~Pilihan Utama Ke Tanah Suci~
PAKEJ UMRAH 2017/1439H 12 HARI 10 MALAM
Via Saudi Airlines Pilihan 1 :
Tarikh : 22hb November2017 – 03hb Disember 2017
Penerbangan : Saudi Airlines ~ Terus Ke Madinah / Makkah / Jeddah
Tempat Penginapan : Madinah Rove al Madinah atau setaraf harganya (4*) ~Jarak Dari Hotel Ke Masjid Nabawi 70+ meter~
Makkah Dar Al Ghufran Hotel (5*) ~Safwah Tower
~Jarak Dari Hotel Ke Masjidil Haram 25-+ @ setaraf harganya
Kenderaan : Bas Berkumpulan Bersama Mutawif Khas
HARGA PAKEJ DARI: PAKEJ A (4* & 5*) KELAS EKONOMI RM 10,890.00 Seorang (2 orang sebilik) RM 9,890.00 Seorang (3 orang sebilik) RM 9,690.00 Seorang (4 orang sebilik) RM 11,290.00 Seorang (4 orang sebilik – Family Room) RM 10,490.00 Seorang (4 orang sebilik Kanak – F. Room) RM 9,490.00 Seorang (Kanak Kanak Berkatil) RM 3,990.00 Seorang (Kanak Kanak Tanpa Katil – 4 tahun)
NOTA : Pilihan Tiket Kelas Perniagaan
Tambahan RM3,500.00 hingga RM4,500.00 seorang dari harga pakej di atas
Tertakluk kepada kekosongan tempat duduk dan bilik semasa membuat penempahan.
Pakej berdasarkan minimum 30 orang sekali berangkat.
Harga pakej tertakluk kepada pindaan dari Syarikat Penerbangan, Hotel, Visa & tukaran mata wang asing tanpa sebarang notis.
Tiada penempahan dibuat untuk tiket & Hotel melainkan mendapat pengesahan dan kepastian daripada pihak Tuan/Puan.
Maklumat Penerbangan:
Tarikh Pesawat Berlepas ETD Tiba ETA
22 NOV 2017 SV829 KUL 1500 MED 2010
02 DEC 2017 SV832 JED 2300 KUL 1300 + 1 (03 DEC 17)
Co.No.363381/P
Unit A15-3, Jalan Selaman 1/1 Dataran Palma 68000 Ampang, Selangor. MALAYSIA Tel: 603-4270 1522 Fax: 603-4270 5217 Website: www.yhatour.com Email: [email protected] / [email protected]/[email protected]
KPL/LN: 3096
Pilihan 2 :
Tarikh : 22hb November2017 – 03hb Disember 2017
Penerbangan : Saudi Airlines ~ Terus Ke Madinah / Makkah / Jeddah
Tempat Penginapan : Madinah Rove al Madinah atau setaraf harganya (4*) ~Jarak Dari Hotel Ke Masjid Nabawi 70+ meter~
Makkah Mira Ajyad / Azka al Safa Hotel atau setaraf harganya (3*) Ajyad
~Jarak Dari Hotel Ke Masjidil Haram 260-+
Kenderaan : Bas Berkumpulan Bersama Mutawif Khas
HARGA PAKEJ DARI: PAKEJ A (4* & 3*) KELAS EKONOMI RM 8,690.00 Seorang (2 orang sebilik) RM 7,690.00 Seorang (3 orang sebilik) RM 7,490.00 Seorang (4 orang sebilik) RM 6,990.00 Seorang (Kanak Kanak Berkatil) RM 3,990.00 Seorang (Kanak Kanak Tanpa Katil – 4 tahun)
Tertakluk kepada kekosongan tempat duduk dan bilik semasa membuat penempahan.
Pakej berdasarkan minimum 30 orang sekali berangkat.
Harga pakej tertakluk kepada pindaan dari Syarikat Penerbangan, Hotel, Visa & tukaran mata wang asing tanpa sebarang notis.
Tiada penempahan dibuat untuk tiket & Hotel melainkan mendapat pengesahan dan kepastian daripada pihak Tuan/Puan.
