PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENCARIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR INDONESIA
DI UNIVERSITI MALAYA
MARLIN!
DISERTASI IN! DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAG! IJAZAH SARJANA
SAINS PERPUSTAKAAN DAN MAKLUMAT
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLU MAT UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR 2008
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa perkara yang berkaitan dengan
penggunaan Internet dikalangan pelajar-pelajar Indonesia Universiti Malaya dari segi
pemanfaatan Internet dalam pencarian maklumat, corak dan kekerapan pelajar
tentang Internet dalam proses pembelajaran, mengenal pasti masalah yang dihadapi
dalam penggunaan Internet oleh pelajar-pelajar tersebut. Seramai 200 orang pelajar-
pelajar dari pelbagai jabatan, meliputi pelajar sarjana dan doktor falsafah telah
menjawab soal selidik yang disediakan. Penyelidik memilih kaedah penyelidikan
kuantitatif dengan cara pembahagian soal selidik dan menjalankan kajian di
Universiti Malaya dengan memilih pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah sebahagai
responden utama. Subjek kajian adalah penggunaan Internet di lingkungan Universiti
Malaya. Kajian mendapati pelajar-pelajar secara optimal telah memanfaatkan Internet
untuk keperluan studi, terbukti dengan hasil penemuan menunjukkan bahawa seramai
91% pelajar-pelajar memanfaatkan penggunaan Internet adalah untuk keperluan studi
serta mencari maklumat di keranakan sumbangan Internet yang menarik pelajar
adalah maklumat terkini dan global. Kajian juga mendapati 25%-50% maklumat yang
didapati pelajar melalui Internet dapat di manfaatkan untuk studi. Adapun kekerapan
pelajar menggunakan Internet adalah setiap hari, masa yang diluangkan 2-4 jam
dalam sehari. Berdasarkan hasil kajian yang didapati seramai 73.7% pelajar adalah
status pengajiannya adalah sarjana manakala 26.3% adalah PhD. Adapun masalah
yang paling utama di kalangan pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah Universiti
Malaya disebabkan masalah terkendala dengan akses Internet yang terlalu lambat dan
terlalu banyaknya maklumat di dalam Internet sehingga kesukaran didalam
menemukan maklumat yang relefan, oleh yang demikian cadangan yang diperlukan
adalah pihak universiti dan perpustakaan mestilah memberikan pengamatan yang
berkesan terhadap permasalahan ini serta menyediakan inisiatif bagi menjadikan
masalah ini terbendung dengan memberikan tambahan kecepatan akses Internet untuk
mencegah masalah utama yang di rasakan oleh sebahagian besar pelajar-pelajar.
ABSTRACT
This study identifies the pattern of Internet use among Indonesian students at the
University of Malaya. It focuses on the benefits of the Internet in searching for
information usage, pattern and the frequency of students' use of the Internet for
learning as well as the problems these students faced. The population of this study
comprises of two hundred post-graduate (master and doctorate) students from various
faculties. The qualitative methodology was used in the study and was done by
distributing questionnaire. Indonesian postgraduate students are the main
respondents. This study aims to determine Internet usage pattern amongst Indonesian
postgraduate students. It has shown that students do gain benefits from the use of
Internet for learning. The result shows 91% of the students have benefited from the
usage of the Internet in learning and information searching. It is believed that most
current and global information are the main factors that attract students to use the
Internet. About 25% to 50% of the information from the Internet is used by the
students for their learning. The frequency of Internet usage amongst the students is 2
to 4 hours a day. Based on the results of this study, it is indicated that 73.7% of the
students are at master level, while 26.3% are PhD students. The study identifies some
major problems among the Indonesian students in using the Internet such as "slow
Internet connection" and "too much information". The respondents claim that it is
difficult to find the information that is relevant to their subjects. It is therefore the
responsibility of the university and the library to look into the problems and to
provide alternative solutions on ways to provide faster Internet connection to the
students.
