk mengawal diri dengan kaedah pemantau kendiri atau
guru akan memantau tingkah laku murid dengan cara merekod. Kemudian guru akan
maklumkan berapa kali tingkah laku yang negatif itu diulang.
3.2. Kanak-kanak Autism
7/31/2019 pengenalan pk
54/121
Page54
Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Ia
merupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 - 15
setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalah
komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. Trend pendidikan masa kini menggalakan murid
autisme ditempatkan belajar bersama murid normal dalam kelas biasa. Matlamatnya ialah untuk
memberi peluang kepada murid autistik menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai
semua aktiviti yang terdapat di sekolah.
Biasanya sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan
jantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahli
penyelidik telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir enam puluh tahun,
penyebab spesifik berlakunya sindrom ini masih tidak di ketahui lagi walaupun ada bukti yang
menyokong sebab-musabab yang pelbagai
( Bauserman, 1981).
Autisma dapat dikesan menerusi masalah dari segi perkembangan yang melibatkan interaksi
sosial,ramai murid dalam situasi tersebut tidak dapat menunjukkan potensi sebenar.Menurut
Simpson(2001 ) kanak-kanak dan belia autisma merupakan sebahagian kumpulan yang unik
bilamana dibandingkan dengan kanak-kanak berketidakupayaan yang lain.
3.2.1. definisi dan punca autisma
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang
bererti aliran. Ini bermakna autisma membawa maksud keadaan yang menyebabkan
kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisma adal