Maklumat Penerbangan:
Tarikh Pesawat Berlepas ETD Tiba ETA
22 NOV 2017 SV829 KUL 1500 MED 2010
02 DEC 2017 SV832 JED 2300 KUL 1300 + 1 (03 DEC 17)
Harga Pakej termasuk :
Urusan daftar masuk di KLIA dan bagasi.
Sambut dan Bantu di Lapangan Terbang Medinah & Jeddah.
Tiket penerbangan pergi balik KUL/MED - JED/KUL
Cukai Lapangan terbang dan bahan bakar. (Tertakluk kepada pindaan semasa daripada pihak
penerbangan).
Penginapan 4 malam di Madinah dan 6 malam di Makkah.
Pengangkutan dengan bas berhawa dingin.
3 kali makan sehari (Sarapan pagi/ makan tengahari / makan malam).
Mengerjakan umrah dengan bantuan ustaz-ustaz yang berpengalaman.
Ziarah di Madinah dan Makkah seperti di dalam aturcara.
Pengurusan visa umrah.
Skim perlindungan insuran Chartis Malaysia Berhad. (bagi jemaah yang berumur 70tahun ke
bawah).
Saguhati seperti Kain Ihram, Kain Telekung, Beg galas, Beg sandang, Buku panduan umrah,
Kursus umrah dan Air Zam-Zam 5 liter seorang.
MAKLUMAT TEMPAHAN
Tempahan dan bayaran pendahuluan
Setiap penempahan disertakan nama bakal jemaah yang akan berangkat mengikut Kad
pengenalan atau Passport.
Deposit / Wang pendahuluan sebanyak RM1, 000.00 seorang.
Pembayaran boleh di buat terus atas nama “YHA TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.”
Akaun No 800 249 4957 CIMB Bank.
Pembayaran melalui kredit kad akan dikenakan 3% oleh pihak bank daripada harga pakej.
Bayaran penuh
Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 50 hari sebelum tarikh berlepas.
Harga pakej tidak termasuk
Penggunaan telefon, telegram & dobi .
Makan dan minum selain daripada yang disediakan.
Lebihan barangan 23KG(kelas ekonomi) & 32KG (Kelas perniagaan) setiap 2 beg seorang
daripada had yang dibenarkan oleh pihak penerbangan.
Lawatan yang tidak termasuk di dalam aturcara.
Pengangkutan ke Tanaei’m untuk miqat umrah pada hari acara bebas.
Tips untuk angkat beg semasa tiba atau pulang di airport Jeddah.
Perbelanjaan persendirian yang lain.
Ceramah Agama
Waktu & masa untuk Ceramah Agama, Tahlil Arwah, Taklimat Check out & Tawaf wada’
akan ditentukan oleh Ustaz. Jemaah dinasihatkan supaya selalu membaca nota di papan
kenyataan atau di Dewan makan. Jika ada sebarang kemusykilan didalam menunaikan umrah
sila kemukan kepada Ustaz .
Sila maklumkan pada Ustaz sekiranya ada jemaah yang berhasrat untuk bersedekah atau
mengadakan aqiqah/tahlil semasa di Makkah.
Bayaran balik
Bayaran balik tidak diberikan jika sebarang perjalanan, makanan atau perkhidmatan lain yang
disediakan tidak digunakan.
Bayaran pendahuluan akan dipulangkan sekiranya tempahan tiket & hotel tidak mendapat
pengesahan.
Tiada bayaran balik bagi pembatalan dalam tempoh 3 minggu sebelum penerbangan.(Tertakluk
pada pindaan semasa)
Bayaran visa sebanyak RM500.00 akan dikenakan sekiranya visa telah di proses.
Nota:
YHA Travel & Tours (M) Sdn. Bhd. Berhak meminda mana-mana perkara yang terkandung
didalam pakej ini di atas sebab- sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan tanpa notis.
Kelulusan visa tertakluk kepada Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi. Pengurusan visa selewat-
lewatnya satu bulan sebelum tarikh berangkat.
Para jemaah tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran tempat penginapan, aturcara dan
lain-lain sebagaimana yang telah ditetapkan semasa berada di Arab Saudi.
Jadual penerbangan , harga pakej, tempat penginapan dan aturcara tertakluk kepada perubahan
semasa tanpa sebarang notis.
Umrah Tanaim – Tambang di antara SR5-10 . Masjid Saidatina Aishah untuk bermiqat (niat
mengerjakan umrah) kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah.
Madinah - Medan magnet, Kebun Salman Al Parisi, Gua Sajadah & Gua Uhud – SR 30-35 Seorang.
**************************************************************************
Syarat-Syarat &Dokumen yang di perlukan untuk permohonan visa :
Pasport antarabangsa yang masih sah laku tidak kurang enam bulan dari tarikh tamat dan minima 4 mukasurat kosong. (Kepada jemaah yang menjadi Penjamin & di istihar Muflis sila rujuk dahulu status anda di Imigresen sebelum membuat penempahan)
3 keping gambar bersaiz 6x4 cm dan berlatar belakang berwarna putih, muka zoom 70% - 80%.
Buku suntikan meningococcal ACYW-135 dari Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta.
Wanita yang berumur bawah 45 tahun mestilah pergi bersama mahram iatu ahli keluarga (suami/bapa/abang/adik lelaki/bapa Saudara/atuk sebelah lelaki)) sahaja beserta salinan surat nikah / surat beranak.Dokumen perlu disahkan oleh Majlis Agama Islam /JPN & Wisma Putra.
Salinan surat nikah diperlukan untuk pasangan suami isteri yang pergi bersama mengerjakan umrah perlu di sahkan oleh Majlis Agama Islam & Wisma Putra.
Salinan surat beranak kanak-kanak yang bermahramkan bapa perlu pengesahan dari JPN & Wisma Putra.
Wanita yang berumur 45 tahun ke atas yang belum berkahwin,bercerai,atau kematian suami yang hendak mengerjakan umrah tidak memerlukan apa –apa dokumen.
Mengisi borang pendaftaran untuk maklumat jemaah.
ATURCARA PAKEJ UMRAH
HARI 01 KUALA LUMPUR / MADINAH
22hb November 2017 (Rabu)
Berkumpul di KLIA 11.45 pagi sebelum penerbangan di aras 5, di Kaunter K.
Jemaah diminta melaporkan diri dengan kakitangan YHA yang bertugas dan
menyerahkan beg untuk urusan Check in. Sementara menunggu urusan check in selesai
jemaah bolehlah membuat urusan sendiri. Passport dan boarding pass akan diserahkan
kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan.
Jemaah akan dibawa memasuki kawasan imigresen dan seterusnya bertolak ke Madinah
jam 3.00 petang dengan penerbangan SAUDI AIRLINES.
Tiba di Madinah jam 8.10 malam waktu tempatan,urusan imigresen akan mengambil
masa 2-3 jam. Selesai urusan imigresen jemaah diminta mengambil beg masing –
masing untuk pemeriksaan kastam dan seterusnya akan di sambut oleh wakil YHA yang
bertugas. Seterusnya jemaah akan dibawa ke Hotel di Madinah dan daftar masuk hotel.
(MM)
HARI 02 MADINAH / ZIARAH MAQAM
23hb November 2017 (Khamis)
Selepas solat subuh dan sarapan pagi, jemaah di minta berkumpul dilobi hotel. Jemaah
akan dibawa menziarahi Makam Rasulullah S.A.W, Makam Abu Bakar Al Siddiq,
Makam Umar Al Khattab, Raudhah dan perkuburan Baqi’.Kembali ke tempat
penginapan untuk persediaan Solat Zohor.
Masa seterusnya bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di
Masjid Nabawi. (SP/MT/MM)
HARI 03 MADINAH / SOLAT JUMAAT DI MASJID NABAWI
24hb November 2017 (Jumaat)
Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri dengan memperbanyakkan ibadah di Masjid
Nabawi. (SP/MT/MM)
HARI 04 MADINAH / ZIARAH KOTA MADINAH
25hb November 2017 (Sabtu)
Solat Subuh di Masjid Nabawi. Selepas solat subuh dan sarapan pagi, jemaah di minta
berkumpul dilobi hotel. Seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat
bersejarah di sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid
Qiblatain, Bukit Uhud -Makam Syuhada Uhud dan diakhiri dengan Pasar Kurma.
Kembali ke tempat penginapan untuk persediaan Solat Zohor di Masjid Nabawi.
Aturcara seterusnya jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid.
(SP/MT/MM)
HARI 05 MADINAH / MAKKAH
26hb November 2017 (Ahad)
Solat subuh di Masjid Nabawi.
Membuat persediaan untuk berihram seperti membersihkan diri dan lain-lain lagi.
Jemaah diminta menurunkan segala beg dan barang–barang untuk urusan daftar keluar
hotel sebelum ke Masjid untuk Solat Zohor.
Selepas solat & makan tengahari, jemaah di minta berkumpul di Lobi hotel untuk dibawa
ke Makkah dan akan singgah di Masjid Zulhulaifah atau BIR ALI untuk miqat dan solat
sunat ihram.
Tiba di Makkah, jemaah akan di bawa ke tempat penginapan untuk daftar masuk.
Jemaah diminta menyimpan beg masing – masing dan makan malam. Seterusnya jemaah
diminta berkumpul di Lobi Hotel untuk dibawa menyempurnakan ibadah umrah dengan
bimbingan ustaz yang berpengalaman. (SP/MT/MM)
HARI 06 MAKKAH
27hb November 2017 (Isnin)
Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil
Haram.(SP/MT/MM)
HARI 07 MAKKAH / ZIARAH JA’RANNAH
28hb November 2017 (Selasa)
Solat subuh dan sarapan pagi. Selepas sarapan pagi jemaah diminta berkumpul dilobi
hotel. Seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi tempat – tempat bersejarah di sekitar
Kota Makkah iaitu Persekitaran Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah (Jabal Rahmah), Mina
dan Ja’ranah. Kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah untuk kali seterusnya
adalah dinasihatkan supaya berihram di Ja’ ranah. Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah
untuk miqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah
bagi jemaah yang telah berniat umrah. Masa seterusnya adalah bebas untuk urusan
peribadi dengan memperbanyakkan ibadah di masjid. (SP/MT/MM)
HARI 08 MAKKAH
29hb November 2017 (Rabu)
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.
(SP/MT/MM)
HARI 09 MAKKAH / ZIARAH HUDAIBIYAH
30hb November 2017 (Khamis)
Solat subuh dan sarapan pagi. Selepas sarapan pagi jemaah diminta berkumpul dilobi
hotel. Seterusnya jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah. Kepada jemaah yang ingin
mengerjakan umrah bagi kali seterusnya dinasihatkan supaya membuat persiapan untuk
berihram dan miqat di Hudaibiyah. Selepas solat sunat ihram dan miqat di masjid
Hudaibiyah. Seterusnya jemaah dibawa ke tempat penginapan dan mengerjakan ibadah
umrah bagi jemaah yang telah berniat mengerjakan umrah. Masa seterusnya, jemaah
bebas untuk beribadat. (SP/MT/MM)
HARI 10 MAKKAH / SOLAT JUMAAT DI MASJIDIL HARAM
01hb Disember 2017 (Jumaat)
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.
(SP/MT/MM)
HARI 11 MAKKAH / JEDDAH / KUALA LUMPUR
02hb Disember 2017 (Sabtu)
Urusan daftar keluar hotel & tawaf wada’ .
Jemaah diminta berkumpul di Lobi Hotel untuk berangkat ke Jeddah.
Tiba di Jeddah Airport, jemaah diminta mengambil beg masing- masing untuk urusan
check in dan seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur jam 11.00 malam dengan
penerbangan SAUDI AIRLINES . (SP/MT)
HARI 12 KUALA LUMPUR
03hb Disember 2017 (Ahad)
Insya’Allah…. Tiba di KLIA jam 1.00 petang waktu tempatan....
Ustaz-Ustaz yang Bertugas
Pengurus Operasi di Makkah
Ustaz Salman Ahmad Nasution
H/P No: 966-55-5709205
Bimbingan / Tazkirah :
Ustaz Badilah @ Ustaz yang bertugas.
MUASSASAH/AGENT DI SAUDI ARABIA
AL YAMAMA GROUP
MAKLUMAT AM
Lain lain barang keperluan peribadi :
Ubat-Ubatan
Bawa sedikit sahaja dan yang sering digunakan / serasi. Walau bagaimanapun anda boleh mendapat
bermacam-macam ubatan di Arab Saudi.
Perhatian: Walaupun kami menyediakan kerusi roda untuk keperluan jemaah, ianya terhad. Kami
sarankan agar para jemaah membawa kerusi roda sendiri dari Malaysia.
Keperluan yang perlu dibawa
Lelaki – Sepasang Tuala Ihram / Tali Pinggang / Baju Biasa / Singlet Berlengan / Seluar panjang / Kain Pelekat / Selipar
Wanita – Telekong / Jubah / Seluar panjang / stokin tebal / Sarung lengan / selipar
Lain – lain – Sejadah kecil / gunting kecil / Buku Doa / Uncang kasut
Kacamata / Lensa
Bawa Kacamata / Lensa gantian sebagai langkah berjaga jaga sekiranya terjadi sesuatu kepada
kacamata / lensa anda. Kacamata gelap / hitam amat diperlukan.
Cuaca
Negara Arab Saudi boleh dikatakan mempunyai 4 musim. Sewaktu musim sejuk cuacanya amat sejuk,
begitu juga sewaktu musim panas amat panas.Hubungi pihak YHA untuk mendapat maklumat yang
tepat mengenai tahap suhu pada bulan-bulan yang tertentu.
Kewangan
Kami sarankan agar anda menukar sedikit wang Arab Saudi (Riyal) disini, ini untuk anda gunakan
sewaktu tiba nanti. Wang Riyal Saudi boleh didapati di Pusat Tukaran Wang Asing samada di
Malaysia atau di Madinah dan Makkah.
Kamera / Alat Video
Peraturan di Arab Saudi, melarang anda membawa alat-alat ini. Pihak berkuasa Arab Saudi tidak
membenarkan anda mengambil gambar disekitar kawasan Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Lapangan
Terbang dan beberapa tempat tertentu.
Telefon / Telefon Bimbit
Telefon bimbit yang mempunyai GSM atau rooming boleh digunakan dari Arab Saudi. Untuk telefon
ke Malaysia dari Arab Saudi:- 00 60 dan nombor di MALAYSIA
atau lebih mudah lagi gunakan “CALL CABIN / PONDOK TELEFON” yang berada di sekitar hotel
anda.
Perhatian : Telefon bimbit yang berkamera tidak boleh dibawa masuk ke dalam Masjid dan
sekitarnya.
Badge / Lencana
Pihak YHA akan menyediakan Tag Nama dan Tag Beg. Tag nama harus sentiasa di pakai oleh jemaah
kerana ia adalah sebagai pengganti passport anda yang disimpan oleh muassasah atau hotel.
Perhatian!
Barang –Barang tajam seperti gunting, pisau cukur , pemotong kuku dan lain –lain objek tajam TIDAK
DIBENARKAN dibawa bersama jemaah. Begitu juga dengan bahan berliquid seperti shampoo, losyen,
minyak wangi, minyak angin,ubat gigi dan sebagainya hanya dibenarkan bawa bersama jemaah tidak
melebihi 100ml sahaja. Semua barang – barang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam beg yang
hendak di check in terus ke dalam pesawat. Syarat – syarat ini harus di patuhi daripada barang-barang
jemaah dirampas.
Terima kasih kerana berurusan dengan
Syarikat YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd.
Pihak kami mendoakan Semoga anda mendapat umrah yang di
berkati oleh ALLAH S.W.T.