PERPUSTAKAAN KUi TTHO
1111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111I111I11111111111 3 0000 00071106 3
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
JUDUL:
Saya
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS·
PEMBANGUNAN MULTIMEDIA CAKERA PADAT UNTUK MATA PELAJARAN SAINS BAHAN
SESI PENGAJIAN: [200372004: ONG TZE CHING ( 801203 -13 - 5221)
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSMlSarjanaiDoktor Falsafah)* In! di simpan di Perpustakaan KUiTTHO dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan KUiTTHO dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan KUiTTHO dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (-I)
D D
SULIT
TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditep:ukan I
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
o TlDAK TERHAD
Disahkan oleh
AN PENULIS)
Alamat Tetap: 104, LOT 6912, LRG 1G1, TABUAN HEIGHTS, JLN SONG, 93350 KUCHING, SARA W AK
EN. SHARIMAN MUSTAFA NAMA PENYELIA
TARIKH: _~-I6 ff-Q-f-/_O_3 __ TARIKH: _U_-+-/_~-'-j/f-d_>---,---\ _ I I
CATATAN: * **
•
Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
1
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ljazah
Smjana Muda / SaIjana / Doktor Falsafah Pendidikan T~knik dan Vokasional " .
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
.... ~~~ .......... . EN.S~ STAFA
::: ::: ::: ::: :;;.6/7/ ii. ::: ::::::::
PEMBANGUNAN MULTIMEDIA CAKERA PADAT UNTUK
MATA PELAJARAN SAINS BAHAN
ONG TZE CHING
Laporan proj ek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
OKTOBER 2003
11
"Saya akui karya ini adalah basil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbemya".
Tandatangan :
NamaPenulis :
Tarikh
111
v
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan beribuan terima
kasih kepada pihak-pihak yang terbabit sepanjang semester ini. Saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, En. Shariman Mustafa yang
telah memberikan pandangan dan nasihat yang membina kepada saya serta galakan,
dorongan, bantuan, dan sokongan moral yang sepenuhnya kepada saya dalam
pelaksaan projek saIjana ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan penghargaan
kepada pensyarah yang terlibat dalam kajian ini iaitu Prof Madya Tuan Haji
Mohamand Noor, Puan Zawati, Puan Hamimah, Encik Nur Azam dan Puan
Maslinda yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan projek sarjana
1m.
Selain itu, pihak-pihak lain yang terlibat yang telah menyumbangkan
pengetahuan mereka juga amat dihargai demi menolong saya menjayakan projek ini.
Jika terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan, saya memohon kemaafan
daripada semua pihak dan amat mengalu-alukan teguran :Q1embina semoga teguran-
teguran tersebut akan menjadi pedoman dan panduan hidup saya. Terima kasih. I
VI
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji masalah yang dibadapi pelajar dari asepk
penggunaan ABBM dalam pembelajaran lalu mengbasilkan suatu multimedia cakera
padat dan produknya dikaji dari segi kesesuaian penggunaannya. Mata pelajaran
yang dikaji ialah Sains Baban yang akan mengfokus kepada topik rawatan haba.
Rekabentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah kajian kuantitatif
Kajian dimulakan dengan pengedaran soal selidik kepada pua puluh sembi Ian pelajar
kejuruteraan mekanikal ( pembuatan ) di KUiTTHO bagi keperluan analisis. Aspek
yang dikaji bagi keperluan analisis ialah keberkesanan ABBM, kesesuaian ABBM
dan ciri-ciri ABBM yang sesuai. Seterusnya, multimedia cakera padat dibangunkan
untuk memenuhi keperluan analisis. Selepas produk siap dibangunkan, soal selidik
penilaian produk diedarkan kepada enam pengyarab kejuruteraan mekanikal
KUiTTHO kebanyakkannya pengkhurusan bahan. Aspek - aspek yang dikaji bagi
produk yang dibasilkan adalah pembangunan kandungan, strategi pengajaran,
persembahan pengajaran serta aspek teknikal. Data dianalisis menggunakan perisian
SPSS 10.0 untuk peratusan dan min. Dapatan kajian analisis keperluan mendapati
penggunaan ABBM adalah berkesan dalam meningkatkan kefahaman pelajar dari
pelbagai aspek seperti mengingat serta aplikasi komputer sesuai dijadikan ABBM.
