PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
KONSEP PERLEMBAGAAN
Perkara yang menyentuh isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia.
Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.
Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum.
DEFINISI PERLEMBAGAAN
Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.
Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.
Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.
Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.
JENIS PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Bertulis
Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.
Perlembagaan Tidak Bertulis
Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah
Contoh negara yang mengamalkan : Malaysia
Contoh negara yang mengamalkan : United Kingdom, New Zealand & Israel
Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya.
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
Ciri sesebuah negara
Sifat Perlembagaan
Kuasa
Kewarganegaraan
Hak dan tanggungjawab
Hak asasi
PERANAN PERLEMBAGAAN
Sumber
Setiap perkara dalam perlembagaan boleh diperhalusi sebagai sumber undang-undang.
Garis Panduan
Perlu dirujuk apabila hendak menggubal sesuatu peraturan undang-undang.
Peraturan
Mengatur pemerintahan sesebuah negara.
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
Malah ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman, Eksekutif) & YDPA juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.
PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Kesan Penjajahan
Perjuangan Kebangsaan
Persekutuan
Tanah Melayu
9 Ciri
MMKP
Sistem Ahli
Pilihanraya
Perikatan
Rundingan London
Merdeka
Suruhanjaya Reid
Memorandum
Unsur Tradisi
Identiti Negara
Perlembagaan Islam
Perbandingan
Kontrak Sosial
Persetujuan
3 Perkara
3, 152, 153
Malayan Union
Penentangan
CLC
Rundingan Kaum
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perjuangan kebangsaan
Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka, Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan.
Pertubuhan
Media Massa
Tokoh
Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang.
Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang menjadi medium menentang penjajah.
Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak.
Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.
MALAYAN UNION
Selepas Jepun menyerah kalah Pentadbiran Ketenteraan British (BMA) mengambilalih pentadbiran Tanah Melayu
Sir Harold Mac Michael dilantik wakil British untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu
Parlimen British meluluskan Malayan Union pada 10 Oktober 1945
Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu.
Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama.
Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu, akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu.
British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union akan gagal.
TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN UNION
Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu
Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British
Menjamin terus penguasaan British
Memastikan sumbangan golongan migran
Mengukuhkan pertahanan British
Mewujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam
Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
Membentuk satu bangsa Malayan Union
SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION
Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri.
Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.
Hak kerakyatan liberal berdasarkan prinsip Jus Soli.
Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan.
KERJASAMA KEARAH KEMERDEKAAN
Julai 1946
4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British.
Bertanggungjawab merangka perlembagaan baharu yang boleh diterima oleh orang Melayu.
Disember 1947
Dianggotai orang Eropah, Cina dan India.
Bertujuan mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Februari 1948
Perjanjian yang mempunyai beberapa ciri penting ke arah pemerintahan sendiri.
Membawa kepada penubuhan CLC.
Jawatankuasa Kerja
Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan
Jawatankuasa Perundingan
KONTRAK SOSIAL 1948
Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka dari Inggeris.
Merupakan hasil proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu.
Kontrak Sosial 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris.
Berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap Perlembagaan Malayan Union 1946.
Peruntukan dalam Kontrak Sosial 1948 menjamin ketuanan Melayu dalam proses politik negara.
PERKARA DALAM KONTRAK SOSIAL 1948
MELAYU
KEISTIMEWAAN MELAYU
BAHASA MELAYU
RAJA-RAJA MELAYU
BUKAN MELAYU
Hak kerakyatan berdasarkan prinsip Jus Soli
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan
Hak istimewa Melayu bagi mengutuhkan dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
Kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan
ISLAM
HAK KEWARGANEGARAAN
Islam ialah agama Persekutuan
CIRI CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Negeri
Sultan
Kewarganegaraan
Seseorang pemohon mestilah:
Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik
Bumiputera
9 negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
Pengenalan konsep Raja Berperlembagaan
Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu:
Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri
Menetap dan bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun dari 20 tahun sebelum permohonan.
Lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin 8 tahun dari 12 tahun sebelum permohonan atau
Singapura kekal Tanah jajahan yang berasingan
Sultan diberi semula kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Majlis Undangan Negeri
Pentadbiran
Majlis Mesyuarat Kerja
Majlis Perundangan
Sistem ahli bertaraf menteri
Sistem Parlimen
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dianggotai 3 ahli ex-officio, 4 anggota rasmi serta 5-7 ahli tidak rasmi yang dilantik Pesuruhjaya Tinggi
Majlis Perundangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi, mempunyai 3 ahli ex-officio, 9 orang Yang Dipertua Majlis-Majlis Mesyuarat Negeri, 2 wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang, 10 ahli rasmi serta 50 ahli tidak rasmi (kesemua dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi)
Dibantu Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai Pesuruhjaya Tinggi British
PENUBUHAN CLC
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
Badan multi-etnik yang ditubuhkan dengan tujuan mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik di Tanah Melayu.
