PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG SUNGAI AIR TAWAR
Mohammad Faizal Bin N awani
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Penguroan Seni)
2013
tusat lOaidmMi MakJulB:l1 Akadrmik VNIVERSm. MALAYSIA SARAWAK
P . KHtD"aT "~KLU"~T ~K~DE"tK
UNt"~S
IIIIIIIIIIIIIIIIIIII~ III 1000273093
PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK
DI KAMPUNG SUNGAI AIR TAWAR
MOHAMMAD F AIZAL BIN NAWANI
(26926)
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2013
UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG SUNGAI AIR TAWAR
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya, MOHAMMAD FAIZAL BIN NAWAN. (26926)
mengaku membenarkan tesis* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,
Universiti Malaysia Sarawak dengan sya rat-sya rat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis / laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi
5. * sila tandakan 0
'---__-'I SULIT (mengandungi makulamat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
'---__-'I TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang
telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
/" IT'DAKTERHAD
Disahkan oleh
(Tandatangan Penulis) (Tandatangan Penyelia)
Alamat tetap: No 2, Jalan Haji Sabri, 45100 Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor
Catatan: *Tesis I Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjan Muda
• j ika Tesis I Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa I organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis Ilaporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
ii
PENGESAHAN
Projek bertajuk Pewarisan Permainan Rebana Perak Di Kampung Sungai Air Tawar telah
disectiakan oleh Mohammad Faizal Bin Nawani dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(DR. NORIA TUGANG)
Tarikh:
iii
· PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa bahagian dalam penyelidikan ini hanya digunakan sebagai bahan
sokongan untuk sesuatu ijazah dan setiap ringkasan telah saya jelaskan sumbemya.
~
Mohammad Faizal Bin Nawani
(26926)
iv
I
I
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu pengkaji mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan
limpah rahmat-Nya, pengkaji berjaya menyiapkan sebuah tulisan ilmiah untuk dijadikan
rujukan ilmu kepada pembaca dan pengkaji akan datang. Pengkaji berterima kasih kepada
kedua-dua ibu bapa pengkaji iaitu En. Nawani bin Manan dan Pn. Rossiah bte Yaakob
yang banyak membantu dan tidak pernah berhenti memberi sokongan serta dorongan.
Pengkaji juga berterima kasih pengsyarah-pengsyarah yang banyak membantu sehingga
terhasilnya tulisan ilmiah ini.
Ucapan setinggi terima kasih kepada Dr. Noria Tugang kerana sudi menyelia
pengkaji dalam proses menyiapkan Projek Tahun Akhir (PTA). Dalam proses menyiapkan
PTA ini, pengkaji sentiasa bersedia untuk menerima kritikan dari penyelia pengkaji tanpa
mengenali erti penat. Se1ain itu, pengkaji juga ingin berterima kasih kepada Dr. Indra
Utama kerana banyak memberikan idea-idea yang bernas sepanjang pengkaji menjalankan
kajian. Selain itu, pengkaji juga berterima kasih kepada adik pengkaji Mohammad Farid
bin Nawani kerana telah membantu pengkaji disepanjang menyiapkan kajian perpustakaan
dan kajian lapangan.
Jika menyinkap semula perjalanan untuk menyiapkan PTA ini, ramai individu yang
banyak membantu dapat penghasilannya. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan
seperjuangan dalam program Pengurusan Seni ambilan Julai 2010/2011 yang tidak pernah
berhenti memberikan idea dan semangat untuk memastikan PTA ini berjalan dengan
lancar. Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan kepada Kumpulan Tebuk Sekolah
yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang pengkaji mengjalankan kajian
lapangan untuk mengumpul data-data primer. Pengkaji juga ingin berterima kasih kepada
yang terlibat dalam kajian ini samaada secara langsung atau 6dak langsung.
v
ABSTRAK
Kajian ini mengenai Pewarisan Pennainan Rebana Perak Di Kampung Sungai Air
Tawar. Kajian ini memfokuskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Tebuk
Sekolah untuk mewariskan dan memperturunkan ilmu pennainan Rebana Perak ini kepada
generasi yang seterusnya. Kumpulan Tebuk Sekolah perlu menggunakan kaedah
pemindahan ilmu pennainan yang lebih menarik dan sistematik. Seterusnya, ilmu
pennainan Rebana Perak dapat diwarisi oleh generasi seterusnya.
vi
,...