IS! KANDUNGAN
Mukasurat
ABSTRAK
ABSTRACT
PENGHARGAAN iv
IS! KANDUNGAN
SENARAI JADUAL viii
BAB SATU : PENGENALAN 1
1.1. Latar Belakang 2
1.2. Internet 2
1.3. Internet di Malaysia 3
1.4. Internet di Indonesia 8
1.5. Pemyataan Masalah 12
1.6. Objektif Kaj ian 14
1.7. Persoalan Kajian 15
1.8. Kepentingan Kajian 15
1.9. Batasan Kajian 16
1.10. Sistematika Penulisan 16
1.11. Rumusan 17
BAB DUA : KAMAN LITERATUR 18
2.1. Pengenalan 18
2.2. Kajian Terdahulu 18
2.3. Internet di Perpustakaan Universiti 19
2.4. Penggunaan Internet di Kalangan Pelajar 28
2.5. Corak Penggunaan Internet di Kalangan Pelajar 36
2.6. Masalah dalam Mengakses Internet 37
2.7. Rumusan 41
BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN 42
3.1. Pengenalan 42
3.2. Metodologi Kajian 42
3.3. Populasi dan Persampelan 43
3.4. Alat Kajian 45
3.5. Instrumen 45
3.6. Ujian Rintis 46
3.7. Pengedaran Soal Selidik 47
3.8. Analisa Data 48
3.9. Rumusan 48
BAB EMPAT : PENEMUAN DAN PENGANALISAAN DATA 49
4.1. Penganalisaan Data 49
4.2. Maklumat Asas Responden 49
4.3. Corak Penggunaan Internet 54
4.4. Kekerapan Penggunaan Internet 57
4.5. Manfaat Penggunaan Internet 66
4.6. Masalah Penggunaan Internet 71
4.7. Rumusan 73
BAB LIMA : PERBINCANGAN DAN CADANGAN 75
5.1. Perbincangan Penemuan 75
5.2. Maklumat Asas Responden 75
5.3. Corak Penggunaan Internet 75
5.4. Kekerapan Penggunaan Internet 77
5.5. Manfaat Penggunaan Internet 80
5.6. Masalah Penggunaan Internet 81
5.7. Cadangan 82
5.7.1. Perubahan Sikap Pelajar 82
5.8. Cadanngan untuk Penyelidikan akan datang 83
5.9. Penutup 84
vi
SENARAI JADUAL
Jadual Mukasurat
Jadual 1: Perkembangan Jumlah Pelanggan dan Pengguna Internet (kumulatif)
* perkiraan s/d akhir 2007 9
Jadual 2 : Status Pengajian 50
Jadual 3: Fakulti 50
Jadual 4: Jantina 51
Jadual 5: Jantina, Umur dan Status Pengajian 52
Jadual 6: Bantuan Kewangan 53
Jadual 7: Umur 53
Jadual 8: Pembelajaran Penggunaan Internet 54
Jadual 9: Lokasi Penggunaan Internet 55
Jadual 10: Pencarian maklumat di sumber lain 56
Jadual 11: Penggunaan maklumat dari Internet 56
Jadual 12: Alamat Site 57
Jadual 13: Jangkaan Penggunaan Internet 58
Jadual 14: Kekerapan Penggunaan Internet 58
Jadual 15: Umur Kekerapan Penggunaan Internet 59
Jadual 16: Jantina dan Kekerapan Penggunaan Internet 60
Jadual 17: Status Pengajian dan Kekerapan Penggunaan Internet 61
Jadual 18: Masa Penggunaan Internet 62
Jadual 19: Penggunaan fasiliti mailing list 62
Jadual 20: Kekerapan penggunaan fasiliti newsgroup 63
Jadual 21: Aktifiti pengiriman / penerimaan maklu mat selain teks 64
Jadual 22: Maklumat yang kerap di akses lewat Internet 65
Jadual 23: Enjin pencarian yang digunakan 65
Jadual 24: Kekerapan Penggunaan emel 66
Jadual 25: Penggunaan maklumat dalam studi 67
Jadual 26: Apakah pada amnya anda Mendapatkan Maklumat Yang di cari 68
Jadual 27: Kepuasan dengan hasil carian di Internet 68
Jadual 28: Tujuan Penggunaan Internet 69
Jadual 29: Sumbangan Internet yang menarik minat 70
Jadual 30: Kepentingan Internet kepada proses pembelajaran dan penyelidikan 71
Jadual 31: Masalah Penggunaan Internet 72
Jadual 32: Dapatkah Internet Menggantikan Jasa Perpustakaan 72
ix
BAB I
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan yang
besar dalam budaya hidup semua masyarakat di dunia. la telah mengubah dan
meningkatkan kuasa daya pengkomputeran dalam penyampaian dan penyebaran
maklumat secara global (Rozinah, 2000). Salah satu penggunaan komputer yang
paling populer sekarang ialah penggunaan Internet yang dikatakan sebagai gedung
maklumat dalam proses komunikasi dan penyebaran maklumat (Baharuddin, Mohd,
Jamaludin dan Zaidatun, 2001). Menurut Yusup (1997), Internet kini telah menjadi
salah satu inovasi penting dalam pendidikan. Manakala menurut William (1995)
dalam Asmah (2001) pula, Internet merupakan buku teks masa depan.
