UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
YOUTH KNOWLEDGE ON THE CONCEPT AND ACTIVITY RELATED TO HUMAN CAPITAL
WAN AINAL YAQIN BINTI WAN ZULKIFLI
FEM 2008 12
PENGETAHUAN BELIA TENTANG KONSEP DAN AKTIVITI YANG DIKAITKAN DENGAN
MODAL INSAN
WAN AINAL YAQIN BINTI WAN ZULKIFLI
MASTER SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
2008
PENGETAHUAN BELIA TENTANG KONSEP DAN AKTIVITI YANG DIKAITKAN DENGAN MODAL INSAN
Oleh
WAN AINAL YAQIN BINTI WAN ZULKIFLI
Tesis ini Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, Sebagai Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk
Ijazah Master Sains
September 2008
DEDIKASI
Teristimewa buat suami
Izharuddin Shah Bin Kamaruddin
Restu, kesabaran dan doamu amat dihargai
Buat anakanda
Afif Hasif Bin Izharuddin Shah
Kehadiranmu menguatkan semangat untuk terus berjuang
Ayahanda dan Bonda
Wan Zulkifli Bin. Hj. Wan Abdullah
Mazanah Binti Mohammad
Kasih sayang dan nasihat kalian sentiasa menjadi panduanku
Ayahanda dan Bonda Mertua
Kamaruddin Bin Ab. Rahim
Zaiton Binti Mohd Nor
Terima Kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan
Dan
Seluruh keluarga tersayang
Semoga Allah memberkati hidup kalian
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sains
PENGETAHUAN BELIA TENTANG KONSEP DAN AKTIVITI YANG DIKAITKAN DENGAN MODAL INSAN
Oleh
WAN AINAL YAQIN BINTI WAN ZULKIFLI
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran Fakulti : Ekologi Manusia Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji pengetahuan belia tentang
konsep dan aktiviti yang dikaitkan dengan modal insan. Golongan belia
merupakan aset utama yang bakal menerajui kepimpinan negara. Kepentingan
penyediaan tenaga belia yang berkualiti melalui aktiviti yang dilaksanakan
bertujuan mempertingkatkan elemen-elemen modal insan yang dimiliki bagi
melengkapkan belia dengan pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan
mereka menghadapi cabaran globalisasi. Oleh yang demikian, objektif kajian ini
ialah mengkaji sama ada belia mengetahui atau tidak mengetahui tentang
modal insan. Selain itu, objektif kajian juga adalah untuk mengkaji faktor-faktor
yang mendorong belia mengetahui dan faktor-faktor yang menghalang belia
daripada mengetahui tentang modal insan.
Kajian telah dijalankan di Kuantan, Pahang pada 19 Mei 2007 sehingga 30 Jun
2007. Persampelan melibatkan 297 orang responden belia yang berumur di
antara 17 tahun sehingga 25 tahun. Untuk memenuhi objektif kajian, borang
soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang latar
belakang dan pengetahuan asas responden mengenai konsep dan aktiviti yang
dikaitkan dengan modal insan, manakala Kumpulan Perbincangan Berfokus
(FGD) telah dilaksanakan bagi menyokong dapatan kajian. Dapatan kajian
menunjukkan responden mempunyai pengetahuan tentang modal insan. Faktor
atau sumber utama kebanyakan responden mengetahui tentang modal insan
ialah melalui televisyen seterusnya suratkhabar, rakan-rakan, radio, proses
pembelajaran, ceramah, atau perjumpaan, internet, papan tanda dan melalui
pemaju masyarakat, manakala faktor yang menghalang responden daripada
mengetahui tentang modal insan adalah kerana tiada pendedahan tentang
konsep modal insan, tiada sikap ingin tahu daripada responden itu sendiri,
responden tidak mengikuti perkembangan semasa dan responden tidak
memahami maksud modal insan tersebut.
Kesimpulannya, pengetahuan tentang konsep dan aktiviti yang dikaitkan
dengan modal insan penting kepada belia bagi menarik minat mereka untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan. Usaha mengupayakan belia
melalui program atau aktiviti pembangunan modal insan dapat melahirkan
golongan belia yang berkualiti, berwibawa, mempunyai nilai kerohanian dan
moral yang tinggi seterusnya meningkatkan peranan dan penyertaan belia
dalam masyarakat dan pembangunan negara pada masa akan datang.
Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirements for the degree Master of Sains
YOUTH KNOWLEDGE ON THE CONCEPT AND ACTIVITY RELATED TO HUMAN CAPITAL
By
WAN AINAL YAQIN BINTI WAN ZULKIFLI
Chairman : Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran Faculty : Human Ecology
The study was carried out to examine youth’s knowledge on the concept and
activity related to human capital. The youth are the main asset of our nation and
this group will be the future country’s leadership. It is important to prepare a
high quality workforce of youth through the implementation of activities
designed to enhance the existing knowledge of human capital amongst the
youth and provide them with sufficient knowledge and skills to face an era of
globalization. Therefore the main objective of this study was to examine the
youth’s knowledge on the concept of human capital. Besides that, the objective
of this research was also to identify what motivate and hinder youth from
knowing about the concept of human capital.
The study was conducted in Kuantan, Pahang from the period of May 19th 2007
till June 30th 2007. A total of 297 respondents consisting of youth within the
ages 17 to 25 years in age were sampled. To fulfill the objectives of the study
questionnaires were used to get information about the background and basic
knowledge of the respondents on the concept and activities related to human
capital, while FGD was carried out to support the research findings. The results
from the study showed that the respondents possessed knowledge on human
capital. The main sources quoted by most of the respondents as the channel
with which they gained knowledge of human capital was from television,
newspapers, friends, radio, formal classes, speeches, meetings, internet,
signboards and through society agents. The obstacles that the respondents
faced were lack of exposure of human capital concept, lack of inquisitiveness of
respondents, low interest in the progress of current issue and also the
respondents do not know the meaning of human capital itself.
As a conclusion, knowledge on the concept and activity is extremely important
for the youth to attract their interest to be involved in activities conducted.
Efforts to empower youth through activities related to human capital
development can be instrumental in producing youth with high standards of
morality, quality, spiritual value and obedience. These qualities play an
essential role in increasing the involvement of youth in the community towards
the development of the nation both in the present and in the future.
PENGHARGAAN
Segala puji ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat saya
menyiapkan tesis master dalam jangkamasa yang ditetapkan.
Dengan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan iaitu Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar
Bin Sabran yang sentiasa memberi bimbingan, nasihat serta sumbangan idea
dalam memberi kefahaman erti sebuah penyelidikan.
Jutaan terima kasih juga saya ucapakan kepada Dr. Mansor Bin Abu Talib
selaku Ahli Jawatankuasa Penyeliaan dalam memberi panduan serta nasihat
untuk terus cemerlang dalam menyempurnakan penulisan tesis ini.
Ucapan terima kasih ditujukan kepada En. Zulkifly B. Mat Nor iaitu Pegawai
Latihan dan Bimbingan di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang di atas
kerjasama dalam memberi maklumat berkaitan belia di Kuantan. Buat rakan
seperjuangan yang turut membantu terima kasih diucapkan dan terima kasih
kepada semua responden yang terlibat membantu menjayakan kajian ini.
Sekalung penghargaan juga khusus ditujukan kepada pihak Fakulti Ekologi
Manusia, pensyarah-pensyarah dan kakitangan Fakulti yang sentiasa
memahami dan memberi kerjasama serta sokongan bantuan sepanjang
pengajian ini.
Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas budi baik kalian semua.
Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Peperiksaan Tesis telah
berjumpa pada 12 September 2008 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi
Wan Ainal Yaqin binti Wan Zulkifli bagi menilai tesis beliau yang bertajuk
“Pengetahuan Belia Tentang Konsep dan Aktiviti yang Dikaitkan dengan Modal
Insan” mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Perlembagaan
Universiti Putra Malaysia [P.U.(A) 106] 15 Mac 1998. Jawatankuasa tersebut
telah memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah Master Sains.
Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Tesis adalah seperti berikut:
Sarjit Singh a/l Darshan Singh, PhD Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Haslinda Abdullah, PhD Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam) Norbaya Ahmad, PhD Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam) Rahimah Abdul Aziz, PhD Profesor Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (Pemeriksa Luar) ____________________________ BUJANG KIM HUAT, PhD Profesor dan Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: 28 April 2009
Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah
diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah master sains. Ahli
Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:
Mohammad Shatar Bin Sabran, PhD Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Mansor Bin Abu Talib, PhD Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Ahli)
____________________________ HASANAH MOHD. GHAZALI, Phd Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: 14 Mei 2009
PERAKUAN
Saya memperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan
petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya
juga memperakui bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan
tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti
Putra Malaysia atau di instituís lain.
______________________________ WAN AINAL YAQIN BT. WAN ZULKIFLI
Tarikh:
SENARAI JADUAL
JADUAL MUKA SURAT
1 Pengkategorian Umur Belia Bagi Negara 28 Anggota Komanwel 2 Maklumat Latar Belakang Responden 107 3 Pengetahuan Responden Tentang Modal Insan 117 4 Latar Belakang Responden FGD 214
5 Faedah Pengetahuan Dan Aktiviti Yang Dikaitkan Dengan 141 Modal Insan 6 Dorongan Dan Halangan Terhadap Pembentukan 161 Modal Insan 7 Masa Depan Dan Sumbangan Pembangunan 178 Modal Insan
SENARAI RAJAH
RAJAH MUKA SURAT 1 Kerangka Kerja Konsepsual Kajian Pengetahuan 20 Belia Tentang Konsep Dan Aktiiti Yang Dikaitkan Dengan Modal Insan 2 Taburan Umur Responden 109
3 Taburan Jantina Responden 110
4 Taburan Agama Responden 111
5 Taburan Bangsa Responden 112
6 Taraf Pendidikan Responden 113
7 Pernah Mendengar Modal Insan 122
8 Sumber Mengetahui Tentang Modal Insan 122
9 Faktor-Faktor Penghalang 128
10 Maksud Modal Insan 131
11 Maksud Modal Insan 132
12 Elemen-Elemen Pembentukan Modal Insan 138
13 Elemen-Elemen Pembentukan Modal Insan 139
14 Faedah Pembangunan Modal Insan 146
15 Peranan Belia Dalam Pembangunan Modal Insan 148
16 Peranan Modal Insan Dalam Pembangunan Negara 149
17 Cadangan Program Atau Aktiviti 151
18 Akibat Tiada Modal Insan 156
19 Kepentingan Modal Insan Kepada Belia 159
20 Faktor-Faktor Mendorong Belia Menyertai 167 Program Atau Aktiviti 21 Faktor-Faktor Menghalang Belia Menyertai 172 Program Atau Aktiviti 22 Pengupayaan Membentuk Modal Insan 175
23 Ketidakupayaan Membentuk Modal Insan 177
24 Kesedaran Belia 179
25 Kepentingan Belia Kepada Negara 180
26 Sumbangan Dalam Membangunkan Modal Insan 185
SENARAI SINGKATAN
CDA = Community Development Academy
FGD = Focus Group Discussion
IPTA = Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS = Institut Pengajian Tinggi Swasta
KBS = Kementerian Belia Dan Sukan
KEMAS = Jabatan Kemajuan Masyarakat
MASTER = Ijazah Sarjana
NGO = Badan Bukan Kerajaan (Non-governmental organizations) PBB = Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PBSM = Persatuan Bulan Sabit Merah
Ph.D = Ijazah Doktor Falsafah
PLKN = Program Latihan Khidmat Negara
PMR = Penilaian Menengah Rendah
RMKe-9 = Rancangan Malaysia Kesembilan
S&T = Sains Dan Teknologi
S.D = Sisihan Piawai (Standard Deviation) SPM = Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS = Statistical Package For The Social Science
