670110-03-5136
RINGKASAN EKSEKUTIF
Cita-cita pucuk pimpinan kita, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk melahirkan
modal insan kelas pertama adalah suatu cita-cita yang sungguh murni dan disambut baik
oleh semua pihak. Namun begitu akhir-akhir ini masalah kegawatan tingkah laku
di kalangan para pelajar sering mendepani organisasi pendidikan kita. Sebagai golongan
yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan negara atau
golongan pertama yang ‘ menyentuh’ masa depan anak didik kita, peranan guru amat
penting untuk memastikan nilai nasional dapat disempurnakan.
Tugas guru di dalam bilik darjah bukanlah semata-mata menyampaikan isi pelajaran
kepada pelajar, tetapi dalam masa yang sama bertungkus-lumus berusaha untuk
memastikan anak-anak didik dapat memperoleh ilmu dalam suasana pembelajaran yang
harmoni demi mencapai kejayaan yang cemerlang. Kejayaan cemerlang yang akan dicapai
para pelajar ini juga mestilah seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI)
sejajar dengan kandungan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu; “Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan kea rah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani…” dan Misi Kementerian Pendidikan. Malaysia
ialah ‘ Membangunkan system pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia,.
. 1.
670110-03-5136
SOALAN 2.
Pengurusan bilik darjah / makmal yang berkesan akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang harmoni.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan langkah-langkah yang telah anda lakukan
di bilik darjah demi mencapai kecemerlangan anak didik anda..
JAWAPAN.
PENDAHULUAN.
Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar
tanpa gangguan, guru perlu memastikan tingkah laku pelajar dapat dikawal dengan baik.
Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar di sekolah-sekolah adalah
berakar umbi daripada masalah tingkah laku yang tidak terkawal di dalam bilik darjah. Di
sini kemahiran dan kecekapan guru dalam menguruskan bilik darjah dikatakan dapat
menghindari gangguan tingkah laku dalam sesuatu proses P&P . Pengurusan bilik darjah
yang berkesan adalah sebenar-benarnya pemangkin kecemerlangan anak-anak didik
sebagaimana yang diimpikan semua pihak untuk bersaing dalam pendidikan global masa kini
setearusnya hasrat melahirkan modal insane kelas pertama akan tercapai (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan –PIPP 2006-2010).
.2.
670110-03-5136
Langkah -Langkah Pengurusan Bilik Darjah Yang Perlu Dilakukan Demi
Mencapai Kecemerlangan Anak Didik.
Definisi Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan
Pengurusan bilik darjah merupakan satu set pengajaran tingkah laku yang kompleks
untuk membentuk dan memupuk suasana bilik darjah yang dapat menyumbang kepada
pengajaran yang cekap dan berkesan (effective and efficient constructions). Oleh yang
demikian, tujuan pengurusan adalah satu usaha membentuk dan memelihara tingkah laku
pelajar yang dapat memudahcarakan pengajaran yang cekap dan berkesan. Keadaan ini
dapat diperjelaskan dalam rajah 1 berikut:
Rajah 1: Perkaitan Antara Dimensi Pengurusan Dan Pengajaran.
Daripada rajah di atas, kedua-dua fungsi pengajaran dan pengurusan adalah penting dan
saling berkaitan. Fungsi pengajaran adalah untuk mencapai objektif pengajaran, manakala
fungsi pengurusan untuk mencapai objektif pengurusan.
.3.
Pengajaran Pencapaian Pelajar
Pengurusan
F
askeadaan semasa bilik darjah
F
askeadaan semasa bilik darjah
670110-03-5136
Definisi Kecemerlangan
Maksud “Cemerlang” berdasarkan Kamus Dewan ialah bersinar (bercahaya) dengan
terang, berkilauan, gemilang-gemilang..
Merujuk kepada frasa ‘kecemerlangan anak didik’ sebagaimana yang terdapat dalam petikan
di atas adalah kecemerlangan dari semua aspek, yakni dengan kata lainnya ialah
kecemerlangan yang seimbang dari segi JERI. Keadaan ini dapat diperjelaskan sebagaimana
berikut:
.4.