Penggunaan Internet berkait rapat dengan keperluan pelajar-pelajar yang lebih
menjurus kepada mencorak dan menjana minda selaras dengan perkembangan dunia
masa kini. Disamping itu juga, ia boleh memberi pengalaman kepada pelajar supaya
turut serta dalam pembelajaran secara terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan itu
pelajar-pelajar secara langsung, bukan sahaja tahu menggunakan teknologi berkenaan
melalui bacaan dan tulisan yang terpapar dilayamya tetapi tahu bagaimana
menggunakannya untuk mendapatkan sumber maklumat yang pelbagai menerusi
perkhidmatan yang ditawarkannya.
Hakikatnya, teknologi Internet memberikan banyak maklumat bagi para pelajar
sebagai sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis, rujukan dan bahan-
1
bahan lain yang berfaedah. Para ilmuwan seperti penyelidik, guru dan pelajar
universiti adalah di antara kumpulan yang sangat diuntungkan dengan perkembangan
Internet. Meskipun demikian, penggunaan Internet yang tidak terkawal boleh
menjejaskan keselamatan maklumat. Penggunaan Internet yang bijaksana perlu
diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan
maklumat yang berterusan. Oleh sebab itu, kepantasan pelajar terhadap penggunaan
kemudahan internet amat diperlui di dalam mendapatkan maklumat yang berkesan,
khasnya terhadap pelajar pascasiswajah di peingkat universiti.
1.2 Internet
Internet merupakan hasil teknologi komputer dan komunikasi yang berkembang dan
mashur kerana ia mampu memberikan berbagai kemudahan dan manfaat. Internet
merupakan suatu teknologi maklumat dan komunikasi global yang tidak membezakan
faktor lingkungan. Sebagai sumber dan media maklumat global, Internet boleh
menyampaikan berbagai bentuk komunikasi secara interaktif dan cepat.
Zainuddin (2001) dalam bukunya yang bertajuk Memahami Internet telah
mentakrifkan Internet sebagai satu rangkaian global yang terdiri daripada gabungan
rangkaian-rangkaian komputer yang lebih kecil . Rangkaian se jagat ini
menghubungkan berjuta-juta komputer di pelbagai negara di seluruh dunia.
Komputer-komputer ini yang terdiri daripada komputer peribadi hinggalah ke
komputer kerangka utama menggunakan satu set aturan atau piawai pemindahan data
yang dikenali sebagai Protokol Kawalan Transmisi dan Protokol Internet (TCP/IP).
2
Manakala Peter (1995) pula mendefinisikan Internet sebagai rangkaian komputer
yang terbesar di dunia. Ia merupakan rangkaian komputer yang dijalankan keseluruh
benua di dalam dunia yang membolehkan komunikasi dilakukan secara dua hala dan
secara bebas. Sedangkan Sutedjo (2002) memberikan definisi mengenai Internet
adalah International Network (Internet) yang mana sebuah rangkaian komputer yang
sangat besar yang terdiri dari rangkaian-rangkaian kecil yang saling terhubung yang
menjangkau seluruh dunia.
Internet atau Net merupakan rangkaian komputer yang terbesar di dunia, (Yeow,
1997). Internet menjalinkan serangkaian komputer yang berselerak di benua ini untuk
membolehkan komunikasi dua hala dan petukaran maklumat secara bebas berlaku.
Sebenarnya perkataan Internet berasal daripada istilah Internetworking yang
bermaksud komunikasi antara rangkaian. Internet bukan berbicara tentang komputer,
tetapi tertumpu kepada komunikasi antara individu dan dunia sejagat. Komputer
sekadar saluran yang memungkinkan komunikasi terlaksana.
Dan i pengertian diatas, dapat diambil kesimpulan bahawasanya Internet merupakan
rangkaian yang luas dan tidak mengenal batasan tempat suatu negara akan tetapi
merupakan kumpulan dari berbagai rangkaian yang sating terhubung yang dapat
menjangkau seluruh dunia dengan cepat dan mudah.
1.3 Internet di Malaysia
Kelahiran Internet bukan saja membuka peluang baru dalam pelbagai urusan di dunia
ini dan menjadi penyelesai serta memudahkan kehidupan manusia. Bagaimanapun,
3
serentak dengan wujudnya Internet, ia juga mewujudkan perbezaan yang amat ketara
dalam masyarakat; antara yang berada dan yang tidak berada, antara yang kaya
maklumat dan yang miskin maklumat, antara yang boleh menikmati penggunaan
Internet dan mereka yang tidak dapat menikmati penggunaan Internet oleh kerana
kurang mampu ataupun kurang pendidikan untuk menggunakan inovasi baru itu.