STPM = Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT DEDIKASI ii ABSTRAK iii ABSTRACT v PENGHARGAAN vii PENGESAHAN viii PERAKUAN x SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiv BAB PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 8 1.3 Kepentingan Kajian 14 1.4 Objektif Kajian 18 1.5 Kerangka Kerja Konsepsual Kajian 18 1.6 Definisi Istilah 21
1.6.1 Belia 21 1.6.2 Pengetahuan 21
1.6.3 Konsep Modal Insan 22
BAB TINJAUAN LITERATUR 2 2.1 Pengenalan 23
2.2 Belia 27 2.3 Pengetahuan 33 2.4 Modal Insan 52 2.5 Modal Sosial 60 2.6 Perkaitan Antara Modal Insan Dan Modal Sosial 67 2.7 Konsep Modal Insan 71 2.8 Teori Pembangunan Modal Insan 81 2.8.1 Teori Humanistik 81 2.8.2 Teori Pembelajaran Sosial 83 2.8.3 Teori Ruang 85
2.9 Ringkasan 87
BAB METODOLOGI 3 3.1 Reka Bentuk Kajian 88
3.2 Limitasi Kajian 88 3.3 Lokasi Kajian 89 3.4 Persampelan 91 3.5 Pengumpulan Data 92 3.5.1 Borang Soal Selidik 92 3.5.2 Kumpulan Perbincangan Berfokus (FGD) 96 3.5.3 Temu bual Bersemuka (Face to Face) 99 3.5.4 Pemerhatian 100 3.6 Analisis Data 101 3.7 Ringkasan 105
BAB HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4 4.1 Pengenalan 106 4.2 Maklumat Latar Belakang Responden 106 4.2.1 Umur 108 4.2.2 Jantina 109 4.2.3 Agama 110 4.2.4 Bangsa 111 4.2.5 Taraf pendidikan 112 4.2.6 Status perkahwinan dan bilangan tanggungan 114 keluarga 4.2.7 Sektor pekerjaan dan tahap pendapatan 114 4.3 Pengetahuan Responden Mengenai Modal Insan 116 4.3.1 Pernah mendengar dan sumber mengetahui 119 tentang modal insan
4.3.2 Faktor-faktor penghalang tidak mengetahui 123 tentang modal insan
4.3.3 Maksud modal insan 128 4.3.4 Elemen-elemen pembentukan modal insan 132 4.4 Faedah Pengetahuan Dan Aktiviti Yang Dikaitkan 139 Dengan Modal Insan 4.4.1 Faedah melalui pembangunan modal insan 142
4.4.2 Peranan belia dalam pembangunan 147 modal insan 4.4.3 Peranan modal insan dalam pembangunan 148 negara 4.4.4 Cadangan program atau aktiviti 149 4.4.5 Akibat tiada pengetahuan tentang 151 modal insan 4.4.6 Kepentingan modal insan kepada belia 156
4.5 Dorongan Dan Halangan Terhadap Pembentukan 160
Modal Insan 4.5.1 Menyertai program atau aktiviti ke arah 162 pembentukan modal insan 4.5.2 Faktor-faktor mendorong belia menyertai 162 program atau aktiviti 4.5.3 Faktor-faktor menghalang belia menyertai 167 program atau aktiviti 4.5.4 Faedah serta pengalaman daripada 172 program atau aktiviti 4.5.5 Kebolehcapaian membentuk 174 modal insan 4.5.6 Pengupayaan membentuk modal insan 174 4.5.7 Ketidakupayaan membentuk modal insan 176
4.6 Harapan Dan Masa Depan Pembangunan Modal Insan 177 4.6.1 Kesedaran belia 178 4.6.2 Kepentingan belia kepada negara 179 4.6.3 Pandangan serta cadangan program 181 pembentukan modal insan 4.6.4 Sumbangan dalam membangunkan 182 modal insan
4.7 Ringkasan 185
BAB KESIMPULAN 5 5.1 Kesimpulan 188 5.2 Implikasi Kajian 190
5.3 Cadangan 191 5.4 Cadangan Kajian 196
BIBLIOGRAFI 198 LAMPIRAN 214 BIODATA PENULIS L
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Modal insan merupakan suatu elemen penting yang menyumbang kepada
pembangunan dan kesejahteraan negara. Modal insan yang berkualiti akan
memberikan nilai tambah yang diperlukan oleh sesebuah negara yang sedang
membangun bagi mempertingkatkan produktiviti yang dapat menyumbang
kepada peningkatan ekonomi negara, usaha ke arah penjanaan modal insan
yang berkualiti, mencukupi dan berterusan akan menjadi pemangkin kepada
proses peningkatan kemajuan dan juga kesejahteraan masyarakat. Kepesatan
pembangunan negara sememangnya memerlukan modal insan yang berilmu
dan berkemahiran dalam melaksanakan tanggungjawab pembangunan.