ABSTRACT
This study on inheritance for Rebana Perak's game at Kampung Sungai Air Tawar.
This study focuses on the methods used by Kumpulan Tebuk Sekolah for transfer the
knowledge's Rebana Perak to the next generation. Kumpulan Tebuk Sekolah should use
the method of knowledge transfer game more exciting and systematic. Next, Rebana
Perak's knowledge will be passed on to the next generation.
vii
;>usat Khidmat MakJulDat AkadrmiJ( VNlVERSm MALAVSIA SARA\\M(
lsi Kandunagan
Perkara MIS
Tajuk Borang Pengesahan Status T esis 11
Abstract V11
lsi kandungan Vlll
Pengesahan III
Perakuan IV
Penghargaan V
Abstrak VI
1. BAB 1 (pengenalan)
1.1. Pengenalan 1
1.2. Pennasalahan Kajian 5
1.3. Objektif Kajian 6
1.4. Kepentingan Kajian 8
1.5. Hipotesis Kajian 9
1.6. Ruang Lingkup Kajian 10
1.7. Kerangka Kerja II
1.8. Lokasi Kajian 14
1.9. Masalah-Masalah Yang Dihadapi Sepanjang Menjalankan Kajian 16
2. BAB 2 (Sorotan Kesusasteraan)
2.1 . orotan Kesusasteraan. 17
2.2. Rumusan 33
3. BAB 3 (Metodologi Kajian)
3.1. Pengenalan. 34
3.2. Kajian Perpustakaan 35
viii
3.3. Kaedah kualitatif
3.3.1. Pemerhatian
3.3 .2. Pemerhatian tumt serta
3.3 .3. Temubual
3.4. Instrument kajian
3.4.1.
3.4.2.
. 3.4.3.
3.4.4.
3.4.5.
3.4.6.
Pen
Buku catatan
Kamera foto
Kamera video
Komputer
Mesin pencetak
3.5. Rumusan
4. BAB 4 (Analisa Data)
4.1. Pengenalan
4.2. Nama Dan Bahan Pembuatan Alat Muzik Tradisional
4.3. Asal Usul Rebana Perakdi Kampung Sungai Air Tawar
4.4. CaraBermain Rebana Perak
4.5. Lagu Yang Sesuai Dinyanyikan SemasaBermain Rebana Perak
4.6. Majlis Yang Sesuai Menggunakan Alat Muzik Rebana Perak
4.7. Kelayakan Individu Untuk Bermain Permainan Alat Muzik
Rebana Perak
4.8. Penerimaan Masyarakat Di Kampung Sungai Air Tawar Terhadap
Alat Muzik Tradisional Rebana Perak
ix
35
36
36
37
37
37
38
38
38
39
39
39
40
41
42
43
47
50
51
52
4.9. Kekerapan Undangan Membuat Persembahan Oi Majlis-Majlis
Keramaian Oalam Kalangan Masyarakat Melayu Oi Kampung
Sungai Air Tawar 53
4.10. Persaingan Oari Alat Muzik Yang Lain Dalam Kampung Sungai Air Tawar 55
4.11. Langkah Pewarisan Permainan Rebana Perak Oleh
Kumpulan Tebuk Sekolah 56
4.12. Cara Terbaik Mengekalkan Rebana PerakTetapOimainkan Walaupun
Tidak Mendapat Permintaan Membuat Persembahan Oi MajHs Keramaian 58
4.13. Peringkat Pewarisan Ilmu Peraminan Rebana Perak Oleh
Kumpulan Tebuk Sekolah 59
4.14. Individu, Badan Pertubuhan Atau KerajaanYang Berminat Untuk
Membantu Proses Pewarisan Permainan Alat Muzik Tradisional
Rebana Perak Oi Kampung Sungai Air Tawar 62
4.15. Ahli-Ahli Kumpulan Tebuk Sekolah 64
5. BAB 5 (Kesimpulan Dan Cadangan)
5.1. Penutup Kajian 66
5.2. Cadangan Penambahbaikan 67
5.3. Cadangan Untuk Pengkaji Akan Oatang 69
Senarai rujukan 72
LAMPlRAN
o Maklumat Informan
o Maklumat Mengenai Kumpulan Tebuk Sekolah
o Soalan Kepada Informan
o Gambar-gambar Sepanjang Kajian
x
BAB 1
BABl
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan tajuk kajian dan akan
menjelaskan juga mengenai alat muzik tradisional Rebana Perak yang dimainkan oleh
Kumpulaan Tebuk Sekolah di Kampung Sungai Air Tawar secara umum. Dalam bab
ini juga, pengkaji juga akan menerangkan mengenai bahagian-bahagain yang diberi
penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik.
