JURNAL JAWATANKUA SA G E RAKAN MEMBACA NEGER I P E RLIS
Sebuah pantun Melayu lama sering disebut orang berbunyi :
Lain hulu lain parang, Lain dahulu lain sekarang
Pantun ini memberikan gambaran bahawa sesuatu yang
berlaku pada zaman dahulu dianggap asing atau ganjil
bagi orang-orang sekarang. Begitu juga sebaliknya, iaitu
apa yang berlaku dan akan berlaku dianggap oleh orang
dahulu atau orang tua sebagai ganjil dan tidak masuk
akal. Perbezaan ini akan dapat dibuktikan kebenarannya jika
kita mempunyai simpanan atau rekod sejarah sesuatu
tempat atau kawasan yang pesat pembangunannya
seperti kawasan penempatan, jalan raya, sungai, bandar
dan sebagainya.
Tegasnya jika orang zaman sekarang melihat jalan
raya yang berturap, berjejantas dan berselirat dengan
berbagai jenis kabel serta lubang, maka mereka
tidak akan pereaya bahawa pada masa dahulu, manusia
berhubung melalui jalan air di daratan iaitu melalui
sungai dan terusan kerana sungai yang tinggal sekarang
keeil, eetek dan yang telah putus-putus atau menjadi
sungai mati. Terdapat fakta sejarah yang boleh
diketengahkan sebagai bahan bukti mengenai peranan
sungai sebagai jalan perhubungan pada masa silam. Di
antaranya ialah maklumat berikut:
"Allahyarham Abu Bakar bin Taib (1889-1969) beralamat di
Batu 5 Jalan Kuala Perl is, dilahirkan di Kampung Tok Naya,
Arau, Perlis. Beliau mengajar agama di Madrasah Batu 5, Jalan
Kaki Bukit, Perlis dan lain-lain kampung seperti Seriab dan
Behor Latih dan adakalanya ke Satun, Thailand yang mana
Dato' Ibrahim Kadhi Wilayah Satun adalah di antara murid-
muridnya. Cara perhubungan untuk menjalankan kegiatan
dakwahnya pada masa itu ialah dengan menggunakan
perahu."
KEPENTIN GAN
DAN PERANAN
SEBAGAIPUSAT PERDAGANGAN
PERLIS PADA MASALAMPAU
Oleh : Shukor bin Mat
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
JURNAL JAWATANKUASA G E RAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS
"Within the two extremities mentioned above were
about thirty rivers and streams. The following were
the most important - the Sungai-sungai Lungu (or
Lingow), Setul, Perlis, Kedah, Yan, Merbok, Muda,
Perai and Kerian. The economic importance of these
rivers lay primarily in their functions as means of
communication, thus providing the irrigation purposes,
so essential to a rice-based economy such as Kedah's~
"Kangah (Kangar) stands on the north bank of river and like other towns in the country, has only just enough
clear ground around it, to afford room for the growth of such rice, fruit and vegetables as were required
for the consumption of the inhabitants - the unreclaimed jungle sweeping round the cultivated
land and orchards in a greet curve, whose radius
might possibly be a mile and a half."
... orang zaman sekarang melihat jalan raya yang berturap,
berjejantas dan berselirat dengan berbagaijenis kabel serta lubang ...
"Tanah Melayu sekarang ini berbangga kerana
mempunyai jalan-jalan raya yang boleh dikatakan
terbaik sekali di Asia. Kebetulannya, apabi/a Pulau
Pinang dibuka dalam tahun 1786, kebanyakan pekan-
pekannya bertaburan di sepanjang tebing sungai sahaja
kerana sungailah yang menjadi perhubungan utama.
Boleh dikatakan tidak ada langsung pekan-pekan
di darat yang jauh dari sungai. Ini menunjukkan
bahawa kemajuan perhubungan di atas daratan
dalam Tanah Melayu adalah baharu sahaja
perkembangannya. "
Sebelum munculnya keretapi pada tahun
1880an, kaedah pengangkutan utama di Tanah
Melayu adalah melalui jalan-jalan dalam hutan
untuk orang berjalan kaki, jalan kereta lembu
dan melalui jalan sungai yang mengalir ke
pantai. Kaedah mengangkut barang yang
utama di darat ialah gajah, kereta lembu,
kereta kuda yang be rod a dua dan usungan
atau pelangkah. Ramai penduduk yang berjalan
kaki, manakala pengangkutan dari pelabuhan
ke pelabuhan di sepanjang pantai atau ke Pulau Pinang dan
Singapura menggunakan sampan pukat (bot panjang),
tongkang-tongkang, kapal api dan kapal penumpang.