Justeru, modal insan memainkan peranan yang besar dalam proses
perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara (Yahya dan Abd.
Hair, 2008).
Pembangunan modal insan adalah isu yang sering dibincangkan di kebanyakan
negara di rantau Asia Tenggara yang sememangnya peka dan akur kepada
keperluan dan pembangunan modal insan dalam era globalisasi di mana situasi
ini dimanifestasikan dalam sistem pendidikan kebangsaan negara masing-
masing yang bertujuan melahirkan modal insan yang mampu menghadapi
persaingan global (Mohd. Yusof dan Dullah Mulok, 2008). Rakyat Malaysia
seharusnya bersyukur kerana dikurniakan kesejahteraan dan kestabilan politik
yang mampu mempertahankan integriti di mana kerajaan bersungguh-sungguh
dalam menyediakan kemodenan dan keselesaan kepada rakyat. Berteduh di
bawah satu payung yang sama menyebabkan rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mencapai cita-cita berdasarkan
lima prinsip iaitu, Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan
Negara, Keluruhan Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta
Kesopanan dan Kesusilaan. Keunikan negara Malaysia sebagai sebuah negara
majmuk yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan mengamalkan agama,
adat resam serta kepercayaan yang berbeza memperlihatkan bahawa rakyat
mendukung cita-cita dalam mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakat, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu
masyarakat yang adil agar kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama.
Masyarakat Malaysia turut menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan pelbagai corak dalam
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden untuk kemajuan negara. Masyarakat Malaysia juga menduduki
suatu tempat teristimewa dalam sejarah politik dunia moden, khususnya di
Negara Dunia Ketiga apabila Malaysia merupakan satu-satunya negara yang
jelas memperlihatkan keinginannya pada masa hadapan di mana prokmalasi
“Wawasan 2020” yang telah disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,
bekas Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1991 yang lalu
menggariskan halacara dan matlamat Malaysia untuk tiga desawarsa atau satu
generasi yang akan datang. Penyataan politik sejelas dan seberani ini belum
pernah dibuat oleh pemimpin dunia ketiga yang secara tidak langsung
meletakkan masyarakat Malaysia khususnya golongan pemimpin yang
berpandangan jauh ini, teristimewa dalam sejarah politik moden dunia ketiga
(Shamsul Amri, 1993).
Malaysia juga dilihat sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun
dalam mencapai kejayaan cemerlang melalui pelbagai bidang dan kini sedang
berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun
2020. Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang, negara harus bijak mengurus kejayaan, tegas dalam mengatasi
pelbagai masalah agar kelemahan dan kekurangan dapat diperkukuh serta
dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Memandangkan Malaysia kini berada
dipertengahan jalan dalam perjuangan menjadi sebuah negara maju,
pengalaman terdahulu amat penting untuk memandu negara dalam pendakian
seterusnya menjelang tahun 2020 yang lebih curam, berliku dan pastinya
mencabar (Abdullah, 2006).
Malaysia perlu menangani pelbagai perubahan besar dalam dunia global, di
samping menambahbaik dan meningkatkan persekitaran domestik negara.
Menyedari hakikat ini, pada 31 Mac 2006, Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membentangkan Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMKe-9) sebagai pelan pembangunan negara bagi tempoh 2006
sehingga 2010. Misi Nasional ini merupakan satu rangka dasar dan
pelaksanaan yang menggariskan keutamaan negara untuk tempoh 15 tahun
yang akan datang. Matlamat RMKe-9 adalah untuk mencapai pertumbuhan
bersama dengan pengagihan yang lebih luas dan saksama (Berita Harian,
2006).