Unsur EmosiPerasaan jiwa yang kuat meliputi:*perasaan tenang dan tingkah laku yang terkawal
*memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang*memiliki semangat kekitaan dan perpaduan
*menghargai serta menilai keindahan dan kesenian
UU
JERI Unsur RohaniBerkaitan dengan kerohanian:*menyedari dan menginsafi adanya Pencipta*menghargai dan mensyukuri pemberian Pencpta*memupuk dan membina disiplin kendiri*membentuk akhlak mulia
Unsur Intelek:Memberi tumpuan kepada daya berfikir meliputi cri-ciri:*mempunyai kemahiran asas 3M*mendapatkan,meningkatkan dan menyebarkan ilmu*berfikir secara kritis dan kreatif*memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain
Unsur JasmaniTumpuan kepadaperkembanganan tubuh badan yang sihat:*menjaga kesihatan badan*melakukan riadah*mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif*memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari*menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat*berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
F
askeadaan semasa bilik darjah
F
askeadaan semasa bilik darjah
670110-03-5136
Fasa-Fasa Pengurusan Bilik Darjah
Rajah 2: Fasa-fasa Dalam Pengurusan Bilik Darjah
Berdasarkan rajah, Fasa pertama - mengenalpasti keadaan semasa bilik darjah adalah
bertujuan untuk membandingkan keadaan sebenar dengan keadaan yang dikehendaki,
menentukan keadaan-keadaan yang berpotensi menimbulkan masalah dan menentukan
langkah-langkah pencegahan segera yang diperlukan.
.5
FASA-FASA PENGURUSAN BILIK DARJAH
Fasa Pertama:Mengenalpasti
Keadaan semasa bilik darjah
Fasa Kedua:Mengenalpasti
Kelakuan murid yang
diingini
Fasa Ketiga:Memilih dan menggunakan
Strategi pengurusan
Fasa Keempat::
MengenalpastiKeberkesanan Pengurusan
670110-03-5136
Fasa Kedua - mengenalpasti kelakuan murid yang diingini guru pula adalah
bertujuan menentukan suasana ideal yang dikehendaki guru yang membolehkan proses
penyampaian pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan . Perlu ditegaskan di sini bahawa
guru yang mempunyai pemahaman yang jelas mengenai objektif pengurusannya, wawasan
yang jelas mengenai kelakuan muridnya, akan lebih berjaya dan berkesan daripada guru yang
tidak memilikinya.
Fasa Ketiga - Memilih dan menggunakan strategi pengurusan. Guru hendaklah
berkeupayaan, mahir dan cekap memahami dan memilih serta mengaplikasikan strategi
pengurusan yang paling sesuai, yang berpotensi tinggi untuk mencapai matlamat yang
diingini.
Fasa Keempat- Mengenalpasti keberkesanan pengurusan, iaitu guru perlu membuat
penilaian terhadap keberkesanan strategi pengurusaan yang digunakan dan menjadikan
penilaian ini sebagai panduan kepada pemilihan strategi pengurusan yang lebih berkesan
pada masa akan datang.
.6.
670110-03-5136
Elemen-elemen Pengurusan Bilik Darjah
ELEMEN- ELEMEN
PENGURUSAN
Rajah 3: Perkaitan Elemen Pengurusan Dengan Pelbagai Aktiviti Pengurusan Bilik Darjah.
.7.
670110-03-5136
Mengurus keadaan fizikal dan kemudahan
Mengurus aktiviti kumpulan
Mengurus Aktivitipenilaian
Mengurus rutin bilik darjah
Mengurus aktiviti murid
Mengurus bahan pelajaran
Mengurus disiplin bilik darjah
Berdasarkan rajah 3 di atas, dapat dihuraikan seperti berikut:
1. Mengurus rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan bilik darjah
yang dilakukan setiap hari yang meliputi aktiviti menanda jadual kedatangan,
menyemak keadaan fizikal bilik darjah, penyusunan kerusi meja, mengutip yuran,
memungut buku latihan, menguruskan jadual kerja pelajar dan memastikan segala
peraturan bilik darjah dipatuhi pelajar.