Alat muzik tradisional terbahagi pada beberapa kategori alat muzik seperti
Kordofon, Membranofon, Idiofon, Erofon, Erofon bebas. Rebana Perak merupakan
salah satu jenis alat muzik satu muka dan pada kebiasaannya alat muzik ini
memainkan lagu-Iagu zikir dan pengantin baru. Rebana Perak adalah alat muzik
tradisional yang dimainkan untuk majlis keramain orang-orang Melayu seperti majlis
perkahwinan, majlis berkhatan, mengiringi orang kenamaan dan majlis berkhatam AI
Quran.
Alat muzik tradisional rebana dimainkan dengan diiringi lagu-Iagu mengikut
kesesuaian majlis. Dalam persembahan dikir rebana, Alat muzik rebana juga
dimainkan untuk memuji-muji kebesaran Allah dan dan kemuliaan Rasul. Menurut
Shahnil Asmar Saaid dan Mohamed Roselan Malek (1995) "". senikata dikir ditulis
dolam bahasa Arab dan keseluruhan memuji kebesaran Allah dan Kemuliaan Rasul.
Biasanya, teks yang digunakan ialah syaiful an 'am atau kitab maulud".
Alat muzik tradisional Rebana Perak tergolong dalam kategori alat muzik
membranofon iaitu alat muzik yang mempunyai satu muka. Menurut Siti Mazni
- --- - --i( 1 )1----- --..,---
(2007) "kompang merupakan alat muzik tradisional melayu yang dikenali sebagai
alat membranofon yang berbentuk seperti rebana". Antara alat muzik tradisional lain
yang mempunyai satu muka ialah kompang, rebana ubi, rebana anak dan rebena besar.
Rebana Perak berbentuk bulat, ringan dan mudah dibawa kemana sahaja.
Alat muzik tradisional dari kategori membranofon adalah jenis alat muzik
yang menghasilkan bunyi dari teknik paluan. Menurut Lee Elaine (2008) "Alat muzik
yang mengeluarkan bunyi dari getaran kulit yang direnggangkan.". Beliau juga
menyatakan bahawa "alat muzik dalam kategori ini mengeluarkan bunyi hasil
daripada paluan sama ada menggunakan tangan atau pemalu tertentu seperti
gendang dan tabla" (Alat-alat Muzik Etnik di Malaysia).
Menurut seorang tokoh pengkaji alat muzik tradisional melayu yang
membuktikan Rebana Perak tergolong dalam kategori membronafon, Mohd Ghouse
Nasruddin (1989) "... Beberapa jenis gendang dimasukkan ke dalam kategori
membronaphone, iaitu gendang bujur, gemdombak, rebana, dan jidur ... "(Muzik
Melayu Tradisional : Dewan Bahasa dan Pustaka).
