EDISI 16 : 16 - 30 SEPTEMBER 2016
Perhimpunan Bulanan JPA Bagi Bulan September 2016
ms2
Program JPA4U CERIA : Senamrobik
Lawatan Delegasi Program Pertukaran Belia Korea-Malaysia Tahun 2016 Ke JPA
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun Kewangan 2015 Bagi Kementerian, Jabatan & Badan Berkanun Persekutuan
ms4
ms3 ms5
PERBELANJAAN BERHEMAH DIJADIKAN
AMALAN DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
2
PERHIMPUNAN BULANAN JPA BAGI BULAN SEPTEMBER 2016
LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (EVACUATION DRILL) BLOK C2 & BLOK C3
PUTRAJAYA, 22 SEPTEMBER 2016 - Majlis
Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) yang bertemakan Setulus Kata, Seindah Bahasa
bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan telah
dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan, Perancangan
dan Dasar (BPPD) di Auditorium JPA, Putrajaya. Ia
telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg.
Dato' Mohtar Bin Mohd Abd Rahman, Timbalan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) dan
YBhg. Dato’ Sabariah binti Hassan, Timbalan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi).
Majlis ini juga menyaksikan pelancaran Lembaran Info
Pugar Bahasa dan Kenali Munsyi Muda Bahasa oleh
YBhg. Tan Sri KPPA. Selain itu, turut diadakan
pameran Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan
Tokoh Bahasa Kebangsaan di Ruang Legar
Auditorium.
“Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa” -
Raja Ali Haji
PUTRAJAYA, 20 SEPTEMBER 2016 - Latihan pengungsian
bangunan (evacuation drill) dengan pihak bomba Putrajaya bagi
Blok C2 dan C3, Kompleks C telah diadakan pada jam lebih
kurang 10.45 pagi. Pemindahan semua pegawai, kakitangan dan
kanak-kanak taska ke Dataran Kompleks C telah berjaya
dilaksanakan dalam masa 9 minit.
3
LAWATAN DELEGASI PROGRAM PERTUKARAN BELIA KOREA-MALAYSIA TAHUN 2016 KE JPA
LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR UNIT COMBI, HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA KE JPA
PUTRAJAYA, 23 SEPTEMBER 2016 - Seramai 40
orang peserta dari Unit COMBI (Communication for
Behavioural Impact), Hospital Bahagia Ulu Kinta
(HBUK) telah mengadakan lawatan kerja sambil
belajar ke JPA pada jam 3.00 petang bagi tujuan
untuk mengetahui dan memahami tentang jawatan
serta gred bagi kerjaya sebagai Pembantu
Perawatan Kesihatan di Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
Wakil dari peserta lawatan telah memaklumkan
tentang beberapa perkara yang ingin diberikan
pencerahan berhubung jawatan Pembantu
Perawatan Kesihatan yang merupakan jawatan
disandang oleh hampir kesemua peserta lawatan.
Lawatan ini merupakan salah satu dari agenda
lawatan Unit Combi, HBUK ke Putrajaya selain
telah mengadakan sesi lawatan ke Bahagian Kawa-
lan dan Jangkitan, KKM pada sebelah pagi.
“The only way to do great work is to love what you do.”—Steve Jobs
PUTRAJAYA, 26 SEPTEMBER 2016 - Delegasi bagi
Program Pertukaran Belia Korea-Malaysia Tahun 2016
telah mengadakan sesi lawatan ke JPA yang diadakan
di perkarangan Lobi, Blok C1. Lawatan delegasi yang
melibatkan 15 orang peserta dari ’Ministry of Gender
Equality and Family’ serta ’Korea Youth Work Agen-
cy’ itu tiba di Kompleks C1 pada jam 2.30 petang dan
telah diberi taklimat tentang fungsi dan peranan JPA
oleh Encik Wong Toon Keng, Timbalan Pengarah
Kanan dari Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan
Dasar. Mr Cho Sung Kyun selaku Ketua Delegasi telah
turut memberi taklimat tentang fungsi ’Ministry of
Gender Equality and Family’ bagi tujuan perkongsian
maklumat di antara kedua-dua belah pihak.
4
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN KEWANGAN 2015 BAGI
KEMENTERIAN, JABATAN DAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA, 27 SEPTEMBER 2016
- Sebanyak 55 Kementerian, Jabatan
dan Agensi di peringkat Kerajaan
Persekutuan telah menjadi penerima
A n u g e r a h K e c e m e r l a n g a n
Pengurusan Kewangan bagi Tahun
Kewangan 2015 pada majlis yang
telah diadakan di Dewan Taklimat
ICU, Jabatan Perdana Menteri.
Majlis anjuran Jabatan Audit Negara
tersebut telah menyaksikan Jabatan
Perkhidmatan Awam sebagai salah
satu dari 16 Kementerian, 22 Jabatan
dan 1 Badan Berkanun Persekutuan
yang berjaya mendapat penarafan 5
bintang. Anugerah tersebut telah
disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr.
Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha
Negara.
Beliau juga turut merasmikan majlis
tersebut yang telah dihadiri oleh
YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi
Z a i n a l , K e t u a P e n g a r a h
Perkhidmatan Awam dan Ketua-
ketua Setiausaha serta Ketua-Ketua
Jabatan dari pelbagai Kementerian
dan Agensi.
Indeks Akauntabiliti Pengurusan
Kewangan yang diperkenalkan pada
tahun 2007 telah memberi impak
yang positif dan menjadi penanda
aras ke arah penambahbaikan dan
k e c e m e r l a n g a n p e n g u r u s a n
kewangan sektor awam. Mulai Tahun
Kewangan 2015, Jabatan Audit
Negara telah menaikkan penarafan
cemerlang dari 4 kepada 5 bintang.
Penarafan semula ini bertujuan untuk
memenuhi keperluan semasa di
samping memberi penilaian yang
setara dengan penarafan oleh Agensi-
Agensi lain.
Adalah diharap prestasi cemerlang
Kementerian dan Jabatan yang telah
menerima penarafan 5 bintang dapat
dikekalkan setiap tahun dan prestasi
sebegini dapat dicapai oleh semua
K e m e n t e r i a n / J a b a t a n / A g e n s i
Kerajaan.
5
PROGRAM JPA4U CERIA : SENAMROBIK
SEKITAR MESYUARAT JAWATANKUASA HRMIS BIL 1/2016 - 29 SEPTEMBER 2016
PUTRAJAYA, 30 SEPTEMBER 2016 - Aktiviti
senamrobik di bawah Program JPA4U Ceria telah
berlangsung selama hampir sejam di Dataran Kompleks
C. Aktiviti yang diadakan selepas waktu bekerja itu
merupakan anjuran Bahagian Perkhidmatan dan telah
disertai oleh semua wakil Bahagian di JPA.
Program yang diadakan bersempena tahun keseronokan
bekerja ini juga diharap dapat menggalakkan amalan
budaya hidup sihat di kalangan penjawat awam.