Majoriti organisasi dan individu yang dihubungkan dengan Internet adalah dari
negara membangun. Bagi negara yang sedang membangun, hanya minoriti organisasi
dan individu berkemampuan untuk mencapai Internet. Kajian menunjukkan adanya
peningkatan dari segi jurang maklumat antara negara membangun dengan negara
yang sedang membangun. Ramai yang beranggapan bahawa pengadaptasian Internet
merupakan kebolehupayaan sosial yang bernilai. Pembelajaran berkenaan penyebaran
Internet mencadangkan bahawa proses penyebaran teknologi Internet di negara yang
sedang membangun mempunyai dimensi yang berbeza dari negara yang telah
membangun. Perbezaan dimensi diukur dari kebudayaan dan nilai keagamaan hingga
kawalan kerajaan dan ketidak cukupan kemudahan telekomunikasi.
Menurut perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kadar
penembusan pada akhir 2004 ialah 12.7 peratus berdasarkan 3.3 juta langganan, dan
anggaran bilangan penggunanya ialah 9.9 juta orang. Jumlah pengguna mungkin
lebih tinggi kerana perangkaan ini tidak mengambilkira pengguna selain penggunaan
dial-up. Namun demikian, penggunaan Internet masih jauh dari memuaskan. Itulah
sebabnya diperlukan antara lainnya langkah pemerkasaan rakyat melalui peruntukan
perkhidmatan rangkaian yang membolehkan individu dan kumpulan untuk
4
mengakses maklumat dan juga pembinaan atau penajaan pengetahuan bagi
masyarakat dan negara; akses yang saksama dan seimbang antara bandar dan
kawasan-kawasan yang kurang mendapat perhatian, dan juga antara kumpulan yang
kaya maklumat dan yang kurang maklumat.
Penggunaan Internet di kalangan rakyat Malaysia telah bermula pada tahun 1984. Dr.
Mohamed Awang Lah merupakan orang yang pertama yang membuat sambungan
pada Internet. lanya diikuti dengan pengenalan Rangkaian Komputer Malaysia yang
menyediakan aplikasi mel-elektronik dan USENET dan pada 24 Jun 1990, JARING
(Joint Advance Research Integrated Networking Project) di bawah kelolaan M1MOS.
(Wong, 1998).
Satu kajian pula mendapati penggunaan Internet di Malaysia boleh dibahagikan
kepada tiga kumpulan iaitu pengguna rumah, pelajar dan organisasi. Sebanyak 60%
pengguna JARING terdiri daripada pengguna rumah, 30% terdiri daripada pelajar,
dan 10% adalah daripada organisasi (Wong, 1998). Peratus pengguna Internet yang
paling tinggi adalah pengguna yang berpendidikan tinggi iaitu sebanyak 67%. lanya
diikuti pula oleh pengguna yang berpendidikan diploma iaitu sebanyak 21%, sekolah
menengah 11%, dan sekolah rendah sebanyak 1%. (Seen, 1997).
Masyarakat Malaysia di abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era
globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Corak hidup masyarakat dalam
era globalisasi berbeza daripada corak hidup sebelumnya (Rozinah, 2000). Antara
perbezaan itu ialah manusia sangat bergantung kepada penggunaan sains dan
teknologi dalam semua aspek kehidupan. Operasi kerja pula lebih bergantung kepada
5
usaha secara berpasukan menerusi rangkaian yang terdapat di seluruh dunia dan
bukan lagi boleh digerakkan sepenuhnya atas usaha perseorangan. Penggerak utama
kemajuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi
maklumat dan komunikasi (Jaya, Kumar, 2001).
Satu kajian menjelaskan Malaysia menduduki tangga ke-19 dalam senarai 25 negara
teratas yang mempunyai jumlah pengguna Internet paling ramai.Walau bagaimana
pun, dari segi kadar penembusan, Malaysia tidak tersenarai dalam lingkungan 25
negara teratas yang mempunyai kadar penembusan penggunaan tertinggi. Kadar
penembusan bagi Malaysia hanyalah 32% sahaja. Di Malaysia pula, Bahasa Melayu
menjadi bahasa utama Internet diikuti dengan bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.
(http://www.karangkraf.com.my)
Jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada
Disember 2005. Jumlah ini 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.
Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Sejak
tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah
hampir 200% Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia
bertambah dengan kadar yang amat pantas (Khairi, 2006).
Malaysia adalah antara negara yang sedang memberi perhatian serius bagaimana
meningkatkan penggunaan Internet supaya ia boleh memberi faedah kepada negara
dan rakyat. Malaysia melihat kewujudan Internet sebagai suatu peluang yang harus
diterokai dan cabaran yang harus ditangani. Malaysia sudah meletakkan dasar
6
pembangunan IT (Information Technology) di Malaysia di bawah agenda IT
Nasional yang bergerak daripada ripple to tidal waves iaitu dari gelombang kecil
kepada gelombang besar. Di bawah dasar inilah terletak dasar untuk meningkatkan
penggunaan Internet yang boleh mendatangkan faedah kepada rakyat. Tanpa dasar
yang pro-aktif ini hanya mereka yang mampu akan berpeluang menikmati inovasi mi.