Pengkaji mendapati bahawa alat muzik rebana merupakan alat muzik yang
unik, sesebuah rebana yang dihasilkan daripada kulit kambing yang telah dikeringkan
dan direngangkan pada kayu yang bulat. Kulit kambing yang kering di paku
disekeliling kayu bulat yang telah dilicinkan permukaan kayunya. Rebana Perak tidak
menggunakan kulit kambing tetapi menggunakan kulit lembu untuk mendapatkan
bunyi yang lebih enak didengar.
Dalam kampung Sungai Air Tawar, terdapat sebuah kumpulan yang masih
aktif yang memperjuangkan permainan alat muzik tradisional Rebana Perak.
Kumpulan ini digelar Kumpulan Tebuk Sekolah, kumpulan ini telah ditubuhkan pada
--------------~( 2
awal tahun 1998. Kumpulan ini dianggotai seramai sembilan orang yang masih aktif
dan En. Nawani bin Manan merupakan antara ahli kumpulan yang aktif dalam
memperjuangkan irama Rebana Perak di kampung Sungai Air Tawar.
Alat muzik ini telah berada di Kampung Sungai Air Tawar hampir seratus
tahun bersamaan dengan empat generasi keturunan keluarga En. Nawani. Empat
generasi yang dimaksudkan ialah alat muzik ini diperturunkan dari zaman datuk En.
Nawani, ayah En. Nawani, En. Nawani sendiri dan anak En. Nawani. Menurutnya
lagi, alat muzik tradisional Rebana Perak di Kampung Sungai Air Tawar dikenali
sebagai Kompang Melayu. Justeru, pengkaji perlu memahami dengan jelas mengenai
kaedah pewarisan permainan Rebana Perak ini kepada golongan sasaran seterusnya.
Kesenian, kebudayaan dan warisan sukar untuk dipisahkan apabila berbincang
mengenai alat muzik tradisional. Pengkaji melihat kajian ini dari sudut pandang
pewarisan kebudayaan, pewarisan kebudayaan dalam aspek pewarisan ilmu permainan
alat muzik Rebana Perak. Permainan alat muzik tradisional Rebana Perak merupakan
lambang kebudayaan bagi masyarakat Melayu sejak turun-temurun. Dalam mengecapi
era globalisasi, permainan yang berbentuk kebudayaan masyarakat Melayu ini tidak
lagi menjadi tarikan kepada penduduk setempat di kampung Sungai Air Tawar
terutama pada golongan generasi muda.
Budaya merupakan lambang pada satu-satu kawn mengenai cara kehidupan
yang diamalkan dalam sesuatu kaum. Kepupusan kegunaan alat muzik tradisional
Rebana Perak di kampung Sungai Air Tawar semakin bertambah sekiranya langkah
Iaogkah untuk mewariskan ilmu permainan alat muzik terse but tidak dijalankan pada
bari ini.
- -----I( 3 )t--------'-..;;:.;........
Pewarisan peramainan Rebana Perak tergolong dalam proses pewarisan
budaya, iaitu pewarisan yang merangkumi proses pengajaran dan proses pembelajaran
dalam satu-satu bidang ilmu. Menurut M. Jazuli, Slamet Suparno, dan Bambang
Murtiyoso (2009) "... diidentitikan dengan konsep pelajaran, transmisi, atau
tranfomG$i pengetahuan (tranler of knowladge) karena pada prinsipnya mencakup
proses pengalihan kompetensi dari generasi ke generasi, dalam hal ini dari guru
/cepada murid".
Proses pewarisan kebudayaan memerlukan kaedah yang lebih sistematik untuk
mengalirkan ilmu kebudayaan tersebut supaya keaslian budaya tetap diteruskan.
Menurut sebuah jurnal yang diterbitkan oleh Fakultas Ilmu Budaya, Universitas
Gadjah Muda, Y ogyakarta (2009) menyatakan bahawa "... kebudayaan adalah warisan
sosial. Dalam arti bahwa kebudayaan diturunkan melalui suatu proses pembelajaran,
baik secara formal maupun secara informal. Adapun proses pembelajaran formal itu
umumnya dilakukan lewat program-rogram pendidikan dalam berbagai lembaga
pendidikan, seperti sekolah, krusus, akademi, perguruan tinggi ... ".