Dapatan kajian penilaian produk mendapati bahawa produk yang dihasilkan adalah
menepati kriteria-kriteria yang dikehendaki dari pelbagai aspek yang dikaji seperti isi
kandungan, strategi pengajaran, persembahan pengajaran serta aspek teknikal.
Produk yang dihasilkan adalab didapati sesuai untuk digunakan sebagai salah satu
ABBM yang membantu menyelesaikan masalah pembelajaran rawatan haba dalam
mata pelajaran Sains Bahan. Terdapat cadangan telah diutarakan oleh respondan
bahawa kajian lanjutan patut dijalankan bagi memumikan lagi ciri-ciri yang terdapat
dalam multimedia cakera padat. Respondan mencadangkan simulasi dan 'chatroom'
boleh dibangunkan untuk kajian akan datang.
VII
ABSTRACT
The purpose ofthis research study was to identifying the problems faced by
the students in their learning from the teaching aids aspects, then produced a
multimedia CD and evaluated the product The subject stu,died in this research study
is Materials Science with focus given towards heat treatment topic. The research
design for this research study was quantitative research. This research started with
needs analysis questionnaire been distributed to 29 students from KUiTTHO
mechanical engineering department major in manufacturing. The aspects that had
been study for needs analysis was the effectiveness and suitableness of teaching aids
and the features needed to be a good teaching aids. Next, a multimedia CD was
developed to fulfills the need analysis. The study continues with the distribution of
product and questionnaires to 6 lecturer from KUiTTHO mechanical engineering
department major in material. Content development, teaching strategy, teaching
presentation and technical of product were among the important aspects studied. The
data was analyzed by using SPSS 10.0 software for it's mean and percentages. The
findings for needs analysis shows that teaching aids helps students in their learning
process and computer application can be use as teaching aids. Findings for
evaluation stage shows that the product met the various criteria and aspects studied
such as content development, teaching strategy, teaching presentation and technical
aspects of product. The product was found to be suitable to serve as an alternative
teaching aids that solved problems in learning of heat treatment in the subject of
Material Science. However, some recommendations were given by the respondents
for further research. Further research should be done on enhancing the features of
the multimedia CD such as simulation and chat room.
VIlJ
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGAKUAN PE~'YELIA
TAJUK TESIS 11
PENGAKUAl'{ 111
DEDIKASI IV
PENGHARGAAN V
AHSTRAK VI
ABSTRACT Vll
KA1'.rrlUNGAN VI1I
SENARAI.JADUAL X111
SENARAI RAJAH XIV
SENARAI SINGKATAN XV
SENARAI LAMPIRAN XVI
BAH I PENJ)AHlJ""LUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pemyataan Masalah 3
1.4 Tujuan Kajian 5
1.5 Objektifkajian
1.6 Persoalan Kajian 6
1.7 Kerangka Teori Kajian
1.8 Kepentingan Kajian 7
BABII
].9 Skop Kajian
1.10 Batasan Kajian
].] 1 Definisi Istilah
SOROTAN KAnAN
2.1 2.2 2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
Pengenalan
Pengenalan ABBM Dalam Pendidikan
Keberkesanan Alat dan Bahan Bantu Mengajar
2.3.1 Visual Statik Dan Prestasi Mengingat
2.3.2 Bahan Pembelajaran Berkomputer Mengikut
Dekad Dan Negara
Pemilihan Media Dan Bahan Bantu Mengajar
2.4.1 Kriteria Pemilihan Media Pengajaran
2.4.].] Tajuk Yang Hendak Diajar
2.4.1.2 Latarbelakang Murid
2.4.].3 Kemahiran Teknikal
2.4.1.4 Tempat Alat Digunakan
2.4.1.5 Bilangan Murid
2.4.1. 6 Kewangan
Ciri Media
2.5.1 Visual
2.5.2 Kadar Maju Pembelajaran Murid
2.5.3 Pergerakan
2.5.4 Wama
2.5.5 Suntingan
2.5.6 Mudah Alih