Beberapa kaedah pengangkutan dan pengalaman perjalanan
ini telah digambarkan dengan menarik sekali di dalam buku
The Golden (hersonese and The Way Thither, oleh Isabella
Bird, seorang wanita Inggeris yang suka menggembara dan
melawat negeri-negeri Melayu pada tahun 1879. Bagi beliau,
pengalamannya menaiki gajah amat menggembirakan tetapi
lambat, merbahaya dan tidak selesa kerana gajah akan
berjalan dengan segala susah payahnya selaju seba!u sejam.
Kadangkala binatang ini tidak mahu berjalan lang sung. Ini
menyebabkan penunggangnya terpaksa turun dan berjalan
kaki ke tempat yang ditujuinya. Manakala kereta-kereta
lembu pula sering lekat di dalam lumpur. Pengembara-
pengembara yang menggunakan jalan-jalan kereta lembu
di dalam hutan selalu menempuh berbagai kesukaran dan
bahaya seperti gangguan pacat dan harimau .
Sekiranya hendak menggembara melalui sungai maka bolehlah
menggunakan perahu leper yang ditolak dengan galah
atau menggunakan dayung. Jika sungai cukup airnya
maka pelayaran lebih selesa dengan menaiki kapal api .
Untuk menyusur pantai pelayaran yang paling baik ialah
menggunakan kapal penumpang yang popular dalam
1870an. Isabella Bird telah menceritakan pengalaman
menariknya mengenai perjalanan dalam salah sebuah daripada
kapal-kapal tersebut. Kapal berkenaan ialah kapal api (Straits
Steamship), Rainbow, yang diberi lesen untuk membawa
100 orang penumpang sudah pun berada di atas geledak,
kebanyakannya orang-orang (ina. Mereka belayar bersama-
sama dengan kambing, kerbau dan 40 keranjang ayam dan
itik dengan bunyinya yang boleh memekakkan telinga.
PER BAD A NAN r E R PUS TAKA A N A W A M NEG E R IrE R LIS
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI
Kaedah perjalanan yang telah dinyatakan itu terlalu sukar dan
mengambil masa yang panjang untuk tiba ke destinasinya.
Begitu jugalah dengan surat-surat rasmi yang dikirimkan
adalah memakan masa hingga berminggu-minggu untuk
sampai ke tempatnya.
Oi Perlis, terdapat banyak bukti yang kukuh untuk
menyatakan betapa pentingnya sungai sebagai jalan
perhubungan pada masa silam . Umpamanya tiang
kapal di dalam alor belakang kedai Cina Lo Chang,
Sungai Padang, masih lagi wujud hi~gga ke hari ini. Begitu jugalah dengan nama Kampung Jejawi Alor
Lancang, adalah mengambil sempena kapal lancang yang
boleh mudik hingga ke Jejawi.
Laluan sungai untuk ke Kangar ialah belayar
menggunakan Sungai Arau melalui Kampung Banat terus
ke Sungai Bakong lalu ke Kangar. Tongkang-tongkang
singgah berlabuh di pengkalan dekat tapak market lama
(sekarang menjadi Pejabat Majlis Perbandaran Kangar)
dan Bangunan Telekom lama Kangar. Tuan Syed Ahmad
bin Syed Alwi pernah dijemput hadir bersama-sama
pembesar Perlis yang lain ke Kangar pada majlis hari jadi
King George. Pada masa ini beliau dapati semua kedai-
kedai di Kangar masih dimiliki oleh orang-orang Melayu.
Walaupun Kangar merupakan bandar tertua di Perlis dan
banyak disebutkan di dalam buku-buku tulisan orang-
orang Eropah, tetapi itu cuma di utara dan tengah Perlis
sahaja, manakala di selatan Perl is, orang lebih melihat
Arau sebagai bandar utama kerana di sini letaknya
istana Arau, stesen keretapi serta pelabuhan kapal
dan tongkang pada zaman dahulu. Selain daripada
itu, Arau dan Jelempuk sering digandingkan bersama
sebagai kawasa n asal penempatan penduduk pada
masa dahulu .