Pelaksanaan dasar ini dibuat melalui pewujudan komuniti elektronik atau lebih
dikenali sebagai e-komuniti.
Dalam era pendidikan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang
untuk menerapkan IT selaras dengan perkembangan ICT (Information Comunication
Technology) atau teknologi informasi dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran di semua sekolah bistari menjelang tahun 2010. Masa kini terdapat
7,000 buah sekolah rendah dan 1,500 buah sekolah menengah di Malaysia. Dani
jumlah tersebut 90 buah sekolah telah dipilih sebagai sekolah printis sekolah bistari
pada Januari 1999. Pada tahun 2000, jumlahnya meningkat ke 500 buah sekolah
dengan penglibatan sejumlah 300,000 pelajar kearah pembelajaran bistari. Pada tahun
2010, semua sekolah di negara ini yang berjumlah 10,000 buah sekolah akan terlibat
sebagai sekolah bistari. Ini bermakna 8.5 juta pelajar dan 450,000 orang guru akan
terlibat (MSC, 1997).
Dalam pada itu, Mohamad Salmi Mohd. Sohod, pengarah projek KUB Malaysia
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), salah satu universiti swasta yang terawal di
Malaysia menggunakan kemudahan IT, pernah menyebut pembelajaran sebenar
berkonsepkan ICT yang diperkenalkan mungkin sebagai satu perubahan pradigma
7
bagi kebanyakan warganegara Malaysia. Tetapi bagi sesebuah universiti yang unggul
yang mengamalkan konsep ini, ianya akan menjadi sumber kemahiran yang
diperlukan sealiran kemajuan pengetahuan semasa dan terkini (Zoraini, 1998).
1.4 Internet di Indonesia
Di Indonesia, Internet mulai dikembangkan pada tahun 1983 di Universiti Indonesia,
berupa University Network (UINet) oleh Dr.Joseph F.P Luhukay yang seketika itu
baru sahaja menamatkan program doktor Filosofi llmu Komputer di Amerika
Syarikat. Rangkaian itu dibangunkan selama empat tahun. Pada tahun yang sama,
Luhukay juga mulai mengembangkan UlNet di lingkungan Jabatan Pendidikan dan
Kebudayaan yang merupakan rangkaian komputer dengan jangkauan lebih luas yang
meliputi Universiti Indonesia, Institut Teknologi Bandung, Institut Pertanian Bogor,
Universiti Gadjah Mada, Institut Tekrtologi Surabaya, Universiti Hasanudin dan
Ditjen Dikti. (Sutedjo, 2002)
Secara amnya, IT masih menjadi barang "mahal" dan "mewah" bagi bangsa
Indonesia. (Onno, 2003) Internet di Indonesia secara amnya masih menjadi cost
center dan belum menjadi profit center. Faktor yang cukup ketara masih mahalnya
Internet di Indonesia antaranya ialah bilangan telefon yang minimum, taburan
rangkaian akses tidak merata (kabel atau serat optik), dan mahalnya sewa talian ke
Internet. Selain itu, pengguna Internet di Indonesia kebanyakannya adalah dari
kalangan kelas sosial menengah ke atas dan corak penggunaannya lebih banyak untuk
keperluan pendidikan. Salah satu faktor tersebut yang tidak kalah pentingnya adalah
pembelian dan penjualan barang-barang IT, di mana semua transaksinya
menggunakan mata wang dollar AS. Apabila nila mata wang AS meningkat terhadap
8
mata wang Indonesia, maka secara tidak langsung harga barang-barang IT di
Indonesia semakin meningkat.
Prayitno (2007) menyatakan secara keseluruhan bahawa Internet relatif baru dikenali
oleh masyarakat Indonesia dan bilangan penggunanya masih sedikit. Namun
perkembangan Internet di Indonesia telah memperlihatkan kemajuan yang signifikan.
Dapat dilihat daripada jadual 1 dibawah mi.
