UNTUK TERBITAN SEGERA MEJA BERITA/EKONOMI
1
SIARAN BERITA PENGUMUMAN AHLI-‐AHLI BARU SURUHANJAYA MyCC
KUALA LUMPUR, 27hb Ogos 2014 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) hari ini telah mengumumkan pelantikan empat ahli Suruhanjaya yang baru serta pelantikan semula empat ahli Suruhanajaya yang terdahulu termasuklah Pengerusi MyCC, Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob, berikutan penamatan penggal pertama ahli-‐ahli Suruhanjaya. Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Prof Dato’ Dr Sothi Rachagan, Ketua Eksekutif dan Naib Canselor Perdana University, Tuan Ragunath Kesavan, Peguam dan bekas Presiden Badan Peguam Malaysia juga telah dilantik semula bagi penggal kedua. Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff, Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU), masih menjalani penggal pertamanya sebagai Ahli Suruhanjaya pada tahun ini. Ahli-‐ahli Suruhanjaya yang baru dilantik adalah seperti berikut: Dato’ Azmi Lateh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Berperanan sebagai wakil KPDNKK dalam MyCC, pengalaman Dato’ Azmi Lateh yang sangat meluas setelah 31 tahun memegang pelbagai jawatan dalam berbagai-‐bagai jabatan kerajaan sangat berguna dalam peranannya sebagai Ahli Suruhanjaya MyCC. Sebagai Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Azmi mempunyai kefahaman mendalam mengenai suasana bekerja dalam sektor kerajaan dan ini memberikan beliau kemampuan tambahan bagi memastikan segala tugas dijalankan oleh Suruhanjaya dengan penuh tanggungjawab. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 8 Mei.
UNTUK TERBITAN SEGERA MEJA BERITA/EKONOMI
2
Dato’ Ahmad Hisham bin Kamaruddin Rakan kongsi serta pengasas Hisham & Associates dan Perunding Undang-‐undang Korporat Dato’ Ahmad Hisham bin Kamaruddin mempunyai lebih daripada tiga puluh tahun pengalaman undang-‐undang. Beliau juga menyandang jawatan Presiden Tribunal untuk Mahkamah Konsumer di Malaysia, di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan mempengerusikan pendengaran perbicaraan pengguna di seluruh negara. Seorang ahli Majlis Warisan Malaysia, beliau juga terlibat secara aktif dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan di Malaysia. Berpengetahuan yang luas dalam bidang undang-‐undang serta merangkumi bidang-‐bidang seperti petrokimia, minyak dan gas, dan harta intelek, syarikat penerbangan, perbankan korporat, dan amalan buruh, akan memberi banyak manfaat kepada MyCC. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 11 Ogos. Dato’ Dr Gan Khuan Poh Ahli Ekonomi dan Ahli Perunding Korporat Dato’ Dr Gan Khuan Poh merupakan seorang ahli ekonomi yang memiliki pengalaman lebih dari tiga dekad dalam sektor awam dan swasta, termasuklah Unit Perancang Ekonomi dan bidang akademik. Pengetahuan beliau yang meluas dalam bidang ekonomi, kewangan dan ICT adalah sangat berguna bagi Lembaga MyCC. Selain itu, kajiannya terhadap Economics of Regulation and Competition, Distribution Economics and Economic Development in Emerging Economies dijangka amat berguna. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 15 Mei. Dr Zakariah Abdul Rashid Pengarah Eksekutif, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Dr Zakariah Abdul Rashid yang dahulunya merupakan Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan Ekonomi, Sekolah Pengajian Siswazah di Universiti Putra Malaysia, telah menerbitkan pelbagai artikel dan menyunting jurnal-‐jurnal akademik. Selain itu, beliau juga telah memberi ceramah dalam pelbagai acara seminar dan persidangan, antaranya mengenai pembangunan, ekonomi serantau, Islamik dan antarabangsa. Di samping itu, beliau telah bertindak sebagai perunding kepada pelbagai institut penyelidikan, dan memainkan peranan penting dalam berbagai-‐bagai projek ekonomi. Pengetahuan mendalam beliau dalam bidang Ekonomi akan banyak membantu MyCC ketika proses pertimbangan dan perbincangan. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 27 Jun.
UNTUK TERBITAN SEGERA MEJA BERITA/EKONOMI
3
Menurut Akta Suruhanjaya Persaingan 2010, ahli-‐ahli MyCC dilantik oleh Perdana Menteri atas nasihat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Selain Pengerusi, hendaklah juga mempunyai empat anggota daripada perkhidmatan awam -‐ termasuk seorang wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima wakil daripada sektor swasta. Ahli-‐ahli juga perlu mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan, undang-‐undang, ekonomi, pentadbiran awam, persaingan atau perlindungan pengguna. Setiap ahli berkhidmat untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula kepada Suruhanjaya selama dua penggal berturut-‐turut. Bagi maklumat lanjut mengenai Akta Persaingan 2010, sila layari www.mycc.gov.my.
-‐-‐-‐tamat-‐-‐-‐
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Rowena Wong, Tel +603 2273 2277 (ext 111), Email: [email protected] Anis Syafiqa, Tel +603 2273 2277 (ext 217), Email: [email protected] Unit Komunikasi Korporat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
Ditubuhkan pada Jun 2011, MyCC ialah satu badan bebas bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010, yang dilaksanakan untuk menggalakkan persaingan sihat yang seterusnya akan merangsang produktiviti dan inovasi, lantas mewujudkan pilihan produk atau servis yang lebih banyak kepada pengguna dan kualiti yang lebih baik pada harga yang berpatutan.
Akta ini digunapakai kepada semua aktiviti komersil yang ditanggung didalam dan diluar Malaysia yang boleh menjejaskan persaingan di pasaran Malaysia. Ia memberikan satu rangka kerja kawal termasuk kuasa menyiasat, menghakimi dan mengenakan penalti-‐penalti kepada pesalah undang-‐undang persaingan.
Untuk maklumat lanjut tentang Akta dan MyCC, sila rujuk laman web www.mycc.gov.my.