Pembangunan yang dihajatkan itu seharusnya juga mendatangkan faedah
kepada sebilangan besar rakyat. Ini kerana pembangunan yang hanya
memberikan faedah kepada segolongan kecil individu belum boleh dianggap
sebagai satu proses pembangunan yang lengkap dan sempurna. Sebagai satu
proses perubahan, pembangunan hanya tercapai apabila majoriti rakyat
menikmati kekayaan negara dan apabila terdapat kemajuan dari segi kualiti
hidup (Mahathir, 1999). Matlamat ini turut bertepatan dengan tujuan utama
pembangunan komuniti yang merupakan salah satu daripada strategi
pembangunan iaitu untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat yang
terlibat serta membantu komuniti tersebut dalam meningkatkan keadaan sosial
dan ekonomi mereka. Ini sememangnya tidak mudah dilakukan tetapi masih
boleh diusahakan (Asnarulkhadi, 2003). Jika dilihat kepada masyarakat
mutakhir iaitu masyarakat sekarang, negara memerlukan suatu falsafah serta
dasar pembangunan masyarakat dan negara yang seimbang, lebih
komprehensif, dengan mengambil kira pelbagai aspek penting kehidupan
bermasyarakat bukan hanya dengan mengutamakan pembangunan negara
berbentuk material serta infrastruktur fizikal yang lebih dikenali dengan ‘hard
development’ tetapi dalam masa yang sama turut memberi perhatian terhadap
program ke arah ‘soft development’ iaitu program pembangunan insaniah
(Mohammad Shatar, Roshafiza dan Suhaida, 2007).
Pembinaan dan pengukuhan terhadap proses pembangunan manusia bukan
sesuatu yang mudah kerana manusia itu sendiri sangat rencam sifatnya kesan
daripada perbezaan latar belakang sosiobudaya dan keadaan di sekeliling yang
sentiasa berubah-ubah akibat perkembangan tamadun manusia. Kepelbagaian
antara individu dan kepesatan perubahan yang berlaku memerlukan
pemahaman dan penelitian yang mendalam agar kepelbagaian individu yang
wujud tidak menjadi kekangan dan perubahan pesat yang berlaku tidak menjadi
ancaman (Azizan, 2004). Dalam hal ini, semua pihak perlu sentiasa berusaha
untuk membangunkan diri dari segi sikap, semangat, keilmuan dan kepakaran
agar perkhidmatan berkualiti yang dihasratkan dapat menjadi realiti yang
berterusan.
Oleh yang demikian, dalam memastikan Wawasan 2020 menjadi realiti, negara
memerlukan penglibatan yang kukuh daripada masyarakat terutama daripada
golongan belia negara. Ini kerana generasi muda atau belia merupakan aset
yang berharga kepada negara. Profil kependudukan negara juga
memperlihatkan belia sebagai sumber terbesar dalam negara. Belia dilihat
sebagai satu golongan pelapis masa hadapan yang bakal menerajui tampuk
pimpinan negara. Belia hari ini yang akan mencorakkan maju atau mundur
negara pada masa hadapan (Turiman, 1998). Namun sejauh manakah
golongan pelapis ini menyedari tentang kepentingan mereka terhadap negara.
Persoalan ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak.
Di Malaysia golongan belia adalah merujuk kepada individu yang berumur
antara 15 hingga 40 tahun. Dari segi perkembangan manusia pula ialah di
peringkat 15 tahun hingga 24 tahun di mana golongan ini mengalami
perkembangan psikososial yang sangat kompleks, cenderung meneroka alam
kehidupan dan suka menguji batasan peraturan masyarakat (Abdullah Al-Hadi,
Rozumah dan Siti Nor, 1998). Belia sering menjadi fokus kerana kaitannya
dengan gambaran potensi politik dan idealisme. Apatah lagi, gaya hidup dan
pemikiran yang acapkali menentang ketetapan masyarakat sebelumnya.
Berdasarkan kedominannya dalam populasi negara sememangnya tidak dapat
disangkal bahawa belia merupakan aset yang bernilai sebagai pewaris yang
akan meneruskan kesinambungan negara dan peranannya sebagai rakan
kongsi dalam pembangunan (Azizan, 2004).
Selain itu, belia juga merupakan warisan negara yang bakal menerajui masa
depan bukan sahaja untuk diri sendiri, malah keluarga, masyarakat dan negara.
Belia akan menentukan hala tuju masa depan negara kerana mempunyai
pengaruh yang amat besar terhadap keadilan sosial, politik dan ekonomi serta