Jadual 1: Perkembangan Jumlah Pelanggan dan Pengguna Internet (kumulatif) * perkiraan s/d akhir 2007 (Sumber: APJII, 2008)
TAHUN PELANGGAN PENGGUNA
1998 134.000 512.000
1999 256.000 1.000.000
2000 400.000 1.900.000
2001 581.000 4.200.000
2002 667.002 4.500.000
2003 865.706 8.080.534
, 2004 1.087.428 11.226.143
2005 1.500.000 16.000.000
2006 1.700.000 20.000.000
2007* 2.000.000 25.000.000
Berdasaskan hash l dapatan jadual di atas, pada tahun 1998 pen gguna Internet di
Indonesia hanya 512.000 orang. Kajian dapatan pada tahun 2000 menjelaskan
bahawa pengguna Internet di Indonesia masih 1.900.000 orang. Jumlah itu meningkat
tajam selama kurun waktu enam tahun menjadi 18 juta pengguna dengan penerobosan
8.1%. Sedangkan pada tahun 2007, pengguna Internet mencecah sehingga 25.000.000
orang. Pen ingkatan yang berketerusan tersebut menunjukkan bahawa masyarakat
Indonesia sangat terhuja terhadap penggunaan Internet.
9
Menurut Asosiasi Penyelenggara Jasa Internet Indonesia (ARM) mendedahkan
bahawa Indonesia berada di jajaran tengah bersama tiga negara, Brunei Darussalam,
Thailand dan Filipina yang memiliki tingkat penerobosan tak terpaut jauh, masing-
masing 14.2%, 12.7% dan 9.1%. Namun, penerobosan Indonesia masih jauh
dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lebih maju, seperti Singapura,
Malaysia, Taiwan dan Hong kong, Indonesia masih ketinggalan jauh. Hal ini di
keranakan penyebaran penggunaan Internet di Indonesia juga tidak merata dan masih
berpusat di Jawa, sementara desa-desa di luar Jawa kurang mendapatkan akses
Internet. Indonesia memerlukan sedikitnya 25 juta unit komputer guna meningkatkan
penerobosan Internet yang diperkirakan mencapai 20 juta pengguna (APB', 2008).
Ketua Umum Asosiasi Penyelenggara Jasa Internet Indonesia (APJII) Sylvia W.
Sumarlin mengatakan perkembangan penggunaan Internet di Indonesia relatif stabil
iaitu 25% per tahun, namun condong berbanding lurus dengan pertambahan
penduduk. Rendahnya penerobosan Internet di Indonesia bukan semata-mata kerana
harga talian yang mahal, melainkan kerana masih terbatasnya jumlah komputer.
Berdasarkan keterangan statistik di atas maka tidak berlebihan jika dikatakan bahawa
masyarakat pengguna Internet di Indonesia masih baru di tahap pengenalan atau
masih menipakan sesuatu yang barn muncul.
Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Raharjo (2000), jika sememangnya IT
dan Internet memiliki banyak manfaat, tentunya ingin kita gunakan secepatnya.
Namun ada beberapa faktor penghalang di Indonesia yang menyebabkan IT dan
Internet belum dapat digunakan sebaik mungkin. Satu penyebab utama adalah
kurangnya ketersediaan peralatan telekomunikasi, talian telepon masih belum tersedia
10
secara luas di berbagai tempat di Indonesia, dan biaya penggunaan layanan
telekomunikasi yang masih mahal. Permasalahan ini dapat diatasi sejalan dengan
perkembangan telekomunikasi yang semakin pantas dan semakin murah. Kerana
penggunaan komputer di Indonesia masih terlalu rendah. Kerana itu perlu difikirkan
akses ke Internet tanpa melalui komputer peribadi di rumah. Penggunaan peralatan
Internet lain seperti Internet TV diharapkan dapat menolong. Sementara itu tempat
akses Internet dapat diperluas jangkauannya melalui fasiliti di kampus, sekolah, dan
kedai siber. Persediaan isi atau content yang berbahasa Indonesia di Internet sedikit
ditemui. Hal ini merupakan masalah penting yang perlu diatasi. Berbagai upaya
kegiatan-kegiatan atau cadangan-cadangan untuk memperbanyak maklumat yang
ditujukan kepada masyarakat Indonesia perlu ditingkatkan. Dimana proses ini mesti
dilakukan secara cepat dan tepat.
Untuk kondisi di Indonesia, kita dapat merujuk pada hasil kajian yang didapati oleh
MarkPlus pada awal 2000 lalu (Donny, 2007). Responden yang diambil sebanyak
1100 orang adalah dari lima kota utama di Indonesia, iaitu Jabotabek, Bandung,
Yogyakarta, Surabaya dan Medan. Hal penting yang perlu digarisbawahi pada hasil
survei tersebut temyata 90% dari jumlah responden belum pernah menggunakan atau
tidak mahu bertransaksi secara online. Ketika berbagai pernyataan yang diajukan
kepada responden takut melakukan transaksi, jawapan yang diberikan antara lain:
tidak percaya (15.1%) dan tidak aman (13.6%). Ini bermakna 25.85% atau sekitar 284
dari 1100 responden yang diselidiki temyata enggan bertransaksi dengan e-commerce
kerana takut dengan faktor keamanan bertransaksi melalui Internet.