2. Mengurus keadaan fizikal pula merujuk keadaan fizikal bilik darjah meliputi
penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang , sudut pembelajaran dan kebersihan bilik
darjah. Ini bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif..Guru hendaklah
menyediakan jadual kerja berkaitan pembahagian tugas di kalangan pelajar.
Jadual kerja diperlukan untuk memastikan suasana kelas sentiasa dalam keadaan ceria dan
bersih. Dengan mematuhi jadual ini juga, diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama
dan saling bertanggungjawab dikalangan pelajar di dalam bilik darjah.
3. Mengurus Aktiviti Kumpulan.. Di bawah program KBSR & KBSM terdapat dua
cara pembentukan kumpulan, iaitu kumpulan yang berdasarkan pelbagai kebolehan, dan
kedua kumpulan berdasarkan kebolehan yang sama.
..8
670110-03-5136
Di sini guru perlu mengenal pasti tahap kumpulan pelajar melalui ujian pencapaian.
Dengan adanya aktiviti kumpulan seperti ini guru akan dapat melaksanakan pengurusan
kelas dengan lebih mudah dan sistematik. Pelajar dapat belajar berdasarkan kebolehan
mereka dengan selesa dan gembira tanpa ada rasa tekanan.
4 Mengurus Bahan Pelajaran. Bahan pelajaran terdiri daripada bahan pengajaran
,bahan pembelajaran dan bahan rujukan. Bahan –bahan pelajaran itu memainkan
peranan penting dalam aktiviti P&P.Guru menggunakan bahan rujukan untuk merancang
aktiviti pengajaran, dan bahan pengajaran untuk menyampaikan konsep dan cara yang
lebih berkesan. Murid menggunakan bahan pembelajaran untuk mempelajari konsep dan
kemahiran dengan cara yang lebih berkesan dan seronok.
Pemilihan bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran
dengan tepat dan tidak perlu menggunakan banyak perkataan untuk membuat huraian.
Penggunaan bahan bantu mengajar seperti carta, bahan edaran dan sebagainya dapat
menjimatkan masa kerana guru tidak perlu menulis maklumat yang banyak di papan tulis.
Selain daripada itu, yang paling penting penggunaan bahan pengajaran ini dapat
merangsang minat murid untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Manakala penggunaa bahan pembelajaran dapat membantu murid membuat
hubungkait antara benda konkrit dan abstrak, dapat mengukuhkan ingatan dengan lebih
lama ,juga dapat membantu menyelesaikan masalah secara sendiri
.9.
670110-03-5136
dan yang terakhirnya dapat digunakan sebagai alat untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan.
5. Mengurus Aktiviti Penilaian.. Mengikut D Stufflebeam, iaitu penyunting buku
‘Education Evalution and Decision Making’, penilaian ditakrifkan sebagai proses
menentukan , mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Guru perlu membuat penilaian terhadap
keberkesanan strategi/aktiviti yang digunakan sebagai panduan untuk merancang
strategi P&P yang lebih berkesan pada masa akan datang.
6. Mengurus Disiplin Bilik Darjah. Dalam konteks pengurusan bilik darjah,
mengawal disiplin pelajar adalah tanggungjawab utama guru.Guru bertanggungjawab
menetapkan peraturan bilik darjah dan memastikan peraturan tersebut sentiasa dipatuhi
pelajar. Kecekapan guru menguruskan disiplin bilik darjah dengan berkesan akan
menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang optimum dan seterusnya pemupukan nilai-
nilai moral dapat dilakukan dengan mudah. Laporan Jawatakuasa Kabinet menyatakan
Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin dan
bermoral tinggi.
.10.
670110-03-5136
7. Mengurus Aktiviti Murid. Guru perlu membuat perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
Kaedah pengajaran pembelajaran yang berpusatkan murid
Keselamatan – keadaan yang kondusif, persekitaran dan peralatan yang
sealamat.
Pemikiran – merangsang cetusan idea, menggalakkan pemikiran secara
terbuka dan sesuai dengan tahap pemikiran murid.
Kemahiran maklumat – menggalakkan murid mengaplikasi ICT untuk
mengakses maklumat , memproses maklumat dan menambah nilai kepada
maklumat.
Bahasa yang digunakan - menggunakan bahasa yang mudah difahami
pelajar dan bahasa yang halus
Nilai murni dan emosi – iaitu tidak menyentuh sensitivity kaum dan
agama, pembentukan keyakinan diri, semangat berpasukan, peka terhadap
situasi setempat dan membentuk sikap yang positif.
.11.
670110-03-5136
Persediaan Mengajar
Rahaj 4: Komponen – komponen Persediaan Mengajar
*Butiran Am*Pengetahuan Lepas
Komponen Persediaan *Kemahiran*Objektif Pelajaran
*Penggabungjalinan*Sumber P&P
*Penerapan Nilai
Perkembangan*Isi Pelajaran
*Kemahiran Komponen Penyampaian *Strategi Pengajaran
* Strategi Pengajaran*Pembelajaran
*Nilai
*Penggunaan Sumber
*Jenis dan Cara Penutup*Aktiviti Susulan
Komponen Penutup *Penilaian Objektif Pelajaran*Rumusan atau Kesimpulan
*Pengubahsuain.
.12.670110-03-5136
Contoh Persediaan Mengajar Berdasarkan Komponen-Komponen Persediaan Mengajar.
Modul pembelajaran yang dipilih bagi contoh persediaan mengajar di sini ialah
“Modul Pembelajaran Konstruktivisme”, iaitu satu modul pembelajaran yang berpusatkan
pelajar, yang dihasilkan setelah terdapat beberapa ketidaksesuaian dalam Modul
Pembelajaran Behaviorisme ( menekankan kepada teori tingkah laku) dan Modul
Pembelajaran Kognitif (menekankan kepada teori kognitif sebagai ukuran pencapaian
objektif akhir pelajaran) Dalam era pendidikan global, matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010, ingin
melahirkn modal insane yang cemerlang dan seimbang. Modul Konstruktivisme ialah modul
pengajaran yang berpusatkan pelajar dan lebih menekankan kepada pencapaian kognitif dan
tingkah laku. Jelasnya modul ini lebih menggalakkan pelajar berfikir sendiri untuk
mewujudkan pengetahuan baru hasil gabungan pengetahuan sedia ada dengan maklumat baru
yang diterima melalui proses P&P yang terancang dan bersistematik.
“They are constructing their own knowledge by testing ideas and approaches based
on their prior knowledge and experience, applying these to a new situation and intergrating
the new knowledge gained with pre-existing intellectual constructs”
(Briner, M., 1999)
.13.
670110-03-5136
“Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa
manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuanyang
dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh
Individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif
dari luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu
kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insane membentuk pengetahuan
sendiri dengan menggunakan pengalaman secara terpilih.”
( Nik Azis Nik Pa, 1999)
Contoh persediaan mengajar bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Tingkatan : 1A
Masa : 80 minit
Bil. Pelajar ; 20 orang
Tajuk : Pemakanan Dan Pengurusan Sajian
Bahan Bantu Mengajar : Kertas Edaran ( carta pyramid makanan),
Gambar makanan yang sesuai.
Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat:
i. menjelaskan kepentingan nutrien kepada tubuh
manusia
ii. menyatakan kesan kepada tubuh manusia jika
kekurangan nutrient-nutrien penting
.14.
670110-03-5136
iii. mengkelaskan makanan mengikut kesuaian
pyramid makanan.
Nilai : Tidak membazir dan berjimat cermat
Unsur patriosme : Bersyukur dengan keamanan nagara Malaysia.
Langkah-langkah Pengajaran:
1. Set Induksi:
i. Guru bertanya kepada pelajar siapa yang tidak bersarapan sebelum ke sekolah
ii. Dengan menggunakan kaedah sumbangsaran, guru bertanya apakah jenis-jenis
makanan yang sesai diambil sebagai sarapan.
iii. Pelajar menyatakan pelbagai jenis makanan untuk sarapan yang mereka tahu.
iv. Guru menerangkan pelajar boleh mengambil apa sahaja jenis makanan untuk
sarapan,asalkan seimbang dan berkhasiat.
v. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan
2. Penyampaian Isi Pelajaran:
i. Guru mengedarkan carta pyramid makanan yang dikosongkan.
ii. Pelajar mengenalpasti bahagian yang paling atas dalam carta pyramid
makanan adalah kumpulan makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang
sedikit, bahagian tengah menunjukkan kumpulan makanan yang diambil dalam
kuantit makanan yang boleh diambil dalam kuantiti yang banyak.
.15.
670110-03-5136
iii Pelajar berbincang untuk mendapatkan maklumat daripada ahli kumpulan
mengenai jenis-jenis makanan dan kuantiti makanan yang perlu diambil dalam
kuantiti yang sedikit, diambil dalam kuantiti sederhana, dan diambil dalam
uantiti yang banyak.
iv. Setiap kumpulan dikehendaki mengisi carta pyramid makanan dengan jenis
makanan yang sesuai mengikut keperluan nutrien.
v. Setiap kumpulan dikehendaki menerangkan sebab-sebab mengapa jenis-jenis
Makanan dalam carta pyramid makanan perlu diambil dalam kuantiti yang
berbeza
vi. Pelajar mula berbincang dan bekerjasama menyediakan tugasan mengikut
kumpulan.
Langkah 3.
i. Guru menyediakan carta pyramid makanan yang dikosongkan pada papan gulung
yang digantung di hadapan kelas.
ii. Guru meminta ketua kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-
Masing .
iii. Ketua setiap kumpulan menyatakan jenis-jenis makanan yang perlu diambil
berkaitan dengan sebab dalam kumpulan yang berbeza tadi.
iv. Murid menyerahkan hasil kerja kumpulan kepada guru.
.16.
670110-03-5136
v. Guru memilih secara rawak seorang ketua kumpulan untuk membentangkan
kepada kelas tentang kepentingan memilih makanan berdasarkan pyramid
makanan .
Langkah 4
Penutup
i. Guru membuat kesimpulan tentang hasil pembelajaran hari ini dengan
menerapkan nilai –nilai kesyukuran bahawa pelajar patut bangga dan merasa
bertuah tinggal di bumi Malaysia yang aman. Nilai lain ialah bersikap berjimat
cermat, jangan makan ikut selera, tetapi makan ikut keperluan.
ii. Guru menyediakan aktiviti susulan untuk disiapkan oleh pelajar di rumah.
Kesimpulannya, contoh persediaan mengajar tersebut jelas memperlihatkan bahawa
pelajar diberi ruang sepenuhnya untuk meransang daya berfikir, mencetus idea dan
berinteraksi bersama rakan dan guru. Keadaan seperti ini mampu menjadikan pelajar
berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sekaligus mendapat kemahiran
bersosial .Kecemerlangan pelajar inilah yang seterusnya menjana kecemerlangan
pendidkan dan seterusnya mampu “ Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan “
(teras ke-6 PIPP)
.17.
670110-03-5136
Sifat Peribadi Guru.
Kecemerlangan anak didik di dalam bilik darjah yang kondusif, tidak boleh lari
daripada ‘tunggak kecemerlangan’ di bilik darjah itu sendiri, iaitu individu yang bergelar
‘GURU’., Aspek-aspek pengurusan kelas yang berkesan, perancangan persediaan
mengajar yang baik dan bersistematik dan pemilihan strategi pengajaran pembelajaran
yang berkesan dan menarik minat pelajar hanya akan dilakukan oleh guru yang
cemerlang. Untuk menghasilkan kecemerlangan kepada anak didik, guru terlebih
dahulu perlu mempamerkan sifat-sifat guru cemerlang samada dari aspek pengurusan
bilik darjah mahu pun aspek pengurusan diri guru itu sendiri., kerana tanpa
kecemerlangan di pihak guru adalah mustahil untuk melahirkan anak didik cemerlang.
Sifat-sifat kecemerlangan guru dapat dilihat daripada beberapa aspek:
1. Kecemerlangan Profesion..
Kecemerlangan guru dari sudut profesion memerlukan seorang guru itu mempunyai
kemahiran intelek dan latihan iktisas yang mencukupi dan mempunyai tatasusila
perkhidmatan. Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas.
Manakala mengikut Mok Soong Sang (1996), konsep ‘profesionalisme’ dirumuskan
seperti berikut; ‘Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
.18.
670110-03-5136
mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas, serta mematuhi
kod etika yang ditentukan oleh organisasinya’
Jelas di sini bahawa sebelum seseorang guru itu dapat menjadi guru cemerlang dan
dapat mengajar di dalam bilik darjah , terlebih dahulu dia perlu menerima latihan dalam
bidang perguruan untuk menjadi guru yang bertauliah yang diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia..
2. Kecemerlangan Sahsiah
Guru yang cemerlang di bidang akademiknya masih tidak bermakna jika tidak
mempunyai kecemerlangan sahsiah diri. Di sini amat penting bagi seseorang guru
mempunyai sahsiah diri yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid di
dalam bilik darjah. Sahsiah diri yang baik merangkumi tingkah laku dan sikap yang elok,
bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang.
Kesabaran adalah sahsiah diri guru yang paling dituntut, terutama ketika berhadapan
dengan pelajar-pelajar di dalam bilik darjah . Dengan sifat kesabaran yang tinggi pada
diri seseorang guru dalam mendidik pelajar, ia dapat meningkatkan keyakinan diri
pelajar seterusnya mampu menarik minat pelajar untuk terus mengikuti proses P&P di
dalam bilik darjah.
Guru yang menepati masa juga dikatakan guru yang bersahsiah baik.Guru yang selalu
menepati masa dalam apa jua tindakan, terutama menepati masa untuk P&P di dalam
.19.
670110-03-5136
bilik darjah dapat mendidik dan memberi teladan kepada pelajar. Sikap guru seperti ini ini
akan memberi gambaran kepada pelajar bahawa mereka dihormati guru kerana tidak
membiarkan mereka menunggu lama kedatangan guru untuk memulakan sesuatu sesi
pelajaran. Kepentingan menjaga masa in ditegaskan dalam Al-Quran, surah Al-Asr (1-3),
yang bermaksud;
‘Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan
berpesan-pesan dengan kesabaran.’
Dengan mempunyai sahsiah diri yang baik, seseorang guru itu akan dapat
menguruskan pengajaran dengan berkesan. Sesungguhnya bagi menjana anak didik
cemerlang dalam dunia pendidikan global hari ini, guru seharusnya mempamerkan ciri-ciri
sahsiah diri yang baik, yang mampu dijadikan ikon kepada pelajar mereka.
3. Kecemerlangan Emosi.
Seseorang guru yang memiliki kecekapan emosi yang menonjol akan menampilkan
tingkah laku kerja yang cemerlang. Guru seperti ini akan sentiasa tahu diri, mampu
memimpin diri sendiri dan bekerja tanpa pengawasan orang lain. Guru yang memiliki
kecerdasan emosi ini akan sentiasa memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk
meningkatkan kecemerlangan di dalam bilik darjah.
.20.
670110-03-5136
Kecerdasan Emosi (EQ) dapat ditakrifkan sebagaimana berikut:
‘Kemampuan mengenali dan mengendalikan emosi sendiri itulah dinamakan
Kompetensi Kecerdasan Emosi atau EIC (Emotional Intelligence Compentence).
(Salovey & Mayor; 1990)
Dengan perubahan-perubahan yang semakin mencabar dalam system pendidikan
masa kini, kurikulum kita nampaknya terlalu berfokus untuk membentuk minda pelajar dan
agak kurang tumpuan kepada menata emosi pelajar. Di sini guru memainkan peranan penting
untuk menyeimbangkan antara kecerdasan intelek (IQ) dengan kecerdasan emosi (EQ)
pelajar. Guru-guru yang mempunyai EQ yang tinggi akan mampu membentuk kestabilan
emosi pelajar untuk membina sikap tekun, konsentrasi, tenang, teliti dan sabar dalam
memahami isi pelajaran yang sedang dipelajari.
Kemampuan dan kejayaan guru membentuk dan menyeimbangkan pencapaian
pelajar dari segi EQ dan IQ inilah yang akan dapat melahirkan pelajar cemerlang di dalam
bilik darjah. Sesungguhnya kecemerlangan IQ tidak bermakna tanpa kecemerlangan EQ.
Keseimbangan antara kedua-duanya akan dapat melahiran modal insane yang benar-benar
bermakna.
4. Kemahiran IT
Bidang pendidikan sentiasa berkembang pesat dan mengalami perubahan mengikut
tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi. Teknologi telekomunikasi
dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa cabaran
.21.
670110-03-5136
kepada kita, khasnya para guru. Perubahan mendadak ini banyak merubah cara gaya
proses P&P dalam dunia pendidikan, umpamanya muncul pembelajaran ‘online’
Apa-apa pun cara gaya dalam proses P&P di dalam bilik darjah, samada daripada
corak pengajaran ‘chalk and talk’ hingga kepada corak pembelajaran ‘online’ semuanya
memerlukan komitmen dan kemahiran yang tinggi daripada guru. Pendidik hari ini telah
bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap kecanggihan teknologi ini. Sebagai
pemangkin pendidikan cemerlang dan berkualiti, guru-guru hendak atau tidak, perlu
menyiap dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran IT kerana computer telah
dijadikan sebagai kurikulum di sekolah.Penubuhan sekolah bestari merupakasn satu bentuk
kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu menguasai teknologi maklumat.
Penubuhan sekolah bestari ini merupakan salah satu projek ‘Flagship Applications’ dalam
Koridor Raya Multimedia (MSC) iaitu pusat penyiaran antarabangsa dan serantau.
Selain daripada penubuhan sekolah bestari, projek SchoolNet juga satu proses
pembestarian sekolah . Melalui projek SchoolNet, sekolah-sekolah yang terlibat telah
dilengkapi dengan internet berteknologi tinggi dan jalur lebar samada menggunakan
teknologi ADSL, VSAT atau pun internet wireless.
Begitu kesungguhan pihak kerajaan lakukan demi mendedahkan pelajar-pelajar
kepada pengetahuan IT yang secara tidak langsung membuka mata pelajar di kawasan
pedalaman untuk memanfaatkan teknologi IT. Oleh itu sebagai guru yang menggalas
wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju 2020 dan demi menghadapi gelombang
perubahan system pendidikan yang terlalu mencabar ini, guru-guru janganlah memandang
.22.
670110-03-5135
sepi segala perbekalan computer yang dihantar ke sekolah – sekolah yang melibatkan
perbelanjaan jutaan ringgit. Jadi sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan
gurulah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menggerak dan merangsang para ke
arah menjayakan sepenuhnya projek sekolah bestari dan projek SchoolNet sebagai
melengkapkan diri menghadapi arus pendidikan global dan mempunyai kemampuan bersaing
di pasaran pekerjaan antarabangsa iaitu modal insane yang mempunyai nilai ekonomi
(k-ekonomi).
5. Bekerja Sebagai Ibadah
Konsep bekerja sebagai ibadah, akan menimbulkan sikap dedikasi, ketekunan, amanah,
bertanggungjawab dan ikhlas. Keseronokan bekerja akan lahir daripada sikap positif terhadap
tugas dan sesuatu tugas itu dapat dihasilkan daripada inisiastif sendiri. Dengan menganggap
pekerjaan sebagai sesuatu ibadah, guru seharusnya menyedari bahawa anak didik di dalam
bilik darjah itu adalah amanah yang wajib disempurnakan hak mereka sebagai pelajar, iaitu
mereka wajib diajar dan dididik dengan sebaik mungkin. Dengan menyedari hakikat ini,
guru-guru akan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Guru yang
ikhlas menjalankan tugasnya akan merasa bersalah jika terdapat pelajarnya yang gagal
mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Guru sedaya mungkin akan memastikan
pelajar dapat menerima apa saja ilmu yang disampaikan di dalam bilik darjah tanpa ada apa-
apa diskrimiknasi antara pelajar, baik dari segi pencapaian pelajar atau status social.
.23.
670110-03-5136
Guru adalah seorang pemimpin kepada pelajar di dalam bilik darjah.
‘ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab ke atas apa
yang dipimpin’.
Kesimpulan.
Haikatnya, kejayaan agenda pendidikan negara yang digarap sedemikian rupa oleh
pihak kerajaan , khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bergantung sepenuhnya
kepada keberkesanan perlaksanaan berdasarkan system pendidikan Negara.
Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam usaha
mempertingkatkan kualiti system pendidikan Negara, peranan yang dimainkan guru adalah
tidak ternilai. Pelbagai dasar dan pelan induk yang digarapkan kerajaan tidak akan berhasil
tanpa perlaksanaan berkesan daripada guru serta kesungguhan guru di setiap pelosok.
Dunia yang semakin bersifat global menuntut kepada perubahan minda dan lonjakan
prestasi daripada kerjaya perguruan. Sehubungan dengan itu, guru perlu terus menyambut
cabaran melahirkan generasi modal insane berdaya saing dan berfikiran global.
Bagaimana pun pada masa yang sama, guru juga perlu tetap berakar kepada nilai dan
budaya tempatan serta perlu peka dan perihatin dengan perkembangan terbaru dalam
pelbagai ilmu dan kemahiran terutama dalam bidang pendidikan.
.24.
670110-03-5136
Guru juga perlu bersedia merintis perubahan demi meningkatkan profesion itu selari
dengan usaha kerajaan menjana modal insane cemerlang dan gemilang, bukan terbilang
tetapi ramai. Jika seseorang guru dapat melakukan tugasnya dengan penuh tanggungjawab
dan ikhlas, nescaya pelajarnya akan berjaya menerokai pembelajaran mereka lebih daripada
apa yang diharapkan guru mereka.
‘Bak kata pepatah; Guru kencing berdiri, murid kencing berlari’.
.25.
670110-03-5136
Bibliografi.
Briner, M. (1999). [ Online] Available:
http://carbon.cudenver.edu/~mry/itc_data/constructivism.html
Nik Azis Nik Pa (1997). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik.
Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Mok Soon Sang, (2003), Siri Pendidikan Guru, Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan
Skim Perkhidmatan Guru, Kumpulan Budiman, Subang Jaya.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Matlamat Dan Misi,. Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara Konstruktivisme,
Kuala Lumpur.
Hishammudin Tun Hussein, (2007), Dewan Masyarakat, PIPP – Persiapan Paling Getir,
Mac 2007, (11-16)
Siti Aishah Mohd Elias, (2004), Siri Kepimpinan Dan Pengurusan Sekolah,
Mengajar Secara Efektif, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad,
Kuala Lumpur.
PERAKUAN CALON
Saya akui Tugasan Individu ini adalah hasil kerja saya sendirikecuali nukilan dan ringkasan yang stiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ________________________
Nama : ROSLINA BINTI NASIR
No. K/P (baru) : 670110-030-5136
Tarikh :________________________
Disahkan oleh Ketua Jabatan
Tandatangan : _____________________
Nama : _____________________
Cop Jawatan : _____________________
Tarikh : _____________________
KERTAS TUGASAN INDIVIDU
NO, K/P (BARU) : 670110-03-5136
NO. SOALAN : 2
SKIM PERKHIDMATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PELAJARAN SISWAZAH (PPPS) DG 44 (P&P)
(untuk diisi oleh pemeriksa)
NAMA : …………………………………………….
TANDATANGAN :………………………………………………
TARIKH :………………………………………………