Pengkaji berpendapat bahawa pewarisan permainan Rebana Perak dapat
dilaksanakan, sekiranya dapat memahami langkah-Iangkah perlu diambil supaya
pembelajaran mengenai Rebana Perak dapat diperluaskan ke generasi yang seterusnya.
Selain itu, pengkaji memfokuskan kajian dengan mengaitkan konsep pewarisan dalam
bidang akademik dan langkah-Iangkah pewarisan yang telah dijalankan oleh pihak
Kumpulan Tebuk Sekolah yang memperjuangkan irama alat muzik tradisional Rebana
Perak.
- ---------t( 4 )-._. - - -- ,--
I'Ullt Khidmat Maklumat Akademik VMVE1tSlTf MAlAVSIA SARAWAK
1.2 Permasalahan Kajian
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan permasalahan kajian yang
menjadi isu utama dalam kajian ini. Kumpulan Tebuk Sekolah yang masih
memperjuangkan aliran muzik tradisional dianggotai oleh pemain-pemain yang telah
berumur. Ahli kumpulan terse but berumur dalam lingkungan 40-an sehingga 70-an,
kurnpulan ini tidak dianggotai oleh mana-mana pemain selain dua peringkat umur
yang telah dinyatakan.
Permasalahan kajian yang dibincangkan oleh pengkaji adalah mengenai proses
pewarisan ilmu yang kurang efektif dan secara tidak langsung, menyebabkan
kekurangan golongan pemain-pemain muda yang akan mewarisi permainan Rebana
Perak pada era kini dan akan datang di Kampung Sungai Air Tawar.
Pengkaji mendapati bahawa Kumpulan Tebuk Sekolah masih aktif dalam
memenuhi undangan persembahan tetapi kurang mendapat permintaan dari kalangan
penduduk kampung. Pengkaji juga mendapati bahawa permainan Rebana Perak
kurang mendapatkan sambutan dari kalangan-kalangan golongan muda untuk
menuntut ilrnu permainan Rebana Perak.
Golongan-golongan muda di kampung Sungai Air Tawar lebih cenderong pad a
alat Muzik tradisional yang lain dan alat muzik moden berbanding permainan Rebana
Perak. Pengkaji membincangkan permasalahan ini untuk menghasilkan sebuah tulisan
Unuah dalam usaha untuk mewarisi ilmu permainan Rebana Perak supaya permainan
Rebana Perak ini tidak ditinggalkan oleh golongan muda masa kini terutama di
kampung Sungai Air Tawar.
5 )~----------------
.3 Objektif Kajian
Dalam bahagian ini pengkaji akan menerangkan mengenai objektifyang dipilih
untuk menghuraikan permasalahan kajian. Objektif memainkan peranan yang penting
untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat. Pengkaji hanya memberi fokus pada dua
objektif dalam kajian dari segi aspek pewarisan permainan Rebana Perak di Kampung
Sungai Air Tawar.
Kajian mengenai Rebana Perak merupakan kajian yang pertama seumpamanya
dijalankan. Objektifpertama dalam kajian ini adalah mengenalpasti permainan Rebana
Perak yang dimainkan di Kampung Sungai Air Tawar. Pengkaji perlu mengetahui dan
mengenalpasti pemainan alat muzik tradisional ini dari segi kegunaan, teknik
permainan dan cara permainan yang betul agar ilmu permainan ini dapat diwariskan
kepada golongan seterusnya.
Objektif pertama kajian ini dapat memberi pengetahuan secara menyeluruh
mengenai permainan Rebana Perak. Secara tidak langsung, objektif pertama ini dapat
menerangkan cara-cara dan teknik yang betul untuk memainkan alat muzik tradisional
Rebana Perak di Kampung Sungai Air Tawar.