11
Menurut Onno (2003), kemampuan Indonesia berkembang dalam dunia maklumat
dan Internet sangat bergantung kepada jumlah atau massa orang terdidik. Kegagalan
dalam meningkatkan jumlah orang terdidik di Indonesia akan melemahkan
kemampuan Indonesia untuk berkembang dan bertahan di dunia maya. Jelas sekali
bahawa pendidikan menjadi isu yang sangat penting bagi keberhasilan pembangunan
dunia maklumat Indonesia.
Bagi Indonesia, manfaat-manfaat yang disebutkan di atas dapat dijadikan alasan yang
kuat untuk menjadikan Internet sebagai peralatan di bidang pendidikan (Raharjo,
2000). Untuk menyatukan manfaat Internet bagi bidang pendidikan di Indonesia iaitu:
a) Akses ke perpustakaan;
b) A k s e s k e p a k a r ;
c) Menyediakan fasiliti kerjasama.
Gagasan penggunaan IT dan Internet di bidang pendidikan di Indonesia sudah mulai
bermunculan. Salah satu gagasan yang sekarang sedang giat di lakukan adalah
program "Sekolah 2000", dimana disasarkan sejumlah sekolah (khususnya SMU dan
SMK) terhubung ke Internet (http://www.sekolah2000.or.id).
1.5 Pernyataan Masalah
Secara amnya, maklumat adalah sebagai nadi utama bagi proses pembelajaran yang
cemerlang. Sumbangan Internet yang positif di dalam mendapatkan maklumat yang
berkualiti dan terkini juga memerlukan kemahiran dan pengetahuan bagi
merealisasikan proses pembelajaran yang berkesan dan global. la juga boleh
12
membimbing pelajar agar mampu menggunakan bahan dengan cekap dan berdikari.
Disebabkan faktor ini, corak penggunaan Internet di kalangan pelajar-pelajar adalah
semakin meningkat dari masa ke semasa. Ini kerana tarikan maklumat yang terdapat
di dalam Internet bersifat pantas, mudah, menjimatkan masa dan kos. Sekiranya
kepelbagaian medium ini tidak digunakan dengan baik oleh pelajar, maka mereka
akan menjadi manusia yang terpinggir disudut kecanggihan teknologi yang
melimpahi kehidupan kini.
Pengetahuan dan kemahiran pelajar di dalam pencarian maklumat menggunakan
Internet merupakan aspek penting di dalam proses pembelajaran. Pelajar-pelajar
kerap menggunakan Internet di dalam pencarian maklumat dan merasa seronok
belajar dengan menggunakan Internet. Nazan Ozenc Ucak (2005) berpendapat
bahawa umumnya penggunaan Internet di kalangan pelajar bermaksud untuk
membuat tugasan atau menyiapkan untuk keperluan pengajian. Meskipun demikian,
masih ramai yang tidak menggunakan Internet secara efektif di dalam mendapatkan
maklumat untuk keperluan pengajian. Kajian yang dibuat oleh O'Sullivan et. al
(2000) mendedahkan bahawa 63% pelajar menggunakan Internet di dalam
mendapatkan maklumat secara mendalam, namun hanya 10% sahaja yang boleh
mendapat maklumat secara relevan. Berdasarkan hat itu, pelajar semestinya efektif di
dalam menggunakan Internet menurut corak dan kekerapannya.
Pada dasarnya, penggunaan Internet memudahkan setiap pelajar di dalam
memperoleh maklumat sebagai sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis,
rujukan dan bahan-bahan lain yang berfaedah. Sebelumnya, telah dijelaskan tentang 11
13
corak dan kekerapan pelajar menggunakan Internet di dalam pencarian maklumat.
Berkaitan dengan hal itu, pengkaji merasa perlu melakukan kajian terhadap
penggunaan Internet dalam pencarian maklumat di peringkat ijazah tinggi. Pengkaji
telah mengamati terhadap pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah Universiti Malaya
bahawa ramai daripada mereka setiap hari menggunakan Internet akan tetapi ramai
daripada mereka setelah melayari Internet tergendala dengan limpahan maklumat
yang ada di dalam Internet sehingga kesukaran di dalam mendapati maklumat yang
relevan. Di samping itu, pengkaji juga mendapati tidak semua pelajar-pelajar
Indonesia pascasiswazah mahir dalam menggunakan Internet untuk mencari artikel
serta maklumat lainnya. Berdasarkan hal itu, penulis melakukan kajian tentang
bagaimanakah para pelajar Indonesia pascasiswazah di Universiti Malaya telah dapat
menguasai tahap penggunaan yang baik dalam penggunaan Internet, sejauh manakah
pelajar-pelajar dapat memanfaatkan dan memahami Internet, dan apakah masalah
pengaksesan yang dihadapi oleh pelajar terhadap Internet dalam proses pencarian
maklumat.