Pembelajaran Elektronik Berbentuk Multimedia
Cakera Padat
Rumusan
IX
8
9
11
12 13
14 15
19 20
21 22
23
24
25
26
27
BABIII
BABIV
METOI)OLO(;1 KA.I1"\:"
3.1 Pcngcnalan ..., 7 -'.~ Rckabcntuk Kajian
3.3 Sampcl Kajian
3.4 Instrumcn Kajian
3.4. I Borang Soal Sclidik
3.4.1.1 Soal Sclidik Analisis Kcpcrluan
3.4.1.2 Soal Sclidik Pcnilaian Prod uk
3.4.2 Multimedia Cakera Padat
3.5 Proscdur Kajian
3.5.1 Fasa Kajian Rintis
3.5.2 Fasa Kajian Analisis Kcpcrluan
3.5.3 Fasa Pembangunan Produk
3.5.4 Fasa Pcnilaian Produk
3.6 Kaedah Pengumpulan Data
3.7 Kcrangka Kerja
3.8 Kacdah Analisis Data
3.8.1 Kebolehpercayaan dan Kcbolchsahan
3.8.2 Anal isis Data
3.8.2.1 Peratusan
3.8.2.2 Skor Min
3.9 Dimensi Kajian
REKABENTlJK DAN PENILAIAN PRODOK
4.1 Pengcnalan
4.2 Latar Belakang Produk
4.3
4.4
Rckabcntuk Produk
4.3.1 Rckabcntuk Kandungan Produk
4.3.2 Rckabcntuk Pcmbangunan Produk
Kronologi Pcmbinaan Produk
29
:;0
31
32 ........ -' -'
34
35
36
38
39
40
41
BABV
BABVI
4.5 Kebaikan dan Keburukan Produk
4.6 Pennasalahan Dalam Pembinaan Produk
4.7 Penilaian Produk
4.7.1 Instrumen Penilaian Produk
4.7.2 Fokus Penilaian
4.8 Rumusan
ANALISIS DATA
5.1 Pengenalan
5.2 Analisis Keperluan
5.2.1 Bahagian A ( Latar belakang )
5.2.2 Bahagian B (Maklumat Tentang Keberkesanan
ABBM Dalam Proses Pembelajaran )
5.2.3 Bahagian C ( Maklumat Tentang Kesesuaian
ABBM)
5.2.4 Bahagian D ( Maklumat Tentang Ciri-ciri
ABBM Yang Sesuai )
5.3 Penilaian Produk
5.3.1 Bahagian A ( Pembangunan Kandungan )
5.3.2 Bahagian B ( Strategi Pengajaran )
5.3.3 Bahagian C ( Persembahan )
5.3.4 Bahagian D ( Aspek Teknikal )
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan
6.2 Perbincangan
6.2.1 Penggunaan ABBM Dalam Pembelajaran
Oleh Pelajar
6.2.1.1 Keberkesanan ABBM Dalam Proses
Pembelajaran
Xl
50
51
52
53
54
56
58
60
61
62
63
64
66
67
XII
6.2.1.2 Kesesuaian ABBM 69
6.2.2 Pembangunan Multimedia Cakera Padat 71
6.2.3 Penilaian Multimedia Cakera Padat 72
6.2.3.1 Pembangunan Kandungan 73
6.2.3.2 Strategi Pengajaran 74
6.2.3.3 Persembahan Produk 75
6.2.3.4 Aspek Teknikal 76
6.3 Kesimpulan 77
6.3.1 Penggunaan ABBM Dalam Pembelajaran
Subjek Sains Bahan Oleh P~lajar
6.3.2 Pembangunan Multimedia Cakera Padat 78
Sains Bahan
6.3.3 Penilaian Multimedia Cakera Padat Sains
Bahan
6.4 Cadangan Kajian Lanjut 79
BmLIOGRAFI 80
LAMPIRAN 83
NO.JADUAL
3.1
3.2
3.3
3.4
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7
5.8
5.9
5.10
xiii
SENARAI JADUAL
TAJUK MUKASURAT
Skala Likert
Interprestasi tahap kebolehpercayaan
Interprestasi nilai min skor
Dimensi kajian
Keberkesanan ABBM dalam proses
pembelajaran
Kesesuaian ABBM
Analisis respondan tentang komputer peribadi
lenis-jenis ABBM yang kerap digunakan
Ciri-ciri ABBM yang sesuai
Ciri-ciri yang sesuai bagi ABBM
Penilaian bagi pembangunan kandungan
Penilaian bagi strategi pengajaran
Penilaian bagi persembahan
Penilaian bagi aspek teknikal
31
39
40
41
55
56
57
58
59
60
61
62 63
64
NO. RAJAH
1.1
3.1
4.1
XlV
SENARAI RAJAH
TAJUK MUKA SURAT
Kerangka teori berasaskan model ADDIE 6
Rangka kerja operasi kajian 37
Carta alir bagi proses pembangunan perisian 49
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN MAKNA
ABBM Alat dan bahan Bantu mengajar
CD compact disc
KUiTTHO Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn
lCT Information Communications Technology
SPSS Statistical Package For Social Science
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
XVI
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Soalan soal selidik 83
B Analisis data SPSS dan keputusan 88
C Sampel halaman dalam produk 100
D Basil produk yang dibangunkan dalam 102
bentuk multimedia cakera padat
BABI
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke
arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.
Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih
awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut.
Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma
diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi (Wan Zahid, 1996).
Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita
mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri,
tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Menurut Tengku Azzman (1998)
dalam Wan Azlinda dan Nor Hashimah (2002), terdapat tiga sebab utama mengapa
komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang boleh
dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kedua,
kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat
dikelolakan dengan cekap oleh komputer dan akhir sekali, maklumat dan
pengetahuan yang menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia,
terutamanya untuk pelajar itu sendiri.
Kesedaran kepada kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong
kerajaan untuk menggalakkan penglibatan pelajar di institusi pengajian tinggi untuk
menguasai as as pendidikan penggunaan komputer. Ini adalah kerana selain daripada
kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), satu lagi kemahiran asas yang
diperlukan oleh pelajar untuk bersaing di alafbaru ini ialah celik komputer.
1.2 Latar Belakang Masalah
2
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan ABBM di
kalangan guru di negara kita. Daripada kajian yang dijalankan di sekolah menengah
di Malaysia, jenis-jenis peralatan yang terdapat di sekolah menengah merangkumi
radio kaset, projektor lutsinar, televisyen, perakam video dan komputer. Walaupun
bilangan kemudahan peralatan yang disediakan di sekolah tidak mencukupi untuk
kegunaan guru, tetapi yang nyata peralatan tersebut terdapat di sekolah. Kajian Pula
(1969) mendapati guru kurang gemar menggunakan ABBM kerana kuantiti yang
tidak mencukupi (Ester, 1999).
Kemudahan bahan pembelajaran yang yang banyak terdapat di sekolah terdiri
daripada poster/carta dan benda sebenar manakala filem jalur yang paling sedikit. Ini
menunjukkan bahawa kebanyakan bahan pembelajaran yang terdapat di sekolah
berbentuk bahan kos rendah dan bukan elektronik. Bahan yang berbentuk elektronik
agak sukar untuk diperolehi disamping memerlukan kos yang tinggi bagi
penghasilannya.
Sebahagian besar dari guru sekolah menengah tahu akan kewujudan peralatan
dan bahan pembelajaran di sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun,
sebahagian besar dari mereka "tidak tahu" akan "kllantiti" atau bilangan sebenar
peralatan dan perisian tersebut. Walau pun ramai guru "tidak tahu" akan bilangan
3
sebenar peralatan dan perisian di dalam sekolah mereka, yang penting ramai daripada
mereka sedar akan kehadiran peralatan dan perisian yang dapat membantu mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, mereka tidak dapat
menggunakan ABBM yang ada dengan berkesan dengan mata pelajaran yang diajar.
Penggunaan ABBM berteknologi tinggi masih tidak dapat diaplikasikan sebaik-
baiknya untuk membantu pemahaman pelajar (Ismail, 2002).
Penggunaan multimedia dalam pendidikan telah banyak mengubah senario
pendidikan masa kini. Penggunaan multimedia boleh membantu pelajar dalam
menguasai sesuatu konsep yang sukar difahami berbanding kaedah pembelajaran
yang berasaskan kaedah tradisional seperti kaedah lisan, tulisan, nota bercetak dan
sebagainya. Dengan kaedah pembelajaran yang berasaskan multimedia, pelajar akan
mendapat gambaran yang lebihjelas mengenai sesuatu konsep yang sulcar difahami
(Ismail, 2002).