Objektif yang seterusnya adalah menganalisa proses pewansan permaman
Rebana Perak yang pernah dijalankan oleh Kumpulan Tebuk Sekolah kepada
golongan muda di Kampung Sungai Air Tawar. Pengkaji berpendapat bahawa objektif
. . mampu mendapatkan hasil kajian yang tepat apabila kaedah-kaedah pewarisan di
ben perhatian dalam menjalankan kajian. Melalui kaedah-kaedah pewarisan yang
sistematik, pengkaji yakin bahawa ilmu permainan Rebana Perak dapat diwariskan
Dpada golongan pemain-pemain muda.
Pengkaji mendapati bahawa Kumpulan Tebuk sekolah pernah menjalankan
. i pewarisan ilmu sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi telah dihentikan kerana
6 )~----------------
- - -
ahli-ahli kumpulan ini tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kerana
mengalami pelbagai masalah yang tidak dapat diatasi. Pengkaji perlu menganalisa
kaedah pewarisan yang telah dijalankan sebelum ini untuk menghuraikan
permasalahan kajian.
Justaru, pengkaji perlu memberi fokus pada dua objektif yang telah dinyatakan
dalam usaha-usaha untuk mewariskan ilmu permainan Rebana Perak kepada golongan
seterusnya. Melalui kaedah-kaedah pewarisan yang baik dan sistematik, pengkaji
yakin kedua-dua objektif ini dapat membuka ruang kepada pengkaji untuk
menrungkaikan permasalahan yang berbangkit dan secara langsung mendapatkan
dapatan kajian yang tepat.
7 }-- - - - ---- -----::----======--=~~-----=-...."..---=='""'".....-::-====
kepada
1.4 Kepentingan Kajian
Kajian mengenai Pewarisan Permainan Alat Muzik Tradisional Rebana Perak
di Kampung Sungai Air Tawar adalah kajian pertama seumpamanya dijalankan.
Dalam bahagian ini pengkaji akan menerangkan mengenai kepentingan kajian ini
golongan-golongan sasaran yang berminat untuk mengetahui mengenai
permainan alat muzik tradisional Rebana Perak di kampung Sungai Air Tawar.
Kajian yang dijalankan ini boleh dijadikan sumber rujukan oleh pengkaji
pengkaji seterusnya untuk mendapatkan maklumat mengenai alat muzik tradisonal
dalam golongan alat muzik membranofon. Sebelum kajian ini dihasilkan, pengkaji
mengalami kesukaran untuk mendapatkan sumber rujukan dari buku-buku, majalah,
jurnal dan internet. Hal ini disebabkan tiada kajian yang pernah dilakukan oleh
pengkaji sebelum ini mengenai alat muzik tradisional Rebana Perak.
Selain itu, kajian ini juga memberi kepentingan kepada penggiat seni seperti
pencipta lagu untuk menggunakan alat muzik tradisional Rebana Perak sebagai alat
muzik utama dalam penghasilan sesebuah lagu tradisional. Oleh kerana lagu etnik
dipasaran tidak mendapat sambutan, pengkaji menggalakkan pencipta lagu etnik untuk
menggunakan Rebana Perak sebagai alat muzik utama untuk penciptaan sebuah lagu
uotuk mencari kelainan dalam karya penciptaan lagu.
Dapatan ini adalah penting bagi ahli-ahli Kumpulan Tebuk Sekolah untuk
membantu dan merungkaikankan isu yang dibincangkan. Melalui hasil kajian, ahli
ahli Kumpulan Tebuk Sekolah akan bertambah yakin dan menjalankan kerja-kerja
pewarisan perrnainan Rebana Perak bagi menangani isu yang berlaku.
Rebana
...
tesis Kajian
Pengkaji mengandaikan bahawa pemain-pemain muda dapat mengenali
Rebana Perak dan menjadi sebahagian dari pemain-pemain yang akan meneruskan
permainan Rebana Perak pada masa akan datang. Selain itu, Pengkaji juga
mengandaikan bahawa permainan Rebana Perak ini juga dapat diwarisi dengan
kaedah-kaedah yang lebih sistematik dan mudah untuk difahami oleh barisan pemain
Perak yang muda, bukan sahaja dari sudut ilmu malahan dari aspek
pemeliharaan dan pemuliharaan.