1.6 Objektif Kajian
a) Mengkaji tentang corak penggunaan Internet di kalangan pelajar Indonesia
Pascasiswazah Universiti Malaya di dalam pencarian maklumat.
b) Mengkaji kekerapan pelajar Indonesia pascasiswazah Universiti Malaya
menggunakan Internet dalam pencarian maklumat.
c) Mengkaji masalah pengaksesan dan penggunaan Internet yang dihadapi
oleh pelajar Indonesia pascasiswazah Universiti Malaya.
14
1.7 Persoalan Kajian
a) Apakah corak penggunaan Internet dikalangan pelajar-pelajar Indonesia
pascasiswazah Universiti Malaya?
b) Bagaimanakah kekerapan pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah
Universiti Malaya tentang Internet dalam proses pencarian maklumat?
c ) Apakah masalah yang d ihadapi oleh pela ja r-pela ja r Indonesia
pascasiswazah Universiti Malaya, khususnya dari aspek pengaksesan dan
penggunaan Internet?
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat tentang tahap penggunaan
Internet di kalangan pelajar pascasiswazah Indonesia di Universiti Malaya, maklumat
yang menjadi tumpuan pelajar dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar
dalam penggunaan Internet. Ia juga sebagai masukan bagi Universiti Malaya,
khususnya bagi pelajar-pelajar pascasiswazah Indonesia dalam meningkatkan
efektifiti penggunaan rangkaian Internet.
Disamping itu, kajian ini berguna bagi pihak perpustakaan untuk mengenal pasti
sama ada masih terdapat pelajar yang bermasalah dan tidak boleh mengakses Internet
bagi tujuan pembelajaran mereka. Persoalan yang lain ialah adakah mereka mendapat
latihan atau menghadapi masalah tertentu serta memerlukan bantuan dari segi
teknikal atau nasihat. Dengan cadangan-cadangan yang diberikan oleh pengkaji,
diharapkan semua pihak yang terlibat secara langsung mengambil tindakan tertentu
5
bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap professional maklumat sebagai penyalur
maklumat.
Hash l penyelidikan ini akan juga meningkatkan jumlah maklumat mengenai
penggunaan Internet bagi masyarakat awam maupun ilmuan yang tertarik untuk
mengguna serta mengetahui manfaat Internet dengan lebih mendalam. Ianya juga
merupakan kajian dasar atau tahap awal mengenai Internet dilingkungan Universiti
Malaya khususnya bagi pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah sehingga dapat
memacu munculnya kajian berkesinambungan dan kajian-kajian yang lebih
mendalam mengenai kajian Internet.
1.9 Batasan Kajian
Oleh kerana Internet adalah teknologi yang semakin menguasai kehidupan, maka
kajian mengenainya banyak. Oleh itu pengkaji banyak menggunakan artikel
elektronik dari jurnal, majalah, suratkhabar dan buku sebagai latar belakang
pengkajian. Kajian ini akan terbatas dan memberi tumpuan kepada penggunaan
Internet di kalangan pelajar pascasiswazah Indonesia Universiti Malaya yang hanya
akan merangkumi pelajar Doktor Falsafah, dan Sarjana.
1.10 Sistematika Penulisan
Sistematika penyusunan kajian ini terdiri dari 5 bab dengan rincian sebagai berikut:
Bab I Pengenalan berisikan latar belakang, Internet, Internet di Malaysia, Internet di
Indonesia, pemyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian,
batasan kajian, definisi istilah dan sistematika penulisan. Bab 2 Kajian Literatur pula
16
berisikan pengenalan, kajian terdahulu, Internet di perpustakaan universiti,
penggunaan Internet di kalangan pelajar, corak penggunaan Internet dikalangan
pelajar, masalah dalam mengakses Internet dan rumusan. Bab 3 Kaedah Kajian
berisikan pengenalan, metodologi kajian, populasi dan persampelan, alat kajian,
instrumen, ujian rintis, pengedaran soal selidik, analisa data dan rumusan. Bab 4
Penemuan dan Penganalisaan Data berisikan penganalisaan data dan hasil akhir
sekali. Bab 5 berisikan perbincangan, rumusan dan cadangan.
1.11 Rumusan
Bab ini menerangkan tentang pengenalan dan latar belakang kajian. Selain daripada
itu, ia juga menjelaskan tentang permasalahan, persoalan, kepentingan, serta batasan
kajian, definisi istilah tajuk kajian dan sistematika penulisan.
17
Recommended