Kajian yang dijalankan sebelum ini juga telah mendapati bahawa
pembelajaran yang berasaskan elektronik seperti komputer, internet dan CD-ROM
dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Zaidatun, 2002). Apa yang dapat
disimpulkan di sini ialah proses pembelajaran akan menjadi lebih baik berbanding
dengan modul pembelajaran yang lazim.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian yang dijalankan di Malaysia menunjukkan bahawa kekerapan
penggunaan ABBM di kalangan guru adalah rendah. Beberapa kajian yang
dijalankan di negara Baratjuga telah menunjukkan bahawa masalah penggunaan alat
dan bahan bantu mengajar (ABBM) di kalangan guru berl'l-ku dengan meluasnya
(Ismail, 2002). Penggunaan ABBM yang lebih canggih atau yang berbentuk
4
elektronikjarang sekali digunakan. Sebaliknya, guru lebih cenderung kepada
penggunaan papan tulis dan kapur atau yang lebih dikenali sebagai kaedah "Talk and
Chalk", carta/poster dan benda sebenar. Kini ianyajelas sekali bahawa guru lebih
gemar menggunakan ABBM yang mudah disediakan atau yang mudah diperolehi
sama ada di dalam atau di luar sekolah yang mereka mengajar. Mereka tidak
mementingkan kesesuaian ABBM yang digunakan dengan mata pelajaran yang
diajar (Ismail,2002).
Mata pelajaran Sains Bahan merupakan satu mata pelajaran yang penuh
dengan teorinya. Mata pelajaran ini harus dikuasai oleh pelajar untuk membolehkan
mereka berhadapan dengan situasi tertentu pada masa pekerjaan mereka. Contohnya
dalam proses merekacipta suata barangan, sifat bahan yang dipilih penting dalam
menentukan pre stasi bahan itu dan yang paling penting ialah faktor kegagalan atau
faktor keselamatan yang boleh ditentukan jika sesorang mempunyai pengetahuan
secukupnya tentang suatu bahan. Berdasarkan pengalaman bekas pelajar
Kejuruteraan Mekanikal, pelajar sukar untuk mengingati nota yang banyak serta
sukar mendapat gambaran apa yang diajar. Pelajar juga tidak menunjukkan minat
dalam mata pelajaran ini kerana tidak berupaya mengikuti sesi pengajaran yang
bosan. Ini disebabkan kurangnya penggunaan ABBM yang sesuai dalam membantu
pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran konvensional. ABBM yang
digunakan tidak dapat menarik minat pelajar serta membantu proses pembelajaran
pelajar. Dari kajian Levie, 1975 beliau mengatakan pemahaman teori yang banyak
berbantukan ABBM dilihat sebagai satu pengajaran yang berkesan ke atas
mendalami pemahaman serta kognatif pelajar itu sendiri pada zaman serba moden ini
(Ester, 1999). Sekiranya ABBM yang digunakan berkesan serta bersesuaian, ia
dapat menanam minat pelajar itu yang boleh membantu proses pembelajaran (Adnan
Kamis,1988).
Dengan itu, kajian ini bertujuan menghasilkan ABBM yang sesuai dalam
membantu proses pembelajaran pelajar. Penggunaan multimedia dalam pendidikan
dikaji dari segi keberkesanan dan kesesuaian sebagai ABBM yang boleh membantu
pemahaman pelajar.
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan mengkaji masalah yang dihadapi pelajar dalam
pembelajaran mereka dari aspek penggunaan ABBM bagi mata pelajaran Sains
Bahan lalu menghasilkan suatu multimedia cakera padat dan mengkaji kesesuaian
penggunaannya dalam membantu pemahaman pelajar.
1.5 Objektif Kajian
5
Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan ABBM oleh pelajar kejuruteraan
dalam pembelajaran subjek Sains Bahan. Dengan kajian ini, satu cara pembelajaran
yang efektif dilihat dapat dilahirkan agar pembelajaran akan lebih berkesan dengan
penghasilan multimedia cakera padat. Antara objektifutama kajian ini adalah seperti
berikut:
(i) Mengkaji masalah yang pelajar hadapi dalam pembelajaran dari aspek
penggunaan ABBM bagi mata pelajaran Sains Bahan
(ii) Pembangunan multimedia cakera padat bagi mata pelajaran Sains Bahan
(iii) Penilaian multimedia cakera padat dengan soal selidik oleh pakar dalam
mata pelajaran Sains Bahan