9 )~-------------------=====~-.-.--..-~-.----.---.==-=:----~--=-------=--="--
g Lingkup Kajian
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai ruang lingkup kajian
yang dijalankan. Skop kajian memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
lcajian, skop kajian akan membataskan sejauh mana dalam menjalankan sesebuah
lcajian.
Kajian ini hanya dijalankan di kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bemam,
SeJangor mengenai pewarisan permainan alat muzik tradisional Rebana Perak. Selain
itu, Skop kajian hanya tertumpu pada memahami dan mengenalpasti permainan alat
muzik tradisional Rebana Perak dan usaha-usaha untuk mewariskan ilmu permainan
aIat muzik tradisional Rebana Perak kepada golongan pemain mud a untuk terus
dimainkan masa-masa mendatang. Pengkaji ingin mengetahui secara mendalam
mengenai cara-cara dan teknik-teknik permainan Rebana Perak, secara tidak lang sung
mempelajari ilmu permainan alat muzik tradisional ini.
Pengkaji menjalankan kajian dengan memfokuskan objektif pertama kajian
iaitu dengan mengenalpasti permainan alat muzik tradisional ini di Kampung Sungai
Air Tawar dari sudut cara permainan, bilangan paluan dan teknik permainan yang
betul dalam tiga kategori permainan Rebana Perak. Pengkaji tidak memfokuskan
meugenai sejarah dan asal usul kedatangan alat muzik ini ke Kampung Sungai Air
awar.
Ruang lingkup kajian ini juga membabitkan kaedah-kaedah pewarisan
Rebana Perak. Pengkaji hanya memberi fokus dari sudut pewansan
iliinDlirum alat muzik tradisional Rebana Perak yang pernah dijalankan. Ruang
'-gblp lcajian ini penting untuk memastikan alat muzik tradisional ini terus dimainkan
masa hadapan tanpa mengikut peringkat umur.
10 )t-------~- ,~-----
.7 Kerangka Kerja
September - Oktober 2012
2 November - Disember 2012
Januari 2013
1. Menjalankan kajian perpustakaan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang telah
ditulis oleh pengkaj i-pengkaj i yang lepas.
Mencari dan meneliti maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan pewarisan budaya, memelihara
dan pemuliharaan alat muzik tradisional Rebana
Perak di kampung Sungai Air Tawar.
1. Pengkaji menyiapkan bab satu sebagai
langkah awal dalam menyiapkan sebuah tesis.
Memahami dan mengenalpasti rebana serta
jenis-jenis alat muzik tradisional.
2. Menyiapkan lakaran bab dua dan perbincangan
bersama penyelia kajian.
1. Menjalankan penyelidikan lapanganlkualitatif.
a) Permerhatian di kampung Sungai Air Tawar.
Kajian akan dilakukan dengan melihat sendiri
keadaan yang sebenar mengenai Rebana
Perak dari sudut keupayaan Rebana Perak
untuk diwariskan dalam masyarakat setempat
untuk persembahan kesenian di majlis-majlis
keramaian.
11 )~-----------------------------
Febuari 2013
Mac - April 2013
b) Selain itu, melalui permerhatian pengkaji akan
melihat sendiri alat muzik tradisional dari segi
rupa bentuk, warna, bahan pembuatan dan
cara untuk bermaian alat muzik tradisional
Rebana Perak.
c) Menjalankan penyelidikan temubual dan
temubual turut serta dengan ahli kumpulan
yang bermain Rebana Perak di kampung
Sungai Air Tawar yang digelar Kumpulan
Tebuk Sekolah.
1. Mengumpulkan data yang telah diperolehi
dari kalangan informan yang telah
memberikan kerjasama dengan baik.
1. Membuat analisa data-data yang telah
dikumpul sepanjang melakukan kerja
lapangan bersama Kumpulan Tebuk Sekolah.
12 )~---------------~--.--------~
Recommended