PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIF PERINGKAT HOSPITAL SRI AMAN 2015
Tarikh Pertandingan : 25 Jun 2015
Tempat : Asrama Pembantu Perubatan, Jalan Sabu
Pertandingan KIK ini di adakan bagi memberikan pendedahan kepada setiap warga kerja
yang berfikiran kreatif dan inovatif bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah. Selain itu ia
bertujuan untuk memberikan idea dan kreativiti serta bakat dalam merekacipta.
Terdapat 6 kumpulan telah berjaya menghantar penyertaan mereka. Kumpulan-kumpulan
ini disertai daripada pelbagai unit. Kumpulan-kumpulan ini adalah:-
Kumpulan I Medic Q : Gabungan unit Pentadbiran & ETU
Tajuk Projek :- Troli Penghantaran Silinder Oksigen Perubatan
Kumpulan Q7 : Gabungan unit Xray, Rekod Perubatan & Melor 3
Tajuk Projek :- Ubahsuai Intravenous Line Splint Untuk Pesakit Kanak-kanak
Kumpulan VSST : Gabungan Unit Farmasi, Kerja Sosial & Kenangan
Tajuk Projek :- Nipple Everter For Inverted Nipple
Kumpulan Shui : Gabungan Unit Patologi, Sajian & Dietetik & Kawalan Infeksi
Tajuk Projek :- Pengesan Pembaziran Air Secara Domestik
Kumpulan Turpedo : Gabungan Unit Melor 1 & Melor 2
Tajuk Projek :- Rak Penyimpanan Silinder Oksigen
Kumpulan Sri Simanggang : Gabungan Unit Optometri, Bedah & Klinik Pakar
Tajuk Projek :- Multi Purpose Blanket
Semua kumpulan dikehendaki menghantar buku projek pada 22 Jun 2015 dan buku projek
itu telah dinilai oleh para juri pada hari yang sama.
Manakala pada 24 Jun 2015, semua kumpulan dikehendaki menghantar bahan projek dan
bahan projek tersebut terus dinilai oleh para juri.
Hari kemuncak Pertandingan KIK adalah pada 25 Jun 2015. Kesemua kumpulan yang
bertanding telah berjaya mempersembahkan bahan projek mereka dengan jayanya. Kumpulan yang
memenangi pertandingan ini akan dihantar penyertaan mereka ke konvensyen inovasi yang akan
berlangsung pada bulan Oktober ini di Kapit.
Berikut merupakan keputusan Pertandingan KIK peringkat Hospital Sri Aman 2015 :
Johan : Kumpulan I Medic Q
Tempat Kedua : Kumpulan Turpedo
Tempat Ketiga : Kumpulan Q7
Johan : Kumpulan I Medic Q Tempat Kedua : Kumpulan Turpedo
Tempat Ketiga : Kumpulan Q7 Saguhati : Kumpulan Sri Simanggang
Saguhati : Kumpulan Shui Saguhati : Kumpulan VSST
Ucapan Penggulungan daripada pihak juri di mana pihak juri amat berpuas hati dengan
komitmen yang telah ditunjukkan oleh kesemua kumpulan yang bertanding. Hasil daripada rekaan
setiap kumpulan amatlah menarik dan berjaya menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh
kakitangan ataupun pesakit di hospital. Para juri berharap pertandingan seumpama ini akan terus
dilaksanakan pada masa akan datang.
\
WAJAH-WAJAH PEMENANG BESERTA PROJEK & HADIAH YANG DIMENANGI
Kumpulan I Medic Q : Troli Penghantaran Silinder Oksigen Perubatan
Kumpulan Turpedo : Rak Penyimpanan Silinder Oksigen
Kumpulan Q7 : Ubahsuai Intravenous Line Splint Untuk Pesakit Kanak-kanak
Kumpulan VSST : Nipple Everter For Inverted Nipple
Kumpulan Sri Simanggang : Multi-Purpose Blanket
Kumpulan Shui : Pengesan Pembaziran Air Secara Domestik