Anggota CLC:
Penasihat CLC Sir Malcolm MacDonald
Pengerusi CLC Dato E.E.C Thuraisingam
Wakil-Wakil:
Melayu
Cina
India
Ceylon
Serani
Eropah
Jawatankuasa ini merupakan satu organisasi pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.
Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari pelbagai etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya.
Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana dicurigai objektif penubuhannya oleh orang Melayu sendiri, tetapi ia adalah satu permulaan yang baik dalam membentuk kerjasama antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
MAJLIS MESYUARAT KERJA PERSEKUTUAN
Ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan (Sistem Ahli)Dato Onn JaafarDato Mahmud MatE.E.C ThuraisinghamJ.D MeadTunku YaacobJ.D HodgkinsonLee Ting KengO.A SpencerMAJLIS MESYUARAT KERJA PERSEKUTUAN
Sebagai proses ke arah berkerajaan sendiri.
1951- Sistem Ahli diperkenalkan.
British melantik beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf seperti menteri.
Tujuannya untuk memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.
PILIHANRAYA
1951
Pilihanraya 1
1 Disember 1951, untuk pilih wakil-wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang
UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN
Menang kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan.
1952
Pilihanraya 2
Februari 1952, pemilihan untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
12 kerusi dipertandingkan
Perikatan menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP dan calon bebas.
1953
Perikatan cadangkan kepada British supaya diadakan pilihanraya untuk seluruh Tanah Melayu.
1955
Pilihan Raya Umum Pertama (52 kerusi):
8 parti bertanding
Perikatan menang 51
PAS menang 1 (di Kerian, Perak)
KERJASAMA POLITIK
Sebelum pilihanraya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing-masing.
Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.
Melalui pilihanraya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar.
Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & bekerjasama.
Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang Melayu & bukan Melayu boleh bekerjasama.
Perikatan yang didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan MCA & MIC namun hal ini tidak dilakukan.
ROMBONGAN LONDON
Januari 1956 : Rombongan 8 wakil ke London4 wakil Raja Melayu & 4 wakil PerikatanDiketuai Tunku Abdul Rahman.Rombongan bertujuan berunding dengan Pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaanWAKIL RAJA-RAJA MELAYUWAKIL PERIKATANKETUA: Datuk Panglima Bukit Gantang (MB Perak)En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)SETIAUSAHA: En. Abdul Kadir ShamsuddinKETUA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)SETIAUSAHA: T.H.TanPERJANJIAN LONDON
British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel & menjalankan pemerintahan secara demokrasi.
British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.
Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.
Jawatan Setiausaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan yang dipegang oleh rakyat tempatan.
Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya persetujuan:
SURUHANJAYA REID
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956.
Keahliannya dari pakar perlembagaan negara Komanwel:
Lord William Reid (British)
Sir Ivor Jennings (British)
Sir William Mckell (Australia)
B.Malik (India)
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Suruhanjaya ini ditugas merangka perlembagaan baharu untuk Persekutuan Tanah Melayu berpandukan syarat berikut:
Membentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.
Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah berpelembagaan.
Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak sah kaum lain.
Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam.
Menubuh sebuh negara berasaskan prinsip demokrasi.
Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan pertemuan untuk meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu
Antara perkara yang dipersetujui:
Pembentukan sebuah negara persekutuan dengan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Kerakyatan Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu.
Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain.
Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan diamalkan.
Agama Islam menjadi agama Persekutuan, tetapi agama lain bebas diamalkan.
Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat. Inilah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL
UNSUR TRADISI & PERLEMBAGAAAN
Unsur Tradisi:
Merupakan kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undang-undang
Unsur-unsur tradisi meliputi:
1. Bahasa
2. Agama
3. Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak
4. Pemerintahan Beraja
Ciri-ciri Unsur Tradisi:
Berperanan menstabilkan sistem politik negara
Dilindungi di bawah Akta Hasutan
Dianggap sebagai isu sensitif
Dilarang dijadikan isu perbincangan awam
Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.