... sebelum munculnya keretapi pada tahun 1880an, kaedah pengangkutan
utama di Tanah Melayu adalah melalui jalan-jalan dalam hut an untuk orang berjalan kaki,jalan kereta lembu dan
melaluijalan sungai... Pada masa dahulu di Pekan Arau terdapat kedai sepintu
yang dibina berderet, berdinding papan dan buluh
serta beratap rumbia. Terdapat kedai beras di Guar Sanji
yang letaknya berhampiran belatnya yang dibuat
menggunakan papan susun. Beras diangkut dan dijual
oleh Cina Singkek. Manakala kapal dari India membawa
rempah cabai, tepung gandum dan kacang memunggah
barang di Pekan Arau pada tempat yang ada sekarang
ini, iaitu deretan kedai yang bermula daripada Kedai
Tayar Lito hingga ke kedai motorsikal vespa dekat pokok
asam sekarang. Arau juga menerima barang dari Pulau
Pi nang seperti garam dan gula yang dibawa dengan
keretapi .
Oi antara deretan kedai tersebut terdapat sebuah kedai
orang Melayu iaitu kedai Pak Oahaman yang berniaga
rempah cabai. Kedai ini terletak di tapak kedai motorsikal
yang berhampiran pokok asam (sekarang tapak ini
sedang di dalam proses untuk dirobohkan bagi
P E RBADANAN P E RPU STAKAAN AWAM NEG E RI P E RLI S
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
JURN A L JAWATANKUA SA G ERAKAN MEMBACA NEGERI PERLlS
pembinaan semula pekan Arau). Ikan dijual di bawah
pokok asam, berhampiran dengan tempat membuat roti
benggali yang bersebelahan dengan kedai motosikal
vespa. Seorang taukeh Cina bernama Kheng juga menjual
rempah cabai, ikan kering dan belacan. Juga terdapat
sebuah kedai kain orang Indonesia bernama Pak Nordin.
Beliau ialah bapa Mak Jam Pak Ku Ahmad yang tinggal di
Jalan Syed Hussin, Arau.
... di selatan Perlis, orang lebih melihat Arall sebagai bandar lltama kerana di sini letaknya istana Arall, stesen keretapi serta pelabllhan kapal dan
tongkang pada zaman dahulll ... Semasa sungai menjadi laluan pengangkutan penting ini,
kawasan ,Arau termasuk pekannya dipenuhi oleh belukar
dan hutan tebal. Penduduknya tidak berani keluar malam
kerana bimbangkan keselamatan. Oleh itu, jika hendak ke
kedai perlu keluar awal iaitu sebelum jam lima petang.
Jika pulang lewat akan bertembung dengan harimau
dan lain-lain binatang. Kampung Belukar Arau terkenal
sebagai tempat yang banyak harimau. Pada zaman ini,
kereta di Arau boleh dibilang, iaitu cuma ada empat buah
sahaja yang dimiliki oleh Raja Perlis, Syed Hamzah, Haji
Mat Hakim dan Pak Mat Jelempok (Tok Wan Cikgu Man
Chin). Gerek (basikal) juga ada pada masa ini, tetapi tidak
banyak kerana selain daripada menaiki perahu orang
lebih suka berjalan kaki ke Kangar dengan membawa
bekalan makanan.
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS
Arau di sam ping menjadi bandar diraja, juga terkenal
sebagai bandar pelabuhan dan perhentian utama
keretapi pada suatu masa dahulu. Kini pembangunan
yang berlaku di bandar tersebut lembab, berbanding
dengan kepesatan pembangunan yang berlaku di Pekan
Pauh, Kuala Perlis, Jejawi, Padang Besar dan Kangar.
Pembangunan yang terbantut ini berpunca daripada
kurangnya penawaran tanah yang boleh dijadikan
sebagai premis perniagaan dan perindustrian. Oleh itu
bangunan-bangunan lama seperti kilang beras dan gerai-
gerai perniagaan yang tidak kekal telah dirobohkan
untuk proses penyusunan semula Pekan Arau. Faktor
kekurangan tanah ini ketara sekali kerana Arau -
Jelempok merupakan perkampungan asal di selatan
Perl is. Ini menyebabkan kawasan ini berpenduduk padat
dan kebanyakan kawasan tanah yang ada telah
dijadikan tapak rumah kediaman penduduknya.
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis