PERSEPSI PENERIMAAN MASYARAKAT GENERASI KEDUA TERHADAP
KEGIATAN PENTERNAKAN DI FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI, JOHOR.
ZULKARNAIN BIN ELIAS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TIF{IVEBSrrI MAJ,AYSIAPSZ f9:f6{Pind.ll97)
BORANG PENGESAIIAN STATUS TESIS O
JUDUL: PENSEPSI PENDRIMAAN MASYARAKAT GUNNRASI KEDUA
TERIilAI}AP KBGIATAII PONT$ru{AKAFI DI SELDA
SnMENCHU, KOTA TINC{GI, JOTTOR"
sEsI PENGAJIAN: eg104lg!1
savarymengaku mbenartan tasis (PSlvt/@* ini disimpon di Perpustakaan
Unive'rsiti T€knologi ltlrbpb dongan syaraf*syarat krylman sce€fti b€rikut:
l. Tesis a&lab htknilik Universiti Teknclogi Malaysia.2. Perpiro*aan Universiti Tdmologi lrlalaysia dibenarkan membu* salioan moknliuan
pmgajian mbqia.3. Porpugkaan dibena*an membrmt salimn bsis ini sebagai bsttatr pertutran antra
in$titusi pme4iian tinggi.4. 'r*silatsrdskan( / )
l ls t rur (Mengandungi maklumat yang berdarjah keeelamaan etsukepentingin Mahysia s€frti yang termddub di daldtAKTA RAHSTA RASMI 1972)
(Menggrdungi nuklurd TERHAD }ang tsl* dit€nt*f,Ioleh oqpnisasi/badan di mana paryelidikan diiahnkn)
EN. HASSAhI BIN HT}SHINNamaPenyetia
tl rEnnAn
tf rrrlAKrrnnetr
AlarndTetap:
NO 154, JALAITI 8DLAn,TELT}K SEIIIGAT, T1940,KOTA rtNGGr, JOrroR DAnUt TAWAM.
Tulkh: rt DtELllll Tarllfi: f2 ![EI 20ff
* Pslgyeg tiftk t$kt!t€s!-l+r lcnis iiis ini SUf,n am innHeO, silr lmpirh surat ddipadapihak berkusa/uganisasi
bcr&cnaan dcngan ncny*akrns*ali sebob dmffitpohtcsis inipcrludikelaskflr sebagaiSI.JLIT SIAUTERIIAD.
o Tssis dimaksrdkan sfrgni Uilsbagi tiazah Dohor Falsafsh dan Sujanasccanapenyelidikutm1 dtscrrtasi hgi peng$ian smrs-t€rja lcunus dan pcnyclidilon atarr Laporm Ploi€k SrimaMtda (PSM).
TATAN
t l
't8aye akai bahm sayatchh mediasaksyn ini dm i b{ddaagon says
karya ipi +ehh Mi tr Eas *op de hliti str* qium
p€ngmugErahan lhzsh S€rjasa Muda Tclmologi Serta Pendidikm
Gemaman Hidup)'.
fdamgnn
NmaPcnyelia
Tarikh
nri. ril. HASSAI'I BIN HUSHIN
t@I2011
PERSEPSI PENERIMAAN MASYARAKAT GENERASI KEDUA TERHADAP
KEGIATAN PENTERNAKAN DI FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI,
JOHOR.
ZULKARNAIN BIN ELIAS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
iv
rtril[G"A,KUA1\I
"Saya *ui karya ini adalah hasil kerja seys sendiri kecuali nukilan dm ringk*ea,t y@g
tiaptiap satrmya telah saya jelaskm wurUenrya'
@gan :
NamE Penuh i
Tarikh :
AJLKARNAIN BIN ELIAS
MEI2OI I
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Bersyukur ke
atas segala limpah dan kurnia Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W.
Buat Ayahanda dan Bondaku..
Elias Bin Ahmad,
Normadiah Binti Musa,
Ribuan terima kasih diucapkan kepadamu diatas setiap doa yang mengiringiku
sepanjang perjalanan hidup anakmu ini, setinggi-tinggi penghargaan terhadap jasamu
membesarkan ku selama ini. Juga buat adinda-adindaku yang banyak memberikan
sokongan; Mohd Izwan, Mohd Aidil, Luqman dan Nurelissa.
Setinggi-tinggi penghargaan juga buat pembimbing dan penyelia yang tidak kenal erti
jemu dalam membantuku..
Tuan Haji Hassan Bin Hushin,
Segala nasihat, pengorbanan dan keikhlasanmu membantuku tidak mampu aku
ungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang maha mengetahui dan membalasnya.
Buat rakan-rakan seperjuangan..
Adnan, Taufik, Zulkarami, dan Nor Shakila
Segala pengorbanan, bantuan dan sokonganmu menjadi semangat kepadaku
dalam menghasilkan laporan ini.
Semoga Allah S.W.T memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya buat
kalian semua.
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji-pujian kehidrat ilahi kerana dengan izin-Nya Projek
Sarjana Muda ini dapat disempurnakan seperti yang telah direncanakan. Selawat dan
salam untuk junjungan Rasullullah S.A.W serta para sahabat baginda.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penyelia, penasihat serta
pembimbing dalam menyiapkan laporan kajian ini, Tuan Haji Hassan Bin Hushin kerana
menghulurkan tunjuk ajar dan nasihat tanpa jemu. Ribuan terima kasih diucapakan dan
hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa anda.
Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada rakan-rakan, teman seperjuangan dan
tidak kurang juga kepada orang perseorangan yang telah membantu dan mendorong
secara tidak langsung atau tidak langsung untuk menyempurnakan projek ini. Saya
rakamkan ucapan terima kasih serta sekalung budi kepada pihak pengurusan Felda
Semenchu dan penduduk Felda Semenchu yang banyak memberikan kerjasama
sehinggalah laporan ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Akhir sekali kepada ibu dan ayah yang banyak memberi semangat kepada
penulis dalam apa jua keadaan. Segala jasa ibu dan ayah amat penulis hargai dan hanya
Allah S.W.T yang dapat membalas.
Sekian.
vii
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan terhadap masyarakat generasi
kedua di Felda Semenchu. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi
penerimaan masyarakat generasi kedua terhadap kegiatan penternakan di Felda
Semenchu, Kota Tinggi, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap
penerimaan, tahap minat, tahap penglibatan dan tahap kekangan yang dihadapi oleh
masyarakat generasi kedua terhadap kegiatan penternakan ini. Seramai 242 orang
penduduk telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kaedah penyelidikan adalah
berbentuk deskriptif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan
dianalisis menggunakan perisian Statistic Packages for Social Sciences (SPSS) versi
16.0. Analisis data dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Hasil
dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan dikalangan generasi kedua ini adalah
tinggi (min=3.68), tahap minat adalah tinggi (min=3.74), tahap penglibatan adalah
sederhana (min=3.12) dan tahap kekangan pula adalah tinggi (min=3.69). Oleh
demikian, beberapa cadangan telah diberikan oleh penyelidik bertujuan untuk
menangani kekangan yang dihadapi oleh penduduk seterusnya dapat meningkatkan lagi
tahap keterlibatan generasi kedua ini terhadap kegiatan penternakan.
viii
ABSTRACT
This study is conducted on the second generation of Felda Semenchu community
. The main purpose of this study was to identify perceived community acceptance of a
second generation of farming activity in Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor. The
objective of this study was to determine the level of acceptance, interest, involvement
and the constraints faced by the second generation of this farming activity. A total of
242 residents were randomly selected for this study. The descriptive research method is
the use of questionnaires as the research instrument and analyzed using the software
Statistic Packages for Social Sciences (SPSS) version 16.0. Analysis of data was
expressed as percentages, frequencies and mean. The result showed that the level of
acceptance among the second generation was high (mean=3.68), the level of interest was
high (mean=3.74), the level of involvement was moderate (mean=3.12) and the
constraints was high (mean=3.69). Some suggestions were given to address the
constraints faced by the population in increasing the level of involvement of this second
generation of farming activity.
ix
KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
HALAMAN DEDIKASI v
HALAMAN PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
x
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Pihak Pengurusan FELDA Semenchu 9
Kota Tinggi, Johor
1.6.2 Generasi Kedua FELDA Semenchu 9
Kota Tinggi
1.6.3 Agensi-Agensi Yang Terlibat 10
1.6.4 Pengkaji Masa Depan 10
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Operasional 11
1.8.1 Penternakan 11
1.8.2 FELDA 11
1.8.3 Generasi Kedua 11
1.8.4 Persepsi 12
1.8.5 Tahap 12
1.8.6 Penerimaan 12
1.8.7 Minat 12
1.8.8 Penglibatan 13
1.8.9 Kekangan 13
BAB 2 TINJAUAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Usahawan dan Keusahawanan 15
2.3 Minat 16
2.3.1 Faktor Dalaman 16
2.3.2 Faktor Luaran 17
2.4 Faktor Penglibatan Dalam Aktiviti Keusahawanan 17
2.4.1 Ingin Berdikari 17
2.4.2 Tidak berpuas hati dengan pekerjaan lama 18
xi
2.4.3 Ingin menikmati cara hidup mewah 18
2.4.4 Rangsangan dari kejayaan orang lain 19
2.4.5 Memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran 19
2.5 Kekangan 19
2.6 Kajian-kajian lepas 20
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Tempat Kajian 22
3.3 Rekabentuk Kajian 23
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 23
3.5 Instrumen Kajian 25
3.5.1 Bahagian A 25
3.5.2 Bahagian B 25
3.6 Kesahan Dan Kajian Rintis 27
3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 28
3.8 Prosedur Kajian 30
3.9 Analisis Data 32
3.10 Kesimpulan 33
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Bahagian A 34
4.2.1 Jantina 35
4.2.2 Status 35
4.2.3 Umur 36
xii
4.2.4 Tahap Akademik 36
4.2.5 Tanggungan 37
4.2.6 Pendapatan 38
4.2.7 Penglibatan 38
4.2.8 Jenis Penternakan 39
4.3 Bahagian B 39
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 39
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 42
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 44
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 47
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan 51
5.2.1 Latar Belakang Responden 52
5.2.2 Persoalan Kajian 1 53
5.2.3 Persoalan Kajian 2 55
5.2.4 Persoalan Kajian 3 57
5.2.5 Persoalan Kajian 4 58
5.3 Rumusan 60
5.4 Cadangan 62
5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Pengurusan 62
FELDA Semenchu Kota Tinggi, Johor
5.4.2 Generasi Kedua FELDA Semenchu 63
Kota Tinggi.
5.4.3 Agensi-Agensi Yang Terlibat 64
5.4.4 Pengkaji Masa Depan 64
5.5 Kajian Lanjutan 64
xiii
5.6 Penutup 65
BIBLIOGRAFI 66
LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 70
B Surat Pengesahan Soal Selidik 74
C Nilai Alpha Cronbach Soal Selidik 76
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Pembangunan Usahawan di Felda Semenchu 6
3.1 Jadual Krejcie, R.V dan Morgan D.W. yang 24
menunjukkan kadar menentukan jumlah
sampel daripada populasi.
3.2 Maklumat Asas Tanah Rancangan Felda 24
Semenchu
3.3 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian 26
Dan Jenis SkalaYang Digunakan
3.4 Skala Likert Beserta Dengan Lima Markah Skor 27
3.5 Pekali Alpha Cronbach 29
3.6 Keputusan analisa nilai kebolehpercayaan kajian 29
3.7 Maklum balas dan skor skala Likert terhadap item 32
3.8 Tafsiran tahap berdasarkan min 33
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden 35
Mengikut Jantina
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden 35
Mengikut Status
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden 36
xv
Mengikut Umur
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden 36
Mengikut Tahap Akademik
4.5 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden 37
Mengikut Jumlah Tanggungan
4.6 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden 38
Mengikut Jumlah Pendapatan
4.7 Tahap Penerimaan Masyarakat Generasi Kedua 39
Terhadap Kegiatan Penternakan di Felda Semenchu
4.8 Tahap Minat Masyarakat Generasi Kedua 42
Terhadap Kegiatan Penternakan di Felda Semenchu
4.9 Tahap Penglibatan Masyarakat Generasi Kedua 44
Terhadap Kegiatan Penternakan di Felda Semenchu
4.10 Tahap Kekangan Masyarakat Generasi Kedua 47
Terhadap Kegiatan Penternakan di Felda Semenchu
xvi
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
FELDA - Federal Land Develoment Authority
SIUF - Skim Insentif Usahawan Felda
DPN - Dasar Pertanian Negara
ATS - Amat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
AS - Amat Setuju
SPSS - Statistical Package for the Social Science
α - Alpha Cronbach
f - Frekuensi
% - Peratus
UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Umum mengetahui bahawa penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
yang dikenali dengan singkatan FELDA adalah sebuah Badan Berkanun yang
ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1 Julai 1956 bertujuan membuka tanah hutan
untuk dijadikan tanah pertanian untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan
kadar kemiskinan masyarakat terutama di kawasan luar bandar. Setelah setengah abad
berlalu, kejayaan FELDA dalam mengurangkan jurang kemiskinan di kawasan luar
bandar dilihat telah berjaya dan tidak dapat dinafikan lagi, perancangan pembangunan
wilayah, strategi pembukaan tanah baru telah mencapai matlamat perancangannya.
Malah telah diakui di peringkat antarabangsa, strategi-strategi perancangan wilayah di
Malaysia juga telah berjaya mengintegrasikan strategi perancangan pembangunan
peringkat wilayah dalam strategi perancangan pembangunan nasional.
Kejayaan tersebut sebenarnya dilihat kepada generasi pertama yang menyertai
FELDA, mereka yang menyertai FELDA dari awal pembukaan tanah rancangan di
sesuatu kawasan. Penghijrahan mereka ke kawasan rancangan FELDA memberi peluang
2
kepada peneroka ini mengubah status kemiskinan keluarga ( Nor Aini, 2004). Jika
hendak di buat perbandingan dengan keadaan semasa di kebanyakan tanah rancangan
ketika ini, generasi pertama FELDA yang masih hidup hanya tinggal separuh dengan
usia di antara 50 hingga 60 tahun. Kebanyakkan generasi pertama FELDA yang telah
meninggal dunia diambil alih oleh anak-anak (generasi kedua FELDA) untuk
meneruskan usaha dan tenaga menerajui sektor pertanian.
Berbanding dengan generasi pertama FELDA yang dianggap telah pun berjaya
dalam perancangan FELDA, kerajaan menerusi FELDA dianggap gagal dalam
membentuk hala tuju dan perancangan rapi untuk generasi kedua felda ini. FELDA telah
gagal merancang sebaiknya untuk kepentingan generasi kedua menyebabkan mereka
berhijrah keluar dan tidak lagi berminat untuk meneruskan kesinambungan generasi
terdahulu. Di sebalik kejayaan FELDA mengubah pembangunan tanah luar bandar dan
taraf ekonomi penerokanya sejak 48 tahun lalu, sebenarnya agensi itu gagal terhadap
generasi kedua yang kini mencapai 70 peratus daripada 1.5 juta populasi keseluruhan
peneroka di seluruh Negara (Mohamad Hasan, 2004).
Hal demikian terjadi adalah kerana kebergantungan kepada hasil ladang
(pendapatan daripada hasil ladang sawit dan getah) semata-mata adalah tidak menjamin
taraf kehidupan yang selesa. Generasi kedua tidak boleh lagi bergantung terus kepada
hasil ladang seperti generasi sebelumnya kerana ada masanya mereka memperolehi
pendapatan yang lumayan dan ada kalanya tidak Ini adalah kerana pendapatan melalui
hasil ladang ini dipengaruhi oleh nilai semasa di pasaran (Nor Aini, 2004). Menurut
kajian Ab. Ajib (2007), dari segi ekonomi, FELDA yang dibangunkan di kawasan
pendalaman telah bergantung kepada dua jenis tanaman utama iaitu getah dan kelapa
sawit. Beliau menegaskan lagi, harga kedua-dua jenis tanaman ini adalah turun naik
berdasarkan kepada ekonomi semasa dan oleh itu, pendapatan peneroka adalah tidak
tetap.. Hal ini diburukan lagi jika pokok getah atau sawit ditebang dan ini berlaku
kepada generasi kedua FELDA kerana kebanyakan pokok yang ditebang adalah semasa
mereka mengambil alih tanggung jawab tersebut dari generasi pertama.
3
Menurut kajian Asan (2007), walaupun kebanyakan kajian mendapati peneroka
telah terkeluar dari belenggu kemiskinan, tetapi dalam keadaan sebenar masalah
kemiskinan di tanah rancangan tetap berlaku terutamanya setelah pokok ditebang untuk
ditanam pada kali kedua sehingga pokok tersebut sudah boleh mengeluarkan hasil.
Secara am faktor yang menentukan pendapatan peneroka boleh dikelumpokkan kepada
dua, iaitu lama kawasan telah dimajukan dan lama pokok telah ditanam. Pokok mula
mengeluarkan hasil sekitar tujuh tahun selepad ditanam dan terus meningkat sehingga
umur pokok 15 tahun dan kemudian hasil ladang mula berkurangan. Pada umur pokok
30 tahun, kerja-kerja tanam semula akan dijalankan dan peneroka menerima elaun tanam
semula. Amnya kemiskinan berlaku dalam tempoh sebelum pokok mengeluarkan hasil
(jangka pendek) dan dalam tempoh tanam semula (jangka panjang).
Permasalahan ini menyebabkan FELDA telah membuka mata dan membuat
pelbagai strategi baru bersesuaian dengan keadaan semasa bagi mengimbangi
pendapatan peneroka Generasi Kedua. Kerajaan menerusi FELDA antara lain telah
menubuhkan satu skim yang dikenali sebagai Skim Insentif Usahawan Felda (SIUF).
Skim ini akan menawarkan pinjaman kewangan kepada golongan generasi kedua ini
yang ingin menjadi usahawan tanpa sebarang faedah pinjaman. Menurut Najib (2006),
Keutamaan SIUF untuk memberi pinjaman ialah kepada usahawan belia Felda, dengan
harapan lebih ramai generasi kedua dan ketiga Felda terlibat dalam bidang
keusahawanan.
Skim ini juga bertujuan untuk mengalakkan generasi kedua ini menceburkan diri
dalam bidang keusahawanan yang membabitkan Sumber Alternatif iaitu Aktiviti
Ekonomi seperti projek tanaman, ternakan, pelbagai jenis perniagaan, kraftangan dan
perusahaan kecil dan sedarhana. Generasi kedua peneroka Felda di seluruh negara perlu
menceburi industri berasaskan hasil pertanian yang mampu meningkatkan taraf sosio
ekonomi mereka dan ia untuk mengelak mereka daripada tidak lagi bergantung kepada
usaha menanam kelapa sawit dan getah seperti yang telah dilakukan generasi
sebelumnya (Abdullah, 2004).
4
Kini, FELDA telah pun merangka pelan pembangunan strategik melalui aktiviti
keusahawanan dikalangan generasi kedua ini. Antara yang menjadi tumpuan ialah
kegiatan penternakan. Ia adalah bersesuaian dengan Dasar Pertanian Negara keTiga
(DPN) yang ingin menjadikan warga FELDA setaraf masyarakat golongan menengah
yang berkecimpung dalam pelbagai bidang pertanian seperti usahawan penternakan,
kraftangan, herba, makanan, pertanian dan perusahaan kecil dan sederhana. Antara
kegiatan penternakan yang dapat dilakukan di kawasan FELDA ini adalah seperti
ternakan lembu, kambing, ayam, ikan dalam sangkar dan pelbagai lagi. Kegiatan seperti
ini sebenarnya dapat meningkatkan taraf hidup generasi kedua secara langsung. Menurut
Muhyiddin (2004), penternakan bukan sahaja membantu memperoleh pendapatan
tambahan tetapi lebih penting apabila harga kelapa sawit atau getah turun ke paras yang
rendah, hasil daripada ternakan dapat membantu mengimbangi pendapatan isi rumah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Felda Semenchu terletak di Daerah Kota Tinggi, Johor diterokai dan
dibangunkan seawal tahun 1972/1973. Manakala kemasukan penduduk di tanah
rancangan ini adalah pada tahun 1977. Keluasan keseluruhan kawasan FELDA ini
adalah seluas 2775.72 hektar, di mana sebanyak 2546.95 hektar adalah kawasan
tanaman dan 186.3 hektar adalah kawasan kampong. Bilangan peneroka yang terlibat di
tanah rancangan ini pula adalah seramai 628 orang. Hasil utama bagi golongan peneroka
Felda Semenchu adalah dari pokok kelapa sawit. Manakala aktiviti ekonomi yang lain
seperti kegiatan pertanian, penternakan, perniagaan, dan sebagainya merupakan antara
sumber alternatif yang diusahakan penduduk untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi
mereka. Pada tahun 2005, keseluruhan pokok kelapa sawit di kawasan ini telah di tebang
dan di tanam semula. ( Profail Penduduk Dan Aktiviti Tahunan Felda Semenchu, 2008 )
5
Migrasi penduduk berlaku di sekitar tahun 2005 dimana kebanyakkan golongan
belia iaitu generasi kedua felda tersebut telah keluar berhijrah ke kawasan bandar untuk
mencari pekerjaan lain kerana ketiadaan pokok sawit yang sebelum ini menjadi sumber
utama pendapatan mereka dan keluarga. Migrasi keluar generasi kedua FELDA
sebenarnya menimbulkan banyak kesan terhadap sesuatu kawasan itu sendiri. Menurut
Mohd Ekhwan (2004), Migrasi keluar generasi kedua peserta FELDA yang sudah tentu
tertarik dengan pembangunan di kawasan bandar telah mengakibatkan kesan negatif
kepada sosioekonomi peserta FELDA. Hal ini boleh dilihat berdasarkan pelbagai
masalah yang wujud seperti rumah peneroka yang terbiar, tanah rancangan yang tidak
diusahakan, menggajikan buruh asing dan menjualkan tanah kepada orang luar.
Punca utama migrasi keluar generasi kedua ini sebenarnya dilihat sebagai
mereka mencari peluang pekerjaan di luar kawasan felda terutamanya di kwasan Bandar.
Hal ini terjadi kerana mereka ini kehilangan punca akibat pokok sawit di tebang dan
ditanam semula. Perkara ini sebenarnya dapat dielakkan jika para peneroka ini menyahut
cabaran kerajaan dan mengambil inisiatif yang betul dengan pelbagai bantuan kerajaan
kepada mereka. Antara skim yang banyak membantu adalah Skim Insentif Usahawan
Felda (SIUF). Skim ini sebenarnya membantu dan mengalakkan para ppeneroka ini
untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Generasi kedua peneroka Felda di
seluruh negara perlu menceburi industri berasaskan hasil pertanian dan penternakan
yang mampu meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka (Abdullah, 2002).
Walaubagaimanapun, pelbagai usaha kerajaan ini adalah dianggap sia-sia jika
golongan peneroka, khususnya dari golongan generasi kedua ini tidak menyertai dan
hanya memandang sepi terhadap pelbagai usaha murni kerajaan ini. Berbalik kepada
masyarakat peneroka generasi kedua di Felda Semenchu, mereka yang menyertai
kegiatan dalam bidang penternakan ini (Jadual 1.1) adalah tidak ramai. Tanaman kontan
walaupun menunjukkan nilai pengusaha terendah, namun ia adalah dalam bidang
pertanian dan ia sama seperti Projek Sawari yang bermaksud satu wilayah satu industri
yang berasaskan industri asas tani. Maka, ia jelas menunjukkan bahawa kegiatan
6
ternakan di sini mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan dikalangan
peneroka.
Jadual 1.1 Pembangunan Usahawan di Felda Semenchu
PEMBANGUNAN USAHAWAN
Jenis Pembangunan Jumlah Pengusaha
Ternakan Ikan Sangkar 8 orang
Projek SAWARI 10 orang
Perniagaan / Khidmat 95 orang
Tanaman Kontan 6 orang
Homestay 90 orang
Sumber: Profail Penduduk Dan Aktiviti Tahunan Felda Semenchu, 2008
Perkara ini menimbulkan kekeliruan kerana kegiatan penternakan ini dapat dan
boleh menambah pendapatan mereka. Di Felda Semenchu, apa yang diketahui bahawa
kegiatan penternakan ini tidak mendapat perhatian dan apa yang ada hanyalah kegiatan
ternakan ikan sangkar sahaja. Mereka perlu memaksimumkan penggunaan ladang sawit
mereka, lebih-lebih lagi ketika pokok mereka ditebang dan ditanam semula. Ia juga
selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu memaksimumkan penggunaan ladang sawit.
Hampir sejuta hektar ladang kelapa sawit dan getah di seluruh Negara akan menjalankan
sistem penternakan secara integrasi yang mampu menghasilkan 256,000 ekor lembu
menjelang tahun 2010 (Muhyiddin, 2004).
Hal ini dilihat tidak disahut dengan jayanya dan kegiatan penternakan yang
dilihat sebagai jalan untuk mengatasi masalah kewangan mereka masih lagi tidak di
sambut secara menyeluruh oleh peneroka di Felda Semenchu terutamanya bagi
7
masyarakat generasi kedua ini. Punca yang menyebabkan mereka tidak menyertai
kegiatan sebegini masih belum diketahui sebenarnya dan ia perlu di buat sesuatu demi
merealisasikan hasrat kerajaan tersebut disini.
1.3 Pernyataan Masalah
Kegiatan Penternakan dilihat sebagai salah satu kegiatan yang dapat membantu
masyarakat felda ini memajukan diri dan keluarga mereka. Walaubagaimanapun, dapat
dilihat di Felda Semenchu ini, tidak ramai masyarakat generasi kedua yang menyertai
kegiatan penternakan. Persepsi penerimaan kegiatan penternakan dikalangan masyarakat
generasi kedua ini dilihat sebagi batu asas kepada langkah permulaan bagi FELDA
merangka pelan pembangunan mereka. Persepsi penerimaan ini seterusnya akan menjadi
nilai ukuran bagi pihak FELDA dalam membuat perancangan yang lebih rapi dan
tersusun demi untuk melaksanakan hasrat mereka di masa hadapan dalam kegiatan
penternakan. Para masyarakat di sini amnya mempunyai pelbagai persepsi penerimaan
mereka yang tersendiri terhadap kegiatan penternakan ini yang menyebabkan mereka
bertindak untuk menyertai kegiatan ini ataupun sebaliknya.
Tahap penglibatan para masyarakat generasi kedua terhadap kegiatan
penternakan ini juga akan dilihat sebagai asas kepada minat mereka untuk menyertai
kegiatan ini. Tinggi tahap penglibatan mereka bermaksud mereka ini berminat dan
bersedia untuk menyertai kegiatan ini, jika tahap penglibatan mereka terhadap
penternakan ini adalah rendah, maka kekangan-kekangan yang mereka hadapi untuk
menyertai penternakan ini perlu dikaji. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah
dijalankan untuk meninjau Persepsi Penerimaan Masyarakat Generasi Kedua Terhadap
Kegiatan Penternakan di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan untuk masyarakat felda di kawasan perkampungan Felda
Semenchu di Kota Tinggi. Kajian bertujuan untuk mengetahui Persepsi Penerimaan
Masyarakat Generasi Kedua Terhadap Kegiatan Penternakan di Felda Semenchu,
Kota Tinggi, Johor. Antara objektif kajian adalah:
i. Mengetahui tahap penerimaan masyarakat generasi kedua Felda Semenchu
terhadap kegiatan penternakan
ii. Mengetahui tahap minat generasi kedua terhadap kegiatan penternakan
iii. Mengetahui tahap penglibatan generasi kedua terhadap kegiatan penternakan
iv. Mengetahui tahap kekangan yang dihadapi oleh masyarakat generasi kedua
terhadap kegiatan penternakan
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap penerimaan masyarakat generasi kedua Felda Semenchu terhadap
kegiatan penternakan?
ii. Apakah tahap minat masyarakat generasi kedua Felda Semenchu terhadap
kegiatan penternakan?
iii. Apakah tahap penglibatan masyarakat generasi kedua Felda Semenchu terhadap
kegiatan penternakan?
iv. Apakah tahap kekangan masyarakat generasi kedua Felda Semenchu terhadap
kegiatan penternakan?