Cikgu A hendak memberi ujian kepada kelasnya. Langkah-langkah untuk menyediakan sesuatu soalan ujian ialah
I. Memilih isi ujian
II. Menentukan objektif ujian
III. Membentuk soalan
IV. Menentukan aras kesukaran soalan
(A) I, II, III, IV
(B) I, III, IV, II
(C) II,I,III, IV
(D) II,I,IV, III
Jawapan : C
Setelah satu semester, Cikgu Abdul mengajar mata pelajaran Matematik , beliau membuat perbandingan pencapaian murid-muridnya.
Cikgu Abdul menilai prestasi murid berdasarkan
(A) ujian rujukan norma
(B) ujian rujukan kriteria
(C) ujian diagnostik
(D) ujian formatif
Jawapan : A
Setelah mengajar tajuk “ Perusahaan Perikanan di Malaysia” guru memberi ujian untuk mengetahui pemahaman muridnya terhadap tajuk itu. Ujian ini ialah jenis
(A) sumatif
(B) formatif
(C) saringan
(D) diagnostik
Jawapan : B
Cikgu berpendapat bahawa ujian Kajian Tempatannya itu mempunyai ciri kesahan isi kandungan yang tinggi.
Manakah berikut merujuk kepada “ciri kesahan isi kandungan yang tinggi” di mana item-item ujian itu
I. berkait rapat dengan trait tingkahlaku II. Betul betul menepati sukatan pelajaran III. Berkait rapat dengan ramalan kebolehan
seseorang calon IV. Dibahagikan mengikut aras kemahiran (A) I dan II(B) II dan III(C) II dan IV(D) III dan IV
C
Dalam penggubalan soalan peperiksaan, guru hendaklah menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian.
Kepentingan bagi guru menyediakan JSU adalah
i. menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
ii. menjadi panduan kepada pembinaan soalan
iii. memastikan ujian tidak dibina secara
sembarangan
iv. Menentukan taraf kesukaran soalan yang berbeza
dari tahun ke tahun
v. membolehkan ujian dibina oleh penggubal soalan
yang tertentu sahaja
(A) I, II dan III sahaja
(B) I, II dan IV sahaja
(C) II, III dan V sahaja
(D) III, IV dan V sahaja
Jawapan : A
Berikut ialah skor bagi sekumpulan pelajar dalam ujian Sains:
83, 72, 60, 60, 60, 50, 50, 49, 48, 44, 43, 41
Kirakan min bagi kumpulan pelajar tersebut.
(A) 50
(B) 55
(C) 60
(D) 65
B